30 September 2010

Teman dah mula bekerja

Salam,

Untuk makluman yang teman sekarang Red Tone di IOI puchong. So sekarang jadual harian teman dah berubah dimana ada masanya dalam seminggu teman tak mampu melayan panggilan anda atau teman tiada dirumah. Jualan Incubator masih berjalan seperti biasa cuma teman mungkin perlu menetapkan masa yang sesuai untuk penyerahan atau penghantaran.

Aktiviti biasa yang teman lakukan sekarang terpaksa teman ubah dimana teman perlu mengikut jadual penternak partime yang ada sekarang. pada waktu pagi selepas subuh sebelum teman ke tempat kerja semua kerja direban perlu dilakukan dahulu dan pada waktu malam adalah masa terbaik untuk memeriksa semua ternakan. Yang bestnya walaupun teman tidak selalunya dapat hari cuti pada hujung minggu tetapi waktu off day teman adalah 2 hari seminggu, banyak masa yang dapat diluangkan bersama ternakan yang tersayang. Pada waktu malam persiapan dan pembersiahan dilakukan direban dan sebarang keperluan tambahan akan dilakukan.

Yang penting sekarang adalah mengubah sistem reban teman supaya ianya mudah diselenggarakan dan ayam tidak lagi bebas seperti sekarang. Reban baru yang dalam pembikinan sekarang lebih tinggi dan berlantaikan jaring plastik seperti reban asuhan tingkat yang teman gunakan untuk anak ayam yang sedang membesar. Separuh reban juga akan dipindahkan kesebealh rumah teman yang lebih berhampiran supaya mudah teman memasang lebih banyak lampu untuk tujuan kerja pada waktu malam. sperti yang anda tahu tugasan manjaga ayam lebih mudah sekiranya anda sendiri mempunyai sistem yang sesuai dengan keperluan ternakan anda seperti jarang lokasi, setting pemberian makanan dan sebagainya.

Oleh itu, bermulalah episod teman menjadi penternak partime semula setelah hampir 2 tahun menjadi penternak sepenuh masa. Harapan teman agar teman boleh menjana modal kembali untuk meningkatkan kelauran serta bilangan ternakan direban. pengurusan yang baik dan sisteam yang berjalan lancar adalah kunci kejayaan yang teman harapkan supaya teman mampu untuk menumpukan perhatian terhapa ternakan semua.. Sekian..

27 September 2010

Ramai penternak kita terduduk seranagn baru nie..

Ramai betul yg terduduk dek serangan kali ini.. rasenya ramai kawan2 teman yang kena.. geng yg duk bela area dengkil n banting semua dah terkena.. kali ni serangan memang agak power.. ada kawan kita yang duduk kat dengkil duk bela dalam 80 ekor ayam yg kebanyakkannya ayam sabung matang dah tinggal bulu je.. sekor pun tak tinggal..

24 September 2010

Sudah ada ke penambahan?

Salam,

Kali ini teman masih lagi idea untuk menulis, cuma tajuk ringan sahaja yang teman ingin cerita. Sekarang nie tgh menyiapkan 3 biji incubator kecil saiz 80 biji untuk order pada hari sabtu ni, Memang sengaja mulai sekarang teman hanya membuat penghantaran atau pemjualan incubator pada hari minggu sahaja untuk melatih diri teman kelak apabila teman dah mula bekerja. So macam tak percaya pula bila tempahan terus menerus selepas hari raya, ini kerana kebiasaannya lepas raya permintaan akan slow sikit. Biasalah semua orang dah kering apabila raya menjelang. Tapi kali ini setiap minggu paling kurang mesti ada 3 biji dan minggu lepas teman sempat menjual 5 biji incubator dan ada yang ambil sendiri dan ada yang teman kena hantar seperuh jalan. Minggu ini mungkin hanya tiga sahaja kot. Kesemuanya menempah incubator harga RM 200. Bagi teman walaupun saiz kecil ianya mungkin satu titik permulaan kepada mereka yang tak pernah menggunakannya.

Mungkinkah dari jumlah tempahan yang tak pernah menunjukan tanda penurunan menunjukkan bahawa kesedaran tentang penggunaan incubator bagi menambah kekuatan ternakan kita sudah makin bertambah?. Ataupun ianya menunjukkan bahawa sekarang ini bilangan penternak dinegara kit asudah bertambah dari hari kehari? itu persoalan yang ingin teman katakan sekarang. Bagi teman apa yang teman dapat rumuskan adalah terdapat 2 perkara biasa yang akan menjadi penyebab peningkatan penggunaan incubator sekarang.

Pertama adalah pengaruh internet yang ada sekarang menyebabkan kita lebih terdedah kepada penggunaan incubator dan merasakan bahawa alat ini langsung tak asing lagi dalam negara kita. denagn itu, pemilihan menggunakan alat ini bukan lagi menjadi benda yang asing atau yang perlu dipikirkan untuk kali kedua kerana sekarang terdapat banyak sekali penjualan incubator buatan negara kita dan harganya tidaklah membebankan. Masing2 teringatkan ayam yang diternak secara bebas biasa dikampung milik orang tua atau milik saudara mara yang dikenali. So timbul minat untuk mencuba dan melihat sendiri proses pengeraman itu berlaku depan mata tanpa memerlukan induk untuk mengeram.

Sbb itulah banyak pembeli incubator yang datang adalah mereka yang belum pun masuk 3 bulan menternak atau kadangkala tak terlibat langsung dalam penternakan ini. Bila kita memberi penerangan, kadangkala kita dapat lihat  dari riak wajah pembeli yang mereka seakan tak pernah melalui apa yang biasanya penternak biasa akan alami seperti masalah telur pecah dan sebagainya. Dan ada yang tak percaya bila dikatakan yang telur boleh tiada benih kalau tidak ditenggek oleh sijantan walaupun ada banyak jantan didalam reban. Yang dipahamnya kalau dah bertelur mestilah si jantan dah tenggek. Jenuh juga lah nak menerangkan yang sebenarnya ayam tidak buntingkan telur dimana telur yang terhasil telah ready siap2 dalam perutnya dan bila tiba masanya maka bertelur lah ia. Jika dalam proses itu ada benih jantyan yang masuk maka berbenih leh telur tersebut. Embrio ayam akan membesar dalam telu rtersebut sehingga sampai masanya untuk menetas, disinilah datangnya tugasan si ibu untuk menjada telur dan mengeram telu rini selama 3 minggu sebelum menetas.

Bagi golongan ini teman amat gembira kerana sanggup mencuba teknologi baru. yelah kalau dulu jika kita tiada hp, orang akan gelakkan kita mengatakan kita ketinggalan, kini kalau kita tiada email atau fb orang juga akan mengtertawakan kita. sedangkan orang tua teman pun dah ada akaun masing2.

Kedua adalah mereka yang baru nak memulakan ternakan ini dan tengah tercari2 cara nak menternak atau masih lagi dalam peringkat pembelajaran. Ini yang kadangkala menakutkan teman dimana kebanyakkan mereka terus jump start denagn berhenti kerja dan meneruskan niat untuk menternak. Bukan teman melarang, tetapi cuma nak mengingatkan bahawa kita penternakan yang bakal kita ceburi tidak mempunyai sebarang jaminan untuk berjaya. jangan terlalu teruja dengan penternakan sehingga terlupa untuk melakukan kiraan kewangan bulanan kita. Cara berpikir dengan sentiasa mengira keuntungan yang bakal diperolehi dengan jumlah ternakan yang bakal dijual mungkin boleh mengaburi kebolehan kita berpikir. Dengan berpendapat yang harga jualan sangat baik dan menternak ayam ini sangat mudah, anda mungkin akan tersungkur nanti. Terbaik adalah untuk memikirkan pelan jangka masa pendek dan juga masa panjang untuk kehidupan ada.

Mengenangkan persoalan adakah sekarang ini jumlah penternak kita semakin bertambah atau tidak ianya belum teman dapat simpulkan lagi. Ini kerana apa yang teman lihat bilangan penternak ekpress mula tumbuh tetapi tak kekal lama dimana setelah sejumlah wang telah dikeluarkan untuk membeli induk,anak dan reban, akhirnya ternakan dibiarkan begitu sahaja atau diberi kepada ornag tua atau orang lain. Mungkin pada bulan2 seterusnya baru mereka sedar yang menternak ini memerlukan banyak masa untuk mahir dan memerlukan perancangn rapi sebelum ianya benar2 boleh menjana pendapatan bulanan kita. Bila hari dah mula merungut, maka hari kita pin dah takde untuk menternak. Maka inilah yang mungkin membuatkan penternak ekpress ini tersungkur dipertengahan jalan.

Mungkin bila kesedaran tentang potensi ternakan ini makin bertambah, bilangan penternak yang betul2 mempunyai karisma akan bertambah.. harap harap lah..

Sekian//

23 September 2010

Hebat juga sahabat penternak kita nie,

Salam,

Terlupa pula idea teman nak menulis pasal perihal satu sahabat kita nie yang nama n lokasinya beliau tak benarkan saya beritahu. Itu janji dia yang terpaksa teman tunaikan sehingga beliau bersedia untuk berblogger dan menyertai kita dalam dunia penternakan.

Dalam bulan puasa lepas, teman berkesempatan menghantar sebuah incubator kapasiti 80 biji untuk beliau berikutan beliau mengharapkan teman dapat menghantarkannya dan sekali gus melawat reban belakang rumahnya. Bukannya tak mampu nak datang sendiri tetapi beliau perlukan sedikit nasihat mengenai penternakan yang dijalankan.

Sedikit latar belakang beliau ini, beliau sudah berkerjaya dan gaji bulanan pun boleh tahan juga, yelah kerja yang mungkin boleh dikatakan dah menjamin masa depannya. Usia masih muda dan jauh berbanding teman nie, belum beristeri dan masih tinggal bersama orang tua, kereta ada 2 biji dan rumah pun dah macam banglo. Lihat cara berpakaian teman macam tak percaya dengan jawatan yang dipikulnya. Kata beliau walaupun suasana kerja seakan koprat tetapi jiwannya masih lagi kampung dan sukakan suasana desa. sbb tu lah sanggup berulang alik sejam sehari untuk ketempat kerja.

Cerita pasal penternakan, beliau masih baru n mentah dalam bab menternak tetapi daya usaha dan minat sangat mendalam. dengan hanya memperuntukan RM 500 sebulan selama 6 bulan dari sekarang, teman terkejut dengan rebanya sekarang yang begitu mewah dengan ayam serta pelbagai ternakan lain. Binaan rebannya simple tetapi nampak kemas. Dengan berdakit sedikit demi sedikit beliau hanya memperuntukan sedikit sahaja jumlah dari gajinya untuk mula menternak ayam. Anda juga boleh melakukannya sekiranya anda mahu mencontohi sahabat kita ini menternak.

Pada mulanya beliau hanya membeli 10 tiang batu konkrit berharga RM 12 sebatang. Kemudian beliau terjumpa dengan conveyer belt buangan kilang dibelakang tempat kilang itu beroperasi, sangat kuat dan tahan bahan ini kalau dibuat pagar. Dengan sedikit usaha beliau mengerat dan memagar keliling bakal rebannya seluas kira 40x40 kaki sahaja. tinggi pagar bawahnya hanya 3 kaki dan selebihnya beliau hanya menggunakan net orked yang berwarna hitam dan menaikkan lagi pagarnya sehingga 10 kaki, dah siap pagar beliau mula mencari kayu terpakai dan membeli kayu yang utama untuk tiang dan senagainya. Reban yang dibina adalah berkonsep lantai atas dengan ketinggian lantai hanya 3 kaki dari tanah.  Saiz reban ini cukup untuk menampung 30 ekor anak ayam setiap masa sehingga berusia 4 bulan. Saiz yang dibina kalau tak sialp teman adalah 1 meter kali 1.5 meter panjang. Pada mulanya beliau membina 4 biji reban ini. Kemudian beliau membeli 100 ekor anak ayam pelbagai usia dari penjual tempatan dan beliau menempatkan dalam reban yang ada. Cukup katanya budget tersebut untuk permulaan.

Seterusnya bulan2 mendatang, beliau hanya memperuntukan RM 500 untuk urusan pemberian makanan dan membina beberapa reban yang kecil yang termampu untuk budgetnya. Dengan mendapat bekalan 100 ekor dari 2-3 orang penternak sekelilingnya, beliau membina brooder simple dengan menggunakan jaring semata2 dan dibentuk seperti sangkar dibawah tempat letak kereta stail kampung yang ada ditepi rumah. dengan menutup separuh dengan canvas terpakai milik orang tuanya dan menutup bahagian atas dengan net orked nipis atau jarang (nak benarkan udara masuk)  lokasi reban ini mampu menampung 10 brooder ciptaannya dalam satu2 masa. Satu brooder beliau letakkan 50 ekor anak ayam. Bila dah usia 2 bulan beliau akan pindahkan kereban yang dibuat di reban utama sebelum ini. Kini setelah 6 bulan terdapat 20 biji reban saiz yang teman sebutkan tadi dalam kawasan reban utama beliau. Walau pun rupa setiap reban tak sama sebab bahan yang digunakan berlainan tetapi saiznya tetap standart dan binaanya tetap sama.

Kini reban beliau dah menampung hampir 100 ekor ayam termasuk anak dan yg hamir mencapai induk. Yang dah besar beliau lepaskan sahaja dalam kawasan reban dan hanya membina tempat berteduh dan bertenggek sahaja. Disebabkan ayam nie macam dah terlatih, ianya hanya lepak dalam reban sahaja. Bulan depan beliau akan mula menjual ternakannya untuk jualan daging yang terdiri sari ayam jantan sahaja. Dari jualan ini jata beliau akan beliau gunakan untuk membeli beberapa ekor ayam jantan otai untuk menemani 50 ekor ayam betina yang hampir matang. Kata beliau lagi hanya 50 ekor ayam betina sahaja akan ditinggalkan didalam reban kerana saiz reban dah mula padat. Telur akan dikutip dan dimasukkan kedalam incubator. Bekalan anak ayam akan di gunakan semula untuk diternak dan mengurangkan kos pembelian anak ayam yang menjadi kos terbesar setiap bulan.

Bagi teman, apa yang dilakukannya sunggup smart dan cekap memandangkan beliau tidak mempunyai masa untuk menjaga ternakannya. Pada waktu pagi sebelum pergi kepejabat, beliau dengan pakaian ladang akan menyediakan semua keperluan anak ayamnya. sebelah petang beliau akan meminta ibunya menyambung tugas kalau beliau lewat. Yang teman bangga adalah apabila melihat keseronokkan ibunya menjaga ternakan dan kelihatan bersungguh menjaga ayam yang ada. Jumlah ternakan yang ada sekarang bagi teman sudah boleh teman banggakan dan kadang2 membuatkan teman cemburu dengan apa yang telah dikecapi.

Bagi teman, beliau melakukan kerja direban dengan menggunakan akal dan beliau berjaya membuat satu sistem dimana ianya menjadi satu kewajiban untuk beliau dan ibunya menggunaknya. sebagai contoh, beliau mempunyai 2 set bekas makanan dan minuman yang diperbuat dari bahan terpakai (buat sendiri) dan akan menukarnya semasa beliau memberi makan. Makanan dah siap diisi dalam bekas yang satu lagi sebelum membawa bekas tersebut terus kereban dan menukarnya. Setealh bekas lama dikutip, beliau akan membasuhnya ditempat khas bagi memudahkan kerja dan terus mengisi dengan makanan dan minuman baru untuk keesokkan pagi ketika beliau hendak pegi kerja.

Setiap pagi beliau hanya membawa troley ciptaannya sendiri dan mengantikan bekas makanan dan minuman lama yang dah siap diisi pada sebelah malam. sekejap sahaja tugasannya akan selesai.Dedak dibeli pada awal bulan dengan sukatan yang betul. Pada waktu petang Ibunya akan membancuh dedak khas dengan ramuan rekaannya yang cukup mudah nak disediakan. Ini adalah untuk mengimbangi kos makanan dan beliau mampu menjimatkan kos makanan sehingga 50%. Apabila diberitahu yang beliau pernah menghubungi dan berjumpa teman sebelum ini, barulah teman ingat yang beliau pernah datang ke reban teman sebelum ini dengan rombongan 2 biji kereta penuh. Patutlah teman tak berapa cam mukanya semasa pertama kali kereban. Dengan resipi pemberian teamn dan sedikit perubahan yang dilakukan sendiri sebelum ini benar2 membantu dalam proses penjimatan kos rebannya.

Pada waktu hujung minggu beliau akan lepak dengan ibunya direban sambil bersantai dan membersihakn reban. Katannya beliau lakukannya ini semua kerana minat dan ingin memberi kegembiraan pada ibunya yang sedikit murung dengan masalah yang baru menimpa keluarganya sebelum ini. Sata kenyataan yang sangat membanggakan teman ialah beliau denan bersungguh berkata didepan ibunya yang segala keuntungan menternak ayam ini akan diberikan sepenuhnya kepada ibunya sebagai pengurus reban hehehehe.. satu yang asngat baik untuk diteladani. Kata beliau, gajinya sudah cukup untuk menampung ibubapanya tetapi hasil dari reban inilah yang akan membuat ianya lebih berkat disamping membantu ibunya menjalani usia persaraan denagn aktiviti penternakan yang sangat dekat denagn hari ibunya.

Mungkin ibunya tidak pernah menyangka, anaknya mampu memikirkan cara yang lebih baik untuk menternak ayam ini memandangkan sebelum ini ternakan ayam dirumahnya hanyalah sekadar suka2. Mungkin dari perkongsian ini anda boleh menjadikannya pembakar semangat sekiranya anda juga ingin mencebur bidang ini secara suka2 atau serius.. sekian..

22 September 2010

Jawapan untuk soalan dari rakan FB

Salam,

Mungkin teman akan kurnag menulis blog bagi beberpaa bulan akan datang.. So kalau anda buka blog dan lihat entry yang sama harap tuan semua janganlah meradang atau cepat marah. Harap memahami keadaan teman sekarang yang sedang berusaha untuk menambah induk dan mencari kekuatan reban kembali. Jumlah ternakan kini hanya tinggal suku dengan tanda serangan semakin berkurangan. Hari ini tiada lagi yang mati dan cuma 2-3 ekor sahaja yang masih menunjukkan tanda masalah.

Oleh itu teman akan mula bekerja dalam minggu ini atau minggu hadapan untuk menampung kos operasi dan mungkin masa untuk berbloger berkurangan disamping tugasan reban yg perlu dilakukan seawal 6 pagi sebelum pi kerja dan selepas pulang dari berkerja. Bangla teman dah teman pecat kerana kurang bertanggungjawab dan tidak dapat mengikut arahan dengan baik. So dengan ternakan yang berbaki, teman rase teman akan mengurusnya sendiri walaupun jumlahnya tak seberapa sekarang.

Untuk menjawab soalan seorang rakan baru dari fb, teman rase ada eloknya teman menceritakannya juga kepada anda agar bagi yang baru berhajat nak menanyakan soalan yang sama akan mendapatkan jawapannya terlebih dahulu. Soalan dari sahabat kita adalah mengenai perkara yang perlu dilakukan untuk memulakan ternakan ayam kampung kerana minat yang sangat mendalam terhadap ternakan ini. Seperti biasa kebanyakan yang bertanya kepada teman sudah mempunyai tanah sendiri atau tanah milik saudara terdekat yang boleh diusahakan bila2 masa sahaja. Bunyinya seperti akan menjadi sia2 sekirnaya kita tak mengusahakan tanah tersebut dan membiarkan ianya tidak mendapatkan apa2 hasil. Dan soalan cepu emas yang peling kerap ditanya adalah macam mana saya nak mulakan ternakan ini dan soalan seterusnya yang berkait rapat adalah baraa kos untuk memulakkannya.

Untuk menjawab soalan ini biasanya akan membuatkan teman berada dalam keadaaan serba salah dimana kesemua jawapan yang harus diberikan adalah bersifat subjektif. Ianya seperti soalan macam mana saya nak berjaya dalam perniagaan atau macam mana kita nak menjadi kaya. Itu soalan yang perlu disesuaikan dengan banyak faktor dan lebih banyak soalan yang perlu ditanya terlebih dahulu sebelum kita boleh menjawab bagi pihak anda.

Untuk soalan bagaimana saya boleh memulakan peneternakan ini bagi teman jawapannya adalah sama. kalau anda perasa sudah banyak pendapat teman mengenai cara anda ingin memulakan ternakan ini. Pertama lihat dahulu lokasi yang ingin ada bina reban dan menjadi base ternakan anda. perhatikan kawasan tersebut sama ada pernah berlaku bencana atau adalah sengkangan yang perlu diambil kira seperti stuktur tanah, pengaliran, banjir, sumber bekalan air dan api dan sebagainya. Tanah juga memain peranan dalam memastikan reban anda samaada nak buat reban semuanya bertingkat atau boleh dibuat diatas tanah. Kalau tanah anda jenis yang mengandungi banyak air seperti tanah gambut atau tanah rendah, teman galakkan anda lebih banyak emmbina reban yang tinggi atau bukan diatas tanah kerana tanah yang lembab dan mudah lecah apabila hujan akan membehayakan ternakan anda. Sememangnya kalau anda menghadapi tanah sebegini, kos pembinaa reban akan menjadi lebih tinggi dari sepatutnya. Kemudian lihat kepada pergerakan air bila hujan, kalau perlu bina longkang, anda bina dahulu agar air dapat disalirkan dengan lebih baik bila hujan mencurah atau ketika anda mencuci reban.

Kemudian dari segi pembinaan reban, anda perlu tanya dahulu samada anda ingin menterak dari induk dan kemudiannya mendapatkan sendiri benihnya. Atau anda hanya ingin mendapatkan benih anak ayam dari sumber luar dan membesarkannya sehingga keperingkat matang sebelum anda menjualnya kepada pembeli. semuanya mempunyai setting yang berbeza. Am nya dalam satu reban kita perlu 4 jenis reban iaitu reban induk, reban asuhan tanah untuk ayam yang 3 bulan dan keatas, ayam asuhan tingkat dan reban perindukan atau ramai yang lebih suka mengelarnya brooder. Jumlah dan cara pembinaaanya adalah mengikut kesesuaian ternakan anda mengikut jumlah yang ingin diternak. Ianya juga bergantung kepada konsep ternakan anda samada separah bebas, bebas terus atau terkawal(bebas dalam kurungan). Yang paling penting adalah memastikan anak ayam dikurung sehingga mencecah usia 3-4 bulan terlebih dahulu sebelum boleh kita turunkan diatas tanah. Ini bagi membenarkan anak ayam ini bersedia atau berlatih menghadapi dugaaan sebelum ianya benar2 mampu untuk bebas direban.

Dari segi kos untuk memulakan pula, suka teman membahagikannya kepada 2 bahagian besar iaitu kos untuk pembinaan reban dan kos untuk emmbeli induk atau membeli baka ayam. Kos untuk membina reban adalah mengikut kebijaksanaan anda. Ada yang boleh membina reban yg mampu untuk menampung 100 ekor induk dengan hanya beberapa ratsu sahaja dan ada juga yang terpaksa membinanya dengan kos menghanpiri 5 ribu ringgit. terpulang kepada konsep anda dan juga keadaaan muka bumi anda menternak. Jika anda menternak ditebing sungai atau dikawasan rendah, anda akan membina reban dengan ketinggian yang lebih berbanding dengan yang membina dikawasan tinggi. Dengan ini apabila air naik ketika musim hujan, anda tak perlu memindahkan ternakan anda kerana ayam sudah berada diparas yang lebih tinggi.

Begitu juga penggunaan bahan dalam reban anda. kos bahan akan berubah mengikut saiz dan jenis reban yang dibina. menggunakan kayu terbuang atau kayu kitar semula mungkin akan menjimatkan anda tetapi untuk jangka masa panjang anda perlu menggantikannya akibat sudah reban dan sebagainya. penggunaan kayu hutan dan juga buluh boleh dilakukan tetapi memerlukan kerja penyelengaraaan yang tinggi dan perlu diperbaiki dari masa ke samasa.

Oleh itu, untuk mereka yang masih lagi berkerja dan ingin menternak, anda dinasihatkan menternak sedikit terlebih dahulu untuk mengetahui apa yang diperlukan. Yang paling penting adalah aspek pengurusan masa serta bagaimana anda dapat membahagikan masa anda bekerja dan mengurus ternakan. Menternak ayam iaitu menternak benda hidup memerlukan perhatian penuh dari anda dari segi makan minum dan keperluan lain yang perlu, kalau anda kurang berdisplin atau tak pernah menternak sebelum ini, anda perlu belajar dari mula dan dari kecil.

Setelah anda membina reban, anda masukkan ternakan yang ada beli. Kiraanya cukup mudah seperti untuk seekor ayam anda mengambil purata RM 20 seekor dan anda kalikan dengan 100 ekor untuk permulaan. mungkin anda perlu memperuntukkan Rm 2000 untuk induk dan mula menternak. Kemudian anda hanya menyediakan duit untuk mengurus makan dan minum ternakan anda saban bulan. Untuk membela induk, anda perlu mengamalkan sistem merampas telur dan mengeramkannya dalam incubator. Kalau ada ternakan sebanyak 100 ekor betina, cukuplah anda dengan mempunyai 2-3 biji incubator bersaiz 160 biji. Anda boleh memilih untuk membeli atau membuat sendiri incubator anda. Banyak pasaran incubator sekarang samada yang manual atau auto untuk anda. seterusnya anda mula mengumpul benih dari ternakan anda sendiri. Pada ketika ini perhatian lebih perlu diberikan kerana ternakan akan bertambah dan perhatian yg lebih diperlukan.

Anda boleh memilih untuk menjualnya pada peringkat anak, peringkat usia 3 bulan, peringkat matang bertelur atau peringkat ayam otai(untuk jantan sahaja). Jika anda berjaya melepasi semua ini maka jika ada peruntukan lebih, anda bolehlah menggandakan ternakan atau menyimpan semua ternakan yang dihasilkan diladang anda sehingga mencapai jumlah yang anda hajati dan barulah ladang anda mencapai pengeluaran maksimam yang dicadangkan.

Sekian..

18 September 2010

Perjuangan yang perlu diteruskan..

Salam,

Seperti yang anda semua tahu, reban teman telah dilandar sampar dan untuk pengetahuan anda semua ini adalah serangan kali ketiga sejak 2 tahun dahulu.. Sebenarnya teman sendiri tak menyangkakan perkara ini boleh terjadi disebabkan langkah awal yang telah teman buat sebelum ini.. reban teman telah divaksin tetapi teman terlupa yang tempohnya dah tamat. Kali terakhir teman menggunakan vaksin adalah pada bulan 3 tahun ini.. ini bermakna vaksin ini hanya boleh bertahan sehingga bulan 7 sahaja.. tetapi kealpaan teman menyebabkan teman terlupa nak meng'vaksin' kembali reban teman pada bulan tujuh yang lalu... melihat ayam teman selamba je pada bulan 9 ketika wabak ini melanda kampung teman, teman seakan yakin yang reban teman cukup imun terhadap sampar yang melanda..

Sehingga kini kalau nak dikirakan jumlah ayam yang terkorban menghampiri 300 ekor ayam sepanjang teman mula menternak. Jumlah yang cukup banyak kalau kita mengira nilai semasa ayam ini iaitu RM 15 sekilo.. Jumlah ini adalah melalui rekod teman dari jumlah kerugian melalui sampar. Kalau ada yang bertanya mengapa teman seakan seperti tak de perasaan langsung dengan kematian ayam ini, teman selalu menjawab dengan senyuman..

Mana ada penternak yang tak akan sedih dengan kematian ayam mereka. Tambah2 pula bila ayam yang mati adalah ayam yang dikumpul dengan penat lelah melalui pembelian ayam serta penjagaan anak ayam sehingga dewasa apabila pernah diserang sampar dahulu. Pada bulan 3 lepas teman dah kena serangan ini tetapi kurang kuat kesannya.. so teman mula lah mengumpulnya kembali, tetapi bila terjadi sekali lagi kali ini memanglah tersentuh juga jiwa.. seperti yang dialami oleh saudara ajin, teman juga merasa hiba.

Seperti yang anda semua tahu, reban teman sentiasa dikunjungi oleh pelawat sama ada melalui pengenalan dalam internet atau melalui mulut ke mulut dari penduduk kampung atau yang pernah melawat reban teman.. oleh itu sepanjang teman masih membuka reban teman ini, teman sanggup menerima apa sahaja risiko demi membenarkan pelawat mempelajari sesuatu dari reban teman. Sebab itulah teman masih lagi membuka reban teman walaupun teman dah pernah diserang dengan sampar 2 kali sebelum ini.

Mungkin dalam bulan 6 tahun depan teman akan mula menutup reban untuk mengkomersialkan ternakan dan segala proses perkognsian hanya akan dilakukan melalui internet sahaja. Seperti yang anda tahu hampir keseluruhan farm yang berfungsi secara komersial atau secara serius akan mengamalkan pengawalan biologi yang tidak membenarkan sebarang lawatan dilakukan. Ini kerana semua orang paham risiko yang bakal ditempuhi sekiranya kita membenarkan pelawat masuk ke kawasan produksi.  Setakat ini teman masih lagi dalam proses pembelajaran dan masih belum2 pasti yang teman telah bersedia untuk mengkomersialkan ternakan ini.

Kesempatan petang tadi untuk bertemu dengan Tuan Haji Mat (nama singkatan) di wangsa maju ketika menjual sebuah unit incubator telah membuka mata teman mengenai konsep perjualan serta perkongsian ilmu yang semestinya bukan milik kita. Tuhan yang memberi dah tuhan juga yang menariknya kembali.. Jika suatu ketika anda mempunyai banyak ternakan dan apabila tuhan nak menguji kita dengan sekelip mata sahaja ianya akan mengambilnya kembali.. cukup mudah begitu sahaja,. tetapi yang penting adalah reaksi kita terhadap ujian yang kita terima. Kalau kita marah dan menyalahkan takdir maka masuk lah kita digolongan yag kufur. Dan bila kita ada ilmu dan kita menyimpannya seakan ianya hak kita semata2 maka kita termasuk dalam golongan terlalu angkuh dan tak pernah berterima kasih..

So buat masa ini teman hanya boleh berkelana dan melihat perkembangan reban teman dan melihat sejauh mana serangan penyakit terhadap reban teman.. dan yang paling penting bagaimana nak menambahkan semua bilangan induk teman apabila serangan ini reda kelak. Kalau diizinkan reban teman masih lagi berbaki dalam seratus lebih induk dan mungkin teman perlu menghadkan penjualan anak ayam atau buat masa sekarang teman perlu terus memberhentikan penjualan anak ayam untuk menunggu selama beberapa bulan lagi sebelum reban teman meriah kembali dengan ternakan. Untuk beberapa panggilan mengenai kelas yang akan datang.. maka teman rasa kurang sesuai untuk teman pada masa ini untuk melakukan kelas. Jumlah ternakan kurang meriah serta mood penternakan kurang baik.

Mungkin dalam masa terdekat ini teman perlu mencari perkerjaan dahulu untuk menampung hidup disebabkan mungkin tiada lagi jualan anak ayam dalam bulan mendatang. Teman tak mampu untuk meneruskan penjualan disebabkan jumlah induk yang ada tak menjamin bekalan anak ayam yang mencukupi untuk jualan. Untuk mengharapkan jualan incubator dan kelas, teman rasa anda semua telah sedia maklum yang harga dan bayarannya tak seberapa dan jauh dari mampu untuk menyara keluarga teman.. So mungkin kelas terdekat yang akan diadakan adalah hanya sekitar pada bulan 12 tahun ini atau awal tahun depan..

Oleh itu sama2lah kita doakan agar ternakan ini akan terus berkembang dan mungkin suatu hari nanti ternakan ini lebih mudah dijumpai dimana2 sahaja dinegara kita dan masyarakat dapat menikmati kelazatan ayam kampung asli yang sememangnya menjadi kegilaan penggemarnya.. teman juga akan sedaya upaya untuk terus berbloger semampu yang mungkin untuk terus berkongsi idea dengan anda sebagai penggunjung setia blog teman.. sekian.

15 September 2010

Ciri yang diidamkan untuk sesebuah incubator..

Salam,

Teman nak bercerita pengalaman teman selama menggunakan incubator teman selama ini. Teman boleh dikirakan bertuah sbb hanya sekali sahaja pernah membeli incubator sebelum ini iaitu ketika 2 tahun dahulu. Ketika itu memanglah ramai yang jakun dan tak percaya dengan penggunaan incubator ini. Memang susah nak jumpa incubator saiz mini di rumah penternak kecil atau penternak melayu yang duk ada sekarang.

Selebihnya teman bina sendiri sahaja incubator yang teman guna dan kalau nak dikira dah banyak betul yang telah buat. dalam pengalaman teman membina incubator budget ni, banyak kekurangan yang ada. Pening juga masa mula2 dulu nak setkan yang terbaik untuk sesebuah incubator. Melihat gambar2 incubator moden yang dijual di internet secara meluas diseluruh dunia, teman tertanya2 apakah ciri2 yang membuatkan incubator tersebut berfungsi dengan baik sekali. Apa keistimewaannya sehingga boleh dijual sehingga harga ribuan ringgit.

Setelah banyak kali membuat kajian dan pembacaan teman rumuskan hampir semuanya mempunyai setting yang sama iaitu dengan suhu terbaik tetap pada 37.8C dan kelembapan antara 40-60 peratus, Yang lain adalah ciri kebersihan, pembasmi kuman dan pemusingan secara automatik. Rata2 pengguna incubator yang ada diMalaysia ini belum lagi mahir dalam penggunaan incubator jika kita tolak mereka yang sememangnya dah ada nama dalam pembuatannya. Mungkin pendapat pengguna kita sekarang yang ingin mencuba membuat incubator sendiri yang lebih murah kosnya.

Namun tak kiralah jika anda sendiri yang buat incubator(teman amat galakkan) atau anda menggunakan incubator separa komersial(seperti teman sbb incubator buatan sendiri yang simple tetapi dijual meluas di negara kita) yang ada, kita tahu setting yang ada kadangkala membuatkan kita sedikit hampa dengan keputusan eraman. Bukan salah incubator sahaja sbb kadangkala ianya disebabkan oleh telur itu sendiri dan sikap kita pengguna incubator. Teman yang dah barjaya menetaskan ribuan anak ayam menggunakan incubator ini juga masih tercari2 setting yang terbaik untuk sesebuah incubator. Tetapi apa yang boleh teman rumuskan dan menjadi keutamaan teman membina incubator yang mempunyai ciri seperti ini..

1. suhu yang sangat stabil. suhu tetap pada 37.8 darjah dengan perubahan suhu max dan min yang paling sedikit. Kalau boleh suhu akan tetap pada setting ini dimana ianya hampir sama dengan suhu dibawah perut siibu ayam. Kita paham yang incubator yang digunakan sekarang mempunyi julat suhu yang tinggi dan kadangkala sehingga mencecah 4 darjah, Ini sangat mengganggu proses pengeraman telur.

Sebab itulah teman sangat gembira bila mampu menyediakan sebuat persekitaran incubator teman yang mempunyai perbezaan suhu yang sangat sedikit. Paling kuat pun hanya 2 darjah iaitu menyerupai thermostart yang berharga ratusan ringgit, Yang lebih mengembirakan teman adalah jika mahu teman boleh setkan menjadi perubahan suhu hanya pada 1 darjah.. bermakna kalau kita mahu suhu stabil pada 37.8suhu minima bagi incubator hanya 36.8 sahaja.. sangat baik sehingga menyerupai incubator ribuan ringgit yang ada dipasaran sangat.. Yang bestnya thermometer tersebut masih di harga murah seperti yang biasa kita gunakan... takde bezanya jadi kita menang dari segi harga...

2. Penggunaan barangan pembuatan ioncubator yang mudah dibersihkan dan mudah diselengara.. sebelum ini teman ada masalah dalam menggunakan incuabtor kayu.. dah dicat dengan cat minyak dengan 2 lapis pun teman kekadang terpaksa bersusah payah mencucinya.. bila kita baupun dah tau yang incubator kita tak bersih.. Bila teman terjumpa idea untuk menggunakan incuabtor plastik, barulah teman dapat atasi masalah ini... cukup mudah nak membasuhnya.. malahan satu ketika teman tertinggal sebuah incubator dengan ada telur tembelang didalamnya, telur meletup tetapi mudah sahaja teman mencuci.. Mungkin ada yang berpendapat penggunaan incubator plastik ada kekurangan tetapi apa yang teman perhatikan sekarang yang incubator komesial yang ada rata2 menggunakan plastik sebagai bahan asal pembuatan..

3. Teman sebelum ini teringin sangat nak ada incubator yang boleh berpusing dengan sendiri. Tak banyak enovasi yang dilakukan dikalangan pembuat incubator kita sekarang untuk meng'auto'kan incubator mereka. Penggunaan motor adalah yang paling popular sekarang untuk tujuan ini.

Dengan adanya rekaan teman ini, Insyallah masalah teman akan dapat diatasi.. mudah dan ringkas binaan tanpa motor dan memgurangkan penggunaan elektrik.. elektrik hanya untuk kipas, mentol dan pum sahaja.. Dengan ini segala masalah yang teman ada sekarang tentang duk mengadap telur setiap hari dengan 3 kali sehari dah selesai.. mungkin anda juga boleh mereka mekanisma anda sendiri untuk memusingkan telur.. janji telur tersebut digerakkan sebanyak yang mungkin setiap hari..

Dengan adanya setting ini yang menyerupai setting incubator canggih yang ada sekarang, teman yakin dengan incubator sekarang.. kita boleh buangkan ralat salah setting incubator dalam pengeraman kita.. oleh itu teman hampir berpuas hati dengan incubator teman sekarang.. cuma teman tengah pikirkan bagaimana nak memasarkan incubator ini dengan pasaran yang lebih meluas serta pembinaan bahan yang lebih standart dari yang ada sekarang..

Gambar incubator terbaru Citypull


Salam,

Seperti yang dijanjikan teman tunjukkan gambar incubator teman yang terbaru yang auto secara mekanikalnya.. Ini bermakna teman dah ketepikan penggunaan motor dalam incubator ini dan anda mungkin tak terpikir untuk melakukannya seperti rekaan yang teman baru cipta ini. Dalam gambar ini mekanisma pemusingan telur secara auto tidak teman tunjukkan bagi menjaga kerahsiaan atau menjadi satu teknik istimewa dari teman.

Teman upload gambar dulu malam nie sb mata pun dah ngantuk.. cerita nanti.. cuma nak bagitau kapasiti incubator ini adalah 200 biji dan berharga RM 500. Suhu eraman dengan thermostart rainbow yang telah diupgrade dengan jurang perbezaan suhu min dan max hanya 1 darjah sahaja.. itu sahaja penerangan dari teman sekarang.. incubator budget murah ini untuk kegunaan penternak kecil yang baru nak membina kerjaya dalam menternak.. sekian..

 
Salam, 

Sebelum pulang ke kampung aritu, teman sempat buat brooder asuhan anak ayam simple yang menggunakan lebihan kayu yang ada direban. Kayu2 inci ini memang ada balance kat reban teman.. balance dari incubator kayu yang teman buat tahun lepas.. 

Teman kena buat brooder jenis ini yang akan diletakkan dibelakang rumah teman dibawah kawasan berbumbung sbb anak ayam yang duk ada skang dah besar n tak muat denagn brooder yang ada.. Brooder kayu yang teman buat bulan 11 tahun lepas dah mula mereput kayunya sbb teman guna kayu pelet sahaja.. mungkin kayu pelet ini kurang tahan sangat dan paling kuat pun leh pakai sehingga setahun sahaja..

Dengan kayu yang ada teman buat rangka dahulu dan kemudian men"stapler" jaring yang teman beli untuk anak ayam ini. Brooder sebesar ini boleh memuatkan sehingga 50 ekor anak ayam sehingga berusia 3 bulan sahaja. Bila dah besar kena pindah reban yang lebih besar.. penutup dia teman guna tray incubator lama yang dah tak pakai dari incubator kayu teman dahulu.. Nampak macam kukuh je binaanya dan teman buat simple sahaja sbb anak ayam yg akan  duduk dalam nie tak perlu diberi haba dari mentol lagi..

Sekian, sengaja teman nak tunjuk je brooder nie.. tak lawa mana pun .. jadilah untuk kegunaan reban sendiri..




Ikan Kaloi Sungai Bakar..































salam,

Teman nak berkongsi pengalaman teman berbuka puasa di hari terakhir Ramadan lalu dikampung.. dah rezeki teman, menjejakan kaki sahaja ke kampung teman telah dihidangkan dengan ikan bakar kaloi sungai.. Ikan asli yang ditangkap oleh pakcik teman dengan teknik memasang jaring atau dengan cara menjala.. Sungguh bertuah betul sbb teman memang sangat mengemari ikan ini berbanding ikan air tawar lain. maklumlah ikan ini susah betul nak jumpa kat KL terutama yang saiz sebegini.

Dah lah dari perjalanan teamn pulang kekampung diberi keizinan tuhan dengan begitu lancar sekali. Teman membayangkan keadaan yang sesak dan merangkak2 berikutan masa tu dah hari last sebelum puasa.. biasanya pada waktu beginilah jalan betul2 meriah dengan kereta yang nak pulang berhari raya ke kampung. Dan bila dah sampai je tgk adik beradik tenagh membakar ikan special ini. huh.. bab melayan masa berbuka puasalah yang paling nikmat. Dan perbualan baru teman dapat tahu yang pakcik teman berjaya mendapatkan stok ikan yang boleh dimakan dekat 20 orang .. macam2 ikan, lampam dan pelbagai ikan lagi.. dari jumlah ikan tersebut, 3 ekor kalui berjaya diperolehi dan hidangan yang teman makan ini adalah yang paling kecil! banyak lagi ikan saiz sebegini disungai perak rupannya.. tapi yang teman tahu ikan baung sungailah yang menjadi kegilaan boss teman.. kalau buat gulai tempoyak.. hemmm sekian..

Cara teman cuci telur..
















Salam,

Saja teman nak masukkan cara yg teman biasa buat untuk membersihkan telur yang kotor. Cara ini bukanlah jaminan yang telur akan menetas malah teman biasanya membuat tanda kepada telur yang telah dibersihkan ini untuk memudahkan teman memberi perhatian yang lebih apabila candling esok. kalau yang bertanda ini berjangkit dengan bekteria, teman tidak akan teragak2 untuk mengeluarkannya terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan yang lebih lagi kepada telur lain.

Kalau anda perhatikan, dalam bekas ini telur yang ada semuanya telur yang sepatutnya direject dan tak boleh dimasukkan langsung kalau anda sayang kepada telur lain yang baik. Teman biasanya akan menerima juga telur tersebut sekiranya telur tersebut hanya dicemari dengan tanah yang dibawa oleh ibu ayam melalui kakinya atau kotoran hasil dari telur yang pecah bersama kumpulan telur tersebut. cara yang biasa teman buat adalah seperti berikut:

1. Ambil telur tersebut dan bersihkan secara keseluruhan mana yang boleh denan kain bersih atau kering. Kemudian teamn akan menggunakan belakang pisau atau bahagian yang tak tajam untuk dengan perlahan teman kikiskan bahagian yang kotor. Buat denagn berhati2 tanpa perlu menggunakan tenaga yang kuat bagi mengelakkan telur tersebut terlalu tercalar atau ada gurisan pada telur. Biasanya kotoran seperti yang teman sebutkan diatas akan tertanggal dan hanya meninggalkan sedikit kesan pada telur.

2. Dan kemudiannya teman bersihkan lagi dengan kain bersih dan pastikan tiada lagi kesan kotoran yang tinggal. Kemudian teman akan candling telur tersebut terus untuk melihat sejauh mana kotoran tersebut telah merosakkan telur. Biasanya pada kesan kotoran tadi, kita akan melihat dengan teknik candling sama ada kesan tersebut "tembus" sehingga kebahagian dalam telur. Kalau anda dapat melihat ketembusan tersebut, maka teman akan terus mengeluarkan telur tersebut dari kumpulan telur yg akan dieramkan. Biasanya kotoran ringan dapat diselamatkan dengan teknik ini..

So itu sahaja coretan teman kali ini..

14 September 2010

Dah nampak kurangnya serangan penyakit..

Salam,

Hari ini jumlah ayam yang mati agak berkurangan, jumlah kutipan hanya 3 ekor, yang sempat sembelih ada 2 ekor pasal dah nazak sangat. Yang masih dirawat dalam reban ICU ada lagi dalam 12 ekor. Jumlah yang telah terkorban sekarang ada dalam 70 ekor. Ni jumlah rasmi apabila lubang yg sibangla tu tanam dikorek semula untuk head count.. manalah tau dia outa kata mati tapi duk jual. Balance dalam reban sekarang ada dekat 200 ekor lagi.. Tengah tunggu dan lihat kalau2 serangan kedua atau penyebaran terus berlaku..

Setakat ini langkah pencegahan nampak macam berjaya.. kena perhatikan setiap ekor ayam yang ada direban. kalau ada yang sembam sahaja mata n kuyu muka.. kena asingkan dan paksa minum air ubat campuran bancuhan pekat, so ayam tersebut dapat ubat yang kuat.. Pastu setiap 4 jam kalau sempat suapkan lagi.. elakkan ayam kena urung dengan semut dan pemangsa seperti tikus dan sebagainya.. mana yang dah hampir lemah sangat nafasnya.. disembelih sahaja.. Ayam yang ada kat reban diberi minuman Neo TM sepanjang masa sehingga tanda penyakit hilang..

Tadi dah buat post motem tentang penyakit ayam ini.. takde pula gejala kena sampar seperti bengkak hati,jantung bengkak dan kebiruan atau lapisan lemak yang menutupi saluran pencernaan.. Tapi tak taulah pulak gejala ini sama seperti yang menyerang ayam daging.. mungkin rupanya akan sedikit berbeza sbb ayam ini ayam kampung asli yang kurus, slim dan kurang berlemak.. Cuma tanda yang pasti adalah berak ayam ini normal tetapi sedikit cair.. tiada kesan kotoran di dubur seperti berak kapur, berak kuning atau colera. Ciri yang paling jelas adalah muka yang nampak tak bermaya dan mata seaakan sembam.. takde pula bunyi dengkuran kalau2 serangan CRD.. Tah lah .. kurang pasti penyakit ayam yang menyerang..

Selepas ini teman nak buat sedikit perubahan di reban teman, perubahan teman yang paling utama adalah melakukan perubahan pada reka bentuk reban. apa yang teman perhatikan.. ayam teman yang teman letakkan di reban yang tinggi dari tanah mempunyai ketahanan penyakit yang tinggi. Reban ini sesuai untuk semua peringkat umur ayam termasuk ayam yang dah matang. So reban teman yang ada sekarang akan ditinggikan dan dibuat lantai jaring ynag baru.. dengan ini najis ayam akan jatuh kebawah dan senang disapu.. tanah yang ada direban teman rupanya adalah dari jenis yang mudah menakung air dan memudahkan pasir yang diletakkan hilang dimakan tanah terutaama semasa ayam mengais..

Ayam tetap akan diberi pelunag mandi pasir mengikut jadual yang sesuai dan makanan diberi mengikut jadual baru iaitu pada awal pagi .. teman rasa dengan setting baru ini Insyallah masalah pengurusan najis serta amonia akan menjadi lebih mudah. Ayam juga akan kurang terdedah dari cacing dari tanah serta basah ketika hujan lebat.. Dari semalam, teman sibuk menyiapkan reban untuk diupgrade.. harap boleh disiapkan secepat mungkin.. Nanti teman update gambar.. sekian..

Duka di hari raya..

Salam,

Teman nak ucapkan selamat Menyambut Hari raya kepada semua pengunjung blog teman tak kira usia dan latar belakang. Harapan teman semua berada dalam mood gembira bila berada dalam hari lembaran ini. teman berpeluang untuk balik raya tahun ini ke perak disamping menghantar 3 set incubator untuk orang kampung teman di simpang pulai dan parit. Bertolak hari khamis petang dan samapi kesini semua jam 8 pagi hari isnin.

Apa yang mengejutkan teman sejak teman pulang semalam, reban teman dah diserang sampar, serangan yang sedikit mengkompius kan teman bila takde tanda yang jelas tetang penyakitnya. Ayam kelihatan sihat pada malamnya dan tetiba pada waktu pagi serangan berlaku dan ayam terus tersungkur.. Yang teman geram adalah bangla teman yang takut nak bagitau pasal ayam mati semasa teman call dari kampung, Bila ditanya baru nak jawab pada sehari teman sebelum teman balik.. rupanya kematian dah bermula sejak dari hari raya pertama lagi.. kematian hanyalah berkadar dalam 4-5 ekor setiap hari dan pada pagi ini meningkat kepada 10 ekor.

Kalau teman tahu perkara ini terjadi.. biasanya teman akan terus mengurung semua ayam yang ada bagi memudahkan kita melihat ayam yang sakit dan mengelakkan ayam ini bercampur sesama mereka dan merebakkan penyakit.. Semua bekas makanan akan dibasuh dan dinyah kuman bagi membersihkan reban.. ini bagi mengelakkan penyakit ini terus menular dan membunuh ayam yang ada.. Pemberian vaksin sudah terlambat buat masa ini dan bantuan ubatan bancuhan pekat Neo Tm sahaja yang mampu dilakukan. Yang mana dah kritikal, ubat perlu disuapkan dalam selang 4 jam sekali untuk membantu ayam ini. Harapan kita agar bilangan ayam yang mati akan berkurangan..

Buat masa ini teman tak galakkan sesiapa yang sedang menternak untuk datang kereban teman kerana mungkin anda akan menyebarkan penyakit ini kepada ternakan anda dirumah. Dan teman harap kali ini teman lebih tenang dari ancaman penyakit yang terlampau.. oklah kalau mati hanya dalam 20% sahaja buat seranagn kali ini. Sebenarnya sekeliling teman termasuk reban yang berada hanya 1 km dari reban teman dah diserang penyakit ini dalam bulan puasa aritu,. teman ingatkan dah surut dah penyakit ini.. namun masih ada lagi..

Skang selepas langkah pencegahan dan berjaga2, teman harap serangan kali ini kurang kesannya dari serangan dahulu.. Aminnn... Berduka jugalah raya kali ini...

06 September 2010

Meningkatkan keupayaan pemasaran kita

Salam

Seperti yang semua orang tahu pemasaran atau kekuatan penjualan langsung kita agak kurang berbanding dengan kaum lain. Pelbagai alasan yang diberi penternak kita mengenai kesusahan nak menjual ternakannya. Dah lah menternak tu dah separuh nyawa susahnya, masa nak jual masalah lain pula yang timbul. Yang paling kerap berlaku adalah mencari jalan mudah dengan menggunakan khidmad orang tengah yang kadangkala mencekik darah penternak yang terdesak.

Kali ini teman hanya nak berkongsi pendapat dan pengalaman dalam aspek pemasaran. Bukan nak mengajar sesiapa cuma nak beri pendapat. Secara zahirnya kaum kita kurng terdedah dalam aspek pemasaran atau menjadi orang tengah. Mungkin setting yang diberikan selama ini membuatkan kita selesa menjadi penternak, peladang dan sebagainya iaitu pada peringkat asas atau bawah sekali dalam bidang perniagaan. Pada asasnya kita juga boleh menjadi peniaga walaupun kita hanya menjadi penternak atau peladang iaitu menjadikan ladang kita sendiri pusat penjualan atau perniagaan dan bukannya pusat penghasilan semata2.

Besar atau kecil sesebuah ladang atau reban ayam bukan penghalang untuk kita berniaga. Kecil ladangnya sedikitlah jumlah jualan yang akan kita lakukan. Kalau besar lebih besar rangkaian dan tugasan jualan yang perlu dibuat. Mungkin bagi kita menyangkakan lagi besar sebuah ladang lagi susah kita nak menjualnya. Sebenarnya, penjualan atau urusan perniagaan akan tetap berlaku tak kira saiz jika permintaan dan pengeluaran sentiasa ada. Pengaliran wang dan pertukaran wanglah yang akan menjana ekonomi mikro penternak dan sehingga menjana pendapatan negara. Dari sedikit2 ini dikumpulkan sehingga negara kita mempu memperolehi pendapatan lumayan hasil urus niaga yag dilakukan. Seperti menangani kemelesetan ekonomi, cara terbaik untuk menagani masalah ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan sekarang iaitu memberi wang untuk rakyat belanjakan tak kiralah melalui suntikan, bantuan dan pinjaman. Dengan adanya perbelanjaan dan penjualan, maka ekonomi tetap akan berjalan. Apa yang berlaku di negara miskin adalah ketiadaan wang untuk dibelanjakan sehinggakan ekonomi tidak boleh membangun dan seterusnya keadaaan negara terus miskin.

Kalau kita lihat kehidupan kita pada awal tahun 80an dimana rata2 rakyat masih berada dalam paras kemiskinan. Pendapatan purata orang kita adalah dalam lingkungan RM 500 sahaja sebulan. Ketika itu apa yang Dr. M buat adalah mengalakkan pelaburan dari segi perusahan dan perkilangan. Umpan yang diberikan adalah zon perdagangan bebas dimana barangan hanya dikenakan cukai pada barangan siap dan bukannya pada bahan asas pembuatannya dan juga kos tenaga kerja yang murah. DrM juga telah memperkenalkan jadual kerja ikut shif iaitu kilang berjalan 24 jam(masa tu tak semua org boleh terima) untuk meningkatkan produktiviti. Hasilnya lebih ramai orang kita mampu bekerja (termasuk minah kilang pada masa itu..skang dah hampir pupus gelaran ini)dan mempunyai gaji untuk dibelanjakan pada saban bulan. Bila ada wang dan kita mampu berbelanja, permintaan barangan akan menigkat dan pengeluaran akan ditambah. Dengan adanya banyak pengeluaran maka peluang kerja akan lebih banyak bertambah lagi dan lagi.. hasilnya makin banyak perniagan hiliran atau perniagaan berasaskan keperluan harian akan wujud dan memakmurkan ekonomi. Nilai hartanah juga akan bertambah dan peningkatan gaji dan mata wang akan naik seiring denagn kemajuan yang dicapai.

Apa yang cuba teman sampaikan disini adalah intipati contoh perkembangan ekonomi yang boleh kita tiru dalam perniagaan kecil kita. sekarang kita dapati makin ramai usahawan bumiputra yang menyerlah menjual barangan keperluan rakyat negara kita. Ianya satu yang membanggakan. Rahsianya hanyalah kerja keras dan menghilangkan perasaan malu kita untuk berniaga. Jika anda penternak, tak salah sekiranya anda mencuba memasarkan sendiri ternakan anda melalui beberapa cara yang mungkin buat masa ini. Cadangan teman adalah seperti ini:

1. Menjual ayam ini sendiri dengan menyewa tapak sementara atau lot pasar tani yang ada. Jika anda sukar atau adanya kerenah dikawasan anda, cuba berbuat baik dengan mana2 peniaga yg ada untuk menyewa sedikit lotnya untuk jualan anda. Kalau sukar juga, potlah jualan anda tadi ditempat "haram" buat sementara waktu seperti hanya diatas motor atau kereta yang dibuka bootnya buat sementara waktu. janji anda dapat menjual..

2. Meletakkan papan tanda didepan ladang anda untuk menjual terus ternakan dari ladang. Cara ini juga bagus untuk mendapat publisiti dan perhatian dari masyarakat setempat. Bila dah terkenal, mungkin anda hanya perlu menjual ternakan anda dari ladang sahaja seperti beberapa kenalan teman sekarang.

3. Membawa ternakan anda ke lokasi yang terbaik untuk jualan seperti kawasan perumahan yang ada kedai jualan runcit atau yang sesuai. Ada sahabat teman yang hanya menjual ternakannya dikawasan kampung dan rumah kongsi sahaja.. alhamdulilah beliau mampu menjual 500 ekor ternakan ayam kacuknya dalam masa sebulan. Mungkin bagi anda sedikit tetapi memandangkan jumlah ternakannya yang terhad itulah yang mampu dijual. tetapi yang paling penting adalah jualan terus kepada pengguna kerana jumlah keuntungan yang mampu dijana lebih baik.

4. Menghantar ke kedai2 runcit kampung atau subbandar yang mempunyai kesesuaian untuk menjual ayam hidup. Cara ini juga teman lihat mampu menjamin pemasaran yang lebih baik dimana kita sendiri yang menguruskan penjualan dengan pihak pekedai tanpa ada lagi orang tengah.. Kos "orang tengah" juga dapat kurang.

5. Disamping anda menjual dengan cara diatas anda juga boleh belajar menjadi peraih atau orang tengah untuk mereka yang msih lagi tidak mampu menjualnya kepada pelanggan. Ayam yang anda ada anda tambah dengan jumlah jualan orang lain untuk meningkatkan kemampuan jualan atau pengeluaran anda saban bulan. Ada geng blogger kita yang dah otai dalam bab peraih ini. syabas teman puji anda..

6. Menggunakan altenatif lain seperti internet (blog, laman peringkalan percuma, email dan sebagainya) untuk sumber altenatif jualan anda. Dengan adanya laman sosial yang dah meletup sekarang(mana tak meletupnya.. kalau ibu teman sendiri dah buka akaun) semua orang sudah ada kemahiran berinternet.

Walaubagimanapun anda perlu mempelajari juga selok belok perniagaan agar anda tak emnjadi mangsa penipuan yang banyak alam dunia perniagaan sekarang. Contohnya dalam penetapan harga, kos dan bayaran ansuran atau deposit, persaingan dan sebagainya. Dalam pengalaman teman bekerja dalam bidang servis dan pemakanan, perkara marketing yang paling utama dalam perniagaan adalah memastikan kita dapat berjumpa dengan seramai mungkin pelanggan untuk meningkatkan peratusan pembelian. Sebab itulah syarikat yang berkemampuan akan menghabiskan berjuta ringgit untuk melakukan periklanan atau dalam bahasa kasarnya memastikan semua pelanggan dan bakal pelanggan mengetahui atau "berjumpa" dengan produk mereka. Anda juga perlu berbuat sebegitu. Kalau anda duduk diam sahaja direban anda, bagaimana anda mampu mengharapkan orang datang membeli ayam.

Cara nak memecahkan kebuntuan atau perasaan malu dan was2 anda *(seperti ayat."eh boleh ke aku jual nie..laku ke?") adalah dengan mencuba sedikit dahulu dalam minggu pertama. Jika anda ada sejumlah ternakan, cuba bawanya ke pasar atau pasar tani aka pasar malam dengan kereta anda. Parking di kawasan parking yang paling hampir dengan lorong jualan. Buka boot kereta anda dan duduk tunggu. Jangan lupa taruk tanda harga.. Untuk permulaan anda hanya duduk berdiam diri sahaja sehingga anda ada keyakinan untuk bersuara. Dari hari kehari, Insyallah perasaaan anda itu akan hilang dan suara anda akan lebih lantang sehingga dari jauh lagi dah terdengar.. Dari situ gerakkanlah langkah anda untuk terus maju dalam jualan ayam..

Mungkin bagi sesetengah orang , apa yang teman katakan ini adalah terlalu remeh, tetapi percayalah ramai kenalan termasuk isteri teman sendiri susah nak memulakannya. Ianya termasuk juga staff2 baru yang teman didik semasa teman bekerja dahulu.. mula2nya memang semuanya malu dan berpeluh nak bersemuka dengan pelanggan. Kita perlu membuang perasaan segan nak mintak duit dari orang kerana berniaga bukannya peminta sedekah.. sepatutnya anda berbangga dengan berniaga kerana orang ramai memandang tinggi keupayaan anda berniaga.. Banyak kali kita dengan kaitan dengan orang berniaga ni dengan istilah "orang ni banyak duit sebab dia berniaga"..

Harapan teman agar masalah dan rungutan mengenai kesukaran memasarkan ternakan anda akan berkurangan sedikit demi sedikit. Selain dari merancang strategi jualan anda, anda juga perlu memegeng terus "stering" urusan reban anda agar ternakan yang akan dijual nanti sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan membawa keuntungan bagi anda..

Sekian..
(maaf terlebih panjang pulak teman menulis post ini)

03 September 2010

memang ada harga tapi susah nak bela..

Salam,

Saje je teman nak bercerita kali ni,dah takde apa agaknya nak dicerita teringat cerita mula2 teman terjabak dalam penternakan ini. pada mulanya banyak kali teman bertanya kepada penternak belakang rumah mengenai macammana nak menternak ayam kampung ini. Rata2 mempersetujui bahawa dorang boleh buat duit segera atau duit kecemasan dengan menjual ayam yanga da ke peraih yang datang kerumah. Katanya kadangkala kalau musim ayam menjadi, boleh buat belanja dapur samapi seminggu lamanya.

Akibat terpikir peluang begini, teman berazam nak mencuba benda yang baru yang pastinya akan memberi kepuasan kepada teman kalau teman berjaya memecahkan ruyungnya. Terlalu banyak kepahitan dan keperitan yang teman alami sepanjang permulaan menternak. Ketika itu iaitu lebih kurang 2 tahun yang lalu, pengetahuan serta perkongsian maklumat tak seperti sekarang. sekarang jika anda mengambil masa dalam seminggu dua mencari maklumat dalam internet, dengan adanya perkongsian sesama bloger yang ada teman rasa anda tentu dah yakin nak memulakan penternakan anda. Syukur juga dengan perkembangan ini.

Sebenarnya ada juga sahabat atau rakan teman yang menasihatkan teman supaya tidak menyebarkan apa2 pengalaman atau cara menternak dihalayak umum kerana kuatir dengan persaingan kelak. bagi teman, sememangnya ada yang teman simpan tetapi banyak yang teman suka berkongsi. Ini kerana dunia penternakan ayam kampung asli terlalu kecil dan terlalu dekat dengan masyarakat kita. kenkangan penternakan serta kesukarannya untuk diternak membataskan ianya menjadi kes seperti cacing, lintah serta keli sebelum ini. Hanya mereka yang betul2 berminat nak menternak dan mempunyai kesabaran sahaja boleh melakukannya. Takkan ada mereka yang bersifat tamak dan melakukan pakej2 giler yang pasti akan merugikan penternak. Menternak ayam boleh dilakukan sesiapa yang ada sedikit kemahuan dengan modal yang tak besar. Kalau modal kecil masih boleh menternak untuk kegunaan sendiri dan ada kemungkinan akan berkembang dengan sendirinya dari pengalaman serta bacaan.

Maklumat yang teman tak sebarkan dalam internet adalah biasanya berkaitan dengan pengalaman atau diperolehi semasa kita menjalankan tugasan harian direban. Ini kerana ianya sukar dikongsi dan adakalanya lebih kepada kepercayaan kita semata2 dan takda fakta kukuh yang boleh menyokongnya. Ada juga sumber yang tak dikongsi seperti cara melihat kelakuan ayam pada semua peringkat usianya, melihat keperluan ayam dair hari kehari dan sebagainya. tetapi dari segi teknikal serta nak menternak teman rasa teman dah banyak berkongsi dengan anda semua.

Bercakap kepada nak mengkomersialkan penternakan ini, bagi teman skala yang sesuai adalah dengan meningkatkan kapasiti reban kita sehingga kita mampu untuk mengeluarkan 1000 ekor ayam setiap bulan untuk jualan daging atau dijadikan induk. Kalau nak menternak induk pula, kita mesti paling kurang mempunyai 2000-3000 ekor didalam reban supaya bekalan anak ayam dan telur tak akan putus saban bulan. Bagi memastikan semua ini tercapai, anda mungkin akan dapati settingnya atau cara pengurusannya sangat berbeza dari menternak ayam daging atau ayam kacuk. Ini kerana keperluannya sangat berbeza dari penternakan tersebut.

Mencerita kepada pasaran pula, bagi teman dengan kemudahan internet serta jaringan penternak sekarang, setakat nak menjual 1000 ekor ayam bukanlah perkara yang susah, malah mungkin kepelbagaian produk boleh dilakukan. Yang penting kebolehan kita untuk mengeluarkan sejumlah ayam ini secara kosistan. Penjualan secara hidup dipasar melalu ejen jualan jug akan membentu anda menjualnya. Cuma setiap ladang perlu merangka sistem mereka sendiri mengikut kesuaian reban anda. Dan  bila sistem anda telah benar2 mantap, teman yakin yang sistem itu akan berkerja dengan sendiri dan memudahkan anda menguruskanya. Yang penting adalah pemerhatian dan kawalan terhadap apa yang sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, teman tetap dengan pendirian teman yang barang sesiapa yang baru kali pertama atau baru nak memulakan penternakan ini perlu memulakannya denagn sedikit dalam jangka masa tertentu sehingga anda yakin barulah anda mengeluarkan lebih banyak modal untuk menjana perniagaan anda. Itu pendapat teman lah. Kalau korang tak percaya cubalah, sememangnya akan banyak dugaan semasa anda mula menternak. Dah paham betul perangai dan keperluannya barulah anda besarkan. Dan kalau boleh janganlah anda terus berhenti dari pekerjaan anda sekarang semata2 untuk menternak. Ini kerana jika jumlah ternakan anda sedikit atau kurang maka pembelikan modal atau hasil jualan anda tak mampu memenuhi keperluan anda saban bulan. Dari bulan kebulan anda akan merasai kesempitan kewangan dan akhirnya ternakan anda akan terbiar dan mati kerana kurang penyelengaraan.

Saya doakan anda nanti mampu untuk mengeluarkan sejumlah 1k ayam sebulan selepas ini dengan harga purata RM 20 seekor. Mungkin jualan bulanan anda selepas ini akan mencecah RM 20 ribu sebulan jika anda berjaya. Nak mengeluarkan 1000 ekor ayam ini tak banyak kalau nak dibandingkan dengan pengeluaran ayam daging yang main jutaan setiap bulan, namun ianya cukup mencabar dan memerlukan kesabaran anda.

Sekian..
(sekarang sembang2 biasa..)

01 September 2010

Bantuan nasihat untuk email..

Berikut adalah salah satu email yg teman terima berkenaan ternakan ayam kampung.. dek kerana penjelasanya boleh kita kongsi bersama, teman jawab sahaja dalam ruangan blog ini..

Soalan:
1. saya menternak ayam kampung sekitar dalam 130 ekor dan 50 ekor itik serati. adakah perlu saya memberi ubat utk mencegah penyakit utk penyakit2 yg selalu terjadi kepada ayam? setakat ini ayam saya masih belum ada tanda2 penyakit dan jika ada ayam yg sakit seperti monyok saya akan terus kuarantin dan memberi ubat penadol.

Jawapan saya:
Seperti semua penternak tahu, apabila kita menternak dalam jumlah yang kecil, masalah penyakit jarang ditemui, tetapi bila ternakan dah mencecah ratusan ekor, pelbagai ragam penyakit akan timbul. Masalah ini pada asasnya berpunca dari penyelenggaraaan reban itu sendiri seperti pembersihan najis secara berkala, kebersihan serta pencegahan jangkitan biologi dari luar atau pembawa yang lain. Kadangkala kita terleka sedikit atau kurang beri perhatian sehingga membenarkan penyakit menyerang ayam ternakan.

Jika anda mengalami maslah seperti ini, tindakan anda mengkuarantinkan ayam adalah betul Kalau boleh reban kuarantin ini berada jauh sedikit dari reban utama dimana ayam lain yang sihat tidak terjebak sama. Untuk langkah pencegahan, biasanya kita perlu beri ubat pencegahan ringan yg biasa penternak lain pakai iaitu ubat Neo TM atau bahan yang mengandungi elektromisis. Dengan pemberian ubat ini yang berkala iaitu bancuahan cair untuk mingguan dan bancuhan pekat untuk yang telah diserang panyakit, reban kita mungkin telah dilindungi dari penyakit ringan.

Jika anda berminat atau mempunyai kemahuan untuk menvaksinasi ternakan anda, anda boleh mendapatkan vaksin dari pengedar sah untuk menjamin mutu vaksin. Vaksin yang digunakan adalah vaksin hidup
dimana vaksin tersebut disimpan dalam suhu dingin bagai menyediakan dirinya dalam keadaan separah pasif. Jika vaksin yang dijual ini terdedah pada suhu tinggi, kemungkinan besar vaksin tersebut telah mati. Cara penyedian vaksin ini ada pelbagai, anda boleh mendapatkan nasihat dari pembekal vaksin anda. Namun penjualannya agak sukar kerana tidak semua kedai haiwan mempunyainya.

 Vaksin biasanya disediakan dengan melarutkan kedalam air yang bersuhu antara 1-4 darjah celsius iaitu dengan memasukkan ais kedalam air sehingga mencapi suhunya. Kemudian minuman ini diberi kepada ayam secara oral dimana ayam perlu menghabiskan air ini atau meminumnya dalam masa 2 jam pertama. Ini Kerana vaksin akan mati selepas berada 2 jam dalam air. Teman pernah juga mendengar ada yang menggunakan susu untuk medium pemberian kapada ayam tetapi tak tahu butirannya.

Adalah penting untuk anda mengetahui penyakit ayam terlebih dahulu sebelum anda merawatnya. Ada juga kes penternak yang terkeliru antara penyakit yang dihadapi dan merawat dengan ubat yang salah. Sebagai contoh ternakan kita diserang cacing dimana ayam akan berada dalam keadaan pucat, tak bermaya, berbulu kusut tetapi masih berselera makan. Makan banyak tetapi badan tetap kurun melidi. Kita pula merawatnya dengan rawatan elektromisis sedangkan ubat yang sepatutnya adalah ubat anti cacing. Begitu juga kekeliruan antara CRD dan sampar. Sampar mempunyai gejala lain yang perlu dipelajari dan crd pula menyerang sistem pernafasan. Ayam kelihatan dah nyawa2 ikan dan terkulai dan akhirnya mati. Kita sangkakan yg sampar dan menyerang sedangkan yan menyerang adalah crd. CRD juga mampu membunuh hampir 50% dari ternakan anda.

 2. saya ada membeli satu inkubator yg dapat memuatkan 50 biji telur ayam dlm satu2 masa. alat tersebut diperbuat daripada kayu. pertama kali saya menggunakan alat tersebut saya masukkan 25 biji telur ayam kampung dan 18 biji telur itik serati. setelah cukup harinya anak ayam mula menetas (kump. 1 =10bj) hanya 4 biji sahaja yg menetas tapi cuma satu ekor sahaja yg berjaya keluar 3 ekor lagi mati dlm telur (telur nampak dtolak dari dlm). kenapa yer?....telur yg lain tiada tanda2 akan pecah setelah itu saya ada pecahkan 2 biji untuk melihat adakah terjadi pembenihan. tapi telur kuning dlm keadaan berketul2 dan tiada darah. telur itik serati lak cuma 1 ekor sahaja yg menetas. adakah telur yg tidak terjadi pembenihan ini masih elok dan blh kita jual?

Jawapan:
Untuk menjawab soalan ini perlu teman karang dalam bebapa muka surat kerana banyak yang perlu diketahui. secara amnya boleh teman katakan masalah pengeraman ini terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Masalah mekanikal
2. Masalah biologi

Masalah mekanikal adalah terdiri dari setting incubator yang mungkin tidak tepat dari segi suhu, kelembapan serta maslah jangkitan dari bekas itu sendiri.

Masalah biologi pula mungkin terjadi dari bapa yang tak matang, ibu yang berpenyakit, bekas telur yang kurang bersih, telur telah terdedah kepada faktor luaran yang merosakkanya, jangkitan dari telur lain yang bersebelahan dengannya semasa berada dalam incubator, telur tamat tempoh, persenyawaan tidak sempurna dll. Anda bole menrujuk dari tulisan teman sebelum ini mengenai pemikiran dan pendapat tentang pengeraman telur.

3. bagaimana ingin memastikan tali pusat anak ayam (dlm inkubator) betul2 kering?
pengalaman : inkubator : - tali pusat lambat putus dan tidak kering (saya tidak sempat membuat pemerhatian selanjutnya sebab anak ayam di makan kucing saya dan kali ke-2 pula anak ayam di urung semut, hu...sedih betul. eraman ibu ayam : - permerhatian saya ke atas ibu ayam yg mengeram telurnya saya lihat setelah anak ayam keluar dari telurnya tali pusatnya sudah putus dan kering.

Jawapan:
Apabila telur mula menetas, tali pusat akanterputus dari sarung dalam telur. sebelum ini ianya bersambung terus kepada cairan dalam telur untuk mendapat sumber makanan untuk pembesaran. Perkara pertama yang berlaku apabila ayam mula menebuk adalah pengeringan cairan dalam telur. Kemudian anak yam akan bergerak2 bebas buat kali pertama selepas berada lama dalam cairan tersebut. Setelah kering dan anak ayam tersebut berlatih bernafas denagn peparunya sendiri, anak ayam akan menebuk keliling telur seperti tali pinggang sehingga ianya mampu menendang cengkerang dan keluar.

Semasa proses ini, tali pusat akan mengering mengikut keadaan sekeliling. Tali pusat ini masih terlekat kepada pusat anak ayam seperti bayi manusia. Kita tak digalakkan menarik tali pusat ini atau memotongnya kerana kuatir perut anak ayam yang masih lembut ini akan terburai atau dijangkiti penyakit. Biasany tali pusat ini akan mengering dalam masa 6 jam pertama. kes paling lewatpun dalam masa 10 jam. Kalau selepas itu anak ayam masih mempunyai tali pusat yang basah, ada kemungkinan kelembapan dalam incubator terlalu tinggi atau suhunya yang terlalu rendah dari standart pengeraman. Anak ayam akan berada dalam proses bertatih dan mengeringkan bulunya selama 12jam ke 24 jam pertama. Dari bulu yang basah sehingga menjadi betul2 kering dan gebu.

Kalau kita perhatikan, anak ayam akan kekal dibawah perut ibunya sehingga benar2 kering iaitu selepas 2 hari. Kemudian berulah siibunya akan mengajak anak ayam semua terjun kebawah untuk mul amenjamu selera. Oleh itu proses yang sama juga perlu kita lakukan jika kita menggunakan incubator. Pastikan anak ayam sentiasa berada dalam incubator(suhu yg sama seperti bawah perut ibunya) selama yang perlu sehinga anak ayam itu cukup bersedia dan lincah berdiri diatas kakinya sendiri.

4. kata emak, telur ayam yg telah terkena tahi ayam ini sudah tidak blh dieram samada oleh ibu ayam atau dgn inkubator. jadi mcm mana saya ingin membersihkanya dan menjualnya.

Jawapan:
saya akan adakan post khas untuk tujuan soalan ini..

setakat ini sahaja pertanyaan saya. di harap en. epul dapat menjawab pertanyaan saya ini.....

Persoalan telur masuk angin...

salam,

Kali ini teman nak memberi pendapat mengenai penetasan telur iaitu dalam bab pemilihan telur atau nak mengetahui samada telur tersebut sesuai atau tidak untuk dieramkan. Banyak perbincangan telah dilakukan sebelum ini untuk menentukan telur terbaik untuk dieramkan. Pelbagai pendapat telah disuarakan dan ada juga yang keliru untuk mengikut yang mana satu yang betul. Bagi teman betul atau tidak sesuatu cara adalah terpulang kepada pemahaman kita atau alatan yang kita gunakan. Ini bermaksud bukanya cara yang diajar itu salah tetapi bagaimana kita memahami dan menggunakannya dalam aktiviti pengeraman kita.

Oleh itu pelaksanaan dan pemahaman juga penting dalam kita mengunapakai teknik yang diajarkan. Incubator kini yang dijual dipasaran mempunyai pelbagai cara setting dan juga bentuk. Pada asasnya semuanya menjuruskan kepada prinsip asas pengeraman. Namun reka bentuknya kadangkala memerlukan sedikit perhatian berbeza mengikut reka bentuk. Oleh itu perlulah anda mempelajarinya sebaik mungkin dari pengeluar incubator yang ada atau jika anda sendiri yang membinanya, pastikan anda juga membuat beberapa kajian untuk mengetahui selok belok perbezaaan incubator anda.

Satu perkara yang cuba teman cerita disini adalah sedikit tips yang selalu teman gunakan untuk mengeram. Ianya adalah mengenai pemilihan telur sebelum kita eramkan. Soalan yang selalu teman ditanya ada mengenai selama mana kita boleh menyimpan telur sebelum kita eramkan. Jawapan teman biasanya mengikut pandapat ramai iaitu jangan melebihi 7 hari. Walaupun ada yang berpendapat sekiranya ibu ayam bertelur sebanyak 21 biji., 21 hari diperlukan untuk mengeluarkan semua telur sehingga mencapai telur yang terakhir sebelum ibunya mula mengeram. Kadangkala kita lihat hanya sebiji 2 sahaja dari keseluruhannya yang tidak menetas.. so bagaiman pula kita nak menentang kejadian tersebut padahal semua orang berpendapat telur yang baik adalah yang berusia dibawah 7 hari dimana kita dapat mengelakkan pemboleh ubah yang akan menggangu keadaan telur kita?

Jawapan yang teman temui, walaupun dengan hujah diatas dimana telur masih boleh dieram walaupun dah berusia 21 hari adalah bergantung kepada keadaan telur atau kesihatan ibu yang mengeluarkan telur tersebut. Ianya juga terpengeruh dengan keadaan cuaca persekitaran dan juga setting reban yang kita dah tentukan. Cara terbaik yang serimng teman lakukan adalah denagn membuat teknik candling sebelum memasukkan telur kedalam incubator. Caranya adalah dengan melihat keadaan telur tersebut bila disuluh dengan alat candling..

Apa yang perlu kita ambil berat adalah untuk memeriksa saiz kantung udara atau air poket yang terdapat pada bahagian tumpul telur. Apa yang perlu anda lakukan untuk mempelajari teknik ini adalah mengambil beberapa sempel untuk dibandingkan. Pertama telur yang baru sahaja dikeluarkan oleh ibunya(tak sampai 12 jam) kedua telur yang dah mencapai usia 7 hari dan seterusnya telur yang dah mencapai usia 14 hari. Anda candling dan lihat perbezaan saiz bukaan atau saiz poket telur ini.

Kalau anda perhatikan saiz poket udara ini akan bertambah mengikut bilangan hari selepas ianya dikeluarkan oleh siibu ayam. Lagi lama kita simpan lagi besar saiznya dan selepas 14 hari kita akan dapati saiznya menjadi besar sehingga saiz menjadi hampir 25% sari saiz telur. Ketika inilah kalau anda cuba eramkanya anda akan dapati telur tersebut susah hendak ditetaskan.

Kalau telur yang baru sahaja dikeluarkan oleh siibu, ruang udaranya sangat kecil dan lagi kecil dari saiz duit 5 sen. Hanya sebesar butang baju kalau saya nak bandingkan. Dan ruang udara ini kurang jelas untuk kita lihat dan warnanya hanya samar2 sahaja. Ini menunjukkan telur masih dalam keadaaan baik. Jadi kalau setelah anda simpan telur selama 7 hari, anda dapati saiz poket udara ini masih kecil, besar kemungkinan telur tersebut masih dalam keadaan baik dan tak masuk angin. Dan kalau ada juga yang terlebih besar saiz udaranya, ia menunjukan kemungkinan telur anda dah mula rosak atau mempunyai kebocoron serius yang menyebabkan terlalu banyak udara mampu masuk.

Hujah teman, tak kiralah berapa hari usia telur anda, jika anda dah menjaganya sebaik mungkin dan telur sentiasa berada dalam keadaan baik tanpa terdedah pada sinaran matahari serta kelembaban melampau seperti hujan dan sebagainya, anda masih perlu menentukan sejauh mana telur tersebut telah masuk 'angin'. Ini bermaksud tak kiralah berapa pun usia telur tersebut, kalau ianya dah mula masuk angin atau poket udaranya terlalu besar dan menonjol, ada kemungkinan telur tersebut tidak akan menetas. Cara terbaik adalah dengan menanda telur yang ada telah kesan mempunyai poket udara yang jelas,besar serta cacat dan dieramkan sekali dengan telur yang berada dalam keadaan baik. Pada akhirnya anda sendiri akan mendapat jawapannya.

Memang benar jikalau anda ingin menentukan samaada telur tersebut masih baik untuk dimakan atau dalam kata lain adakah telur tersebut telah tembelang atau tidak adalah dengan mengujinya dalam takungan air. Kalau telur yang diletakkan dalam bekas air timbul, maka telur tersebut telah busuk atau telah rosak. Sudah tentu tak boleh dimakan lagi. Perkara ini sering teman praktikkan apabila teman ingin menjual atau memasak telur yang tiada benih dalam incubator setelah dicandling pada hari ke 7. Cuma masukkan dalam satu bekas air yang cukup tinggi dan ambil mana2 telur yang tenggelam sepenuhnya untuk petunjuk telur tersebut masih elok..

Telur yang masih baik, biasanya mempunyai pokek udara yang kecil dan ketumpatan isinya yang lebih dari air.. Bila udara dah banyak yang masuk, ketumpatan telur manjadi lebih rendah dari air dimana kita boleh umpamakan dengan pelampung yang berisi udara. Tetapi jangan pula telur yang elok dan belum dimasukkan dalam incubator anda masukkan pula dalam air untuk uji masih elok atau tidak.. tembelang pula nanti jawabnya bila dah terkena haba didalam incutor anda.

Kesimpulannya, kita perlu melihat dahulu saiz poket udara didalam telur anda sebelum dimasukkan didalam incubator. Mungkin inilah puncanya yang kita sering terlepas dan beranggapan saringan yang kita lakukan sebelum ini sudah cukup baik dan sepatutnya telur yang dieramkan tidak mempunyai masalah untuk menetas. Bila tak menetas mulalah pelbagai andaian yang bermain difikiran. Kekuatan sesebuah telur bagi setiap ibu adalah berbeza dan kekuatan ketahanan simpan juga adalah turut berbeza. Pastikan anda memahami teknik ini jika anda menggunakan incubator. Kepada yang telah mengeramkan ribuan incubator dalam incubator ribuan buji mungkin tidak mempunyai masa untuk menganalisa setiap butir telur tetapi bagi kita yang menternak ayam kmapung asli yang hampir digelar esotik ini, setiap biji adalah berharga..

Sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails