Pages

Ampun dan Maaf..

Salam ,

Dengan rase rendah hati dan ikhlas dari hati teman memohan maaf dengan tindakan teman membatalkan semua tempahan anda sebelum ini, Sesungguh tindakan teman sebelum ini adalah bersifat latahan teman terhadap kritikan serta teguran yang teman terima semasa teman dalam keadaan sangat sibuk dan mengabaikan tugasan teman,

setelah bermenung direban dan melihat kembali semua post teman sebelum ini, teman berasa bersalah kerana tak cukup kuat untuk menangai isu2 seperti ini yang sepatutnya membuatkan teman semakin kuat. Apakan daya ketika itu teman sedikt merajuk bila terkena beberapa das tembakan yang bagi orang lain mungkin hanya satu gurauan.

Untuk itu esok teman akan menghubungi semula semua penempah incubator teman untuk memohon maaf atas kelancangan teman dan teman dengan ini membuka semula jualan incubator seperti biasa seperti dahulu. Cuma ada sedikit perubahan harga kerana sedikit modifikasi telah teman lakukan untuk incubator yang bakal teman jual. Incubator baru ini akan memudahkan anda mengendalikan incubator yg anda beli dan meningkatkan peratusan penetasan walaupun anda pengguna kali pertama.

Harga baru adalah seperti berikut iaitu:

Saiz 60 biji: RM 200

Saiz 160 biji: RM 280

Selain itu terdapat Combo seperti yg dinyatakan disebelah. Harap maklum..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram