27 July 2009

Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori



Salam,

pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampung. Kenapa kebanyakan penternak sekarang memilih ayam kampung kacuk untuk value ternakan mereka berbanding dengan ternakan ayam kampung ori yg biasa kita lihat dikampung. nilai ayam kampung kacuk adalah dalam harga RM8-RM10 sekilo berbanding ayam kampung ori yang mencapai harga RM 17 pada masa kemuncak. apakah pro dan kontra pemilihan ternakan ini.. antara sebab penternak memilih ayam kampung kacuk adalah faktor ROI yang lebih cepat iaitu 2-3 bulan sahaja berbanding ayam kampung ori yang menjangkau 7 bulan. Ayam kampung kacuk atau improved kampung chicken(IKC) biasanya dapat diternak dengan banyaknya kerana bekalan anak ayam sentiasa ada dan boleh dibeli dengan jumlah dengan banyak, kalau kampung biasa hanya sedikit pengusaha yang membekalkanya. Namun perbelanjaan dan pemasaran lebih mencabar kerana ayam ini makan sepenuhnya dedak (walau ada sampingan lain tapi dedak adalah sumber makanan utama) yang tinggi harganya dan kuat makan berbanding ayam biasa. pasaran pula kita perlu bersaing dengan penternak mega yang mempunyai jaringan yang lebih kukuh dan hebat. untuk ayam biasa kita boleh beri makanan yang murah atau percuma yg biasanya didapati dipersekitaran rumah. Namun untuk memenuhi keperluan ternakan yg lebih besar agak sukar kerana sumber yg terhad. maka makanan dedak diberi sebagai tambahan yg semestinya melibatkan kos.

so bagaimana nak menjana wang dengan penternakan ayam kampung biasa sekiranya kita memilih jenos ternakan ini? sumber jualan boleh terdiri dari telur, anak ayam, induk ibu dan jantan dan ayam untuk daging. untuk menjana pendapat melebihi seribu ringgit sebulan kita perlu mempunyai jumlah ternakan yg mencukupi untuk setiap jenis jualan..dibawah adalah kiraan anggaran kasar untuk penternakan bagi kedua2 jenis ayam kampung, perlu diingatkan bahawa kos tetap seperti reban dan perkakasan tidak dikira dalam kiraan ini..

contoh jualan kampung biasa sebulan yg dirancang
jualan untuk daging sebulan : 200 ekor x RM (+-13)x1.5kg = RM 4000
jualan telur sebulan : 300 biji x RM 0.50 = RM 150
jualan anak ayam sebulan : 300 ekor x RM 2.50 = RM 750
jumlah keseluruhan : RM 4900
jumlah bersih sebulan :
RM 3400 (makanan dan rencam= RM 1500 -sbb jimat)

untuk mencapai jumlah ini bilangan ternakan yang perlu ada adalah:

-untuk daging :1200 ekor pelbagai peringkat dari usia sebulan hingga 7 bulan
-untuk telur : ibu ayam matang 400 ibu dengan kadar peneluran 200 biji setahun
-untuk anak ayam : 6 biji incubator dengan telur diambil sebahagian dari ibu telur.

*namun untuk mencapai jumlah ini perlu banyak pengorbanan dan usaha kerana jumlah induk yang hendak dicari sukar didapati serta pengurusan ladang perlu yang terbaik bagi memastikan pengeluaran. kelebihannya pendapatan setrusnya berterusan dan tidak perlu mengeluarkan modal lagi kerana kita sudah mempunyai induk yang akan mengeluarkan telur yg dieram didalam incubator.

kos untuk ayam sahaja :
anak - 1200 ekor x RM 2.50 sekor : RM 3000(jualan pertama pada bulan ke-7)
induk - 400 ekor x RM 25 sekor : RM 10,000
incubator - 6 biji x RM 300: RM 1800
jumlah :
RM 14,800(untuk memulakan perniagaan ini )

bagi ayam kacuk pula(sumber penternak sedia ada)purata perbelanjaan untuk seekor ayam adalah:

harga jualan RM
8.00 sekilo dgn purata seekor 1.5 kilo= RM 12 seekor
benih bervaksin: RM 2.50 (sama ngan ori)
makanan 40% dari harga jualan = RM 4.80
rencam (ubat dll) : RM 0.50
kos : RM 7.80= RM 8.00
untung bersih :
RM 4.oo

kalau kita mulakan dengan kos 14,800 seperti ternakan ayam kampung biasa, mungkin kiraan yang akan didapati seperti diatas dengan kos adalah 8 ringgit bagi seekor.

RM 14,800 /RM 8.00 = 1850 ekor ayam dalam satu2 masa..
jumlah jualan : RM 1850 x RM 12 :
RM 22,200
jumlah bersih keuntungan bagi 2-3 bulan :
RM 7400

hanya dalam masa 2-3 bulan modal dipulangkan kembali dengan keuntungan melebihi 7 ribu.. namun masalah yang bakal dihadapi adalah bagaimana nak menjual hampir 2000 ayam kacuk sedangkan dipasar sudah ada peniaga tetap yang menjual ayam ini dengan harga yang hampir serupa, kalau nak dijual pada peraih harga terpaksa diturunkan lagi dan ada kemungkinan keuntungan tidaklah menguntungkan.. bagaimana pula jika berlaku serangan mengejut penyakit?

so kita perlu bijak memilih jenis ayam yang hendak dibela mngikut kesusaian dan kesanggupan kita.. pilih kacuk sekiranya anda mempunyai modal besar dan cukup fasiliti untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat atau membela ayam kampung yang tak banyak ragamnya tetapi pulangan adalah secara perlahan dan lambat.

Tiada perniagaan yang mudah dan tiada yang ada jalan shortcut.. semuanya memerlukan daya usaha dan kesungguhan.. fikir2kan lah..

14 July 2009

Reban kita.. Reban orang....


reban kita

Rata-rata oenternak kecil2an diMalaysia menggunkan kayu terbuang atau kayu kocai untuk membina reban mereka.. selain itu net juga digunakan untuk mempagari kawasan reban.. untuk lantai reban biasanya jaring mata punai digunkan untuk memastikan tahi ayam jatuh ketanah.. ada juga yg menggunkan buluh atau kayu sebagai lantai reban.. kesimpulanya kita biasanya menggunkan bahan yg ada disekitaran dan seboleh-bolehnya yang boleh didapati percuma..
untuk reka bentuk pula boleh dikatakan tiada yg kursus.. ada yg cincai dan ada yg agak kemas.. tetapi kebanyakkana hanya buat ala kadar sehingga timbulnya peribahasa yg berbunyi.. rumah seperti reban ayam.. yg membewa maksud terlalu simple atau teruk rupanya.. antara sbb kenapa kita memilih untuk membuat reban seperti 'reban ayam' kerana faktor ekonomi dan kesedaran tentang pemeliharaan ayam.. dan juga disebabkan pemikiran kita sebagai penghuni bumi dunia ketiga atau negara sedang membangun.. dengan fikiran tiada gunanya kita membuat reban cantik dan kemas kerana ianya sangat membazir.. ayam tetap boleh hidup dan tidak ada perbezaannya..





Reban org...
dari pembacaan dan melayari internet.. baru kita sedar industri perniagaan ayam kampung atau lebih dikenalai sebagai grass feeding,back yard chicken dan free range chicken sangat besar dan berdaya saing di luar negara terutama dikawasa negara maju.. lihat saja pada rekabentuk reban yg dijual diinternet seperti diatas.. emej yg kalau org suruh aku duduk pun aku sanggup.. persoalanya mengapa org malaysia atau asia amnya tidak menganggap penternakan ayam kampung sebagai satu bidang perniagaan yg menguntungkan?? begitu juga dengan bidang hiliran bagi ternakan ayam kampung.. bayangkan lah untuk mendapatkan sebuah uncubator pun kita perlu mencari maklumat secara mendalam sebelum dapat memilikinya.. sedangkan dinegara maju terdapat pelbagai pilihan mengikut kemampuan kita untuk kita membeli segala aksesori tentang pembelaan ayam..dan kenapa persoalan kenapa reban kita dianggap kotor tak terurus dan berbau selalu ditimbulkan sedangkan dinegara luar reban adalah satu tempat istirehat bersama keluarga.. mungkin dalam masa 10-20 tahun lagi kita akan mencapai apa yg kita inginkan menjadi sebuah negara maju..

12 July 2009

Nisbah bilangan incubator mengikut jumlah ternakan..





Dalam sedar tak sedar bilangan ternakan semakin bertambah.. bilangan induk betina yang hanya berjumlah 120 ekor sahaja dan bilangan ibu muda(hasil anak ayam yg ditetaskan 7 bulan dahulu) semakin bertambah.. kiranya ada dalam 150 ekor ibu yang boleh menghasilkan telur.. kalau dulu cukuplah kalau kami mempunyai satu incubator sahaja untuk mengeramkan telur kerana pada ketika itu konsep ibu mengeramkan anak sendiri masih dilakukan..
namun satu langkah drastik diubah apabila mendapati konsep penggunaan incubator 100 serta penjagaan anak benih secara insentif tanpa ke raban meningkatkan kadar hidup dan penetasn anak ayam kepada 95%.. satu peningkatan yang sangat membanggakan.. dengan perubahan drastik ini kami akan mengambil semua telur yg dihasilkan direban dan memasukkan kedalam incubator.. walaupun kami membuat incubator untuk tempahan dan seharusnya mampu untuk membuat sebanyak mana incubator yang dikehendaki tapi masa sangat tidak mengizinkan.. setiap minggu mesti ada 2-3 biji incubator yang ditempah oleh kawan2 penternak.. so hanya bertahan dengan 3 incubator sahaja buat masa ini..
Namum jumlah telur yang dihasilkan sekarang dah melebihi tahap muatan incubator.. maka byk lagi telur yang sudah mula dieram oleh ibu ayam apabila sampai tempohnya kerana tak dapat dikutip lagi.. masalah lama tentang pengurusan anak ayam akan berlaku lagi seperti kematian serta serangan hama..
so mungkin aku perlu hold dulu tempahan untuk seminggu nie untuk buat incubator untuk kegunaan sendiri.. namun berapa incubator perlu dibuat untuk kesesuaian ternakan yang aku ada skang? cam mana nak kira dan perluke buat satu incubator yang bersaiz besar untuk menjimatkan kos dan ruang..
so rasenya melalui kiraan bahawa ibu ayam akan mengeluarkan telur sebanyak 12 biji sekali dan masa untuk mengeram adalah selama 3 minggu(21 hari) nisbah incubator berbanding bilangan ibu ayam adalah seperti.. satu incubator bagi setiap 20-25 ekor ibu (bagi incubator bersaiz 120 biji)..kiraan nie mengambil kira pusingan penghasilan telur bagi ibu serta kapasiti dan kemampuan penghasilan telur bagi reban kita.. keperluan ini mungkin berubah mengikut reban anda kerana byk faktor yang mempegeruhi.. yang penting anda boleh melakukan kiraan mengikut rekod penghasilan telur selama 3 bulan untuk keputusan keseluruhan.. so kalau aku ada 150 ekor ibu dengan 120 ekor yg matang mungkin aku perlukan 4-5 biji dalam satu2 masa.. so kalau dah ada 3.. just tambah lagi 2 jelah kan..

*gambar 4 keping diatas adalah incubator yang ada dirumah dan kesemuanya adalah homemade sahaja.. hehehe.. nak terjun bidan nie kena lah mendalamkan ilmu kan.. apa salahnya belajar sekali ilmu membuat incubator anda sendiri.. dan 2 gambar dibawahnya adalah anak2 ayam yg menetas dala incubator tu..

05 July 2009

Pemangsa-Ular Sawa


Berlaku satu lagi serangan Pemangsa kat reban.. rupanya ternakan ayam nie memang ramai perminat.. dari pemangsa haiwan hingga pemangsa manusia yg sedar tengtang harga ternakan ini.. kalau kes sebelum ini ternakan banyak hilang kerana dicuri dan dibaham anjing kali ini ada gangguan baru serangan ular sawa.. ular sawa tak pernah masuk sebab kawasan keliling dah berpagar dengan zink.. tah macam mana satu hari ular nie dapat masuk juga melalui lubang kecil bekas ayam mandi tanah ditepi pagar.. mangsa yg cuba ditelan adalah seekor angsa betina yg sedang bertelur.. serangan berlaku pada waktu malam kerana pada waktu siang tersebut saya ada sepanjang masa direban.. yg menyedihkan ibu angsa saya ini tengah mengeram dan berjuang habis2an untuk mempertahankan telurnya.. tinggalah sekarang hanya sepasang angsa untuk kami bermain.. telur yg tinggal dimasukkan ke dalam incubator.. macam2 cara dilakukan untuk menghindari ular masuk kembali dalam reban.. diatas dipostkan gambar angsa yg tidak berjaya ditelan berkemungkinan ular yg masuk terlalu kecil berbanding saiz angsa yg lebih besar.. perhatikan kepak angsa yg kembang dan ini merupakan faktor kegagalan ular tersebut.. kalau ular tu berjaya kan bagus.. sekurangnya dapat kita bunuh ular ini kerana ular ini tak dapat bergerak dengan perut yg penuh..

02 July 2009

kawalan wabak dan penyakit

Dari segi pengalaman dan pemerhatian aku.. kesedaran penyebaran wabak penyakit dan virus masih rendah dikalangan penternak dari yg skala kecil ke sederhana.. ramai yg tak tahu bagaimana penyakit ini boleh menyerang ternakan mereka dan dah byk yg putus asa.. bila dibincangkan bab penyakit nie ramai yg tak ami pusing tapi bila separuh ayam tergolek kat reban baru kelangkabut.. habis semua org dimarahkanya.. tapi kekadang dia sendiri tak sedar yg penyakit tu dia sendiri yang bawa kereban dia..
biasanya penyakit ayam nie dibawa secara biologi oleh manusia melalui perpindahan fizikal. kebanyakan penyakit dibawa melalui kasut mereka yg memasuki reban selepas melawat reban yg lain.. dari situ segalanya tersebar.. dibawah adalah satu senario yg kena sama2 kita fikirkan..

-ahmad ada bela ayam sebanyak 300 ekor.. satu hari ahmad mendapat jemputan untuk melawat reban rakanya bernama abu.. sebenarnya reban abu telah dilanda penyakit yg membunuh separuh dari ternakanya.. mujurlah beliau sempat merawat dengan ubat.. setelah pulang ahmad terus ke rebanya untuk memeriksa reban.. tanpa disedari ahmad beliau telah membawa penyakit kerebanya melalu kasut yg dipakai.. maka keesokanya bergelimpanganlah ayam didalam reban.. ahmad hampir mengeluarkan air mata.. setelah dirawat apa yg patut ahmad pun pergi lah melawat reban rakanya untuk mengadu nasib.. perkara yg sama berlaku direban rakannya dan benda ini mula merebak serata kampung... maka tersebarlah penyakit sampar dan kekadang memusnahkan ternakan dalam satu negeri...

kalau dilihat dari kes nie jelas bahawa penyakit2 tersebut boleh dicegah dan disekar pengularanya.. hanya pastikan kasut yg digunakan direban tidak dibawa kereban yg lain.. kalau boleh bersihkan tangan dan tukar pakaian yg digunakan.. reban kita seharusnya menerima kunjungan pelawat yg minima atau kalau tidak dapat dielakkan pastikan langkah pencegaan dilakukan..
setiap reban perlu ada sumber air untuk membasuh kasut sebelum masuk dan selepas keluar dari reban.. bukan sebab nak jaga kebersihan sangat tapi untuk mengelakkan penyakit menular.. kalau boleh air yg digunakan untuk membasuh dicampur dengan anti baktria atau detol.. sedikit usaha mungkin boleh mengelakkan kita kerugian ribuaan ringgit..

tiada yg lebih menyedihkan dari melihat ternakan yg kita jaga sepenuh hati bergelimpangan didepan mata tak bernyawa.. so.. mari kita amalkan langkah pencegahan ini bersama dan diharap pelawat faham tujuan langkah ini diambil tanpa mempersoalkan .. tak guna berhabis ribuan ringgit untuk membina reban yg cantk dan membeli ternakan yg mahal kalau sedikit usaha tak dapat dilakukan untuk mencegah penyakit ini.. yg kesudahan merugikan kita sendiri..

walaupun ada byk ubat pencegahan dan mengubat penyakit.. kan lebih elok kalau kita mencegahnya terlebih dahulu bak kata pepatah: mencegah lebih baik dari merawat....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails