29 January 2010

main baldi dah nie..



salam,
tadi baru pi kutip telur selepas selama 1 minggu tak kutip.. Alhamdulilah ayam dah start bertelur kembali.. dekat sebaldi kecil dapat kutip ari nie. Semua dah masuk incubator dan ada yg dah start dieram sendiri oleh ibunya..so just sambung eram je lah..

Agak2 berapa bijik nie..? dekat 8 papan kot tadi..

Lawatan geng2 penternak..


Salam,

Hari khamis (semalam) rumah teman manjadi port tempat lepak2 beberapa geng menternak tegar nie. Perjumpaan tak dirancang pun dan kebetulan semua yang datang pada masa yang sama. Sembang punya sembang last2 baru tau tuan punya diri memasing dah ada blog.. dan rupanya ada link dah pun kat blog teman, kenal blog tapi tak kenal tuannya, antara geng yg ada adalah man bentung () manan-penternak ayam kampung,belanda serta mutiara dan mr .. sapa yek nama.. teman dah lupa.. dari.. ()..

Kami bertukar2 fikiran sambil pecah perut dengan lawak spontan yang keluar. Mr man dari bentung datang paling awal kerana berhajad nak mempelajari teknik membuat incubator, dah best buat sebijik terus sambar 2 biji. Rakan kita dari ternak-maju pula membeli sebiji untuk test power. Si manan pula datang amik tong sambil jumpe kengkawan baru.. aku pulak ngan seluar pendek je pasal seharian terbongkok2 membuat incubator tempahan yang tek terkejar. terima kasih kerana sudi datang melawat reban teman dan memecah perut masing dgn gelak ketawa..

28 January 2010

Result terbaru Kajian teman.. Penting!!

Salam,

Teman dah syak ada sesuatu yang paling kritikal yang selalu teman terlepas pandang dan mungkin ada rami lagi yang turut melakukan benda yang sama. Perkara ini telah berlaku hampir setahun yang lalu ketika teman mula2 menggunakan incubator. walaupun sebelum ini teman tak ambil pusing kerana mempercayai sebulatnya incubator dapat mengeram telur dengan baik.

Selama teman menggunakan incubator ini, teman perhatikan peratusan penetasan bagi setiap kumpulan bacth telur yang dieramkan adalah berbeza2. Ada yang hampir mencapai 100% dan ada yang sehingga 40% sahaja. Kekadangan ianya berselang seli kejayaannya dan ada kala kegagalan hanya timbul skali sekala.. (yelah teman duk guna incubator setiap hari dengan jumlah ibu menghampiri 200 ekor, mestilah jumlah bacth telur tak putuskan?)

Sepanjang penggunaan teman ini, teman tak pernah putus asa atau patah hati apabila bilangan telur yang menetas sangat rendah. Bagi teman itu semua adalah cabaran teman untuk mendapatkan setting yang terbaik. Setiap masalah kita cari puncanya dan cuba dapatkan cara yang terbaik. Ini semua perlu kerana kita sedia maklum bahawa incubator adalah alat ciptaan manusia yang meniru suasana pengeram sebenar dibawah perut ibu ayam. Nampak seperti sangat mudah si ibu ayam menetaskan hampir kesemua telurnya namun mengapa kita yang mempunyai peralatan canggih ini kekadang seperti tak mampu menirunya. Sememangnya kita manusia tak mampu untuk meniru hasil kerja yang Maha Esa. namun sekiranya kita faham keperluannya dan mempunyai tujuan yang jelas (seperti kemudahan , keseragamanan penetasan dan sebagainya)

Walaubagaimanapun, kerja teman selama ini adalah mengenal pasti setiap masalah yang dihadapi dan cuba cari penyelesaian atas masalah yang ada. Berikut adalah permasalahan(kritikal) yang teman hadapi sebelum ini:

1. masalah keterikan haba: haba dari mentol memberi selar cahaya dimana telur terlalu terdedah pada cahaya terang berterusan dan merosakkan telur sekiranya kita gagal atau terlupa untuk mengerakkan telur.
-penyelesaian: jarakkan mentol dan pastikan jarak yang digunakan bersesuaian dengan penggunaan elektrik(kuasa pemanas pada permukaan telur)

2. Masalah kelembapan: kelembapan sering berlegar diantara 50-55% sahaja dimana kelembapan yang sesuai dengan persekitaran bekas mengeram ibu adalah diantara 60-70%
-penyelesaian dengan mengubah lokasi lubang serta menambah bekas air- penyelesaian terbaru dengan menempatkan penghembus udara kedalam incubator untuk semulate kelembapan udara serta membawa kelembapan dari luar(biasanya 60-70%) kedalam incubator. cara terbaik adalah menletakkan penyedut udara diluar dan melalukan muncung udara hembusan ke dalam.

3. Masalah kebersihan telur: telur dijangkiti kuman apabila ada anak ayam mula keluar. Pada mulanya semua dalam keadaan bersih dan terkawal, namun pencemaran dari anak ayam yang baru menetas membahayakan telur yang lain yg sedang dieram..
-penyelesaian: bina satu lagi incubator yang dikhaskan untuk penetasan sahaja dimana telur ayam yang sedang berada dalam fasa didiamkan(3 hari terakhir) akan ditempatkan.

dan beberapa masalah lain yang teman rasa anda semua dah tahu dari post2 teman sebelum ini, namun dengan segala usaha yang dilakuan dan memerah segala pengetahuan yang ada (tak termasuk untuk meng"auto"kan incubator kerana ia hanya teknikal yg dipermudahkan" ) peratusan telur yang menetas masih tak menentu. kadang kala apabila kita memasukkan 100 biji hampir 95 menetas kekadang hanya 50 lebih sahaja.. dan benak fikiran terus dihujani dengan tanda tanya.. apa yang masih kurang atau ada apa2 yang aku terlupa kali ini..

Akhirnya teman terkilas pandang sesuatu yang teman sendiri tak menduga akan mempengaruhi telur yang kita eramkan. Sungguh lazim perkara ini berlaku dan biasanya kita membiarkan sahaja kerana kita ingatkan ianya lumrah..

Permerhatian teman, apabila kita menternak lebih dari 5 ekor ibu ayam, kita biasanya menyediakan jumlah bekas bertelur yang sesuai. Harapan kita semua ibu ayam ini akan mengikut turutan atau paling tidak mengisi telur mereka pada bekas yang masih kosong. Malangnya, sifat seekor ibu ayam adalah untuk memastikan telur yang dikeluarkan berada dalam bekas yang paling selamat atau yang paling famous kerana fikiran mereka mungkin bekas yang sudah ada telur adalah bakas asalnya sebelum ini atau disitulah bekas yang paling sesuai untuk ditempatkan telur berikuatn menjadi rebutan banyak ibu yang lain.

Apa yang berlaku, prosese perebutan atau pertukaran induk pengeram akan kerap berlaku. Adalah lazim sekiranya si ibu hanya memasuki bekas telur untuk bertelur dan hanya akan kembali keesokkanya apabila mahu bertelur kembali. Ibu ini hanya akan mula mengeram apabila sudah mengeluarkan kesemua telur mereka. Oleh itu apabila kita menyediakan banyak bekas, telur yang dikumpul tersebar dengan jumlah telur mungkin beberapa biji sahaja didalm satu bekas.

Dan kejadian pergaduhan merebut telur tadi akan menyebabkan si ibu lemah(atau tewas) melompat ke bekas lain yang sudah berisi mungkin beberapa biji telur. Dan apabila si ibu ini melihat peluang untuk kembali kebekas asalnya(time ibu juara tadi) turun makan atau minum) ibu akan meninggalkan telur yang dieramkan sekejap tadi. Untuk mengkaji sejauh mana kejadian ini mempengaruhi peratusan telur, teman bercadang membuat satu kajian. So kajian yang teman lakukan selama sebulan sebelum ini adalah dengan membuat langkah seperti berikut:

1. meletakkan telur yang dikeluarkan(sedia ada) dibeberapa bekas telur sebagai ujikaji
2. menandakan telur yang baru dan masih belum dieramkan.
3, menandakan telur kawasan "panas" dimana menjadi rebutan siibu( telur ini sentiasa ada ibu mengeram walaupun bertukar2"
4. mengutip telur untuk "control" untuk dijadikan perbandingan
5. menandakan telur yg dieram sekejap2.

kemudian teman rekodkan perihal ibu ayam dengan memerhati tingkahlakunya. selepas seminggu, teman mengemasukkan kesemua telur ini kedalam incubator. So didalm incubator ada 4 jenis telur iaitu telur kawalan(control), telur eram sekejap2, telur eram sepenuhnya ibu(seminggu sahaja) dan telur yang tak dapat dipastikan dah dieram sekejap atau tidak.

Hasilnya, kesemua telur yang dieram penuh oleh siibu menetas, telur kawalan juga menetas 100%, manakala telur eraman sekejap2 tak menetas langsung dan telur yg tiada status yg terus teman ambil sebelum ini hanya separuh sahaja yang menetas..

Kesimpulannya, kadar kejayaan penetasan ayam bukan sahaja dipengaruhi oleh incubator, kebersihan, umur, benih yang baik tetapi juga dipengaruhi oleh aktiviti si ibu ayam itu sendiri. Disini kita lihat dimana sistem yang kita reka ini masih ada kelemahan. Walaupun kita mengutip telur setiap hari atau sekurangnya 2 kali sehari, kebarangkalian untuk telur sempat dieram sekejap oleh siibu yg kalah tadi masih ada. Kalau kita mengutip pada waktu pagi, siibu mempunyai kesempatan sepanjang hari serta sepanjang malam untuk mengeram telur tersebut sebelum kita mengutipnya. dan harus kita ingat, sekiranya kita memberhentikan proses pengeraman yg sudah berlaku melebihi 6 jam atau yg lebih jelasnya selama 24 jam, anak benih tersebut akan mati didalam telur. Dan yang paling kita takutkan adalah kita tak perasan bahawa proses pembesaran benih dalam telur sudah berlaku walaupun siibu baru mengeram selama 8 jam keatas sahaja memandangkan perubahan pada fizikal kandungan telur tidak dapat kita lihat dalam mata kasar semasa candling.

Oleh itu, tanpa kita sedari kita hanya mengeramkan telur yang sudah mati benihnya dan terpaksa dikeluarkan selepas hari ke 5 semasa kita memeriksa kewujudan benih telur tersebut. kita juga mungkin menghadapi masalah anak ayam mati dipertengahan proses pengeraman dimana sewaktu due date tiba, telur tersebut tak menetas dan apabila candling dilakukan, kita dapati kawasan gelap pada bayang sudahpun memenuhi separuh telur kita.

Cara yang teman pikirkan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengawal ibu. Namun sejauh manakah kita mampu mengawal ibu ini berikutan jumlahnya yg mungkin banyak serta masa yg ada kurang. Kalau kita mahu mempraktikan pengutipan telur 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang sekalipun, teman yakin tak semua orang mampu melakukanya.
Antara cara extreme adalah menggunakan kaedah batery cage dimana telur akan jatuh dan dikumpulkan jauh dari induk. Namun cara ini tidak sesuai pula untuk ternakan kampung kita yang perlu bebas untuk hidup.

So? macam mana caranya nak mengatasi masalah ini? sama2 kita atasinya.. sama2 pikirkan.. Mungkin kita perlu menangkap semua ibu yang kita jumpa didalam bekas telru yang sedang relax "port" mengeram? dan kemudiannya kita asingkan jauh dari kawasan bertelur? Tetapi akan timbul pula persoalan bagaimana pula kita nak pastikan sebenarnya siibu itu tengah meneran telur atau sedang dalam fasa untuk mengeluarkan telur(biasanya proses mengeluarkan telur mengambil masa 10 minit sehingga 1 jam (termasuk masa untuk berdiri sebentar dan meneran telur keluar). jikaau salah pilihkan kita, sebenarnya kita mengurung si ibu yg sedang bertelur, masalah akan timbul pula bila telur yg "terkeluar" direban pengasingan tidak disenyawakan kerana tiada jantan disitu?

Atau mungkin kita perlu mencipta sebuah bekas telur "istimewa" yang boleh mengatasi masalah ini seperti mencondongkan bekas telur "atau membuat kecerunan" supaya setiap kali ayam bertelur, telur yang jatuh akan bergolek ke suatu bahagian bekas telur ini. dan dipenghujung bekas telur ini kita lubangkan dan sambungkan dengan satu bekas penyambut seperti poket atau jaring diluar kotak untuk mengasingkan terus telur tersebut bagi mengelakkan siibu ter"eram" telur yang tak sepatutnya. Kita hanya perlu mengutip telur di bekas khas ini setiap hari. Bagi membenarkan telur ini bergolek, kita tidak bolah meletakkan sebarang lapik tebal dan cukuplah kalau kita lapikkan dgn karpet berasaskan plastik(supaya mudah nak dibasuh) dan meletakkan telur tiruan (atau telur pemikat) dalam sebiji dua didalam bekas ini bagi menarik perhatian siibu..

Kalaulah berjaya nanti, teman rase Insyallah telur yang kita kutip nanti sebelum kita memasukkkan kedalam incubator adalah telur segar dan tidak berada dalam keadaan "pra matang" lagi..

p/s: sorry posting panjang lebar.. kalau ngantuk or bosan baca, teman mohon maaf.. tapi teman rasa benda ini penting dan hanya baru2 ini teman perasan..

26 January 2010

Rancangan kami tahun ini

Salam,

Seperti yang dirancangkan bahawa tahun 2009 adalah untuk mengkaji sedalam yang mampu dalam mengetahui cara menternak ayam kampung ini dengan betul. Dan tahun 2010 adalah percubaan untuk menjalankan perniagaan yang dirancangkan.

Jika tahun 2009 banyak masalah dirasai dan Alhamdulilah hampir semua dapat diatasi. Dan tahun ini cabaran yang lebih besar akan menanti pula. Pada peringkat awal, kami merancang untuk menternak ayam kampung ini untuk keluaran daging, Dengan membina satu kawsan reban yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu reban pengeluaran benih dan reban pedaging.

Reban penbenihan memperuntukan 200 induk betina untuk mengeluarkan 500 ekor anak ayam setiap bulan dan diternak direban kedua yang direka untuk mengeluarkan 500 ekor ayam sedia jual setiap bulan. Dalm perkiraan kami, dalam satu2 masa jumlah ayam yang berada didalm reban kami (termasuk yg masih kecil) adalah dalam lingkungan:

baka: 250 ekor
anak dalam peringkat pembesaran : (500x6 bulan):3000 ekor
anak untuk pemilihan induk : (50x6 bulan ) : 300 ekor
jumlah : 3500 ekor..
Kos setup reban dan ternakan adalah RM 15k sahaja.. (ngam2 loan)


namun bila perbincangan dengan rakan taulan serta melihat trend permintaan anak ayam masa kini, kami memutuskan untuk menukar dahulu perniagaan kami kepada pusat pengeluaran anak ayam kampung asli. Namun setelah dikira dan dicatat kami dapati jumlah modal yang diperlukan lebih besar berikutan sistem yang kami pilih memerlukan kos yang lebih tinggi,

Pada mulanya kami mencadangkan untuk menggunakan konsep lepas bebas dalam kawasan berpagar seluas 1/2 ekar dimana induk hanya perlu masuk kereban (kawasan tengah) untuk tidur sahaja. Pada siang hari induk bebas keluar menjalankan aktiviti harian termasuk memilih pasangan sendiri. Dari pengalaman setahun menggunakan konsep ini banyak masalah yang diperolehi seperti perebutan betina, pergolakan, sebarang penyakit, pengawanan induk yang tidak stabil serta masalah kawalan mutu telur serta kebersihan reban.

Oleh itu atas nasihat pakar serta bacaan sebelum ini, kami memilih untuk melakukan pembenihan terkawal dan terpilih dimana kami menempatkan ibu ayam dalam kawasan reban kecil yang hanya cukup muat untuk 11 ekor induk sahaja. kos ynag terlibat adalah pembinaa reban yang banyak dan penggunaan kayu untuknya.. Namun untuk jangka masa panjang, kualiti serta kawalan induk lebih baik disamping dapat menjimatkan penggunaan pekerja. Untuk menggunakan kaedah battery cage pula kurang sesuai untuk ayam kampung berikutan induk asal yang dikumpul biasanya dari jenis free range disekeliling rumah. Percubaan sebelum ini untuk menempatkan 10 ekor ibu didalam bekas yang 3 kali lebih besar dair battery cage memberi pelbagai masalah ynag langsung tak dijangkakan. penggunaan vutamin, anti stress serta ubat elektromisis diperlukan lebih banyak serta ayam kurang bertelur akibat di"penjarakan" sepanjang hari.

Oleh itu kami membina reban berbentuk "A" yang mengurangkan penggunaan kayu serta bumbung. Antara kelebihan lain adalah keboleh ubahan dimasa depan membolehkan kami meminda reban sekiranya diarahkan berpindah kelak. Pada asalnya konsep reban ini lebih dikenali sebagai "chicken Tractor" dimana reban ini dipasang dengan roda supaya boleh dipindahkan kepada rumput lain sekiranya rumput ditapaknya sudah gondol..

namun apabila kami menggunakan konsep bawa rumput masuk kedalam dek kerana kawasan ragut yang terhad, kami membinanya tanpa roda. konsep cukup mudah dan hanya memerlukan sedikit sahaja pekerja untuk membinanya tanpa perlu stuktur pertukangan yang kukuh.

Rancangan kami agak pada pertengahan bulan 2 atau awal bulan 3 kami sudah mula mengeluarkan anak ayam dengan kapasiti 4000 ekor sebulan. Waiting list yang ada pada kami sekarang pun hampir 7000 ekor. Namun tempahan muktamat semula akan dilakukan apabila kami mula beroperasi.

sekian..

Rungutan Dari penternak ayam kampung..

Salam,

Sejak teman mula berkecimpung dalam bidang penternakan ini, teman yakin dan pasti yang teman selalu mendengar rungutan yang berbunyi sebegini: "alahaii ayam kampung aku nie, berat tak sampai pun sekilo setengah (1.5 kg).. yg nie pulak sekilo je.. rugi lah kalau jual". seaktu teman membeli ayam mahu pun teman melawat reban sahabat penternak yang lain, keluahan dan rungutan ini yang selalu teman dengar, kebiasaannya teman hanya membalas dengan senyuman sahaja..

Apa yang teman nak cerita adalah sebenarnya kalau kita sudah berminat atau melompat dalam emnternak ayam kampung asli ini, bukan berta seekor ayam yang perlu kita bimbangkan. Dan bukan ayam ringan yang perlu kita risaukan. Ini kerana ayam kampung asli adalah ayam kampung yang pada asalnya siternak bukan untuk dihasilkan daging yang banyak serta mencapai berat 2 kilo ketika dijual. Ayam ini terkenal dengan keliatan dan kekenyalan dagingnya dan yang paling penting rase dan kelazatannya. Pengguna atau pengemar terbesar ayam ini biasanya lebih suka menjadikanya ayam ini sebagai hidangan sup dimana ayam akan direneh sehingga berjam2 lamanya dan kemudian menikmati pati sup ayam tersebut.

Oleh itu adalah satu yang normal sekiranya kita menjual ayam kampung dalam lingkungan berat antara 1 kilo sehingga 1.5 kilo. Berat inilah yang biasanya diterima dikalangan pembeli. Sekiranya ternakan anda berada dalam berat dibawah satu kilo ketika sudah sampai masa untuk dijual, barulah anda boleh memikirkan sesuatu penyelesaian untuk mengatasi masalah berat ini. Apa yang perlu anda pikirkan sekarang adalah masalah kekurangan bekalan ayam yang boleh anda keluarkan. Ataupun bilangan ternakan yang anda ada sekarang. Anda perlu paham dan mengambil kira keperluan ternakan ayam ini disekitaraan anda dan membaca "permintaan" dikawasan anda. pastikan jumlah yang anda keluarkan sekurang2nya mampu memenuhi pelanggan tetap yang sememangnya mengemari ayam ini untuk menu harian.

Perkara yang paling penting adalah kaedah untuk mendapatkan baka dari ternakan induk kita dan bagaimana nak memastikan baka yang dikelaurkan mencapai 95% hidup sehingga masa jual. Teman rase cara terbaik untuk memastikan perkara diats diperolehi adalah dengan menggunkan incubator. Cara ini akan meningkatkan kemampuan siibu untuk bertelur serta memastikan telur yang diperolehi menetas ditarikh yang telah kita rancang. Kemudian tugasan siibu akan diganti oleh penternak dengan menyediakan semua keperluan yang berpatutan. Anak dikengkang dari bebas sehingga berusia 4 bulan. Dan setelah betul2 lengkap sistem mempertahankan diri serta skill2 untuk terus hidup pada usia 4 bulan, barulah kita memberi sedikit kelonggan untuk anak2 ayam ini bermain dengan tanah serta merayap didalam reban yang sederhana besar tanpa induk dewasa yang lain. Setelah anak ayam mencapai usia boleh jual atau mempunyai berat yang sesuai, barulah kita memilih ayam ini untuk dijadikan induk atau dijadikan ayam pedanging.

Oleh itu pastikan anda berjaya menternak ayam ini dan membiakkanya secara betul dahulu sebelum kita risau tentang pendapatan dan pemasaran yang seadanya. Semoga sukses dengan penternakan anda..

24 January 2010

Masih mencari ibu ayam dan ayam dara..

Mencari lagi dalam 200 ekor ayam dara dan induk betina.
Balung sikat, kaki kecik warna kaki tak kisah
berat tak melebihi 1.5 KG. bila berusia lebih 6 bulan..
warna tak kisah, yg penting sehat tubuh badan dan bebas dari penyakit sesema..
takut kang bawa balik sini satu reban kong hehehe.

Harga ditawarkan RM 15.00 sekilo bukan seekor tau.. tinggi tu..
saya ambil ditempat anda sekiranya dalam lingkungan 2-3 jam perjalanan dari sepang
tiada charge pengankutan dikenakan.
jumlah minima untuk pengambilan adaalh 40 ekor tetapi kalau kawasan dekat2 sini (sejam perjalanan) saya tak kisah jumlah yg anda ada.
Ajen dialu alukan..

Perniagaan internet..

Salam,

sebelum ini teman sangat prejudis setiap kali mendengar tentang perniagaan internet. Ini kerana pengetahuan teman pada ketika itu sangat cetek dengan konsep yang sedang berkembang pesat sekarang. Kalau dulu apa yg teman paham mengenai perniagaan internet ini banyak yang menipu secara terang2, memerlukan kad kredit yg sering diragu kesahihanya, digunakan untuk pelaburan yg kurang pasti seperti tukaran mata wang serta tempat dimana banyak penipuan berlaku.

Namun setelah teman sendiri belajar menggunakan internet sebagai "kedai" teman, baru lah teman paham cara ia berfungsi. Ini kerana 100% incubator, anak ayam serta barang lain yg teman jual adalah dari pelanggan Internet sahaja atau yg teman kenali dari internet. Paling kurang pun yang mula membeli dari perbualan kawan2 teman yang pernah beli dari teman melalui internet. Berapa kuatnya kuasa internet sekiranya kita menggunakanya secara betul.

Teman sebenarnya nak tergelak(bukan riak) juga bila teman hanya duduk direban dan berada didalam rumah sepanjang masa tetapi pelanggan yang datang adalah dari pelusok Malaysia. dan teman terkejut kerana pelanggan teman dari sabah dan serawak sudah melebihi 10 orang sekarang. ada yg membeli melalui pos dan ada yg melalui kiriman rakan taulan yg kebetulan nak pulang ketempat mereka. Teman baru nak bercita2 untuk keluar kepasar2 malam yang ada berkemungkinan ada permintaan. Namun persiapan yg kurang lancar dan tugasan direban yg sering mencengkam teman, belum sekalipun teman sempat untuk keluar.. Untuk pergi ke gerai pameran bermusimpun teman tak sempat..

Dan semalam, dengan hanya menggunakan internet.. teman menyerahkan Incubator yg ke 100 kepada saudara sufi dari terengganu dengan diskaun yang sangat istemewa.kebetulan saudara ini berada ki Kl so beliau singgah sebentar untuk membeli. Teman yakin saudara ini akan tersenyum lebar dengan hadiah tak seberapa dari teman.. Teman mengucapkan terima kasih atas kepercayaan tuan2 semua dengan usaha yang teman lakukan selama ini.. Syukur Alhamdulilah..

Langkah pertama..

Salam,

seminggu lalu teman menerima panggilan dari Mr Lan (nama sebenar hehehe) untuk menjual induk ibu ayamnya, bagai pucuk dicita ulam mendatang.. tapi bila termenung sekejap, reban teman belum siap lagi.. nanti mana pula nak diletakkan reban..

Alang2 dah ada offer teman pun tanyalah alamatnya.. peeh.. felda sg. kemahal, bera pahang.. ingatan teman ala ala 2 jam leh sampai laa.. dah set time, tadi dalam pukul 10 teman pun memulakan langkah untuk membeli induk pertama teman setelah teman menjalankan projek ini(tak termasuk induk yg dah ada)

Dengan pelbagai hal ditengah jalan serta singgah 2-3 tempat.. teman sampai ke rumah sahabat kita dekat jam 3 petang.. dah lama teman tak jalan kawasan kampung yg banyak betul likunya.. kereta pun tak leh lari lebih dari 80Km . melayan lap berliku2 dan perasaan kosong dalam perjalanan. Sampai2 sahaja teman bertemu dengan lan serta kengkawawn kampung feldanya yg sedang memtakik kayu untuk dijadikang gasing.. huh tabik teman tgk skil dorang hehehe..

Dalam diam teman agak kagum dengan kebersihan reban saudara lan ini walaupun berada dalam keadaan kampung.. lantainya berpasir bersih, rebannya terurus serta tak nampak pun tompokan tahi berkumpul dibawah tempat ayam bertenggek tidor.. Kawasan kejiranan yang bersih dan dihias indah sepanjang jalan utama perkampungan ini menambahkan perasan teman untuk berhijrah ke sini. tetapi bila dipikirkan pula rumah teman skang ni yg dah memang duk dalam kampung, teman hilang perasaan minat itu hehehe..

Setelah selesai urusan jual beli dan timbang menimbang, teman perhatikan cuaca mulai menerik panas. kalau dulu teman cari ayam menggunakan jeep yg dah tentunya besar dan selesa. sekarang teman hanya naik kereta kembara teman yg saling tak tumpah macam kancil yg ditinggikan.. so ejust punya ejust last2 ok dah leh masuk semua.. masalahnya cuaca panas tak membenarkan teman untuk membuka tingkap. dah kena pakai air corn teman pula yg susah nak bernafas dek bau tahi ayam serta bau bulunya.. selang setengah jam teman terpaksa berhenti sekejap kereta untuk proses pengudaraan dalam kereta hehehe..

esok teman akan ke melaka pula untuk mengambil induk ayam betina di melaka.. mungkin malam nie teman perlu tido awal memandangkan long trip hari ini akan disambung ke Melaka pula esok..

23 January 2010

Faktor lokasi juga memainkan peranan penting..

salam,

kekadang kita selalu kurang peka dgn lokasi ternakan kita. BIla dipikirkanbetapa sukar nak mendapatkan tapak, bila terjumpa tapak yg kurang sesuai dan kita bedal, hujungnya.. kita juga yang akan menhadapi beberapa kesulitan yg kekadang meningkatkan kos operasi.

Lokasi juga perlu sesuai untuk mengelakkan bantahan atau kemarahan orang kampung kelak. Satu kes hari ini, seorang pengusaha ayam kampung dari melaka menerima nasib kurang menyenangkan dan bagi teman itu sangat menyedihkan. teman harap saudara kita ini dari dapat bersabar dan jadikan perkara tersebut sebagai pedoman dan pengalaman.

menurut beliau, org kampung kurang senang dengan terdirinya 2 reban beliau untuk menternak ayam kampung asli ini. Faktor bau dan penyakit dibangkitkan kerana kebimbangan org kampung yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Kalau nak dikatakan kita menternak ayam pedaging ada jugalah lojiknya, ini hanya ayam kampung ori yang tak sampai seratus ekor pun. Menurut kata tuan punya reban, ada kemungkinan penguat kuasa yang datang kereban beliau telah di"jemput' sendiri oleh org kampung yg ada sedikit perasaan kurang senang dengan perusahaan yang sedang dilakukan. Mengenangkan kesusahan yg beliau pernah alami semasa mengumpul baka suatu ketika dahulu, teman paham sangat kesusahannya, saling tak tumpah seperti teman suatu ketika dahulu..

Namun, ianya menjadi rezeki teman walaupun teman tahu hati beliau sangat berat. Teman yakin tangan yg menghulur ternakan ini akan diiringi dengan perasaan sayu dan pilu.. membayangkan usaha beberapa bulan ini seumpama lenyap begitu sahaja.. tetapi mungkin sedikit lega apabila mengetahui ternakanya akan berpindah kereban baru dan berkumpul dengan ternakan teman..Harapan teman beliau tabah dan merancang untuk mengusahakanya lagi dimasa hadapan..

Satu langkah yg selalu kita silap..

Salam,

Post teman kali ini untuk mengingatkan bahawa pemilihan telur sebelum dimasukkan kedalam Incubator adalah sangat penting. Ramai pengguna incubator jarang sekali melakukan proses candling sebelum telur dimasukkan. Apa yang dipentingkan adalah cadling pada hari ke 4-5 sahaja tanpa mempedulikan proses saringan.. Mungkin tanggapan bahawa jika telur itu dalam keadaan bersih dan tiada cacat cela luaran, telur tersebut sesuai untuk dimasukkan kedalam incubator.

Sebenarnya, peratusan penetasan menggunakan incubator masih belum dapat dibandingankan denagn eraman ibu sendiri sekiranya ibu yang mengeram cukup pengalamanya dan mempunyi ciri2 ibu yang baik. Namun sekiranya kita menternak beberapa ekor ibu ayam, kita akan terjumpa dengan ibu ayam yang tidak pandani mengeram atau kurang berpengalaman.. Oleh itu kita perlu menggunakan incubator untuk menggantikan tugasan ibu yg kurang itu.

Maslah yang sering penternak terlupa adalah perihal ibu ayam kita yang giler mengeramkan telur. Apa bila ada saja bekar telur yang kosong dan tidak dieramkan lagi walaupun telur tersebut masih baru dikeluarkan..dia akan tumpang mengeram. Kekadang emosi kurang stabil dan banyak gangguan luar membuatkan si ibu meninggalkan bekas telur yg telah dieramkan sebentar tadi. Telur yang tekah dieramkan melebihi 8 jam akan memulakan proses pembesaran embrio dimana benih tersebut telah memulakan pros perkembangan. Kadangkala kita perhatikan sekiranya kita menyaring telru yg baru dikutip, sudah ada jaringan darah ditemui padahal tiada ibu yang sedang mengeram dibekas tersebut.

Apa yg boleh kita simpulkan sekiranya kita dapati telur tersebut telah mempunyi jaringan darah walaupun keadaan telur semasa dikutip sejuk dan berada dalam suhu reban adalah -
1) siibu hanya turun sebentar untuk makan dan ada kemungkinan akan menyambung kembali proses pengeraman setelah kenyang
2) ibu mengeram sebentar sahaja walaupun hanya ada beberapa biji(bukan telur dia pun) kemudian berpindah ke tempat telur yang lain.

Jika perkara pertama, telur yg diperolehi selamat untuk diterukan proses mengeram didalam Incubator, tetapi sekiranya kes kedua, maka ada kemungkinan telur tersebut telah masuk "angin" dimana proses pengeram telah berhenti dipertengahan jalan dan benihnya telah mati. Perkara seperti ini dapat dielakkan sekiranya anda mengamalkan perkara berikut:

1. jgn biar lepas ibu dan jantan dalam satu kurungan besar dimana perebutan kuasa atau pengawanan berlaku tanpa kawalan. Persaingan akan menyebabkan sijantan kalah "melepaskan" geram pada si ibu yg sedang mengeram. Proses ini akan mengganggu ketenteraman siibu tadi.

2. kawal jantan anda dengan menempatkan jantan ini dalam kawasan kecil khas untuk kumpulan ayam jantan dan betina. Proses persenyawaan akan dilakuakn dengan aman.

3. Telur dikutip setiap hari dan memeriksa tanda 2 sekiranya ada ibu yang "giler" mengawan.Sekiranya terjumpa, masukkan ibu ini dalam reban "rehat" selama sebulan sebelum dimasukkan kembali kereban asal. Si ibu ini akan kerap mengeram "touch n go" didalam mana mana bekas yang ada telur menyebabkan telur separuh tereram dan mati selepas sehari ditinggalkan.

4. dgn mengutip telur setiap hari terutama diwaktu pagi, kita mengurangkan risiko ibu mengeram sekejap ini sebelum kita mengumpulkannya sebelum dimasukkan kedalam incubator.

5. periksa telur anda dengan teknik candling sebelum memasukkan didalam incubator dan tandakan dengan tanda yg anda sendiri paham untuk membezakan telur yang telah dieram separuh ini untuk melihat perkembanganya. Selepas 4-5 hari periksa perkembanganya, sekiranya masih sama seperti semasa dimasukkan.. sila keluarkan bagi mengelakkan kejadian telur meletup berlaku.

kawalan yang baik dimana ibu ayam dipisahkan mengikut kumpulan jantan memudahkan kita memantau perihal ayam ini. Agak sukar kita menentukan ibu yang mana sedang bertelur, sudah bertelur atau yg tengah dalam keadaan "galak" sebelum menunggu masa untuk bertelur sekiranya kita menggunakan konsep kurungan dalam satu reban besar untuk kesemua ternakan kita. Sekiranya anda masih mahu berbuat sedemikian, pastikan anda membuat pemerhatian berkala untuk mengasingkan siibu yang sedang duduk mengeram didalam bekas dan masukkan telur yg anda kutip setiap hari terus kedalam incubator.

Ingat! banyak kejadian telur tak menetas atau tidak jadi disebabkan tindakan ibu ayam yang "giler" mengeram ini. Telur yang ada benih dan berada dalam keadaan baik boleh rosak kerana dieram dengan cara yang tidak betul dan dibiarkan terdedah sehingga beberapa hari setelah dimulakan proses pengeramanya..

21 January 2010

Langkah perlu jika dilanda kematian ternakan..

Salam,

teman cerita berdasarkan pengalaman, bukan dari nasihat orang yg memang mahir dalam bidang ini. Namun boleh dijadikan sedikit panduan untuk anda..

Sekiranya anda terserempak dengan bangkai ternakan atau terjumpa dengan ternakan yang sudah nyawa2 ikan direban terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan.. turutan adalah seperti dibawah:

1. Apabila anda terjumpa bangkai ternakan..

- mulakan dengan mengutip ternakan anda dan lihat sekeliling kawasan anda menemui bangkai takut2 ada lagi ternakan anda yang turut mati.
-kemudian keluarkan ayam tersebut ke tempat yang agak jauh sedikit dari tempat bangkai ditemui.
-sekiranya anda melihat ada lendiri atau tinggalan dibawah badan bangkai tersebut, anda perlu bersihkan secepat mungkin.
-periksa bangkai anda dan perhatikan perkara seperti berikut
+ bahagian dubur ayam, lihat tanda yang menujukan penyakit jelas seperti najis berwarna lain dari biasa pada bulu sekeliling dubur. Warna luar biasa adalah seperti warna putih, kuning, atau hijau gelap seperti rumput..
+perhatikan pada mulut ayam dengan membuka sedikit paruhnya..perhatikan sekiranya terdapat mukus melekat likat seperti kanji atau hingus.
+perhatikan keadaan mata dan lubang hidung ayam
+perhatikan kantung makanan dibawah leher ayam untuk melihat ianya penuh atau kosong..
+perhatikan bahagaian atas kepada dan lihat kepada bahagaian belakang badan ayam untuk melihat tanda kehilangan bulu atau cedera.
+perhatikan sebarang luka atau truma akibat serangan pemangsa.
+periksa suhu badan untuk mengukur tempoh lamanya ayam mati.

asingkan bangkai ini dan tanam secepat mungkin. Anda mungkin boleh membakar ayam ini tetapi cara yang lebih mudah dan pencegahsan sepenihnya adalah dengan menanam dikedalaman sekuranynya 2 kaki bagi mengelakkan pembangkai membongkar kembali ayam ini. Sembur dengan ubat penbasmi kuman atau bahan aktif nyah kuman.
Kemudian anda pusing keliling dan perhatikan kalau2 ada bangkai lain yg terdapat direban anda.

Jika anda tidak menjumpa sebarang bangkai lain, anda perhatikan ayam lain sekiranya anda terjumpa ayam yang sedang sakit. Asingkan dengan mengurung ayam ini ditempat yang berasingan dengan ayam anda yang sihat.
Berikan ubat yang bersesuai dengan tanda penyakit yg membunuh ayam anda kepada semua ubat anti stress atau anda memberikan ubat vitamin yg telah tersedia dengan anti stress.

pantau ayam anda setiap hari sehingga tiada lagi tanda penyakit berlaku.
sememagnya ayam kita sangat sensetif dengan perubahan cuaca serta perubahan makanan yang kita berikan. pamberian ubat secara berkala perlu diberikan bagi menhindari penyakit.

-kemudian anda boleh membuat rumusan bagi setiap tanda luaran yang anda jumpa pada ayam.
Setiap tanda membawa maksud untuk pemyakit tertentu dan kita perlu mengubat mengikut ubat yang sesuai.

2. Ayam nyawa2 ikan atau dan monyok,

-lihat pada keadaan ayam sama ada masih berdiri, duduk satu tempat atau sudah terbaring tak bermaya.
-lihat keadaan mulut, kantung makanan, mata, kaki dan dubur.
-lihat juga tanda lain kelakuan aneh ayam seperti keadaan nafas, pergerakan kepala kebelakang, nafas tersekat, bernafas perlahan tetapi panjang, pergerakan kepak atau kedudukannya,
-perhatikan duburnya dalam keadaan membengkak atau terbuka luas, kotoran yang melekat pada bulu
-perhatikan tahap penafasan ayam samaada terlalu lemah atau kencang

Kita perlu pahan yang penyakit yang menyerang reban kita biasanya adalah kerana faktor pembawa penyakit yang hadir didalm reban. Antara pembawa pennyakit adalah tikus yang sering mendiami reban. Tikus ini biasanya hanya keluar apda waktu malam dan memakan sisa makanan yang tidak dihabiskan. Jika tiada makanan yang mencukupi, tikus akan bertindak menebuk kantung makanan ayam semasa ayam tidur. Kelakuan ini boleh membunuh ayam kit akibat jangkitan penyakit dan kecerderaan.

Tikus juga menyebarkan penyakit melalui najisnya yang ditinggalkan bersepah direban dan pada akhirnya dipatuk oleh ayam. Jangkitan ini mampu membunuh banyak ayam anda direban.

Perhatikan aktiviti tikus ini dengan menyuluh pada waktu malam selain lubang tikus disekeliling reban. Tangkap tikus ini dengan perangkap tikus atau menggunakan gam perangkap dengan umpan ditengahnya. Namun untuk menggunkan gam anda perlu berhati2 bagi mengelakkan ternakan anda sendiri terperangkap.

Hubungi pejabat haiwan untuk khidmat nasihat sekiranya anda menghadapi peratusan kematian yang tinggi atau penyakit semakin menular..

20 January 2010

Nilai diri anda semula..

Salam,

*teman nak ingatkan yg tulisan teman kali ini hanyalah cakap2 kosong teman, jgn ambil serius sbb anda sendiri yang tahu potensi anda sendiri ....

Anda mahu manjadi penternak?

Ketahui ternakan yang sesuai untuk anda ternak..

Adakah anda....???

1. Suka suasana kampung dan lebih gemar melihat ayam bebas berlari kesini kesana?
-kekadang anda kekurangan masa untuk melayan kerenah ternakan anda?
-tak harap sangat yang ternakan anda ini menjana pendapatan utama anda,
-atau modal yang anda nak peruntukkan tak besar mana
-atau anda baru nak belajar menternak ayam ini kecil2an sbb modal takde
-anda sendiri tahu yang anda ada sedikit sifat malas nak handle ayam
-anda kurang yakin cara nak membesarkan ternakan anda termasuk penyakit dan makanan
-anda malas nak memasak makanan untuk penjimatan dan lebih suka ayam carik makanan sehari selepas anda memberi makan sekali sehari
-anda suka menjual kepada orang kampung sekitar atau hanya menjual apabila perlu
-anda mengemari rase ayam kampung yang asli kerana keenakkanya..
-anda mahu menjaga warisan nenek moyang mengenai ayam ini..

Maka ayam yang patut anda ternak: Ayam kampung asli@malaikai@ori

2. kalau anda suka benda yang cepat mendapatkan hasil
-anda suka melihat ternakan anda membesar dengan besar
-anda ada masa untuk memantau ternakan serta membelai sekerap mungkin
-anda anda suka melihat ternakan anda dalam jumlah yang banyak sbb rase puas dengan hasilnya nanti
-anda ada modal yang mencukupi dan temapt yang sesuai.
-anda ada pengetahuan untuk menternak ayam dalam jumlah yang besar
-anda ada kebolehan dalam penjualan serta bijak mencari pasaran serta mampu berurusan dengan pemborong dengan baik
-anda puas bila dapat menjual ayam anda sekali gus dan memulakan ternakan baru sebagai satu lagi cabaran untuk anda.
-anda tak kisah kalau jumlah keuntungan perekor kecil asalkan jumlah yang anda jual tinggi

Ayam yang perlu anda ternak adalah : ayam kampung kacuk

3, Kala anda rase yang anda nie tak suka bela ayam sebagai haiwan untuk daging
-dan kalau anda rase ayam perlu dibela sebagai pet
-anda sangat berbangga dengan harga seekor ternakan anda yang sangat tinggi valeu
-anda selalu bermegah dengan peralatan atau gedget anda yang mahal
-anda sangat detail dalam menternak termasuk mengasuh ternakan anda dan menjaganya sepenuh hati
-anda suka benda yang mahal dan tak suka jumlah yang terlalu banyak dalam satu2 masa..
-anda berbangga sekiranya anda dapat jual seekor ternakan anda dan memperolehi keuntungan hampir separuh dari gaji anda sekarang..

Maka ayam yang perlu anda ternak adalah ayam esotik seperti mutiara, merak dll..

4. Kalau anda seorang yg suka cabaran,
-anda mahukan sesuatu yang mencabar dan mampu melakukan banyak perkara dalam satu2 masa,
-anda suka mencari ilmu dipelbagai bidang,
-anda sentiasa peka dengan keperluan semasa dan senang berubah ikut arus
-anda ada modal yang mencukupi dan kawasan ternakan yang sesuai,
-anda suka sumber pendapatan anda datang dari banyak sumber dan suka lakuakn perkara baru asalkan ada permintaan
-anda ada kemahiran mengurus yang baik..

ternakan yang sesuai adalah campuran antara ternakan ayam ori untuk jualan berkala dan ternakan ayam kacuk untuk pendapatan bulanan(utama)

5. Kalau anda suka menternak separa sukar dan tak memerlukan banyak masa tetapi
-merasa bangga apabila pelawat memuji dengan variasi ternakan anda,
-anda tak minat dengan penternakan yang berjumlah besar kerana banyak kerja yang perlu dilakukan,,
-anda ada ternakan yang sederhana tetapi suka memberi perhatian yang lebih kepada beberapa ternakan "istimewa" anda setiap hari.
-anda mengahrapkan hasil julanan secara berjadual dan bermusim disamping mejual ayam istimewa sekali sekala..

Ternakan yang perlu anda ternak adalah campuran antara asli dan esotik..

* hanya sedikit nukilan untuk sembang pagi ini..

19 January 2010

bekalan Ilmu yg perlu anda ada..

salam,

bercerita tentang menjadi penternak ini.. kita kena paham yang ilmu adalah senjata utama kita untuk berjaya.. Ada beberapa ilmu yang perlu kita perkukuhkan untuk berjaya dalam penternakan. Antaranya seperti yang listkan dibawah..

1. Pengetahuan tentang keperluan ternakan kita- sebolehnya kita tahu jenis ternakan kita dan keperluan khas yang perlu ada untuk setiap jenis ternakan yang kita ada. Mungkin jenis yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza seperti perbezaam ayam kampung asli ngan kacuk.. Kedua2 ini amnya memerlukan element yang sama tetapi dalam pengurusan harian banyak perbezan ketara khas bagi jenis masing2. COntohny keperluan berat makanan yang diberikan, keperluan tempat tiduk dan sebagainya..

2. Alatan bantuan pembiakan seperti Incubator atau sistem yang kita set untuk pembiakan.

3. Kandungan nutrisi makanan yang diberikan serta jumlah peratusan nutrisi yg diberikan mengikut umur..

4. Pengetahuan mengset reban supaya berseuaian dengan tugasan serta keperluan ayam..

5. mengetahui penyakit serta ubatnya dan ada sedikit kepakaran untuk merawat ternakan.

6. mengetahui ragam ternakan selain keperluan asas yg disebut diatas.

7. mengetahui skill keselamatan serta jaminan peringkat pembesaran ternakan kita..

8. mengetahui kekuatan pasaran serta harga semasa..

9. pembahagian masa dan pengurusan yang betul..

10. pengurusan pekerja

Semua ilmu ini napak macam terlalu banyak untuk dipelajari namun kalau anda sedar, ianya hanyalah satu bentuk pengetahuan yang diperolehi dari pengalaman serta sedikit tunjuk ajar dari mereka yang telah lama menceburi. Latihan serta masalah yang dihadapi direban atau ladang akan memeberi kita "kelas tambahan" untuk kita sentiasa belajar dari apa yang berlaku.. Sekiranya ada kemuskilan, jgn segan silu untuk bertanya kepada mereka yang tahu..

Dalam penternakan, kejayaan menjual (untuk ternakan jualan daging) dan kejayaan menghasikan benih(untuk pusat penetasan baka) ditentukan dari segi pengalaman kita untuk mengurus serta memastikan semua benda hidup dibawah jagaan kita membesar dengan baik..

Untuk ternakan unggas seperti ayam, haruslah kita mengenal pasti punca kegagalan menternak ternakan dari mula sehingga peringkat jual. Dari pengalaman teman, kegagalan memenuhi keperluan ini adalah fakto paling utama kenapa projek yg diusahakan gagal.. sebagai contoh.. sekiranya kita gagal untuk menentukan fasa perkembangan atau pertumbuhan ayam sebelum matang, kita mungkin tersalah cara untuk memeliharanya.. kita rasakan si anak ayam ini hanya memerlukan haba panas pada waktu malam sehingga seminggu sahaja(macam ayam kacuk) padahal anak ayam ini perlu dibantu memanaskan diri sehingga berusia sebulan..

Oleh itu, bekalkan diri anda dengan ilmu sebelum mula menternak..

18 January 2010

Tuhan sedang menguji..

Salam,

Kalu duhulu tuhan uji dengan kesempitan kewangan dan pelbagai dugaan dalam teman menternak.. Pelbagai ujian diberikan termasuk serangan penyakit, pemangsa, pencuri dan kerenah orang disekeliling teman.. Dan teman tak pernah putus asa berdoa dan memohon dicucri rahmat dan rezeki.

Dan bila tuhan berikan peluang dengan rezeki yang melimpah.. teman mula rase tertekan pula dengan masa hanya 24 Jam yang diberi.. hehehe manusia memang tak pernah puas hati dan selalu lupa diri termasuk teman hehehe.. Kekadang hari menyesal apabila tetiba je hati ini merungut pasal badan dah sakit2 dan kepenatan melanda. padahal jauh di sudut hati teman paham yang kesakitan ini perlu sebelum kita berjaya kelak.. dan walaupun kita berjaya kelak, kita tak dapat lagi dari kesibukkan dunia.. Tuhan uji kita dari pelbagai sudut..

Suatu ketika dahulu kita asyik berungut yang kewangan kita tak cukup untuk memajukan projek yang kita usahakan.. bila dah cukup segalany, diuji lagi dengan kerja yang bersusun2 sehinggakan kalau di listkan dalam buku catitan dah sampai 2 muka surat dah.. Kekadang nak termuntah sendiri bila membaca tugasan yang berderet2 ini..

Namun teman bersyukur walaupun ujian ini nampak macam 'keras' bagi teman, namun masih ramai lagi yang lebih kuat diuji diluar sana. Kalau nak dibandingkan apalah sangat ujian teman nie yang masih cukup makan, cukup pakai dan sihat tubuh badan. Kalau dibandingkan mereka yang telah ditarikkan nikmat duniawi serta ditambah dgn kesempitan hidup.. teman nie sangat2lah bertuahnya..

So ayuh citypull, terus hayunkan tangan dan meneruskan usaha.. mungkin suatu hari nanti anda akan tersenyum puas dengan hasil usaha tangan anda sendiri dengan Izin Yang Maha Esa..Amin..

17 January 2010

Citypullagro mencari baka ibu ayam







Salam semua,

Pihak kami sedang mencari induk ibu ayam untuk tujuan pusat penetasan kami, bagi membolahkan kami membina pusat penetasan skala sederhana. Kami memerlukan induk ibu ayam betina asli atau ori dalam jumlah 400 ekor.

Kami akan mebayar jualan ayam anda dalam lingkungan RM 15.00 sekilo untuk ibu ayam . Ibu ayam yang berumur dibawah 1 tahun menjadi keutamaan kami. dan sekiranya anda mempunyai ayam dara berusia 5-6 bulan(belum bertelur) kami juga mahu membelinya dengan harga yang sama. Anda hanya perlu mengumpul ayam "orang kampung" sehingga 30 ekor atau lebih dan hubungi saya ditalian 012-3332273 dan kemudiannya saya akan datang ke tempat tuan untuk mengambilnya. Kawasan liputan pengambilan saya adalah sekitar Selangor, Perak, Johor dan selatan Pahang.

Untuk mereka yang ingin membuat Trading hubungi saya untuk The best price yang saya tawarkan. Bagi mereka yang ada dalam 20 ekor ayam, anda boleh mencari dalam 10 ekor lagi ibu ayam sebelum saya datang untuk mengambilnya.. Ambil masa anda dan saya akan mencari ayam dalam bulan ini sehingga pertengahan bulan 2 nanti.

Ibu ayam yang saya cari adalah ibu ayam kampung asli dimana kakinya kecil, umur 5-6 bulan keatas, berat tak sampai 1.5 kilo semasa dibeli. Ibu ayam kacuk serta campuran tidak saya terima. Ciri2 ayam yang lebih mudah anda rujuk adalah menghampiri ayam hutan dimana kebolehan ia terbang masih dapat dilihat. Saya menerima walaupun ibu tersebut liar dan tak tidur direban.. Yang penting bukan kacuk. Sudah ada beberapa pemanggil call teman namun sayangnya semunnya ayam kacuk yang dicampur aduk dengan pejantan ori. Cir2 kaki besar dan gemuk masih jelas kelihatan. Sekiranya anda dapati ibu ayam anda sudah mencapai berat 1.5 kg walaupun baru berusia 4 bulan, ini bermakna ibu ayam bukan ori.

Bantulah kami untuk membekalkan anak ayam kampung asli bagi memenuhi permintaan penternak Melayu kita Sekarang..


Ini adalah gambar ayam kacuk untuk rujukan tuan. Bukan yg saya mahukan..

15 January 2010







Salam,

Sebelum ini ada beberapa post teman yang mengatakan kepentingan mempunyai 2 Incubator. Satu Incubatir digunakan khas untuk mengeramkan telur ayam sehingga 16 hari dimana telur akan aktif digerakkan. Apabila sampai masa untuk "still down" telur akan dipindahkan ke Penetas telur dimana telur direhatkan sehingga anak ayam menetas.

Tujuan mengapa perlu 2 Incubator adalah kerana bagi mengelakkan jangkitan kuman berlaku di Incubator pengeraman akibat bahan buangan anak ayam baru menetas dan lebihan atau tinggalan bahan dalam telur semasa anak ayam keluar. Biasanya pengguna gagal mengekalkan kebersihan Incubator kerana anak ayam sentiasa keluar atau telur yang dieram tak putus2 dimasukkan. So kalau kita ada satu sahaja Incubator ada kemungkinan telur langsung tak dapat dibersihkan sepenuhnya.. hanya mampu kita lap dengan kain.

Kebiasaanya mereka yang menggunakan Incubator Automatik mempunyai Sebuah lagi alat yg sama dengan Incubator yang dinamakan Mesin penetas telur. Namun akibat kengkangan ekonomi atau bilangan telur yang dikutip tidak melebihi 100 biji sebulan, kita jarang memiliki 2 buah mesin ini serentak. Untuk menyelesaikan masalah ini, teman mereka sebuah Incubator paling murah untuk kegunaan anda. Anda masih boleh gunakan Incubator ini sekiranya anda hanya mempunyai ibu ayam tak melebihi 10 ekor. Anda juga boleh menggunakanya sekiranya anda hanya ada beberapa ternakan esotik seperti beberapa pasang ayam serama atau ayam sabung. Biasanya ibu ayam jenis ini tak beberapa suka nak mengeram disebabkan nak menjaga diri supaya sentiasa cun.

Harga sebuah incubator mini hanyalah RM 119 sahaja untuk 30 biji telur ayam kampung. anda mungkin hanya menggunakanya apabila ada telur yang mula menebuk untuk keluar dan pindahkan kedalam Incubator mini ini, atau jika telur yg sampai masa untuk didiamkan(hari ke16) kurang dari 30 biji, maka anda boleh memindahkan terus. Ini mungkin dapat memanjangkan jangka hayat incubator anda disampai memastikan incubator utama anda sentiasa bersih..

Sekian..

Brooder guna semula..






Sejak teman guna Incubator plastik nie, teman mula menukar semua incubator kayu teman yang lama, semuanya nampak dah mula berkulat walaupun teman dah cat dgn cat minyak 2 lapis. Ada kemungkinan peratusan telur yang menetas akan turun mendadak selepas teman aktif mengeluarkan anak dari Incubator ini sejak 5 bulan lepas.

So bila dah ada beberapa incubator teman yang tak digunakan cam nie, teman tukar fungsinya kepada brooder. Pasang jaring dibahagaian atas dan masukkan anak ayam. jgn lupa pula untuk masukkan lampu 5 watt untuk kepanasan anak ayam. anda hanya perlu mengubah ketinggian lampu mengikut umur anak ayam. Makin besar anak makin tinggi lampu kita perlu naikkan sehingga ayam itu hanya perlukan lampu apabila malam sahaja.

14 January 2010















Lagi gambar Incubator





lagi Gambar Incubator terbaru yang teman gelarkan Incubator "cun" hehehe sebab nampak comel je.. lihat perbandingan saiz bagi ketiga2 Incubator..
Hubungi teman d 012-3332273 untuk pembelian..

Gambar New Incubator




Salam,

Nie gambar Incubator terbaru keluaran Citypull. Sama sahaja dengan sebelumnya cuma menukar kotak Incubator kepada kotak lutsinar plastik yang cun sedikit dari dulu. Anda akan lebih leka melihat anak ayam berlari buatkali pertama dalam hidupnya sebagai ayam, anda juga akan terpesona melihat proses penetasan telur sama seperti anda melihat ikan berenang didalam Akuarium..

Gambar atas sekali adalah saiz 30 biji, kedua 60 biji dan ketiga 160 biji..

Budaya Ilmu Sedang Berkembang..

Salam,

Alhamdulilah, sekarang blog sahabat2 penternak kita sedang membudayakan ilmu dalam blog merka. Dapat kita perhatikan kebelakangan ini banyak maklumat dan sumber maklumat penternakan dikongsi bersama dalam blog. Suatu ketika dahulu cukup sukar kita perolehi.

Tahniah teman ucapkan kepada blooger sekalian kerana membudayakan ilmu dan sanggup berkongsi ilmu dikalangan penternak sekarang. teruskan USAHA murni mu dan teman harap bidang penternakan kini menjadi maju dan moden sehingga disegani seantero dunia. Percayalah lebih banyak kita memberi lebih banyak akan kita terima nanti dengan syarat kita ikhlas..

13 January 2010

Sedikit Ulang kaji..

Salam,

Saje teman nak ulang balik perkara yang perlu anda lakukan semasa menggunakan Incubator . Incubator adalah alat bantuan pengeraman dimana kita mengantikan tugasan ibu ayam dengan mengadakan persekitaran sama seperti dibawah perut ibunya.

Pada dasarnya untuk kejayaan mengeramkan telur, kita perlukan 3 perkara iaitu:

1. suhu yang sesuai
2. Kelembapan yang sesuai
3. Aktiviti yang wajib dilakukan.

Kalau dulu Incubator ini begitu asing dan kurang diketahui umum. Tahun 2009 melihatkan pembaharuan dalam industri ini apabila lebih dari seratus pengguna telah menggunakan alat ini. Alat ini suatu ketika itu hanya digunakan oleh mereka yg berada dalam level otai. Namun sekarang ianya mula di sebarkan dan teknologinya bukanlah lagi satu rahsia sulit.

Untuk suhu semua ornag tahu yg setting yg paling sesuai adalah pada 37 darjah calcius (teman dah lekatkan kat telur yg sedang dieram. Oleh itu kita menggunakan Thermostrart untuk mengawal suhu dalam incubator dengan menyabung dan memutuskan bekalan kuasa kepada pemasas. Tugasan Incubator ini perlu ditentu ukur untuk memastikan suhu didalam Incubator ini stabil. kebolehan Thermostart berbeza2 mengikut jenis namun yang penting kita memastikan peratusan suhu berada dalam julat 37 melebihi 70% dari tempoh suhu menaik dan menurun.

Bagi kelembapan pula, kelembapan biasa dibawah perut ibu adalah diantara 50-70%. Kelembapan ini hampir sama dgn persekitaran reban yang mana akan berubah2 mengikut cuaca. kelembapan sebenarnya adalah kandungan air yang terserap didalm udara atau peratusan air dalam udara. Sekiranya kita memanaskan sesuah incubator denagn suhu yang tinggi, kandungan kelembapan akan menurun sehingga bekas ini menjadi "kering". Oleh itu kebiasaannyakita manambah bekas air untuk sumber air.

Aktiviti pula bermula dari peringkat permulaan iaitu memeriksa keadaan telur dan membuat saringan sebelum memasukkan didalam Incubator. Semasa proses ini dilakukan, anda perlu memeriksa telur secara fikikal dan memeriksa kandungan telur dgn teknik candling. Telur diperiksa supaya bebas jangkita, mempunyai kuning telur dan masaih utuh tanpa ada sebarang retakan. kemudian anda memasukkan kedalam Incubator dan memulakan Pengeraman. Setelah hari eraman mencecah 4-5 hari periksa telur dengan teknik candling dan periksa perkembangan benih didalm telur. Keluarkan yg tidak menunjukan sebarang perubahan. Perlu diingatkan yang jankita kuman yang menjadi penyebab NO 1 telur gagal ditetas kan adalah dari punca tangan kita sendiri yang kotor. Aktiviti mengerakan telur dilakukan 2 kali sehari dgn penuh berhati2. periksa sekali lagi pada hari ke 4 terakhir dan diamkan telur sehingga menetas.

Sekiranya kesemua ketiga2 faktor besar ini diperolehi maka akan menetas lah telur tadi selepas 21 hari dieramkan. Hanya setelah ketiga3 perkara ini dilakukan barulah kita boleh berpuas hati dgn hasil yg kita perolehi kelak.

Satu lagi perkara yang sering mengantui pengguna Incubator sama ada disedai atau tidak, adalah peratusan telur menetas akan menurun selepas 3-4 kali penetasan telur. Kita perhatikan kalau dulu banyak sungguh telur berjaya ditetaskan namun sekarang seringkali terserempak telur yg bertalipinggan merah atau lebih dikenali sebagai bectiria ring. perkara ini sebenarnya wujud apabila kita menggunakan Incubator untuk dua tugasan sekali tanpa mengambil berat tugasanya.

Sepatutnya kita mempunyai 2 incubator yg ditugaskan untuk 2 perkara berbeza..iaitu pertama untuk mengeramkan telur selama 16 hari dan sebuah lagi dikhaskan hanya untuk menetaskan telur untuk 3 hari terakhir, Hujahnya.. apabila setiap kali telur menetas, anak ayam akan keluar sekali dengan lebihan lenderan yg menyelutupi anak ayam semasa berada dalam telur bersama2 denagn tali pusat yang akan putus semasa anak ayam ini mula 'mengering'. Anak ayam akan dibiarkan mengering dan bertatih didalam incubator ini dan mula melepaskan najisnya yang pertama. Kesemua lebihan dan najis anak ayam ini akan meresap dalam bekas didalam incubator kita dan menyebabkan kuman dan bektiria akan mula membiak. Dgn jumlah kuman yg semakin bertambah, peratusan telur menetas setelah dieramkan mula menurun.

So sekiranya anda tidak mampu untuk memiliki Incubator kedua, taman nasihatkan buat sendiri untuk kegunaan sendiri. Jika anda tidak mampu untuk membuat incubator, anda boleh membeli sebuah lagi incubator mini yang hanya boleh memuatkan 30 biji telur dalam satu2 masa yg baru dikeluarkan oleh Citypull. harganya hanya RM 119 sahaja dan anda boleh khaskan untuk kegunaan penetasan telur setelah 16 hari mengeram dalam incubator utama anda. Walaupun Incubator ini direka untuk pengguna mikro yg menternak beberapa ekor ayam sahaja, tetapi kita boleh mengubah fungsinya kepada Incubator untuk penetasan.

So jikalau adanya incubator berkapasiti kecil ini, peratusan incubator anda dijankiti kuman mampu dikurangkan. Anda boleh membasuh incubator penetas kecil ini dengan sabun dan dibilas dengan cairan antiseptik berikutan meterial plastik yang digunakan setiap kali selepas anak ayam berjaya ditetaskan. Sebarang persoalan atau kurang paham maksud alat penetasa selain alat pengeraman, anda boleh hubungi teman ditalian 012-3332273.. sekian..

Nota dalam draf terakhir..

Salam,

HEHEHE teman paham kepada yang menunggu nota teman, betul2 sangat dahagakan ILMU.. teman sanjung dan puji sikap tu.. Tapi teman mintak maaf sangat2 kalau2 ada yg dah start benggang sbb email dari teman tak sampai2 lagi..

Teman sedang dalam draf terakhir untuk menambah beberapa perkara dan tajuk dalam nota. Sebelum nie boleh dikirakan teman dah siap dah tetapi disaat akhir teman dah jumpa beberapa nota lain atau cara lain untuk tambahan seperti tajuk, makanan tambahan ayam, tambahan sedikit nota pasal penyakit ayam, cara membina reban khas untuk pembakaan dan sedikit cobtoh ayam yang sakit.

So harap bersabar.. teman janji nota nanti berada dalam kualiti yang memuaskan dan berguna untuk anda. Anda juga boleh berkongsi dengan rakan2 untuk ilmu ini. Sesungguhnya ilmu ini datangNya dan teman nie sekadar berkongsi sahaja. Tunggu kehadiranya.. Untuk maklumat nota yg teman berikan nie percuma sahaja atas ucapan tanda terima kasih Citypull kerana setia berkunjung ke blog ini. Harap tiada yang menangguk diair yg keruh dengan manjual kembali untuk mengaut keuntungan secara tidak betul..

Orangnya tak serupa Gambarannya???

Salam,

Ini adalah rumusan yang teman berikan sepanjang teman menerima kunjungan serta panggilan. Bukan teman nak terasa atau teman mengata, tetapi hanya senyuman manis yang teman rasakan dan agak berbangga denagn apa yang berlaku.

Seringkali teman menerima ayat " la muda lagi citipull nie" atau "laa reban kat belakang rumah sahaja" ketika menerima kunjungan pelawat. Yelah kekadang yang datang pun dah ada pangkat masing2 diawal nama mereka dan tak kurang juga yang harga kereta mereka lagi mahal dari rumah teman. Bila datang seolah mereka frust atau hampa melihat orang yang mereka kunjungi serba sederhana atau biasa2 sahaja.

Namun bila melawat dan melihat sendiri reban teman disamping ilmu yang dikongsi bersama, hati pelawat mula berubah. Teman dapat rasakan perubahan ketara itu. Kebanyakkan mereka pulang dengan senyuman dibibir dan merasakan pelaburan wang minyak dan masa untuk kereban teman semacam berbaloi. Kalau nak diikutkan dari segi budget serta setting reban teman, sememangnya jauh dari kecanggihan dan kemewahan. Rumah teman pun sekadar ala kadar dan pakaian teman pun selalunya kusam. Bukan teman nie mahu dilihat sedemikian tetapi itulah realitinya kehidupan mereka yang sedang membina perniagaan.

Teman sangat suka mengamalkan pepatah "mengukur baju pada badan sendiri". Kalau kita belum lagi berada, buatlah seperti kita belum berada. Buat apa kita duk pentingkan "wayang" untuk mendapatkan rase hormat atau sanjugan padahal hati kita sendiri yang tahu kemampuan diri sendiri. Dengan hutang keliling pinggang dan seringkali wang saku bulanan tinggal suku sebelum gaji disebabkan pembayaran ansuran yang berkilo2 banyaknya.

Dan konsep teman biasanya mementingkan penjimatan seboleh mungkin tanpa menggangu keperluan yang standart. Sebagai contoh, sekiranya kita tahu sejauh mana kemampuan dan keperluan kita untuk mengisar tumbuhan hijau, kita perlu berkira adalah perlu kita membeli mesin pengisar makanan yang berharga RM 2000? dan sekiranya kita boleh mengantikan bekas makanan dengan bekas yg sudah sedia ada dirumah, mengapa kita perlu membeli peralatan yg mahal dipasaran?

So sekiranya anda melawat atau berjumpa teman jgn terperanjat sekiranya reban teman hanya dibelakang rumah. dan jangan terperanjat sekiranya teman hanya orang biasa dan sangat sederhana. Bukan itu yang kita cari tetapi ilmu penternakan yang kita mahukan. Bukankah anda berkunjung untuk melihat sendiri bagaimana teman menjalankan tugasan harian teman direban dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu?

Dan kalau boleh sekiranya ada pertanyaan, teman lebih suka anda hubungi teman terus menggunakan telipon dan bukannya hanya menghantar SMS. Banyak perkara yang teman sukar nak jelaskan melalui SMS dan teman paling tak minat nak menaip satu2 huruf dalam butang kecil ditelepon. Kekadang soalan yang diberikan sangat umum dan melemahkan teman nak menjawawb. Ada baiknya call sahaja teman dan akan teman layan sebaiknya. Kalau boleh jagalah percakapan kita dengan menjaga budi bahasa supaya teman lebih seronok untuk menjawab soalan. Janganlah bertanya seperti menyoal siasat dalam balai atau menanyakan soalan dengan kasar atau kurang sopan. Anda kena ingat yg teman mahu menolong anda menternak dan bukannya mengejar imbuhan dari bantuan. Dan kalau boleh hargailah sedikit apa yg teman lakukan hehehhe.. Bukan apa, sebelum ni ada teman menerima beberapa panggilan dari seorang Otai umur yang memulakan perbualan dengan menanyakan umur teman. Bila dah tahu umur mula dia layan kita seperti budak2 atau seperti pekerja dia.

Diakhir perbualan adalah teman mengatakan sikapnya yang kurang teman senangi namun beliau melenting balik dan mengatakan teman tiada hak nak menegurnya sedemikian kerana teman masih "budak hingusan" bagi mereka. Apa yang dibangkitkan tentang kos bil teliponnya semasa menghubungi teman.. kekadang tertanya juga dalam hati.. Teman nie sedang bekerja dalam jabatan VET ke atau kerajaan yang dia nak marah2 macam tu skali?..

So kalau boleh call je teman untuk pertanyaan dan elakkan menghantar SMS kerana kekadang teman pun tak mampu menyediakan kredit yg banyak untuk membalas SMS. Kena pulak yg menghantar adalah dari syarikat telekomunikasi yang berbeza, satu SMS kena charge RM 0.45. Seorang bersoal jawab 10-15 SMS dan kalau teman bermesej dengan 3-4 orang satu hari? berapa pula yg teman nak toup sebulan hehhee? maap, bukan teman kedekut tapi teman tak mampu..takut teman tak balas bukan sebab sombong tapi takde sbb takde duit ..

Adakah anda mampu BERNIAGA?

Salam,

Sedar tak sedar semakin ramai dikalangan 'orang' kita menceburi bidang pertanian termasuk bercucuk tanam, menternak dan mengembala. Boleh dikatakan corak ini mampu manjana pendapatan dan kemampuan kewangan digolongan kita. Sememangnya dari sejak kita mula dijajah ratusan tahun dahulu kita diacukan supaya hanya makan gaji or bekerja dibawah orang. Langsung ketika itu tiada usaha untuk menggalakkan kita berdagang.

tetapi sedarkah kita generasi kita berabad dulu cukup terkenal sebagai golongan pedangang? Kita berjaya memperkenalkan bahasa Melayu dan mempu membina Empayar yang Cemerlang. Bukti cukup jelas dengan Wujudnya perkampungan melayu diserata pelusuk dunia walaupun sekarang jumlahnya sangat kecil. Sememngnya boleh kita banggakan kejayaan mereka2 yang terdahulu dari kita.

So persoalanya, adakah kita generasi baru ini mampu mengembalikan era yang dikecapi dahulu? adalah kita mempunyi ciri2 yang sama dengan mereka yang membina empayar? adakah kita petut menyalahkan kerajaan kerana tidak menjayakan kemahuankita? semua persoalan itu sebenarnya adalah mencerminkan kejayaan penjajah mengacu dan membentuk kita supaya mempunyai sikap suka menunding jari kepada orang lain, seniasa dengki mendengki bak kata pepatah "kalau aku jatuh biarkan semuanya jatuh sekali", dan sentiasa mengamalkan sikap "tak apa". APa yg dimaksudkan sikap tak apa itu adalah cara kita menangani masalah dengan hanya menyebut "tak apa la" sekiranya ada perkara berlaku. Sekiranya kita berada dalam masalah kesempitan kewangan kita sering menyebut " tak apalah, esok2 adalah duit aku nak guna".

Kalau kita baca atau mengkaji sikap dan sifat mereka yang terdahulu, kita dapati sikap kita sekarang sangat jauh dari mereka. Banyak yang kita fikirkan semacam tak mampu kita ikut atau tak mempu kita pelajari. Sebagai contoh, ketika itu mereka mengamalkan budaya Ilmu dimana ada sahaja peluang untuk belajar mereka akan belajar. Kekadang kalau Ilmu itu datangnya dari org yg lebih muda dari mereka, mereka sanggup mempersembahkan diri untuk belajar. Setiap majlis ilmu dipenuhi dengan pengunjung yang sangat dahagakan Ilmu. Mereka mampu mandalami pelbagai bahasa dan cekap berunding semasa menjalankan perniagaan. Ketika itu pedagang melayu sangat terkenal dengan keramahan serta sikap bertolak angsur dalam perniagaan. Tiada istilah "tidak boleh" dalam kamus mereka. Dan yang paling penting adalah "DISPLIN".

So adakah anda mampu berniaga? soalan yang sangat berat bagi sesetengah pihak. Kalau dilihat, bila kita mendengar sahaja ada 'orang' kita berniaga, kite terus menganggap orang itu berduit dan agak mewah namun bila sanak saudara atau orang terdekat kita berniaga, mula timbul rase kurang yakin atau merendahkan mereka kerana kita beranggapan yang kita sendiri lebih "kenal" kemampuan beliau. Dan apa bila kita sendiri ingin memulakan perniagaan, kita sendiri yang hanya nampak kepulan2 RM yang bakal diterima. Sebenarnya RM adalah perkara terakhir yang perlu dikira setelah semua perancangan, strategi, analisa dan pelaksanaan dilakukan. Kalau semuanya berada ditahap terbaik, kepulan RM itu akan sendiri bergolek kepada kita.

So sejauh manakan tahap displin yang diperlukan oleh seorang perniaga tak kira petani, peruncit atau pedangang? Sebenarnya tahap displin mereka sangat tinggi sehingakan kita yg makan gaji ini mengelarkan mereka sebagai manusia yang hanya tahu bekerja setiap hari sepanjang masa tanpa ada masa untuk beriadah dan menikmati nikmad dunia. Namun bila kita lihat mereka bermewah dengan harta dunia, timbulah pula perasan iri hati didalam diri.

Untuk mengukur sejauh mana anda mampu mendispinkan diri, periksa kembali track perjalanan hidup anda sebelum ini semasa anda bekerja. Kira berapa kali anda poteng kerja atau berapa kali anda "mengular" denagn mengadakan pelbagai alasan untuk tidak mahu bekerja. Berapa kali anda datang lewat kekerja dan sejauh mana anda mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan baik. kemudian lihat pula siapakan anda semasa Jam menunjukkan 15 minit sebelum Jam 5 untuk pulang. Adakah anda gelisah dan kerap meligat jam kerana tak sabar2 nak pulang, atau anda sering terlupa untuk pulang dek kerana asyik melakukan kerja. adakah anda merasakan terbeben apabila ada tugasan baru diberikan kepada anda yang diluar"kebiasanan" kerja yang anda biasa lakukan?

Kalau jawapannya banyak yang negetif, mungkin anda tak sesuai untuk berniaga. Namun jika sebaliknya anda berada dalam landasan yang betul. Namun anda perlu lihat kembali..tujuan anda bergitu berdisplin semasa anda bekerja? adakah kerana Bos anda garang, atau anda terdorong untuk melakukanya kerana imbuhan yang dijanjikan atau anda sememangnya mempunyai jati diri untuk melakukan terbaik untuk setiap apa yang anda lakukan. Jika jawapan anda yang terakhir sekali, maka anda sangat2 layak untuk berniaga.

Mengapa Displin sangat penting untuk berniaga? ia adalah kunci sebenarnya untuk bejaya. Anda perlu patuh kepada waktu membuka perniagaan yang telah anda sendiri tentukan, anda perlu patuh dan melakukan tugasan mengikut jadual, anda mampu mempertahankan diri dari segala kemalasan dan alasan yang hati kecil anda cipta, dan anda mampu menunggu pelangan datang berjam2 sehari. Ia sangat penting kerana kita tiada Boss yang memantau pergerakan dan kerja kita tiada badan yang akan menilai kerja kita saban bulan. Daya pemikiran yang tajam serta paham perniagaan yang dilakukan akan menjamin kejayana anda. Displin juga merangkumi keupayaan anda merekod transaksi perniagaan anda, displin mengurus kewangan seperti aliran tunai serta resit, displin untuk menunaikan janji kepada tempahan barangan anda serta displin untuk memastikan pelanggan anda mendapat barangan yang mencapai standard yang telah anda sendiri tetapkan.

So kalau anda tiadak kemampuan untuk semua ini, anda perlu memperbaiki diri anda terlebih dahulu sebelum memulakanya. Sikap suka bertangguh dan malu untuk melakukan sesuatu akan membataskan kemampuan anda berniaga. Kekadang kita akan terjumpa peniaga melayu yang nampak segan untuk berniaga kerana rase malu dicemuh atau dikutuk oleh rakan atau saudara. Nampak mereka begitu pasif dalam aktiviti jualan dan mahu balik secepat mungkin walaupun barang jualan masih belum berusik.

Ukur baju pada badan anda sendiri mulai sekarang dan suba perbaiki kelemahan yang ada. Jgn cuba tutup kelemahan diri anda sepeti alasan tiada masa atau tidak pandai dengan memilih perniagaan seperti memberi wang deposit, tunggu dan dapat hasil seperti yang banyak berlaku sekarang. Atau anda hanya memilih perniagaan yang bermusim atau yg ramai sangat orang dah buat kerana propaganda mengatakan perniagaan itu sangat menguntungkan..

*hanya sedikit renungan untuk kebaikan kita bersama..

12 January 2010

New Incubator Design

Salam,

teman nak bagitau mulai esok teman akan melancarkan siri Incubator baru untuk jualan. Secara amnya rupa parasnya tak banyak lari dari yang biasa. Cuma teman ada meningkatkan beberapa ciri dan bahan yang digunakan berikuta trend yang teman terima dari permitaan sekarang.

Hampir 75% pembeli mahukan incubator plastik jernih yang membenarkan kita melihat telur dan anak ayam yang baru menetas dari luar tanpa perlu membuka penutup atau menjenguk dari dalam tingkap. Sebelum ini kotak jenis ini lebih mahal dari kotak berwarna berikutan buatanya dari plastik baru dari kilang berbanding plastik yang berwarna yang mengikut sumber diperbuat dari plastik kitar semula. Sejauh mana kebenarannya teman tak tahu tetapi bagi teman yang penting adalah ketahanan dan kesesuaianya.

So Teman dah jumpa kedai yang menjual kotak plastik lutsinar ini yg menjual harga yang hampir sama dengan kotak bewarnak sebelum ini. Dengan harga yang sama maka dapatlah teman jual incubator berkapasiti sama dengan harga serupa seperti dahulu. Dibawah adalah keterperincian Incubator teman.

1. Incubator Heavy User
Kapasiti : 160 Biji telur
Bahan: Kotak Plastik Lutsinar
Sistem: Force Air
Thermometer Digital (built In)
Harga: RM 260.00

2. Incubator Normal
Kapasiti : 60 Biji telur
Bahan: Kotak Plastik Lutsinar
Sistem: Force Air
Thermometer Digital (built In)
Harga: RM 180.00

2. Incubator Hobby User
Kapasiti : 30 Biji telur
Bahan: Kotak Plastik Lutsinar
Sistem: Force Air
Thermometer Tidak disediakan
Harga: RM 120.00

Kalau anda perhatikan Incubator muatan 120 biji telah ditamatkan pengeluaranya atas permintaan yang kurang. Pihak kami mengantikanya dengan satu kapasiti baru iaitu muatan 30 biji khas untuk mereka yang mempuyai ibu ayam dibawah 10 Ekor. Jenis ini juga sesuai untuk mereka yang menternak ayam serama, burung atau unggas lain dalam jumlah yang sedikit. Mungkin anda hanya mahu menggunakanya sekali sekala sahaja apabila haiwan peliharaan anda mula bertelur.

Thermometer sebelum ini ditukarkan kepada Digital berikutan permintaan dari ramai pembeli teamn sebelum ini. Dan teman yakin dengan penambahan beberapa ciri lain yang akan teman ceritakan esok akan menambah nilai incubator yang teman jual. Teman juga akan mengubah konsep jualan teman kepada "Cash N Carry" atau anda bole terus membayar semasa anda membeli nanti dengan stock yang telah sedia ada.

Gambar dan keteperincian akan teman beri esok.

Penternakan Ayam kacuk

Salam semua,

Berkenaan penternakan ayam kacuk, mungkin tuan2 semua merasakan teman nie macam berlaku tidak adil terhadap ternakan ayam kacuk. Post teman sebelum ini mungkin ada menguris perasaan mereka yang sedang menternak ayam kacuk. Sebenarnya bukan teman mengkelaskan ayam kacuk ini kepada kelas kedua berbanding ayam kampung ori.

untuk makluman teman pun ada bercadang nak menternak ayam kampung kacuk ini tetapi dengan jumlah yang kecil. Disamping teman mengeluarkan benih dan daging bagi ayam kampung asli teman nak juga menternak yg kacuk. Ini berikutan permintaan tinggi oleh pendatang yang meminati apa juga kenis ayam kampung. Kalau dulu teman ada dalam 20 ekor ayam kampung daging yang diternak didalam reban teman. Kalau ada yang nak beli, teman jual yang kacuk nie. Habis semuanya yang ada dalam reban teman. Bila dah habis terpaksa lah pulak teman jual baka induk yang teman simpan untuk mendapatkan telur. Bila had jualan melebihi jumlah minima yang patut ada dalam reban teman, mulalah teman mengelabah dan memberhentikan jualan. Sudahnya ada yang mula hangin bila teman dah tak jual ayam lagi. berkali2 datang dan memujuk untuk teman menjual ayam untuk santapan mereka.

So Insyallah akan teman ternak dalam 200 ekor untuk setiap bulan dan akan teman bawa kepasar semasa teman menjual incubator. Dan mungkin juga teman hanya perlu menjual dari ladang sahaja berikutan yang tahu teman menjual ayam nie ramai. Bila tersebarje berita teman bukak jualan ayam maka berduyun2 datang nak beli. Cuma teman nak bagitau yang post2 teman ini hanya nak menyedarkan dan memberi nasihat kepada mereka yang belum benar2 bersedia tetapi dah menternak sampai ribuan ayam kampung kacuk. Teman taknak kes beberapa kawan teman yang tak mampu menjual ayamnya setelah sampai masa. Ada juga yang sampai tak cukup duit untuk membeli dedak untuk ternakan dia. Manalah ayam kampung kacuk ini tahan nak mencekek hampas kelapa bercampur nasik kedai hari2. Dah memang biasanya dorang makan dedak sampai besar.

So bagi yang yakin dengan pasaran atau dan ada pasaran sendiri, silakan maju kehadapan dan menternak ayam kampung. Sememangnya kalau anda sudah mempunyai market setempat anda sendiri, tiada masalah yang akan timbul kemudian kelak apabila ternakan mencapai usia jual. Ada ramai penternak yang menternak ayam ini dibawah 1000 ekor mampu menjana pendapatan yang meyakinkan. Cuma teman bimbang kalau ada mereka terus nak terjun dengan menternak melebihi 1000 ekor tanpa persediaan yang secukupnya.

Antara kelebihan ayam kampung kacuk adalah jumlah anak ayam yang banyak dan seusia dapat diperolehi dengan mudah. Harga anak ayam ini juga agak murah dari julat RM 1.60 sehingga RM 2.30. Dan kalau kita ada kemahiran memasak makanan sendiri disamping makanan tambahan lain yang diberikan, kos penternakan menjadi kurang. Dgn purata harga jualan RM 15 seekor(1.5kg) jumlah keseluruhan jualan kasar bagi 100 ekor ayam adalah RM 1500. Dan kalau anda jual 300 ekor sebulan, anda mungkin memiliki RM 4500 didalam tangan. Cuma apabila anda menjual secara banyak sehingga mencecah 1000 ekor sebulan, teman bimbang tiada cukup pasaran pembelian sekitar anda. Mungkin kita mengharapkan sejumlah RM 15 ribu wang dah berada didalam tangan kita padahal tiada sapa sudi membeli ayam. Bila kita dah berada dalam keadaan terdesak, ada pihak yang suka mengambil kesempatan dengan menawar ayam kita sehingga ke harga yang tak masuk akal. Oleh kerana kita takut rugi dan dan terdesak dek kerana ayam semangkin membesar, kita pun setuju. Habislah segala usaha kita 2-3 bulan dengan penjualan yang berat sebelah.

So kepada mereka yang mahu mendapat pendapatan tambahan, boleh menternak dalam skala kecil dahulu. Mungkin semasa ini adalah medan terbaik untuk kita belajar dari pengalaman menternak. Dan bila anda dah mula membina empayer anda sendiri, anda mungkin boleh merasa kemewahan yang anda perolehi hasil titip peluh selama ini.

Akhirnya teman nak mintak maaf sekiranya post teman sebelum ini agak kurang adil. Diminta pihak tuan2 dapat mengambil isi yang penting seperti cara menjaga anak ayam untuk rujukan tuan.

09 January 2010

Cerita Ayam Kampung

Salam ,

kalau kita nak pikir kan sedalam2nya.. penternakan ayam kampung nie memang macam tak masuk akal.. antara yang dijadikan masalah seperti tempoh menternak yang sampai 6 bulan, makanan yang asik naik je harganya, pastu pulak bekalan benih pun takde sekarang, kita merasakan tak logik kalau kita nak majukan diri dan bergantung hidup dengan menternak ayam nie.

Ada yang lebih selesa dengan perniagaan yang lebih cepat menguntungkan walaupun kadang2 bayang kejayaan dia pun kita tak pasti. kita menjeling sebelah mata sahaja penternakan yang dikatogorikan sebagai susah dan lambat dapat hasil. Bila timbul cerita pasal bela ayam kampung asli nie kita memandang dengan pandangan sinis dan tersenyum mengejek. Padal kita sendiri tahu golongan mana yang gilakan ayam kampung nie. leh dikatakan kalau diletak dipasar je jualannya tak sampai pun setengah hari.

namun perasaan kita yang kekadang hanya mengira pangkalian keuntungan kekadang melupakan kita keapda tugasan menternak ayam ini diladang. Yang dikira kalau aku bela sekian jumlah bila dijual aku dapat sekian jumlah duitnya.. hanya lambang 'RM' yang nampak dimata. Bila nak mula yang dipikirkan jumlah ayam yang handak dibela dan bukannya kemampuan diri sendiri menjaga reban. Antara persoalan yang ditimbulkan bagaimana saya nak mengandakan duit yang ingin dilaburkan sekarang. berapa cepat saya leh dapat untung dan sebagainya.

Sebenarnya dalam perniagaan kita memerlukan ketahanan syarikat dan diri pemilik itu sendiri untuk terus berniagan selama setahun dan seterusnya selagi ianya masih mampu dijalankan. Ini bermaksud kalau kita nak berniaga,kita perlu melakukan kerja seperti mana kita kerja makan gaji dimana perniagaan itu adalah majikan kita. Kita perlu daang kerja setiap hari, sentiasa memastiakn komitmen yang diberikan kepada bos kita ditahap maksimun agak ada kenaikan gaji hujung tahun kelak. Kekadang setelah kita menceburi diri dalam perniagaan, kita rasakan kita sendiri adalah majikan dan semua bekerja untuk kita. Itulah yang silap. Dalam penternakan, aset utama ternakan kita dijaga sepenuhnya supaya ianya menjanjikan pulangan balik yang diharapkan. Kalau kita fikir kita boss, maka sapa yang kuli sapa pula yang nak bagi gaji?

Satu tips untuk memastikan kita terus berniaga tahun2 mendatang, kenaikan atau kemajuan yang kita capai perlu secara berperingkat atau selalu orang sebut "naik pelan pelan". Bukan kita nak mengengkang kemewahan atau keuntungan yang berganda tetapi nak memastikan perniagaan kita berterusan dan tidak hanya bermusim. Dalam jangka masa ini kita perlu sentiasa belajar perkara baru dan memajukan diri. Persiapkan diri untuk cabaran akan datang. Sememangnya perniagaan mampu menukar taraf hidup seseorang individu kepada lebih baik.

Untuk ayam kampung pula, janganlah kita tamak dengan membuat pinjaman sampai ratusan ribu atau mengeluarkan semua simpanan hari tua kita untuk menternak. seharusnya kita mulakan dengan perlahan dan perlahan2 melatih diri kita menjadi lebih cekal untuk terus menternak. Bukan bilangan ternakan untuk dijual yang dicari tetapi kemampuan kita untuk mengeluarkan ternakan jualan yang kosisten setiap bulan. Kalau kita sudah mampu, barulah kita merancang untuk menggandakan bilangan ternakan kita ketika itu. Kalau dengan 10 k yang kita ada, kita merancang untuk menghabiskan semua dan berharap 6 bulan dari sekarang RM 10 yang dilaburkan itu menajdi 50k, itu adalah mustahil sekali. Mungkin dengan memasuki skim ala2 pakman telo mampu menjanakan kewangan sebegitu.. Kalau berani masuk laa.. kalau kena sendiri mau tanggung..

apa yang perlu anda lakukan adalah menimba ilmu pernternakan serta ilmu perniagaan melalui pengalaman anda sendiri. Dari situ kita mengasah bakat serta skill untuk lebih berjaya kelak. Tiada had umur untuk berniaga dan kecacatan bukan halangan. Walaupun anda sudah berkerjaya sekarang dan mempunyai gaji 4 angka, anda masig boleh berniaga, dan sekiranya anda sekarang penganggur lepasa 'U" terhormat anda masih juga boleh berniaga. Terlalu banyak bidang yg anda boleh ceburi dan tak semetinya hanya mengikut apa yg org lain buat. Ikutlah jejak angan mat Jenin tu tapi jgn pula melepaskan tangan semasa berangan memeluk tuan puteri diatas pokok. Hanya org yg berfikiran kreatif dan ada wawasan seperti Mat Jenin sahaja mampu mencapai kejayaan dengan syarat sentiasa berpijak di Bumi yang nyata.

08 January 2010

Bagai layang2 putus talinya..

Salam,

kali nie teman nak bercerita tentang mereka yang boleh digolongankan sebagai golongan yang menghampiri masa pencen mereka. Mereka yang mungkin telah berumur melebihi 50 tahun dan telah banyak mengharungi kehidupan didunia ini. Dalam tempoh masa sebelum ini, kebanyakan mereka meyara kehidupan dengan bekerja dengan majikan dan memperolehi gaji bulanan yang ditetapkan. Kehidupan agak terjamin sebelum ini dan mampu membesarkan anak2 dengan jayanya.

Namun apabila usia semakin meningkat dan menyedari masa untuk mereka berkhidmat didalam kerjaya yang mereka lakukan sekarang semakin pendek. Dalam masa bawawh 5 tahun dari sekarang mungkin mereka akan kehilangan punca kewangan bulanan seperti mana yang telah biasa mereka dapat sekarang. Tulisan teman ini bukannya untuk memandai2 atau memberi nasihat tetapi lebih kepada rase hormat dan kagum melihat persediaan yang telah mereka rancang lebih awal sebelum berpencen esok. Ini juga termasuk kepada bapa teman sendiri yang telah berkira2 apakah jalan untuk mendapat punca rezeki yang baru disamping pencen yang sedia ada.

Kalau sebelum ini, hidup mereka dipenuhi dengan tugasan harian yang tak pernah habis, malah makin lama bertugas makin besar tugas yang dipikul. teman tak nafikan separuh dari hati mereka telah pencen dek tekanan yang diterima waktu bertugas sekarang.. yelah berpuluh tahun menjalankan tugas yang sama dan disamping tekanan dari bebudak baru yang semakin lama semakin hilang hormat kepada mereka yang telah lama ini. Separuh lagi hati risau dengan kehidupan selepas berpencen memikirkan nasib anak2 dan keluarga yang masih dalam tanggungan mereka. Semua itu bukanlah satu kesalahan sebenarnya, ia membuktikan mereka ini sangat beringat dan mengasihi keluarga masing2.

Dan teman yakin, mungkin lebih dari 20 orang golongan terhormat ini melayari bloh teman saban hari. Mungkin bertujuan menimba ilmu sebaik mungkin sebelum melakukan beberapa projek yang dirasakan boleh menjamin kehidupan mereka selepas berpencen kelak. Ada juga yang masih berkira2 dan tercari2 perkara yang berseuaian dgn mereka untuk dibandingkan dengan minat dan sejauh mana keuntungan dijamin kelak. Buktinya sudah beberapa orang datang dan singgah kereban teman berceritakan cita2 mereka untuk menternak apabila pencen kelak.. teman sebenarnya sangat yakin dan percaya mereka akan berjaya kelak sekiranya menceburi bidang ini berikutan kematangan mereka serta paham tentang keperluan kesungguhan diri dalam bidang seperti ini. Kematangan fikiran serta kurang sikap nak "enjoy" seperti dikalangan org muda seperti teman akan menyebabkan mereka lebih tekad dan bersungguh dalam projek mereka nanti. Mereka tahu sekiranya mereka gagal, ada kemungkinan mereka tidak dapat lagi menampung kehidupan keluarga mereka yang sedang membesar sekarang dan memerlukan banyak belanja saban bulan..

Apa yang teman segan dan kagum dgn sikap mereka ini adalah, rase hormat mereka kepada mereka yang mungkin ada sedikit ilmu dari mereka walaupun jauh lebih muda. Kadangkala teman merasa tidak adil sekiranya mereka mengelak "tuan" semasa melawat reban, rase sangat tidak sesuai berbanding pengalaman mereka hidup berpuluh tahun dimuka bumi ini. Kita sebagai anak2 bagi mereka sepatutnya merase lebih hormat kepada mereka dan memberi sebaik mungkin ilmu berikutan niat mereka yang murni. Kalau nak dikirakan tahun, sepatutnya mereka merancang persaraan dan berehat selepas ini setelah bertahun2 mencari rezeki. Namun apakan daya dengan tekanan hidup dan keperluan yang berterusan mendesak, mereka gagahkan juga kaki dan tangan untuk bekerja lagi dan mungkin bekerja lebih keras dari masa muda mereka.

So kepada Tuan2 yang akan berpencen, teman ucapkan semoga maju jaya dalam rancangan mereka dan yang berminat dalam bidang ini teruskan usaha anda mencari ilmu. Dan sekiranya memerlukan bantuan dari teman untuk merancang atau mempelajari selok belok penternakan, silakan lah hadir kereban teman dan teman akan melayan sebaik mungkin. Doa dari teman aga segala Usaha tuan2 diberkatia tuhan dan dimurahkan rezeki untuk keluarga masing..

Dan yang teman kagum juga.. saudara terdekat teman yang datang dari "kampung" ke bandar untuk mempelajari cara menternak ayam ini. Esok teman akan menerima kunjungan mereka dan teman paham yang mereka datang dengan penuh harapan untuk membawa balik sebanyak ilmu yang mungkin dari kunjungan ini. Akan teman layan sebaik mungkin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails