Pages

Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan

Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan:

Salam,

Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarkan kalau kita menternak samaada ayam kampung asli atau ayam kacuk. Kiraan didalam ini adalah milik peribadi teman sebagai penternak kecik dan bukannya penternak besar macam yang digembur2kan. Sekiranya anda ingin belajar menternak atau mengetahui perbelanjaan penternakan, adalah lebih baik anda meminta keteperincian ini kepada mereka yang telah menternak berbanding mereka yang hanya melakukan tradding. Ini kerana teman rase yang menternak sahaja tahu perbelanjaan sebenar ternakan ayam ini.

Teman mulakan dengan kiraan untuk kita mula2 menternak, sebagai contoh adalah kiraan untuk kita menternak dengan modal perniagaan 10 ribu dengan menolak kos tetap iaitu kos pembinaan reban dan sebagainya. Tetapi anda perlu ingat yang reban untuk menternak bagi kedua2 jenis ini berbeza.

Kos tetap,
kos untuk kacuk lebih tinggi kerana kita menternak dalam keadan bangsal, hanya pada waktu sesuai sahaja kita melepaskannya keluar reban dengan keadaan yang masih terkawal. Untuk membina reban berbentuk bangsal dengan kapasiti 1000 ekor, kos yang diperlukan mungkin mencecah RM5k bergantung kepada design. Manakala reban untuk penternakan ayam kampung asli adalah mengikut budget dan design reban anda.

untuk budget RM 10,000 yang diperuntukan untuk penternakan sahaja kita bandingkan dengan kedua2 jenis ternakan ini,

kacuk:
1. makanan: sepanjang pembesaran antara 2-3 bulan
FCR adalah 1:3 kilo. bermaksud 3 kilo makanan untuk 1 kilo dgn dedak 3 bulan max.
Sekiranya berat purata ayam yang kita jual pada bulan ke 3 adalah 1.5 kilo.
tempoh pemakanan wajib dedak adalah 2 bulan(nak dapat dada tebal dorang cakap)
Bermakna untuk mendapatkan 1.5 kilo daging kita memerlukan 4.5 kilo dedak.
Harga sekilo dedak kalau beli guni: RM 80(harga paling rendah kalau korang leh dapat) 80/50 kilo: RM 1.60 sekilo. Kos makanan untuk seekor ayam adalah 4.5 kilo x 1.60: RM 7.20
Kos benih untuk anak ayam kalau anda menternak melebihi 1k: RM2.00 (ada yg leh jual sampai 1.80 seekor.. tgk luck lah)

Kos benih dan kos makanan: RM 2+ RM 7.20: RM 9.20
Jualan dipasar: RM 15 SEEKOR bukannya sekilo:
Harga kalau kita tolak/jual: Max kita leh pegi RM 12 seekor. (ikut pengalaman penternak) itupun penghantaran kita kena buat.. (so kena sewa lorilah kalau ayam ada dalam 1k. Satu lori pun leh masuk dalam 300 ekor je)

So keuntungan jualan kasar atau belum dipotong perbelanjaan lain adalah :
RM 12 seekor - RM 9.20(kos)
harga pulangan jualan kasar: RM 2.80 seekor.

Kalau kita mahu mulakan dengan modal RM 10k tanpa perlu memasukkan kos reban, bilangan ternakan yang boleh diternak adalah : (+-)1 ribu ekor satu musim.
Jumlah perolehan kasar untuk jualan 1000 ekor ayam adalah : RM 2800 selama 3 bulan.
Penolakan wajib kos penghantaran, kematian (5%), kos ubat, kos elektrik dan kos air serta sebagainya anda mungkin perolehi RM 2000 untuk 3 bulan itupun kalau anda bekerja sendiri.
Jumlah pendapatan setelah penat 3 bulan menternak bagi setiap bulan adalah RM2000/3:
RM....(anda kira sendiri). Satu ribu ayam tu banyak ooooo


Ayam ori.

Kos benih : RM 2.50
Kos makanan: FCR 1:4
makanan dedak wajib pada 2 bulan pertama: 500 gram (ayam usia 2 bulan kecik giler)
Kos makanan untuk dedak komersial untuk 2 bulan pertama : RM 0.80
Kos makanan untuk 4 bulan terakhir : Bergantung kepada kepakaran anda. jangkaan teman atau yang biasa teman buat adalah dengan menggunakan kiraan keseluruhan 50% dedak buatan sendiri dengan Kos RM 0.60 sekilo dan Lagi 50% dari makanan percuma sekeliling termasuk rumput dan sebagainya(ayam dah masuk umur 3 bulan keatas dah boleh makan makanan lain seperti rumput sehingga 60% dietnya. Oleh itu kiraan:
FCR untuk DEDAK buatan sendiri(50%) yang selepas umur 2 bulan adalah 3.5/50% kg(dari penolakkan 0.5 kg awal 2bulan) adalah : 1.75 kg

kos makanan selepas 2 bulan: 1.75 kg x RM 0.60 : RM 1.05 (bundarkan kepada 1.10)

Kos makanan untuk 6 bulan : RM 0.80(dedak komersial) + RM 1.10(dedak buatan) : RM 1.90.

Kos penternakan untuk seekor : 2.50(anak) + RM 1.90(dedak) : RM 4.80.

Jualan untuk selepas 6 bulan: Berat biasa dijual 1.3 kilo.
harga sekilo dipasar RM 15 sekilo
Harga jualan SEEKOR RM +- RM 20

Penolakan kasar perolehan : RM 20-RM 4.80: RM 15.20


Kalau kita mahu mulakan dengan modal RM 10k tanpa perlu memasukkan kos reban, bilangan ternakan yang boleh diternak adalah : (+-)2 ribu ekor satu musim.
Jumlah perolehan kasar untuk jualan 2000 ekor ayam adalah : RM 30,200 selama 6 bulan.

Penolakan wajib kos penghantaran, kematian (10% sbb dorang kata lama sangat belakan.. kematian ini ikut luck kita), kos ubat, kos elektrik dan kos air serta sebagainya anda mungkin perolehi RM 28000 untuk 6 bulan itupun kalau anda bekerja sendiri.
Jumlah pendapatan setelah penat 6 bulan menternak bagi setiap bulan adalah RM28000/6:
RM....(anda kira sendiri)

Kalau kita nak mempersoalkan kat mana nak jual ayam ori sebanyak tu, datang kekelas teman sbb teman ada banyak caranya. Teman yakin sekarang nie kalau teman nak jual semua 500 ekor ayam teman direban, Insyallah 2 hari leh abis. Kita tak leh jual ayam seperti kita jual ayam kacuk ni.

Analisa risiko untuk ayam kacuk ini adalah kita perlu untuk menjual ayam dalam masa tepat pada beratnya dan kiraan melalui hari macam jualan ayam putih pedaging tu. Lewat sehari keuntungan kita akan berkurangan. Ayam tetap perlu diberi makan.

Kalau ayam ori ni bila dan mencecah umur jualan, pergantungan kepada dedak adalah 0% dimana anda boleh mencari makanan lain selain dedak. Paling teruk pun anda boleh masak makanan sendiri.lagipun ayam yang dah matang atau dah leh jual biasanya tak menambah berat dah macam kacuk. Kalau kacuk lewat sebulan, ayam dah leh mencecah berat 2kilo lebih.. sapa nak beli?

Cuma kekurangan ayam ori ini adalah bekalan benih yang berkurangan. Kalau kita nak bandingkan jumlah keuntungan yang sama bagi menternak kacuk dan ori..
kita boleh samakan kesusahannya seperti menternak 1000 ekor ayam ori dengan 1000 ekor ayam kacuk.

Kerja untuk kacuk adalah untuk menternak 1k ayam dan yg ori hanya menternak 100 ekor sahaja. tetapi pendapatan bulannya adalah sama. Apa pendapat anda? Kalau anda menternak kacuk 2 musim pun(semusim 3 bulan) anda masih belum mampu menandingi jualan bagi ori selama 6 bulan kan?

Oleh itu untuk menjawap persoalan sama ada citypull berpikiran sebagai peniaga atau tidak anda sendiri tentukan. Adakah langkah kami di citypull ingin mengkomersialkan ternakan ayam asli ini sebagai langkah salah untuk memulakan perniagaan atau menjadi peniaga yang baik?

Bagi kami, selama kami berkecimpung selama 2 tahun dalam penternakan ini, banyak kelebihannya menyebelahi ternakan kami berbanding kacuk. Faktor penjimatan seperti memberi makanan sisa kedai makan bukan isu utama. Sebenarnya kalau kita menternak ayam kampung untuk jualan daging iaitu dari peringkat anak, penggunaan nasik lebihan tidak timbul langsung. Penggunaan nasi ini hanya untuk menyediakan kita dengan ternakan induk untuk mendapat telur kerana kita perlu menternak induk sedia matang ini selama 2 tahun untuk mendapatkan telur. Kos penjagaan serta kos operasi menyebabkan penternak memerlukan sumber makanan yang paling kos rendah tetapi tidak memberi kesan kepada ternakan. bayangkanlah kalau nak bagi makan dedak selama 2 tahun sebelum kita tukar ibu lain...koyak ahmad albab... heheheh

Kalau anda menternak ayam dari anak, adalah menjadi amalan supaya menjaga permakanan dan pemantauan nutrisi. Kebanyakkan penternak ayam kampung skala besar akan memasak makanan ternakan mereka sendiri yang ternyata lebih menjimatkan dengan nutrisi yang sama. Simpulan2 dan kiraan inilah telah kami kaji sejak 2 tahun dahulu berpandukan fakta dari reban kami sendiri tanpa rujukan mana2 reban lain. Kalau kami boleh Insyallah anda pun boleh.. Ingat, Orang kita dulupun pernah bijak menjadi peniaga dan pedagang..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

cikgu peja ladang said...

syabas abg pull..kalau berskala besar memang kena kire detail la..bagi peja yang bela sekadar mengisi masa lapang nie..faham2 jer la..tapi cara abg buat tu ok la..cumer kene tahan la klau musim penyakit sebab nak tak nak ayam kampung kene lepas gak biar mereka leh main pasir..ni stok ribu nyer..peja yang bela tak sampai seratus ni pon jenuh nak layan..huhu..kalau lah ada kedai makan yang nak bagi nasi lebihan..alangkah besnyer..

Instagram