25 May 2009

Cara membina Incubator Anda sendiri




Incubator...(*perlu diingatkan pemilik blog tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang masalah yg anda hadapi dengan menggunakan maklumat didalam blog ini)

Asalamualikum, aku tgk sekarang nie kesedaran n penggunaan incubator makin bertambah baik dan seakan satu alat bantuan untuk menjmin kejayaan seseorang penternak unggas. terdapat pelbagai variasi incubator yg dijual di pasaran tempatan dan luar negara. Mungkin 5 tahun dahulu haya 5% penternak yg mengetahui incubator ini. Namun pelbagai cara tradisioanal dilakukan untuk membantu menetaskan anak ayam sekiranya ibu tidak dapat meneruskan proses pengeraman seperti menyimpan didalm beras, guni bawang, dibawah peti sejuk dan sebagainya.. Namun dengan kelebihan internet, maklumat dapat dicari dan pelbagai idea dapat diluahkan dan dikongsi bersama. terdapat 2 variasi yg agak menonjol dari varisai yang ada iaitu dengan kongsep still air dan force air. Namun kesemua konsep ini tetap menggunakan eleman pemanasan untuk menetaskan telur ayam. Dalam kita sedang belajar penggunaan incubator ini tanpa kita sedar yg penggunaan incubator telah lama digunakan di negara beriklim sejuk bagi memastikan peratusan bekalan anak ayam dapat ditingkatkan.. dibawah disenaraikan barangan yang perlu ada dalam sesebuah incubator:
1. kotak atau perumah yang boleh menebat haba
2. sumber haba
3. sumber kelembapan
4. termostat
5. termometer
6. penampung telur
7. lubang keluar masuk udara untuk pengudaraan

1. perumah
jika anda ingin membina perumah sendiri anda boleh memilih saiz dan rekabentuk melalui jumlah telur yg anda ingin eramkan. Anda boleh membinanya dari saiz sekecil 20 biji asehingga ke 2ooo biji. Meterial untuk pembinaan perlulah dari jenis yg tebat haba untuk mengelekkan haba hilang atau meresap ke persekitaran luar. Anda boleh memilih dari kotak polystin hingga ke bekas plastik tebal asalkan ianya boleh menebat haba.. namun meterial yang paling digemari adalah kotak yg diperbuat dari kayu..
2. sumber haba
anda boleh memilih sumber haba dari pelbagai barangan yg terdapat dikedai elektrik anda. bahan yg paling mudah adalah sumber dari mentol pelbagai watt. namun ada juga yg menggunakan elektrik coil seperti yg digunakan di dapur elektrik. Di negara maju mereka cenderung untuk menggunakan heating pad yg hanya perlu disambung pada bekalan elektrik. cara ini lebih selamat dan sangat efisian. Namun harganya lebih mahal dari kebiasaan yg kita guna. Ada juga mengunakan haba dari angin panas seperti yg digunakan dalam perindustrian. Heat blower ini cukar diperolehi namun bagus untuk penggunaan incubator skala besar.
3. sumber kelembapan
Bagi negara kita yg kadar kelembapan antara 40 hingga 70, faktor kelambapan bukan perkara kritikal seperti yg dialami oleh negara sejuk atau kering. ini kerana kita berada di kawasan beriklim kalatulistiwa(betul ke aku eja nie) dimana kelembapan kita agak tinggi. Namun kita perlu juga menjaga kadar kelembapan kerana incubator kita tertutup dan mudah kering. Kebiasaannya kita akan meletakkan air dalam bekas dibahagian bawah incubator.
4. Termostat adalah alat yg digunakan untuk memastikan suhu didalam incubator sentiasa berada dalam skala yg kita mahukan. Ianya berfungsi dengan menutup atau membuka sambungan kepada mentol untuk menambah atau mengurangkan suhu didalam incubator kita. Terdapat pelbagai jenis yg terdapat dipasaran mengikut kemampuan kita.
5. termometer. ianya digunakan sebagai alat tentu ukur bagi memeriksa keadaan suhu dan kelembapan didalam incubator kita. perlu diingatkan kejayaan sesebuat incubator bergantung kepada suhu dan kelembapan yg seharusnya kita periksa setiap hari. Sedikit perubahan akan menjejaskan telur yg dieram.
6. Penampung telur(egg tray) boleh direka mengikut kesesuaian atau kesenangakn kita. design paling banyak digunakan adalah pelanta berjaring besi atau plastik yg berongga untuk memastikan udara atau suhu dapat menyelubungi telur tersebut. terdapat juga yg menggunakan satu bekas khas yg menampung telur secara individu.
7. lubang pengudaraan. lubang ini dibuat untuk memastikan udara segar baru dapat masuk dan ditukarkan dengan udara lama. pengudaran juga penting dalam kejayaan penetasan. namun jumlah dan saiz lubang perlu diambil kira untuk memastikan haba tidak hilang didalam incubator dan proses pemanasan sentiasa dilaku menyebabkan penggunaan tenaga yg lebih.




12 May 2009

Ayam Belanda aka peru, kluk kluk dll.



Salam.. ayam peru, ayam belanda, ayam turkey...nama2 yg pelbagai memang kekadang mengelirukan.. dengan ragam dan aksi ayam ini dapat menghiburkan sesiapa.. pada mulanya hajat dihati nak bela sepasang buat penghibur hati..suka tgk ayam belanda nie beraksi terutama apabila sijantan cuba mendekati betina dalam urusan minta kebenaran untuk mengawan.. harga sepasang yg dibela boleh bayar sewa rumah sebulan tu.. yelah sekilo dah 20 ringgit kalau sekor jantan dah dekat 8 kilo pastu campur ngan betina.. namun watak mereka yg menghiburkan terbocor juga poket.. baka ini kami dapati dari seorang pengusaha berketurunan india.. namum beliau sudah tidak menternak sebarang unggas atas sebab kurang baik.. pada mula kami masukkan ayam turkey nie berlaku beberapa pertarungan dengan ayam kampung dominan yg keputusanya memihak ayam belanda.. dah nyawa2 ikan ayam kampung.. nasib baik dapat dileraikan.. mana aci kalau haevy weight lawat light weight.. dalam tempogh 3 bulan dari kami menternak akhirnya ayam belanda betina mula bertelur.. namun seperti diduga sebiji pun tidak menjadi kerana faktor kematangan pada masa itu.. selang sebulan ayam ini bertelur lagi sebanyak 11 biji. Telur dieram dengan bantuan ibu ayam kampung kerana ayam belanda cepat panik apabila didekati terutama semasa mengeram tidak seperti ibu ayam kampung yg bersifat mempertahankan telurnya sehingga kehujung nyawa.. namun dari 11 biji hanya 5 menetas yg lain mati diserang oleh hama.. masa ni hama teruk menyerang reban.. maka satu rombakan dan pembasmian besar2an dilakukan untuk membalas dendam kepada hama.. memang susah nak musnahkan hama nie secara keseluruhan.. tanya jabatan haiwan dia kata cara paling efektif adalah membakar sahaja dengan surat khabar.. yg paling jahat hama nie dia akan mula menyerang apabila anak ayam mula menebuk telur untuk pernafasan kali pertama.. dari situanak ayam akan jadi lemah kerana dihisap darah berterusan.. jalan penyelesaian kita perlu menggunakan incubator untuk penetasan.. dari 5 yg berjaya hanya 3 yg hidup sampai sekarang seperti gambar diatas kanan.. yg tu dah berusia 2 bulan.. skang aku dah berjaya menetaskan lagi 7 ekor anak ayam belanda dengan incubator hasil telur yg terbaru.. dengan bekal semangat berjaya membesarkan anak ayam belanda.. aku pun belilah 30 ekor lagi anak ayam belandadari cikgu masiran di kg gajah.. skang semua dah berusia hampir 1 bulan dan perkembangan anak ayam ini sungguh mengkagumkan.. seronok melihat mereka membesar sebagai johan.. kalau berjaya nanti bayangkan kita ada 30 ekor ayam belanda yg mengembangkan bulunya.. kompom meriah reban aku.. budget aku dalam hujung tahun nie aku ada sekurang2nya 100 ekor ayam belanda untuk dijadiakn induk..

03 May 2009

pengurusan anak ayam(pembenihan)





Kejayaan pegurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri.. pengurusan anak ayam yg betul akan membawa kita kejalan kejayaan..terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak ayam terutama penternak unggas di Malaysia..

1. Pembenihan OlehInduk Secara Semula jadi.
Cara ini sangat lazim dipraktikan oleh penternak sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu ayam itu sendiri. kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya.. penternak hanya memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung didalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh..

2. Pembenihan induk dengan bantuan..
Cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. untuk mengelakan persangian atau kepadatan reban penternak akan memisahkan naka ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu kering bulunya selepas menetas.. perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan.. ini kerana secara lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan penyakit. biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan.

3. Pengurusan anak ayam dari incubator.
Untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi 200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan kedalam incubator. kita boleh menetukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu group. tujuan perkumpulan dialakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namum harus di ingatkan telur yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan.. setelah telur menetas anak ayam akan dimasukkan kedalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan. Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali selepas 3-4 minggu. untuk jaminan pengeluaran benih yg kosisten cara ini perlu dilakukan namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga n masa.

01 May 2009

Candling your egg




Candling your egg.(bahasa org putih) melayu cakap skodeng telur hang hehehe
Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio didalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna incubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Incubator. padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah..
1. perhatikan sebarang retakan pada telur, walau pun terdapat cara untuk menampal retakkan namun jalan terbaik adalah tidak mimilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut samada kecil atau besar garisannya.
2. perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidak samarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.
3. perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) didalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini juga kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam, buat bazir space sahaja..
4. perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya.. kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namum perlu dingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan..

setelah pemeriksaan dilakukan anda boelh melakukan proses pengeraman didalam incubator. Telur pertu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan.. periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan baru.. telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.. korang eramlah sampai 21 hari takkan ada apa yg berlaku..

candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 dimana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat.. biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur.. pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur..

kita juga boleh melakukannya skali lagi apabila telur telah berada selama 15 gari didalam incubator.. pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur.. perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak digangu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan..sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicadling bagi memudahkan proses dilakukan.. dibawah adalah gambar keadaan embrio semasa dalam proses pembesaran..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails