Pages

Atasi sifat malas dan patah semangat

Salam ,

Sebenarnya teman dah banyak kali berjumpa sahabat kita yang terkena dengan penyakit malas dan mudah patah semangat ini. Penyakit ini tak ada ubatnya selain dari kita sendiri yang mahu berubah. Dalam penternakan sifat2 ini boleh dianggap paling merbahaya kerana iainya bukan sahaja memberi kesan kepada ternakan tetapi boleh memberi kesan kepada diri sendiri serta keluarga.

Teman tak boleh berkata lebih kerana sebagai insan biasa teman juga akan merasai perkara yang kita bincangkan. Sifat2 ini boleh melanda sesiapa sahaja mahupun anda seorang pemimpin terhormat atau pengikut biasa malah sebagai ketua keluarga sekalipun. kalau anda menternak, mungkin ada ketika anda akan terasa malas atau terasa patah semangat apabila reban dilanda masalah atau anda menhadapi masalah lain selain daripada ternakan anda.

Kadangkala sifat malas ini terjadi apabila anda patah semangat dan kadangkala sebaliknya. Sebagai contoh, apabila ternakan anda mula mati akibat serangan penyakit atau telur yang anda eram2kan langsung tak menetas. Maka anda akan patah semangat. Dan kemudian semua usaha anda selepas itu menjadi pelahan kerana hampa dengan musibah yang berlaku. Begitu juga kalau tetiba penyakit malas melanda anda seperti ketika berada dimusim hujan atau musim cuti. Pada musim hujan anda mula malas nak kereban kerana lebih sedap tidur atau ketika musim cuti sekolah anda lebih suka bersuka ria bersama keluarga. Penyakit malas ini akan membawa anda kepada patah hati akibat reban yang bermasalah akibat kurangnya perhatian dari anda.

Apa yang cuba teman sampaikan disini adalah sepatutnya apabila kita mula sahaja mengangkat janji menjadi penternak, kita perlu buang jauh2 semua penyakit malas dan mudah patah semangat. Penyakit ini perlu sentiasa dipantau dan sekiranya anda dapati ianya mula mengular didiri anda, sesuatu perlu dilakukan. Banyak caranya anda mahu memastikan anda sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan sebagai penternak seperti:

1. pastikan anda pasang niat anda untuk berjaya dan ulanginya dalam hati setiap kali anda memulakan hari baru.
2. menulis dengan basar dan jelas dan tampalkan dilokasi yang mudah anda lihat untuk sentiasa mengigatkan anda kepadanya.
3. jadikan keluarga tersayang sebagai sumber semangat untuk anda berjaya.
4. melihat reban anda adalah satu lubuk emas yan perlu digali untuk mendapatkan manfaatnya.

Oleh itu teman harap semua penternak kita tak kira usia dan saiz penternakan agar sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan perniagaan anda.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram