Pages

Persoalan Peratusan kejayaan Penetasan telur



Salam semua,

sejak aku mula buat incubator untuk jualan kepada kengkawan, aku terpikir untuk mencuba untuk menampal iklan pada blog ini .. manalah tau kat luar sana ada lagi rakan2 seperjuangan dalam bidang penternakan unggas ini memerlukan incubator budget murah cam yg aku jual.. aku tau yg kat pasaran luar nie dah banyak org jual incubator pelbagai jenis dan ada yg kecanggihannya dah tahap org putih.. tapi aku rasalah ada yg mencari incubator budget murah sbb ternakan yg ada pun hanya berpuluh ekor dan bela ayam nie sebagai hobby sahaja, so setakat ini incubator 'kampung' yang aku buat sendiri dah terjual dekat 23 biji.. macam2 kerenah dan ragam aku jumpa tapi semuanya menyeronokkan bagi aku.. yg penting ilmu yg pembeli aku dapat lebih dari bayaran yg dorang berikan.. harap harap la.. nampak semuanya berpuas hati selepas membeli.. belum ada lagi yg call complaint kecuali seorang yg cuba mengadaptasi penggunaan tray auto padaincubator aku.. tetapi kesilapan yg berlaku hanyalah berbentuk teknikal berikutan saiz dan ketinggian.. tapi benda yg aku tak boleh lupa adalah kerenah sorang dua pembeli yg 'pandai' menawar harga sehingga harga yg diminta tak masuk akal.. harga yg sama dengan harga kos pembelian barang mentah yg belum diproses lagi.. penat menepis dan akhirnya satu penyelesaian dilakukan.. "encik, sila beli sendiri peralatan n perkakasanencik dan datang kerumah saya, saya akan ajar mula sampai siap" , sudahnya.. 2 hari baru siap incubator dia dirumah saya dan kos yg terlibat melebihi harga yg saya tawarkan.. dengan iklas hati beliau bersetuju dengan saya yg harga yg saya tawarkan adalah berbaloi dan tidak berorentasikan keuntungan.. kiranya harga nak tolong orang.. Amin...

Antara soalan yg biasanya ditanya adalah:
1. adakah incubator you bagus?
2. berapa lama leh tahan?
3. ada jual yg outo tak?
4. berapa peratus telur leh menetas,
5. berapa leh kurang?
6. telur apa leh masuk dalam?
7. termometer& termostart apa you pakai?
8. kenapa harga rendah dari org lain?dll..

jawapan aku: incubator saya tak bagus tapi berfungsi sebaik mungkin dan memenuhi semua aspek keperluan penetasan telur(tak secantik yg harga beribu2 tu), leh bertahan sehingga mana kayu boleh bertahan, hanya manual dikeluarkan setajat ini, peratusan menetas hanya tuhan saja tahu, harga adalah tetap kerana sudah menghampiri ROI pembikinannya, semua telur unggas boleh dimasukkan didalam, termometr yg digunakan adalah dari digital(sbb murah,tepat dan senang nak dibaca) dan termostrt yg digunakan adalah dari jenis rainbows buatan china..napa pakai rainbow? sbb murah tapi berkesan, selama 8 bulan pakai takde yg rosak lagi, belum ada lagi pengguna jenis nie komplen termostrt ini rosak(hanya provokasi sahaja) leh mantain harga incubator dan senang dipasang..dan telur menetas tanpa masalah..bila ditanya kenapa harga u murah? saya kata kos upah saya amik murah, barang yg digunakan seringkas mungkin tapi berfungsi dengan baik dan NIAT asal saya buat incubator ini.. harga terkini hanya RM220 untuk satu incubator saiz muatan 100-120 biji..(tanpa termometer digital yg berharga RM 20 sahaja)

persoalan yg paling gemar aku berhujah adalah berapa peratus telur menetas..? bila ditanya soalan tu saya menjawab saya tak tau. ada yg marah dan ada yg hilang minat nak beli kerana menyangkakan perarusan telur menetas disebabkan kehebatan sesebuah incubator.. ada yg mengatakan pengusaha incubator sipolan dan sipolan mendakwa incubator mereka mempunyai peratusan penetasan sehingga 95%.. WAHHH.. hebatnya.. bagai mana dia tahu???

peratusan penetasan bergantung kepada proses pemilihan telur, kebersihan, kewujudan benih telur, usia telur, bakan telur, jangkitan telur, cara memasukkan telur, tarikh,pengendalian telur, pemutaran telur, candling, saringan pada usia 4,10,16 hari usia telur dan sebagainya.. bagi incubator pula asalkan suhu berada dalam julat tertentu, ada pengudaraan, kelembapan bersesuaian,bekas yg digunakan bersesuaian, bekas bersih dari kuman dan kualiti penebatan bahan binaan bersesuaian..maka akan menetaslah telur tersebut.. semua ciri2 ini dah diambil kira sebelum kami menjualnya dan dari bulan 5 hingga bulan 8 hampir 700 ekor telur ditetaskan..ada yg dari seratus hanya 60 biji menetas, ada yg dari seratus biji dapat hingga 98 biji menetas, sedangkan dalam perindustrian penetasan besar2an pun kadar peratusan penetas tak dapat dimaximumkan sehingga 100 peratus.. tak percaya? klik pada link you tube dibawah dan perhatikan pada minit ke 0.45 dan anda akan lihat berapa telur yg tak jadi dalam satu tray.. ini adalah incubator yg terbaik digunakan untuk penetasa telur skala besar...
http://www.youtube.com/watch?v=6v_I9fnDbTs&feature=related


jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram