21 November 2010

Anak ayam mematuk anak lain,

Salam,

Sekiranya anda pernah menternak anak ayam atau anda pernah mengalami pengalaman membesarkan anak ayam dari usia beberapa hari, teman rase anda mungkin pernah mengalami anak ayam yang diternak mematuk rakan sendiri dan ada yang sampai mati anak ayam tersebut. Kadang kala dah macam2 anda lakukan untuk mengelakkannya. Bagi golongan ibu atau nenek yang ada mungkin dah makin kuat mulut mengomel atau membebel kepada anak ayam tersebut kerana membelasah rakannya sendiri.

Mengikut perkiraan atau pemerhatian teman, biasanya gejala ini berlaku apabila kita mengurungkan anak ayam tadi dalam suatu kawasan dan umur anak ayam mula memasuki usia 3 bualn keatas. Teman sendiripun sering kali berdepan dengan masalah ini terutama anak ayam yang teman eramkan dalam incubator dan hanya berada dalam brooder dan reban asuhan sejak dari mula menetas. Ada beberapa langkah pencegahan yang biasanya teman lakukan untuk mengelakkan ini semua berlaku. Mungkin anda juga mempunyai cara anda sendiri untuk menyelesaikannya, kalau nak berkongsi bolehlah anda reply di ruangan chat disebelah.

Biasanya teman mengamalkan kaedah pengurusan anak ayam dengan memastikan anak ayam tersebut berada dalam kumpulan kecil sejak dari kecil lagi. Dengan kata lain teman pastikan jumlahnya hanya dibawah 30 ekor dalam satu2 masa. Kalau ada banyak teman akan pecahkan kepada kumpulan lain. Kemudian kalau anak ayam ini teman akan kumpulkan mengikut perbezaan usia tak melebihi 1 minggu ikut keluaran. Kalau dalam minggu tu ada 3 ekor je yg menetas, maka itulah kawan serebannya sehingga dia besar nanti.

Selepas itu, kalau anak ayam tadi teman pastikan makanannya cukup sepanjang masa walupun nampak tembolok dia dah penuh. Bagi makan kow2 sampai dia takde selera atau malas nak aktif sangat. Pastu minuman selalu teamn pastikan bersih dan ada. Sesekali teman beri minuman anti stress. Antara cara lain teman pastikan ada sahaja kebersihan reban tersebut dan keluasan reban berpatutan. Cara teman nak ukur senangje, apa yg teman buat hanyalah melihat ketika anak ayam itu tidur. Biasanya dorang akan tidur dekat2 dan anda dapat mengukur keluasan kawasan tidur anak ayam ini. Dari jumlah ini, anda kena pastikan keluasan tempat tidur adalah 1/5 dari keseluruhan reban anda. barulah kita boleh lihat keselesaan anak ayam ini membesar dengan baik. Kalau anda lihat semakin lama anak ayam semakin besar dan makin tak muat, anda hanya perlu membesarkan lagi reban mengikut peratusan tadi.

Kejadian mematuk bulu atau ayam lain sehingga mati mungkin menunjukkan tanda kurang nutrisi, makanan tak seimbang atau tak mencukupi, cuaca panas dan sempit, serta keadaan reban yang kotor. Kalau anda perhatikan tak semestinya ayam tersebur besar maka dia akan terselamat malah yg saiz besar pun selalu menjadi mangsa. Pastikan semua perkara diatas anda hindari. Satu lagi jgn sesekali mencampurkan anak ayam walaupun dari usia yang sama. Anak ayam cenderung untuk menjadi satu puak bila kita tempatkan dalam satu reban dan bila ada sahaja ayam baru yang datang maka pertembungan pasti berlaku untuk berebut tempat.

Sekian,

16 November 2010

Potongan2 kisah

salam,

Saja kali ini teman nak berbual kosong di waktu malam hari raya yang indah ini.. cewah.. dapat pulak cuti hari nie.. syukur dan berseronok sakan. Disaat lepak kat umah mertua, teman teringat kembali peristiwa yang berlaku kepada teman atau yg teman baca dalam akhbar. Semuanya mengenai sikap dan cara kita berpikir terutama golongan kita bangsa Melayu.

Sebenarnya kalau kita masih menyalahkan penjajah yang membuatkan bangsa kita terus berpikiran sempit atau terkongkong, kita sebenarnya  berlaku adil. Ini kerana sudah lebih dari 50 tahun kita merdeka. Kalau nak dikira dari keturunan dan masuk 3 keturuanan dah dari atuk kepada anak dan cucu. Salah kalau kiraan kita sekiranya kita dijajah lebih dari 500 tahun maka fikiran kita juga akan dijajah selama 500 tahun lagi. Ini cakap2 mereka yang tidak mahu berpikir atau malas berusaha. Cerita pertama yang teman terbaca adalah dari petikan harian metro 2-3 hari lepas mengenai tulisan anak penoreh getah yang secara berani dan terang terangan mengkritik peladang getah dikawasannya.

Ini mungkin berkaitan dengan harga getah yang meningkat tinggi dari kebiasaan yang lepas. Anak di penoreh ini berkata yang penoreh biasa sekarang mampu mendapat pendapatan sehingga RM 3000 sebulan berbanding RM 800-1000 sebulan dengan keluasan ladang yang sama. Agak bertuah penoreh sekarang, ini mungkin ada kaitan dengan harga minyak yang tak stabil sekarang. Kalau dulu tayar atau barang seumpamanya menggunakan 100% bahan getah tetapi apabila timbulnya tayar sentetik yang menggunakan bahan asas petroleum maka harga getah tidak lagi lumayan. Maka banyak pokok getah digantikan dengan tanaman sawit yang lebih menguntungkan.

Kata anak penoreh tersebut, ramai orang kampung merungut dan memuncungkan mulut kepada RISDA kerana membekalkan benih anak pokok yang tidak berkualiti kepada penoreh yang menanam semula. Ini kerana kata orang kampung pokok yg diberikan kurus batangnya dan tidak mengeluarkan susu yang banyak. Tetapi hairan pula penoreh yang mana kebun ayahnya yang sama menerima benih dari skim tersebut mempunyai batang yang besar dan susu yang lebih banyak dari pokok sebelum ditebang. Adakah nasib ayahnya yang mendapat benih yang lebih baik walaupun benih tersebut diturunkan dari lori yang sama dengan penoreh lain?

Penulis berkata, puncanya adalah sikap orang kampung yang masih mengamalkan cara penorehan yang sama seperti sebelumnya dengan tidak menjaga tanaman getah ini dengan baik. Selain itu adalah disebab kekurang ilmu atau pengetahuan bagaimana nak manjaga pokok ini dan cara menoreh yang betul. Oleh kerana harga getah yang tinggi, tahap kerakusan orang kampung lain untuk mendapatkan susu menyebabkan pokok getah banyak yang luka dan enggan mengeluarkan susu dengan jumlah sebenar. Dan kemudian orang kampung sering tidak menjaga ladang dan membersihkannya serta memberi baja mengikut jadual yang sepatutnya. Banyak yang mencebik kepada keluarga penulis kerana ada kelebihan kononnya mendapat benih istimewa. Padahal penulis sangup mencabar orang lain untuk datang ladang mereka dan bandingkan dengan ladang2 bersebelahan. Banyak bezanya dari segi kebersihan dan kesuburan pokok yang dijaga.

Bagi teman, perkara diatas sangat mudah untuk dirungkai, ianya berkenaan dengan sikap orang kita sendiri yang tak nak berubah dan selesa di takuk yang sama. Bila diberi teknik baru atau cara baru, langsung orang kita tak nak mencubanya. Padahal dah terbukti cara baru tersebut lebih baik dari cara lama. Itu juga berlaku dalam bidang lain.

Satu lagi kisah pula mengenai sababat kita yang telah membeli sebuah incubator teman 2 tahun yang lalu. Kisah mengenai sahabat kita nie kadang kala buat teman tergelak dan adakalanya membuatkan teman geram. Datang kerumah teman dan ketuk rumah teman macam nak runtuh. Tengok balik baru teman ingat raut wajahnya 2 tahun lepas. Datang bawak incubator kayu teman yang mula2 dulu dengan muka mencuka. Masuk umah dengan tak bagi salam( teman rasa dia ni Islam) membebal yang incubator dia rosak. Kalau ikutkan hati mau sahaja teman sound dia balik.. " bang oi.. mana ada orang datang hantar balik barang rosak lepas 2 tahun yg mana barang tersebut tak sampai pun RM 200".. kalau pas 2 tahun dah rosak tu biasalah. Hantarje lah repair, tapi janganlah buat perangai macam barang teman tu macam tak leh pakai, tak elok atau sebagainya. Kalau barang tak pakai langsung bolehlah tahan 2-3 tahun tapi kita duk pakai hari2 pastu barang elektronik pulak tu memang akan rosak punya. kalau tak, takdelah bengkel atau tempat repair Hp kita pun tahan setahun 2 je ikut kita paka sekarang pastu rosak. nasib baik leh repair kalau tak buang sahaja. Bukan teman nak kata barang reman tak elok tetapi kena lihat macam mana kita menjaganya. Macam mana kita kekalkan kebersihan dan juga mengsetkan kembali suhu. Kalau rosak thermostat beli je yg baru , kalau mentol terbakar kita ganti dnegan yang baru.

Tetapi memandangkan dah pelanggan teman, teman tgkkan lah jugak walau hati dah sakit dengan sikapnya. . Rupanya sejak dari beli aritu langsung saudara kita nie tak pernah usik setting dia, tak pernah cek dan tak pernah nak periksa suhu. Main masuk je.. Nasib baik selama ini dia pakai banyak yang menjadi. Sampai berjuallah anak ayam yang keluar dari mesin yang teman buat tu. Periksa punya periksa rupanya setting dah lari 10 darjah. Ini bermakna ada lah kot yang terpusing thermostat tu sampai suhu jadi tinggi, takda apa yang rosak pun sebenarnya. Terus teman ajarkan cara nak setting walaupun seingat teman, teman dah ajar semasa mula jual aritu. Mungkin saudara kita tak nak amik kisah atau tak perduli.. beli2 terus pakai.. kali ini teman tak nak buat langsung, suruh dia buat dan teman ajarkan sahaja. Pada mulanya taknak, buat muka nak marah dan mula merengus, tetapi teman keraskan hari dan teman pulak meninggikan suara. Bukan nak bergaduh tetapi nak mengajar. NAK menyedarkan . Bila dia sedar teman dah mula berubah muka dan ugut tak nak buat barulah dia mengalah.

Hah, boleh pun setting, walaupun amik masa sikit tetapi teman puas. Terus teman nasihatkan yang ilmu ni memang agak sukar sikit nak belajar tetapi sangat berguna dimasa hadapan. Jgn berhenti belajar walaupun ilmu itu nampak macam remeh. Bukan susah pun. Jgn duk karatkan otak dengan malas nak belajar dan menimba ilmu. Sekarang kata teman, anda dah pandai nak setting dan ada mungkin sudah ada kemampuan nak buat incubator anda sendiri  kalau memerlukan incubator tambahan kelak.

Satu lagi cerita mengenai kisah baru2 ini mengenai MLM yang melibatkan seorang artis dulu. Cerita pasal MLM ni bukan nak kata apa, tetapi pengasas sebuah syarikat yang pakej yang ada "bulk" dalam tajuk skim dia tu adalah rakan sekolah sebilik dengan teman. teman dah baca perbincangan dan perbalahan mereka dalam ruangan chat yang ada. Memang panas dan teman pulangkan kepada anda untuk menilai. Cuma apa yang teman nak kata sekarang, punca ramai orang kita nie kantoi dalam MLM nie bukan sebab terlalu tamak atau malas berkerja. teman perhatikan ramai yang bertungkus lumus dan ingin menjadi kaya. Yang paling besar boleh teman boleh rumuskan adalah minat kita orang melayu untuk berniaga mula kian bertambah, minat ada tetapi yang takde adalah ILMU perniagaan.

Sering sangat teman mendengar minat seseorang mengenai ingin memulakan perniagaan tetapi tercari2 perniagaan yang ingin dijalankan. Mengapa masih diawangan? mengapa sangat buntu sehingga yang nampak hanyalah skim2 cepat kaya yang ada atau pelaburan yang samar2 sahaja caranya. Ini semuanya kerana ILMU. Keinginan dan modal sahaja tak cukup. Cuba kira berapa jumlahnya orang kita yang terlibat dengan cacing, lintah , ikan keli dan sebagainya? jumlah kan kesemuanya.. mereka semua adalah PENIAGA!!. cuma jalannya sahaja tidak betul, mereka ada niat untuk berniaga dan mereka dah mencuba. Janji mereka dah mencuba untuk menjadi seorang peniaga. Bagaimanakah kita yang belum buat apa2 sekarang tetapi ingin berniaga?

Cari ilmu dalam2. Bagi mereka yang dah termasuk dalam golongan tadi, teruskan niat anda untuk berniaga. tetapi tajamkan fikiran dan carialah ilmu. Intai peluang  dan buat kajian baik2 mengenai potensinya. Dan kemudian cari strategi untuk melaksanakannya. Itu sahaja. Bila dah ada semuanya, baru anda sedar peluang berniaga ada dimana2 sahaja. Apa sahaja yang ada dirumah anda, yang anda pakai dan apa yang anda dapat lihat didepan mata adalah barang perniagaan. Jgn sempitkan dengan perkara2 kecil atau yang menjadi sebutan hangat ramai orang.

Insyallah dengan trend mereka yang dah terkena dengan skim atau produk argo yang lepas mungkin merekalah menjadi orang terdahulu yang akan menjalankan perniagaan. Ini kerana mereka dah ada asas dalam diri macam mana untuk berniaga dan dah merasa sepak terajang dalam perniagaan. Jgn putus asa tetapi bersyukur dengan pengalaman anda.

Itulah sahaja nukian teman mengenai tulisan teman kali ini. Mungkin sbb kurang menulis sbb tu sekali tulis panjang berjela. Teman sangat berharap agar suatu hari nanti, 60% peniaga atau kuasa ekonomi dipegang oleh orang kita demi menjaga kembali kehormatan orang kita ditanah air. Cuba kurangkan atau jangan guna terus perkataan yang melebalkan orang kita seperti dengan: " melayu malas, melayu pendengki, melayu suka lepak, melayu tak boleh tgk  melayu lain senang, melayu mudah kena tipu dan sebagainya. Tiupkan semangat ingin berjaya dan bersaing demi ingin membaiki diri kita sendiri sebagai orang melayu.

Akhir kata, sempena hari korban ini, marilah sama2 kita turut berkorban dengan mengorbankan jiwa pemalas, jiwa kosong, jiwa dengki dan masa senang lenang kita demi untuk masa depan yang lebih cerah. Itulah pengertian korban yang bermakna selain dari ibadat korban yang dilakukan. Jauhkan perasaan curiga kepada mereka yang mengajak kepada kebaikan atau yang menyebarkan ilmu dengan ikhlas. Percayalah mereka( org melayu) yang dah berjaya adalah mereka yang dah buat apa yang teman katakan tadi..

Sekian..

13 November 2010

Sambungan

Salam,

sambungan mengenai gejala telur tak berbenih.

Seperti yang teman nyatakan sebelum ini, gejala ini kerap kali berlaku sekiranya kita mula menternak dengan jumlah yang banyak. Kadang kala ada juga kalau kita menternak dalam jumlah sedikit kita berjumpa dengan kes sebegini. Kalau kita terjumpa begini kita perlu melihat kepada penjantan yg ada samada terlalu muda atau terlalu tua, namun biasanya jarang terjadi.

Disebut dalam post sebelum ini, teman bercerita mengenai setting reban yang betul. Ramai yang beranggapan yang teman nie macam pandai sangat, Sebenarnya bagi pengetahuan semua, teman ni masih baru lagi dalam bidang ini, usia menternak pun tak sampai 3 tahun. Ramai sebenarnya penternak diluar sana yang dah lama menternak ayam ini dan mempunyai skill tersendiri yang terbukti berjaya menternak. Yang teman ceritakan selama ini mungkin hanya pendapat teman yang teman perolehi secara sengaja atau tidak semasa menternak. Mungkin sebilangan penternak yang dah otai ini belum bersedia untuk berkongsi bersama kita atau tiada masa untuk bercerita seperti yang sering teman lakukan dalam blog ini.

Maksud teman menternak dalam jumlah besar tetapi kekalkan dalam jumlah yang kecil adalah dengan mereak reban agar ayam sentiasa berada dalam jumlah kecil. oleh itu untuk menternak untuk memperolehi baka atau memelihara induk, anda perlu memastikan ianya berada dalam jumlah kecil yang semaksima yang boleh adalah dalam kumpulan dibawah 50 ekor bagi kawasan sebesar court bola tampar atau yang lebih besar. kalau anda bercita untuk menempakan ayam ini melebihi jumlah ini samada secara lepas atau berkurung, teman yakin anda tetap akan menghadapi masalah telur tak berbenih. Kalau kurangpun masalah perebutan antara jantan, kekecewaan sibetina untuk mendapatkan sijantan alfa dan menyebabkan terus bertelur tanpa mengawan.

So anda perlu pikirkan bagaimana nak pastikan ayam ini sentiasa berada dalam kumpulan kecil dan keadaan huru hara tidak berlaku. Semua yang tahu paham mengenai kesukaran yang akan dihadapi kalau kita menternak dalam bangsal besar dan melepaskan induk dalam jumlah yang besar. Pastikan kalau boleh, anda siapakan satu setting reban untuk sejumlah ayam yang tidak melebihi 50 ekor termasuk jantan. Dan kemudian anda perhatikan kalau ada masalah yang timbul smeasa menternak dalam jumlah ini. Kalau ada anda perlu pastukan masalah itu selesai seperti keperluan tempat tidur, jumlah bekas telur yang betul dan sebagainya. Apa bila anda berjaya, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya mengandakan jumlah reban ini atau paling tepat dengan membina sebuah lagi reban yang serupa dengan apa yang anda ada sekarang. Cukup mudah. Gandakan sahaja. Buat yang sama. So masalah yang lain takkan berlaku.

Sebab itu dari mula dulu teman dah menasihatkan agar anda memulakan dengan jumlah sedikit iaitu dalam jumlah 50 ekor. Bukan sebabnya saya dengki atau saya tak nak melihat anda berjaya. kerana nak pastikan anda berjayalah saya nasihatkan seperti berikut, bayangkan kalau anda dah master dalam menternak ayam 50 ekor, dengan gandakan jumlah reban sama seperti itu anda boleh menternak sehingga ribuan ekor. Cuma pastinya jumlah dan kawasan yang terlibat akan lebih besar dan luas. Kalau anda hanya menghentam keromo atau mengikut naluri hari, pada dalam masa sebenar ada menternak  teamn pasti akan ada banyak masalah yg dihadapi sehinggakan anda akan mengalami masalah..

sekian..

12 November 2010

Gejala telur tak berbenih dan kulit nipis

Salam,

Teman nak memberi padangan mengenai soalan seorang sahabat kita yang yang mengatakan masalah menternak ayam kampung selama ini. Pengaduan beliau mengenai kegagalan beliau dalam menggunakan mesin pengeram. Masalah yang dialami bukannya masalah alat pengeram tetapi kepada masalah telur tak berbenih. Selalu apabila dicandling pada masa2 tertentu semunya nampak kosong tanpa ada sebarang embrio didalam telur.

Sebenarnya tentang masalah telur tak berbenih nie dah banyak kali teman bincangkan dalam blog teman ini. Mungkin saudara kita nie terlepas padang dalam blog teman ini. Masalah telur tak berbenih ini adalah masalah yang sering berlaku kalau kita dah mula menternak dalam jumlah yang banyak atau tidak terkawal. ideanya cukup mudah, tiada kemasukkan benih dalam telur yang menyebabakan telur tidak bersenyawa dan tidak akan ada embrio anak ayam terbentuk.

So kita jawab balik dengan persoalan, mengapa benih tak termasuk dalam telur? adalah proses mengawan tidak berlaku? apa yang menyebabkan sijantan dan sibetina tak mengawan? dan sebagainya. Dari sini barulah kita dapat mendapatkan punca mengapa ainya berlaku. bagi sesetengah penternak, masalah ini tidak atau jarang sekali berlaku. Kalau dimasukkan telur dalam incubator maka akan menetaslah telur tersebut. Ada pula yang bersungguh2 mengusahakannya agar telur mereka berbenih. telur ayam ye maksud saya..

Mengapa ada 2 kumpulan pula? ianya tidak mustahil berlaku. Teman dulu pun pernah sampai hampir 30 peratus sahaja telur berbenih. Sungguh menghampakan padahal ayam jantan otai mencukupi. Semuanya adalah dari segi pengurusan reban kita. Kalau kita nak bercakap mengenai pengurusan reban, apakah pengurusan terbaik yang boleh dilakukan. apa kaitannya pengurusan reban dengan telur berbenih?

Sebenarnya jumlah jantan dan betina ynag telah disetkan dengan baik pun tak menjamin yang telur kita akan berbenih. Kalau kita perhatikan, kalau kita menternak ayam ini dalam jumlah kurang dari 50 ekor, kita dapati telur yang tidak berbenih sangat lah kurang. Kes yang ada pun mungkin hanya telur yang tembelang atau telur yang tak menetas tetapi bila kita pecahkan akan terjumpa embrio yang terbantut atau yg dah membesar sepenuhnya. Pada ketika itu jumlah ayam jantan yang kita bela mungkin hanya beberapa ekor sahaja. Bila kita mula nak mengembangkan ternakan kita dengan mengandakan jumlah yang ada keadaan mula berubah. Apa yang biasanya kita buat adalah menambah bilangan ternakan dengan nisbah jantan dan betina sama seperti ternakan yang kita ada pada mulanya. So kalau kita tambah sekali ganda, jumlah jantan yang ada juga ditambah sekali ganda.

Yang peningnya kita dapati jumlah telur yang tidak berbenih mula bertambah. Kalau nak diikutkan secara matematiknya kita sepatutnya tidak akan mengalami masalah ini kerana kita dah ada cukup jantan untuk mengawan. Sebenarnya teman pernah mengalami masalah ini semasa teman mula menternak dahulu. Pada masa itu teman ada lebih kurang 300 ekor induk dan semuanya diternak dalam sangkar besar atau kawasan berbumbung dan jaring sepenuhnya seluas setengah ekar. Dengan nisbah 8 betina satu jantan teman dapati jumlah telur yang tidak berbebih semakin berjadi2. Telur yang dikutip memanglah banyak saban minggu tetapi sayang apabila sia2 sahaja. dari perhatian yang mendalam, barulah teman paham yang sebenarnya kita dah tersalah langkah dan menempatkan semua ayam ini dalam satu kawasan. Tak kiralah sebesar mana pun kawasan yang kita beri kepada ayam ini, ayam ini tetap menperolehi peluang untuk berjumpa dengan ayam yang lain. Ini bermakna setiap ekor jantan yang ada akan mengawan dengan setiap ekor betina yang ada.

Seringkali kita perhatikan, dalam kehidupan haiwan, sibetina hanya akan tertarik kepada ayam jantan alfa atau ayam jantan yang paling gagah dalam reban atau dalam sesebuah kawasan. Ini bermakna, sijantan yang perkasa atau yang paling hebat sahaja yang akan mendapat peluang untuk mengawan. Yang berlaku dalam reban kita adalah si betina tadi akan mula memilih untuk bersama dengan jantan yang kuat dan enggan mengawan dengan jantan yang kurang. Maka apabila sijantan tadi dah mempunyai kumpulannya sendiri( yang betina otai juga) maka yang lain enggan untuk mengawan dan bertelur tanpa bersenyawa. Jangan terkejut kepada mereka yang baru kalau teman katakan sibetina ini akan mengeluarkan telurnya juga walaupun sijantan tiada. Ini keraai, sibetina tetap akan mengeluarkan telur tanpa persenyawaan. Persenyawaan atau pembenihan terjadi apabila benih sijantan memasuki saluran pengeluaran telur sebelum lapisan putih kalsium atau lapisan kulit telur terbentuk. Pada masa ini benih jantan akan memasuki kuning telur dan dikeluarkan dari badan ayam. Proses pembesaran embrio dilakukan dalam rahim luar atau dalam lebih tepat dalam telur itu sendiri. Ini normal bagi haiwan yang bertelur.

Bila ada sejumlah ayam jantan didalam satu reban, perebutan akan berlaku untuk hak mengawan terutama pada waktu petang sebelum naik tidur. Lihatlah sendiri kalau anda tak percaya, pada ketika inilah peluang terakhir untuk hari itu sijantan mengejar sibetina untuk mengawan paksa.  Kenapa teman gunakan perkataan mengawan paksa adalah pada kebiasaannya sibetina akan bersedia dengan kehadiran sijantan pilihanya semasa mengawan dan melakukannya dengan rela. Bila pada waktu nak tidur, semua ayam akan berkumpul dan pada waktu ini sijantan yang tidak terpilih akan melakukan cubaan paksa untuk mengawan. Maka perebutan akan berlaku dan proses pengawanan sempurna gagal sama sekali. Baru sahaja dalam proses memanjat dah ada sijantan lain yang menerajang dari belakang dan terbantut.

Bayangkanlah pada ketika itu jumlah sijantan yang telah matang sepenuhnya adalah 10 ekor. Dan pada waktu itu sibetina yang sedang dalam keadaan bersedia  untuk bertelur hanyalah 2 ekor. Bagaimana riuh yang berlaku 10 berebut 2? itulah yang menggangu proses mengawan. Biasanya proses bertelur bagi satu kumpulan ayam adalah tidak sama. Mungkin hanya dalam 10% yang akan bertelur serentak. Ini kerana cuaca negara kita adalah panas sepanjang tahun dan ayam boleh bertelur pada bila2 masa sahaja. Bersyukur dan  kita sangat bertuah dengan iklim dinegara kita.

Bagaimana kita nak mengatasi semua masalah ini? jawapanya kita kena pastikan jumlah ternakan kita tetap kekal seperti kita menternak dalam jumlah kecil dahulu. ( waktu yg telur semua berbenih) tetapi diternak dengan jumlah yang banyak.. Bagaimana nak melakukannya? teman akan sambung dalam tulisan akan datang..

Sekian..

04 November 2010

Jawapan untuk pertanyaan En Azman,

Salam,

Teman nak menjawab persoalan yang dikemukaan oleh saudara Azman yang menghantar pertanyaan melalui chat box teman. Bukan tak nak menjawab dalam tu juga tetapi ruangannya terlalu kecil dan seakan tak mampu menerangan dengan sepenuhnya. Dibawah adalah pandangan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara kita.

Soalan:  "sepol kalau nak bela berpuluh ribu pun orang boleh bela tapi ada ka orang nak beli. kalau setakat 40-50 eko sebulan tak yah bela byk2 menghabiskan duit ja"

Sebenarnya En Azman, setakat kini belum ada lagi penternak kita yang mampu untuk mengeluarkan jumlah ternakan melebihi 1000 ekor sebulan. Kalau ada yang mencecah ratusan ekor pun hanya mereka yang menjalankan perniagaan mengumpul ternakan orang lain dan menjualnya kepada yang berminat. Ini kerana setakat ini tiada pengeluar anak ayam komersial yang mengeluarkan anak ayam ini dengan jumlah yang banyak untuk membolehkan kita menternak.

Ayam yang saya maksudkan selama ini dalam tulisan saya adalah Ayam Kampung Asli iaitu ayam yang telah dibela atau diternak oleh tok nenek kita selama ini dibelakang rumah. Ayam ini diternak untk tujuan daging dan telur untuk keperluan keluarga. Ayam yang dibiarkan lepas berkeliaran dan kadang kala dikurung untuk mengelakkan serangan pemangsa. Saya tak bermaksud ayam kampung kacuk yang diternak secara komersial oleh sahabat penternak yang lain dimana ayam tersebut adalah kacukan dari baka Rhode Island ( ayam orang putih ) dengan ayam kampung asli untuk mendapatkan baka hibrid yang mempunyai berat badan matang mencecah 4-5 kilo bagi jantannya. Tujuan dikacukan sedemikian adalah untuk mendapatkan tempoh masa menternak yang lebih cepat iaitu dengan kaedah pemilihan berat. Cukup sahaja berat 1.5 kg tak kira berapa usia ayam tersebut maka ayam tersebut akan dijual. Ayam kampung asli ni, nak taknak kita perlu menjualnya matang pada usia 5-6 bulan dimana ayam tersebut telah mencapai berat hampir maksimanya iaitu antara 1-2 KG.

Yang saya selalu tekankan dalam blog adalah bagaimana nak mencapai matlamat menjual ayam ini dalam jumlah yang banyak saban bulan. Kita banyak kengkangan bagaimana nak mendapatkan bekalan benih anak ayam. So saya rase setakat ini atau dalam jangka masa setahun lagi, untuk membela sehingga mengeluarkan beribu ekor ayam kampung ASLI adalah sangat mustahil melainkan satu usaha hebat telah dilakukan. Ini bermakna sekiranya anda berjaya, anda berjaya mencecahkan kebuntuan penternak yang ada sekarang dan tak mustahil anda menjadi peneraju penternakan ayam kampung asli ini. Tak salah kalau saya mencabar anda sekarang untuk menternak sehingga berjaya mengeluarkan ternakan ayam kampung asli sebanyak itu.

Soalan: "yang awak bela sekarang sebulan boleh keluar berapa eko"

Buat masa sekarang jumlah ternakan saya termasuk jumlah anak ayam yang ada hanyalah tinggal dalam 300 ekor lebih, Ini kerana ayam saya banyak terkorban semasa serangan sampar baru ini. Yang tinggal adalah yang otai2 atau yang terselamat semasa saya sempat balik dari kampung musim cuti ari tu.

Untuk pengetahuan en, suatu ketika dahulu ( tahun  lepas ) jumlah ternakan saya pernah mencecah 1000 ekor termasuk anak ayam yang dikeluarkan. Pada ketika mula2 saya menternak saya mengamalkan kaedah menternak sambil belajar cara nak menternak. Oleh itu untuk fasa permulaan apa yang saya lakukan adalah mengkaji bagaimana dengan sejumlah 300 ekor induk ayam yang saya beli dari penduduk setempat ( seekor dalam harga purata RM 20)  saya mampu untuk mengembangkannya.

 Dari sini pelbagai teknik penternakan berjaya saya temui dan memungkin kaedah menternak secara komersial berjaya dilakukan. Seterusnya dalam tahun ini ( apabila teknik penjagaan telah saya fahami tahun sebelumnya) saya mula menukar konsep penternakan iaitu kepada cara nak mengeluarkan anak ayam untuk tujuan penjualan benih anak ayam ini secara komersial. Untuk pengetahuan tuan, menternak anak ayam sehingga dewasa dan menternak ayam induk sehingga mengeluarkan anak ayam adalah 2 konsep penternakan yang berbeza. Kedua2nya mempunyai teknik yang berbeza dan setting reban berlainan. Oleh itu buat masa ini, iaitu dari bermulanya awal tahun dahulu saya hanya menjual anak ayam yg diperolehi dari  sejumlah ayam induk yang saya ada.

Untuk menjawab soalan berapa jumlah ayam yang saya keluarkan adalah tidak adil kalau tuan ingin mengukurnya sekarang. Untuk maklumat tuan saya masih lagi diperingkat kajian iaitu sajauh mana keperluan yang diperlukan untuk mengeluarkan anak ayam ini. Oleh itu bolehlah dikatakan yang sekarang jumlah ternakan atau anak ayam yang dikeluarkan terlalu sedikit. Hanya kadang kala pada bulan baik ( tiada masalah yang mendatang) saya mampu untuk mengeluarkan hampir 700 ekor anak ayam sebulan. Itu pun disebabkan banyak telur yang dieramkan tak menjadi disebabkan jumlah telur yang tidak berbenih. Telur yang tak berbenih disebabkan cara setting reban kita yang salah iaitu ada kemungkinan disebabkan jumlah jantan yang terlalu banyak, tak seimbang jantina dan juga proses pengawanan yang tidak sempurna semasa ayam berada didalam reban.

Tahun lepas pula, rekod jualan ayam saya kepada pembeli samada jualan dipasar atau jualan walk in ( ramai org cina /orang melayu /orang india  datang nak beli ayam tetapi selalu stock takde) adalah purata 130 ekor ayam matang sebulan. Kesemua ayam yang dijual ketika itu adalah dari tetasan sendiri dan diternak sehingga matang.  Biasanya berita penjualan tersebar melalui mulut kemulut. Yang pasti saya ada 2 pelanggan setia ( tokey bengkel kat depan dan tokey hardware) yang akan membeli tak kurang dari 5 ekor setiap keluarga saban bulan.

Soalan: "tgk dari cara penulisan anda mcm anda tiada masalah untuk men jual ternakan anda
kalau benda ni menguntungkan dah lama cina bela, lagipun yang dok beli ayam ni ambik harga mahal pun kaun cina gak"

Sememangnya untuk maklumat tuan yang saya setakat ini takde masalah untuk menjual ternakan. Bahkan boleh saya katakan sekarang ini kalau saya ada 500 ekor ayam kampung asli saya boleh menjualkannya dalam masa beberapa hari. Kalau tuan nak tahu rahsianya saya boleh ceritakan. Untuk pengetahuan tuan, blog juga merupakan satu medan pengiklanan yang sangat baik. Kalau jumlah pengujung yang datang melawat blog anda bertambah, maka peluang jualan ayam anda juga akan bertambah. Disamping itu anda perlu ada ramai kenalan dan ada sedikit semngat untuk berniaga. Kalau anda jenis yg malu nak mencangkung dipasar untuk menjual, maka anda akan merasa fasa penjualan adalah fasa yang sangat memeritkan dan menyusahkan. Bagi teamn, masa menjual adalah masa yang sangat menyeronokkan kerana ketika ini kita akan mendapat hasil dari usaha yang kita lakukan. Yang menjadi kita susah hati adalah apabila ada ramai pelanggan kita pulang dengan tangan kosong dan berasa hampa apabila jualan kita tak mencukupi atau dalam kata lain dah habis. Itu syarat utama dalam perniagaan.

Pernah saya membawa beberapa rakan kelas penternakan saya untuk datang semula pada hari berikutnya untuk bersama menjual ternakan di pasar Banting. Dalam masa satu jam sahaja ( turun pasar pukul 7.30 pagi) habis semua 60 ekor ayam kampung asli ini yang saya bawa dijual. Terus balik dan saya belanja rakan2 saya makan sarapan. RM 20(purata) dikali dengan 60 ekor.. bagi saya dah cukup lumayan kalau anda hanya perlu duduk sejam dipasar.

Kenapa harga ayam ini mahal? ini kerana nak menternak ayam ini mengambil masa yang lama. Lagi satu ayam ini diternak secara bebas dan tidak terkawal. Oleh itu jumlah ayam yang ada dipasaran amat terhad. Bila jumlah yang ada sedikit, maka harganya akan menjadi mahal. Kenapa ayam ini orang cina sanggup membeli walaupun harganya mahal? Ini kerana keaslian dan juga rase sedap dan baunya yang harum kalau kita buat soup. Orang cina gemar untuk memakannya dan menjadi pilihan bagi mereka yang sedang sakit atau yang baru lepas melahirkan anak. Kalau nak dikira, sebenarnya orang kita juga pandai makan ayam kampung asli ini. Cuma mereka tak membelinya dipasar sebaliknya terus kepada penternak dikampung. Orang bangsa asing pun pandai makan ayam ini walupun harganya yg dijual sama mahalnya.

Nama ayam asli ini orang cina gelarkan sebagaikan Malaikai. Ianya bermaksud ayam melayu. Nama yang melekat kerana orang melayulah yang kerap menternak ayam ini disebabkan faktor orang melayu dahulu yang duduk dikawasan kampung. Kalau tuan berasal dari Perak atau biasa duduk dikawasan kampung melayu yang ada orang cina sekali, anda akan dapati orang cina juga menternak ayam mereka. sama sahaja dengan orang melayu. Cuma jumlah penduduk cina yang berumah dikampung sangat kurang berbanding orang melayu.

Dari segi komersial pula orang cina taknak bela ayam ini kerana bekalan anak ayam ini tidak kosisten. Jumlahnya juga terhad. Untuk pengetahuan tuan, untuk sebarang ternakan ayam, kuantiti adalah segalanya. Kalau tak mampu untuk menternak dalam jumlah banyak orang takkan bela ayam. Sbb itu mereka beralih kepada ayam kampung kacuk yang jumlah anak ayam yg boleh dibeli sangat banyak. Satu lagi orang cina taknak bela ayam ini kerana tempoh ternakan yang panjang. Disebabkan jangka masa yang panjang raban hanya boleh digunakan untuk jangka masa 2 kali setahun sahaja. Itu cukup menyesakkan mereka yang mementingkan pulangan pelaburan.

Ada juga orang kita yang menternak ayam kampung kacuk ini. Tetapi kuasa modal yang terhad dan kekurangan kita dari segi pemasaran menyebabkan ramai yang dah gulung tikar. Buka sorang dua, teman rase dah berpuluh dah. Yang pakai kereta mewah pun tewas. So bukankah ini peluang kita menambah pendapatan keluarga dengan menternak secara kecil2an ayam ini. Permintaan sangat banyak dan harga juga lumayan. Cukuplah kalau anda mampu untuk mengeluarkan 500 ekor ayam ini dan menghantar kepada 2-3 pasar besar disekitar anda. Disamping itu anda aktif menjualnya sendiri dengan cara yang anda suka. Dengan jualan 500 ekor tu teman yakin ianya sudah melebihi dari gaji purata kebiasaan semua orang melayu dinegara kita.

Soalan: "ayam kampong bukan boleh biar lama sqangat nanti daging jadi liat."

Ya, ayam kampung kalau kita biar lama sangat memang akan menjadi liat. Itulah sebabnya kita kena pastikan apakah tujuan kita menternak ini. Untuk menjadikanya induk atau untuk menjadikan jualan daging. Kalau induk kita kena pastikan umur ayam yang diternak tak melebihi 2 tahun. Lepas 2 tahun kita kena tukar induk. Induk ini pula akan kita kerahkan untuk mengeluarkan telur semaksimum yang mungkin dalam tempoh masa tersebut. Teman rase mereka yang menjadi pengikut setia blog teman tahu bagaimana caranya.

Kalau nak bela untuk daging kita kena bela sampai cukup usia matangnya atau paling awal pada usia 5 bulan. Kekuatan jualan ayam ini adalah dari segi kematangannya. Kalau ayam matang barulah dagingnya akan menjadi wangi dan sedap. Tak percaya cuba sembelih ayam umur 4 bulan dan makan. Anda akan tahu sendiri.  Jgnlah bela sampai umur 8 bulan keatas maka dah jatuh hukum kena jadi induk dan tak boleh dijual.

Soalan: "ayam kampong ni kalau nak bela bagi habiskan nasi balance boleh la."

Ya, kalau anda ingin sekadar untuk menternak untuk menghabiskan sisa makanan rumah anda anda boleh teruskan. Ini kerana itulah niat anda pada mulanya, maka anda akan meneruskanya juga. Seperti semua penternak kampung atau orang2 lama yang teman jumpa semasa teman membeli ayam dahulu, semua bersetuju yang menjual ayam kampung asli ini lumayan.Bila dah sesak hujung bulan, datang pula apek bawak motor dan penimbangnya. Rata2 ketika itu harga ayam sekadar RM 9 sekilo. Dapat jual dalam 15 ekor dengan berat purata 1.5 kilo sekor, jumlah jualan cukup untuk belanja dapur untuk minggu tu. Bila ditanya kenapa tak bela banyak supaya leh jual lebih banyak, semuanya mengeluh dengan pelbagai masalah dan kengkangan yang ada.

So kalau kita ada kemampuan untuk berfikir dan ada kemahuan untuk terus maju, kita mungkin dapat menyelesaikan masalah yang orang kampung sekarang alami. Dari sini tak mustahil kita mampu untuk menjana pendapatan yang tak kita dapat dahulu. Teman tak kata bela ayam boleh jadi kaya raya, tetapi teman kata ianya tak mustahil dan mampu dilakukan. teman boleh menyenaraikan mereka2 yang dah lama dalam bidang ini dan anda boleh lihat apa yang diperolehi dengan hasil jualan ayam.

Soalan: "berapa harga ayam kampong ori sekarang"

Untuk soalan ini, teman biarkan anda sendiri yang mencarinya. Memang seronok bertanya tanpa perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu. Cuba sendiri pada hujung minggu dan datang kepasar melihat sendiri apek yang menjual ayam ini dari bakul motornya. Tanya dan kalau boleh beli. Takpun tanya sahaja kepada mereka yang menternak ayam dikawasan anda, berapa mereka jual atau berapa yang mereka tolak kepada peraih. Dari harga tersebut anda hanya perlu tambah antara RM 6-10 ringgit lagi untuk mendapat harga sebenar dipasaran. Ada juga kawasan yang harganya masih murah seperti di pantai timur dimana penternak melayu yang menternak secara kecil2an dan kemampuan beli yang masih kecil.

Akhir sekali teman mintak maaf kalau tulisan teman kali ini terlalu panjang atau terlalu sinis, Ianya cuma nak menerangkan yang kita ni kena berusaha untuk memajukan diri. Janganlah duk harapkan cara2 mudah seperti duit peram, duduk saja dapat duit, duit mudah datang bergolek dan sebagainya. Orang cina berjaya bukan kerana mereka pandai berniaga tetapi usaha yang mereka lakukan untuk berjaya. Kalau kita takda pelajaran yang tinggi tak bermakna kita tak boleh belajar cara nak mendapatkan pendapatan yang tinggi. Kemalasan nak berpikir itulah punca kita masih lagi mundur. Buang sikap prajudis dan sikap suka melihat kegagalan orang lain. Kalau anda tahu caranya, dengan tanah sekangkang kera pun anda boleh lakukan sesuatu untuk mendatangkan wang. Dan yang paling penting, lakukan sesuatu dengan iklas dan keranaNya..

sekian.

(p/s: rujuk post teman sebelum ini kalau anda masih tak paham apa yang teman tulis kali ini)

Komersialkah ternakan ayam kampung asli?

Salam ,

Alhamdulilah, kian hari kian banyak teman dihujani panggilan dan sms mengenai hajat untuk menternak ayam kampung asli ini dikalangan orang kita. Ada juga yang teman tak sempat layan sbb dihubungi ketika teman sedang bekerja. Bila pulang teman terus terlupa nak update pertanyaan tadi. Cuma teman nak tegur jugalah kalau anda nak menghantar sms kepada teman, jgnlah terus sahaja kepada soalan yang ingin ditanyakan. Sekurangnya perkenalkan diri anda dahulu sebelum bertanya. Bukan apa bunyinya macam tak berapa sesuai bila dimulakan dengan terus bertanya.Teman akan tertanya2 siapakah anda yang menghubungi teman? teman kenal kah? dimana lokasi tuan semua.. itu sahaja, takdelah kekok teman nak membalas sms. kalau ada pangkat seperti Datuk ke Tansri ke, Tuan Haji ke Tuan DTO ke senanglah teman nak memanggil dengan gelaran.

Mengenai soalan teman tadi "komersialkah ternakan ayam kampung asli ini?" teman tak berapa berani nak menjawab. Ini kerana sepanjang perjuangan teman memperkenalkan penternakan ini teman dapati belum ada lagi yang mampu untuk mengkomersialkan ternakan ini sehingga mencecah 5000 ekor dalam satu2 masa. Bagi teman jika anda mampu mengeluarkan 1000 ekor ayam dalam satu masa pun teman dah boleh gelarkan anda usahawan ternakan ayam yang berjaya. Jumlah ternakan dan cara menternak yang berbeza membuatkan semua orang tahu ianya bukan mudah. Bagi mereka yang merasakan mampu untuk mengkomersialkan ayam kampung ini, banyak yang perlu anda fikirankan dahulu sebelum anda melakukannya.

Maksud teman bukannya ianya tak boleh dilakukan tetapi lebih kepada keputusan anda dan perancangan anda untuk menternak. Jika sekarang anda mempunyai 50 ribu sekali pun untuk anda laburkan dalam penternakan ini , anda belum ada lagi jaminan yang anda akan berjaya kelak atau mendapat pendapatan jaminan setiap bulan. Antara yang anda perlu anda lakukan dan pikirkan untuk mengkomersilkan ternakan ini adalah:

1. Bagaimana anda boleh mendapatkan bekalan anak ayam sepanjang bulan? Anda semua tahu yang untuk mengeluarkan sejumlah ayam yang ditetapkan anda perlu untuk memasukkan sejumlah anak ayam dengan peratusan 5% lebih tinggi. Dengan ketiadaan bekalan anak ayam sekarang, bagaimanakan anda ingin memastikan ianya boleh dilakukan? kalau ada pun adakah anda yakin dengan kualiti dan keasliannya?

2. anda kena pikirkan macam mana caranya anda nak menternak ayam ini dalam jangka masa lama iaitu 5-6 bulan? kalau nak diikutkan satu reban yang dibina hanya boleh digunakan 2 kali setahun kerana jumlah masa pembesaran yang panjang.

3. Anda kena fikirkan mengenai FCR iaitu nisbah makanan yng diperlukan. Berapa yang perlu anda peruntukkan untuk membeli dedak atau bahan untuk membuat dedak mengikut jumlah ternakan anda. Adakah anda ada kemampuan dan cukup modal menampung perbelanjaan makanan ayam untuk 6 bulan pertama.

4. Adakah anda tahu tetang penyakit serta ubat2an. Adakah cukup denagn pengalaman anda sebelum ini menternak secara kecil2an dibelakang rumah? adakah cukup dengan hanya menghadiri satu sesi kelas kelolaan mana2 kelas atau khursus?

5. Dimana kekuatan anda untuk bangun kembali sekiranya ada perkara yang terjadi kepada ternakan anda yang pertama atau yang sedang anda usahakan?Contohnya anda dilanda sampar juga walaupun anda tealh melakukan langkah pencegahan yang sepatutnya.

6. Kemudian mengenai pemasaran pula, bagi teman kalau dah ada ayam didalam tangan untuk dijual, itu bukan lagi masalah asalkan tiada lambakan ayam ketika itu atau semasa harga ayam jatuh mendadak.

Oleh itu anda perlu memikirkan banyak perkara sebelum anda melabur. Amat penting untuk anda berangan dahulu dan kemudiannya anda membuat perancangan agar angan2 anda itu menjadi kenyataan. Kata2 semangat dan panduan yang teman beri dalam blog ini bukannya pengukur sejauh mana anda boleh melakukan ternakan ini tetapi lebih kepada pembakar semangat. Hanya anda sahaja yang tahu kemampuan anda. Adanya modal dan tanah untuk diusahakan bukan penjamin anda akan sukses tetapi hanya kelebihan dari segi fizikal yang membawa kemudahan kepada anda.

Jika sekarang anda sudah berazam, maka adalah penting untuk memulakan langkah pertama anda. Buat perancangan mengikut kemampuan atau "angin" anda sendiri, jangan tergopoh gapah atau sentiasa nak cepat. Jangan sesekali anda melakukan perbelanjana modal melebihi kemampuan anda. jauhi sifat tamak dalam mengejar keuntungan. study dahulu ragam dan tindak balas ayam anda mengikut lokasi anda menternak. Itu semua penting untuk anda berjaya.

Kadang kala kita akan terdengar mereka yang berjaya dan nama mereka mula menjadi sebutan orang. Ramai ketika itu memasang niat untuk mencontohi kejayaan tersebut. Apa yang menjadi perhatian masyarakat adalah jumlah keuntungan serta kemampuan untuk mengeluarkan produksi saban bulan. Apa yang lupa kita lihat adalah tanga2 yang perlu dilalui mereka yang berjaya ini sebelum berada dikemuncak sekarang. Dan kita terlupa nak mengira berapa kali mereka ini tergelincir jatuh ke anak tangga dibawahnya dan adakalanya sampai ke tangga pemulaan kembali.

Oleh itu bagi teman, untuk mengkomersialkan ayam ini tidak mustahil. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jika ada yang berkata ianya sangat mustahil melainkan kita menternak ayam kacuk, anda boleh jadikan kata2 itu sebagai pembakar semangat. Kita semua tahu yang ayam ini sangat sukar untuk dikomersialkan buat masa ini. Cuba banyakkan kalau kita berjaya memecahkan kebuntuan tersebut? Tidakkah peluang untuk berjaya terhidang didepan mata anda? cuba lah anda fikir2kan sejenak..

Sekian..

01 November 2010

Kehidupan aman sejahtera..

Salam,

Rasenya dah lama betul teman tak menulis dalam blog, dah lama sangat sampai terlupa pasal blog. Hehehe bukan terlupa sepenuhnya cuma kurang menulis, tetapi perkembangan penternak lain teman tetap ikut. Begitulah kehidupan sekarang nie setelah teman mula melakukan 2 kerja yang teman idam2kan selama ini.

Kini genap sebulan teman bekerja dan dah dapat pun gaji pertama. Apa yang teman nak rumuskan disini adalah mutu kehidupan dan kelakuan aktiviti harian selama melakukan apa yang teman dah buat selama ini.  Selama ini teman melakukan kerja menternak sepenuh masa dimana semuanya mengharapkan jualan ternakan atau jualan incubator untuk perbelanjaan harian. Memang cukup kalau nak diikutkan walaupun ada juga terkurnag sbb tuntutan kehidupan sekarang. Kadangkala ada rezeki lebih, teman akan laburkan semula untuk membina reban dan sebagainya.

Untuk pengetahuan tuan semua, sekarang teman bekerja mengikut shif dimana ada yang kerja seperti orang kerja opis, ada yang bekerja macam pengawal keselamatan dan ada yang masanya kerja macam shiff pekerja kilang. Dah itu sahaja kerja yang sesuai dengan pengalaman teman dalam bidang customer servis. Sekarang tugas teman adalah membantu syarikat2 yang mengunakan internet disyarikat teman sekiranya mereka mengalami masalah seperti setting dan sebagainya.

Dengan kehidupan bekerja secara shif, masa terluang teman bersama ternakan semakin banyak dan kerap. Bukan selalu teman terpaksa meninggalkan ternakan dan hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Kini teman dah ada kekuatan dalam segi pengurusan sebab teamn dah tahu apa yang perlu dilakukan kalau teman bekerja dan banyak masa yang perlu diperuntukkan. Dari segi kewangan pun teman dah kembali gagah dengan tambahan duit jualan yang berkenaan dengan ayam. Alhamdulilah dengan rezeki yang diberi.

Apa yang teman perhatikan, jangkaan awal yang teman akan merase tertekan dan penat apabila menjalankan 2 pekerjaan adalah tidak benar sama sekali. Apa yang pasti, segalanya nampak mudah dan hati menjadi lebih aman. Tujuan diri menjadi lebih jelas dan matlamat penternakan menjadi lebih jelas. Sebelum ini kehidupan teman lebih santai dengan memerahkan otak untuk menternak ayam ini. Dengan usaha yang tak berbelah bahagi teman kongsi kebanyakkan ilmu disini(blog) agar dapat menjadi panduan penternak diluar sana yang sentiasa mencari ilmu yang berguna untuk menternak. kini apabila dah bekerja, masa terluang digunakan sepenuhnya dan menjadi lebih bermakna. Pengorbanan berhenti kerja selama 2 tahun akhirnya berbaloi apabila sekarang teman mempunyai ilmu yang cukup untuk menternak ayam, cukup untuk menguruskan reban dengan baik.

Kalau anda pengikut setiap blog teman dari tahun lepas, anda mungkin bersetuju yang teman banyak membuat perubahan samada cara menternak, reban dan cara teman menguruskan reban. Dan anda juga bersetuju dengan masalah yang salih berganti dan sama2 sama kita mengatasinya. Kalau dulu kita lihat banyak masalah yang akan timbul bila kita ingin menternak lebih dari 100 ekor dalam satu tanah, kini ianya nampa macam tidak mustahil lagi. Malah untuk menternak 1000 ekor ayam kampung asli dalam keluasan tanah satu ekar bukan lagi mustahil. Kalau dulu kita tersepit dengan masalah pengurusan reban, kini ada pelbagai cara penternakan samada moden atau tradisional yang boleh kita lakukan. Kalau dulu makanan adalah faktor utama yang mengagalkan penternakan kita, kini ada pelbagai altenatif yang boleh diberikan samada memasak sendiri atau memberi ternakan makanan tambahan yang lain. Kalau dulu kita ada masalah dengan bekalan anak ayam, kini kita boleh menghasilkan anak sendiri denagn teknologi incubator.

Hasrat teman untuk melihat penggunaan incubator secara meluas semakin menjadi kenyataan. Penjualan ditahap membanggakan serta dapat kita jumpa alat ini diserata kampung bagi mereka yang menternak ayam. Incuabtor bukan lagi asing untuk penternak kita ditanah air. Cuma teman belum lagi melihat ayam kmapung asli ini terjual secara meluas dipasar2. Mungkin jualan yang dilakuakn selama ini hanya secara langsung direban atau sekadar dikalangan kenalan.

Cuma teman agak terkejut dengan serangan baru ini yang nampak gayanya memberi impak yang besar pada dunia penternakan kita yang masih mentah. Serangan ini cukup hebat sehingga penternak ayam daging yang dah cangih dan maju pun turut terlibat sama. Pengeluar ayam daging meningkatkan tahap keselamatan serta langkah pencegahan yang terbaik untuk ternakan mereka. Bagi kita penternak kecil inilah yang banyak sekali menjadi mangsa kepada serangan yang melanda. Teman juga turut kagum dengan beberapa penternak kita( ayam asli) yang terselamat dari serangan baru ini. Itu satu petanda pertambahan ilmu dalam penternakan ini kian bertambah baik dan kesedaran mengenai serangan sampar meningkat. Harapan teman, selepas ini, serangan sampar yang seterusnya dapat ditangkis kebanyakkan penternak kita tak kira sekecil mana bilangan ternakan anda. Dengan itu ianya tidak lagi menjadi penghalang kepada anda yang baru atau yang sedang menternak ayam ini.

Syukur juga teman bila teman belum lagi melihat mana2 kawan2 kita yang sebelum ini giat aktif menjalankan skim2 cepat kaya atau skim yang diragui menjalankan projek terhadp ternakan ayam kampung ini. Kalau mereka dah masuk, teman bimbang ternakan ayam kampung ini akan menjadi satu lagi bidang ternakan "gila" yang pada penghujungnya akan meng'kayap'kan orang melayu. Mungkin kesedaran tentang ilmu penternakan yang tinggi dikalangan kita menbuatkan skim2 ini nampak mustahil untuk dihidupkan. Tak perlu puluhan ribu untuk menternak ayam seperti yang dilakuan mereka yang terjebak dengan skim cacing dan sebagainya. Dengan RM 1000 pun kita dah boleh menternak secara kecil2an.

Kini apa yang teman idamkan untuk mempunyai reban mudah urus hampir menjadi kenyataan. Reban dimana ayam mendapat segala keperluannya dan seterusnya mendatangkan hasil kepada penternak. Reban ini biasanya adalah dari jenis reban atas dengan berlantaikan jaring yang memudahkan najis ayam ini jatuh terus ke tanah tanpa menjejaskan ternakan. Ayam terkurung dengan baik dan terurus. Pemberian makanan, pembersihan, pengutipan telur, pembesaran anak ayam, pemberian ubat2 serta vaksin, kekebalan terhadap penyakit dan sebagainya menjadi lebih mudah dan berjaya. Inilah rupa reban yang dicari2 selama ini. Dengan kerja tetap yang teamn ada sekarang, gaji bulanan serta pendapatan tambahan dari jualan ternakan dan produk hiliran akan menjana pendapatan keluarga.

Apa yang boleh anda tiru sekarang, bagi mereka yang betul2 mahu menjadi pengusaha ternakan ayam ini secara komersial, anda boleh mengandakan jumlah ternakan dan memastikan jumlah pengeluaran reban anda mampu untuk menampung modal. Bagi mereka yang berminat tetapi masih lagi bekerja, pesan teman supaya mencari rakan kongsi kalau anda tiada tanah atau kekurangan masa untuk menjaga ternakan. Anda hanya perlu membina reban mengikut jumlah ternakan yang anda ingin ternak.Mungkin anda boleh meniru reban yang teman pernah buat sebelum ini atau dari reban dari penternak lain. Bila dah makin mahir, anda tambah bilangan ternakan anda dengan mengunakan modal secara sedikit2. Bila dah dapat hasil dari jualan, anda ada banyak pilihan samada menjadikannya modal semula atau anda ingin menikmati keuntungan jualan tersebut. Mungkin dari hanya hobi semata2, kini anda mampu mendapat duit tambahan saban bulan. Tetapi kalau anda ada tanah sendiri dan ada kemampuan lebih baik anda lakukannya sendiri.

Cuba bayangkan kalau anda duduk dikawasan rumah yang ada sedikit tanah atau anda memang ada tanah yang tidak digunakan. Dan kemudian anda mulakan dengan mengumpul kayu lama atau kayu yang boleh didapati secara percuma. Mulakan dengan membina reban sedikit demi sedikit. Dah ada reban anda mula merembat mana2 ayam disekeliling. Bela secara terkurung dengan teknik yang betul. Kawasan rumah anda akan menjadi bersih dan takde bau. Kemudiannya ada mula menambah bilangan reban dan ternakan. Tanpa anda sedari dalam masa yang sama anda terpaksa membina lebih banyak reban kerana bilangan anak ayam yang ditetaskan sendiri menajadi dan bertambah. Sedar2 jumlah ternakan matang yang ada dah mencecah 200 ekor. Dan ketika itulah anda mula terpaksa menjual ayam samada anaknya atau induk kerana kurang kawasan lagi untuk menternak.

Dan ketika itu baru anda sedar nikmat penuaian ternakan anda yang kadangkala lebih banyak dari gaji bulanan anda. Aktiviti harian anda mula menjadi lebih baik dan anda dapati semua masa terluang anda dipenuhi dengan masa yang berfaedah. Dan dari sini juga anda dapati diri anda semakin sihat kerana kerap bersenam dengan ternakan anda. Dan apabila anda berada dalam fasa ini barulah anda sebenarnya dah boleh cuba mengorak langkah untuk membina ladang anda sendiri. Dengan perancangan yang teliti, apa yang perlu anda lakukan adalah mengurus kewangan anda sendiri samada bantuan luar atau dari anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengekalkan rentak anda yang ada tetapi cuma mengandakan jumlah ternakan anda. Dari sini barulah anda mampun menjadi pengelaur ternakan ayam kampung asli ini dengan kosisten.

Maaf kalau kali ini tulisan teman terlalu panjang dan berjela. Cuma satu rangkuman apa yang teman lakukan selama ini dan juga untuk buah fikiran untuk anda. Teman pernah dihubungi wakil seseorang untuk meminta teman menghantar bekalan ayam kampung asli ketika usia ayam berada teapt pada 6 bulan. syarantnya adalah yang yg dikeluarkan adalah dair reban teman sendiri dan diberi makanan asli. Bekalan yang diperlkan adalah 100 ekor seminggu dengan harga yang tak boleh teman tolak. Tetapi dengan kapasiti jumlah ternakan teman yang sedikit menyebabkan teman menolaknya. Dalam perbualan tersebut barulah teman tahu yang ayam teman hendak dijadikan bahan utama untuk sup dan perencah kepada masakan lain disebuah hotel. Bila ditanya mengapa tak menggunakan ayam kacuk, beliau kata rase hanyir dan lemak ayan tersebut kini kurang menjadi pilihan kepada chef tersebut disamping dengan bau dan rase anak ayam kampung. Tah tak taulah siapa dari sahabat kita di Malaysia ini yang dapat membuat perjanjian dengan wakil tersebut. akhir kata, teman berharap mereka penternak diluar sana jgnlah putus asa terhadap apa yang melanda anda.. sekian ..jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails