27 May 2010

Ciri anak ayam yang bagus,

Salam,

Kali ini teman bukannya nak menulis cara nak melihat ciri2 anak ayam yang bagus, teman rase post teman sebelum ini banyak dah mengatakan tetang cara nak memilih anak ayam yang bagus untuk diternak. Antaranya dengan melihat kepada dubur anak ayam, keadaan mata, hidung dan mulut serta melihat kecergasan aanak ayan tersebut. kemudian kita juga perlu melihat perut anak ayam sehingga ke tali pusat untuk mengenalpasti sekiranya ada tanda terkena yellow egg sindrom dimana anak ayam tersebut boleh mati selepas seminggu kita membelinya.

Yang teman nak cerita ini adalah perkara yang biasanya teman buat sebelum ini ketika mula2 menternak dahulu. Untuk pengetahuan tuan semua, setahun dahulu teman membeli lebih kurang 50 ekor induk ayam serta hampir seratus anak ayam yang berusia lebih dari 2 bulan untuk diternak. Dan kemudian teman ada juga membeli anak ayam yang baru habis pantang untuk temna bela dan mendapat pengalaman. Alhamdulilah pengalaman telah teman dapat walaupun ketika itu banyak halangan menimpa seperti banjir, serangan anjing liar, serangan biawak dan sebagainya. Namun bagi ayam yang telah berjaya teman biakkan masih lagi hidup sampai sekarang dan kebanyakkanya dah jadi otai di reban citypullagro.

Selalunya teman membeli anak ayam ini dari ladang terus kerana nak melihat baka yang ada. Kalau anda yang pernah kereban teman, anda paham bahawa ayam direban teman adalah dari baka merah dan putih seperti ayam biasa kita lihat di kawasan rumah kampung. Ini kerana teman betul2 teliti dalam memilih baka kerana ingin memastikan keturunan ayam ini terpelihara tanpa baka ayam lain. Anda akan perasan yang ayam teman tidak ada ciri seperti ayam laga yang tinggi lampai serta berbalong batu. Muka ayam teman pun tak segarang ayam laga atau sabung. Ini kerana persepsi teman bagi ayam kampung asli yang menjadi kegilaan pengguna sekarang adalah ayam balung sikat dan berbadan mendatar ketika berjalan dan bukannya menegak seperti sabung.

Selalu juga orang bertanya tentang ayam sabung ini, adakah ayam sabung atau keturunannya (kacuk ayam kampung dengan sabung bagi mendapat ayam yang lebih berat) boleh digelar ayam kampung? Dan setiap kali juga jawapan teman adalah sama. Iaitu, ayam kampung ini definasinya adalah ayam yang diternak secara kampung dahulu yang dan yang sering menjadi pilihan adalah ayam merah yang sering kita lihat di kampung. Kalau anda mengkacukkan ayam ini dengan ayam sabung, bukankah akhirnya orang akan kata ayam ini ayam kacukan sabung? So macam mana kita nak gelarnya dengan ayam kampung padahal yang mengkacukkanya juga paham yang beliau mengkacuk dengan sabung?

Buka ketika menternak yang menjadi isu, cuma ketika anda nak menjual nanti. Kalau anda berhajat nak menjualnya dipasar sebagai daging atau untuk menjualnya sebagai ayam kampung, adakah anda tahu yang ayam yang terpilih adalah ayam yang keaslian kampungnya sahaja. Jika berat dah mencapai 2 kg dan berbadan tegak serta berbalung sabung, adakah akan terjual ayam anda nanti? Cuba fikirkan? Tak kisahlah sejauh mana anda memekik mengatakan ayam anda ayam asli, tetapi pilihan adalah ditangan pembelikan? pembeli yang akan membuat keputusan yang mana asli dan yang mana bukan.

Jangan terkejut nanti apabila ayam anda yang anda ternak dengan serius tersebut tak dapat dujual kerana orang takut dengan harga seekor yang mencecah 30 ringgit kerana berat terlampaunya. Dan jangan terkejut sekiranya ayam anda nanti langsung tak mendapat perhatian pemborong kerana ada sedikit ciri sabung pada ayam. Bukan apa ayam sabung ini orang tak minat nak makan sebab dagingnya yang sangat pejal dan liat sbb ototnya yang padu kerana kuat bersukan dan bersabung.

DI siam, ayam sabung yang telah dihibridkan banyak diternak dikawasan kampung dan mula tersebar dinegara kita. Dengan tindakan penduduk kita yang membawa masuk banyak baka jenis ini untuk diternak, maka ayamjenis ini banyak sekali kita jumpa sekarang. Tetapi kalau dijual dikalangan pengguna melayu, mungkin anda akan dapati ianya masih masih boleh dijual. Namun harganya sahaja mungkin tak sama dengan ayam kampung ori sekiranya dijual sebagai daging. So berhati sekiranya anda ingin membeli ayam ini kernaa takut nanti satu bacth ayam anda nanti semuanya baka sabung kacuk.

Cara terbaik untuk membeli anak ayam adalah membelinya terus dari ladang yang melakukan proses pembenihan anak ayam. Anda akan dapat melihat sendiri baka yang digunakan serta berharap nanti ayam yang anda keluarkan adalah dari rupa yang sama. Dengan ini kelansungan keaslian ternakan anda akan dapat diteruskan. Anda juga boleh memilih baka yang baik dari ternakan anda sendiri untuk anda jadikan induk direban anda nanti. Cuba elakkan membeli anak ayam yang dibawa dengan kotak kerana dari pandangan mata kasar agak sukar anda nak memastikan baka yang dibawanya. Ini kerana pada 2 minggu pertama, anak ayam akan kelihatan hampir sama dan kalau tertipu dengan usianya, mungkin anda tak dapat lansung nak mengagak asal usulnya. Dan banyak kali teman diadukan dengan masalah ini dan ada juga yg lebih suka melepaskan kepada teman seperti teman yang bersalah dalam hal ini hehehe..

Apa2pun teman berbesar hati melihat penternakan ayam asli ini kian berkembang dan mendapat perhatian. Cuma teman menunggu lagi sehingga penternakan ini mendapat liputan di media perdana tanah air kita. Insyallah..

25 May 2010

Kaum hawa pun hebat menternak.

Salam,

Sebenarnya teman teringatkan nenek teman yang dahulu suka membela ayam dikampung. Reban seluas 8x8 dengan kaasan berbumbung dekat 20x20 ketika itu, nenek teman menternak pelbagai jenis ayam ketika itu. Ketika itu jugalah teman kali pertama melihat ayam gajah atau sebenarnya ayam saso atau ayam pure rhode Island. Ketika itu ayam ini menjadi perhatian kerana saiznya yang besar serta gemuk.

Ketika nenek teman menternak, teman sempat melihat ayam botak, ayam katik, itik dan sebagainya. Ayam dibiarkan bebas dalam tanah 1/2 ekar memanjang kebelakang rumah yang dipenuhi pokok durian, ciku, limau-limauan dan sebagainya. Dan ayam ini bebas merayap sampai kesempadan tanah untuk mencari makan. Kalau diingatkan kembali ayat yang selalu teman dengar bila nenek ini keluar dari kampung lebih dari sehari adalah kerisauan mereka terhadap ternakan ayam. Risau ayam mereka tidak terjaga sepanjang ketiadaan dirumah.

Dan teman masih ingat keenakkan telur masin yang dibuat sendiri dengan merendam telur tersebut dalam balang Holic yang besar tu dengan air garam selama sebulan. Bila raya sahaja banyak balang ni kat dalam almari gerobok yang orang dulu2 buat tempat simpan makanan yg siap dimasak. Telur diperolehi dari itik yang diternak tak sampai 10 ekor ketika itu. kekadang terlihat siitik menyudu air limbah atau longkang tanah yang mengalirkan air dari singki. yelah rumah kampung, mana ada sistem peparitan yang baik.

Sebenarnya, kalau tak silap teman, banyak ayam yang teman beli pada awalnya diternak oleh golongan hawa. bagi penduduk setempat, kaum isteri yang tidak bekerja, menternak sikit2 sebegini sangat menghiburkan dan boleh mendapatkan hasil kepada keluarga. Biasanya tanggungjawab untuk menyelenggara ternakan ini dipikul oleh kaum hawa. Apa yang teman perhatikan, mereka menternak dengan sepenuh hati dan selalu menganggap ternakan tersebut sebagai haiwan peliharaan. Kekadang ada yang diberinama dan ada yang disuka(sbb manja) dan ada yang paling selalu dimarah atau dihambat.

Oleh itu, teman rasa kaum hawa tiada masalah untuk menagani kerenah ternakan ini dek kerana sikap dan sifat mereka yang penyayang. Sebab itulah kalau kita lihat kaum2 ibu dikampung sangat menyayangi ternakan mereka. Sebenarnya dah banyak kali teman bertanyakan mengenai potensi ternakan ayam kampung nie. Ramai yang mengatakan yang ianya membaa pulangan yg tinggi sbb harga dan permintaan. Bila ditanya kenapa tak bela lebih banyak, seringkali jawapannya adalah masalah penternakan seperti maslah penyakit, masalah anak ayam mati dibaah jagaan ibu dan yang paling banyak adalah masalah pemangsa yang membunuh ternakan mereka.

Kalaulah kaum2 ibu dirumah ini memepunyai sedikit ilmu tetang penjagaan ayam ini seperti penggunaan incubator, penjagaan angkat anak ayam sejak anak ayam baru menetas, tahu sedikit pasal penyakit serta ada sedikit bantuan kewangan untuk membina sedikit infrastuktur @ banih, Teman rase hasil yang dijana oleh kaum ibu ini akan habat2 belaka. Sekarangpun jangan terkejut sekiranya teman bagitau yang kaum hawa juga ramai yang menghubungi teman untuk melawat reban atau menayakan sedikit pasal ternakan. Sunggug tak teman sangka kaum haa yang masih muda belia sanggup bergelumbangan denagn tahi ayam untuk menternak.

Bukan apa, orang rumah teman memang teman tak galakkan berada dalam reban sbb bagi teman reban teman adalah opis teman. hehehe tak best lah kalau ornag rumah juga terpaksa bekerja direban teman padahal dia ada kerja dia sendiri dipejabat dan rumah. Kalau boleh biarlah segalanya diuruskan oleh teman sendiri termasuklah menjaga makan minum ternakan. Tetapi oleh kerana minat orang rumah teman juga timbul bila melihat kecomelan anak ayam yang keluar dari incubator, temanpun belilah 15 ekor ayam silky untuk beliau bermain. Oleh itu bolehlah beliau membelai ayam ini yang sememangnya level ayam hiasan.

Oleh itu, jangan terkejut nanti ada farm yang mega yang diuruskan oleh kaum hawa ini. Insyallah semua ini akan berlaku. Teman rase pun sekarang ni ada farm skala sederhana yang dah diuruskan suami isteri dimana kerja diladang dilakukan oleh kaum adam dan pengurusna seperti urusan perniagaan dilakukan oleh isteri. teamn harap, denagn adanya sistem yang lebih baik nanti, kaum ibu dikampung dapat menjana pendapatan dengan menternak ayam kampung yang dah menjadi kebiasaan mereka sebelum ini. Adios..

Kecut perut teman,

Salam,

tadi tengah cek kat nuffnang tadi, rupanya dia ada satu analisis report yang mengatakan siapa yang memasuki blog teman. Yang teman terkejut besar n sangat kecut perut bila dalam seminggu nie dorang listkan yang ada 1700++ pengunjung yang mengunjung blog teman menggunakan ID unik.

Ini bermaksud ada 1700 orang yang memasuki blog teman adalah individu yang berlainan.. huh macam tak percaya.. begitu ramai ke peminat ayam ini diluar sana? Tetapi kenapa masa teman buat undian (poll) teman tgk ada kurang dari 100 je yg submit? teman ingat masa tu hit atau pengunjung blog teman adalah dari kalangan sekumpulan kecil yang mengunjungi berulangkali setiap hari.. yelah kita tak tau bila tuan punya blog nak update post terbaru.

Kalau macam nie punya ramai perminat, ada juga sedikit kerisauan dalam diri teman. Teman takut pisang berbuah 2 kali. Takut nanti ada pula skim2 macam2 pawah baru seperti yg jadi pada keli, cacing dan sebagainya. Takut nanti lagi banyak duit orang kita tergadai.
Melihat kepada trend kelas teman pun teman dapati berlaku penambahan penyertaan dari bulan kebulan. Tetapi yg selalu terjadi adalah penyertaan last minute. Tu yg kekadang sampai jadi gelabah.

Apa2pun teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang sanggup berkongsi pengalaman serta minat dalam penternakan. Insyallah kalau tuan bersungguh2 tuan juga mampu membuka ladang penternakan sendiri. Tetapi ingat perancangan yang teliti serta kesnggupan serta kesungguhan penting untuk terus berternak. adios..

24 May 2010

Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan

Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan:

Salam,

Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarkan kalau kita menternak samaada ayam kampung asli atau ayam kacuk. Kiraan didalam ini adalah milik peribadi teman sebagai penternak kecik dan bukannya penternak besar macam yang digembur2kan. Sekiranya anda ingin belajar menternak atau mengetahui perbelanjaan penternakan, adalah lebih baik anda meminta keteperincian ini kepada mereka yang telah menternak berbanding mereka yang hanya melakukan tradding. Ini kerana teman rase yang menternak sahaja tahu perbelanjaan sebenar ternakan ayam ini.

Teman mulakan dengan kiraan untuk kita mula2 menternak, sebagai contoh adalah kiraan untuk kita menternak dengan modal perniagaan 10 ribu dengan menolak kos tetap iaitu kos pembinaan reban dan sebagainya. Tetapi anda perlu ingat yang reban untuk menternak bagi kedua2 jenis ini berbeza.

Kos tetap,
kos untuk kacuk lebih tinggi kerana kita menternak dalam keadan bangsal, hanya pada waktu sesuai sahaja kita melepaskannya keluar reban dengan keadaan yang masih terkawal. Untuk membina reban berbentuk bangsal dengan kapasiti 1000 ekor, kos yang diperlukan mungkin mencecah RM5k bergantung kepada design. Manakala reban untuk penternakan ayam kampung asli adalah mengikut budget dan design reban anda.

untuk budget RM 10,000 yang diperuntukan untuk penternakan sahaja kita bandingkan dengan kedua2 jenis ternakan ini,

kacuk:
1. makanan: sepanjang pembesaran antara 2-3 bulan
FCR adalah 1:3 kilo. bermaksud 3 kilo makanan untuk 1 kilo dgn dedak 3 bulan max.
Sekiranya berat purata ayam yang kita jual pada bulan ke 3 adalah 1.5 kilo.
tempoh pemakanan wajib dedak adalah 2 bulan(nak dapat dada tebal dorang cakap)
Bermakna untuk mendapatkan 1.5 kilo daging kita memerlukan 4.5 kilo dedak.
Harga sekilo dedak kalau beli guni: RM 80(harga paling rendah kalau korang leh dapat) 80/50 kilo: RM 1.60 sekilo. Kos makanan untuk seekor ayam adalah 4.5 kilo x 1.60: RM 7.20
Kos benih untuk anak ayam kalau anda menternak melebihi 1k: RM2.00 (ada yg leh jual sampai 1.80 seekor.. tgk luck lah)

Kos benih dan kos makanan: RM 2+ RM 7.20: RM 9.20
Jualan dipasar: RM 15 SEEKOR bukannya sekilo:
Harga kalau kita tolak/jual: Max kita leh pegi RM 12 seekor. (ikut pengalaman penternak) itupun penghantaran kita kena buat.. (so kena sewa lorilah kalau ayam ada dalam 1k. Satu lori pun leh masuk dalam 300 ekor je)

So keuntungan jualan kasar atau belum dipotong perbelanjaan lain adalah :
RM 12 seekor - RM 9.20(kos)
harga pulangan jualan kasar: RM 2.80 seekor.

Kalau kita mahu mulakan dengan modal RM 10k tanpa perlu memasukkan kos reban, bilangan ternakan yang boleh diternak adalah : (+-)1 ribu ekor satu musim.
Jumlah perolehan kasar untuk jualan 1000 ekor ayam adalah : RM 2800 selama 3 bulan.
Penolakan wajib kos penghantaran, kematian (5%), kos ubat, kos elektrik dan kos air serta sebagainya anda mungkin perolehi RM 2000 untuk 3 bulan itupun kalau anda bekerja sendiri.
Jumlah pendapatan setelah penat 3 bulan menternak bagi setiap bulan adalah RM2000/3:
RM....(anda kira sendiri). Satu ribu ayam tu banyak ooooo


Ayam ori.

Kos benih : RM 2.50
Kos makanan: FCR 1:4
makanan dedak wajib pada 2 bulan pertama: 500 gram (ayam usia 2 bulan kecik giler)
Kos makanan untuk dedak komersial untuk 2 bulan pertama : RM 0.80
Kos makanan untuk 4 bulan terakhir : Bergantung kepada kepakaran anda. jangkaan teman atau yang biasa teman buat adalah dengan menggunakan kiraan keseluruhan 50% dedak buatan sendiri dengan Kos RM 0.60 sekilo dan Lagi 50% dari makanan percuma sekeliling termasuk rumput dan sebagainya(ayam dah masuk umur 3 bulan keatas dah boleh makan makanan lain seperti rumput sehingga 60% dietnya. Oleh itu kiraan:
FCR untuk DEDAK buatan sendiri(50%) yang selepas umur 2 bulan adalah 3.5/50% kg(dari penolakkan 0.5 kg awal 2bulan) adalah : 1.75 kg

kos makanan selepas 2 bulan: 1.75 kg x RM 0.60 : RM 1.05 (bundarkan kepada 1.10)

Kos makanan untuk 6 bulan : RM 0.80(dedak komersial) + RM 1.10(dedak buatan) : RM 1.90.

Kos penternakan untuk seekor : 2.50(anak) + RM 1.90(dedak) : RM 4.80.

Jualan untuk selepas 6 bulan: Berat biasa dijual 1.3 kilo.
harga sekilo dipasar RM 15 sekilo
Harga jualan SEEKOR RM +- RM 20

Penolakan kasar perolehan : RM 20-RM 4.80: RM 15.20


Kalau kita mahu mulakan dengan modal RM 10k tanpa perlu memasukkan kos reban, bilangan ternakan yang boleh diternak adalah : (+-)2 ribu ekor satu musim.
Jumlah perolehan kasar untuk jualan 2000 ekor ayam adalah : RM 30,200 selama 6 bulan.

Penolakan wajib kos penghantaran, kematian (10% sbb dorang kata lama sangat belakan.. kematian ini ikut luck kita), kos ubat, kos elektrik dan kos air serta sebagainya anda mungkin perolehi RM 28000 untuk 6 bulan itupun kalau anda bekerja sendiri.
Jumlah pendapatan setelah penat 6 bulan menternak bagi setiap bulan adalah RM28000/6:
RM....(anda kira sendiri)

Kalau kita nak mempersoalkan kat mana nak jual ayam ori sebanyak tu, datang kekelas teman sbb teman ada banyak caranya. Teman yakin sekarang nie kalau teman nak jual semua 500 ekor ayam teman direban, Insyallah 2 hari leh abis. Kita tak leh jual ayam seperti kita jual ayam kacuk ni.

Analisa risiko untuk ayam kacuk ini adalah kita perlu untuk menjual ayam dalam masa tepat pada beratnya dan kiraan melalui hari macam jualan ayam putih pedaging tu. Lewat sehari keuntungan kita akan berkurangan. Ayam tetap perlu diberi makan.

Kalau ayam ori ni bila dan mencecah umur jualan, pergantungan kepada dedak adalah 0% dimana anda boleh mencari makanan lain selain dedak. Paling teruk pun anda boleh masak makanan sendiri.lagipun ayam yang dah matang atau dah leh jual biasanya tak menambah berat dah macam kacuk. Kalau kacuk lewat sebulan, ayam dah leh mencecah berat 2kilo lebih.. sapa nak beli?

Cuma kekurangan ayam ori ini adalah bekalan benih yang berkurangan. Kalau kita nak bandingkan jumlah keuntungan yang sama bagi menternak kacuk dan ori..
kita boleh samakan kesusahannya seperti menternak 1000 ekor ayam ori dengan 1000 ekor ayam kacuk.

Kerja untuk kacuk adalah untuk menternak 1k ayam dan yg ori hanya menternak 100 ekor sahaja. tetapi pendapatan bulannya adalah sama. Apa pendapat anda? Kalau anda menternak kacuk 2 musim pun(semusim 3 bulan) anda masih belum mampu menandingi jualan bagi ori selama 6 bulan kan?

Oleh itu untuk menjawap persoalan sama ada citypull berpikiran sebagai peniaga atau tidak anda sendiri tentukan. Adakah langkah kami di citypull ingin mengkomersialkan ternakan ayam asli ini sebagai langkah salah untuk memulakan perniagaan atau menjadi peniaga yang baik?

Bagi kami, selama kami berkecimpung selama 2 tahun dalam penternakan ini, banyak kelebihannya menyebelahi ternakan kami berbanding kacuk. Faktor penjimatan seperti memberi makanan sisa kedai makan bukan isu utama. Sebenarnya kalau kita menternak ayam kampung untuk jualan daging iaitu dari peringkat anak, penggunaan nasik lebihan tidak timbul langsung. Penggunaan nasi ini hanya untuk menyediakan kita dengan ternakan induk untuk mendapat telur kerana kita perlu menternak induk sedia matang ini selama 2 tahun untuk mendapatkan telur. Kos penjagaan serta kos operasi menyebabkan penternak memerlukan sumber makanan yang paling kos rendah tetapi tidak memberi kesan kepada ternakan. bayangkanlah kalau nak bagi makan dedak selama 2 tahun sebelum kita tukar ibu lain...koyak ahmad albab... heheheh

Kalau anda menternak ayam dari anak, adalah menjadi amalan supaya menjaga permakanan dan pemantauan nutrisi. Kebanyakkan penternak ayam kampung skala besar akan memasak makanan ternakan mereka sendiri yang ternyata lebih menjimatkan dengan nutrisi yang sama. Simpulan2 dan kiraan inilah telah kami kaji sejak 2 tahun dahulu berpandukan fakta dari reban kami sendiri tanpa rujukan mana2 reban lain. Kalau kami boleh Insyallah anda pun boleh.. Ingat, Orang kita dulupun pernah bijak menjadi peniaga dan pedagang..

23 May 2010

Target untuk dicapai sebelum 2011

Salam,

Teman nak berkongsi matlamat atau target kami di citypullagro sekarang dalam masa setahun setengah lagi, Perkongsian ini bukannya untuk menunjuk2 tetapi hanya untuk membakar semangat kami sendiri di citypull. Kalau sekarang dah hampir setahun setengah kami bergelar penternak secara rasmi atau secara serius, kini ada lagi setahun setengah bagi kami mencapai target kami sebelum ini.

Target kami adalah untuk mengeluarkan sekurang2nya 5000 ekor anak ayam bagi sebulan sepanjang tahun. dengan ini bekalan anak ayam akan berterusan dapat diperolehi oleh penternak yang ingin menternak ayam kampung asli. Dengan itu satu usaha perlu dilakukan untuk mengkaji untuk menyelesaikan semua masalah yang dialami oleh sesebuah pusat pengeluaran anak ayam. Seperti yang anda semua tahu, citypull telah mengalih perniagaan kami atau kajian kami dari pengeluaran daging kepada pengeluaran anak ayam. Sebab utama kenapa kami menukarnya adalah kerana sepanjang setahun setengah kami fokus kepada pembesaran anak ayam kami dapati:

1. kami dah menjumpai cara dan kaeadah betul membesarkan anak ayam mengikut peringkat. Sebelum ini banyak masalah yang disokong oleh penternak lain mengatakan masalah dalam membesarkan anak ayam ini berikitan masa yang panjang dan kaedah yang salah seterusnya menyebabkan peratusan pembesaran semakin menyusut.

2. Kami dah mengkaji aspek pemakanan dan keperluan nutrisi bagi setiap peringkat anak ayam tersebut. Kami juga berjaya mencipta atau memasak makanan sendiri yang terbukti lebih murah dan mudah untuk disediakan. Makanan tambahan yang sesuai juga telah berjaya kami temui untuk diberi kepada ayam tersebut.

3. masalah reban yang tidak sesuai juga telah kami atasi dengan membina beberapa siri reban mengikut keperluan ayam ini. kalau dahulu perkara ini lengsung tak pernah terlintas difikiran penternak seperti teman, namun kini ianya nampak lebih mudah dan berpotensi.

4. Masalah penyakit dan cara nak mengatasinya. Semuanya telah teman lalui dengan bebrapa percubaan serta setting yang sesuai

5. Kami juga berjaya mengeluarkan ayam untuk jualan daging sebanyak 700 ekor sebelum ini dalam satu2 masa. Cara penternakan kami ketika itu adalah menggunakan anak ayam keluaran ladang sendiri untuk dibesarkan. dari sini kami perhatikan untuk emmbesarkan anak ayam dengan benih sendiri bukannya masalah lagi.

6. kami juga telah menyelesaikan masalah untuk menjual ternakan atau lebih gemar digelari ornag kita sebagai marjket ayam ini. Sesungguhnya semuanya nampak mudah dengan adanya jaring serta penggunaan blog untuk merketing. Kami juga berjaya membantu mereka yang memerlukan sedikit bantuan untuk menjual ternakan mereka.

7. Kami berjaya menternak ayam ini dalam skala kecil(kecil kalau nak diikutkan standard penternak malaysia) merasakan ianya sangat seronok dan menjanjikan keuntungan yang baik.

Oleh itu kami mula melangkah kepada setu banda yang baru iaitu bagaimana nak setup satu perusahan untuk mengeluarkan anak ayam untuk jualan. Oleh itu, kami telah menjual semua anak ayam kami yang dikeluarkan direban kami dan memulakan fokus yang baru. Perkara yang perlu kami fokuskan ketika ini adalah seperti berikut:

1. Cara nak membina reban supaya kami mampu untuk menempatkan sejumlah ibu ayam untuk diternak sehingga 2 tahun.

2. kami perlu memikirkan aspek pemakanan yang lebih murah atau lebih efisien kerana ternakan kami akan diternak sehingga 2 tahun lamanya dan dalam tempoh itu pendapatan hanya berkisar terhadap pengeluaran anak serta telur sahaja.

3. mengkaji cara pengeraman dengan incubator yang lebih baik supaya peratusan telur menetas dapat ditingkatkan.

4. memastikan jumlah peratusan telur berbenih melebihi 80% untuk pengeluaran telur direban kami.

5. Memastikan penyakit berjangkin serta penyakit akibat setting kita tidak menjadi masalah besar.

6. Untuk mengira keuntungan serta kerugian dalam penternakan jenis ini.

7. Menilai permintaan pasaran setakat untuk untuk jumlah anak ayam yang diperlukan.

8. memastikan jumlah yang betul atau keadah yang betul untuk menternak induk secara efisian dan mengurangkan kerja.

semua ini adalah cabaran untuk kami dalam masa 1 1/2 tahun akan datang. Buat masa sekarang setelah hampir 3 bulan menukar corak penternakan kami, ayam mula menunjukkan penerima serta mul abertelur kembali. ayam yang mati pun berkurangan serta masalah benih serta makanan dapat diatasi. Harapan kami agar kejayaan berada dipihak kami dengan izin tuhan serta bantuan dan dorongan pembaca atau kawan blog teman. Insyallah.. Amin..

Laaa kena kurung ke?

Salam,

Percaya atau tidak anda kena kurung atau kaal pergerakan anak ayam anda sehingga fasa tertentu. bagi sesetengah pihak, perkara yang teman ajar ini macam tak masuk akal. Ini kerana bagi mereka ayam perlulah dibiarkan bebas untuk di "free range"kan untuk mendapat gelaran ayam kampung. Kesannya kalau 10 ekor anak ayam turun tanah, teman tak pasti berapa ekor yang berjaya samapi keusia matang kelak.

Kalau penternak ayam kacuk yang mengamalkan penternakan secara free range, mereka biasanya menternak anak ayam sehingga usia tertentu sebelum boleh dilepaskan dikawasan berumput. Ini adalah amalan terbaik bagi memastikan jumlah kematian berkurangan. Kalau mereka memilih untuk melepaskan ayam mereka kepada rumput seawal usia selepas latihan dalam brooder, teman yakin, ayam yg dikutip setiap hari lebih kepada bangkai yang dah mati kerana banyak penyakit dan masalah. Begitu juga kita sebagai penternak ayam kampung asli. Anda akan perhatikan kadar kejayaan pembesaran sekumpulan anak ayam yang dilepas ketanah pada usia muda keuh lebih rendah dari ayam yang dipindahkan kereban yang ditetapkan mengikut usia mereka.

Hujahnya, anda menternak sejumlah anak ayam mengikut kumpulan yang telah anda tetapkan. Anak ayam ini telah melantik secara tak rasmi yang anda adalah ibu angkatnya sekarang. Bagai mana anda nak pastikan anak ayam anda tidak terdedah kepada cahaya dan cuaca melampau, tak terdedah kepada bahaya fizikal seperti persekitaran serta bahaya ayam deasa lain, bagaimana anda perlu untuk memastikan anak ayam anda tahu masanya untuk mereka makan dan minum dan bagaimanan nak memastian anak ayam anda sentiada dalam keadaan selamat dari ancaman luar? oleh itu, cara terbaik adalah kita menyediakan keadaan yang selamat, bersih dan cukup segalannya. Apa yang teman buat adalah untuk mengadakan 4 tempat untuk anak ayam ini tinggal mengikut peringkat usianya. Tempat atau reban yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. brooder: usia anak sehingga mencapai 11/2 bulan
2. reban asuhan tingkat: sehingga anak mencapai usia 3@4 bulan sehingga pandai berdikari seperti tidur dipalang serta menyelamatkan diri dari cuasa.
3. reban asuhan tanah: menyediakan anak ayam untuk persekitaran sebenar iaitu mandi tanah, mengais dan sebaginya.
4. reban penempatan pembesaran untuk jual atau dijadikan induk. Reban ini boleh dibuka untuk ayam berada diluar reban mengikut kesesuaian. Ayam juga boleh dibiarkan bebas pada siang hari dan dipilih untuk tujuan seterusnya apabila mencapai berat atau usia yang ditetapkan.

Setiap reban ini mempunyai ciri binaan yang tersendiri untuk memudahkan pengurusan anda serta memastikan keperluan anak ayam dipenuhi. Untuk butiran tentang reban ini anda boleh melihat post teman sebelum ini atau pun akan teman ulang dalam post akan datang. Insyallah teman tak akan jemu mengajar anda yang masih baru dalam penternakan ini. Cumas sedikit usaha dan kesabaran yang teman perlukan dari anda. Pembelajaran jarak jauh dan yang dilakukan dalam blog ini memerlukan kesabaran serta kesetiaan kerana ianya dijalankan secara tidak langsung(bukan jualan langsung yek hehehe)

Harapan teman suatu hari nanti, semua lapisan masyarakat tak kira orang kampung atau orang bandar mula menternak ayam mereka sendiri dibelakang rumah. Mungkin ketika itu reban kita mula bertukar kepada reban yang cantik serta tersusun seperti dinegara barat. Mungkin perubahn sedikit demi sedikit mampu dijana dengan timbulnya minat dikalangan kita penternak. Mungkin juga nanti, ternakan ayam peliharaan untuk pet seperti ayam esotik akan terus maju dan berkembang. Sekian..

Peringkat pembesaran anak ayam,




Salam,

Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perolehi didalm kelas teman, Bagi mereka yang betul2 baru dalam penternakan ayam kampung, perlu anda mempelajari ternakan seperti ini. Kalau dulu teman tiada langsung peluang untuk belajar tentang tenakan ayam ini, kini teman pula menjalankan tugas kepada mereka yang memerlukannya dengan kelas teman. Perlu diingatkan yang teman adakah adalah kelas dan bukannya khursus, Ini kerana ianya hanya dilakukan didalam rumah teman sendiri dan pembelajarannya terus direban. Kalau anda inginkannya seperti khursus, mungkin suatu hari nanti teman akan melakukannya dengan tempoh mungkin 2 hari dan dilakukan disatu kawsan yang lebih baik dan sesuai.

Sekiranya anda ingin menternak anak ayam dari usia seawal baru menetas, a
nda perlu tahu yang tugasan anda adalah menjadi ibu gandi kepada anak ayam tadi sehingga anak ayam itu mampu untuk berdikari sendiri. Oleh itu, anda perlu tahu apakah tugas bagi seekor ibu ayam terhadap anaknya. Kalau anda dapat memahaminya, Insyallah dengan izin tuhan kita dapat memastikan anak ayam kita terus membesar dengan baik.

Secara amnya ayam yang selain dari ayam pedaging, membesar sehingga mencapai usia matang. Ini bermakna ayam tersebut akan berubah dari keseluruhan stuktur biologi dan fizikalnya dari anak ayam sehingga ke ayam dewasa.Perubahan ini mungkin ada sedikit perbezaaan dari segi tempoh masa mengikut jenis ternakan yang anda ternak. Bagi ayam kampung asli biasa tempoh matang bagi seekor betina adalah 6 bulan dan bagi seekor ayam jantan antara 8-12 bulan. Ciri kematangan seekor jantan dapat dilihat dengan jelas apabila mencapai peringkat matang.

Bagi mereka yang menternak untuk jualan daging, terdapat banyak lagi faktor yang diambil kira sebelum menjual ayam tersebut. Ini kerana untuk jualan daging, jumlah berat sesuai untuk jualan adalah perkara pokok yang dipertengahkan berbanding usia ayam tersebut. Namun untuk ayam kampung asli khasnya, bukan berat yang diambil kira tetapi kematangan ayam tersebut. Ciri2 ayam kampung yang telah matang mempunyai keistimewaan sendiri dari segi rase dan tekstur dagingnya. Ini yang digilai pengemar ayam kampung asli ini. Oleh itu sekiranya anda seorang penternak yang sangat mementikan penjualan mengikut jadual dan jumlah berat, maka anda boleh menternak ayam kampung hibrid atau kacuk. Jika anda lebih kepada jualan ayam yang lebih istimewa dan mementingkan rase dan kualiti, pililah ayam kampung asli.

Dari perkiraan tadilah anda perlu tahu peringkat pembesaran ayam ini. Untuk ternakan kacuk, ayam tersebut hanya sempat menjalani peringkat kedua dalam hidupnya dek kerana tempoh penternakan yang pendek. Oleh itu anda hanya perlu tahu atau pelajari sehingga peringkat kedua sahaja dalam pembesaran anak ayam ini. Namun untuk yang asli, anda perlu mempelajar ke3-3 step yang ada untuk memastikan ayam sihat sentiasa.

3 peringkat tersebut adalah diperingkat anak ayam, peringkat ayam remaja, dan ayam matang. Biasanya dalam ternakan ayam asli, setiap peringkat mengambil masa 2 bulan setiap satu. Ini bermakna untuk peringkat anak ayam, biasanya anak ayam akan digelar begitu sehingga mencapai usia 2 bulan. Oleh itu kalau anda menjual ayam kacuk yang dibaah usia 2 bulan, ianya bermakna anda menjual ayam diperingkat anak ayam, Dari sinilah kita akan perasan yang daging ayam ini sedikit tawar serta masih lembut disebabkan usianya yang masih dianak ayam.

Kemudia diperingkat remaja pula ayam aan berada dalam fasa berpisah dengan ibunya sekiranya ayam ini diternak dengan cara tabie dan mula berdikarai untuk membesar. Peringkat ini juga agak kritikal bagi penternakan tabie kerana anak ayam terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Jika anda perhatikan, anak ayam yg baru melalngkah kealam remaja, biasanya mudah terdedah kepada penyakit dan mati akibat kekurangan upaya untuk menyesuikan diri hidup berasingan dengan ibunya. Setelah ayam remaja ini berjaya mengharungi usia 2 bulan keduanya, ayam ini akan melangkah keperingkat kematangan. Pada ketika ini semua perbuatan simatang akan ditirunya seperti muk belajar berkokok, mula belajar "mengorat" dan sebagainya. Dengan cara ini ayam remaja dapat mempersiapkan diri untuk menjadi ayam matang.

Pemakanan adlaah perkara yang penting untuk diketahui jenisnya dalam menternak ayam mengikut peringkat pembesarannya. Secara ammya, anak ayam peringkat pertama memerlukan jumlah protien yang tinggi dan berkurangan dalam semua peringkat pembesarannya. Ini kerana ketika ini anak ayam perlu membina tubuh badannya dan membantu membesarkan mengikut usia. Oleh itu pemakanan sesuai seperti mempunyai diet yang tepat perlu. Jika kita tarus memberi mekanan berprotien tinggi tanpa makanan tambahan lain dalam pembesaran anak ayam, biasanya anak ayam akan mengalama beberapa sindrom pembesaran tak seimbang dan sebagainya.

Jika soalan mengenai mengapa ayam kacuk ini sangat kuat makan dedak dan kurang menerima makanan lain selain dedak, kaapannya sangat senang. Ayam yang anda ternak itu sebenarnya masih berada dalam peringkat anak ayam iaitu 2 bulan pertama. oleh itu anak ayam sentiasa berada dalam keadaan "lapar" untuk makanan yang tinggi protien. Kalau anda memberi makanan tambahan seperti duanan serta ubi atau sayuran lebih, pastinya anak ayam akan menolak sbb makanan tersebut rendah kansungan protiennya. Anak ayam yang kita kata kuat mengketedarah tu sebenarnya bukanya pelahap seperti yang anda sangka. Ini kerana saiznya yang berkali ganda dengan ayam kampung asli menyebabkan mereka mekan lebih banyak sesuai dengan berat badan mereka.

Sebagai contoh, anda ambil anak ayam asli dengan anak kacuk bersebelahan. bela serentak untuk membuat kajian. Anda akan perhatikan pada peringkat awalnya, anak ayam ini mempunyai saiz yang tak ketara perbezaaanya, iailah kedua2 masih boleh digengam dengan tangan. Kemudian anda perhatikan pemakanan dan pembezaan mereka. Caranya anda letakkan makanan secara berterusan tanpa benarkan mereka berlapar atau lebih tepat dikatakan makanan sentiasa ada. Kira jumlah makanan yang diambil dan berat ayam ini setiap bulan. Perhatikan yang ayam kacuk sangat tinggi penggunaan makanan dedaknya walaupun masih berada diusia yang sama. Anak ayam asli juga makan selahap ayam kacuk tadi tetapi disebabkan tembolok atau kantung makanna serta saiznya yang kecil, anak ayam ini hanya makan sesudu atau 2 setiap kali makan. Ini berbeza denagn ayam kacuk yang mempunyai kantung makanan yang lebih besar.

Anak ayam in iakan sentiasa bergantung kepada penggunaan dedak sehingga berusia 2 bulan samaada kacuk atau asli. Kalau anda beri makanan lain yang lebih kurang kandungan protiennya, maka anda akan perhatikan pembesaran mereka terbantut. Bagi jualan ayam kampung kacuk ianya sangat merugikan. Oleh itu nak taknak anda terpaska memberikan makanan penuh dedak sehingga berusia 2 bulan. Kalau ada orang kita yang menukarnya dengan harapan kos makanan dapat dijimatkan, saya yakin beliau tak dapat memasarkan ayam mereka dalam tempoh 2 bulan setengah seperti mana pengusaha lain. Oleh itu kesimpulnya, bukan ayam kacuk ini kuat melantak tetapi keperluan mereka terhadap makanan untuk membesar. Skala yang membezakan. Bagi kita orang asia, semestinya hanya satu hidangan sepinggan sudah cukup untuk sarapan. Tetapi berbeza bagi mat salleh yang memerlukan makanan 2 kali ganda dari itu.

Oleh itu untuk berjaya dalam penternakan ayam kacuk, anda perlu ada kekuatan kewanagn untuk emmbeli dedak untuk peringkat 2 bulan pertama. Kemudian apabila ayam anda mencapai sahaja berat 1.3-1.5 anda terus perlu menjualnya sebagai ayam untuk makan. tahap kritikal keanagn yang akan anda terima bukannya dikira mengikut minggu tetapi lebih kepada kiraan hari. Sehari anda lewat menjual, maka jumlah keuntungan anda akan berkurangan. Dari sinilah diukur kekuatan jaringan marketing anda atau sekuatmana anda sebagai peniaga. paka ketiak inilah ornag kita ramai yang tercicir. "ter"ternak ayam ini sehingga 3 bulan malah ada yang lebih dari itu. Bila tiba masa mengira keuntungan maka barulah sedar jumlah jualan RM lebih rendah dari kos yang telah dikeluarkan walaupun jumlah duit ditangan ada puluhan ribu. Jika berterusan maka teman pasti poket anda akan semakin nipis. Ingat bukan ikut kepandaian anda menjimatkan makanan yang harus diberi pujian tetapi kekuatan anda memasarkannya. itulah Keyword dalam penternakan ayam kacuk ini.

Untuk anda mempelajari lebih banyak tentang ternakan dan peringkat pembesaran ayam kampung ini, and aboleh datang kekelas teman kerana ketika dalam kelas lebih mudah teman bercerita dan berkongsi pengetahuan dengan anda. Untuk menulis, setakat mana teman mampu mengadapnya. Dan untuk makluman semua, teman tidak akan mengadakan kelas pada bulan 6 dan mungkin tak berkesempatan untuk melakukannya juga pada bulan 7 kerana dah mula bekerja sebagai sukarelawan pembanci untuk 2010. Kalau kena bertugas sehingga hujung minggu, teman tak pasti adalah teman mampu untuk mengadakan kelas lagi sehingga bulan 10. kalau tak bertugas pada hari ahad, Insyallah kelas akan diadalan pada setiap ahad pertama awal bulan baru. Itu sahaja makluman untuk anda kali ini.

p/s: teman dah cuba masukkan iklan dalam blog, hehe.. nak bagi gempak sikit blog teman nie. Dah lama kaan2 suh buat tetapi teman tak yakin kerana blog teman terlalu sederhana sehingga boleh menarik pengiklan untuk masuk, Alhamdulilah ada beberapa pengiklan yang sudi, kalau ada iklan yang menarik perhatian anda, anda boleh klik pada banner tersebut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

22 May 2010

Gambar incubator yang baru










Salam,

Jalan mesti kehadapan, itulah prisip teman, Dengan adanya berubah2 serta kemajuan dalam diri maka akan keluarlah produk baru yang labih baik dari sebelumnya. Alhamdulilah sekarang dah ramai mempercayai penggunaan baranagn plastik untuk incubator tak kiralah untuk kegunaan sendiri atau untuk komerisail. incubator pleatik yang dahulunya ramai yang gelakkan, sekarang mula mendapat tempat dihati pengguna. Yang penting jalan mesti kehadapan. Bangga juga teman bila adia teman mendapat tempat dihati pengguna sekian.

Rasenya dah lama teman tak bercerita pasal incubator. Sebenarnya dah puas teman bercerita tentang incubator ini. Ini kerana incubator adalah salah satu alat bantuan sahaj auntuk kita mengurus reban denagn lebih baik. Kalau kita memilih untuk menternak ayam dari DOC, tak perlulah kita ada incubator. Labih baik pelaburan dibuat untuk membina brooder yang lebih baik atau membina reban yang lebih memudahkan kerja seharian di reban.

Diatas adalah gambar incubator teman yang baru. Sama seperti yang lama cuma teman dah tambah tray berjaring yang sahaja. Teman juga menambah bekas air dibaahnya untuk mengabungkan semual konsep etillair dan forse air. Perlu diingatkan kembali force air yang teman guna selama ini lebih kepada kaedah pengantian udara baru keadalam incubator menggunakan pump angin. dan bukannya denagn menggunkan angin untuk memasikan semua telur menerima suhu yang sama dengan hembusan udara panas. Apa yang teman perhatikan bahawa dengan kaedah ini, penggunaan elaktrik dapat dijimatkan serta humidity akan menjadi lebih baik dan stabil.

Kemudian sedikit lagi perubahan yang teman dah lakukan berbanding incubator lama bagi memudahkan anda pengguna baru menggunakannya. Ini kerana bukan mudah untuk me "master"kan diri dengan mengunakan incubator baik yang mahal atau yang murah. Kalau nad abeli yang canggihpun sekiranya anda tak tahu menggunakkannya anda akan mendapat result yang sama. Mungkin setelah anda mencuba beberapa kali barulah anda paham tentang suhu, kelembapan, pergerakan telur dan pembenihan. Dan dari situlah anda akan menjana pengalaman sebelum betul2 menjadi pakar dalam pengguna incubator. Incubator hanyalah alat bantuan untuk mengeram dan bukanya kotak ajaib yang akan menetaskan semua telur anda. Kesabaran serta minat juga perlu.

Untuk tempahan, anda boleh merujuk kepada side bar sebelah untuk harga dan cara menempah. Maaf lambat sikit untuk upload gambar kerana nak pastikan yang idea ini benar2 datang dari teman dan bukannya datang dari oran lain(kang ada yg kata dia yang pereka asal atau yang menciptanya). So sembunyikan dulu gambar agar pembeli teman yang terawal incubator baru ini lebih berpuas hati. Sekian..

Keli: jangan kita menongkah arus,

Salam,

Post teman kali ini lebih kepada pengalaman teman berhanyir bersama ikan keli. Kalau tuan semua pernah tgk posting teman yang lama, teman pernah menternak ikan keli sebanyak 12 kolam kongkrit seluas 15x15 kaki. Merasalah teman menghanyirkan diri untuk menternak ikan keli. So kali ini teman nak bercerita tentang ikan keli. Asik cerita pasal ayam je kan?

So pengalaman teman taklah tinggi sangat pasal ikan keli. tetapi teman balajar(sama jugak macam teman mengadap ayam ini) banyak pasal ikan keli ini. Sampaikan masa teman menternak dahulu, teman dah boleh buat benih sendiri serta bergantung 100% kepada pembuatan makanan sendiri. Air yang digunakan pula adalah 100% dari parit dan air hujan yang ditapis dan diproses menggunakan sistem ras yang teman sendiri reka. Yang menariknya hanya satu pump kecil digunakan untuk menapis ke-12 kolam tersebut dan selebihnya menggunakan graviti. So jauh juga teman melangkah untuk ternakan ikan keli ini.

Sejak teman mula berminat untuk membele keli ini, teman memnag dah tak setuju untuk menternak ikan dalam canvas, Tambahan pula menternak ikan dalam polytank. Ini kerana ketika itu hati teman kuat mengatakan persekitaraan yang kita wujudkan untuk ikan tersebut tidak sesuai tambahan pula ikan tersebut adalah ikan keli. Ikan keli yang kita tahu suka dikawasan yang berlumpur atau bertanah dan sangat cepat membesar kalau berada dalam keadaaan yang sesuai. teman nie dah mula memancing lama dah, setiap kali nak makan ikan keli, teman biasanya tahu port untuk ikan keli, sememangnya kawasan yang sedikit keruh dan berlumpur. Teman juga tahu yang ikan keli ini suka tempat yang gelap serta berbentuk gua untuk berehat atau menyelamatkan diri. So kalau kita bela dalam kolam yang terang benderang serta jernih, teman rase mereka akan berada dalam keadaan yang tidak tenang sentiasa.

Ok berbalik kepada persoalan menongkah arus tadi, teman bukannya nak mengata sesiapa. Cuma teman nak bagitau yang kita nie orang melayu suka sangat mengikut benda yang diwar2kan walaupun tak tahu sejauh mana kekuatan sesuatu benda tersebut, Teman ingat lagi, semasa keli ini mula2 diperkatakan, hampir semua peringkat umur mula bersungguh2 belajar mengenainya. Tambahan pula promosi serta sokongan dari orang besar serta orang yang memerintah, akhirnya ianya menjadi satu fenomena di Malaysia. Semua orang sibuk menternak bagaikan negara kita ketika itu sangat ketandusan makanan berbentuk ikan terutama keli. Berkoyan2 orang membuangkan anak benih dalam kolam, berlori2 bekalan makanan ikan diimport masuk ke negara kita bila semua orang giler memberi ikan keli dengan palet. Tersenyum besar tokey makanan ikan dengan trend ini. lagi mudah dorang nak naikkan harga pasal semua orang nak beli benda itu, Sangat terbalik kat negara kita nie, barang yang ramai org nak beli harganya akan naik, barang yang takde orang nak jatuh menjunam sampai tokey pun tak sanggup nak beli.

Sebenarnya, kalau anda pernah atau berpeluang sebelum ini untuk menanyakan dari mana datangnya sumber ikan keli sipasar ni sebelum sibuk orang kita menternaknya samaada dalam kanvas atau kolam?pernahkah anda tengok ikan keli dipasar ketika itu berkurangan? pernahkah anda terserempak dengan situasi ikan keli goreng belada atau ikan keli salai tak dapat dijual dikedai makan sebab kekurangan bekalan? Pernahkah anda kempunan bila pergi kepasar dan tokey ikan kata:"sory bos, ikan tarak, semua dah abis jual?".. tentu jarangkan. Dan masa musim perayaan atau musum paling tinggi permintaan seperti dibulan Ramadan pun kita lihat ikan keli ini masih berlambak. Pernahkah anda terpikir masa tu?

Omong2 kosong yang mengatakan semua orang mula beralih arah kepada keli yang lebih bersih dan makan hanya palet sahaja. So semua orang bersemangat dan mula menternak dengan harapan harga ikan ini akan meningkat kepada RM8 sekilo sbb kos makanan yang mahal disamping permintaan yang semakin meningkat. Harapan tinggal harapan. Kini hanya mereka yang masih cekal sahaja yang meneruskan penternakan ini dek kerana berpantah berundur sebelum ajal atau semangat wajar yang tinggi, Yang tak tahan dah mula mengulung tikar atau mencari altenatif lain dalam penternakan yang lebih terbuka pasarannya.

Sebenarnya satu faktor yang membuat teman terus mengosongkan kolam adalah apabila teman berkesempatan melawat 3 ladang ternakan milik Orang lama dalam ikan keli. ternganga teman bila melihat deretan kolam tanah yang sayup mata memandangnya sehingga kehujung kolam. Keluarannya pula merangkumi keperluan 3-4 negeri sekiling negeri pengeluaran ikan tersebut. Jumlah ikan yang dikeluarkan bertan2 banyaknya sebulan dengan penggunaan makanan yang murah seperti perut ayam dan sebagainya. Disebabkan jumlah keluaran yang banyak serta penggunaan makanan yang murah(walaupun diragui kebersihannya) ikan keli dapat dijual dengan harga yang sangat murah. setelah melalui peraih dan penjualpun harga ikan ini masih dibawah RM5 sekilo.

Dan disinilah keyword untuk memastikan pasaran ikan ini sentiasa ada dengan harga yang murah. Ikan diternak secara banyak serta penggunaan makanan yang murah. Bila kita ni yang hanya mampu mengeluarkan ikan tak samapi 1 tan sebulan nak bersaing dengan golongan otai ini sudah pastinya kita tak mampu. Walaupun kita berbangga dengan ikan yang lebih baik dan lebih bersih, namun kekuatan keluaran kita tak dapat menandinginya. Harga untuk pulang modal pula tak dapat kita nak turunkan sbb kos operasi untuk sejumlah ikan yang rendah adalah lebih mahal. So dengan harga yang 2 kali mahal walaupun ada jaminan bersih, kita masih lagi tak mampu menembusi pasaran tersebut. Lainlah kalau kita mampu untuk mengeluarkan ikan yg lebih baik serta harga yang hampir sama dengan ikan yang sedia ada. Ketika itu mungkin kuasa bersaing kita lebih baik dan kalau ketika itu kita mampu untuk mengeluarkan jumlah ikan yang sama dengan otai ini buat, maka pemintaan ikan perut ayam akan menurun serendah2nya.

Namun apa yang berlaku, pengusaha otai ini dah mula menukar cara penternakn mereka dengan meningkatkan sedikit cara penternakan&pemakanan mereka serta memasukkan satu fasa baru yang dinamakan fasa "mencuci ikan". Resultnya ikan keluaran terbaru mereka lebih baik isinya dan kurang hanyir berbanding dahulu tetapi masih mengekalkan harga lama. So kita lihat sekarang dipasar borong, ikan keli masih bersepah dan mudah untuk didapati, ikan pun dapat dibeli dengan harga lama. So kalau kita nak berdebat lagi yang ikan kita lebih baik, cuba bandingkan dengan standart ikan yang ada sekarang. Kadang2 teman sendiri tertanya2 ikan, adakah ikan ini ikan keluaran golongan kanvas atau kolam tanah milik orang kita atau masih keluaran otai lama sama seperti dahulu. Kalau nak kata keluaran geng kanvas,teman rase macam tak munasabah pasal jumlah ikan yang datang setiap hari berlori2 banyaknya(dipasar borong) dan dah lama sangat teman tak dengar cerita pasal oatai kanvas yang mampu mengeluarkan ikan melebihi 1 tan sehari. Takde rasenya.

So kalau kita nak mencuba benda yang baru seperti suatu ketika dahulu dalam menternak ikan keli, parlu kita mengkaji sejarah atau susunan pasaran itu dahulu, Ini bermaksud lihat dahulu betul ke peluang ini boleh diambil atau betul ke barangan atau produk yang akan kita buat tersebut akan mendapat sambutan. Kalau kita seronok sendiri atau merasa yakin tak tentu hala yang permintaan dinegara kita tak mencukupi, dari mana kita mendapat maklumat tersebut? adakah dari mereka yang menjual produk atau skim ? atau dari pendapat orang setempat? atau mereka yang kerap menggunakannya. Benarkah suatu ketika dahulu teman mendengar kita mengimport beratus tan ikan keli dari luar negara kerana tak mencukupi. Benarkah kalau anda menternaknya akan beratur peraih untuk membeli ikan anda? Kalau ada yang kata negara kita mengimport beratus tan ikan dari luar negara tu teman percaya, tetapi bukan ikan keli, tetapi ikan laut masin seperti ikan kempung, bawal dan sebaginya. Sememngnya kita mengimport ikan ini dari negara jiran malah ada yang diimport dari india.

Satu lagi bab ayam ini. Teman juga seperti anda semua pembaca blog ini. Sangat berminat tentang perikan atau penternakan. Suka sangat dalam bab pertanian. Kalau boleh nak jadi petani atau peladang moden yang menjanjikan peluang kewangan yang sangat tinggi. Bukan apa nak mencuba bidang perniagaan baru yang kononnya tuk nenek kita dulu gagal untuk mengkomersialkan.

Zaman tok nenek kita dulu takde teknologi sedangkan sekarang semuanya ada. Dari Jentera sampai ke pemodenan benih. Tetapi kita terlupa yang apa2pun yang melibatkan pertanian, semuanya menuntut peluh kita untuk menitik kebumi. Yang kita lupa pengorbanan dan kepayahan dalam membanting tulang manjadi petani tak kiralah samaada dengan teknik moden atau tradisioal. Sanggupkah kita?. Sungguh memalukan bila kita membuka ladang tetapi kita mengharap buruh dari luar untuk mengusahkanya. Yang kita tahu goyang kaki dan mengarah pekerja melakukannya. Takde perasaan sayang kepada projek kita sbb ada orang yang akan bersusah payah untuk kita. Tetapi bila gagal semua orang akan disalahkan. Padahal kalau kita perhatikan, tuk nenek kita dulu sangat sayang kan projek mereka, sangat sayang sbb itulah mata pencarian mereka. Kalau ada parang sebilahpun, akan diasah dan diminyakkan supaya tak karat. Itulah perumpamaannya.

So kes kalau kita nak menternak ayam. Perlukah kita nie menongkah arus dengan menternak ayam kacuk yang dah dibuat secara komersial serta berderet2 rebannya. Satu reban sahaja dah boleh mengisi 10k ayam. rebannya pula sayup mata memandang. Sampai kena naik moto kalau nak sampai ke hujung reban. Yang kita mampu ketika ini hanya menternak paling kuatpun 5k ayam untuk keluaran setiap 3 bulan. Bukankah kesnya sama seperti keli tadi? pernahkah tuan semua pergi kepasar untuk melihat sendiri ayam kampung kacuk? Pernahkah? Cuba luangkan masa sedikit untuk melihat deretan ayam ini dipasar dan tanyakan harganya. Kemudian anda tanyakan pula dari mana bekalan ayam ini datang. Mesti sumbernya sama. Dan anda cuba2 tanya, kalau saya ada bela ayam ini ayam dan mau tolak sama lu.. berapa lu ambil harganya?

Kalau dah dapat jawapannya, cuba anda buat kira2 untuk jumlah kos makanan serta kos penternakan yang perlu untuk 1 ekor ayam. Kemudian anda kalikan dengan kos untuk 1k ternakan. Dah dapat, anda tolakkan pula denagn harga yang mungkin anda dapat jual pada pekedai tadi di pasar. berbaloi ketidak. Kalau nak cakap pasal pemikiran sebagai seorang peniaga atau pengusaha, sepatutnya anda lihat adakah peluang atau tidak dengan perkara ini. Jangan ingat sebagai peniaga, anda dah cukup bijak bila memilih ternakan ayam kacuk sbb lebih cepat besar serta masa penternakan dapat diminimakan. Kalau anda rase lebih baik menternak kacuk, bagi teman anda tiada pemikiran sebagai seorang peniaga. Bukan sedikit orang kita yang menternak dibawah 5k ayam dah gulung tikar. Ini kerana kita tak mampu untuk bersaing dengan otai ayam yang dah mengeluarakan bertan2 ayam ini setiap hari. Pengurusan yang baik serta jumlah ternakan yang banyak menyebabkan kos operasi mereka efisien serta mampu menarik lebih banyak pelangan dengan tarikan harga rendah.

Kita nie dah lah bela 2-3 ribu ayam sahaja untuk satu sesi, pastu nak demand harga pula sampai 8-10 ringgit sekilo. Sapa nak beli? Ayam yang sama yang kita jual dapat dibeli dipasar dengan harga RM 7-8 sahaja. Dah tu kalau anda rase mudah nak pasarkan ayam sejumlah 2-3k dalam masa seminggu, anda silap. Itulah kelemahan paling ketara yg ada pada kita orang melayu. yang kita harapkan biasanya pada penghujung sesi penternakan adalah ada lori peraih atau lori tokey yang akan angkut semua ayam kita sekaligus.. sapa nak amik kalau harga kita lebih mahal dari harga pasaran semasa?

Disebabkan semua kepahaman dan pendapat teman inilah teman tak menternak ayam kampung kacuk. Walaupun ketika itu teman ada modal dalam 30K (tak termasuk ayam yang dah ada direban). Dengan wang sejumlah itu teman yakin teman dah boleh mula menternak ayam kacuk sebanyak 1-2k satu sesi. Dah boleh sangat. tapi hasil pemantauan serta kaji selidik market, terus teman angkat tangan. Kalau tuan semua kata kita boleh menjual sendiri kepada orang ramai yang berminat atau menjual kepada pendatang asing, adakah anda mampu menjual 1-2k ayam dalam masa seminggu? kalau boleh anda memang hebat. Apa yang teman buat adalah mengunakan wang tersebut untuk membuka pusat penetasan anak ayam serta menternak ayam kampung asli. Kenapa? mestilah permintaan lebih baik serta harganya. Kalau takde cara yang betul untuk menternaknya, dah tugas kitalah untuk mengkaji cara menternaknya dengan betul. Dan tugas kitalah juga untuk mencari jalan supaya dapat mengeluarkan sejumlah ayam untuk kita jual pada penghujung sesi. dan tugas kita jugalah untuk memastikan kita jumpa cara terbaik untuk mengkomersialkan ayam kampung asli ini.

So teman harap, cerita teman yang luar biasanya panjang kali ini memberi pedoman kepada anda yang tercari sama ada nak bela kacuk atau ori. Terpulanglah. Kalau nak menumpang sedikit sebanyak dengan ternakan kacuk anda masih boleh lakukan,janji anda buat persiapan terlebih dahulu. kalau tuan semua lemah serba serbi macam teman, bela sahajalah ayam kampung asli yang kurang sedikit kesukarannya. Cuma mungkin anda tak akan cepat kaya seperti menternak ayam kampung kacuk.. hehehe.. teman hanya memberi pendapat.. anda yang menentukanya.. sekian..

20 May 2010

"ko biar betul pull?"

salam,

Sejak post pasal reban Rm50 tu ramai betul yang call. Banyak kawan2 lama lah yang call. Bukan apa dorang nak tahu pasal reka bantuk reban tersebut. Bila teman ceritakan konsep pembinaannya ramai yang ngelang kepala, macam tak percaya. Pakai besi pull? heheh tulah yang teman reka, Ulasan spontan mereka biasanya berbunyi macam nie: "ko nie pull, ada2 je benda baru ko reka" hehe. bukan teman nak menunjuk, tetapi lebih kepada berkongsi. Teman suka memberi bimbingan supaya kita didikan fikiran kita untuk berpikir. seperti isteri teman sendiri, suka sangat untuk "merehatkan" fikiran apabila balik kerja. Katanya nak rehat setelah puas seharian dipejabat berpikir.

Bagi teman pula, penat atau tidak, kita seharusnya kena sentiasa menajamkan fikiran untuk berfikir. Berfikir dengan berangan tak sama. Berangan lebih kepada syok sendiri mengimpikan perkara yang kedang2 tak tahu bila akan menjadi kenyataan. Berfikir lebih kepada cara nak menyelesaikan masalah. Seperti isteri teman, teman selalu nasihatkan agar menggunaka fikiran terutama ketika berada dirumah. Ini kerana berpikir tak akan mengeluarkan peluh sebaliknya lebih banyak kita berpikir, lebih lebih tajam ilmu dan pemikiran kita nanti. banyak masalah mudah diselesaikan sekiranya kita suka berfikir.

Kadangkala dalam kita menternak, pemikiran yang tajam juga akan membantu kita dalam menternak. Cara membina, cara menternak serta keupayaan kita menyelesaikan masalah menjamin keuntungan yang bakal kita perolehi kelak. Satu kelemahan orang kita adalah kemalasan kita untuk berpikir, Yang paling kita senang buat adalah hasat dengki. Itu paling mudah. Kalau tgk orang itu berjaya,kita malas nak berpikir untuk menjadi seperti mereka, tetapi kita suka untuk berpikir cara nak menjatuhkannya. Itu mudah sbb lebih seronok melihat orang jatuh. itulah realiti yang perlu kita telan sekarang. Kalau betul anda ada semangat untuk maju, setiap kejayaan orang lain perlu dicemburui, cemburu dengan satu azam untuk menjadi lebih berjaya, mengalahkan dengan cara yang sihat dan sebagainya. Bukannya dengan menabur fitnah atau membuat provokasi untuk menentang orang tersebut. perkara ini sangat hebat berlaku dikalangan orang kita terutama semasa berpolitik. Sungguh teman sedih dengan perkara ini sehingga benci untuk melayari mana2 blog yang ada berunsur politik. Tak kisahlah geng mana sekalipun.

Oleh itu kalau anda hendak menternak, pastikan anda telah bersedia dari semua segi, bersedia untuk memerah fikiran serta bersedia untuk memerah keringat. pastikan anda berul bersedia untuk menghadapi semua itu, kalau anda memerah kerinat sahaja tanpa fikiran, mungkin anda akan berjalan tanpa mata. itulah realitinya. dalam penternakan, kalau anda perhatikan, teman tak pernah jemu mentelaah serta berfikir cara terbaik untuk menternak. Kalau reban dah siappun, teman masih berfikir cara nak membuat reban baru yang lebih baik. Tak pun teman fikirkan cara nak menjaga kebersihan reban serta menghindari penyakit. Perlu diingatkan, segala masalah seperti panyakit dan kematian dan sebagainya perlu dianggap satu cabaran masalah yang perlu pemikiran untuk diselesaikan. Kalau anda hanya memikirkan nasib, teman yakin masalah yang sama akan berulang. oleh itu anda akan kurang kekuatan diri untuk meneruskan penternakan.

Itulah kot teman nak menulis, rasenya takde buah fikiran yang nak disampaikan. Nanti teman nak tulis beberapa tajuk seperti tabiat orang kita yang suka mengkacukkan sesuka hati, orang kita jaguh bersembang, dan beberapa tajuk lagi yang mungkin menarik perhatian anda. Tarikh kelas pun dah semakin hampir, dan yang paling menarik bulan akan datang adalah peristia teman menjadi sukarelawan sebagai pembanci untuk banci negara 2010 kelak. hehehe mesti ada banyak pengalaman menarik untuk dikongsikan.

Kusangka panas hingga kepetang..

Salam,

tajuk nie tak de kene mengena dengan cerita atau kisah yang nak ditulis, bukan pasal nak bercerita pasal pengalaman sendiri atau pengalaman penternak lain. Ini menceritakan pasal cuaca sekarang yang menyenakkan perut dan hati hehehe.. Kat kawasan sepang nie teman tgk dah tak menentu cuacanya sekarang. Nak kata musim hujan waktu tengahhari panas menyinga, petang tiba2 tup2 hujan selebatnya.

Yang teman risaukan pasal ayam nie. Teman sebenarnya ada buat benda giler dalam 2-3 hari ni. Teman sebenarnya nak tahu perasaan ayam ini, macam mana dorang emngadaptasikan reban teman dengan keperluan mereka. Adakah mereka dapat menerima kepanasan atau sebaliknya. Apa yang teman buat adalah pada waktu tengah hari teman duduk dalam reban yang masih kosong. Teman duduk dalam setengah jam sambil memerhatikan keadaan ayam dalam reban lain, teman nak rase sendiri samaada sesuai atau tak. Nampaknya kepanasan dalam reban masih ditahap yang dapat diterima kerana teman sendiri merasa selesa berada dalam reban tersebut. walaupun kecik tetapi tema perhatikan yang pengudaraan yang terbuka luas dikiri kanan reban serta pemandanagn ayam lebih terang sbb dipagar dengan jaring. Kalau kita taruk plaood atau bahan tak tembus pandangan dibahagian baahnya, mungkin ayam merasa "terkurung dalam kawasan yang kecil". so bagi teman dengan keluasan 8x4 kaki cukup selesa untuk 8 ekor ayam termasuk jantannya sekali.

Jumlah ini teman dah kurangkna dari dulu sbb teman ada banyak reban tambahan yang telah siap dibina. So teman bagi sedikit kelonggaran kepada ayam teman untuk lepak dalam reban. Alhamdulilah sekarang ayam teman dah fully train sbb dah pandai bertelur dalam bekas bertelur yang ditempatkan dibahagian belakang. Bahagian ini teman ada letakkan tingkap supaya teman dapat mencapai atau mengutip telurnya dari luar tanpa perlu masuk kedalam reban, memudahkan kerja. adalah beberapa ekor ayam yang belum pandai lagi, yang belum pandai ini teman suspek adalah dari luhulur ayam kacuk kerana saiznya agak besar sekarang, mungkin ketika teman beli dulu ada sedikit pencapuran dengan kacuk hasil penternakan bebas yang dijalankan tuan punya ayam terdahulu.

Masalah petang tadi, tengah elok je teman bertukang membina reban baru serta menyiapkan prasarana(tak tahan.. guna perkataaan prasarana tu.. hehehe) reban teman, alih2 tup hujan. Lebat selebatnya. Yang teman heranya langit tak nampak gelappun sebelum itu. Dimulakan dengan hujan renyai selepas itu langit terus jadi gelap macam kicap. Angin terus bertiup sampai ada zink reban lama teman terkopak. Tapi takpelah benda kecik je tu. Apa yang teman risaukan pada masa itulah air mula memenuhi longkang dan membanjiri reban teman. Sah hujan berhenti je terus terjadi banjir kilat. Terus teman buat satu saliran baru dengan cangkul.. Namun tak berhasil pasal semua longkang dah penuh airnya, dah takde ruang untuk alihkan air hujan yang bertakung. Setakat ini Alhamdulilah air dah mula surut dan ayam tak basah lagi. Bukan apa tadi hujan turun masa belum gelap so ayam tak naik lagi keatas. bila dah gelap baru dorang naik. teman risau juga kalau ada ayam yang basah kuyup lalu deman pada esok hari.

Setakat ini teman berpuas hati dengan reban teman. bagi teman apa yang teman impikan untuk membina satu reban konsep baru yang lebih baik serta mudah diuruskan telah tercapai. Kalau mereka diluar sana lebih selesa dengan cara lama teman tak kisah sbb hak masing2. Cuma teman yakin, kita kalau nak maju kena terus ke depan. Jangan takut nak mencuba benda yang baru, dan kalau boleh benda yang baru kita jumpa jangan terlalu teruja sangat samapi terpikir nak buat duit dengannya. hehehe.. saja nasihat je nie tau bukannya nak menyindir. Sememangnya 2 tahun dahulu, teman tercari2 cara nak menternak ayam kampung ini, Kalau satu ladang terkenal dahulu pernah menternak ayam kampung asli ini sehingga 5k jumlahnya, namun masih gagal untuk menjana pendapatan, teman rase teman mahu memecahkan kebuntuan tersebut.

Mungkin tuan punya projek tersebut, membeli 5000 induk kampung asli dan membuat satu hactery sendiri untuk menghasilkan benih untuk kegunaan sendiri. Kemudian beliau menternaknya sebelum dijual dipasaran. Namun mungkin stretegi bagi tuan punya ladang kurang baik bila menjual ayam keluaran mereka dalam bentuk siap diproses. Ayam kampung asli ini seeloknnya dijual dalam keadaan hiduk bagi memudahkan pembeli membuat pilihan. Kalau kita jual dalam keadaan siap diproses dan togel, biasanya kulit pada ayam tersebut akan ada kesan lebam atau hitam akibat kesan parut atau kesan ketika ayam tersebut masih hidup. satu lagi, akan ada banyak tinggalan bulu halus pada daging tersebut berikutan ayam kampung asli ini mempunyai banyak bulu sebegini bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan cuaca. Untuk ayam kacuk, biasanya bulunya kasar2 dan lebih kurang dari ayam kampung asli, so lebih mudah untuk dibersihkan.

So harapan teman, mungkin suatu masa nanti, teman mampu meningkatkan lagi skill2 baru dalam penternakan supaya kita mempu memajukan ternakan ini setanding ternakan ayam kampung kacuk serta ayam pedaging. seperti yang semua orang tahu, ayam merupakan sumber protien yang paling digemari penduduk Malaysia. Walaupun negara kita dikelilingi laut dan kita mempunyai pantai yang sangat luas, tetapi ayam lebih menjadi pilihan utama berbanding ikan. So kalau ikan ada yang mahal dan ada yang murah, tak salah kalau kita adakan juga jualan ayam murah dan ayam yang mahal kan?.. itu sahaja ulasa teman bagi tajuk ini..adios..

18 May 2010

"Marah betul aku"

salam,

hehehe bukannya teman marah tetapi teman nak cerita apsal seorang sahabat kita yang baru sahaja call teman tadi, teman duk lepak kat reban memotong kayu untuk pankin teman, Tgk si firdaus tu buat pankin teman pun nak buat satu.. semua barang ada kat reban, kayu pun dah ada.. so teman tinggal nak potong n ketuk paku je.. Tak terpikir pulak nak buat sebelum ini.

Tengah leka bertukang.. teman dikejutkan oleh pangilan telepon.. sembang agak lama, rupanya sahabat kita yg dah lama beratur atau "Q" untuk beli anak ayam teman, sememangnya teman tak pernah nak iklankan anak ayam teman dalam blog. Jumlah tempahan sekarang dah melebihi pengeluaran, tak dapat langsung nak jual kepada mereka diluar. Kalau anda tak percaya, tempahan teman dah menjangkau sampai bulan 7 depan walaupun ayam teman belum bertelur lagi. Alhamdulilah melihat trend pasaran anak ayam sekarang.

Apa yang memanaskan hari sahabat kita nie adalah aktiviti penipuan panjual anak ayam yang berasal dari selatan(lokasi sebenar tak boleh teman beritahu, dari nama penjual tu teman rase teman tak pernah kenal atau tahu. Bukan kawan n kenalan teman rasenya. Sahabat kita ni dah jauh berjalan mencarik anak ayam dan baka ibu ayam. Pada mulannya hanya berminat nak beli anak ayam sahaja untuk pengumpulan baka kelak. beliau kata ada dialam internet yg menjual anak ayam ori dengan jumlah yang banyak. Tetapi teman dah nasihat kepada beliau sebelum ini supaya berhati2. Ini kerana ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan terhadap permintaan yang tinggi. Apa yang teman kagum dengan sahabat kita ini adalah beliau sanggup berjalan jauh untuk membeli anak ayam jika betul2 ayam tersebut ori. Bukan apa nak menyahut cabaran katannya, lagipun beliau betul2 peminat ayam ori ini sejak dari dulu.

Nak dijadikan cerita beliau membeli anak ayam dengan harga rm 2.50 sebanyak 100 ekor. Pastu minggu hadapannya beliau membeli lagi seratus ekor. Niat dihati kalau selepas sebulan membeli beliau nak tgk progress anak ayam tersebut dahulu sebelum membeli dengan jumlah yang banyak. Bila pembelia kali kedua si penjual mengatakan ada ibu ayam untuk dijual. semuanya ori. Dah macam mengantuk disorongkan bantal, terus je sambar, bila dibayar jumlahnya terus sahabat kita bawak balik. (ayam dah siap masuk dalam kotak), sampai je kat umah beliau termenung sekejap melihat ayam yang dibelinya. rase macam pelik je ayam tersebut. terus tangan menggunkan hp untuk buat kiraan dengan jumlah kilo yang dibayar tadi. Untuk ayam 10 ekor jumlah kilonya adalah 16kilo. Dah tu ibu yang baru usia tepat6 bulan pula tu, yg masih dara n belum pernah bertelur. HUH, terus dia mengeluh ketika itu. Sifat was2 menyebabkan beliau terus berdiam diri walaupun si pejual tu ada beberapa kali menghubunginya.

Akhirnya cukup sebulan umur anak ayam tersebut baru beliau terperasan yang anak ayam beliau terlalu kuat menketedarah. Main guni masa beliau membeli dedak. Sakit hati katanya. Dah la pulak sahabat kita nie jenis bagi makan macam takde esok dah.. untuk 100 ekor ayam dia bubuhnya 4 bekas makanan isi sendiri(yg macam bekas air tu) penuh dengan dedak tanpa gagal mengisinya semula. (sahabat kita ini ikut cakap teman supaya jgn sesekali biarkan anak ayam bawah 1 bulan putus bekalan dedak). Berat ayam dah mencecah 800-1000 gram. Mengeluh dia sbb dah terkena tipu.

Apa yang dimarahkan sangat adalah perasaan kena tipu bulat yg mengatakan ayam tersebut ori iaitu ayam yg diternak sendiri. Beliau ketika itu yakin sbb direban penjual tersebut ada banyak dlm 80 ekor ayam ori. So anggapan sahabat kita ni anak ayam tersebut berasal dari reban tersebutlah. Beliau tak sangka yang mamat tersebut baru nak belajar trading dengan mengambil anak orang lain untuk dijual semula. Satu penipuan tepat atas muka secara terang2an. Bukan kewangan yang dikesalkan tetapi lebih kepada perasaan hampa bila baka yang diidam2kan tak dapat. Kalau setakat ayam kacuk ditempat beliau pun bersepah katanya. Beliau ingat beliau dah jumpa port yg ada jual anak ayam ini dengan banyak. mestilah seronok dihati pada mulanya.

Apa yang boleh teman nasihatkan kepada beliau supaya jadikan ini semua sebagai teladan. Sekurangnya kita dah merasa menternak ayam dalam jumlah yang ratusan. Mungkin selepas ini beliau boleh mula belajar menjual ayam kacuk ini sebagai satu lagi pengalaman baru. Dalam masa yang sama terus kan usaha untuk menternak ayam kampung. Tak salah nak bela ayam kacuk sebenarnya. Kalau suka silakan, tetapi nasihat teman mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Cuba bela dan jual. Pastu kalau dah abis mulakan sekali lagi dengan jumlah 2 kali ganda. Cuba jual. Sampai satu masa anda yakin dengan permintaan dan kawasan jualan anda barulah anda terus menternak. Jangan sampai jadi macam ikan keli, penat2 bela denagn kos yang tinggi, aleh2 bila nak jual dorang nak beli dengan harga bawah kos ternak. Cukup 2-3 pusingan dah boleh dah angkat dan sidai canvas tersebut buat tukun atau atap garaj kereta hehehe..

Cara penulisan teman,

Salam,

Sebenarnya teman tak berapa pandai menulis sebelum ini. Ketika mula2 nak berblogerni, teman tercari2 cara sesuai untuk menyampaikan ilmu atau berkongsi cerita agar tidak bosan orang membaca. Teman takut nanti digelar buka skema kalau penulisan terlalu berat atau terlalu menggunakan ayat buku, teman juga takut kalau orang gelar sebagai kuat merapu kalau menceritakan banyak sangat pasal orang atau kuat mengata. Banyak perkara yang perlu dipikirkan.

Namun sejak dari bangku sekoralh lagi, ada 2 jenis majalah yang tak pernah teman terlepas nak mambaca. Kalau masa tu semua rakan sebaya sibuk dengan majalah komik berbentuk kartun, teman lebih suka membaca majalah RODA-RODA atau majalan pancing. Kalau kita perhatikan, semua artikal didalamnya adalah berbantuk pengalaman, konvoy, trip memancing serta tips2 berguna untuk kita praktikan. Apa yang teman perhatikan, teamn sangat suka kalau ada tulisan yang mengajar kita dalam sesuatu perkara atau cara nak melakukan sesuatu yang kita tak tau sebelum ini. Dari sini teman rase mempengaruhi penulisan teman selama teman berblog.

Apa yang penting, tulisan dalam majalah2 tersebut tidak meleret2 seperti yang teman pernah baca dalam tulisan majalah lain. Kalau mereka bercerita biasanya menceritakan dengan gaya bahasa yang membenarkan kita sendiri berimiginasi dengan pengalaman mereka. Biasanya setelah habis membaca sesuatu cerita tentang trip, hati kita melonjak2 untuk berkunjung ke tempat yang sama. Itulah cara bercerita atau cara menulis yang teman tiru bagi memuaskan hati teman ini, Cuma kelemahan teman menaip sahaja yang menjadi penghalang. Kalau guru bahasa teman baca blog teman, mungkin dah lama kena contong dah kertas teman ni dengan tulisan merah membetulkan ejaan serta prosa kata. Hehehe.. benda ini yang lama betul teman nak updatekan.

Cara tulisan yang tak berapa teman gemar adalah cara tulisan seperti cara ber sms sekarang yang serba ringkas. kebanyakkan masa kita terbuang atau terganggu untuk mengenalpasti maksud atau singkatan yang digunakan. Kadang kala dek kerana singkatan yang digunakan, akhirnya teman tak dapat intipati sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh penulis. Satu lagi yang teman paling sakit hati adalah cara menulis golongan muda mudi seperti adik teman yang bongsu. Huh.. dah lah disingkatkan perkataan tersebut, pastu ditukar pula ejaan supaya nampak lebih staylo atau lebih "gempak" . Sebagai contoh: lepaklah : "pak la" ,apa cerita? "pe ce?" , awak sihat? :"wk c'at".. dan banyak lagi.. huhu kalau nak baca sms yang dia bagi mesti terkial2.. tetapi adakah ini bermaksud teman dah ketinggalan atau zaman dah berubah?

Teman harap pengunjung semua tak jemu dengan gaya bahasa yang teman gunakan. dan teman sangat terharu bila dah ramai yang menyatakan tulisan teman selama ini berjaya meningkatkan semangat serta daya usaha setelah menjadi pengunjung tetap. tak kurang juga yang bersungguh menyalin dan menyediakan satu buku khas untuk menjadikannya nota. Satu usaha yang murni bagi mereka yang sangat mendahagakan limu, Teman rase sangat bersemangat bila melihat buku yang dibawa bersama semasa datang melawat atau semasa datang kekelas yang mengandungi post terpilih milik teman yang dijadikan panduan. Cuma teamn harap, jgn terlalu bergantung kepada panduan dalam blog ini kerana tidak semuanya berseuaian dengan cara penternakan anda. ada kemungkinan yang anda perlu mencari ilmu ditempat lain sebelum anda meneruskan menternak.

Akhir sekali, teman ingin memohon maaf sekiranya ada cara teamn sebelum ini yang membuatkan anda berasa hati seperti lambat menghantar incubator, kurang melayan anda atau bersifat kurang ajar kepada anda. Teman akan buat sebaik mungkin walaupun bukan mudah nak memuaskan hati semua orang. Kalau anda berada ditempat teman sekarang, anda akan paham juga dengan beberapa tekanan serta masalah yang dihadapi termasuk asam garam menjadi peniaga bumiputra. sekian..

Reban RM 50 !!!

Salam,

hehehe macam gempak sahaja tajuk teman ni, bukan apa teman sebenarnya telah mereka satu reban untuk menempatkan 10 ekor betina dengan 1 ekor jantan dengan harga RM 50 sahaja. Reban terbaru yang teman reka ini adalah hasil pemerhatian teman selama ini untuk mencari bahan meterial yang paling murah untuk membina reban. Seperti yang tuan2 semua dah sedia maklum, untuk menternak baka untuk penghasilan benih, anda perlu membina reban berasingan untuk mengelakkan masalah perebutan serta kekecohan didalam reabn. Ini jug aboleh mengelakkan peratusan telur berbenih dalam kutipan telur seharian menurun. Cara ini sangat baik bagi mengelakkan telur anda pecah dek kerana perebutan serta dalm proses merebut keotaian bagi sesekumpumpualn ayam.

Kalau kita hendak menternak ayam dari kecil, terdapat cara lain yang perlu dilakukan. Sesungguhnya kita tak boleh menggunakan konsep bangsal besar yang menempatkan terus ratusan atau ribuan ayam dalam satu2 masa. Ianya sangat2 tak sesua bagi ayam kampung asli yang sangat kuat sifat kepuakkannya. Namun untuk menternak induk untuk pengeluaran telur, cara terbaik adalah dengan mengasingkan mengikut "flock" ayam dengan jumlah yang ditetapkan. Kos untuk membina reban yang banyak untuk flock tersendiri agak tinggi. Kalua dulu satu reban teman menelan belanja dalam RM200 sebuah, kini teman dah mereka satu reban yang sangat rendah kosya.

Kalau anda pikirkan teman menggunkan bahan semula jadi seperti kayu Bakau, buluh atau kayu hutan anda silap. Teman ada menggunakan satu bahan yang teman sendiri tak percaya pada mulannya. Alhamdulilah setelah beberapa kali mencuba akhirnya dapat juga teman kurangkan kos kepada jumlah yang tertera. Bentuknya serupa dengan reban A teman cuma bahannya sahaja yang berbaza. Kalau anda mahu tahu caranya anda perlu hadir kekelas teman. Biasanlah kalau benda baru yang datangnya dari buah fikiran dan idea teman sendiri perlu teman kaji dan melihat kesesuaian dahulu. Teman tak terus bertempik meriakan diri untuk menunjuk kepada semua orang terutama di blog, Namun kalau anda berminat anda boleh melihatnya dahulu dalam kelas teman, Cara dan settupnya jug akan teman tunjjukan. Kalau terus je teman ajar kat sini, orang kita nie biasanya tak suka menghargai. Yelah benda percuma kan boleh pakai buang sahaja. kalau kena kos sikit atau sedikit kesusahan barulah mereka menghargainya. Oleh itu teman dahulukan kepada mereka yang sanggup datang dari jauh dan meluangkan masa untuk belajar.

Untuk anda semua, jgn risau sbb teman akan menunjukkannya juga pada masa akan datang. Cuma kesabaran yang perlu anda "bayar" untuk mendapatkannya. Teman tak mahu menjadi macam kes produk teman sebelum ini yg langsung tak dihargai, hehehe.. Dengan cara baru ini teman yakin, jumlah ternakan serta kos keseluruan untuk anda menjalankan projek anda pada masa hadapan akan menjadi lebih rendah.

Makluman kelas akan datang:

Kelas terbaru akan diadakan pada 30/5 iaitu hari Ahad minggu terakhir bulan ini. Untuk makluman teman tidak akan mengadakan kelas lagi pada bulan 6(Jun) kerana kengkangan masa dan komitment. Mungkin sekiranya anda berminat, anda hanya boleh mengikutinya pada bulan 7 nanti. Alhamduliah, teman yakin, setakat ini mereka yang pernah datang kekelas teman telah mempunyai cukup bekalan ilmu untuk menterak ayam. Cuma bahagian yang menjadi perhatian mereka sahaj mungkin berbeza, ada yang mengfokus kepada rekaan reban, ada yang mengfokuskan kepada pembuatan dedak sendiri, ada yang mengfokuskan kepada masalah penyakit ayam dan ada yang mengfokuskan kepada tradding seperti jualan anak ayam dan induk.

Jika berminat, masih ada beberapa kekosongan yang boleh anda isi. Kelas diadakan dirumah teman iaitu lokasi reban teman ditempatkan. Anda kan belajar terus direban dan bukaknnya dihotel seperti khurus keli yang ada. Hehehe.. teman pernah terkena dulu.. pi khursus keli buat kat hotel tapi hanya 2 ekor ikan sahaja yang dibawanya.

Salam hormat kepada pengunjung blog teman semua,, terima kasih kerana menghidupkan ternakan ayam kampung asli ini dengan menunjukkan minat anda. Harapan teamn agar ternakan ayam kampung asli ini terus berkembang dan generasi kita akan datang berpeluang untuk menengenai ayam kampung yang diternak di zaman tuk nenek kita. Selamat hari ibu kalau ada ibu2 yang mengunjung dan selamat Hari guru kepada ajin(reban opah) dan peja (ayam serama) dan guru lain yang mengunjungi blog teman..
Adios..

Pemilihan ayam untuk pembakaan..

Salam,

Teman nak ulang balik sedikit tips untuk kita membeli induk ayam untuk dijadikan baka direban anda. Baka yang dimaksudkan adalah ayam kampung asli yang hendak anda ternak selama 2 tahun sebelum anda perlu dicard sebelum anda mengantikan dengan induk yang baru. kalau anda tiada ilmu untuk memilih atau memebli mungkin anda akan menyesal pada kemudian hari denagn nilai kewangan yang anda telah keluarkan. Berikutan adalah panduan yang boleh anda gunakan.

Untuk induk betina:

1. Usia antara 5 bulan sehingga dibawah setahun. Walaupun kalau anda beli pada usia 5 bulan, anda tidak rugi sebenarnya walaupun terpaksa menunggu selama sebulan lagi sebelum ayam ini bertelur. Ini kerana ayam pada usia 5 bulan lebih ringan dan meningkatkan daya beli anda. Namun kalau anda membeli ayam yeng sudah bertelur, pastikan yang ayam anda beli dibawah usia setahun atau yang paling cantik adalah pada usia 7-8 bulan sahaja. Resionalnya, anda akan menggunakan ayam ini selama 2 tahun dan kalau sahaja iaiatu pada tempoh paling banyak pengeluaran telurnya. Perlu diingatkan bahawa ayam yang anda beli ini akan diternak secara insentif dan max kap. dimana anda merampas telur untuk dieramkan. Produksi telur seharusnya diantara 140-160 biji setahun. Secara tradisioanalnya ayam ini hanya bertelur sebanyak 6 biji sahaja setahun. Cara nak dapatkan telur sebanyak itu anda kena datang ke kelas teman.

2. Berat ayam yang dibeli mesti mengikut berat standart untuk ayam kampung asli.Jika anda terserempak dengan ayam yang serupa atau saling tak tumpah dengan ayam kampung asli tetapi bila ditimbang, anda dapati derat melebihi 2 kilo, anda perlu tolak kerana iaiya adalah baka hibrid ayam kacuk yang diperingkat F3 iaitu pada peratusan 25% menghempiri ori. Kalau nak tau juga apa maksudnya 25% penghampiran kacukan ori anda juga kena kekelas teman hehehe..

3. elakkan membeli dengan jualan timbangan seperti membeli dengan berat gunaan kilo. adalah terbaik untuk fasa pemilihan anda menimbang seekor demi seekor untuk mendapat jumlah berat individu. Dari jumlah ekor ini akan kita menjumlahkan semua beratnya dan mendapt purata berat bagi seekor ayam. Kalau pembelian ayam induk, kita perlu ambil target jumlah ekor bukannya jumlah berat. Perlu diingatkan yang kita membeli ayam untuk dijadikan induk bukannya untuk jualan daging. Oleh itu kuantiti ayam yang perlu dititik beratkan untuk mendapat jumlah telur yang lebih banyak. Ayam yang berat tak semestinya ayam yang sihat dan akan mengeluarkan telur yang lebih banyak.

Sebagai contoh kalau anda budget untuk membeli ayam dalam jumlah RM1000, purata ayam yang anda beli adalah dalam lingkungan 1.3 kilo sahaja. Oleh itu anda berkemungkinan akan menerima sekitar 60-66 ekor ayam. Kalau selepas mengira jumlah ayam dan anda dapati ayam yang anda beli hanya berjumlah 40++ ekor ini bermakna ayam yang anda beli adalah kacuk. Itu trick yang anda kena paham.

4.Pemilihan baka: kalau boleh anda beli ayam yang menerupai ciri2 ayam hutan dimana kakinya kecik, beratnya tak seberapa, boleh trbang, ada bulu sekunder, balung dan yang bawah dagu tu dah sempurna terbentuk, bulu terbang ayam (bulu yang panjang sikit pada kepak dan ekor%dan biasanya ada3-5 helai sebelah) dan tumbuh sepenuhnya. Elakkan membeli ayam satu warna atau warna tunggal kerana teman kuatir asal usulnya adalah dari ayam kacukkan yang telah dikampungkan. Warna kecoklatan dan bercampur jalur hitam menjadi pilihan terbaik kerana iainya warna standard bagi ayam kampung betina dinegara kita.

Jangan kuatir jika anda tak dapat membeli ayam yg dikehendaki, ini lebih baik dari membeli baka kurang elok yang akan merugikan kita dimasa hadapan kelak. Bukannya nak menjadi cerewet tetapi lebih kepada menjaga talian darah baka kita nanti. Jika terjumpa baka yang sesuai anda bolehlah mengeluarkan duit untuk membelinya. Sekarang terdapat banyak baka hibrid kacukan yang segaja dikacukkan semua serupa dengan ayam kampung asli. Kalau anda tidak biasa, mungkin anda akan terpedaya. Seakan ayam kampung asli tetapi berat dan mencapai 1.5 kilo pada usia 4-5 bulan.. Ayam ini akan mencapai berat antara 2-2.3 kilo apabila matang kelak. Ayam kampung asli yang tealh dikacukkan ini biasanya kurang pandai untuk naik ke bekas telur dan mengeram. Ciri2 ini perlu untuk seekor ayam kampung asli.

Jika anda terserempak dengan ayam ynag berbalung batu(balung yang kecil sahaja seperti satu calitan pada kepala ayam)ada kemungkinan besar ayam tersebut adalah kacukkan ayam dengan ayam sabung. Ciri anak yang akan anda dapat nanti adalah berkaki tinggi, berbadan tegak dan kuat bersabung. Kelemahan nanti adalah semasa anda ingin menjual, anda inginkan harga ori yang sememangny aberbaloi untuk dijual, tetapi kalau ayam anda direject nanti mesti anda akan marah bukan? lagi pun ayam ini terlalu berat semasa dijual, ada kemungkinan mencecah 2 kilo semasa umur matang. kalau harga seekor RM15, seekor akan jatuh kepada RM30. Boleh bagitau sapa yang sanggup bayar wang sebanyak itu untuk seekor ayam? ingat ayam yg dijual kerana kesedapan dan keoriannya, bukannya kepada beratnya. Tak kisahlah kalau ayam yg anda jual tu hanya sebert 1.3 kilo sahaja.. ianya berbaloi..

5. Keadaan ayam tersebut
Pastikan ayam tersebut bebas penyakit, maksudnya ayam tersebut berada dalam keadaan baik tanpa sebarang tanda sesema atau penyakit lain yang jelas tandanya. Seterusnya anda perlu kurung berasingan ayam tersebut sebelum dicampurkan dengan ayam lain bagi mengelakkan penyakit berjangkit. Jangan teragak untuk menolak ayam tersebut kalau ada tanda penyakit, kalau tak betul caranya nanti, jgn menyesal satu reban anda mati kerana seekor ayam yang diterima. Menternak ayam ini tinggi risikonya kerana melibatkan benda hidup yang senang diserang penyakit.

Ada beberapa lagi petuan dan panduan yang teman dah tak larat nak menulis dan mencerikannya. Kalau nak lmaklumat lanjut, sila haridi kelas teman yang tak seberapa harga yurannya(cukuplah untuk teman beli dedak). Panduan ini juga perlu digunakan oleh mereka yang membuat trading atau bercita2 untuk menjadinya kerana anda sebago orang tengah perlu jujur dalam perniagaan. Kalau ada yg mintak nak beli kacuk, anda jual kacuk, kalau dimintanya ori, anda jual ori, kalau tak dapat memenuhinya, anda tolak dengan baik.. Penjualan berdasarkan pengalaman serta kejujuran biasanya akan mendapat balasan kepercayaan dari pelanggan anda. Secara tidak langsung nanti, pelanggan anda yang eprtama nanti akan membatu anda dalam menjalankan promosi kepada anda melalui suggestion dan ajakan kepada rakannya. Itulah caranya kita nak mengembangkan perniagaa.

teman harap post kali ini akan membantu anda memilih baka kelak.. adios..

15 May 2010

Cara mudah mengurus ternakan..

Salam,

Entah mengapa mengikut perkiraan teman, bulan 4 orang kurang berbelanja atau mengurangkan aktiviti. Ini kerana mengikut pelawat serta pelanggan teman yg ada, bulan 4 menunjukkan penurunan yang ketara. Semacam takde sapa ynag minat dengan ternakan. Teman ingat teman sorang je yg jadi macam nie, rupanya rata2 peniga barang lain termasuk pasar malam pun merasai benda yang sama. Agaknya semua orang beriat pada bulan 4.

Dan bulan ini lain pula yang berlaku. Makin ramai pelawat yang datang. Kadang2 pada hujung minggu sampai 5-6 pengunjung sekali, semua bersambung2. Orang kata kalau orang datang umah rezeki akan bertambah baik, Insyallah teman selalu berdoa untuk perkara tersebut. Kadang2 segaja teman susankan kedatangan pelawat agak tidak bertindan, ini kerana teman tak mahu ada yang terasa bila kita tak dapat melayan dengan sepenuhnya apabila melawat. Rambut sama hitam,hati kita tak tau, nanti tak pasal2 teman kena "tembak" lagi.

Seperti tajuk teman diatas, ramai yang bertanyakan aktiviti seharian teman direban, Adakah teman melakukannya sepenuh hari atau sebaliknya. Jawapan teman tetap sama iaitu, pengurusan reban adalah terletak kepada kecekapan kita mengsetkan sistem agar ianya lebib baik. Kalau dulu memang selalunya teman menghabiskan masa direban, mengkaji dan memikirkan cara membina reban yang terbaik, kini fasa pembinaan dah semakin berkurang bila teman dah jumpa reban yang sesuai untuk dibina. Seharian sebenarnya teman hanya menggunakan masa yang sangat minima, berikut adalah jadual dalam hisup ternakan teman,

6.30 pagi: melakukan tugasan biasa waktu pagi dan menghantar orang umah pi kerja.
7.30 pagi: dah berada direban, tambah bekalan air dalam reban dan memberi makan ringan kepada ayam. selepas itu mengutip telur dan memasukkan kedalam incubator.
8.30 pagi dah siap semua kerja dan sapu sampai direban dan memebersihkan apa yang patut.
9.00-4 ptg: masa sendiri(biasanya buat incubator, tidur, melawat, keluar dll)
4.30 ptg: kutip semua bekas makanan dan minuman, basuh dan refill balik, pastu kutip telur jugak kalau ada. BAgi makan kat ayam dengan makanan berat. periksa reban serta repair apa yang patut.
6.30 ptg:bagi secaan jagung kepada ayam untuk menggalakkan ayam ini mengawan sebelum ayam tidor.

Kalau kita perhatikan teman hanya menggunakan 2 jan sehari pada waktu petang dan pada waktu pagi untuk mengurus reban. Masanya sangat singkat sebab tugasan teman semakin senang dengan sistem ynag teman reka untuk reban teman. Oleh itu sangat penting untuk kita membina sistem kita sendiri supaya lebih mudah, Antara perkara yang perlu diambil berat untuk diurus adlaah seperti:

-Keluasan reban, lebih besar reban lebih banyak kerja yang perlu dilakukan
-sistem pemberian makanan, adakah adakah dengan cara mencampakkan kelantai sahaja atau mengisi dalam bekas khas?
-sistem pemberian minumna, adakah beas mudah untuk dicuci, adakah suber air berdekatan dan adakah ada saluran paip yang memudahkan kita untuk mencuci dan sebagainya.
-susanan reban anda, adakah baik atau terabur, dimana anda hendak mulakan tugasan anda.
-sistem susunan kerja dimana setiap hari anda tahu tugasan anda mengikut turutan, sebagai contoh, bila sahaja anda memasuki reban, anda terus emngutip bekas makanan dan membasuhnya. Dan kemudian anda terus bawa bekas makanan tersebut ke stok makanan untuk mengisi semula sebelum meletakkan direban. Kemudian anda mengambil bekas iar dan melakukan perkara yang sama, seterusnya anda memeriksa reban kalau2 ada yang perlu diberi perhatian. seterusnya anda menyapu sampah dan lantai reban anda sebelum membakarnya sebagai penghabisan.


Kalau anda ada sistem yang telah anda cipta sendiri, siap dengan jadual waktunya, maka teman yakin urusan reban anda akan menjadi lebih mudah seharian. Tiada bebanan yang perlu dipikul. Sistem yang anda reka ini perlulah anda patuhi dengan displin yang tinggi kerana sistem yang baik tapi kalau kita selalu "tuang", tiada makna juga. Ayam yang kita ternak boleh kit aajar atau didik supaya mengikut rentak sistem kita. Kadang kala kita akna dapati ayam ini macam dah terbiasa dengan sistem kita dan akan tertunggu2 bila masa makannya dilewatkan. Kalau kita selesa dengan memberi makan 2 kali sehari kita boleh tetapkan sebegitu atau kalau kita dah setkan kepada 3 kali sehari terpulanglah. Ada juga dahulu teman mengamalkan beri makanan sehari sekali iaitu pada pukul 10 pagi. tetapi kurang praktikal sebab ayam jadi sebu semacam..

Amonia dari ternakan..

Salam,

kalau anda perhatikan atau terbaca dari blog teman, sebenarnya dari dulu lagi teman suka cakap yang peratusan tinggi penyakit yang menyerang reban adalah disebabkan reban yang kotor. Reban yang kotor bemaksud tidak diselengarakan dengan betul serta tidak dibersihkan selalu. Sememangnya dalam penternakkan yang melibatkan benda hidup, najis dari bahan buangan haian mengandungi amonia yang terbebas dan sangat memberhaya kepada ternakan kita. Teman sangat bersetuju dengan Mr. Wong dari DQ Farm yang menceritakan betapa memberhayanya amonia ini kepada ternakan.

Pengurusan sisi kumbahan semasa ayam berada didalam reban adala isu besar direban kita yang perlu ditangai dengan bijak. Perkara ini bukannya benda kecil sehingga kita boleh mengabaikannya. Banyak idea dan cara engurusan yang diamalkan oleh penternak seluruh dunia untuk mengatasi masalah ini. Namun kita diMalaysia terutama penternak dibaa 1k ternakan biasanya kurang arif mengenai perkara ini. Tambahan pula tiada maklumat lengkap bagaimana nak membina reban kalis amonia atau reban yang mudah untuk kita melakukannya. Bagi teman keadah dan cara pengurusan kita perlualah sesuai dengan bentuk muka bumi dan kekuatan kita menguruskannya.

Bagi penternak kecil, kita mungkin mempunyai sedikit pilihan kerana saiz penternakan yang tak seberapa. Kita boleh melakukkan sendiri kerja pembersihan atau memilih untuk menggunakan reban tingkat atas yang kalis najis. NAmun sekiranya kita mahu membuat penternakan yang berskala besar, cara baru yang lebih produktif perlu digunapakai. Seperti reban teman, menggunakan medium pasir adalah satu2 cara yang paling mudah dan praktikal untuk mengelakkan amonia terus meresap dalam tubuh ternakan. PAsir yang mempunyai daya penyerapan yang baik akan bertindak untuk menutupi amonia ini dan mengurangkan sedikit kesannya kepada ternakan. Namun terdapat beberapa syarat2 yang perlu digunakan untuk memastikan penggunaan pasir dapat menghindari gejala ini berlaku.

Di DQ Farm, cara pengurusan amonia mereka sangat berkesan dan terbaik. Dengan mengamalkan konsep "meninggalkan amonia dibelakang" ternakan mereka sentiasa dalam keadaan terbaik serta "happy" selalu. Cuma kalau kita hendak manggunakan kaedah yang sama didalam reban kita, kita memerlukan padang ragut atau kawasan kurungan reban yang luas. Ini kerana mereka menggunakan kaedah mengubah reban atau kawasan tempat tidur mereka dari masa ke semasa. Untuk ayam kampung asli, teman rase sedikit perubahan perlu dilakukan dengan membina reban yang lebig tertutup atau reban yang ada tempat bertenggek. Kita akan menghadapi kesukaran untuk mengerakkkanya sekiranya membina reban mudah alih yang terlalu berat untuk dipindahkan. So samaada menggerakkan reban anda atau anda mengerakkan "tanah" dibawah reban anda untuk menukarnya denagn yang baru. MAksud teman adalah kita menempatkan reban yang statik tetapi menukar lapik atau alas untuk najis ayam ini secara berkala.

Apa2pun itu baru sahaja cakap2 teman, kaedahnya belum dipikirkan lagi..

12 May 2010

Bagaimana nak menjana pendapatan dengan ayam?

Salam,

Semalam teman menghantar sebuah incubator yang telah diperbaharui kepada seorang sahabat baru dalam penternakan kita di puchong. Dari pengalaman teman, kawasan puchung nie sekarang penuh dengan penginapan padat penduduk sehingga tiada kawasan yang sesuai untuk didirikan reban, namun teman silap bila rupanya kampung batu 14 & 13 masih luas kawasannya. Kampung sahabat kita nie terletak di kampung tengah batu 13 yang rata2nya dihuni penduduk melayu.

Apa yang ingin teman sampaikan adalah reban ciptaan sahabat ini mengkagumkan teman walaupun usia beliau dalam pertanian masih baru. Dari setting yang beliau lakuakan( En Megat) boleh teman simpulkan bahawa beliau banyak melakukan kajian sendiri untuk membina reban yang lebih baik. Dengan sedikit kekuatan kewangan serta kawasan yang baik teman rase beliau mampu menjadi player untuk ternakan ayam kampung ini. Masih belum terlambat sekiranya anda mahu menceburi ternakan ini. Broder yang dibina untuk anak ayam sangat kemas walaupun hanya menggunakan kayu terbuang seperti palet untuk membinanya. Dan yang paling kagum adalah kesanggupan beliau membina reban dari bahan baru yang layak digunakan untuk membina rumah sewa panjang dikawasan tanah lot.

Cuma nasihat teman agar beliau belajar perlahan2 kerenah dalam penternakan ini dan tidak terus terjun dengan jumlah ternakan yang banyak, tambahan pula sekarang dikawasan beliau dan termasuk teman sendiri yang dilanda musim hujan pada waktu petang. Kalau tersilap langkah mau susah diri sendiri nanti. Berbalik kepada tajuk diatas, teman sebenarnya nak beri pendapat tentang skop penjualan serta perniagaan yang anda boleh jana dengan menternak ayam. Tak kiralah untuk jualan daging atau untuk jualan anak ayam. Berikut adalah skop yang anda boleh ketengahkan.

1. Anda boleh memulakan dengan membina reban pengasuhan dimana anda mempunyai 4 jenis reban mengikut jumlah ternakan yang dirancang. Sebagai contoh sekiranya pada permulaan anda ingin menternak anak ayam dengan kapasiti pengeluaran anak ayam sebanyak 100 ekor bagi setiap bulan, maka apa yang anda harus lakukan adalah dengan membina 4 biji brooder untuk menempatkan 50 ekor anak ayam setiap waktu. Pada ayam ditempatkan dalam brooder ini selama 2 bulan.

Kemudian anda membina 4 biji reban asuhan tingkat iaitu reban yang berlantaikan jaring besi agar anak ayam tidak terpijak tanah.Keluasan reban ini hanya sederhana dan cukup untuk menempatkan 50 ekor anak ayam dalam usia 2 hingga 4 bulan kerana anak ayam akan berada dalam reban ini selama 2 bulan lagi. Tandaan tarikh masuk dan rekod pada reban akan memudahkan pengurusan ladang anda terutama masa nak memindahkannya nanti.

Setelah itu anda membina satu reban asuhan tanah dengan kapasiti 50 ekor ayam untuk anak ayam berusia 4 sehingga 6 bulan. Anak ayam ini dibiarkan dalam keadaan berada diatas tanah dengan palang tidur pada wwaktu malam. Perlu diingatkan bahawa setiap perpindahan anak ayam tadi mestikan dilakuakn dikalangan kumpulan yang sama dan tiada pencampuran kumpulan yang baru dilakukan, Kalua tidak gejala bertempur untuk merebut kawasan akan berlaku. Ayam tadi akan dijual bila berat mencapai 1.2-1.3 kilo seekor atau sudah berusia 6 bulan tertaklum yang mana sampai dulu. Kalau dalam masa 5 bulan dah ada yang boelh jual anda terus jualkan. DAn sekiranya pada usia 6 bulan beratnya masih dibawah 1 kilo, anda terpaksa juga jual kerana baka yang anda ternak adalah dari jenis bantut atau kecil(mungkin dah terkahwin dengan ayam hutan)

Jumlah pendapatan yang dijangkakan adalah seperti berikut:

Jumlah yang hidup 85% x 100: 85 ekor
Jumlah kilo : 85ekor x 1.3 kilo : 110.5 kg
jumlah jualan : 110.5 x RM 15/kilo : RM 1657.50

Jumlah ini nampak kecil pada mula kiraannya tetapi bagi teman kalau anda betul 2 baru bermula menternak, ianya sudah cukup lumayan tambahan pula anda baru sangat belajar. Untuk menjaga anak ayam sejumlah ini tidaklah terlalu berat berbanding dengan menjaga ayam kacuk yang lebih manja dan kuat makan.
* untuk keterangan lanjut mengenai cara pembinaan reban serta cara paling murah untuk membinanya anda perlu menghadiri kelas teman berikutan penjelasan yang perlu dilakuan cukup memenatkan kalau teman mahu menulisnya. Suka teman nak ingatkan yang teman bukannya mahu menjadi kaya dengan menganjurkan kelas tetapi lebih kepada mengajar anda ilmu yang lebih baik dalam menternak. Pandangan orang tak sama dan kalau anda berpendapat yuran yang dikenakan terlalu tinggi, terpulanglah lah. Tetapi bagi teman, kalau 2 tahun dahulu sudah anda yang menganjurkan kelas seperti teman ini, pasti teman akan mengikutinya walaupun harga yuran mencecah RM300. Ini kerana bagi teman, ilmu adalah lagi penting berikutan tanpa ilmu kita mungkin akan kerugian ribuan ringgit selepas ini sekiranya salah mendirikan reban atau berlaku kematian ternakan kita kelak.

2. Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi pengeluar anak ayam terutama ayam kampung asli yang sangat tinggi permintaanya sekarang. Terdapat 2 cara anda boleh menjayakannya sama ada dengan membeli terus induk dari orang perseorangan atau anda menternak sendiri induk anda dari kecil. Dengan amalan yang baik serta sistem yang betul, ayam anda mungkin dapat mengeluarkan telur sebanyak 140 biji setahun(cara biasa dalam 60 biji sahaja setahun). Jika dieramkan anda mungkin mampu menetaskan 100 ekor anak ayam bagi seekor induk betina. Kalau anda ada kemampuan untuk mempunyai 500 ekor induk, ada kemungkinan bagai setiap tahun (jumlah purata) anda mampu mengeluarkan 50k anak aym dnegan harga RM 2.50 seekor. Namun segala yang tercatat adalah kiraan congak yang mengenepikan sebarang masalah penyakit dan kematian. Kalau anda mencapai 70% dari target inipun bagi teman sudah dianggap berjaya.

3. Anda juga boleh menjalankan sedikit perniagaan tambahan semasa anda menternak seperti melakukan kativiti trading. Aktiviti trading ini bukanlah seperti melakukan perkerjaan ambil untung atas angin tetapi lebih kepada menjadi orang tengah untuk membantu ,mereka yang tiada peluang atau masa untuk memasarkan produk mereka sendiri. Bukan semua penternak mampu untuk menjual ternakan mereka sendiri. Maka ketika ini peranan orang tengah diperlukan. Disamping itu, kewujudan orang tengah akan mengalakkan pertumbuhan perniagaan ayam itu sendiri denagn promosi serta agen penyampaian barangan kepada pengguna. Kalau barangan kita tak mampu untuk menemui pelanggan, masakan mampu kita manjualnya.
Cuma anda perlu berlaku ikhlas dalam urusan ini kerana sangat mudah seseorang orang tengah ini tergelincir dari nilai etika dan akhlak. Ada kemungkinan nilai RM yang dilihat mampu mengkaburkan mata dan menimbulkan perasaan tamak. Kerugian masa hadapan yang mungkin anda terima adalah ketiadaan pelanggan baru setelah kewujudan anda sudah tidak disenangi.

Banyak lagi cabang yang boleh anda terokai serta mampunyai potensi untuk anda menjana pendapatan dengannya. Cuma anda tidak perlu teragak2 dan bersabar menhadapai segala dugaan mendatang. Mungkin dnegan mengahdiri kelas teman atau membaca pendapat2 teman didalam blog teman yang tak seberapa ini mampu menimbulkan minat dan sesungguhnya perkongkian ilmu yang teman lakukan adalah dari hati yang ikhlas. Amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails