Pages

Cerita minggu ini..

Salam,

Hujung minggu nie teman mengabiskan masa dengan mengubah kembali setting reban teman. Seperti semua tuan2 semua tahu tanah teman tak sesuai untuk menempatkan reban lantai tanah dimana mampu menakung air yang banyak berikutan dikelilingi dengan parit besar untuk saliran tanaman sawit sejak puluhan tahun dahulu. Kawasan asal yang duk ada nie kalau dicangkul dengan 2 mati sahaja pasti anda akan melihat takungan air hasil kedudukannya rendah dari kawasan tanah yang lain. Patutnya sebelum membina reban dahulu kerja menambak tanah sehingga 2 kaki perlu dilakukan. Namun disebabkan kekurangan budget menyebabkan teman tak lakukannya. Pada waktu malam kalau anda buka kasut dan memijak tanah, anda dapat merasakan suhunya yang menjadi sangat sejuk. Kadangkala pada musim hujan akan kelihatan lumut hijau disekitar longkang yang teman korek sebelum ini.

So 2 hari ini teman habiskan dengan memindah reban untuk sangkar arnab yang ada. Reban ini teamn letak dibahagian tepi depan rumah bagi memudahkan teman menguruskan reban ini kelak. Kemudian teman memindah separuh reban di sisi rumah teman yang boleh menempatkan 10 biji reban. Reban ini kemudiannya teman ubah menjadi berkaki yang akan meningkatkan ketinggian reban. Bila dah siap nanti teman akan tambah lantai jaring plastik yang berharga Rm 6 semeter. Satu reban memerlukan dalam 2 meter jaring ini, Tak banyak perubahan yang perlu dilakukan hanya menambah kaki dari kayu yg ada direban dan menambah jaring plastik sebagai lantai atas. Teman memang suka pakai lantai jenis jaring plastik kerana selama ini lebih tahan lama dah tak berkarat. Ayam nampak selesa dan mudah untuk kita membasuhnya dengan tembakan air deras dari batang getah paip.

Seterusnya teman akan memindahkan reban dibahagian belakang reban teman kebahagian depan reban. Kalau mereka yang pernah kereban teman pasti dapat menduga yang reban bentuk A teman sebelum ini berada nun jauh dibahagian belakang. Reban utama teamn yang besar sebelum ini akan teman robohkan untuk membina reban2 kecil untuk menempatkan induk2 ayam dalam jumlah yang kecil iaitu dalam bilangan 20 ekor satu reban. Cadangan saiz yang ingin dibina mungkin sekitar 20x20 sahaja. Separuh dari kawasan ini akan berbumbung dan menjadi tempat teduhan untuk ayam tersebut. Dengan unit2 kecil yg dibina, pengurusan reban menjadi mudah dan ayam dapat dikurung dengan keadaan baik. Maklumlah selepas ini teman terpaksa menjalankan 2 kerja iaitu menjaga ayam dan bekerja makan gaji.

Selepas ini, teman akan mempraktikan sepenuhnya pemakanan sihat ayam dan pemberian ubat2an mengikut jadual. Makanan utama direban teman adalah makanan sajian khas dari resipi yang teamn masak sendiri. disamping itu teman akan tetap mengambil makanan lebihan kedai makan tetapi teamn perlu memprosesnya terlebih dahulu. Caranya adalah dengan merendam dahulu makanan tersebut yang ternyata mempunyai kandungan minyak dan bahan yang kurang baik untuk ternakan. Kemudian teman akan tapis selepas direndah seketika dan membilasnya kemabli sebelum dikeringkan sedikit. Makanan tambahan ini perlu untuk mengimbangi kos makanan yang perlu untuk menternak.

Tugasan teman selepas sahaja sampai kerumah adalah untuk memasak rumusan teman yang hanya memerlukan masa memasak selama 5 minit. Bagi yang pernah mengikuti kelas teman, teman yakin dengan ramuan ini kerana nutrisinya sangat baik bagi ternakan. Perkara yang seterusnya adalah menanam tumbuhan untuk menjadi makanan tambahan kepada ternakan nanti. Oleh kerana reban telah dipindahkan kedepan, iaitu kawasan yang lebih tinggi dan lebih keras tanahnya, teman akan mengunakan tapak reban lama untuk tanaman ini. Kawasan sebelum ini lebih rendah dan terlalu poros dengan air. Untuk ternakn kurang sesuai tetapi untuk tanaman ialah yang terbaik. Antara tanaman sayur yang teman akan tanam adalah kangkung, sawi, dan kailan. Teman juga akan menamam tumbuhan herba seperti hempedu ular, serai dan sebagainya untuk tanaman. Tanaman bermusim yang paling teman suka tanam selepas ini adalah jagung. Sebelum ini teman suka memberi ayam ini makan jagung dengan meletakkan keseluruhan batang dan pokok jagung ini terus kedalam reban. Habis licin dibedalnya tinggal batang kasar sahaja. Akarnya pun akan dibedal habis. satu lagi tanaman yang akan teman tanam adalah tanaman pisang yg disulami dengan betik. Ini semua makanan tambahan bagi ternakan teman kelak.

Kalau diikutkan seakan banyak kerja yang perlu dilakukan tetapi bagi teman ianya cukup berbaloi. Yang penting kelak apabila smeua tumbuhan ini mula mengeluarkan hasil, ayam teman akan mendapat habuannya. Teman pun boleh tumpang sekaki. Bab pembajaan pula sangat mudah kerana teman boleh menggunakan najis arnab sabagai baja. untuk baja semburan cukuplah dengan menggunakan buah masak ranuh yang dicampurkan denagn bula merah yang diperap selama 1 bulan. Air tapisan akan dicairkan dengan air sebelum disembur kepada tanaman kelak. Tak sabar pula nak memulakan kembali ternaan teman dengan mengekalkan ayam yang ada.

Caranya sekarang adalah dengan menutup jualan anak ayam yang ada dan menyimpan sepenuhnya untuk kegunaan sendiri. Oleh itu sekarang ini dengan rasminya penjualan anak ayam akan teamn tutup. Harap takde yang menghubungi teman lagi selepas ini untuk membeli anak ayam. Tetapi jika ada yang berhajat untuk menjual anak ayam mereka kepada teman, teman sangat berterima kasih kerana teman sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah ternakan direban. Malam nanti, teamn akan menarik wayar lampu untuk dipasang ke reban sisi rumah teamn bagi memudahkan teman mengurus ayam pada waktu malam. Sudah sampai masanya untuk teman terus melangkah ke tangga satu lagi untuk meneruskan cita2 menjana pendapatan dari ternakan.

Harapan teman dalam bulan mendatang, penyakit sampar dan penyakit jangkitan yang lain takkan menyerang reban teamn lagi dengan langkah2 ketat yang akan teman lakukan sebelum ini. Tempoh bersuka ria dan mengkaji dah hampir tamat. Sekarang sudah tiba masanya untuk serius dalam ternakan dan memastikan reban teamn ini mengeluarkan hasil sebaik mungkin kelak. Namun ianya tak bermakna teman menutup terus reban teman dari orang luar, cuma langkah berjaga2 akan dipraktikan semula. Mungkin persatuan penternak ayam kampung asli akan teamn cuba hidupkan dengan senarai pengunjung yang melawati reban teman. Antara perkara penting yang akan menjadi agenda persatuan nanti adalah seperti berikut:

1. mendaftar persatuan untuk memudahkan urusan rasmi akan datang.

2. membuat perlantikan jawatan kuasa bagi memudahkan pengurusan kelak.

3. merancang agenda persatuan antaranya:

a-  mengujudkan program pengvaksinan dimana semua ahli mendaftar akan dimasukkan kedalam jadual pervaksinan persatuan dimana pervaksinan berjadual akan dilakuan dengan kos vaksin ditanggung oleh penternak. Persatuan hanya perlu ke reban tersebut dan menyediakan vaksin untuk ternakan.

b- penjualan ubat2an dan khidmat nasihat kepada semua penternak dibawah naungan persatuan. bagi memudahkan anda mendapat bekalan ubat, persatuan akan membeli stock dan apabila anda memerlukannya, anda boleh membelinya dan persatuan akan menghantarkannya melalui pos.

c- khidmat nasihat dan perancangan reban. Mereka yang perlu bantuan nasihat boleh mendapatkan bantuan dari ahli yang berdaftar dan anda akan dialu2kan kedatangan anda sekiranya anda ingin melawat reban ahli persatuan.

d- bantuan dari segi nota penternakan serta teknik penternakan seperti penyediaan makanan tanpa perlu mengharapkan bekalan dedak komersial yang ada sekarang.

e- mengujudkan satu jaringan pemasaran dimana jualan ternakan didahulukan semasa ahli dahulu denan harga berpatutan tanpa perlu melalui orang tengah. Satu portal jualan akan diwujudkan agar memudahkan segala urusan jual beli..

f- mengwujudkan satu laman blog yang mempunyai informasi semua ahli persatuan serta update terkini dikalangan ahli. Disini juga kita dapat bertukar2 pandangan mengenai dunia penternakan. Jika anda ingin menghantar artikal atau coretan anda ke blog ini anda hanya perlu menghantar email dan akan disiarkan sebagai satu rencana dalam blog.

g- Yang peting, yuran tidak akan dikutip untuk ahli kerana yang dipentingkan dalam persatuan ini adalah perkongsian ilmu dan bukannya berdasarkan politik, glamour , kuasa dan wang ringgit. Yang penting selepas ini kita dapat membantu sesama kita tak kira sejauh mana otainya kita dalam dunia penternakan.

h- perjumpaan sesama ahli jika dapat dilakukan setiap bulan. Tak payahlah mengadakannya ditempat mahal cukuplah sekadar lepak ditempat makan dengan kos makanan ditanggung sendiri. Yang penting perancangan serta perjalanan persatuan dapat diteruskan.

Perkara tentang berpesatuan ini biasanya memerlukan banyak pengorbanan dan masa mereka yang terlibat. Kita tak dapat lari nanti untuk menemui pelbagai kerenah dan pemberontakan dari mereka yang biasa melakukannya dalam kehidupan harian. Tugasnya hanya nak bangkang dan kritik. Tapi bila diberiakn tugas akan panjang muncungnya dan pelbagai sindirian yang diberi. Itu biasalah. sejak teman berbloger inipun dah banyak kali teamn terasa, inikan pula bila esok dah ada persatuan. Cuma teman minta agar kalau anda semua pengunjung blog teman mempunyai komen mengenai persatuan ini, sila email atau tulis sahaja di ruangan chat dibahagian sebelah blog teman ini..

Sekian

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram