Pages

FCR untuk ayam kampung..

Salam semua,
teman nak mintak maaf sebab dah 2 hari tak update blog teman. Nie kali nie teman nak cerita pasal FCR atau dalam penuhnya Food Conversion Ratio atau bahasa melayunya 'pemboleh ubah pertukaran makanan' terhadapap berat makanan yang kita berikan terhadap jumlah dlam kilo ternakan ynag kita ternak. Biasanya FCR ni sangat terkenal dalam bidang penternakan untuk kita mengira sejauh mana efision pemakanan terhadap tumbuh besaran ternakan kita. Kalau anda ingat suatu masa dahulu bila Ternakan ikan keli sangat terkenal dan menjadi kegilaan ramai org terutama teman sendiri.. FCR nie sering disebut2. mereka menceritakan tentang jenis dedak ikan yang digunakan mengikut fcr yang dihasilkan dengan pemakanan.

FCR ini kita perlu ambil kira sekiranya kita mahu menjadi penternak yang baik, FCR perlu dikira dan sebarang perubahan perlu ditangan dengan baik bagi mengelakkan kos kita dalam aspek bahan makanan meningkat. cara kita mendapatkan FCR kita adalah dengan menyediakan satu jadual atau satu rekod mengenai berat makanan yang kita berikan untuk seekor ayam sehingga sampai ke tahap jualan . kiraan hendaklah dilakukan sehingga ayam dijual atau disembelih kerana FCR untuk setiap peringkat pertumbuhan adalah berbeza. Oleh itu satu rekod pemberian makanan dalam kilo dicatatkan setiap kali memberi makan sehingga ayam dijual. kiraan untuk FCR ternakan anda adalah sebegini:

sekiranya sepanjang anda menternak :
1. 1 ekor ayam anda makan dedak sebanyak 4 kilo.
2. berat ayam anda ketika dijual adalah 1.2 kilo
3. maka fcr anda adalah 4 kilo: 1.2 kilo dan kalau setarankan untuk mendapat nisbah 1 kilo dengan satu kilo makan 4 kilo makanan : 2 kilo ayam menjadi FCR 2:1 kerana 2 kilo dedak diperuntukkan kepada ayam untuk mendapat berat 1 kilo ayam,

tetapi bagai mana anda nak mengira FCR sekiranya anda menternak ayam dengan jumlah yang banyak? takkan nak timbang satu satu? so cara yang boleh anda lakukan adalah:
1. mengambil rekod untuk semua makanan yang anda berikan sepanjang tempoh menternak.
2. mengambil rekod berat keseluruhan jualan anda semasa anda jual(berat hidup)
3. membuat kiraan bagi FCR:
cth; 100 ayam yg diternak.
makanan yang diberikan sepanjang anda meternak : 300 kilo
berat jualan ayam : 200 kilo
fcr adalah: 300 kilo dedak : 200 kilo ayam bersamaan 300:200 atau 3:2 atau 1.5:1
so nisbah FCR yang kita dapat adalah 1.5:1. namun sekiranya bilanga ayam yang mati dalam penternakan kita melebihi 10%. bilangan berat yang mati juga perlu dikira. berat ayam mati ini ditimbang dan dimasukkan kedalam kiraan kerana ayam ini juga makan dedak semasa membesar.

Ok, Mr Wong ada bagai tau yang FCR bagi ayam kampung asli/melayu/malai kai adalah yang tertinggi bagi ayam dengan 4:1 .. sebelum ini kita menyangkakan bahawa ayam daging adalah yang paling tinggi kerana kita ingat ayam daging sangat kuat makan. tak kurang juga ayam kampubg kacuk nie. FCR biasa yang kita dengar untuk ayam adalah:

ayam daging (broiler) 2:1, hanya2 kilo dedak sahaja untuk dapat satu daging
ayam kacuk (yg byk org ternak) 2.8:1
ayam kampung (jarang org bela) 3-4:1

so dengan FCR inilah seseorang penternak memilih jenis ternakan mereka. kekadang fcr ini memeningkan penternak sebab ternakan yang mereka bela kuat makan sehingga keluar istilah ayam yang suka 'menketedarah' hehehe.. kenapa dulu teman anggap ayam daging ini nie kuat makan sebab teman tengok cara ayam ini makan yang tek berhenti2 24 jam.. selagi ada runag kosong dalam perut selagi tu dia akan makan.. Sebenarnya memang ayam daging ini mempunyai nafsu makan yang yang kuat. baka ini sengaja dicari dan direka sehingga metabolismanya sangat tinggi untuk memastikan mencapai berat badan yang ideal untuk dijual dalam masa yang singkat seperti 45hari sahaja. Sebabnya masa menternak adalah sangat berkait rapat dengan kos pengurusan. lagi lama anda menternak lagi banyak kos yang diperlukan untuk mendapat satu kilo daging.

Dari mana datangnya ayam kampung kacuk ini? sememangnya penternak ayam kampung kacuk tidak akan mengaku ayam yang mereka ternak adalah ayam kacukan. Sebab semua ayam yang duk ada nie ayam kacuk. Ayam kampung ori yang org kampung duk bela pun kacuk juga.. YA semua yam kacuk. ayam ori adalah ayam berdarah asli seperti ayam hutan yang hidup meliar dalam hutan tatau baka asli yang darahnya belum bercampur dengan ayam lain. Namun kita org Malaysia lebih selesa mengelar ayam kampung baka besar yang diternak sekarang sebagai kacuk kerana nak membezakan ayam kampung yang kita duk bela dari zaman tok nenek kita dahulu, ayam yang dibiarkan bebas berkeliaran dikeliling rumah. Ayam kacuk yang diternak sekarang dibiaksilangkan dengan beberapa jenis ayam sehingga mendapat ayam yang bersai besar dan cepat mendapat kiloan sesuai untuk dijual.

Oleh itu pelbagai pihak termasuk MARDI mengeluarkan baka2 baru yang boleh mencapai tahap berat badan 2 kilo dalam masa 2 bulan. Ini bukan bermaksud ayam ini membesar dengan cepat dan mencapai tahap matangnya dalam masa 2 bula tetapi ayam ini mengalami pembesaran yang tinggi sehingga waktu umurnya baru 2 bulan (belum remaja pun) dan boleh dijual. Sbb itulah ayam ini dagingnya masih tawar dan tiada rase 'sedap' seperti ayam kampung biasa. Ayam ini dicipta semata2 untuk memendekan masa ternakan supaya kos lebih rendah untuk menternak. Persoalannya.. adalah kita semua perlu makan ayam muda sepanjang hidup kita? bagaimana pula dengan lemak tepu yang terhasil dalam ayam ini. bukankah ayam ini memepunyai lemak tepu yang tinggi berikutan pemakanan serta gaya hidup yang mereka alami? Hanya sedikit pihak seperti DQ FARM dan Ayam AL MASYUR yang mengambil berat tentang ayam ternakan mereka supaya lebih berkhasiat.. yang lain? jadinya kita akan makan ayam yang hampir menyerupai ayam daging yang kita duk makan dari kecik.

sambungan tetntang ayam kampung pula selepas ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram