Pages

Bertuah dilahirkan di bumi Malaysia,

Salam,

Teman merasa beberapa kali ke Indonesia samaada untuk urusan bercuti atau Majlis perkhawinan. dan setiap kali melaat, pengalaman yang dirasai agak sama atau serupa disetiap lokasi yang dilawati. Sebelum memulakan perjalanan, teman sering berpesan kepada kumpulan yang baru pertama kali pergi untuk menyediakan metal dan fizikal disana kerana banyak cabaran yang akan anda terima semasa berada di bumi asing.

Rata2 pendapatan penduduk malaysia berada diatas paras kemiskinan dimana pendaptan bulanan diatas RM700 sebulan. Kalau yang jobless atau yang tak bekerja tu kita tak leh amik kira lah pasala nasib atau malas nak bekerja. Kalau yang malas tu jual goreng pisang pun teman rase dah ada pendapaan rm1k sebulan. Nak tak nak je. Lain pula cerita bagi penduduk di Indonesia. Bukan semua berpeluang untuk menikmatai gaji bulanan yang diterima seperti penduduk di Malaysia. Lihatlah contoh dibawah untuk rujukan tuan2 semua..

Untuk gaji seorang guru besar disekolah yang agak ramai jumlah anak muridnya.. gaji mereka hanyalah sekitar RM 250 sahaja setiap bulan, manakala bagi gaji seorang jurulayan pam minyak atau pam atenden hanyalah rm 40 sebulan. Itupun peluang perkerjaan sebegini dipertahankan bermatian oleh sipekerja kerana sukar untuk mencari kerja yang sama sekiranya berhenti. Mereka yang beria2 untuk mengantikan tempat anda sangat ramai dikeliling kerna kekurangan peluang yang disediakan.

Namun barangan keperluan harian disana agak mahal dan biasanya melebihi harga dinegara kita yang ada sebahagiannya disubsidi pula oleh kerajaan. Kita sering merungut tentang harga minyak serta barangan lain yang dinaikkan sewenangnya oleh peniaga atau kerajaan, namun disini tiada yang nak dirungutkan kerna harga terbuka atau harga tetap mahal yang terpaksa dibayar oleh penduduknya. Untuk susu pekat manis seperti jenama F&N harganya sekitar RM 3.50 dan harga bagi setin minuman bergas CocaCOla harganya RM 2.80. Bayangkanlah kalau anda sekarang berada di Malaysia dan gaji bulanan anda hanya RM 40 sahaja. Anda ada anak bini dan tanggungan lain yang ingin dibereskan. Bagaimana anda ingin hidup ketika itu? fikirkanlah.. adakah anda tidur dibawah jambatan? adakah anda perlu menanam sendiri makanan anda, adakah anda mampu untuk memesan teh tarik dikedai mamak yang sekarang harganya dah mencecah RM 1.50 segelas?

Bagi teman, melihat kedaifan mereka membuatkan teman insaf. Memang patutlah mereka berduyun2 datang ke negara kita untuk mencari rezeki melalai cara yang sah atau sebaliknya. Memang berbaloi menyabung nyaa untuk membelah lautan bergelora dengan sampan atau tongkang kecil untuk kenegara kita. Memang berbaloi mengendung anak kecil yang masih menyusu untuk mengarui badai dan taufan kerana peluang menjana keangan keluarga yang ddiketahui ada diMalaysia. Untuk bekerja sebagai pembantu rumah sekalipun dengan hanya gaji RM 400 sebulan, mereka sudah mampunyai gaji melebihi seorang guru besar disana dan ada kemungkinan mampu untuk membina rumah yang sederhana besar serta memungkinkan keluarga tersayang dikampung menikmati sedikit kemewahan yang langsung tak dipandang oleh penduduk Malaysia.

Negara kita terhidang pelbagai kemudahan serta prasana yang disediaan oleh pihak berwajib. Yuran sekolah anak kita berada di tahap mampu bagai kebanyakan rakyat Malysia.Segala kepentingan rakyat diberi keutamaan. Anda semua mampu untuk meyimpan duit untuk membeli kenderaan untuk kegunaan keluarga dan mampu membeli rumah yang bersesuaian dengan poket anda. Paling tidak pun anda mampu membeli rumah murah atau rumah lo cost untuk anda berteduh. Kalau nada orang susah.. banyak pusat kebajikan dan lembaga zakat yang boleh membantu anda. Dan sikap orang kita sendiri yang sangat suka bersedekah dan mudah rasa simpati memungkinkan pertolengan dan ehsan bagi mereka yang memerlukan. Namun bagaimana pula mereka yang sejiran dengan kita?

Apa yang membuka mata teman adalah minuman rasmi disetiap kedai di negara jiran iaitu teh kosong yang ada sedikit bau angi seperti bunga melur. Bau yang menjadi satu tanda pengenalan untuk teh Indonesia. Air teh ini dihidangkan tanpa gula ala ala teh cina yang kita minum. Kalau mau air teh bergula, anda perlu memesan air khas dengan nama "Teh manis". Kalau nak teh yang bersusu anda perlu pesan "teh susu". Namun sebelum anda memesan biasanya mereka akan pandang dari atas ke bawah melihat siapakah anda yang mahu memesan minuman "mahal" seperti tersebut. Harga makanan di perhentian "rehat dan rawat" disana adalah antara Rm 5-7 seorang. Bagi kita itu menjadi kebiasan dan jarang pula kita berungut semasa nak membayarnya. Namun disini, hanya segelintir sahaja mereka yang turun dari bas untuk bersantap walaupun dah menempuh perjalanan hampir 4 jam. Sbbnya mungkin jelas, poket mereka yang menghalang agaknya.

Mengikuti sembang orang tua yang mengikuti rombongan teman, mereka berkata suasana seperti dinegara jiran kita mengingatkan kembali keadaan Malaysia sekitar tahun 60an semasa kita baru merdeka. Sangat mirip katanya. Kebanyakan penduduk melakukan kerja kampung dan jarang makan gaji. Pendapatan seisi rumah biasanya dibaah taraf kemiskinan serta semua kemudahan perlu dicari atau diusahakan sendiri. Untuk makanan sekeluarga, semuanya perlu dicari disekitaran sendiri dan dari sumer asli manakala untuk kemewahan jauh sekali. Semua orang ketika itu kurus2 belaka dan nak cari mereka yang gemuk atau obes macam teman nie sangat sukar. Sama seperti keadaan di negara jiran. Kalau keluarga kami yang bersiar2 disana sememngnya menjadi perhatian kerana saiz steamroll kami heheheh.. terus disapa dengan ayat begini " bapak dari Malaysia ya!!?"..

Sedikit duit tips sebanyak Rm 180 ringgit dari kami kepada pemandu bas pelancong, mengembirakanya sepanjang perjalanan terakhir kami. tersenyum lebar dilihat sepanjang perjalanan dan tanda hormat yang tinggi diberikan dengan wang yang tak seberapa tu. Mungkin tergambar dalam benak fikiran pemandu bas tersebut wajah2 gembira anak dan isteri yang menanti kepulangan dirinya dan dapat khabar tentang tips yang diperolehi dari kerja 5 hari berpisah dengan keluarga. sungguh mengharukan dan menyentuh perasaan sekiranya kita berfikir secara mendalam. Mungkin juga anak2nya akan berpeluang menikmati makanan yang lazat dan minuman bergula setibanya bapa mereka pulang dari bekerja.

Post akan datang teman akan ceritakan sikap segelintir ahli rombongan yang pertama kali menjejakkan kaki keNegara asing dan adat2 perkhawian serta nilai baik mereka disana. Jumpa lagi...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram