Pages

pengurusan anak ayam dari incubator..




Gambar atas adalah brooder untuk anak ayam usia 2 minggu keatas hingga usia sebulan lebih.. rekaan aku dengan menggunakan kayu pallet buangan.. dibuat seperti rangka kotak dan ditutupi dengan net.. lantai bawah pula duat dari satu kayu pallet terus yg dibuang sebahagaun kayunya untuk mendapat kuas permukaan yg lebih baik.. pastu dilapik dengan jaring kasar untuk memudahkan tahi jatuh kebawah.. so kita hanya perlu membersihkan bahagian bawah brooder setiap hari yg telah dilapik dengan tikar getah dan surat khabar.. brooder hanya perlu dicuci keseluruhanya apabila habis satu kalai penggunaan untuk setiap bacth anak ayam yg dimasukkan.. sekarang aku dah ada 4 brooder ini memandangkan jumlah anak ayam semakin banyak.. mungkinj dalam masa sebulan-2 lagi aku akan pindahkan brooder nie keluar untuk menambahkan bilanganya.. lampu disediakan untuk dipasang pada aktu malam sahaja..

Gambar bawah adalah reban asuhan untuk anak ayam sebulan lebih sehingga ke usia 2-3 bulan.. reban ini dibuat didalam reban induk yg berlamtaikan tanah seperti reban utama.. bezanya reban ini kecil dan semua stuktur dibuat bersesuaian dengan saiz ternakan kita yg masih kecil.. anak ayam masa ini akan belajar untuk tido bertenggek ditempat yg disediakan.. so pastikan tempat bertenggek mempunyai ketinggian yg sesuai dengan anak ayam kita.. kadang kala kita perlu mendidik anakini dengan meletakkan ia keatas kayu tenggekan dalam usaha mengajar mereka tidor bertenggek.. kalau tak.. sampai besar pun duk tido atas tanah pasal tidah diasuh oleh ibu dari kecil.

Cara pengurusan anak ini adalah antara cara terbaik untuk memastikan anak ayam kekal sihat dan tidak tertekan disebabkan perubahan tempat secara mendadak..hujah adalah seperti dibawah:
1. dari peralihan dari brooder berlampu 24 jam(usia dibawah 2minggu) anak ayam akan dipindahkan ke brooder yg lebih besar dan tidak diberilampu pada waktu siang.. so perlu ada pemantauwan dari segi penerimaan perubahan dan tanda2 stress pada anak ayam..
anak ayam akan berlatih untuk bertenggek di brooder asuhan kedua..
2. anak ayam yg akan dipindahkan ke reban asuhan biasanya akan terkejut dengan perubahan tempat dan suhu persekitaran kerana pada peringkat ini mereka akan terdedah kepada cuaca seperti hujan dan panas terik.. pada masa ini juga permakanan mereka juga akan berubah kerana kita sudah mula memberi makanan tambahan selain dari dedak semata2..
3. jika kita lepaskan terus kepada reban induk.. serangan dari induk ayam mungkin berlaku.. selain dari persaingan dari segi merebut makanan dan air minuman.. kalau berterusan ada kemungkinan anak ayam akan mati kerana kelaparan.. anak ayam juga mudah terdedah kepada penyakit. so dengan adanya reban asuhan sebulam keats.. segala perubahan inidapat diatasi secara perlahan2 dengan tekanan yg kurang sebelum mempersiapkan diri untuk masuk kereban induk.. Insyallah kalau kaedah ini dilaksanakan peratusan anak ayam mati dapat dikurangkan kepada 5 % atau mungkin kurang dari itu.. hati siapa tak gembira melihat anak2 asuhan yg ditetaskan membesar dengan baik demi menjamin pulangan yg lebih baik kelak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram