Pages

Luas sebenarnya bidang perniagaan Unggas ini..

Teman teringat masa mula2 teman memulakan penternakan ini teman terima pelbagai kritikan dari rakan taulan dan sedara mara.. bila bersembang atau minum teh sesama byk yg mempersoalan benda yg teman buat, masa tu penternakan keli dalam kanvas tengah meletop.. dari mula teman dah tak stuju dgn penternakan ini sbb kos terlalu tinggi dan tak relevan dengan hasil.. bertahun agaknya baru sampai ROI dia, abis bilanya kita nak dapat untung.. letihla nak amik gaji minima je setiap bulan sbb nak cover kos..

kalau duit puluhan ribu yg nak dilaburkan tu kan elok kalau dibuat dengan cara yg lebih baik seperti menyewa tanah betul2, dirikan kolam kekal seperti kongkrit atau buat kolam korekan tanah berdindingkan simen.? kalau nak dikatakan sistem pasang siap kanvas lebih mudah di pindahkan kalau perlu adakah tuan2 merancang untuk memindahkan kolam tuan selepas setahun menternak? kenapa jadi macam tu? bukankan kalau tuan dah bersedia untuk mengeluarkan puluhan ribu ringgit bermakna tuan dah sedia untuk menternak sepenuh masa atau sekurang2nya menjadikanya pendapatan kedua.. so carik lah tanah atau sewa dengan perjanjian sekurang2nya 2 tahun supaya ketika perpindahan dilakukan ROI dah dicapai.. kiraan saya dengan set 10 tangki kanvas anda boleh membina 15 kolam simen dengan saiz 2 kali ganda dari saiz canvas seta ada lebihan wang untuk membeli benih dan makanan ikan untuk satu pusingan.. saya bercakap dari segi pengalaman.. kalau berlaku musibah banjir atau kegagalan projek tuan masih mampu menggunakan kolam yg ada untuk menternak ikan spesis lain yg tak boleh diternak dalam kolam kanvas kerana perubahan suhu yg tinggi antara malam dan siang..sbb tu takde dgr lagi org leh ternak ketutu dalam canvas kan? huhhh.. dah panjang teman lari topik..

teman nak kongsi sedikit buah fikiran teman tentang penternakan ayam kampung nie selain dari ternakan unggas lain.. pada mulanya teman merasakan untuk bela ayam ni teman hanya boleh menjual ayam sahaja sebagai sumber pendapatan.. bela induk, biakkan ayam sampai jad imatang dan jual.. lagi banyak bela lg banyak benih yg kita akan dapat dan byk la pendapatan kita nanti. Sebab teman pilih ayam kampung biasa ni kerana pasaran sentiasa ada, persaingan sangat sedikit serta penjagaanya sekadar teknik koboi..makin lama melayari internet makin ramai kawan baru teman kenal makin banyak ilmu tentang ternakan ini teman dapat..

sebenarnya banyak cabang perniagan yg boleh dilakukan dan kita boleh mempeloporinya walaupun kita berbangsa melayu.. anda mungkin boleh berniaga perkara tentang ayam walaupun anda takde reban sekali pun.. ikut kemahiran n minat masing2. cuma teman risaukan ternakan ayam kampung nie akan jadi tren skim cepat kaya yg terjadi pada cacing,lintah dan keli. Bukan semuanya macam nie tapi byk syarikat atau individu yg tak jujur sehinggakan yang berduit habis hangus semuanya atau yg takde menangung hutang bertahun2.. antara bidang perniagaan yang boleh diterokai:

1: Penjualan incubator: anda boleh mempelajari dan mencipta incubator keluaran anda sendiri. bidang ini hanya untuk mereka yg ada latar belakang tentang elektrik dan pertukangan sahaja sbb kalau kita tak beberapa pandai takut nanti kejadian penjualan incubator kualiti cikai yg cepat rosak bersepah dipasaran yg sudahnya menjatuhkan imej pengeluar incubator ditanah air kita.. kalau anda yakin ciptaan anda berfungsi dengan baik silakanlah memeriahkan industri incubator dimalaysia..

2: Penjualan Daging ayam: anda boleh membuka ladang sama ada kecil atau besar ikut kemampuan anda, dapatkan benih berperingkat dan jual hasil daging setelah sampai tempoh penjualan atau berat yg diinginkan..perniagaan ini boleh dilakukan secara sampingan atau secara sepenuh masa, dgn amalan ladang yg baik masalah bau busuk atau penyakit dapat diatasi.

3: penjualan anak benih: anda boleh mengusahakan perniagaan ini secara serius untuk bekalan pasaran tempatan. Anda perlu ingat bahawa bekalan anak ayam kampung biasa sangat terhad dan jarang diperolehi sedangkan permintaan sentiasa tinggi. Untuk menjadi pembekal anak ayam ini anda perlu menjaga blood line atau baka supaya benoh yang dihasilkan tinggi. anda boleh memulakanya dengan membeli induk dengan nisbah jantina yang sesuai.. jumlah induk ini terpulang kepada kemampuan anda. telur dikutip dan dieramkan dengan incubator. Hasil penetas dijual pada hari pertama atau diternak sehingga usia sebulan dan dijual mengikut jantina dengan harga yang lebih tinggi.

4:Penjualan Makanan ternakan: anda boleh berurusan secara terus dengan kilang dan membeli dedak dengan harga pemborong. anda boleh menjadi pengedar dedak dengan harga berpatutan atau berdaya saing. Jikalau anda ada kemahiran anda juga boleh mencipta makanan anda sendiri dan dihantar ke pusat penyelidikan untuk mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Atau anda boleh memproses makanan tambahan lain seperti kelapa, biji sawit, hampas soya dan sebagainya untuk makanan ayam

5: penjual peralatan penternakan: seperti yg kita tahu perkakasan yang dijual dikedai atau di pembekal ternakan sangat terhad.. kebanyakan terlalu asas dan kalau ada yang lebih baik harganya lebih mahal. Anda boleh menghubungi pembekal alatan dari luar negara yang sangat canggih peralatanya dan pasarkan dimalaysia.. banyak cara boleh anda menembusi pasaran,salah satunya menggunakan Internet..

6: Penjualan khidmat nasihat atau perancangan penternakan: anda boleh menjadi penasihat kepada perancangan pembinaan reban serta cara menternak ayam kampung dengan lebih tersusun dan baik. Jika anda mempunyai pengalaman dalam penternakan ini anda mungkin boleh membukukan panduan anda dan menjualnya sebagai ebook.

7: penjualan reban mudah alih: Anda boleh mereka reban mudah alih yang mudah dipasang dan mungkin untuk skala hobby. kita kena keluar dari kepompong pandangan reban ayam perlu seperti 'reban ayam' yang hanya dibina ala kadar dan sangat tidak kemas.

8: anda juga boleh menjadi trader atau pemborong: yang membantu penternak yang tidak mampu memasarkan produk mereka sendiri. dengan jaringan yang baik dan pasaran yang berkembang masalah lambakan ternakan tidak akan terjadi..

9: penternak unggas unik: anda boleh melabur wang dengan menternak unggas unik dan berharga untuk sumber pendapatan dengan penjualan baka. Pelaburan ini tinggi pulanganya tetapi risikonya juga sangat tinggi kerana harga setiap unggas yang mati pun tinggi hehehe.. persedian yang rapi serta penjagaan yang max diperlukan.. untuk unggas larangan anda boleh memohon lesen untuk penternakan atau anda boleh mengimport spesis unik atau esotik untuk dijual kepada peminat unggas jenis ini sebagai haiwan peliharaan hobby.

10. Khidmat ladang sewaan: anda mempunyai tanah dan membuat banyak reban pelbagai saiz untuk mereka yang berminat untuk meyewakan tapak dari anda. Anda sediakan tapak serta benih untuk peyewa tapak anda, untuk penjagaan penyewa boleh mengupah anda dengan kadar yang berpatutan, penyewa boleh melawat bila2 msa atau menjaga sendiri ternakan beliau derta menjual kepada pemilik tapak bila perlu. penyedia tapak perlu bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan serta kebersihan reban sentiasa baik serta menyediakan pasaran untuk penyewa..

anda boleh memilih semua bidang ini atau memikirkan bidang cabang lain untuk penternakan unggas. Harapan saya bidang penternakan ini terus berkembang dan maju kelak.. amin..

jaringan penternak ayam kampung..

3 comments:

Al-fakirilallah said...

Satu artikel yang menarik dan bermakna.

Tahniah

zamie said...

terima kasih..saya ibarat biji benih,baru di tanam..dlm bidang nie...

Unknown said...

Frozen"ayam kampong"

- Weight per Chicken: 750gm to 950
- Package in individual plastic bag,

TERM AND CONDITIONS

Price : Quoted in Ringgit Mlaysia(MYR)
Wekly Order : Minimum 50 Chickens
Delvery : Preferably in Wekly Scedule:2-3 Days Lead Time After
Receiving P.O.
Returnable : Non Returnable
Payment Term : Cash

Price Package (include transporttation & delivery fees):
1) 50-100 per transaction order : RM 7.80 per chicken
2) 100-300 per transaction order : RM 7.60 per chicken
3) Abave 300 per transaction order : RM 7.40 per chicken
100% halal
*We are able to provide around 2000 chickens per week


Best Regard,

mr.solihin
012 309 5978
sldesaresources@gmail.com

Instagram