21 April 2010

Nak bela ayam kampung asli? ubah minda anda dahulu..

Salam semua pelawat blog teman,

Hari ini teman ada satu pandangan yang nak teman kongsi bersama anda. Ianya berkaitan dengan mereka yang bermain dengan penternak ayam kampung asli ini. Sememangnya kita tak dapat nak nafikan bahawa sekarang ini ternakan ayam kampung asli ini menjadi tajuk utama perbualan mereka yang baru nak menternak ayam kampung asli. Bagi mereka yang dah lama berkecimpung dengan ayam kampung asli ini sangat faham kelebihan dan kekurangan ternakan jenis ini. BAGI YANG BARU NAK MULA, yg tangan masing2 belum busuk lagi dengan tahi ayam biasanya tertarik kepada harga jualan ayam ini. Masing2 dah berkira untuk memulakan penternakan ini dan mengimpikan pendapatan 5 angka setiap bulan.

Sejak dua menjak ini, bilangan pelawat reban teman semakin bertambah. Kalau ditulis dalam buku log, teman rase dah dekat ratusan orang dah. Macam2 latar belakang yang teman jumpa. Dan selalunya pada penghujungnya pelawat teman akan mengeluh dengan maklumat yang teman berikan.. Biasanya berbunyi macam ini, "huh, tak tau pulak nak bela ayam pun banyak kerenahnya". dan yang paling suka teman dengan adalah " laaa. tak sangka pula kos nak bela ayam ini tinggi macam nie sekali".. Dan soalan yang teman tak sedap dengar pula, " berapa harga sekor ayam nie(sambil tunjuk kat induk betina teman)"... Boleh dikatakan 95 daripada 100 orang yang datang kereban teman (ini bagi kategori yang baru nak menternak laa) tersalah tafsir tentang ayam kampung ini. Semuanya beraggapan salah tentang ternakan ini dan ada juga yang macam nampak kegusaran dalam hari bila meninggalkan reban teman.

Kegusaran yang terpancar diwajah pelawat temann biasanya bukan kerana teamn tak layan atau teman sengaja mengomok2kan dengan cerita salah tentang penternakan. Tetapi ianya terjadi bila teman terlalu berterus terang dengan fakta dan realiti yang ada. banyaklah reaksi spontan yang diberikan tentang cadangan untuk mengkomersialkan ayam kampung ini seperti menggunakana konsep ayam telur, mengunakan ubat perangsang telur, mengkacukkan dengan ayam sabung, mengkacukkan dengan ayam gajanh, memeberi makan sepenuhnya dedak sehingga jual bagi meningkatkan berat badan dan sebagainya. Dan juga idea yang teman nak tergelak sbb kalau anda sendiri terdengar mesti tak percaya boleh keluar dari seorang yang terpelajar.

Sebenarnya, mungkin penternak baru tersalah paham atau menerima maklumat yang salah tentang ayam kampung asli ini. Ada kemungkian beliau telah melawat ternakan ayam kampung kacuk yang nampak lebih besar rebannya serta banyak sekali jumlah ayamnya. Tak kurang juga yang beranggapan menternak ayam kampung asli ini mudah kerana dah biasa menternaknya dikampung dahulu kala. Namun bila diceritakan masalah serta apa yang dihadapi penternak sekarang, hampir separuh enggan mempercayainya. Yang kerap teman perhatikan, rata2 penternak baru ini yang belum menternak langsung, memandang rendah terhadap reban teman. Ada kemungkinan gambaran mereka melalui blog teman tak sama dengan keadaan reban sebenar. Mungkin mereka membayangkan reban teman mempunyai ribuan ayam serta settingnya sangat cantik seperti menternak ayam kampung kacuk. Bila dah sampai kereban teman, mereka macam tak percaya yang reban teman hanya mempunyai kurang lebih 350 ekor ayam sahaja. Punyalah sedikit. Macam tak komersial langsung. memang layak digelar reban belakang rumah(backyard farm)

Untuk menternak ayam kampung asli ini, kita mesti membuang pikiran kita yang terdahulu mengenai ayam kampung ini dan menerima seadanya ayam kampung asli itu sendiri. Perkara yang perlu kita elakkan adalah untuk berpikir yang :

1. yg kita perlu mempercepatkan kadar pembesaran ayam kampung diternak supaya menjadi dalam lingkungan 3 bulan sahaja. kekuatan ayam kampung asli itu sendiri terletak di jangka hayat penternakan itu sendiri sehingga mencapai usia matang(6 bulan)

2. yg kita perlu menggunakan semua teknik supaya ayam kita bertelur banyak. Kita perlu ingat yang ayam yg normal hanya bertelur 60 biji sahaja setahun, namun kita boleh meningkatkan jumlahnya dengan menggunakan sistem merampas dan merawat dan bukannya menggunakan ubat2an.

3. Kita mesti meningkatkan jumlah berat ternakan kita sehingga mencecah berat antara 2- 2.5 kg. ayam kampung asli mendapat harga atau potensinya dengan berat diantara 1.2 -1.5 kg sahaja. Kalau kita dah melepasi range atau lingkungan itu, kita akan emnhadapai maslaah ketika menjualnya nanti.

4. Yg kita harus menggunakan dedak sepenuhnya demi mengkomersialkan ternakan kita. Sebenarnya dengan fcr 1:4, kalau kita menggunakan dedak sepenuhnya maka ternakan kita dah kehilangan nilai komersialnya kerana kos yang terlalu tinggi. Takkan kos makanan sahaja dah mencecah RM8 sekilo?

5. Yang kita boleh membina satu reban besar seumpama bangsal ternakan ayam kacuk, ini kerana jumlah benih yang ada sekarang sangat terhad dan jumlahnya tidak menientu, oleh itu keseragaman usia benih tak dapat dicapai. Jika kita menghumbankan semuanya dalam satu bangsal besar, kadar kematian ayam akan meningkat.

6. Yang kita sekarang ini mudah mencari sejumlah anak ayam mengikut bacth yang kita mahukan seperti 1000 ekor satu reban. Kalau ada yang dah semaju ini, teman rasa temanlah yang pertama mengodernya dan menternak ayam untuk jualan daging.. Kalau 1k sebulan, cukup 6 bulan ada 800 ekor yang hidup dan boleh dijual. sekor dalam RM20 kali pula dengan 800 ekor. WOW...

Oleh itu, sebelum anda terjun dalam bidang ini, cari ilmu sebaik mungkin. Adalah baik sekiranya anda mencabar diri anda dahulu dengan menternak 50 ekor anak ayam (beli dari penjual kecil2 yang ada) dan membesarkanya sehingga mencapai umur jual. Dan dengan sejumlah ayam yang ada itu anda cuba pula mendapatkan hasilnya dari telur yang dikutip dan melakasanakan proses mengeramnya dengan menggunakna incubator. Sekiranya anda berjaya membesarkanya dan berjaya menetaskan anak ayam secara incubator, maka anda dah bersedia untuk menternak. Dengan ini anda telah ada pengetahuan asas untuk menternak.. sekian..

20 April 2010

Tugasan direban , kini

Salam,

Lama dah teamn tak menulis nie, mungkin sbb takde isu sangat 2-3 hari ini. Semua berjalan dengan lancar. Ayam pun duk relex je dalam reban comel dorang dan takde yang merayap sampai ke rumah jiran. Makanan pun mencukupi. penyakitpun takde yang melarat, reban pun senang nak dibersihkan .. cuma tinggal nak masukkan pasir dan beberapa tambahan ibu ayam sahaja lagi. Setelah itu selesai tugasan "besar" teamn. Selainya hanya tunggu telur dan merewat ayam yang gila mengeram.

Bila dah kurang kerja nie rase bosanlah pulak. Dah masan takde yang kena pikir sangat. Kalau nak dirisaukan sekarang jumlah telur yang kurang bagi teman yang dah 2 tahun bela ayam ini, itu biasa. Ayam bertelur kena ikut jadualnya. Biasanya kalau kita letakkan dalam satu kumpulan yang besar, ada kemungkinan ibu2 ayam ini akan berpakat untuk bertelur serentak. Dan kalau tak pun dia akan bahagikan kepada beberpaa set kumpulan. Bila masanya tiada yang bertelur, so kita tunggu sahajalah.

Kalau2 ada yang mengalami masalah tiada telur untuk dikutip, ada beberapa petanda yang mungkin kita boleh rumuskan.

Pertama, periksa jumlah telur yang telah dikeluarkan direban anda dalam masa 2 bulan sebelum ini. Jika anda tiada rekod maka susah lah sbb itu sahaja cara kita nak mengiranya. Jika jumlah telur yang berjaya dikutip adalah 200 biji, kemudian anda bahagikan dengan sejumlah 12 biji (purata jumlah telur)dan anda akan dapati 17-18 ekor ayam anda telah bertelur. Kemudian anda bandingkan dengan jumlah ibu ayam yang anda ada. Ibu ayam yang dimaksudkan adalah ibu ayam yang telah terkangkang buntutnya atau pehanya (ibu yang pernah bertelur) dan ibu yang normal iaitu ibu yang tidak diberi peluang untuk mengeram dan menjaga anaknya. Ini kerana kumpulan ibu ayam mengeram ini mempunyai kitaran yang berbeza denagn ibu yang kita rampas telurnya.

Jika kita dapati ibu yang belum bertelur sama banyak atau hampir kesemuanya, maka ada kemungkinan anda akan rehat sebulan dari mengutip telur kerana ibu ayam anda berada dalam mood rehat dan berpantang. Jangan risau kalau ada kes begini. Namun kalau berterusan sehingga 3 bulan tiada langsung telur yang dikutip, ini bermakna reban anda telah dilanda masalah. Pernah dulu teman mengalami masalah seperti ini kerana tersilap campur ternakan itik serati teman dengan ayam kampung. Sememangnya gabungan yang tak sesuai kalau kita menternaknya dalam jumlah yang banyak.

Kadangkala timbul rase panik dikalangan penternak baru bila dalam suatu masa tertentu, anda akan tersenyum dengan jumlah telur yang dikutip. Mengunung sahaja dalam bekas telur anda. Anda pun eramkan dengan bersungguh2 dan menjualnya kepada yang berminta. NAmun secara tiba2 taida langsung telur untuk dikutip. Kalau ada pun tak cukup untuk memenuhkan satu papan telur pun. Mulalah hati merasa risau dan merasakan perniagaan anda berada diambang kesesusahan. Pengalaman seperti ini dapat diatasi sekiranya anda ada cukup pengalaman dan memahami anatomi ayam itu sendiri. Perlu diigatkan bahaa kita bukannya menternak ayam penelur yang bertelur setiap hari dan hanya rehat sebulan dua setiap tahun. Kadang kala sehari anda akan disajikan dengan 2 biji telur sekali gus dengan bantuan cahaya terrancang. Ayam yang kita ternak pada tabienya hanya bertelur sebanyak 60 biji setahun dan biasanya akan mengeram anaknya sendiri. Setelah itu proses pembesaran anaknya akan mengambil masa sekitar 3 bulan sebelum berpisah dan bertelur semuala. Maka proses yang kita lakukan sekarang adalah dengan mengenepikan semua proses tabie itu dan mengajar ibu ayam kita menjadi ibu ayam penelur.

Mungkin bagi penternak tradisional, cara ini kurang diketahui dan masih baru. Tiada salahnya kalau pada mula anda mempersoalkan perkara ini. Dan tiada salahnya kalau anda mengatakan sistem yang digunapakai ini kurang berkesan kerana diluar kebiasaan. Namun untuk melangkah kepada pengurusan reban yang berdaya saing dan mempunyai nilai perniagaan, maka sistem ini perlu digunapakai. Namun ada juga beberapa penternak kurnag sabar dengan potensi pengeluran telurnya dan menggunakan pengalak telur untuk menambah bilangan telur yang dikeluarkan. Biasanya penggalak telur yang berada dipasaran merupakan bahan makanan tambahan yang ditambah dengan hormon tertentu untuk mengalakkan kilang penelur ayam untuk bekerja lebih keras. Maka proses pengeluran telur secara semula jadi akan terganggu dan ibu ayam seakan2 tidak tahu yang dirinya sudah mula bertelur. Akibatnya, berlakulah gejala yang teman gelarkan "tercirit telur" atau telur tercicir ditanah semasa ayam ini bergerak seharian. Ibu ayam normal akan mencari tempat bertelur yang tinggi dan selamat sekiranya mahu bertelur.

Gejala tercirit ini biasanya akan mengundang beberapa masalah lain seperti penyakit kekurangan nutrisi, kurang berat badan serta beberapa penyakit lain. Kalau untuk ayam khas penelur, biasanya ubat tambahan serta makanan bernutrisi tinggi akan diberikan sepanjang masa bagi menampung proses peneluran yang tinggi. "kilang" yang aktif semestinya memerlukan bahan mentah yang banyak serta sentiasa kosisten.

So, pesan teman, sentiasalah untuk membuat rekod jumlah telur yang dihasilan serta memahami perangai ayam ini sebaiknya. Dari rekod ini kiyta dapat mengurus reban kita dengan baik dan bukanya hanya mengadu kepada orang lain atas masalah yang dihadapi. kalau boleh dengan rekod ini jugalah kita dapat melihat sejauh mana prestasi reban kita samada mengalami keuntungan atau mengalami kerugian. Luculah kalau kita sebenarnya sentiasa untung tetapi tak sedar akannya kerana duit yang diperolehi dibelanja tanpa sedar. Asyik tak cukup sahaja.

Sekian,

17 April 2010

Aduhai penyakit ayam..










Salam,

Perkara yang selalunya teman tak termis nak kena jawab bila mendapat panggilan atau kunjungan dari penternak adalah tentang penyakit. Bertubi2 soalan yang teman terima. Selagi teman tahu, selagi itu teman akan jawab. Untuk penyakit yang teman tahu dan oenah alami teman akan jawab, yang teman hanya tahu dari segi teori teman akan kongsikan bersama.

Sebenarnya, teamn sendiri pun menghadapi masalah yang sama dengan anda mungkin terhadap kerenah sesetengah badan berwajib yang sepatutnya membantu kita nie sebagai penternak. Bila kita hadir kesana dan memohon bantuan, biasanaya sambutan hampar yang diterima. So dengan taknak bergantung kepada satu pihak, teman meluaskan bacaan dan mengkaji bab penyakit ini. Kalau sebelum ini teamn jarang bercerita pasal penyakit, bukan bermakna teman ini kedekut ilmu atau simpan ilmu, tetapi lebih kepada kurang yakin dengan apa yang teman tahu.

Yang sukarnya adalah untuk mengsilangkan nama penyakit yang biasa digunakan oleh orang kampung seperti penyakit "puru" dengan nama yang ada dalam rujukan di internet. Tetapi apa yang teman lakukan adalah mengsilangkan tanda2 penyakit dan simtom yang ada. So bolehlah teman beri sedikit penjelasan dan ubat yang boleh digunakan.

Gambar diatas adalah penyakit yang biasa menyerang reban kita. Antaranya adalah puru, jangkitan cacing, berak kapur, berak kuning, sesema, penyakit akut seperti strok, penyakit jangkitan kuman dan cacing dimata dan beberapa lagi. Untuk menerangkan disini secara detail agak susah sikit sbb teman sendiri kuatir sekiranya memberi perumpamaan yang salah. Namun kalau betul anda bersetuju untuk belajar sikit sebanyak mengenai penyakit ini, anda bolehlah menghadirkan diri di mana2 kelas teman yang diadakan. Anda akan diberi makluman serta ubat yang sesuai untuk diberikan. Bukan berniaga tetapi lebih kepada "jalan selamat" sebelum dikritik kemudian hari. Lebih mudah untuk kita berlajar atau berbincang secara berdepan berbanding dengan hanya membaca posting teman..

Sekian..

Gambar arnab terbaru..














Salam,

Dulu ada teman cerita pasal teman terjebak dengan membela arnab ini. Sekarang dah 3 bulan berlalu dan dari 20 ekor yang teman beli, hanya tinggal 13 ekor sahaja. Banyak yang mati sebab cirit birit. Terus mati sampai tak dapat nak diselamatkan. Masa teman mula2 beli aritu semuanya kecik2 n comel2 hehehe. skang dah besar dah sampai kena dukung 2 tangan. Teman tengok mungkin sebulan lagi semua arnab ini dah boleh dikhawinkan. Kalau ada tambahan arnab nanti bertambah meriahkah rumah teman. Soal makanan dorang itu no2 yang penting hati terhibur dan senang.

Sedih juga melihat arnab yang comel tu mati ditangan. Kadang2 tgk macam terseksa sahaja masa nak mati tu. Pastu kebanyakan yang mati adalah dari baka yang baik yang harga melebihi RM 100. Yang masih gagah perkasa dari jenis arnab kampung kacukan. Satu pengajaran yang paling penting dalam pengalaman menternak arnab ini. Arnab memaang mudah mati kalau kita tak tahu caranya.

Rupanya arnab ini sangat pantang diberi minum air paip yang tinggi kandungan klorinnya. teman mulanya tak berapa amik kisah sangat benda ni sbb salah tafsir kesanya terhadap arnab. Masalah air klorin tu leh membunuh arnab kan? rupanya itulah musuh paling utama bagi arnab terutama arnab kecil yang masih lemah. Ini kerana arnab tidak mempunyai sistem pencernaan yang sempurna untuk mencerna makanan. Arnab memerlukan bantuan bekteria untuk memecahkan makanan yang kompleks yang dimakanya kepada bentuk yang kurang komplek dengan kaedah penguraian oleh bekteria. Sebabtu kita akan lihat kekadang arnab ini dengan segaja memakan najisnya sendiri.

Oleh itu, tindakan kita memberi air minum berklorin, menyebabkan bekteria didalam perutnya mati kerana tindakan klorin itu sendiri untuk membunuh kuman dan bekteria. Dah kalau si arnab ini tiada bekteria untuk membantunya mencernakan makanan, bagaimana arnab ini mampu hidup. Kita akn dapati si arnab ini beria2 makan dengan banyaknya tetapi bila diperiksa badannya, kita akan dapati badannya sangat kurus. Arnab akan sentiasa tercirit najisnya kerana tidak mampu mencerna makanannya tadi. Akhirnya arnab akan mati kebuluran dan kesakitan didepan mangkuk makanannyasendir yang sentiasa penuh..

Silky @ ayam selasih sutera






Salam,

Alhamdulilah, dah besar dah semua ayam sutera teman ini.Dah dekat 3 bulan dah rasenya usia dorang nie. Dulu masa beli tu kecik sangat.. leh gemgam 2 ekor sekali gus sebelah tanga, skang dah debab je masing2. Ayam teman ini sekarang hanya tinggi 13 ekor sahaja sebab 2 ekor dah mati masa muda dulu, satu mati kena pijak dan satu lagi mati kena penyakit sesema. Semua ayam teman diberi dedak sepenuhnya. hehehe sayang pasal ayam ini mahal, takut mati pulak kalau bagi makan bukan2, maklumlah bukan belasan ringgit harga sekor ayam ini.

Sama jugak macam serama, teman nak buat satu reban khas nanti dimana banyak ayam ini bermain dalam satu kawasan. Bolehlah teman menghidurkan hati dengan melihat kecomelannya. Dulu ada hajat juga nak beli ayam polish dalam sepasang dua tapi tak kesampaian kerana ayam yang diorder dah melepas ketangan orang. Apa nak buat..

mengenangkan nasib 30 ekor ayam api2 atau mutiara yang mati bulan lepas, teamn agak rase terkilan juga. Kit adah ternak ayam ini dari bulan satu aleh2 penghujung bulan 3 semuanya mati. Dah banyak yang besar2 menghampiri matang sebab teman beli dari pelbagai usia masa tu.. takpelah takde rezeki.

Muka ayam ini comot sikit dengan warna oren pasal teman baru bagi minum air ubat neo Tm kerana teman perhatikan ada beberapa ekor kena sesema. Duk bersih je kerjanya.. harap2 leh bertahan lah ayam teman nie..

Anak ayam serama pertama teman..






Salam,

Dah besar dah anak serama yang teman beli ini. Dulu masa mula beli baru saja bertukar bulu.. sekejap betul masa berlalu. Ayam ini pun teman bukan beli dengan tunai tetapi hanya menukarnya dengan incubator teman dengan geng serama shah alam. Tukar suka sama suka. Dapatlah teman main dengan ayam ini. Memang jinak dan seronok dibawak main. tentang nilai atau kehebatan untuk bertanding teman tak kisah sangat pasal bukan itu niat teman nak ayam ini.

Dari dulu teman suka melihat ayam kecil ini dibelai oleh tuan punya ayam. Kemanjaan serta telatahnya cukup menghiburkan. Teman sekarang dah ada sepasang dan mungkin cuba dibiakan untuk meramaikan lagi ayam ini. Bila dan cukup banyak, teman akan buat satu reban khas ala taman supaya ayam ini bebas diatas tanah tetapi terkawal.. kemetot je sekor2 hehehe..

16 April 2010

Gambar untuk tatapan umum..

Salam,

Ini ada beberapa gambar untuk tatapan anda yang meminati ayam dan setia mengunjungi blog teman yang tak seberapa ini. Gambar yang ada dibawah adalah mengenai setting serta gambar reban terbaru teman. Harap anda enjoy dan mendapat sedikit manfaat dan idea baru mengenai ternakan ayam kampung hendaknya..





gambar diatas pula adalah gambar reban lama teman atau reban utama teman yang tekah teman runtuhkan dindingnya. reban ini akan dipasang jaring sekeliling untuk menempatkan ayam remaja yang sedang menunggu mencapai usia matang atau usia boleh jual. Ayam ini hanya akan dilepaskan bila cuaca baik serta pada waktu petang untuk bebas berkeliaran dalam tempoh masa yang ditentukan. Ini bagi mengelakkan ayam terdedah terhadap penyakit serta cuaca. Gambar lain juga menunjukkan pemandangan dari hadapan reban terbaru kami yang sudah mengalami perubahan. Kini teman hampir berpuas hati dengan reban ini dan mungkin akan menggunakanya terus untuk projek akan datang.
Gambar yang satu lagi adalah timbunan net hijau untuk bumbung yang telah teman tanggalkan berikutan perubahan konsep yang berlaku didalm reban teman. Kini mungkin teman boleh menggunakan net ini untuk tujuan lain seperti membuat reban kecil untuk ayam yang sedang membesar. Gambar yang seterusnya adalah gambar rangka reban teman sebelum dipasang dengan zink dan pintu. Anda juga boleh mengubah sedikit dengan memasng bumbung secara menegak di separuh bahagaian reban untuk menutup sepenuhnya dengan zink. Dengan ini, jika berlaku ribut kuat, si ayam mampu untuk menyorok didalam bahagian reban yang terlindung sepenuhnya. Terpulang kepada anda untuk membaikinya atau membinanya mengikut cita rasa anda. Yang pasti, pastikan semua keperluan seekor ayam dapat dipenuhi.

Gambar direban besar yang telah ditanggalkan dinding masih didiami oleh sijantan yang tidak mempunyai pasangan. Yelah, tak cukup partner lagi so kenalah tunggu awek baru masuk.




Kemudian diatas ini adalah setting untuk bekas telur serta pintu kecil atau tingkap yang berada dibelakang reban. Pintu ini digunakan untuk mengutip telur setiap pagi dan untuk menangkap ibu ayam yang sedang memasuki fasa mengeram iaitu mulai duduk diatas telur.Kalau kita biarkan, ada kemungkinan telur pecah, berebut tempat telur, ibu bertelur diatas tanah sbb takde ruang bekas telur yang kosong boleh terjadi. Bekas telur ini perlu diletakkan lebih rendah dari para tempat bertenggek bagi mengelakkan ayam menggunakanya sebagai tempat tido. Pastikan tempat bertenggek mencukupi. Biasanya sebatang katu berukuran 8 kaki yang melintang ditengah2 reban ini cukup untuk menampung 11 ekor ayam dalam satu2 masa.




Gambar yang ini pula adalah cara kita membina palang untuk ayam ini bertenggek. Ayam terlindung sepenuhnya dari hujan serta cuaca sejuk serta mengurangkan gangguan dari nyamuk. Apa yang teman perhatikan, gejala ayam membuat bising seperti memberi amaran kepada yang lain dengan cara berkokok dan berketak jarang sekali berlaku. Kita semua tahu yang ayam ini pada waktu malam penglihatan mereka sangat terhad. Oleh itu, mereka menggunakan satu lapisan lemak serta senser dibawah tapak kaki mereka untuk mengesan sebarang gegeran dari kaki pemusuh yang ada. Apa bila ada gangguan dari tikus yang berlari diatas palang atau bumbung, biasanya tidor ayam ini akan terganggu.








Gambar ayam betina diatas adalah reban yang teman asingkan khas untuk merawan siibu ayam yang sedang "gila mengeram". reban ini berlantaikan jaring dan sedikit papan untuk membenarkan siibu dirawat. Ibu ayam ini ditangkap melalui tingkap reban A ketika sedang duduk untuk memulakan eraman. Ibu ayam ini akan ditempatkan dalam reban khas ini selama sebulan selepas direndam dengan air untuk menyegarkan kembali. Aktiviti merawat ini akan membantu ibu ayam memulihkan tenaga dan tabienya untuk mengeram selepas bertelur.
Gambar ini adalah gambar terbaru reban teman yang diambil pada waktu magrib tadi. kalau diperhatikan keadaan reban sangat aman dan damai dimana tiada aktiviti perebutan untuk mengawan dan tiada aktiviti bergaduh untuk mendapat tempat tido. Masing2 dah tau "port" masing dan selalunya naik awal ke tempat tido yang disediakan. Biasanya selepas beberapa hari, tiada lagi ayam yang tido diatas lantai kerana sudah dapat membiasakan diri dengan reban mereka yang baru. Reban akan nampak lebih kemas serta ruang yang ada dapat dimaksimumkan sebaik mungkin. Dapat juga kita lihat sijantan didalm reban ini yang sedang memerhatikan betinanya naik masuk tido. Biasanya setealh semua betinanya naik, barulah sijantan pula mengambil tempat.




Gambar atas ini adalah gambar ayam sabung yang teman rakamkan ketika melawat perkampungan arab dimana terdapat masjid salah satu Wali songo dari tujuh wali yang ada. Perkampungan ini terletak di bandaraya surabaya Indonesia. Waktu rakaman diambil adalah sekitar pukul 7 pagi dimana aktiviti masyarakat baru bermula. Apa yang teman kagum adalah tuan punya ayam ini sanggup membina mahligai untuk ayam ini betul2 didepan rumahnya dan reban direka khas untuk kesesuaian kawasan rumah yang rapat2. Yang paling bestnya, si tuan ayam ini belum lagi mandi tetapi dah siap memandikan ayamnya serta memberi makan sebelum mengusapnya manja. Begitulah sayangnya tuan ini terhadap ayam beliau. Gamabr yang teman letak ini teman tak tau hebat2 atau tidak pasal teman tak tau pasal ayam laga ini. Saja amik apa yang patut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails