Pages

Menjawab soalan benih dalam telur,

Salam ,

Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang pembeli incubator teman di banting)..

Sebenarnya telur yang berbenih adalah hasil dari persenyawaan antara induk jantan dan betina yang berjaya dilakukan. Sijantan akan melakukan godaan kepada sibetina dalam usaha untuk mendapat "kebenaran" untuk memanjat betina sebelum memasukkan benih jantannya. Dari kefahaman ini anda boleh mengetahui sekiranya telur yang dikeluarkan tiada berbenih, proses yang disebutkan tadi tak pernah berlaku.

Si ibu akan bertelur walaupun tiada aktiviti memanjat yang teman katakan tadi. Ini kerana didalam perut siibu tadi dah tersedia jaringan atau sususan tergantung telur belum matang. Gantungan atau stock ini gambarannya boleh teman katakan seperti buah anggur dimana kecil dibahagian atas dan besar dibahagian bawah. Apabila sampai sahaja masanya, sibetina akan mengelurkan telur berterusan sama ada setiap hari atau selang sehari mengikut jumlah telur yang sedia matang dalam perutnya. Oleh itu sekiranya tiada kehadiran sijantan, ibu tetap mengenlurkan telur bila sampai masanya.

Disinilah masalahnya terjadi bila siibu enggan membenarkan sijantan memanjat atau tiada peluang untuk melakukannya. Teman boleh mengumpamakan sistem ibunya seperti seorang wanita yang mempunyai kitaran haidnya dimana apabila tiba masanya telur tidak disenyawakan,ianya akan dikeluarkan dari tubuh wanita. Jika disenyawakan maka wanita tersebut akan mengandungkan anak dalam rahim. bagi ayam pula apabila sampai masanya ibu ayam akan melakukan perkara yang sama, bezanya proses membesarkan anak dilakukan diluar badan ayam tersebut iaitu didalam telur ayam. proses mengeram diperlukan untuk memebekalkan telur dengan haba perlu yg biasanya diperlukan untuk menetaskan seekor anak ayam. Cara mengeram inilah yang cuba ditiru oleh sesebuah incubator bagi mengatur masa penetasan yang lebih baik dan serentak berbanding cara tradisional.

Seekor ibu ayam yang sedang galak bertelur mampu menampung benih jantan dari sekali panjat selama 5-7 kali bertelur. Ini bermakna sekiranya telur yang dihasilkan langsung tiada benih, sistem reban anda gagal intuk mengwujudkan persekitaran sesuai untuk proses mengawan berlaku.

Cara untuk meningkatkan peratus benih dalam telur adalah seperti berikut:

1. pastikan bilangan jantan sesuai dengan sibetina. Jumlah kesesuaian ini bergantung kepada set up reban anda dan kekuatan induk jantan anda.

2. pastikan sijantan mampu mencapai sibetina dimana sijantan mempunyai peluang untuk memanjat sibetina walaupun sibetina tidak mahu.

3. Sebetina yang sedang galak mengeram perlu diasingkan kerana sekiranya dicampurkan dengan betina lain, betina lain takut untuk melakukan aktiviti harian kerana biasanya sibetina giler mengeram tadi lebih garang dan mempertahankan kawasannya.

4. Sijantan perlu dikengkang untuk bersabung atau berebut betina kerana proses mengaan mudah terganggu sekiranya serangan atau perebutan berlaku. Kadangkala kita perhatikan tugasan ini iaitu memasukkan benih jantan gagal dimasukkan ke vent betina kerana terganggu dari kedudukannya semasa mengawan.

5. kawasan yang dikhaskan untuk aktiviti mengawan perlulah kecil atau tidak terlalu besar bagi memudahkan sijantan mengapai sebetina. Keluasan yang besar menyebabkan sibetina boleh memilih untuk melarikan diri dari mengawan.

6. Pastikan sijantan anda memepunyai sperma yang baik untuk menjadi jantan pilihan. Cara paling mudah untuk anda mengetahuinya tanpa membawa sampel benih ke lab atau makmal, anda menandakan dan membuat rekod jumlah anak ayam yang berjaya ditetaskan hasil dari baka ini. Sekiranya peratusannya sangat kurang dan tidak berjaya, anda perlu mengantikkanya dengan induk yang lain. Untuk melakukan tugasan seperti ini, anda perlu mencipta sistem anda sendiri mengikut kesesuaian reban anda.

7. anda perlu menjaga pemakanan induk dan memberi makan mengikut masa biasa yang telah anda tentukan. Makanan yang diberikan seharusnya cukup dari segi nutrisi iaitu kandungan protien dan sebagainya bagi memberi tenaga dan baka yang baik.

8. elakkan menggunakan ubat pengalak atau penggalak telur untuk ayam kampung kerana sistem tercirit telur akan berlaku. Perkara ini teman cerita dari segi pengalaman dengan menggunakan ubat penggalak. Simtomnya, sibetina tidak tahu yang badannya telah mengelurkan telur kerana gangguan ubat dan menyebabkan terlepas atau terkeluar telur merata2 seperti tercirit. Si ibu juga enggan mengawan kerana badanya menentang proses tersebut kerana tidak berada dalam keadaan gairah.

9. Pastikan tiada gangguan luar semasa ayam berada dalam reban pengeluaran telur seperti gangguan ayam jantan lain atau pemangsa.

10.Menambah makanan berunsur kalsium semasa ayam galak bertelur untuk menambah unsur kalsium pada induk. Kekurangan kalsium dalam diet makanan ayam setiap hari akan mendatangkan penyakit kulit telur nipis atau sindrom tiada kulit di telur.

Seeloknya ayam ditempatkan dalam sebuah reban dimana ayam akan dicampurkan antara seekor jantan dan beberapa ekor betina. Jumlah betina seharusnya bersesuaian dengan kemampuan jantan tersebut, banyak pendapat tentang jumlah betina yang harus dimasukkan bagi seekor jantan. Bagi teman, teman masukkan 10 ekor betina dengan syarat apabila ada sahaja sibetina yang galak mengeram(tandanya telurnya telah habis dikeluarkan) teman akan pindahkan kereban pemulihan eram. dari sini jumlah betina akan berkurangan dalam masa tertentu dan induk yang dirawat tadi akan dimasukkan semula apabila telah pulih. Dengan cara ini kita dapat memaksimumkan kesesakkan dalam reban. kalau kita hanya meletakkan sejumlah 5 ekor betina, untuk menyiapkan reban bagi 500 betina, anda perlu membina sejumlah 100 biji reban berasingan. bagi teman ianya kurang sesuai dengan kos yang terpaksa dikeluarkan. Tambahan lagi anda terpaksa membeli induk jantan 2 kali ganda dari sistem yang teman buat.

Sebolehnya sebetina tadi yang telah dirawat dimasukkan semula kereban asalnya bagi memudahkan proses menyesuaikan diri selepas diasingkan. Sekiranya berlaku pergaduhan atau sabungan antara induk betina, anda tidak perlu bimbang kerana iaiya tidak terlalu serius. Tujuan sabungan ini hanyalah untuk menentukan hariaki induk betina didalam reban tersebut dan ianya hanya bersifat sementara.

Sekian sahaja untuk post kali ini: harapan teman anda mendapat sedikit manfaat dari post teman kali ini. Jika ada pandangan lain yang ingin dikongsikan, sila komen post teman.. adios..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Nadiah said...

terima kasih dengan maklumat yang diberikan...nak tanye lagi...
1)kenape berlakunya masalah telur dlm inkubator, da tebuk tapi xkeluar2...ape punca dan bagaimana nak atasi...
2)telur yang dicandling pd hari ke 16, ok dan gelap sepenuhnya...tapi bile sampai mase menetas xmenetas...kenape n mcm mane nak solve...
TQ.

Instagram