06 February 2011

Masih belum terlambat..

Salam,

Selamat Tahun Baru Cina bagi mereka yang menyambutnya pada tahun ini. Bagi teman ia macam satu masa terbaik untuk lepak kat reban setelah sekian lama bekerja. Kerja teman kerja shif tetapi bos bagi keutamaan kepada mereka yang dah bekeluarga untuk bercuti pada masa nie. So apa lagi, sepanjang masa cuti 4 hari ini teman lepak kat reban. Dah rindu rasenya dengan keadaan kehidupan teamn semasa teman menternak sepenuh masa dahulu selama 2 tahun.

Sebelum itu teman nak mintak maaf sekiranya ada selama teman online ini menyingung perasaan samada secara tulisan atau secara bersemuka. Maklum lah teamn ini orang biasa dan tak sedar apa yang keluar dair mulut kita akan menyakitkan hati orang lain. So kalau ada yang marahkan teman, teman mintak maaf. Kepada sahabat ternak baru yang meng'add' teman dalam Fb teman ucapkan terima kasih. Kalaulah teman ada kesempatan untuk lebih mengenali tuan semua alangkah bagusnya.

So mengenai tajuk kita diatas, ramai sebenarnya berminat tentang ternakan ungas ini. Cuma kadang kala rase macam dah terlambat dari orang lain yang dah lebih dahulu menternak dari kita yang baru nak belajar ini. Rasa macam canggung pula dengan usaha kita yang dah banyak dan nak belajar dari bebudak yang dah menternak mungkin dalam masa 3 tahun kebelakangan ini. Kalau boleh lah teman nak katakan yang takde masa yang tertentu untuk anda memulakan projek anda. Cuma yang paling kerpa teman nyatakan adalah anda perlu test dahulu sebelum anda terus melompat terjun. Kalau serasi dan kena denagn kehidupan anda, maka labir lah sebanyak mana yang anda suka. Ini bagi mengelakkan kes duit dah banyak leuar tetapi bukannya untung, tetapi langsung tak berbalik modal. Dah ramai dah yang tersilap langkah macam nie. Kalau nak berbekalkan ternakan ayam kampung ini masa kita kacik2 dulu masa dirumah ornag tua kita belum lagi cukup ilmu.

So bab pemilihan bidanag ternakan yang anda mahu, anda tidak terhad kepada tenankan ayam kampung asli sahaja. Banyak pilihan lain seperti, burung hiasan atau burung pet, ayam esotik, ayam kampung pedaging, puyuh ke, ayam laga ke atau macam lagi ternakan lain seperti yang berkaki 4. Pokoknya anda perlu buat analisa sendiri dan kalau boleh berkampung sekejap dalam seminggu dilokasi sedia ternak yang anda pikirkan sesuai untuk dijadikan tempat rujukan semasa anda menternak kelak. Tak salah rasenya anda memohon untuk belajar sambil bekerja diladang tersebut tanda gaji semata2 untuk mendapatkan ilmu. Hindari dari bertanya soalan terlalu am semasa memohon khidmat nasihat seperti macam mana nak bela ayam atau macam mana saya nak mulakan ternakan ini. Kalu boleh jangan ngatakan masalah anda semasa belajar tetapi tanyakan bagaimana anda boleh macari skill untuk menternak seperti keperluan dan perjalan sesebuah ladang tersebut.

Kerap teman terima aduan dari pelawat yang mengatakan bahawa beliau ada tanah tetapi ada banyak masalah yang disusulkan bersama. Contohnya, tanah tu rendah, dekat ngan hutan, tanah tu semak dan berpokok besar, kawasan tu sering bajir, takde jalan masuk atau api, air dan sebagainya. Atau pun terus sahaja anda bertanya berapa kos nak buat dan terus tanya design reban atau rumah ternakan tersebut.
Yang penting semasa anda melawat tu anda pastikan telah mencari sebanyak ilmu dari Internet atau bacaan anda sebelum anda melawat sesebuat reban untuk belajar lebih lanjut. Buat nota soalan yang betul2 anda tak paham dari pembelajaran anda pada peringkat awal. Masalah anda yang lain anda perlu fikiran sendiri bagaimana nak atasi, Yg penting carik ilmu semasa berada direban atau ladang yang anda singgahi.

Cuba lah tanyakan soalan yang tak boleh anda dapat dari bacaan sebelum ini seperti pengalaman dan sebagainya. Itu lebih baik. Bayangkanlah kalau tiba2 ada orang datang yang buat pertama kali berjumpa terus tanya kepada anda soalan yang sukar anda nak jawab seperti berapa kos nak buat reban, berapa untung anda sekarang, ada potensi ke ternakan anda, kat mana nak jual ternakan dan sebagainya. Mestilah tuan punya tapak tu keberatan sbb itu semua perlukan penjelasan yang pajang lebar dan sukar untuk berkongsi pada kali pertama kita mengenali seseorang.

Nak dikongsikan pengalaman teamn sebelum ini bila didatangai 2 lelaki pelawat reban yang bekerja dibahagian kargo di syarikat penerbangan berhampiran tempat teman tinggal. Orang belah pantai timur dari cara dan bahasa pertuturannya. Agak pekat juga, Teman masa tu tengah berada di dapur menukar air bagi anak ayam yg berada dalam brooder. Terperanjat teman melihat 2 orang yang tak dikenali berada di belakang rumah teman melihat ayam dengan selamba, Ini bermakna dia dah masuk kekawasan rumah teman yang berpagar, masuk tepi rumah teman dan dah ke belakang rumah tanpa izin.

Hati dah mula panas dan mula macam2 timbul dalam fikiran. Teman terus je jenguk dorang dan disambut dengan salam. Bila ditanya baruleh teman tahu yang dorang ni dapat info dari blog teman dan bertanyakan pada orang kampung. Bila ditanya mengapa tak call dulu dengan selamba dorang kata nak tgk2 je. Pastu dengan tak perkenalkan diri terus tanya itu ini dan ada soalan yang memebuatkan teman rasa yang teman ni pula yang bekerja untuk dorang atau macam2 adik sedara dia je. Bila tengok muka temand ah beruba yang rakan tadi cuba cool kan teman denagn bercerita tentang tujuan dorang datang dan nak belajar menternak. Dorang juga berhajat nak belajar membina incubator dorang sendiri sbb nak safe bajet.

Dengan berat hati teman bagi tau sahaja apa yg dornag nak tahu dan jawapan pun ala kadar. Bukannya teman kedekut ilmu tetapi cara yang digunakan akan menyakitkan hati sesiapa. Sesiapa yang dah beli Incubator dari teman, teman yakin setuju dengan peneranan dan tunjuk ajar yang berikan sepenuhnya sampai paham. Dah lah masuk tak mintak kebenaran, tunjuk lagak semacam, mintak itu ini pastu berani lak mintak ajarkan cara nak buat incubator. Lu sapa?

Hehehe itu kes dah lama dah, skang nie teman sering kunci pintu gate depan sbb bangla pun dah berani masuk kawasan rumah terus kereban belakang nak beli ayam. Itu dah bahaya, Buatnya teman takde tak perasan? abis ayam teman nanti dalam reban jadi lauk.

Itu sahaja lah bebelan teman kali ini. Kalau2 anda ada hajat nak menternak, dalami ilmu penternakan dan cuba buat seserius  mungkin. Yang penting tgk kat mana kelemahan kita dan cari cara nak atasinya. Kalau masa kelemahan kita, cari cara nak memudahkan kerja atau kerja sekali untuk 2 kali punya kerja seperti auto drinker atau feeder. Kalau kita kurang budget buat sikit2 and setiap keuntungan jangan kita belanjakan. Laburkan semua untuk besarkan ternakan. Tak mustahil kalau anda hanya mula dengan 50 ekor ayam selepas setahun ternakan anda boleh menjadi 5000 ekor . Terpulang kepada usaha anda.

Sekian..

01 February 2011

Ramai Lagi Rupanya

Salam,

Apa khabar tuan semua di luar sana, harap2 kesihatan masih dalam keadaan baik dengan cuaca yang seram2 sejuk sekaranga nie.. kalau kita ni pun leh demam ternakan kita pun mungkin lg mudah terdedah kepada penyakit. Bak kata blog bindim farm tu, kena amik masa lebih lama direban.

Teman tgk skang nie penternak kita leh dibahagikan kepada 2 iaitu penternak yang mementingkan jualan dan satu lagi yang menjadikannya hobi yang menguntungkan. Yang sebagai hobi suka ternakan unik atau yang boleh dimain sebagai pet. Yang satu lagi lebih kepada penjualan mengikut jadual yang ditetapkan. Teman rasa teman dalam bidang yang kedua sbb teman nie walaupun suka binatang tetapi teman jarang terlalu menyayangi ternakan sehingga memandikan dan menyuapkan ternakan macam menjaga anak kecik.

Teman lebah suka melihat telatah ternakan dengan keadaan semula jadi. Kalau ada yang bergaduh atau bersabung pun teamn lebih suka biarkan sahaja untuk melihat yang mana Alfa male. Kalau dah sampai berdarah balung barulah teman leraikan. Biasanya ternakan teman takdelah berlaga sampai mati. kalau rase macam nak kalah ayam lawan dia akan lari lintang pukang.

Apa yang teman nak katakan pada peringkat awal, sebenarnya teman tak menyangka yang jumlah penternak kecil yang duk ada skang makin bertambah. Dah makin banyak reban dibina sehingga secara tak langsung harga bagi jaring hijau macam dah naik. Kalau takde permintaan, masakan harga jaring ini boleh meningkat.

Teman ingatkan selepas serangan tu ramai yang akan serik tetapi teman tgk macam ramai yang dah kebal. Mungkin perasaan cinta terhadap ternakan ini dah mula bercambah dalam hati masing. 2-3 hari lepas teman menghantar incubator (2 biji) kepada sahabat baik bapak teman sendiri. Orang Perak yang merantau kat Selangor. Orang yang berjiwa besar dan boleh teman katakan berjaya. Sekali kerja selama 2 tahun boleh lepak saja 2 tahun lagi. Tu lah perumpamaan yang boleh teman katakan. Beliau menternak ayam pun sekadar mengisi masa lapang disamping menghiburkan hari. Kalau nak makan barulah ternakan ditangkap. Baru2 nie sahaj baru berjinak2 untuk menjual ternakan beliau yang bertambah banyak dah hampir tak terjaga.

Beliau sudah mempunyai incubator manual yang dibeli 2 tahun dahulu tetapi masih mahu membeli yang teman buatkan. Katanya yang lama tu macam tak menjadi. Teman pun katakan yang peratusan menetas telur ini bukanlah bergantung 100% kepada incubator. Incubator pakai polystrein pun leh menetas kalau semuanya tepat dan mengikut yang sepatutnya untuk telur menetas. Yang penting bagai mana perhatian yang kita beri dah sejauh mana kualiti telur yang kita eramkan. Telur burung kasawari pun leh menetas kalau betul gayanya.

Teman pun macam tak percaya skalng nie bila tempahan incutor tetap ada dan kadangkala boleh teman katakan semakin bertambah. Dah ada ejen jualan teman skang teman rase mulah kadangkala tertekan nak kejar masa untuk siapkan incubator. Tetapi takpelah, janji kerja perlu diteruskan. Ini bermaksud makin ramai penternak luar sana yang menceburi ternakan samada hobi yg berkeuntungan atau yang betul2 nak buat duit sampingan dengan ternakan ini.

Kini dah genap 4bulan teman melalui zon percubaan bekerja sampai menternak ayam yang mana hampir 75% penternak luar sana alami. Teman rasa setakat ini teman dapat menhadapinya dengan baik dan takde masalah besar yang menimpa. Memang mudah sebenarnya cuma kalaua nda bekerja sendirian anda akan ada sedikit terasa kurang bebas kerana tak leh tinggalkan reban lama dan kena mencari penjaga sementara semasa anda keluar berjalan.

Apa yang penting adalah manjaga makan minum ternakan dan pastikan ternakan ada tempat berlindung yang baik. teman yakin selepas setahun teman menternak dengan gaya ini teman akan berhenti dan menerapkan sepenuhnya cara teman sekarang untuk ternakan masa akan datang. Cukup mudah sehinggakan seorang pembantu boleh menjaga sehingga 2-3 ribu ekor dalam satu masa. Rasenya macam dah banyak yang teman belajar sekarang mengenai penternakan ayam kampung. Cuma lepas setahun ini teman kena pikirkan cara untuk "kick start" ternakan ini sehingga teman mampu mengeluarkan 1 k ayam ini setiap bulan.

Kalau nak diikutkan perkiraan orang yang "gelojoh" kalau jualan seekor RM 20 dan teman dapat menjaul 1000 ekor sebulan, jualan kasar teman dah mencecah 20k setiap bulan. Lumayan tu jika dibandingkan pendapatan orang melayu biasa di negara kita. Tapi nak konsisten jualan macam tu lah menjadi tanda tanya kepada kita. Berapa modal nak kuar, berapa kos makan sebulan, mana nak dapat benih dan sebagainya. Itulah yang perlu dipelajari sedikit demi sedikit. Kalau anda ad minat dan ada kepakaran, ternaklah ternakan yang bernilai tinggi. Jualan akan manjadi lebih baik dengan perbadingan jumlah ekor.

So kepada mereka yang masih dalam bidang ini,sama2 lah kita doakan yang kit akan berjaya memecahkan segala masalah ini untuk memastikan kejayaan yang tinggi. Burung walit pun orang leh ternak atau kutip sarangnya inikan pula ayam yang duk bersepah kat laman umah kat kampung kita kan?

sekian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails