14 February 2009

Upgred reban





Akum..
Bila ayam-ayam dah mula membesar, nampak gayanya kena kita membuat pengubahsuaian kat reban ini. Alhamdulilah sekarang nie takde gangguan biawak dan anjing lagi. Kami dapat mengatasi biawak dengan menggunakan racun tikus dan ayam busuk sebagai umpan, dulu biawak datang pakai punch card. Gilir-gilir datang melawat reban ikut geng. skang dah byk kurangnya.. cara yang digunakan adalah memerap ayam mati(aku duk guna ayam mati yang kena serangan anjing aritu,sentiasa duk simpan dalam peti ais untuk hari pembalasan) pastu bubuh racun tikus(Amaran, sila pastikan anda mengambil langkah2 keselamatan sebelum berurusan dengan racun berjadual). Tujuan peram ayam ni adalah untuk mengelakkan binatang lain seperti kucing makan.. bila ayam tadi dah jadi busuk, dari jauh lagi biawak nie dah boleh bau n datang nak makan. Serangan anjing pulak dapat di atasi dengan memperkuatkan pertahanan jaring yg ada. Tambahan tanah ditambak disekeliling jaring dan jaring dipasak hujung bawahnya dengan besi dan kayu. Kalau dibuat dengan betul masakan anjing, org pun takleh nak angkat jaring tu.
Gambar atas kanan adalah reban induk yg mula2 dulu. Oleh kerana skang dah buat jaring disekeliling reban, aku buka balik jaring asal yg ada kat reban induk tu, pastu bukak semua bhgn yg ada cuma tinggalkan atapnya je.. biar lapang so ayam nie bebas nak berlari dari depan hingga belakang kawasan reban.
Sekarang tiba masanya nak buat reban anak ayam pasal ibu2 duk ada sekarang sibuk mengeram, kalau tak buat persiapan awal kang susah nak handle.. so cam mana nak buat reban dalam reban? cam mana nak buat reban khas untuk anak ayam? apa lagi tirulah gambar reban yg ada kat blog memember kita. tgk mana yg praktikal n mampu dibuat. pegang hamer pegang gergaji.. tadaaaa....
Gambar kanan atas gambar reban percubaan yg dibuat dengan kayu palet. Ada 7 pintu kesemuanya n muat untuk satu ibu ayam ngan anak2nya atau kalau anak ayam sahaja boleh letak dalam 30 ekor. buh bebanyak kang mati la pulak kerana sesak. Aku buat reban pakai kayu palet org buang. Kayu palet kutip sendiri kat belakang kilang. Bukak dulu kat sana n than bawak balik bila dah kumpul banyak. zink beli kat kedai besi buruk.. berlubang-lubang zink aku.. aku tampal dengan tar sealent yg warna itam tu.
dah siap reban anak ayam pertama..aku buat reban 4 pintu pulak(gambar bawah) . tengah2 seronok bertukang buat reban, aku terpikir nape tak buat tempat bertelur skali kat bhgn atas reban yg kosong.. so buat lah. rasenya hasil rekaan reban yg ni dapat memuaskan hati sendiri hehehe. harap2 semua telur yg duk ada menjadi dah bertambah meriahlah reban aku. adios

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails