Pages

saringan telur ayam sebelum ke incubator





sekiranya anda ingin membeli atau sudah mempunyai incubator.. kita perlu melakukan saringan telur yang ingin dieram.. tujuan saringan ini adalah untuk memastikan telur yang dimasukkan benar2 berkualiti dan bersih.. jika anda gagal melakukan aktiviti ini dan terus memasukkan kedalam incubator.. ada kemungkinan telur yang anda masukkan tidak mempunyai benih dan mungkin telah rosak pada awalnya.. so untuk memaksimumkan pengeluaran telur dan meningkatkan kejayaan penetasan perkara seperti berikut perlu dilakukan..

1. mengutip telur dari reban sama ada telur baru atau telur yang telah dieramkan oleh ibu.. kekadang telur yang baru dikeluarkan telah dieramkan oleh ibu ayam lain yang tersilap bekas telur atau baru belajar mengeram..

2 setelah telur dikumpulkan anda perlu memeriksa permukaan telur dengan meneliti setiap biji telur yang telah dikutip.. perhatikan sebarang kecacatan atau kerosakan pada telur tadi.. buat kepada semua telur sepenuhnya..

3. setelah saringan fizikal selesai anda perlu membersihkan telur dengan membuang segala kotoran yang dapat dilihat secra kasar.. biasanya kotoranini terdiri daripada najis ayam dan juga tanah yang tercalir semasa ibunya bertelur.. kadangkala kotoran datang dari bekas telur kita dan juga dari lebihan lendir dari telur yang pecah didalam bekas telur.. kotoran boleh dibersihkan dengan kain bersih sekiranya telur yg kita perolehi masih baru dan belum dieram oleh ibu dan sekiranya ada kotoran degil bersihkan dengan kertas pasir halus dengan perlahan2..
anda perlu berhati2 semasa membersih kerana telur ayam amat mudah pecah dan kadang kala anda akan terjumpa telur yang nipis kulitnya sehingga hanya dengan menggosok sahaja kulitnya akan retak dan pecah.. adalah dinasihatkan menolak telur ini kerana biasanya telur ini tidak akan menetas-anta sebab kenapa terjadi sebigini adalah kekurangan zat makan dari ibu dan ibu baru mula bertelur.

4. setelah semua telur dibersihkan anda perlu untuk memeriksa benih telur dengan menggunakan candling. perhatikan kalau ada kecacatan dalam telur seperti keretakan, saiz kuning telur, warna telur , garisan jangkitan, bentuk telur dan sebagainya...

5. setelah selesai langkah diatas anda perlu menanda tarikh pada telur untuk memastikan jangkaan telur akan menetas dapat ditentukan kelak.. tulis jangkaan telur menetas dengan menambah tarikh telur dimasukkan dengan jumlah hari 21 hari.. contohnya hari kemasukkan adalah pada 5 hb dan tarikh yg perlu ditulis ditelur adalah(5+21) 26 hb.. sebab kenapa perlu berbuat sedemikian kerana kalau kita menulis tarikh masuk pada telur (5 hb) setiap kali kita hendak memeriksa telur kita, kita perlu mengira jumlah hari umur telur tersebut dengan menolak tarikh periksa dengan tarikh masuk.. kekadang sampai masa untuk menetas pun kita tidak tau n perasan kerana sukar nak menolak sepanjang masa.. dengan menggunakan cara tarikh tadi kita hanya menunggu masa yg tercatat ditelur itu sampai sahaja sebagai rujukan waktu telur dijangkakan menetas..

selamat menternak!!

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram