Pages

Bagaimana nak menjana pendapatan dengan ayam?

Salam,

Semalam teman menghantar sebuah incubator yang telah diperbaharui kepada seorang sahabat baru dalam penternakan kita di puchong. Dari pengalaman teman, kawasan puchung nie sekarang penuh dengan penginapan padat penduduk sehingga tiada kawasan yang sesuai untuk didirikan reban, namun teman silap bila rupanya kampung batu 14 & 13 masih luas kawasannya. Kampung sahabat kita nie terletak di kampung tengah batu 13 yang rata2nya dihuni penduduk melayu.

Apa yang ingin teman sampaikan adalah reban ciptaan sahabat ini mengkagumkan teman walaupun usia beliau dalam pertanian masih baru. Dari setting yang beliau lakuakan( En Megat) boleh teman simpulkan bahawa beliau banyak melakukan kajian sendiri untuk membina reban yang lebih baik. Dengan sedikit kekuatan kewangan serta kawasan yang baik teman rase beliau mampu menjadi player untuk ternakan ayam kampung ini. Masih belum terlambat sekiranya anda mahu menceburi ternakan ini. Broder yang dibina untuk anak ayam sangat kemas walaupun hanya menggunakan kayu terbuang seperti palet untuk membinanya. Dan yang paling kagum adalah kesanggupan beliau membina reban dari bahan baru yang layak digunakan untuk membina rumah sewa panjang dikawasan tanah lot.

Cuma nasihat teman agar beliau belajar perlahan2 kerenah dalam penternakan ini dan tidak terus terjun dengan jumlah ternakan yang banyak, tambahan pula sekarang dikawasan beliau dan termasuk teman sendiri yang dilanda musim hujan pada waktu petang. Kalau tersilap langkah mau susah diri sendiri nanti. Berbalik kepada tajuk diatas, teman sebenarnya nak beri pendapat tentang skop penjualan serta perniagaan yang anda boleh jana dengan menternak ayam. Tak kiralah untuk jualan daging atau untuk jualan anak ayam. Berikut adalah skop yang anda boleh ketengahkan.

1. Anda boleh memulakan dengan membina reban pengasuhan dimana anda mempunyai 4 jenis reban mengikut jumlah ternakan yang dirancang. Sebagai contoh sekiranya pada permulaan anda ingin menternak anak ayam dengan kapasiti pengeluaran anak ayam sebanyak 100 ekor bagi setiap bulan, maka apa yang anda harus lakukan adalah dengan membina 4 biji brooder untuk menempatkan 50 ekor anak ayam setiap waktu. Pada ayam ditempatkan dalam brooder ini selama 2 bulan.

Kemudian anda membina 4 biji reban asuhan tingkat iaitu reban yang berlantaikan jaring besi agar anak ayam tidak terpijak tanah.Keluasan reban ini hanya sederhana dan cukup untuk menempatkan 50 ekor anak ayam dalam usia 2 hingga 4 bulan kerana anak ayam akan berada dalam reban ini selama 2 bulan lagi. Tandaan tarikh masuk dan rekod pada reban akan memudahkan pengurusan ladang anda terutama masa nak memindahkannya nanti.

Setelah itu anda membina satu reban asuhan tanah dengan kapasiti 50 ekor ayam untuk anak ayam berusia 4 sehingga 6 bulan. Anak ayam ini dibiarkan dalam keadaan berada diatas tanah dengan palang tidur pada wwaktu malam. Perlu diingatkan bahawa setiap perpindahan anak ayam tadi mestikan dilakuakn dikalangan kumpulan yang sama dan tiada pencampuran kumpulan yang baru dilakukan, Kalua tidak gejala bertempur untuk merebut kawasan akan berlaku. Ayam tadi akan dijual bila berat mencapai 1.2-1.3 kilo seekor atau sudah berusia 6 bulan tertaklum yang mana sampai dulu. Kalau dalam masa 5 bulan dah ada yang boelh jual anda terus jualkan. DAn sekiranya pada usia 6 bulan beratnya masih dibawah 1 kilo, anda terpaksa juga jual kerana baka yang anda ternak adalah dari jenis bantut atau kecil(mungkin dah terkahwin dengan ayam hutan)

Jumlah pendapatan yang dijangkakan adalah seperti berikut:

Jumlah yang hidup 85% x 100: 85 ekor
Jumlah kilo : 85ekor x 1.3 kilo : 110.5 kg
jumlah jualan : 110.5 x RM 15/kilo : RM 1657.50

Jumlah ini nampak kecil pada mula kiraannya tetapi bagi teman kalau anda betul 2 baru bermula menternak, ianya sudah cukup lumayan tambahan pula anda baru sangat belajar. Untuk menjaga anak ayam sejumlah ini tidaklah terlalu berat berbanding dengan menjaga ayam kacuk yang lebih manja dan kuat makan.
* untuk keterangan lanjut mengenai cara pembinaan reban serta cara paling murah untuk membinanya anda perlu menghadiri kelas teman berikutan penjelasan yang perlu dilakuan cukup memenatkan kalau teman mahu menulisnya. Suka teman nak ingatkan yang teman bukannya mahu menjadi kaya dengan menganjurkan kelas tetapi lebih kepada mengajar anda ilmu yang lebih baik dalam menternak. Pandangan orang tak sama dan kalau anda berpendapat yuran yang dikenakan terlalu tinggi, terpulanglah lah. Tetapi bagi teman, kalau 2 tahun dahulu sudah anda yang menganjurkan kelas seperti teman ini, pasti teman akan mengikutinya walaupun harga yuran mencecah RM300. Ini kerana bagi teman, ilmu adalah lagi penting berikutan tanpa ilmu kita mungkin akan kerugian ribuan ringgit selepas ini sekiranya salah mendirikan reban atau berlaku kematian ternakan kita kelak.

2. Anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi pengeluar anak ayam terutama ayam kampung asli yang sangat tinggi permintaanya sekarang. Terdapat 2 cara anda boleh menjayakannya sama ada dengan membeli terus induk dari orang perseorangan atau anda menternak sendiri induk anda dari kecil. Dengan amalan yang baik serta sistem yang betul, ayam anda mungkin dapat mengeluarkan telur sebanyak 140 biji setahun(cara biasa dalam 60 biji sahaja setahun). Jika dieramkan anda mungkin mampu menetaskan 100 ekor anak ayam bagi seekor induk betina. Kalau anda ada kemampuan untuk mempunyai 500 ekor induk, ada kemungkinan bagai setiap tahun (jumlah purata) anda mampu mengeluarkan 50k anak aym dnegan harga RM 2.50 seekor. Namun segala yang tercatat adalah kiraan congak yang mengenepikan sebarang masalah penyakit dan kematian. Kalau anda mencapai 70% dari target inipun bagi teman sudah dianggap berjaya.

3. Anda juga boleh menjalankan sedikit perniagaan tambahan semasa anda menternak seperti melakukan kativiti trading. Aktiviti trading ini bukanlah seperti melakukan perkerjaan ambil untung atas angin tetapi lebih kepada menjadi orang tengah untuk membantu ,mereka yang tiada peluang atau masa untuk memasarkan produk mereka sendiri. Bukan semua penternak mampu untuk menjual ternakan mereka sendiri. Maka ketika ini peranan orang tengah diperlukan. Disamping itu, kewujudan orang tengah akan mengalakkan pertumbuhan perniagaan ayam itu sendiri denagn promosi serta agen penyampaian barangan kepada pengguna. Kalau barangan kita tak mampu untuk menemui pelanggan, masakan mampu kita manjualnya.
Cuma anda perlu berlaku ikhlas dalam urusan ini kerana sangat mudah seseorang orang tengah ini tergelincir dari nilai etika dan akhlak. Ada kemungkinan nilai RM yang dilihat mampu mengkaburkan mata dan menimbulkan perasaan tamak. Kerugian masa hadapan yang mungkin anda terima adalah ketiadaan pelanggan baru setelah kewujudan anda sudah tidak disenangi.

Banyak lagi cabang yang boleh anda terokai serta mampunyai potensi untuk anda menjana pendapatan dengannya. Cuma anda tidak perlu teragak2 dan bersabar menhadapai segala dugaan mendatang. Mungkin dnegan mengahdiri kelas teman atau membaca pendapat2 teman didalam blog teman yang tak seberapa ini mampu menimbulkan minat dan sesungguhnya perkongkian ilmu yang teman lakukan adalah dari hati yang ikhlas. Amin..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

cikgu peja ladang said...

kalau modal besar lantiklah seorang veterinary untuk checking produk..

Instagram