20 October 2010

Reban lantai atas kebal sampar?

Salam,

Kali ini teman saje nak bagi pendapat pasal dah ada beberapa rakan penternak kita bertanya samada melalu email atau call, semua macam nak kepastian mengenai reban lantai atas ini. Sekali lagi teman nak nasihatkan, jgn terus sahaja terima bulat2 apa yang dinyatakan atau dirumuskan oleh orang lain sebelum kita menyelidiknya dahulu sedalam2 mungkin. Sebab tu masa teman mula menternak dahulu teman suka mencuba apa yang dikata orang untuk mendapat kepastian.

Sebenarnya apa yang teman katakan sebelum ini adalah mengenai kejayaan reban lantai tingkat atas yang menyeelamatkan nyawa ayam teamn dari segala serangan sampar sebelum ini. Bukannya kebal terhadap  serangan sampar. Kalau nak kena juga tu memang takdapat dielakkan. Bolehlah teman katakan penyebaran yang paling merbahaya adalah melalui manusia itu sendiri. Apa bila ada sahaja agen yang membawanya seperti lawatan atau persinggahan, dari sini virus itu akan terbawa sekali. Buktinya semasa serangan sampar aritu, reban teman langsung tak kena serangan semasa mula2 serangan berlaku. Hanya selepas nak penghujung sahaja, reban teman dilawati oleh sahabat sekampung yang nak beli ayam. Tak diberitahunya teman yang dia baru lepas tanam baki ayam yang mati. Habis terus dalam masa 24 jam berderet2 ayam mati. Satu lagi pengajaran yang berguna.

Oleh itu apabila kita menggunakan konsep lepas bebas yang mana dimalam harinya semua ayam akan tidur ditempat yang sama, kemungkinan wabak ini merebak semakin tinggi kerana duduk bertenggek bersebelahan dan bersentuhan. Cukuplah kalau ada seekor yang bawak wabak ini. keesokkan sahaja hampir suku yang akan berjangkit. Selepas itu pada malam seterusnya maka habislah semuanya ayam kita terjangkit, Kemudian ketika ayam tersebut tengah makan berkumpulan atau ayam minum dibekas yang sama. Bila kita mula menggunakan lantai atas dengan reban kecil yang memuatkan sekumpulan kecil ayam, persentuhan antara ayam dari satu reban dengan satu reban yang lain tidak akan berlaku. Inilah mengurangkan peratusan ayam ini mudah dijangkiti.

Seperti mana yang kita semua tahu, jika kita menggunkan konsep sepenuhnya kurung berlantai atas, ayam tiada peluang untuk terdedah kepada jangkitan yang berasal dari tanah yang tercemar. Ayam juga tidak ada peluang untuk bergaul dengan ayam lain terutama yang berjangkit. Oleh itu, walau ayam yang mudah mati atau lebih sensetif sekalipun kadangkala boleh terselamat dari serangan.

Mengikut pengalaman teman melawat reban sahabat ternak kita di Indon, mereka mampu untuk mengeluarkan ayam kampung yang 70%nya asli sebanyak 5000 ekor sebulan. Cara mereka menternak saling tak tumpah macam yang teman syorkan sebelum ini. Oleh itu teman sangat bersetuju sekiranya selepas ini jika ada mereka yang ingin mengkomersialkan ternakan ini membina unit2 reban kecil yang berlantaikan tinggi supaya ternakan mudah dikawal dan sukar mendapat penyakit. Ruangan kawasan reban juga boleh dimaksimumkan serta kerja penyelengaraan leboh mudah.

So reban lantai atas bukannya kebal tetapi lebih kepada kaedah pengengkangan agar ayam ini tidak dibenarkan bergaul bebas dan dengan mudah menyebarkan penyakit. Ayam juga sering berada dalam keadaan bersih tanpa terdedah kepada becak serta tanah kotor. Tetapi perlu diingat yang kita perlu memberi segala keperluan yang diperlukan oleh seekor ayam selain dari makan dan dan minum. Tanah terawat yang bersih(mungkin dengan sedikit campuran abu bakar) serta bekalan dauanan hijau perlu disediakan setiap hari mengikut keperluan ternakan. Dengan keadaan ayam akan menjadi baik kerana segala keperluanya dapat dipenuhi..

Mengenai pertanyaan mengapa selepas serangan sampar yang dah mula reda secara tiba2 muncul balik, bagi teamn puncanya adalah masih sama. Ayam akan diserang apabila masih ada lagi agen pembawa virus dari reban ke reban. Apabila semakin tersebar, maka semakin banyak ayam yang mati. Bagi reban yang dah selesai mengganas, ayam2 yang tak terjangkit mungkin kurang bergaul bebas dengan ayam yang teals mati sebelum ini, tetapi apabila ada lagi yang bawak virus ini bila datang kereban, maka serangan itu akan berlaku lagi. Maka benarlah serangan tersebut lebih kepada serangan kesan bawaan dari mereka yang datang atau dari kita sendiri yang pergi ketempat yang diserang. sekian..

17 October 2010

Update reban yang terbaru.. ditinggikan..





Salam..

Seperti yang dijanjikan teman upload gambar terbaru reban yang baru dipindahkan ketepi rumah agar mudah teman nak selenggarakan. Dengan kedudukan rapat dengan rumha, teman bileh mengurusnya pada waktu malam atau selepas waktu kerja. Stuktur tanahnya yang lebih tinggi dan berpasir, teamn yakin sedikit sahaja kerja menjaga yang perlu dilakukan.

Teman hanya perlu menambah kaki dah menambah satu lapisan lantai dari jaring plastik sahaja dari reban yang sudah sedia ada. Dari segi pengalaman teman, semua ayam yang berada direban sebegini iaitu tidak menjejak tanah seharian akan terlepas dari sebarang serangan penyakit termasuk sampar. Ini terbukti apabila ayam serama, anak ayam serta ayam sutera teman langsung tidak terjejas ketika serangan melanda reban teman sebelum ini. Oleh itu teman pasti, inilah reban yang terbaik untuk kita menternak ayam dalam skala yang besar dan memudahkan kita mengurus reban seharian.

dalam gambar diatas adalah gambar ynag diambil minggu lalu yang masih dalam fasa pembinaan. Teman akan upload lagi gambar yang telah siap dibina dengan jaring. Yang bagusnya kita boleh gunakan reban ini untuk ayam dewasa dan juga anak ayam yang sedang membesar.



Inilah contoh reban yang paling champion setakat ini. sangat berjaya menjaga ayam kita dari serangan penyakit dan juga pemangsa. Dah banyak kali anjing dan biawak cuba menyerang tetapi tak berjaya. Telur pun banyak dapat dikutip ketika menggunakan reban ini. So kalau anda ada sedikit wang lebih, cukuplah dengan membina reban sebegini. ruang cukup luas untuk menempatkan antara 4-8 ekor induk dewasa untuk tujuan mendapatkan telur yang berkualiti. Reban tak perlu tinggi seperti reban komersial. Kalau anda mahu, anda boleh memindahkan reban ini sebulan sekali ketepi sebelah yang baru dan masih belum dipenuhi najis.

Inilah rupa reban yang kononnya teman bina dahulu untuk anak ayam. Akhirnya sekarang dah jadi pot untuk ayam esotik teman ini selama hampir setahun dah. Lantai yang digunakan adalah dari jenis jaring palstik yang sampai sekarang takde menunjukan tanda nak mereput. Ianya juga mesra ternakan kita dan kurang kesan luka pada kaki ayam kerana lebih lembut dan licin. Reban akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering walaupun kita memberi makanan yang sedikit basah.





Gambar reban yang panjang tu adalah gambar reban arnab yang teamn dah ubah aritu. betul2 sebelah rumah teman agar mudah nak bagi makan apabila balik kerja. Teman hanya berikan arnab ini makan sehari sekali sahaja iaitu pada waktu malam ketika arnab ini sedang dalam keadaan aktif. Mula2 dulu risau jugak takut arnab tak cukup makan, tapi teman tgk makin gemuk je arnab teman nie. So semuanya dah besar semacam sahaja. teman ingat nak mengawankan arnab ini untuk mendapatkan anak arnab dan cuba biakkan. Semuanya masih dara dan teruna tu.

gambar bawah adalah gambar ayam serama teman yang dah berusia dalam hampir setahun. ayam ini juga berjaya mengharungi sampar kerana jarang sekali turun tanah. selalu duk dalam sangkar sahaja sbb takut kena belasah atau kena makan dnegan kucing,. Maklumlah kecik jekan. Dah banyak kali dah bertelur tetapi memanjang je takde benih. Kena turun tanah selalu kot baru nak bertelur benih.

Gambar bawah adalah ruangan laman teman yang belum teman lakukan apa2. rumput je ada. SO tengah pikir apa yang nak dibuat dalam kawasan lapang ini. Ingat nak potkan angsa teman dan beberapa ekor ayam belanda. kalau boleh nak beli sepasang angsa putih untuk dimuatkan dalam kawasan ini, buat pagar tembus mata dan dibiarkan bebas dikawasan rumah ini. Mesti seronok tgk dorang main kat depan rumah. Bagi teman tak salah sbb keliling rumah teman hanyalah pokok sawit dah jauh dari kawasan kejirannan lain. Itu sudah menjadi kelebihan rumah teman.

Itu sahajalah post teman kali ini, dah banyak rasenya.. kalau ada update teman akan post lagi yek.. salam.. sekian..

Pemberian makanan dari sisa restaurant.


Salam,

Seperti yang anda semua tahu, teman sebelum ini bergantung kepada makanan sisa kedai makan sebagai makanan utama kepada ternakan yang telah matang. Hanya seminggu 2 kali sahaja teman akan memberikan makanan tambahan yang dibeli dari kedai. Ini kerana hendak menjimatkan perbelanjaan makanan kerana induk yang diternak telahpun mencapai dewasa dan akan diternak sehingga jangka masa 2 tahun lagi. Tetapi pemberian makanan seperti ini perlu melalui proses pembersihan untuk mengelakkan malah kepada ternakan.

Selepas sahaja mengambil makanan yang telah dikumpulkan seharian, teman biasanya akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum disediakan kepada ternakan. Dalam makanan ini biasanya terdapat segala jenis lauk pauk yang berminyak dan kotoran lain seperti kotok rokok, tisu dan sebagainya. Apa yang teman lakukan adalah menbilas dahulu dengan air paip dan menapis airnya sehingga tiada lagi air yang bertakung. Semasa proses membasuh nie teman akan membuang segala benda yang tak sesuai untuk ternakan. Anda akan lihat betapa banyaknya minyak yang dapat diasingkan dari makanan ini.

Selepas membila, teman akan meletakkan dalam bekas bersih sebelum diberi makan kepada ternakan. Mungkin ada yang berpendapat makanan ini kurang berkhasiat, tetapi dari makanan yang teman ambil ini bukannya makanan lebihan yang busuk atau basi. Ianya adalah sisa makanan yang dimakan dan dibuang dalam bekas ini. Oelh itu ikan2 dan makanan lain masih dalam keadaan baik. Cuma minyak sahaja yang akan boleh dianggap merbahaya kerana ianya akan menyebabkan ayam menghadapi pelbagai penyakit penghadaman dan masalah dalaman yang lain. Lihat sahaja air bilasan yang teman tunjukkan dalam tong itu, betulah banyaknya lemak dan minyak yang ada.

Anda akan dapati kerja anda akan bertambah kerana terpaksa membasuh makanan ini dahulu, tetapi bagi teman ianya amat berbaloi berbanding jumlah berat dedak yang terpaksa kita beli untuk diberi kepada ayam ternakan kita. kalau anda masih tak bersetuju dengan cara teman itu terpulang. Kepada mereka yang budget kurang, untuk permulaan anda bolehlah gunakan cara ini untuk menjimatkan kos. Selain dari makanan ini, anda juga boleh mengutip sayuran terbuang dari pasar malam ketika semua penjual dah balik. Pilih sayur yang masih baik dan bukannya dah berair atau dah terlalu busuk. Anda hanya perlu membilas sekejap dan membuat saringan supaya ternakan anda dapat bahagian yang masih baik.

Itu sahaja post teman mengenai makanan ini.. sekian..

Bantuan pemasaran: langkah pertama berpersatuan..

Salam,

Seperti mana yang teman ingin lakukan sebelum ini untuk mengwujudkan persatuan kecil yang tidak berteraskan politik dan kewangan, teman akan mulakan langkah pertama dengan menyediakan ruangan periklanan untuk anda. Seperti perbincangan dengan otai2 lain sebelum ini, ramai penternak kecil di negara kita menghadapi kesukaran menjual ternakan mereka. Oleh itu sebagai membantu anda mengadapi masalah ini, teman akan memulakan satu ruangan khas dibahagian atas blog teman supaya anda boleh mengiklankan ternakan anda dalam blog teman.

Sememangnya teman tak nafikan bahawa blog teman bukanlah satu blog yang terkenal atau memeounyai ramai pengunjung seperti blog2 lain yang telah dikenali ramai. Tetapi sekurang2nya ada sebuah lagi kawasan yang membenarkan anda mengiklankan produk anda. Pengiklan ini tetap mempunyai syarat yang perlu anda patuhi seperti dibawah:

1. anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran terhadap iklan anda. Ianya percuma untuk anda mengiklankan ternakan yang ingin anda jual.

2. Tempoh masa pengiklanan anda hanyalah sehingga 2 minggu (14 hari) dari tarih diiklankan bagi membenarkan rakan kita yang lain emndapat tempat dalam ruangan pengiklanan ini.

3. anda hanya perlu menghantar email kepada teman dengan tajuk "iklan ternakan" kepada alamat email " kembara9595@gmail.com" sahaja.

4. sila lampirkan maklumat detail seperti nama dan lokasi termasuk no untuk dihubungi oleh bakal pembeli anda. Permohonan yang tidak disertakan dengan maklumat ini akan menyukarkan teman untuk melakukan tugasan pengiklanan.

5. Jika anda mampu, sertakan denagn sekali gambar jualan anda bagi menarik minat pembeli. Biasanya iklan dengan gambar mendapat perhatian yang lebih dari bakal pembeli anda.

6. produk jualan yang boleh diiklankan hanyalah seperti senarai dibawah:

-segala jenis unggas seperti ayam, burung2an, itik angsa, puyuh dan sebagainya.
-segala jenis produk sampingan seperti  telur, daging, anak dan sebagainya.
-khidmat jualan orang tengah seperti ajen pengumpulan ternakan atau jualan dedak.
-khidmat ubat2 ternakan dan khidmat pengurusan reban dan sebagainya.
-yang tidak dibenarkan adalah jualan selain dari unggas atau perkhidmatan jualan langsung yang menyerupai skim2 yang kurang teamn minati. Untuk jualan lain seperti ikan keli, palet makanan dan sebagainya tidak termaktub dalam tujuan kita berpersatuan.
-anda mungkin akan mengalami sedikit kelewatan dari tarikh anda menghantar email kerana teman juga bekerja dan mempunyai masa terhad.
-jika jualan anda telah berjaya, sila maklumkan kepada teman agar dapat teman mengeluarkan iklan tersebut bagi mengelakkan anda masih dihubungi pelanggan.

7. kemudahan ini bukanlah bermakna teman menjadi orang tengah dimana anda menghantar ternakn ke teman dan teman jual, tetepi lebih kepada memudahkan orang disekeliling anda membeli ternakn yang dihajati dengan lebih mudah dan dekat. Tak perlulah anda berjalan jauh semata2 mencari ternakan yang anda cari.

8. sekiranya anda masih belum dapat menjual ternakan anda, anda bolehlah menghantarkan email kembali untuk mengiklankan kembali ternakan anda.

Teman harap dengan adanya ruangan ini kita dapat menambah ikatan sesama kita para penternak. Gunalah kemudahan ini dengan hati terbuka dan dengan ikhlas untuk membantu perniagaan anda dan kurangkanlah Penyakit PHD dikalangan kaum kita. Jika anda ada sebarang pertanyaan anda bolehlah hubungi teman atau menghantar pertanyaan anda melalui email. sekian..

16 October 2010

Tugasan minggu ini,

salam,

Hari minggu yang dinanti2kan telah tiba, kina banyak yang perlu dilakukan memandangkan 2 hari ini sahaja yang nampak reban pada waktu siang. Maklumlah dah kerja. So banyak kerja yang nak disiapkan dalam masa 2 hari ini. teman dapati, produktiviti dan mutu kerja di reban bertambah meningkat apabila teamn bekerja, Setiap hujung minggu ada sahaja rancangan untuk pembinaan atau pemulihan yang hendak dilakukan. Sewaktu tak bekerja dulu ada sedikit perasan malas atau hanya membiarkan semuanya dalam keadaan asal. Tugasan harian hanyalah rutin yang dah dibuat sejak 2 tahun dahulu.

Tetapi bila dah kerja, idea dan azam semakin kuat. sentiasa sahaja nampak benda baru yang nak dilakukan. Seakan2 meluap2 semangat nak menguruskan reban. Mungkin betul kata2 orang lama2.. sayang isteri tinggal2kan... so sayang reban jumpa seminggu 2 kali sahaja hehehe. Saje je teman bergurau.. So hujung minggu nie teman nak siapkan reban lama yang telah dipindahkan kesebelah rumah teman. Bukannya bersebelah terus sampai dinding reban bertelu dengan dinding rumah tetapi hanya dikawasan laman tepi rumah teman yang boleh parking 6 biji kereta keluasannnya. Apa yang nak dibuat hari ini adalah membaiki rekaan sahulu dan menambah ciri teduhan dari reban A tersebut. Reban ini akan menjadi serba guna dimana ianya boleh menempatkan induk ayam dan juga anak ayam yang sedang dalam fasa pembesaran. Sebuah reban mapu menampung 20-30 ekor anak ayam yang berusia 2 bulan sehingga 4 bulan.

So petang karang ke esok ke teman update gambar reban teman dalam blog ini.. sekian..

14 October 2010

Cepat betul Ilmu penternakan berkembang ..

Salam,

Takde topik hangat yang nak ditulis kali ini cuma sedikit pandangan teman mengenai dunia perternakan kita nie. Tangan rasa macam nak menaip tapi takde isu besar nak tunjuk. Nak upload gambar reban baru teman lum leh amik gambar lagi pasal asik balik malam je..off day minggu lepas kerja sampai nak gelap hari so tak sempat nak amik gambar. Hujung minggu nie mungkin leh siapkan separuh dulu. Nak kena siapkan separuh yg hanya cukup untuk ayam yang ada sahaja sudah memadai memandangkan budget pun tak seberapa.

Teman terpikir juga kekadang tu semasa melepak bersama ternakan, dimana teman pada waktu ini 2 tahun dahulu. Dan dimana teman pada tarikh yang sama 4 tahun yang lalu. Itulah yang teman teringat mengenai masa mula2 teman memulakan penternakan ini. Kalau kita bandingkan dari segi ilmu dan pengetahuan mengenai penternakan ini.. sangat berbeza dengan apa yang kita ada sekarang. Jauh betul sampai teman tertanya2 juga sampai bila  akhirnya semua perkembangan ilmu ini akan berapa di penghujungnya.

Kalau kita imbas kembali, dahulu cukup sedikit maklumat yang boleh kita pelajari mengenai ternakan ayam kampung ni. kita tak tahu langsung pasal nak menjaga ayam ini. Yang kita harapkan adalah ilmu orang lama yang dah menternak ayam ini sejak duhulu kala. Dan ketika itu kita sangat pasti yang semua penternak ketika itu merungut mengenai kesukaran untuk membesarkan anak ayam tanpa ibu ayam. Kita juga sering melihat perlakuan menumpangkan anak ayam yg tiada ibu kepada ibu ayam yang lain. Ketika itu kita sering melihat binaan reban ayam yang sangat uzur atau terlalu cincai digunakan untuk menternak ayam. Reban pun seakan kurnag terurus dengan longgokan najis ayam kering dibahagian dasar reban. Biasanya reban hanya digunakan untuk menempatkan ayam pada waktu malam sahaja dan pada waktu siangnya dibiarlepas mencari makanannya sendiri.

Sekarang semuanya dah berubah, konsep reban pun dah berubah. Kadangkala kita akan terjumpa reban ayam yang sangat bersih dan kemas sehinggakan kita boleh lepak makan dalam reban tersebut. Bolehlah teman katakan ilmu penternakan dah berkembang dengan pesatnya dan yang mendapat keuntungan adalah kita sendiri sebagai penternak atau bakal penternak. Terus terang yang teman katakan minat dan kecintaan teman terhadap ternakan ini sangat mendalam sehingga teman sangat bercita2 tinggi untuk menjayakannya. setelah sekian lama menternak, teman yakin penternakan inilah yang akan membahagiakan teman pada masa akan datang. Entah mengapa, dengan menternak teamn tak pernah jemu untuk belajar dan memikirkan cara yang lebih baik untuk melakukannya.

Rasanya cinta berputik sejak teman menuntuk di U dulu lagi. Walau pada masa tu takde tujuan atau tak pasti lagi yang teman akan menternak ayam ini. Pada satu ketika pada tahun kedua teman di U dulu, teman ter"lepak" kat perpustakan rasmi U nie. Sejak dari mula lagi teman memang tak berminat nak masuk ke perpustakaan nie. Bukannya teman tak minat nak membaca tetapi rujukan yang diperluakan untuk Kos pembelajaran teman tak ada di perpustakaan. Pada ketika itu sains komputer masih baru dan kebanyakkan buku rujukannya perlu dibeli sendiri di kedai2 buku besar. Tetapi ketika itu teman terjumpa satu rak buku yang penuh dengan buku pertanian. Hah! jadinya teman terperap kat situ seharian. Siap berhenti sebentar makan dan sambung balik. Dekat seminggu juga teman berulang alik kesana. Pada ketika itu teman terjumpa sebuah buku lama yang warna bukunya dah kuning yang menceritakan mengenai incubator. Ditunjukkan bagaimana mengeramkan telur menggunakan incubator old school ynag hanya menggunakan sebuah biji mentol sahaja. Macam tak eprcaya masa tu kerana ada mesin yg boleh menggantikan tugas ibu ayam.

Tetapi minat itu semua terkubur begitu sahaja. Masa tu Tun M masih lagi jadi PM. So pertanian ini tak mendapat perhatian seperti sekarang. Walaubagaimanapun ketika itu teman sudah mempunyai minat tentang dunia penternakan dan pertanian ini. Lihatlah apabila kita mengkaji, berbincang, berblog dan mencipta, banyak ilmu penternakan bertambah dari mas ke semasa. Segala masalah cuba diatasi dengan teknologi dan juga idea baru. Masalah yang sering menhantui penternak dahulu kala kini mula diselesaikan. Anak ayam boleh ditetaskan dan dibesarkan tanpa perlu ada ibu ayam yang terlibat. Kit adah tahu segala keperluan asas tentang penternakan ayam ini. Kalau teman bercakap atau bersembang dengan orang "lama" mengenai menternak ayam ini, mesti mereka akan mendengar penuh minat dan teliti. Seboleh2nya segala ilmu mahu dipelajarinya dalam masa singkat perbualan. Bila dah terdengar cerita teman mengenai cara menternak ayam gaya baru nie, semua bersemangat untuk mengaplikasikannya bila kereban nanti. Banyak juga tanpa teman duga terus membina reban baru untuk menternak ayam dengan lebih teratur dan lebih menguntungkan. Segala jalan penyelesaian mengenai masalah yang mereka alami teman ceritakan satu persatu. nampak sinar baru di mata mereka untuk menternak.

Sebagai contoh, kes menjaga anak ayam yang baru menetas. Mereka biasanya menggunakan kaedah biasa iaitu menempatkan anak ayam ini dalam kotak atau bekas yang akan ditutup denan kain atau kelambu pada waktu malam bagi memberi sedikit kepanasan untuk mengarungi sejuk malam. tetapi bile diberitahu mengenai brooder dan penggunaan thermometer untuk mengukur suhu yang sesuai untuk sesebuah brooder, mereka berasa semangat kembali. Cuma yang teman risaukan adalah, sikap kita penternak melayu ini ada seakan2 sama dengan pepatah orang melayu iaitu "hangat-hangat tahi ayam".. itulah yg teman takutkan. Baru mendapat sedikit susah dan luntur semangat. Baru kena serangan sampar dah mula nak luruh jantung. Takut juga kang ramai yang mengata belakang mengenai ternakan ayam kampung ini.

Teman rase itu sahajalah bebelan teman malam nie.. takut tuan2 semua mengatakan teman mengarut pulak, Insyallah teman akan terus meneruskan perjuangan teman menternak ini. Itulah sebabnya teman mula bekerja kerana nak menguji samada sistem teman yang mudah dan senang diselengara ini berkesan atau tak. Yelah kita kena banyak membuat ujikaji barulah kita boleh pandai. Cuma yang masih teamn kuatir adalah serangan sampai dinegara kita yang tak pernah surut2. Setiap tahun mesti kedengaran. Sungguh menghampakan. Mungkin khidmat yang pakar diperlukan bagi mengelakkan kejadian serangan ini berlaku lagi. Nampak semacam tak adil bila segala usaha dan harapan membanyakkan ternakan kita  secara tiba2 menyusut dengan drastiknya. Ianya sangat2 mengecewakan penternak muda atau yang baru malah tak kurang juga kesannya kepada yang dah lama.. kalaulah ilmu pencegahan ini dapat kita perbaiki, teman rasa tangga yang kita gunakan untuk meningkat penternakan ini akan digantikan kepada lift..

sekian..

10 October 2010

Cerita minggu ini..

Salam,

Hujung minggu nie teman mengabiskan masa dengan mengubah kembali setting reban teman. Seperti semua tuan2 semua tahu tanah teman tak sesuai untuk menempatkan reban lantai tanah dimana mampu menakung air yang banyak berikutan dikelilingi dengan parit besar untuk saliran tanaman sawit sejak puluhan tahun dahulu. Kawasan asal yang duk ada nie kalau dicangkul dengan 2 mati sahaja pasti anda akan melihat takungan air hasil kedudukannya rendah dari kawasan tanah yang lain. Patutnya sebelum membina reban dahulu kerja menambak tanah sehingga 2 kaki perlu dilakukan. Namun disebabkan kekurangan budget menyebabkan teman tak lakukannya. Pada waktu malam kalau anda buka kasut dan memijak tanah, anda dapat merasakan suhunya yang menjadi sangat sejuk. Kadangkala pada musim hujan akan kelihatan lumut hijau disekitar longkang yang teman korek sebelum ini.

So 2 hari ini teman habiskan dengan memindah reban untuk sangkar arnab yang ada. Reban ini teamn letak dibahagian tepi depan rumah bagi memudahkan teman menguruskan reban ini kelak. Kemudian teman memindah separuh reban di sisi rumah teman yang boleh menempatkan 10 biji reban. Reban ini kemudiannya teman ubah menjadi berkaki yang akan meningkatkan ketinggian reban. Bila dah siap nanti teman akan tambah lantai jaring plastik yang berharga Rm 6 semeter. Satu reban memerlukan dalam 2 meter jaring ini, Tak banyak perubahan yang perlu dilakukan hanya menambah kaki dari kayu yg ada direban dan menambah jaring plastik sebagai lantai atas. Teman memang suka pakai lantai jenis jaring plastik kerana selama ini lebih tahan lama dah tak berkarat. Ayam nampak selesa dan mudah untuk kita membasuhnya dengan tembakan air deras dari batang getah paip.

Seterusnya teman akan memindahkan reban dibahagian belakang reban teman kebahagian depan reban. Kalau mereka yang pernah kereban teman pasti dapat menduga yang reban bentuk A teman sebelum ini berada nun jauh dibahagian belakang. Reban utama teamn yang besar sebelum ini akan teman robohkan untuk membina reban2 kecil untuk menempatkan induk2 ayam dalam jumlah yang kecil iaitu dalam bilangan 20 ekor satu reban. Cadangan saiz yang ingin dibina mungkin sekitar 20x20 sahaja. Separuh dari kawasan ini akan berbumbung dan menjadi tempat teduhan untuk ayam tersebut. Dengan unit2 kecil yg dibina, pengurusan reban menjadi mudah dan ayam dapat dikurung dengan keadaan baik. Maklumlah selepas ini teman terpaksa menjalankan 2 kerja iaitu menjaga ayam dan bekerja makan gaji.

Selepas ini, teman akan mempraktikan sepenuhnya pemakanan sihat ayam dan pemberian ubat2an mengikut jadual. Makanan utama direban teman adalah makanan sajian khas dari resipi yang teamn masak sendiri. disamping itu teman akan tetap mengambil makanan lebihan kedai makan tetapi teamn perlu memprosesnya terlebih dahulu. Caranya adalah dengan merendam dahulu makanan tersebut yang ternyata mempunyai kandungan minyak dan bahan yang kurang baik untuk ternakan. Kemudian teman akan tapis selepas direndah seketika dan membilasnya kemabli sebelum dikeringkan sedikit. Makanan tambahan ini perlu untuk mengimbangi kos makanan yang perlu untuk menternak.

Tugasan teman selepas sahaja sampai kerumah adalah untuk memasak rumusan teman yang hanya memerlukan masa memasak selama 5 minit. Bagi yang pernah mengikuti kelas teman, teman yakin dengan ramuan ini kerana nutrisinya sangat baik bagi ternakan. Perkara yang seterusnya adalah menanam tumbuhan untuk menjadi makanan tambahan kepada ternakan nanti. Oleh kerana reban telah dipindahkan kedepan, iaitu kawasan yang lebih tinggi dan lebih keras tanahnya, teman akan mengunakan tapak reban lama untuk tanaman ini. Kawasan sebelum ini lebih rendah dan terlalu poros dengan air. Untuk ternakn kurang sesuai tetapi untuk tanaman ialah yang terbaik. Antara tanaman sayur yang teman akan tanam adalah kangkung, sawi, dan kailan. Teman juga akan menamam tumbuhan herba seperti hempedu ular, serai dan sebagainya untuk tanaman. Tanaman bermusim yang paling teman suka tanam selepas ini adalah jagung. Sebelum ini teman suka memberi ayam ini makan jagung dengan meletakkan keseluruhan batang dan pokok jagung ini terus kedalam reban. Habis licin dibedalnya tinggal batang kasar sahaja. Akarnya pun akan dibedal habis. satu lagi tanaman yang akan teman tanam adalah tanaman pisang yg disulami dengan betik. Ini semua makanan tambahan bagi ternakan teman kelak.

Kalau diikutkan seakan banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi bagi teman ianya cukup berbaloi. Yang penting kelak apabila smeua tumbuhan ini mula mengeluarkan hasil, ayam teman akan mendapat habuannya. Teman pun boleh tumpang sekaki. Bab pembajaan pula sangat mudah kerana teman boleh menggunakan najis arnab sabagai baja. untuk baja semburan cukuplah dengan menggunakan buah masak ranuh yang dicampurkan denagn bula merah yang diperap selama 1 bulan. Air tapisan akan dicairkan dengan air sebelum disembur kepada tanaman kelak. Tak sabar pula nak memulakan kembali ternaan teman dengan mengekalkan ayam yang ada.

Caranya sekarang adalah dengan menutup jualan anak ayam yang ada dan menyimpan sepenuhnya untuk kegunaan sendiri. Oleh itu sekarang ini dengan rasminya penjualan anak ayam akan teamn tutup. Harap takde yang menghubungi teman lagi selepas ini untuk membeli anak ayam. Tetapi jika ada yang berhajat untuk menjual anak ayam mereka kepada teman, teman sangat berterima kasih kerana teman sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah ternakan direban. Malam nanti, teamn akan menarik wayar lampu untuk dipasang ke reban sisi rumah teamn bagi memudahkan teman mengurus ayam pada waktu malam. Sudah sampai masanya untuk teman terus melangkah ke tangga satu lagi untuk meneruskan cita2 menjana pendapatan dari ternakan.

Harapan teman dalam bulan mendatang, penyakit sampar dan penyakit jangkitan yang lain takkan menyerang reban teamn lagi dengan langkah2 ketat yang akan teman lakukan sebelum ini. Tempoh bersuka ria dan mengkaji dah hampir tamat. Sekarang sudah tiba masanya untuk serius dalam ternakan dan memastikan reban teamn ini mengeluarkan hasil sebaik mungkin kelak. Namun ianya tak bermakna teman menutup terus reban teman dari orang luar, cuma langkah berjaga2 akan dipraktikan semula. Mungkin persatuan penternak ayam kampung asli akan teamn cuba hidupkan dengan senarai pengunjung yang melawati reban teman. Antara perkara penting yang akan menjadi agenda persatuan nanti adalah seperti berikut:

1. mendaftar persatuan untuk memudahkan urusan rasmi akan datang.

2. membuat perlantikan jawatan kuasa bagi memudahkan pengurusan kelak.

3. merancang agenda persatuan antaranya:

a-  mengujudkan program pengvaksinan dimana semua ahli mendaftar akan dimasukkan kedalam jadual pervaksinan persatuan dimana pervaksinan berjadual akan dilakuan dengan kos vaksin ditanggung oleh penternak. Persatuan hanya perlu ke reban tersebut dan menyediakan vaksin untuk ternakan.

b- penjualan ubat2an dan khidmat nasihat kepada semua penternak dibawah naungan persatuan. bagi memudahkan anda mendapat bekalan ubat, persatuan akan membeli stock dan apabila anda memerlukannya, anda boleh membelinya dan persatuan akan menghantarkannya melalui pos.

c- khidmat nasihat dan perancangan reban. Mereka yang perlu bantuan nasihat boleh mendapatkan bantuan dari ahli yang berdaftar dan anda akan dialu2kan kedatangan anda sekiranya anda ingin melawat reban ahli persatuan.

d- bantuan dari segi nota penternakan serta teknik penternakan seperti penyediaan makanan tanpa perlu mengharapkan bekalan dedak komersial yang ada sekarang.

e- mengujudkan satu jaringan pemasaran dimana jualan ternakan didahulukan semasa ahli dahulu denan harga berpatutan tanpa perlu melalui orang tengah. Satu portal jualan akan diwujudkan agar memudahkan segala urusan jual beli..

f- mengwujudkan satu laman blog yang mempunyai informasi semua ahli persatuan serta update terkini dikalangan ahli. Disini juga kita dapat bertukar2 pandangan mengenai dunia penternakan. Jika anda ingin menghantar artikal atau coretan anda ke blog ini anda hanya perlu menghantar email dan akan disiarkan sebagai satu rencana dalam blog.

g- Yang peting, yuran tidak akan dikutip untuk ahli kerana yang dipentingkan dalam persatuan ini adalah perkongsian ilmu dan bukannya berdasarkan politik, glamour , kuasa dan wang ringgit. Yang penting selepas ini kita dapat membantu sesama kita tak kira sejauh mana otainya kita dalam dunia penternakan.

h- perjumpaan sesama ahli jika dapat dilakukan setiap bulan. Tak payahlah mengadakannya ditempat mahal cukuplah sekadar lepak ditempat makan dengan kos makanan ditanggung sendiri. Yang penting perancangan serta perjalanan persatuan dapat diteruskan.

Perkara tentang berpesatuan ini biasanya memerlukan banyak pengorbanan dan masa mereka yang terlibat. Kita tak dapat lari nanti untuk menemui pelbagai kerenah dan pemberontakan dari mereka yang biasa melakukannya dalam kehidupan harian. Tugasnya hanya nak bangkang dan kritik. Tapi bila diberiakn tugas akan panjang muncungnya dan pelbagai sindirian yang diberi. Itu biasalah. sejak teman berbloger inipun dah banyak kali teamn terasa, inikan pula bila esok dah ada persatuan. Cuma teman minta agar kalau anda semua pengunjung blog teman mempunyai komen mengenai persatuan ini, sila email atau tulis sahaja di ruangan chat dibahagian sebelah blog teman ini..

Sekian

09 October 2010

Reban Lantai tanah VS Lantai Tinggi

Salam,

Sejak 2 tahun teman menternak ini, teman boleh rumuskan ada kelebihan antara menternak ayam diatas lantai tanah dengan reban diatas lantai jaring yang lebih tinggi. Untuk bulan seterusnya, konsep penternakan teman akan menggunakan reban asuhan tingkat yang dengan beberapa syarat. Perbezaaan yang akan teman rungkaikan dalam coretan kali ini adalah pendirian dan pengalaman sendiri dan teman nak ingatkan yang anda memikirkan dulu sebelum mengikuti kerana ianya berkait rapat dengan cara anda menternak.

Perincian reban mengikut Jenis:

Reban lantai tanah.
Kelebihan:
1.       Kos lebih murah. Kos pembinaan sangat murah kerana hanya melibatkan pembuatan dinding dan bumbung sahaja. Kadangkala kita boleh membahagikan separuh dari reban kita untuk kawasan berbumbung manakala selebihnya adalah kawasan terdeah cahaya matahari. Ayam berteduh dikawasan berbumbung pada waktu malam dan pada waktu kurang baik seperti panas melampau dan hujan lebat.
2.       Jangkamasa pembuatan yang lebih singkat. Kita hanya memerlukan sedikit masa untuk mendirikan tiang dan stuktur untuk pembinaan bumbung. Untuk pagar atau dinding, kita boleh menggunakan net dan juga zink sebagai bahan utama. Penggunaan zink akan menjimatkan masa tetapi kos adalah lebih mahal berbanding dengan jaring.
3.       Ayam mudah untuk berriadah dan mandi pasir bila memerlukannya. Ayam akan gembira apabila menjejakkan kaki keatas tanah serta mempu untuk menguis tanah seperti mana yang lazimnya menjadi keperluan seekor ayam.
Kekurangan:
1.       Penularan penyakit menjadi lebih mudah. Ayam terdedah kepada jangkitan penyakit yang datang dari tanah. Perkara ini sangat digeruni oleh penternak terutama apabila musim hujan tiba. Pada masa ini ruangan reban mudah menjadi becak dan bertakung dengan air. Pada kawasan inilah banyak cacing yang akan kumpul dan menjangkiti ayam. Gejala yang biasa menular akibat reban tanah ini adalah jangkitan cacing, berak kapur, puru, sampar dan jangkitan kepada serangan peparu.
2.       Kawasan reban yang lebih luas diperlukan bagi menyebarkan najis ayam keserata tempat kerana kalau kawasan kepungan terlalu kecil, kumpulan najis akan terjadi. Najis yang terlalu banyak memerlukan masa pengurusan yang lebih.
3.       Masa untuk menguruskan reban akan meningkat dengan keluasan reban yang bertambah.
4.       Kejadian telur tak berbenih akan lebih meningkat dengan peratusannya yang lebih tinggi. Ini kerana kalau kita kekurangan budget dan hanya membina satu reban besar untuk meletakkan semua ayam dalam satu reban, persaingan antara jantan yang ada akan berlaku. Proses pengawanan antara ayam matang akan terganggu dan perebutan jantan alfa oleh ayam betina kadangkala menyebabkan si betina bertelur tanpa membenarkan didekati jantan yang kurang power.
5.       Telur yang dikutip kadangkala lebih kotor kerana faktor kaki ayam yang terdedah kepada tanah.  Gejala ayam mematuk telur juga kerap dijumpai dan kadangkala menurunkan jumlah kutipan telur yang dikutip setiap hari.
Reban lantai jaring(tinggi)
Kelebihan:
1.       Kawalan penyakit yang lebih mudah. Ini teman dapat buktikan apabila ada sahaja serangan penyakit menular berlaku, biasanya ayam yang ditempatkan diatas reban ini akan terhindar dan terselamat. Pada serangan yang lalu, kesemua ayam yang ditempatkan direban ini terselamat termasuk ayam sutera teman yang dikatakan amat mudah dijangkiti penyakit. Reban ini akan mengasingkan ayam dari kumpulan besar dan ayam tiada peluang langsung untuk dijangkiti olehayam lain direban sebelah.
2.       Ayam akan sentiasa kering dan tiada masalah ayam sakit sesema akibat serangan penyakit ketika musim tengkujuh.
3.       Najis ayam akan dapat diuruskan secara baik dan mudah. Penyakit bawaan amonia dari najis ayam dapat dielakkan. Najis jatuh melalui jaring dan berkumpul dibawah reban. Tugasan kita adalah samada menambah pasir atau menyapu bawah reban. Cukup mudah..
4.       Luas kawasan berbanding bilangan ayam juga minima dengan mengurung ayam ini didalam reban sepanjang masa.
5.       Pengurusan reabn menjadi mudah kerana kita hanya perlu menumpukan perhatian bagi setiap reban yang ada.
6.       Kawalan ayam lebih mudah terutama dari segi menangkap, mengutip telur, merawat ayam sakit dan menningkatkan peratusan telur berbenih.
7.       Satu reban boleh menjadi dua fungsi iaitu reban pembesaran dan reban untuk ayam matang. Yang berbeza adalah setting alatan makanan, jumlah ayam dalam satu reban dan keperluan tambahan untuk mengelakkan nyamuk seperti net nyamuk dan sebagainya.
Kekurangan:
1.       Kos pembuatan yang lebih tinggi kerana reban kos tambahan diperlukan bagi menambah lantai reban. Pembinaannya juga digalakkan dalam unit yang lecil tetapi banyak bagi menampung  jumlah ternakan yang diperlukan.
2.       Masa untuk membina setiap reban mengikut jumlah ternakan akan meningkat kerana memerlukan lebih banyak unit dibina.
3.       Kita perlu untuk menyediakan semua keperluan ayam seperti pasir untuk ayam mandi, tumbuhan atau daunan hijau untuk ayam. Cara terbaik adalah dengan menyediakan bekas khas untuk kita menambah pasir setiap masa serta menanam rumput dalam bekas khas untuk dimasukkan didalam reban mengikut jadual.
4.       Peralatan reban terpaksa ditambah mengikut jumlah reban yang dibina.
5.       Ayam perlu dirawat dengan ubat untuk mengurangkan stress terkurung. Kita juga perlu memastikan reban yang dibina mempu untuk membenarkan dimasuki cahaya matahari terutama pada waktu pagi dan petang bagi membenarkan ayam berjemur seperti mana yang biasa dilakukan oleh ayam yang diternak bebas.
Ada banyak lagi yang boleh disenaraikan mengikut pengetahuan anda. Bagi teman, teman sekarang ini terpaksa memilih untuk menternak ayam teman dalam reban lantai jaring memandangkan stuktur tanah teman yang mudah untuk menakungkan air apabila hari hujan. Cara untuk anda memastikan tanah anda ini sesuai atau tidak, anda korek tanah direban anda sedalam setengah kaki atau sekaki. Biarkan tanah tersebut sebentar dan perhatikan kalau2 ada air dalam luang tersebut.
Kalau ada air, maka anda perlu pastikan anda memilih reban jenis ini kerana ianya tak sesuai untuk dibina reban lantai tanah. Ayam yang berada jauh dari tanah akan sentiasa berada dalam keadaan kering dan sukar dijangkiti penyakit. Walaupun kos pembikinan lebih tinggi, bagi teman pelaburan ini berbaloi kalau kita dapat mengelakkan jangkitan penyakit semasa menternak yg boleh membawa kepada kematian beramai2. Ianya lebih merugikan kita dalam jangka masa panjang.  
Sekian..

03 October 2010

Incubator siap untuk dijual

Salam,

Teman nak bagi tau yang semalam teman dah siapkan 2 biji incubator dan telah disetting. Saiz yang disiapkan kali adalah saiz 80 biji manual denagn harga RM 200 sebiji. Jika anda berminat bolehlah hubungi teman untuk membeli.. takyah tunggu dah sebab dah siap dah semua..

Ok itu sahaja teman nak bagi tau pepagi nie.. salam, bye..

02 October 2010

Eh teman belum berundur lagi lah..

Salam,

Hehehe, saje je teman buat tajuk macam nie sbb teman terkejut dengan komen dari msj box teman di FB. 2-3 orang mengatakan yang teman dah bungkus dalam menternak ayam kampung ini. Terkejut juga teman bila mendengar tu. sebenarnya teman bukannya dah bungkus atau tutup terus penternakan atau ladang teman. Teman dah terlalu lama menternak ayam dan dah rase seperti tak sedap badan kalau teman tak dapat menternak kelak.

Kalau diikutkan, teman ni dah banyak kali tertewas dengan masalah dan ragam ternakan ayam ini. Contohnya, pada mula menternak teman pernah menghadapi kematian anak ayam akibat masalah seperti hama,  cuaca dan masalah pengurusan dimana anak ayam mati semasa berada direban. Kemudian pernah sekali teman mandapat serangan sampar kali pertama iaitu ketika teman baru sahaja 6 bulan menternak ayam. Masa tu pengetahuan tetang vaksin tiada lagi dan ternakan menyusut separuh sahaja dari jumlah yang ada ketika itu. Teman tak putus asa dan membiakkan semuanya balik hingga menjadi 2 kali ganda dari jumlah asal yang ada sebelum serangan sampar. Dan kali kedua teman kena apabila teman baru sahaja belajar menggunakan vaksin. Ketika itu teman tersilap langkah dengan tidak tau cara nak mengendalikan vaksin tu sehingga vaksin tersebut mati sebelum diberikan kepada ayam. Kali ketiga baru2 ini dimana jumlah ayam teman berada tahap tertinggi dari sejak teman mula menternak dahulu dimana jumlah keseluruhan ayam termasuk anak ayam mencecah 700 ekor.

Sebenarnya, kalau diikutkan rekod jualan dan pengeluaran anak ayam dari incubator, teman rasa jumlah ayam yang terkumpul sekiranya teman tak menjual anak ayam sekarang, jumlah ternakan teman yang ada telah mencecah 5000 ekor. Ianya satu jumlah yang banuak dan teman pasti memerlukan kos yang sangat mahal jika diternak,cubalah tuan semua bayangkan betapa riuhnya reban bila kawasan 1/2 ekar reban teman dipenuhi dengan ayam sebanyak itu. Tentu huru hara keadaan reban ketika itu melihat ayam berebut2 makanan ketika sampai waktu makannya.  Tetapi mengapa pula teman menjual anak ayam ini secara berperingkat? Ianya terpaksa teman lakukan demi memastikan kos pembelajaran teman dan kos sara hidup dapat dipenuhi.

Sepanjang menternak selama 2 tahun ini, teman menganggap teman sedang berada dalam tempoh pembelajaran dimana teman perlu bergantung kepada diri sendiri untuk mencari ilmu. Disebabkan teman hanya menternak sendiri tanpa mengharapkan modal dari sesiapa ketika itu,menjual anak yang dihasilkan merupakan cara terbaik untuk mendapatkan duit perbelanjaan selain menjual incubator. Biasalah kalau kita nak menternak secara serius dan tak mempunyi modal yang besar, cara ini yang terbaik dalam fikiran teman. Oleh itu, bekalan anak ayam perlu dikeluarkan dengan baik bagi menampung perbelanjaan keluarga dan ladang dari masa ke semasa.

Namun jika anda mempunyai pekerjaan yang baik sekarang, adalah lebih baik anda memulakan ternakan secara kecil2an dahulu sementara dengan menggunakan sedikit dari wang gaji anda bulanan untuk menternak. Dengan cara ini anda tidak akan merasa tertekan atau kurang belanja bulanan. Dengan ternakan yang ada, anda akan mengembangkannya menjadi beberapa kali ganda dari bulan ke bulan sehingga anda mula mendapat pulangan keuntungan dari ternakan tersebut. Namun syaratnya anda perlulah tahu segala keperluan ayam dan mempunyai sistem pengurusan yang baik sehingga mampu menternak dalam jumlah yang banyak walaupun anda menjaganya secara partime sahaja.

Dulu, untuk mendapatkan ilmu tersebut, teman perlulah mengkajinya secara mendalam supaya jika sampai masanya untuk mengingkatkan ternakan atau mengandakan ternakan kelak, teman mampu menternaknya secara baik dan bersistem disamping pekerjaan yang teman ada ketika itu. Itulah pengorbanan yang perlu dilakukan sebelum teman betul2 terjun dalam ternakan ini.  Maklumlah kita tak ada modal yang besar seperti 100 ribu untuk terus menternak sejumlah ayam yang banyak yang semestinya akan menjamin pulangan yang lumayan, seperti yang kita semua tahu iaitu jumlah ternakan yang banyak sahaja akan menjamin pendapatan bulanan penternak.

Bagi mengelakkan teman terpaksa menyusahkan orang lain disamping menyusahkan keluarga sendiri, teman memutuskan untuk menjual anak dahulu bagi menjamin jumlah jualan yang konsisten setiap bulan. Mungkin anda berpendapat yang teman tak berjaya dalam ternakan ini kerana belum mampu menjual ternakan secara banyak atau yg dah dewasa tetapi bagi teman itu tidak tepat sama sekali.
Teman memang bercadang sebelum ini untuk bekerja semua pada hujung tahun atau pertengahan tahun depan bagi memungkinkan teman melangkah ke fasa ketiga penternakan teman. Fasa pertama pembelajaran adalah untuk menternak dan mengumpulkan semua telur sehingga jumlah anak yang diternak mencecah 1000 ekor. Teman ternak anak ini sehingga mencecah usia lebih dari 4 bulan dan sehingga mencecah usia jualan iaitu pada usia 6 bulan. Fasa pertama ini berjaya pada bulan 10 tahun lepas dimana teman mencapai sejumlah 1300 anak ayam sebelum menjualnya kepada rakan2 yang datang kereban. Bila dah berjaya barulah teman paham sebenarnya cara nak menternak ayam ini sehingga mencecah usia yang dikehendaki dan cara nak menjaganya. Fasa kedua pula adalah untuk cuba menukar fungsi reban teman kepada pusat pengelaran anak ayam dimana ayam induk ditambah dan proses pengeluaran telur terus disambung proses pengeraman menggunakan incubator. Ayam dikurung atau ditempatkan didalam reban secara kumpulan keluarga dimana ayam jantan dipastikan mempunyi peluang untuk mengawan dengan ayam betina. Ini bagi memastikan jumlah telur tidak berbenih yang teman alami sebelum ini tak terjadi. Teman buat semua itu bagi memastikan telur mudah dikutip dan berada dalam keadaan baik.
Fasa kedua pembelajaran pun dah berjaya dimana teman mampu mengeluarkan anak ayam mengikut jadual yang dirancang, Cuma jumlah anak tersebut tak selalu kosisten sepanjang bulan dimana ada bulan yang berada dalam kemuncak dan ada juga yang kurang. Setelah kedua2 fasa ini berjaya, teman akan melangkah kefasa ketiga iaitu untuk meningkatkan kadar pengeluaran reban sehingga menjana pendapatan yang lumayan untuk keluarga teman kelak. Caranya adalah mengunakan segala pengalaman dan pengetahuan untuk memastikan produksi reban berada ditahap terbaik dan teman hanya memerlukan sedikit masa sahaja sehari untuk menguruskannya. Jika teman berjaya, Insyallah ternakan teman akan mula meningkat saban bulan.
Kini setelah bekerja selama 3-4 hari, teman yakin dengan jadual yang ada sekarang. Cukup mudah dan lebih bermakna. Sedikit dari jumlah pendapatan bulanan dari gaji akan teman gunakan untuk membeli makanan dan sedikit baka anak ayam jika ada. Selain itu, kesemua anak ayam yang bakal menetas atau yg baru nie menetas akan teman ternak sehingga mencecah usia matang dan menjadi induk semula. Dengan itu teman berharap jumlah induk teman akan mencecah 1000 ekor pada bulan 5 nanti dan ketika itu produksi ternakan teman akan berada ditahap maksima. Teman berharap ketika itu teman mampu terus menerus menjual ayam matang dalam purata 300 ekor sebulan denagn jumlah jualan kasar purata RM 6000.
Untuk memastikan ianya berjaya walaupun teman masih bekerja, Teman kena pastikan reban berada dalam keadaan baik, kutipan telur dilakukan setiap hari dan kesemua anak ayam yang ditetaskan akan melalui fasa2 pembesaran yang terbaik. Apabila ayam mencecah sahaja usia 6 bulan, penjualan akan dilakukan melalui kaedah tradisional, pukal, dan jualan online.  Dengan bantuan gaji dari pekerjaan teman sekarang, teman yakin teman mampu untuk meneruskannya dan mula menternak secara serius. Kalau sebelum ini tanpa duit gaji pun teman mampu untuk mencari wang belanja keluarga dari ternakan, inikan pula bila teman sendiri ada wang dari gaji dan segala wang keuntungan disimpan terlebih dahulu untuk tujuan pembesaran perniagaan kelak. Itulah yang teman cadangkan.
So apa yang akan berubah sekarang?
Apa yang akan berubah adalah masa terluang teman sebelum ini yang terpaksa dihadkan. Teman akan mejadi 2 kali sibuk dan jadual harian akan menjadi padat. Tiada lagi masa santai yang dinikmati selama 2 tahun ini. Jika berjaya, bolehlah teman simpulkan yang teman telah berada ditahun terakhir pengajian teman menternak ayam kampung ini. Mungkin pada ketika teman mula menjual ayam bulan 5 nanti, teman bolehlah anggap teman telah tamat belajar dan telah berjaya mencar cara menternak ayam kampung asli ini yang suatu ketika dahulu orang melayu kita fikirkan agak mustahil untuk diternak skala besar.
Perubahan terbesar adalah dari fasa belajar kepada fasa ternakan secara serius dan komersial. Pada ketika itu mungkin teman perlu memindahkan ladang ke satu lokasi lain berdekatan yg keluasan tanahnya 3 ekar dan bersebelahan dgn lombong. Kawasan yang jauh dari penempatan menusia dan mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk menternak ayam iaitu separuh berpasir dan separuh berumput dengan beberapa pokok besar untuk teduhan. Harapan teman agar cita2 teman sebelum ini ketika mula2 mengetuk paku semasa membina reban pertama dahulu akan menjadi kenyataan..Amin,
Sekian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails