Pages

sikit update

Masalah antara minat dan pengetahuan..

Salam,

Maaf kalau lama benar teman tak update blog, sibuk menjalankan tangungjawab sebagai abang sulung dalam keluarga untuk menyiapkan perkahwinan adik lelaki. Kali ini untuk keluarga belah lelaki pula yang mengadakan majlis. Sememangnya kalau ada majlis sebegini, bukan pengantin sahaja yang mendapat penanganya namun semua keluarga termasuk saudara terdekat. Lagipun teman memang segaja nak berihat dalam seminggu-2 dari menulis berikutan pelbagai feedback yang diterima kebelakangan ini. Bukan mudah nak memuaskan semua pihak walaupun kita hanya berniat untuk berbakti.

Kebetulan pula pada hari rabu yang lalu yang lalu, adik teman yang paling bongsu dimasukan kedalam wad kerana diserang abak denggi. Kesian kanak2 sekecil itu menderita dengan virus ini, virus yang takada ubatnya. Harapan teman agar adik teman yang sedang sembuh ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan yang akan menggangu pembesarannya.

Ok, berkenaan dengan tajuk diatas, ianya berkisar dengan satu kes yang teman terima atau diadukan dalam minggu ini. Kebetulan seorang pelaat teman minum disebuah gerai makan yang selalu teman bekalkan dengan telur ayam kampung yang tak berbenih. Beliau menceritakan tentang ternakan ayam kampung aslinya yang baru dimulakannya. Biasalah bagi kita sebagai orang melayu, suka bercerita tentang orang lain atau kejayaan orang lain, maka teman dijadikan sebagai rujukan kepada pelanggan tersebut olah pekedai tadi. Maka datanglah sahabat kita tadi tanpa sebarang temu janji, teman masa tu pulak nak cepat siapkan kerja kerana nak mengambil ornag umah pulang bekerja.

Dalam masa bersembang tu, beliau menceritakan tentang induk betina ayam yang baru dibelinya dengan harga RM 500 ringgit untuk 23 ekor. Ikut kiraan teman jumlah ayam yang dibelinya tak setimpal dengan harga yang dibayar, terus teman syak sesuatu. Bila ditanyakan berat dan rupa ayam yang dibeli, terus teman mengsyaki yang kaan kita nie telah tertipu atau tersalah beli ayam kampung yang dirasakan ori. Teman bertanyakan berkali2 kepada sahabat tersebut mengenai niatnya untuk menternak, adalah untuk membela ayam kampung asli atau kacuk, dan berkali2 juga jawapannya sama iaitu ayam kampung ori.

Maka rase tanggungjawab dan rasa ingin membantu, teman pun mengatakan yang beliau dah tersalah beli dan dah tersalah pilih. Dengan harga RM 10 kilo untuk ayam kacuk yang berat dah mencecah antara 1.5-1.8kg bagi teman iaiya cukup mahal. Ayam sebegini akalu kita beli diladang tanpa melalui orang tengah biasanya berharga sekitar RM6-RM8 sahaja. Kalau dibeli dipasar mungkin sedikit tinggi harganya. Maka termenunglah sahabat kita ini bila melihat ayam teman dan membandingkan dengan ayam yang baru dibelinya. Maka soalan2 berbentuk terdedak dan kecewa mula dikeluarkan dan kadangkala merimaskan teman untuk menjawabnya. Bagaimanalah teman nak menjawab soalan sahabat kita ini yang berusaha untuk mengorikan ayam kacuk tadi semula, maka banyaklah cadanagn spontan yang dikeluarkan untuk mendapat pendapat teman. Jawapan teman masih sama, iaitu.. ynag kacuk tetap kacuk dan yang ori tetap ori. Kalau dah terbeli, beliau digalakkan untuk terus membelanya dan kutipan telur atau keluaran anak ayam nanti dijual kepada mereka yang berminat nak membeli ayam kampung kacuk. Usaha yang seterusnya adalah untuk mencari induk baru yang bertul2 asli untuk anda memulakan penternakan ayanm ini. Itupun kalau masih ada minat asal untuk memela jenis ini. Kalau dah niat itu berubah, teruskan dengan jenis yang ada sekarang.

So pengajaran dari masalah yang sahabat kita alami tadi boleh kita jadikan teladan. Kekurangan ilmu walaupun nampak macam benda remeh, boleh membuatkan diri kita mengalami kerugian besar. Kadang kala hanya dengan satu pengetahuan asas yang kita tiada,banyak masalah lain yang lebih besar bakal melanda. Jangan sesekali ego atau berdebik dada dengan apa sekalipun ilmu yang ada didada. Kalau satu ilmu diberi dengan ikhlas, Insyallah tuhan akan membalasnya dengan lebih lagi.Belajarlah sebanyak mungkin bagi memanfaatkan kehidupan kita ini dimuka bumi.

Orang muda vs Orang lama..

Salam, kali ini teman nak menyatakan pendapat mengenai pengalaman teman sendiri bergaul dengan penternak pelbagai usia sepanjang hampir 2 tahun begelar penternak ayam. Sememnya kalau anda pemerhati yang baik, anda akan dapat melihat perbezaan antara 2 peringkat usia ini. Pendapat yang teman nyatakan ini mungkin ada yang salah dan ada yang betul, maklumlah ini hanya melibatkan pengalaman teman sendiri sebagai orang biasa sahaja.

Sebenarnya, bilangan peratusan pelawat atau penternak yang teman kenal sekarang lebih kearah golongan lebih pengalaman serta banyak umurnya. Mungkin minat menternak ini belum betul mekar dalam jiwa golongan muda dinegara kita. Hampir 70% penternak yang teman kenal sudah melebihi angka 4 umurnya. Dan yang teman kagum dengan mereka ini adalah kesanggupan mereka untuk menuntut ilmu dari mereka yang lebih muda dari mereka. Antara rumusan yang teman dapat simpulkan adalah seperti berikut.

Kekuatan kewangan
-Rata2 golongan muda sering mempunyai kenkangan dalam masalah kewangan, mereka biasanya mengharapkan pinjaman atau bantuan lain untuk menternak termasuk teman. Manakala yang golongan yang lebih dewasa biasanya menggunakan wang sendiri dalam pembelanjaan modal mereka sendiri. Mungkin mereka mula menggunakan simpanan masing2 atau ketika usia sebegini, kadar ekonomi keluarga telah bertambah baik dan agak kukuh.

Kekuatan pengurusan kewangan.
-orang muda cenderung lebih boros dalam perbelanjaan pembinaa reban atau seharian manakala yang otai ini lebih berjimat cermat dan bijak mengatur perbelanjaan mereka.

Kekuatan mental
-tak boleh nak dikatakan, pengalaman banyak mengajar kita, oleh itu yang otai ini biasanya sangat kental dan tak mudah hilang semangat. Kalau terjatuhpun, mereka biasanya dapat mencari penyelesaian berbanding dengan kita yang muda ini. Sering teman melihat golongan muda mengeluh atau mengenangkan masalah yang menimpa dan dan suka menyalahkan oramg lain. Yang lemahnya kita golongan muda ini, sukar menghadapai kegagalan dan setiap maslah yang dihadapai sering disalah tafsir.

Kekuatan fizikal.
kelebihan ini banyak menyebelahi golongan muda. Kalau nak dilawan angkat berat semestinya golongan yang lebih muda akan menang. Tetapi kalau nak dilawan dengan kukuatan akal atau trick orang lama ini, kekadang leh kalah juga kita yang muda ini, yelah dorang guna akal.. kita guna kederat.

Kekuatan merancang
-Kelemahan ini sangat ketara bagai golongan muda.Kita sering gopoh dan mahu cepat siap berbanding yang otai yang lebih suka merancang dulu dan menyiapkan dalam masa yang munasabah. Yang muda sering mahu cepat untung atau mendapatkan hasil manakala sebaliknya bagai yang otai. Teman sering lehat perbezaan besar tentang setting reban bagi 2 golongan ini. Kalau yang otai ini, kerja mereka walaupun lambat, tetapi biasnaya hanya dibuat sekali.. terus menjadi dan digunakan sampai bila2. Kalau yang macam teman ini, berkali2 reban perlu dirobohkan bagi menukar cara yang lebih baik.

Idea baru
Yang ini banyak berpihak kepada yang orang muda. Ini kerana kadar pemikiran atau penerimaan orang muda terhadapt benda baru lebih baik berbanding yang lama. Hanya segelintir sahaja otai kita ini mampu menyerap benda baru dalam bidang penternakan berikutan telah biasa dengan cara lama yang diketahui dari zaman dahulu lagi.

Pengurusan keuntungan.
Yang nie banyak golongan muda kalah. Kecenderunagn untuk enjoy dan menikmati suka hidup meyebabkan keuntungan yang diperolehi mudah kering.Orang lama biasanya menyimpan dan kurang boros.

Namun semua ini bukanlah pengukur kepada kejayaan sesebuah perniagaan penternakan. Kita harus faham yang kita hanya mampu merancang. Pengalaman dan pengetahuan itulah yang lebih penting bagi membantu dalah kehidupan seharian. Apa yang disampaikan hanya satu cara kita memperluaskan lagi fikiran dan balajar keluar dari kebiasaan kita.

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

peja said...

bagi saya la kan abe pull..golongan muda bukan tak ada yang ingin menjadi penternak..memang betul dari segi kekutan modal takder..of course la sebab tak stabil dari segi pekerjaan..tapi tak ramai juga golongan tua yang betul2 leh tahan kerana saya tengok berdasarkan yang datang ke reban saya..mereka lebih berhati2 dalam mementingkan harga berbanding glongan muda..persepsi mereka cepat berubah setelah mendengar harga...jika nak dibandingkan dengan gologan muda..mereka lebih mementingkan kualiti barang dan harga diletak pada no 2..dan golongan muda boleh trus maju jika ada golongan yang lebih otai membimbing mereka kerana pada pemerhatian saya..banyak blogger baru terdiri dari golongan muda..

Zul said...

Salam bang..bg num kontek bro yang beli ayam kacuk tu..sy dalam usaha nk kuarkan anak ayam kacuk skala sederhana..bole la tolong die ngan bli telur dari die..hehehe

Instagram