Pages

Telur Ayam jantan lagi









































Salam

Kalau anda semua penternak yang dah pakai lesen lebih setahun, biasanya anda akan terjumpa dengan telur ayam jantan direban anda. Ini bukan perkara luar biasa tetapi sangat jarang kita jumpa direban. Kadangkala orang tak perasan kerana menyangkakan telur tersebut adalah telur biasa yang cacat.

Ayam kampung juga akan bertelur tetapi telurnya biasnaya tiada kuning. telur ini biasanya akan dikeluarkan oleh ayam jantan yang terlalu tua atau terlalu matang. Saiznya sangat kecil iaitu kira2 sebesar telur puyuh sahaja. Masuk ini baru 3 biji teman jumpa direban teman sepanjang menternak.

Kali pertama dahulu teman kutip dan pecahkan sbb tak tahu dan ada perasaan ingin tahu. Bila dapat tahu yang telur ini adalah telur jantan maka teman pun merasa hampa. Kali kedua pula teman terjumpa telur ayam jantan hut** direban teman. Warnanya putih dan sedikit besar dari telur yang pertama. Tetapi teman dah goreng pasal dah lama sangat dalam peti ais.

Kali ini pula teman baru tahu setelah mendapat kunjungan dari man bentung(hihglind farm) yang mengatakan telur ini ada harga dan menjadi rebutan ramai pengemar atau penggunanya. Teman tanya apa guna atau adakah ianya mempunyai kebaikan dari segi kesihatan..tetapi tak dijawab pula. So teman mencarilah info mengenai telur ayam jantan ini dan rupanya2 ianya sangat dicari kerana pengamal perubatan tradisional boleh menmanfaatkannya.Hehehe lagilah teman tak tahu nak buat apa dengan telur tersebut, Biarlah pun telur itu berharga lebih dari RM300 sekipun sebiji teman taknak masuk campur. Maka teman beri kepada satu sahabat yang banyak kali membantu orang dalam bab2 alam kedua ini atau alam yang tak sama dengan dunia kita. Kalau teman simpan pun nak bauat apa..

So teman kongsikan gambar yang teman amik sebelum meletgokan telur tersebut kepada yang lebih pandai.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram