Pages

Musuh penternak No 1 (sampar)



Salam ,

Risau juga teman bila dengar perkhabaran saudara penternak kita terutama dikawasan selatan. Ramai yang mengadu tentang hadirnya penyakit sampar ini dan banyak yang terduduk kesedihan bila melihat ayam mereka mati. Ada juga yang tak mampu menahan air mati bila terpaksa melecetkan tangan mengali lubang tempat menanam ternakan mereka sbb ruang yang perlu digali sangat besar kerana jumlah ternakan mati yang banyak.

Kalau ditanya kepada penternak lama atau penternak tradisional, mereka mengambarkan sampar ini seumpama satu wabak atau serangan yang ada sedikit unsur mistik dimana ayam akan mati beramai2 dan macam take punya yang nyata. Tetiba sahaja ayam jatuh rebah dan mati begitu sahaja. Ada juga yang menyalahkan pelawat yang melawat reban dan membawwa penyakit. Dan ada juga yang percaya perkara ini adalah perbuatan manusia sendiri yang menghantar akibat perasaan dengki dan sebagainya.

Kalau ditanya kepada otai2 mungkin lain pula jawapanya. Biasanya mereka lebih tahu apa yang peru dilakukan dan ubat yang sesuai. Paling penting adalah langkah susulan bagi mengurangkan kesan penyakit ini dari menular. Semengnya kalau dah terkena reban anda, ada kemungkin anda perlu memulakan penternakan ini semula. Yang penting sebelum anda panik dengan kejadian ini melanda reban anda, ada sedikit nasihat dari teman.

Sebenarnya, terdapat 3 jenis sampar atau sebenarnya jangkitan virus yang melanda dunia ternakan kita ini. Kepada yang otai atau pegawai vet. boleh betulkan teman sekiranya teman salah sebab teman ni pun bukan pandai sangat bab penyakit ini. Cuma dari bacaan sahaja menjadi rujukan teman. Dan sedikit pengalaman yang hendak dikongsi bersama. Kalau yang dah otai tu jgnlah gelakkan teman, teman mohon jasa baik untuk membantu teman mempelajarinya. 3 janis sampar yang biasa menyerang kita adalah:

1. sampar virus New Castle atau yang lebih dikenali sebagai NC.
2. Sampar virus Gumboro yang kerap menyerang ayam diawah umur 4 bulan.
3. Sampar virus Mereks. (dah jaeang serang negara kita)

Ini adalah sampar yang selalu kita duk sebut2kan. Agen penyebarannya mungkin melalui bawaan angin, bawaan pembawa seperti tikus, burung, unggas lain, dedak komersial, dan Manusia dengan kenderaan atau pakaiannya. Kalau anda dah terkena virus ini, ada kemungkin bahawa ianya akan merebak ke reban yang berdekatan. Elakkan anda melawat reban lain baut seketika ini. Jika ada tanda juga, anda kena adakan langkah penyegahan.

Sebenarntya untuk mengubati penyakit ini, kita tidak boleh melakukan apa2. Ini kerana penyakit ini adalah jangkitan virus seperti sesema atau penyakit cacar yang menyerang manusia. Kalau dulu, penyakit cacar ini adalah penyakit yang ditakuti dimana pada era 1800 ia membunuh ratusan ribu manusia dimuka bumi. Namun vaksin pencegah atau pembendung virus ini telah dijumpi dan diperbaiki dari masa ke semasa. Oleh itu sejak dari serangan cacar, kita manusia telah diberikan suntikan vaksin anti virus yang kita namakan suntikan BCG yang kita ambil ketika disekolah rendah. Bayangkanlah kalau kita tak imun kepadanya, apabila satu serangan berlaku, habis satu kawasan perumahan mati akibat penyakit ini. sama seperti sampar ayam.

Terdapat vaksin khusus bagi setiap sampar yang disebutkan diatas. Ini bermakna sampar NC ada vaksin tersendiri dan serupa virus yang lain. Oleh itu, langkah pencegahan adalah dengan memberi dos antivirus ini kepada ternakan anda seawal usia ternakan. Namun perlu diingatkan bahawa anda perlu memberi kesemua atau 2 jenis yg utama bagi mengelakkan tersalah vaksin. kalau anda hanya memberi vaksin NC dan yang datang menyerang reban anda adalah Gumboro... maka ayam anda tetap akan dijangkiti juga.

Sekiranya anda lambat memberi vaksin ini atau hanya memberikannya apabila dah dijangkiti, maka anda akan dapati ianya tidak berkesan lagi. Satu lagi vaksin keluaran sekarang adalah dari jenis Live vaksin atau vaksin hidup yang dipasturkan dan hanya hidup atau memberi perlindungan selama 3 bulan dalam badan ayam. Oleh itu ulangan dis diperlukan bagi setiap 3 bulan. Kebanyakkan vaksin sekarang diberi dengan dos minuman dengan satu kadar sebotol dengan 1000 ekor ayam. So terpulanglah kepada anda untuk membuat pengiraan atau perkongsian agar tidak membazir.

Untuk tatacara dan cara mendapatkan vaksin ini, sila rujuk diinternet atau di blog kawan2 kita yg lain yang ada menjual vaksin ini. Terdapat beberapa langkah kritikal yang perlu dipatuhi dan tak boleh dilakukan secara cincai(tabiat orang kita nie)..Temanpun hanya baru sekali sahaja berpeluang melakukannya dan sangat paham tetang kepentingan mematuhi langkah2 kritikal tersebut termasuk penyediaan medium yang terkawal suhunya.

Namun nasihat teman, sebelum anda panik, pastikan dahulu adakah benar kawasan anda diserang dengan sampar, ini kerana serangan penyakit lain juga kadang2 mempunyai tanda 2 sama seperti sampar. Sabagai contoh serangan bektria serta kuman yang menyerang sistem sarat serta penyakit ILT atau CRD (penyakit pernafasan kritikal) yang boleh membunuh ternakan anda secara berkumpulan. Apa2pun kalau terjadi, anda cepat perlu ke jabatan haiwan untuk mengadu. kalau tiada respon atau sedikit sukar teman nasihatkan anda membawa ternakan anda tadi terus ke pejabat mereka. Terus suruh mereka memberi pendapat tentang kematian tersebut. Kalau mereka kata tak serius atau boleh diubati, minta nama ubat yg sesuai. Kalau dorang takde stock(yelah dorang bukannya farmasi ubat yang sentiasa ada ubat..kita nie hanya tahu meminta sahaja tanpa mahu berusaha.. kalau takde kita marah.. dah biasa makan subsidikan..)kita cari ubat tersebut dari kedai yang ada jual.. yg penting ubat yang betul..

Akhirnya teman memohon agar yang telah dilanda musibah ini supaya bersabar dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Ada lah maknanya tu, doa banyak2. Manatahu nanti lebih berjaya. Apa2 pun kebersihan reban perlu dijaga selalu dan kawalan bio hazet(betul ke eja nie) perlu dititik beratkan seperti membasuh kasut sebelum kereban dan sebagainya. Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram