Pages

Tips dan rujukan..

Salam

Sebenarnya mengeramkan telur dialam incubator adalah satu lagi cabang pembelajaran yang sama susahnya dengan kita menternak. Kita perlu mendalami ilmu ini dan biasanya anda akan mahir melalui pengalaman. Walaupun anda menggunakan incubator yang dibeli namun anda juga perlu tahu bagaimana iainya berfungsi dan cara nak menggunakannya. Sememangnya penagalaman seseorang pembuat incubator yang dah berpengalaman dalam menggunaknya mengalami pelbagai pengalaman yang tinggi. Oleh itu agak sukar juga untuk kita mengajar pengguna baru dalam masa singkat untuk sama mahir dengan pembuat incubator tersebut.

Seperti yang semua orang tahu, incubator yang paling banyak digunakan dinegara kita adalah dari jenis still air atau yang jenis yang takde kipas tu. Ini kerana teknologi auto kurang dipelajari dah jumlah pengeluarnya agak terhad. Oleh itu jenis yang lebih murah tetapi kurang praktikal lebih digemari dinegara kita. Tetapi melihat kepada aspek pengurusan dan kecekapan pengguna masa kini, tak semuanya paham bagaimana cara nak mengset suhu bagi jenis incubator ini.

Ini adalah setting yang teman gunakan untuk incubator yang teman jual. Seperti yang semua tahu, suhu untuk pengeraman bagi sebiji telur adalah 37.5C bagi ayam. Namun jika kita menggunakan incubator still air yang hanya mengharapkan mentol sebagai pembekal haba, maka ada sedikit setting perlu dilakuakn berlainan dengan cara pengeraman tradisional. Untuk incubator yang menggunakan angin yang berhaba panas, konsepnya adalah dengan menhembus udara panas ke seluruh incubator bagi menyeragamkan suhu yang terkena kepada semua permukaan telur. Ini bermakna permukaan telur dibahagian bawah dan atas akan menerima suhu yang sama berikutan bantuan angin yang menyeragamkannya.

Bagi incubator still air(yg macam teman jual) kita pelu memastikan titik tengah telur mencapai suhu atau mengenai suhu pada 37c. Oleh itu kita akan dapati suhu pada permukaan telur adalah dalam sekitar 39C. ini yang dimaksudkan perbezaaan suhu yang perlu ditetapkan untuk incubator yang berbeza antara yang pakai kipas dan yang tidak. Untuk mendapatkan setting yang sedemikian, kita perlu bergantung kepada thermometer yang kita gunakan. Kalau yang jenis mempunyai senser seperti batang besi kecil maka ianya menjadi mudah iaitu dengan hanya meletakkan senser tadi diparas permukaan atas sekali telur tersebut.

namun kalau kita menggunakan thermometer yang berbentuk jam loceng atau kotak bersenser, baringkan thermometer tadi dalam kedudukan terbaring sama paras dengan permukaan atas telur. Paling mudah adalah dengan meletakkan thermometer tadi diatas kotak telur kertas yang dibaringkan diatas jaring tray. Ambil bacaan sehingga mencecah suhu yang dikehendaki.

Terdapat perbezaan setting yang perlu dilakukan sekiranya anda menggunakan thermostart yang berbeza. (thermostrart-yg mengawal suhu dalam sesuatu incubator). Berikut adalah setting yang perlu dilakukan sekiranya anda menggunakan 2 jenis yang paling kerap digunakan dinegara kita:

Untuk Incubator still air

Jenis: Rainbow .. set kan suhu max kepada 41 kerana jenis ini mempunyai jurang 4 darjah iaitu minima akan turun kepada 37 dan max akan berada di 41. Oleh itu suhu pertengahan akan berada pada 39 darjah iaitu pada permukaan atas sekali telur tersebut.

Jenis : CEAM : setkan suhu kepada 40 kerana suhu akan turun hanya 2 darjah.. iaitu suhu minima pada 38 dan mak pada 40. Ini bermakna suhu pertengahan adalah pada 39.

Perlu diingati kembali yang suhu pada pertengagan telur yang perlu pada 37 dan bukannya apda permukaan atas. Kalau anda tersilap dengan meletakkan suhu dipermukaan atas telur pada 37, nanti dipertengahan pula akan turun sehingga 35. Ini akan membantutkan perkembangan eraman telur anda.

Untuk incubator Force air atau yg pakai kipas.

Jenis Rainbow: setkan pada suhu max 39 dimana suhu seragam kepada semua kedudukan dalam incubator. Suhu pertengahan atau suhu purata akan berada di 37 seperti mana yang kita mahukan.

Untuk jenis CEAM pula hanya perlu setkan suhu kepada 38 dimana suhu purata akan berada di 37.

Gambarajah diatas ditunjukkan bagaimana atau apa yang dikatakan suhu dipermukaan atau suhu yang dipertengahan telur. Untuk mereka yang telah membeli incubator teman, jika anda masih ragu2 atau kurang paham bolehlah hubungi teman du talian 0123332273. kalau boleh call yek pasal kalau sms agak susah teman nak membalasnya.. Kalau anda ada sebarang pertanyaan, jgn segan silu bertanya tetapi seperti yang teman harapkan.. call hehehe sms susah sikit..

sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram