Pages

Lagi perbalahan yang ori atau yang kacuk..

Salam,

Alhamdulilah, walaupun teman lama tak update blog, tetapi di chatbox teman tetap meriah dengan perbincangan dan pendapat.. macam dah jadi forum pulak blog teman nie.. Takpelah yang penting kita semua ini adalah peminat ayam dan mungkin bercita2 untuk meningkatkan pendapatan seisi keluarga dengan ayam ini.

Kalau seingat temanlah, dah banyak kali teman menyatakan pendapat tentang penternakan ayam kampung samaada asli atau kacuk. Mungkin ada yang setuju dan ada tak seberapa. bukanya teman ini bersikap berat sebelah atau selalu sangat bersangka buruk tentang ternakan ayam kacuk ini, cuma anda perlu tepuk dada dan tanya kekuatan anda sendiri.

Kita sering dimomokkan dengan perusahan yang seakan skim cepat kaya seperti keli, lintah cacing dan sebagainya. Dah berjuta duit orang kita habis. Bukannya teman nak kata yang semua perusahaan itu tidak bagus, tetapi menteliti penternak atau yang suka terjun dalam bidang ini lebih cenderung kepada keuntungan semata2. Dengan sikap yang gemarkan keuntungan yang berganda dalam masa yang singkat, ramai salah langkah dan terlibat dalam bidang yang tak mampu dilakukan dan akhirnya gagal. Fikir sahaja lah kalau anda yang tak pernah berniaga sebelum ini dan bercadang nak berniaga, wang adalah sikit hasil simpanan semasa bekerja makan gaji, semuanya dikeluarkan untuk membuat perniagaan perusahan atau penternakan yang sedang giler diperkatakan. Tanpa mengukur baju sendiri terlebih dahulu terus terjun dalam bidang yang sangat asing. Akhirnya banyak jalan mudah yang diambil dan seterusnya mengundang kegagalan.

Kalau teman boleh bilang, teman yakin jumlah pengusaha ternakan cepat kaya ini yang telah gagal melebihi ribuan orang. Lihat sahajalah pengimport dan pembekas kanvas yang tersenyum lebar melihat pemintaan yang tinggi dikalangan orang kita. Dan kita lihatlah senyuman lebar brooker2 yang tangkas menghisap darah mereka yang bercita2 (atau lebih teman anggap berangan2) untuk menjana pendapatan berganda dengan menternak atau bertani. Itu tak termasuk lagi sistem pentanian atau fetergasi yang kian kuncup sekarang. Kalau kita renungkan kembali, dimana silapnya semua ini?

Rumusan teman adalah orang kita ini sering tergopoh-gapah dalam memulakan sesuatu projek terutama penternakan atau yang melibatkan benda hidup. Yang sering dibincangkan adalah cara nak menternak atau cara nak membesarkan ternakan lebih cepat agar ternakan cepat dijual atau lebih berat dan lebih bernilai ketika dijual. Yang kita sering mengelakkan atau kurang berbicara adalah cara kita berniaga itu sendiri. Kita sering beranggapan bahawa penternakan adalah bukan pernigaan atau seperti kita menjual barang. Yang kita tahu tugasan kita adalah meminimakan kos dan menjualnya kepada mereka yang bertanggungjawab. Buktinya adalah soalan yang sering teman dengar seperti : "market dia macam mana?", dan sebagainya. Soalan sebegini tak perlu keluar sekiranya anda sendiri ada kebolehan dalam berniaga. Yang sering kita marahkan adalah peraih atau orang tengah itu sendiri tanpa menunding kepada diri kita sendiri yag lemah dalam memasarkan barangan yang dikeluarkan.

Tak payah teman nak menunding kepada sesiapa, dah beberapa sahabat teman yang teman galakkan untuk buat trading atau menjadi orang tengah dalam penternakan ini. Buka sikit skop pemikiran kita tentang penternakan. Terlalu byk cabang serta produk hiliran yang boleh diceburi. Kalau dah ramai yang buat ternakan, kita mencari peluang untuk menjadi pembekal atau pemborong. Selagi ternakan kita belum mencecah nilai ratusan ribu, kita harus memilih untuk mengusahakan sendiri pemasaran. Lainlah kalau jumlah keluaran dah mencecah ribuan kilo atau ekor.

Berbalik kepada kegagalan orang kita sebelum ini yang tertipu atau menipu diri sendiri dengan ternakan yang tah apa2 sebelum ini, kita yang belum terkena ini sering mengabaikanya. Adalah belum cukup contoh yang terhidang didepan mata. Adalah kita tak menghargai wang orang kita yang hangus begitu sahaja? kenapa kalau ada dikalangan kita yang cuba menjadi orang tengah atau menjadi trading person mula menjadi tamak dan mengaut keuntungan haram secara terang2. Orang yang menipu sana sini dengan skim2 yang tak masuk akal dan menyerupai skim cepat kaya? Adalah anda bercita2 untuk turut sama menanda nama anda dalam senarai mereka yang gagal? Kenapa kita lebih selesa dengan jalan mudah yang belum tentu lagi hasilnya? kenapa kita taknak mengusahakan sendiri atau melakukanya dengan tulang 4 kerat kita sendiri. Kenapa kita sering leka dengan angan2 menjadi kaya tetapi tak pernah berjuang berhabisan untuk meningkatkan penternakan yang dimulakan.

Kalau anda tak setuju dengan pendapat teman, teman tak kisah sbb pendapat adalah milik masing2, tiada betul dan tiada yang salah.. dengan cara itulah ilmu dan pengetahuan akan berkembang. Kalau betul anda ingin menjadi usahawan atau menjadi penternak, sila ke pemborang atau pembekal apa sahaja jenis barangan, dan anda beli sedikit stock yang ada. Cuba jual dan dapatkan keuntungan dari barangan yang mungkin asing bagi anda. Kalau anda berjaya, maka anda ada potensi untuk meneruskan hasrat anda. Kalau anda gagal, modal tak kemana, barang dah berabuk dalam rumah anda.. maka kegagalan mugkin akan menemui anda selepas ini. Kalau tak percaya lakukanlah.. Bukan mudah nak berniaga. Dan bukan mudah nak meng"laku"kan barangan yang anda jual. Semua usaha jualan ini sebenarnya nak mengukur sebenarnya kebolehan anda dalam berkomunikasi, menjual, mendapatkan harga terbaik, merancang, mengurus dana, mencari lokasi, memasang strategi dan sebagainya. Kalau perkara semudah itu anda tak mampu jangan bermimpi anda boleh berjaya dalam perusahan anda kelak.

Dalam penternakan ini, ia menuntut segala perhatian, kederat serta fikiran anda untuk menjayakanya. Semangat anda perlu kuat dan anda perlu teguh dengan displin yang teman percaya ramai yang tak mampu. Perkara ini sangat berbeza dengan kerja makan gaji yang kebanyakan kita suka lakukan. Maklumlah kita dididik untuk belajar ke menara gading dan bila dah selesai kita boleh mencari kerja yang baik dan menjadi senang lengang dengan gaji yang ada. Kalau anda rase kerja makan gaji yang anda lakukan sekarang sudah cukup mencabar dan anda dah setading dengan dengan mereka yang melakukan perniagaan, mungkin anda silap. Cuba buat yang teman sarankan tadi. Kalau berjaya.. Tahniah .. anda dah boleh menjalankan perusahan. Kalau tidak.. mungkin anda perlu belajar lagi dari mereka yang pandai dalam bidang ini.

Macam teman, teman bukannya datang dari keluarga yang berniaga. Kalau kita perhatikan, mentaliti mereka yang berkerja makan gaji dan yang tidak sangat berbeza. Kita tak dapat nak mengaggak berapa gaji kita setiap bulan kalau berniaga. Bukan sedikit dan bukan banyak. Setiap wang yang masuk perlu diatur atau diurus dengan sebaik mungkin. Dah tu bila dah berniaga(termasuk menjadi penternak) kita sering memikirkan kegagalan yang bakal menimpa atau yang lebih tepat kerugian. Sebenarnya, kalau anda betul2 peniaga tegar, sekali anda gagal dalam sesuatu projek, anda akan terus bangun dan mengubah strategi anda untuk mencuba sekali lagi. Anda tak pernah mengharap bantuan orang lain atau pantas menyalahkan orang lain yang tak pandai ajar atau kurang pandai berniaga.

Sejak kejadian serangan terhadap teman sebelum ini, teman mula sedar yang pembaca blog teman datang dari segenap lapisan. Ada yang berpikiran tinggi dan anda yang sekadar sederhana. Memang ada yang kalau berjumpa dengan teman, teman akan terngaga mulut mendengar hujahnya dan ada yang bila teman jumpai lebih kepada bodoh sombong. Itulah realitinya. Buah fikiran sahaja tidak cukup sebenarnya untuk anda berjaya, ianya perlu disusuli dengan usaha.

Setelah panjang lebar teman menulis, teman menasihati mereka yang mahu memulakan penternakan agar berhati2 dengan rancangan anda. Elakkan berjumpa atau berurusan dengan mereka yang selalu berpikiran negatif atau yang selalu mengeluh. Elakkan juga berurusan dengan mereka yang licik untuk menipu wang anda. Kalau boleh berdirilah dengan tapak kaki anda sendiri. Jangan hanya selesa menjadi pengikut tanpa memerah otak sendiri untuk merancang penternakan anda. Kalau isu nak bela yang ori atau yang kacuk yang anda peningkan, anda belum bersedia untuk menjadi penternak. Ini kerana anda belum mempunyai kebolehan untuk menganalisa. Apa yg anda perlu analisa? Anda perlu menganalisa kebolehan diri anda sendri, anda perlu tahu kekuatan kewangan anda, kekuatan pengetahuan anda, kekuatan mental anda, kekuatan anda bersaing dalam perniagan, kekuatan anda menangan kerugian(kerugian bukan bererti kegagalan) dan kesuaian jiwa nada dengan penternakan. Kalau sampai sekarang anda masih berbahas atau bertegang leher menceritakan yang mana buruk dan mana yang baik mengenai kacuk atau asli.. maka anda dah jauh ketinggalan.

Sedih betul teman terbaca satu berita dari harian metro yang menceritakan sepasang suami isteri yang ditipu oleh seorang perempuan yang bernama "nana", pada asalnya pasanagn ini ingin menternak ayam kampung, tetapi bila berjumpa dengan minah ini, semuanya tergadai dengan projek ternakan keli secara kontrak. Akhirnya minah ini lenyap dan seposen pun pasangan ini tak merasa pulangannya. Habis duit simpanan pasangan ini semasa bekerja makan gaji. Mungkin anda dikalangan pembaca blog teman yang menganggap wang sebanyak itu hanya sedikit sahaja, tetapi bagi teman yang susah ini, wang tersebut sangat tinggi dan belum lagi teman capai. Tak salah menanam cita2 manjadi penternak, cuma yang salahnya, pasangan ini melepaskan semuanya kepada orang lain untuk mengurus wang sebanyak itu. Kalau anda pikir logiknyalah, ada ke orang sanggup mengurus wang anda dan keuntunganya diberi kembali kepada anda. Masih adakah manusia sebegini dalam dunia ini? Kenapa pula seseorang itu perlu menjanakan wang untuk orang lain kalau dia sendiri mampu untuk mendapatkannya untuk diri sendiri. Dah lumrah manusia sebegitu. fikir2kanlah...

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

peja said...

betul la cam abe pull gitahu tu..kadang2 disebabkan banyak breed ayam yangbtelah bercampur gaul bukan kebelakangan nie je malah dari dulu nie..bukan nak sembang kosng jer..contoh cam kucing, anjing atau burung merpati yang asalnya dari negara luar, mereka masih menjaga bloodline ini sebaiik mungkin..yang saya respect tu siap dengan surat beranak aka certificate yang menunjukkan biodata haiwan tersebut..ini merupaka kelebihan yang ada pada penternak mereka..kat penternak kite termasuk saya masih mengabaikan sistem ini..walau kiter masih mengambil ringan hal ini..ianya menjejaskan kualiti..dan biasalah..tak ramai yang sanggup melakukan sesuatu itu bermula dari hobi..jadi mereka hanya menyerhakan kepada yang pakar tanpa ingin brfikir panjang..pastu menuding jari..huhuhu..sabarjelea

Instagram