25 June 2009

saringan telur ayam sebelum ke incubator





sekiranya anda ingin membeli atau sudah mempunyai incubator.. kita perlu melakukan saringan telur yang ingin dieram.. tujuan saringan ini adalah untuk memastikan telur yang dimasukkan benar2 berkualiti dan bersih.. jika anda gagal melakukan aktiviti ini dan terus memasukkan kedalam incubator.. ada kemungkinan telur yang anda masukkan tidak mempunyai benih dan mungkin telah rosak pada awalnya.. so untuk memaksimumkan pengeluaran telur dan meningkatkan kejayaan penetasan perkara seperti berikut perlu dilakukan..

1. mengutip telur dari reban sama ada telur baru atau telur yang telah dieramkan oleh ibu.. kekadang telur yang baru dikeluarkan telah dieramkan oleh ibu ayam lain yang tersilap bekas telur atau baru belajar mengeram..

2 setelah telur dikumpulkan anda perlu memeriksa permukaan telur dengan meneliti setiap biji telur yang telah dikutip.. perhatikan sebarang kecacatan atau kerosakan pada telur tadi.. buat kepada semua telur sepenuhnya..

3. setelah saringan fizikal selesai anda perlu membersihkan telur dengan membuang segala kotoran yang dapat dilihat secra kasar.. biasanya kotoranini terdiri daripada najis ayam dan juga tanah yang tercalir semasa ibunya bertelur.. kadangkala kotoran datang dari bekas telur kita dan juga dari lebihan lendir dari telur yang pecah didalam bekas telur.. kotoran boleh dibersihkan dengan kain bersih sekiranya telur yg kita perolehi masih baru dan belum dieram oleh ibu dan sekiranya ada kotoran degil bersihkan dengan kertas pasir halus dengan perlahan2..
anda perlu berhati2 semasa membersih kerana telur ayam amat mudah pecah dan kadang kala anda akan terjumpa telur yang nipis kulitnya sehingga hanya dengan menggosok sahaja kulitnya akan retak dan pecah.. adalah dinasihatkan menolak telur ini kerana biasanya telur ini tidak akan menetas-anta sebab kenapa terjadi sebigini adalah kekurangan zat makan dari ibu dan ibu baru mula bertelur.

4. setelah semua telur dibersihkan anda perlu untuk memeriksa benih telur dengan menggunakan candling. perhatikan kalau ada kecacatan dalam telur seperti keretakan, saiz kuning telur, warna telur , garisan jangkitan, bentuk telur dan sebagainya...

5. setelah selesai langkah diatas anda perlu menanda tarikh pada telur untuk memastikan jangkaan telur akan menetas dapat ditentukan kelak.. tulis jangkaan telur menetas dengan menambah tarikh telur dimasukkan dengan jumlah hari 21 hari.. contohnya hari kemasukkan adalah pada 5 hb dan tarikh yg perlu ditulis ditelur adalah(5+21) 26 hb.. sebab kenapa perlu berbuat sedemikian kerana kalau kita menulis tarikh masuk pada telur (5 hb) setiap kali kita hendak memeriksa telur kita, kita perlu mengira jumlah hari umur telur tersebut dengan menolak tarikh periksa dengan tarikh masuk.. kekadang sampai masa untuk menetas pun kita tidak tau n perasan kerana sukar nak menolak sepanjang masa.. dengan menggunakan cara tarikh tadi kita hanya menunggu masa yg tercatat ditelur itu sampai sahaja sebagai rujukan waktu telur dijangkakan menetas..

selamat menternak!!

21 June 2009

pengurusan anak ayam dari incubator..




Gambar atas adalah brooder untuk anak ayam usia 2 minggu keatas hingga usia sebulan lebih.. rekaan aku dengan menggunakan kayu pallet buangan.. dibuat seperti rangka kotak dan ditutupi dengan net.. lantai bawah pula duat dari satu kayu pallet terus yg dibuang sebahagaun kayunya untuk mendapat kuas permukaan yg lebih baik.. pastu dilapik dengan jaring kasar untuk memudahkan tahi jatuh kebawah.. so kita hanya perlu membersihkan bahagian bawah brooder setiap hari yg telah dilapik dengan tikar getah dan surat khabar.. brooder hanya perlu dicuci keseluruhanya apabila habis satu kalai penggunaan untuk setiap bacth anak ayam yg dimasukkan.. sekarang aku dah ada 4 brooder ini memandangkan jumlah anak ayam semakin banyak.. mungkinj dalam masa sebulan-2 lagi aku akan pindahkan brooder nie keluar untuk menambahkan bilanganya.. lampu disediakan untuk dipasang pada aktu malam sahaja..

Gambar bawah adalah reban asuhan untuk anak ayam sebulan lebih sehingga ke usia 2-3 bulan.. reban ini dibuat didalam reban induk yg berlamtaikan tanah seperti reban utama.. bezanya reban ini kecil dan semua stuktur dibuat bersesuaian dengan saiz ternakan kita yg masih kecil.. anak ayam masa ini akan belajar untuk tido bertenggek ditempat yg disediakan.. so pastikan tempat bertenggek mempunyai ketinggian yg sesuai dengan anak ayam kita.. kadang kala kita perlu mendidik anakini dengan meletakkan ia keatas kayu tenggekan dalam usaha mengajar mereka tidor bertenggek.. kalau tak.. sampai besar pun duk tido atas tanah pasal tidah diasuh oleh ibu dari kecil.

Cara pengurusan anak ini adalah antara cara terbaik untuk memastikan anak ayam kekal sihat dan tidak tertekan disebabkan perubahan tempat secara mendadak..hujah adalah seperti dibawah:
1. dari peralihan dari brooder berlampu 24 jam(usia dibawah 2minggu) anak ayam akan dipindahkan ke brooder yg lebih besar dan tidak diberilampu pada waktu siang.. so perlu ada pemantauwan dari segi penerimaan perubahan dan tanda2 stress pada anak ayam..
anak ayam akan berlatih untuk bertenggek di brooder asuhan kedua..
2. anak ayam yg akan dipindahkan ke reban asuhan biasanya akan terkejut dengan perubahan tempat dan suhu persekitaran kerana pada peringkat ini mereka akan terdedah kepada cuaca seperti hujan dan panas terik.. pada masa ini juga permakanan mereka juga akan berubah kerana kita sudah mula memberi makanan tambahan selain dari dedak semata2..
3. jika kita lepaskan terus kepada reban induk.. serangan dari induk ayam mungkin berlaku.. selain dari persaingan dari segi merebut makanan dan air minuman.. kalau berterusan ada kemungkinan anak ayam akan mati kerana kelaparan.. anak ayam juga mudah terdedah kepada penyakit. so dengan adanya reban asuhan sebulam keats.. segala perubahan inidapat diatasi secara perlahan2 dengan tekanan yg kurang sebelum mempersiapkan diri untuk masuk kereban induk.. Insyallah kalau kaedah ini dilaksanakan peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan kepada 5 % atau mungkin kurang dari itu.. hati siapa tak gembira melihat anak2 asuhan yg ditetaskan membesar dengan baik demi menjamin pulangan yg lebih baik kelak..

17 June 2009

brooder




Brooder.. (reban asuhan anak ayam)

sejak kami dapat membina brooder yg terbaik bagi yg kami rasalah.. barulah anaka ayam yg ditetaskan dalam incubator dapat membesar dengan baik.. kadar kematian untuk 100 ekor anak ayam kurang dari 5 ekor bermula dari usia sehari hingga sebulan.. anak ayam yg baru menetas dibiarkan dalam incubator sehingga bulunya benar2 kering dan sehingga kelihatan cergas.. kemudian kami akan pindahkan ke brooder anak ayam yg baru lahir.. dimana lampu 5watt diletakkan dengan ketinggian 6 inci dari lantai.. diatas lantai akan ditaburkan dengan dedak hitam untuk anak ayam(starter) dan bekas minuman air.. anak ayam yg dipindahkan dulu dari incubator akan dicelupkan mulutnya hingga ke paras hidung untuk latihan meminum air..tujuanya untuk pastikan anak ayam itu tahu bahawa ada sumber air disekitaranya.. kemudiannya anak ayam dilepaskan dibawah lampu.. anak ayam akan mula mematuk dedak yg telah ditaburkan.. lepas 12 jam kami akan mula meletakkan dedak didalam bekas makanan kerana pada ketika ini anak ayam sudah pandai makan dedak n mula lapar..

anak ayam akan di letakkan dalam bekas2 kecik dahulu sebelum dimasukkan kedalam brooder yg lebih besar.. perlu diingatkan bahawa anak ayam perlu diletakkan berasingan kalau jarak penetasa anak ayam tu berbeza lebih dari 3 hari.. ini kerana anak ayam nie kalau dicampurkan dengan anaak ayam baru menetas dikuatiri anak ayam ini kaan terpijak dan mati akibat masih lemah.. kumpulan anak yg sama usia diletakkan satu kumpulan untuk mengelakkan kejadian kematian anak.. perkara ini biasanya berlaku kerana anak ayam yg menetas dalam incubator kadangkala tidak menetas sekaligus.. ..

rekabentuk brooder...
brooder boleh dibuat diluar rumah atau didalam rumah jika ada ruang, ini kerana anak ayam sangat sensetif dan mudah mati dengan pengaruh cuaca luaran..namun konsep asasnya perlu kalis cuaca dan berbumbung.... kemudian lantai broder perlu tinggi dari lantai dan sekurangnya2 sekaki dari lantai untuk pengudaraan dan mengelakkan gas amonia dari najis tahi terkumpul di brooder..gas amonia sangat merbahaya dan akan membunuh anak jika didedahkan secara langsung.. kemudian lapik diperlukan untuk diletakkan dibawah brooder supaya mudah kita membersihkan tahi yg terkumpul.. kemudian lantai brooder itu sendiri dipasang dengan jaring yg bersesuaian dengan kaki anak ayam yg masih kecil.. kemudian didalam brooder itu diletakkan tempat bertenggek supaya anak aayam itu akan belajar bertenggek semasa tidor atau berehat.. ini penting untuk menyediakan anaka yam itu dengan pengalaman supaya tidur ditempat tinggi..

15 June 2009

Upgread reban kali ke-2





Salam..
lama tul tak update reban pasal terlalu sibuk benar berada dalam reban dan menyiapkan tempahan incubator dari kengkawan.. dalam aal bulan lepas banyak sekali kejadian mencuri ayam dan ternakan lain berlaku kat kampung nie.. termasuk la reban aku skali.. kos kehilangan dekat RM 1000 termasuk 32 ekor angsa aku yg dah matang.. panas hati punya pasal.. satu langkah drastik dilakukan dengan memasang pagar disekeliling reban disamping membesarkan lagi reban mengikut keluasan tanah yang ada..
dahulu dinding reban dibuat dari jaring hijau yg penghujung bawahnya ditanam bagi menggelakkan pemangsa masuk.. tapi kalau pemangsa berkepala hitam pintu besi pun dia buka.. so dengan adanya pagar dari zink ini diharap aktiviti pencurian dapat dikurangkan terus sbb sukar sikit nak pecah masuk kerana zink akan mengeluarkan bunyi bising kalau dipecah.. ternakan terasa lebih selamat kerana tak dapat melihat keluar dan tidak sibuk untuk cari jalan keluar untuk bercampur dengan ayam hutan yg selalu duk menggoda dari luar reban..
Alang2 dah upgread reban aku cuba nak praktikan rekabentuk reban yg biasanya dilakukan oleh penternak skala besar.. antara ciri rekaan tersebut:
1.reban memepunyai bahagian2 yg dipisahkan dari reban induk..
2. setiap jenis ungas harus mempunyai 3 bahagian reban iaitu.. reban asuhan umur 1-2 bulan, reban pra matang untuk menempatkan induk jantan atau induk yg tidak kita hendaki untuk proses pengawanan dan satu reban induk..
3.reban perlu selamat dah mempunyai kawasan teduhan yang mengcukupi
4.reban dibina mengikut keperluan ingas atau ternakan itu sendiri seperti itik dengan kolam air, ayam dengan tempat bertenggek dan sebagainya..

Namun setelah lebih sebulan mengadap reban dan tangan dah naik kematu masih taksiap2 lagi reban yg diidamkan.. yg siap hanya 3 bahagian reban dari 9 yg dirancang dan bumbung serta dinding sahaja.. sepatutnya reban yg diidamkan mempunyai ciri tersebut..

1. mempunyai pintu masuk berlapis untuk elakkan ayam keluar,
2. ada tempat basuh kasut didepan pintu reban..
3. stor kecil untuk simpan dedak dan peralatan takyah nak bawak dedak ke belakang hari2
4. satu D/B khas kat dlam reban yg disambung dari rumahuntuk memudahkan buat suiz n plug didalam reban..
5. buat satu danau atau pankin untuk pengunjung lepak dalam reban..
6. singki dengan sumber paip serta tanki simpanan air sekiranya berlaku bekalan air putus..
7. saluran longkang yg lebih baik untuk mengatasi banjir kilat dan air bertakung apabila hujan lebat turun
8.reban pengasingan yg boleh merawat ternakan..
9.dan tempat asuhan (brooder) khas untuk anak ayam selepas umur 2 minggu pasal sekarang aku duk simpan dalam bilik khas dalam rumah anak yg masih dalam brooder..

harap2 sebelum puasa nie dapat disiapkan semua..

10 June 2009

ujian lampu merah untuk brooder



Dalam blog zali agro farm ada menyebut kajian mengenai warna lampu mempengaruhi kadar kecergasan anak ayam yang baru dilahirkan.. baru sekarang berkesempatan mencubanya sendiri memandangkan anak ayam pun dah banyak keluar.. lampu merah diberi kepada anak ayam sehingga berusia 2 minggu kerana dikatakan anak ayam akan sentiasa aktif untuk makan dedak yang diberi.. diharap lampu ini akan memberi kesan positif seperti yang dikhabarkan.. namun pemerhatian selama 4 hari ini diperhatikan anak ayam lebih gemar tido dan berkumpul sambil relex.. makanan yang diberikan pun tidak selaju dihabiskan berbanding anak ayam kaalan yang menggunakan lampu biasa.. namun hasilnya terlalu awak untuk diberitahu kerana anak ayam yang dikaji adalah dari induk yang berbeza dan tarikh penetasan yang berbeza 2 hari.. mungkin kajian lebih baik dan telus dapat dilakukan selepas ini..

09 June 2009

menambah variasi ternakan..



Ternakan itik serati sebanyak 15 ekor sebelum ini membesar dengan baiknya.. tak banyak kerenah dan sangat mudah untuk menjaganya.. malangnya sekarang hanya tinggal 9 ekor sahaja disebabkan masalah banjir(hanyut bersama air) mati kena serang dengan angsa dan terkena penyakit lemah naggota kaki dan pinggang.. so disebabkan geram tgk anak itik yang berwarna kuning macam dalam iklan digi aku beli lagi 20 ekor buat main2main.. suka tgk pembesaran itik yang mempunyai perubahan drastik dari segi warna bulunya semasa membesar..



tgh layan anak ayam kat apek tu terjumpa anak burung puyuh.. comel comel je semuanya.. sekali terpandang burung puyuh yang berwarna putih.. sesuatu yang tak pernah dilihat sebelum nie.. mungkin dah ramai tahu atau sekarang burung nie dah diternak secara besaran kerana apek tu kata burung putih nie sepat besar dan saiz lebig besar dari puyuh daging biasa.. tapi jangan tanya aku psal puyuh pasal memang tak tau apa2 hehe sesaje bela pasal nampak comel disamping perangai dorang yg diam serta suka buat hal sendiri menghiburkan hati..



06 June 2009

Persoalan Peratusan kejayaan Penetasan telur



Salam semua,

sejak aku mula buat incubator untuk jualan kepada kengkawan, aku terpikir untuk mencuba untuk menampal iklan pada blog ini .. manalah tau kat luar sana ada lagi rakan2 seperjuangan dalam bidang penternakan unggas ini memerlukan incubator budget murah cam yg aku jual.. aku tau yg kat pasaran luar nie dah banyak org jual incubator pelbagai jenis dan ada yg kecanggihannya dah tahap org putih.. tapi aku rasalah ada yg mencari incubator budget murah sbb ternakan yg ada pun hanya berpuluh ekor dan bela ayam nie sebagai hobby sahaja, so setakat ini incubator 'kampung' yang aku buat sendiri dah terjual dekat 23 biji.. macam2 kerenah dan ragam aku jumpa tapi semuanya menyeronokkan bagi aku.. yg penting ilmu yg pembeli aku dapat lebih dari bayaran yg dorang berikan.. harap harap la.. nampak semuanya berpuas hati selepas membeli.. belum ada lagi yg call complaint kecuali seorang yg cuba mengadaptasi penggunaan tray auto padaincubator aku.. tetapi kesilapan yg berlaku hanyalah berbentuk teknikal berikutan saiz dan ketinggian.. tapi benda yg aku tak boleh lupa adalah kerenah sorang dua pembeli yg 'pandai' menawar harga sehingga harga yg diminta tak masuk akal.. harga yg sama dengan harga kos pembelian barang mentah yg belum diproses lagi.. penat menepis dan akhirnya satu penyelesaian dilakukan.. "encik, sila beli sendiri peralatan n perkakasanencik dan datang kerumah saya, saya akan ajar mula sampai siap" , sudahnya.. 2 hari baru siap incubator dia dirumah saya dan kos yg terlibat melebihi harga yg saya tawarkan.. dengan iklas hati beliau bersetuju dengan saya yg harga yg saya tawarkan adalah berbaloi dan tidak berorentasikan keuntungan.. kiranya harga nak tolong orang.. Amin...

Antara soalan yg biasanya ditanya adalah:
1. adakah incubator you bagus?
2. berapa lama leh tahan?
3. ada jual yg outo tak?
4. berapa peratus telur leh menetas,
5. berapa leh kurang?
6. telur apa leh masuk dalam?
7. termometer& termostart apa you pakai?
8. kenapa harga rendah dari org lain?dll..

jawapan aku: incubator saya tak bagus tapi berfungsi sebaik mungkin dan memenuhi semua aspek keperluan penetasan telur(tak secantik yg harga beribu2 tu), leh bertahan sehingga mana kayu boleh bertahan, hanya manual dikeluarkan setajat ini, peratusan menetas hanya tuhan saja tahu, harga adalah tetap kerana sudah menghampiri ROI pembikinannya, semua telur unggas boleh dimasukkan didalam, termometr yg digunakan adalah dari digital(sbb murah,tepat dan senang nak dibaca) dan termostrt yg digunakan adalah dari jenis rainbows buatan china..napa pakai rainbow? sbb murah tapi berkesan, selama 8 bulan pakai takde yg rosak lagi, belum ada lagi pengguna jenis nie komplen termostrt ini rosak(hanya provokasi sahaja) leh mantain harga incubator dan senang dipasang..dan telur menetas tanpa masalah..bila ditanya kenapa harga u murah? saya kata kos upah saya amik murah, barang yg digunakan seringkas mungkin tapi berfungsi dengan baik dan NIAT asal saya buat incubator ini.. harga terkini hanya RM220 untuk satu incubator saiz muatan 100-120 biji..(tanpa termometer digital yg berharga RM 20 sahaja)

persoalan yg paling gemar aku berhujah adalah berapa peratus telur menetas..? bila ditanya soalan tu saya menjawab saya tak tau. ada yg marah dan ada yg hilang minat nak beli kerana menyangkakan perarusan telur menetas disebabkan kehebatan sesebuah incubator.. ada yg mengatakan pengusaha incubator sipolan dan sipolan mendakwa incubator mereka mempunyai peratusan penetasan sehingga 95%.. WAHHH.. hebatnya.. bagai mana dia tahu???

peratusan penetasan bergantung kepada proses pemilihan telur, kebersihan, kewujudan benih telur, usia telur, bakan telur, jangkitan telur, cara memasukkan telur, tarikh,pengendalian telur, pemutaran telur, candling, saringan pada usia 4,10,16 hari usia telur dan sebagainya.. bagi incubator pula asalkan suhu berada dalam julat tertentu, ada pengudaraan, kelembapan bersesuaian,bekas yg digunakan bersesuaian, bekas bersih dari kuman dan kualiti penebatan bahan binaan bersesuaian..maka akan menetaslah telur tersebut.. semua ciri2 ini dah diambil kira sebelum kami menjualnya dan dari bulan 5 hingga bulan 8 hampir 700 ekor telur ditetaskan..ada yg dari seratus hanya 60 biji menetas, ada yg dari seratus biji dapat hingga 98 biji menetas, sedangkan dalam perindustrian penetasan besar2an pun kadar peratusan penetas tak dapat dimaximumkan sehingga 100 peratus.. tak percaya? klik pada link you tube dibawah dan perhatikan pada minit ke 0.45 dan anda akan lihat berapa telur yg tak jadi dalam satu tray.. ini adalah incubator yg terbaik digunakan untuk penetasa telur skala besar...
http://www.youtube.com/watch?v=6v_I9fnDbTs&feature=related


05 June 2009

Antibiotik & antistress



Dalam pengurasan reban ubat ubatan adalah satu keperluan untuk mengelakan penyakit. Terdapat juga penternak menggunakan tumbuhan herba sebagai ganti kepada ubat ayam. antaranya penggunaan bawang putih, gula merah, sebuk kunyit dan sebagainya.. namun terdapat antibiotik yang dijual dipasaran untuk kegunaan kita. disebelah kiri adalah antibiotik yg aku gunakan sampai sekarang sekiranya terdapat sindrom2 ayam menjadi monyok, kurang berselera, patah pinggang, tercungap2 atau tercedera. pemberian berkala dengan dos kecil juga diberi secara berterusan. sekiranya terdapat ayam yg menunjukan tanda2 awal serangan penyakit kita perlu mengasingkan dan memberi dos yg lebih kuat. untuk anak ayam yg baru dilahirkan kita perlu memberi air minuman ini terlebih dahulu untuk membantu anak ayam ini mengharungi bulan pertama dengan jayanya.. cara menggunakanya adalah dengan melarutkan ubat tersebut dalam minuman ayam anda.
Gambar sebelah kanan pula adalah ubat anti stress yg amat berguna untu mengurangkan tahap tekanan yg dialami oleh ayam. kita perlu memberi ayam dengan ubat ini 3 hari sebelum sesuatu penghataran jarak jauh bagi mengurangankan tekanan dan kematian. Ubat ini juga perlu diberikan sekiranya berlaku perubahan cuaca extrem seperti musim panas berpanjangan dan berlakunya hujan lebat. Kebiasaanya keberkesannan ubat ini dapat dilihat denagn memperhatikan tingkah laku ayam yg lebih agresif dan cergas..

03 June 2009

5 sekawan (angsa)



Salam semua,
dari memula start ternak ayam kampung aku dah beli 5 ekor angsa.. org kata elok untuk jaga reban dari pencurik.. so pi lah beli dari Cikgu Masiran kat Batu Gajah, beli umur kurang dari sebulan. Harga seekor dalam RM 70. beli 3 betina n 2 jantan, kecik lagi masa tu.. besar tin milo kecik je.. masih hijau lagi warna bulu dia.. tapi kalau yg dah biasa bela angsa.. waktu kecil angsa nie keluarkan bau hamis sedikitnya.. tapi akan hilang bila bulu baru tumbuh.. selepas 6 bulan membela skang dah besar panjang dah.. sikit lagi mengawan lah tu..
Perkara menarik pasal angsa nie dia kenal tuan dia.. walaupun kita menyamar or tutup muka.. nampak sikit je tangan kita dia dah melalak bising panggil tuan.. tujuan? nak makan... walaupin dah kenyang tahap gaban.. still bising.. so kena bagi jugak la rasuah kat angsa nie..
Persoalan yg timbul.. betul ke angsa ni leh jaga reban kita?hehehe selalu aku kompius ngan perangai angsa nie.. 2-3 minggu lalu angsa aku kena kurung dalam reban selama 2 hari... kira cam kena tahanan reman lah pasal ada buat salah.. buat salah??? angsa tetiba jadi meroyan pasal tetiba menjadi giler n membunuh ayam n itik yg ada kat reban.. dorang akan ambush ayam pastu masing2 cubit mencubit yg jantan akan memulas2 tengkuk ayam sampai terkulai.. bukan sekor yg mati tapi 6 ekor semuanya..angsa 2 ekor sampai bengkak2 muka ayam n itik tu kesian.. skali tu terkantoi dorang ngah buat projek giler..apalagi kena sepak laa sekor sekor..
sejak dari tu dorang cam takut2 ngan aku.. pendendam jugak angsa ni..
pastu aku kurung kat dalam reban anak ayam.. cian jugak akau tgk tapi nak buat camana.. kurung 2 hari tapi makan lumayan hehehe
dalammasa 2 hari tu bergegas buat reban baru khas utk angsa.. dah siap aku lepaskan..
sampai skang dorang taknak makan kat tangan dah.. masih merajuk lagi..
TAPI!!!!!!!.. minggu lepas.. ada berlaku pecah masuk reban.. yg kena rembat angsa 2 ekor sepasang HUwaaaa.. sekor dah dekat 200 tu harga dia skang... skang dah tinggal 3 ekor ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails