Pages

Laaa kena kurung ke?

Salam,

Percaya atau tidak anda kena kurung atau kaal pergerakan anak ayam anda sehingga fasa tertentu. bagi sesetengah pihak, perkara yang teman ajar ini macam tak masuk akal. Ini kerana bagi mereka ayam perlulah dibiarkan bebas untuk di "free range"kan untuk mendapat gelaran ayam kampung. Kesannya kalau 10 ekor anak ayam turun tanah, teman tak pasti berapa ekor yang berjaya samapi keusia matang kelak.

Kalau penternak ayam kacuk yang mengamalkan penternakan secara free range, mereka biasanya menternak anak ayam sehingga usia tertentu sebelum boleh dilepaskan dikawasan berumput. Ini adalah amalan terbaik bagi memastikan jumlah kematian berkurangan. Kalau mereka memilih untuk melepaskan ayam mereka kepada rumput seawal usia selepas latihan dalam brooder, teman yakin, ayam yg dikutip setiap hari lebih kepada bangkai yang dah mati kerana banyak penyakit dan masalah. Begitu juga kita sebagai penternak ayam kampung asli. Anda akan perhatikan kadar kejayaan pembesaran sekumpulan anak ayam yang dilepas ketanah pada usia muda keuh lebih rendah dari ayam yang dipindahkan kereban yang ditetapkan mengikut usia mereka.

Hujahnya, anda menternak sejumlah anak ayam mengikut kumpulan yang telah anda tetapkan. Anak ayam ini telah melantik secara tak rasmi yang anda adalah ibu angkatnya sekarang. Bagai mana anda nak pastikan anak ayam anda tidak terdedah kepada cahaya dan cuaca melampau, tak terdedah kepada bahaya fizikal seperti persekitaran serta bahaya ayam deasa lain, bagaimana anda perlu untuk memastikan anak ayam anda tahu masanya untuk mereka makan dan minum dan bagaimanan nak memastian anak ayam anda sentiada dalam keadaan selamat dari ancaman luar? oleh itu, cara terbaik adalah kita menyediakan keadaan yang selamat, bersih dan cukup segalannya. Apa yang teman buat adalah untuk mengadakan 4 tempat untuk anak ayam ini tinggal mengikut peringkat usianya. Tempat atau reban yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. brooder: usia anak sehingga mencapai 11/2 bulan
2. reban asuhan tingkat: sehingga anak mencapai usia 3@4 bulan sehingga pandai berdikari seperti tidur dipalang serta menyelamatkan diri dari cuasa.
3. reban asuhan tanah: menyediakan anak ayam untuk persekitaran sebenar iaitu mandi tanah, mengais dan sebaginya.
4. reban penempatan pembesaran untuk jual atau dijadikan induk. Reban ini boleh dibuka untuk ayam berada diluar reban mengikut kesesuaian. Ayam juga boleh dibiarkan bebas pada siang hari dan dipilih untuk tujuan seterusnya apabila mencapai berat atau usia yang ditetapkan.

Setiap reban ini mempunyai ciri binaan yang tersendiri untuk memudahkan pengurusan anda serta memastikan keperluan anak ayam dipenuhi. Untuk butiran tentang reban ini anda boleh melihat post teman sebelum ini atau pun akan teman ulang dalam post akan datang. Insyallah teman tak akan jemu mengajar anda yang masih baru dalam penternakan ini. Cumas sedikit usaha dan kesabaran yang teman perlukan dari anda. Pembelajaran jarak jauh dan yang dilakukan dalam blog ini memerlukan kesabaran serta kesetiaan kerana ianya dijalankan secara tidak langsung(bukan jualan langsung yek hehehe)

Harapan teman suatu hari nanti, semua lapisan masyarakat tak kira orang kampung atau orang bandar mula menternak ayam mereka sendiri dibelakang rumah. Mungkin ketika itu reban kita mula bertukar kepada reban yang cantik serta tersusun seperti dinegara barat. Mungkin perubahn sedikit demi sedikit mampu dijana dengan timbulnya minat dikalangan kita penternak. Mungkin juga nanti, ternakan ayam peliharaan untuk pet seperti ayam esotik akan terus maju dan berkembang. Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram