31 August 2010

Teman paling syorkan... dan ramai yg telah setuju..

Salam,

Wah2, dah makin dekaty kita dengan hari lebaran, masa inilah sang suami agak pening kepala melihat telatah sang isteri yang duk pening kepala mempersiapkan rumah dan diri sempena hari lebaran. Kalau yang terlalu sibuk dnegan kerja dan tak kesempatan lagi menuntuk keperluan isteri untuk pi shopping, teman yakin dah banyak kali kedengaran rungutan siisteri kerana takut terlewat membuat persiapan. Ada juga sekarang nie yang telah siap sedia melakukan apa yang patut dek kerana gaji masing2 pun dah lama masuk.

Alhamdulilah, walaupun belum teman tunjukkan lagi contoh incubator, 2 tempahan telah teman terima untuk incubator auto tersebut. pembeli adalah dari 2 sahabat kita yang datang sendiri untuk melihat incubator tersebut dan terus membelinya tanpa banyak soal, padahal sudah anda incubator hasil keluaran teman sebelum ini. Terima kasih banyak. Sengaja sebenarnya teman tak tunjukkan gambar lagi kerana nak begi suprise sedikit serta nak mengelakkan peniru tegar diluar hehehe.. bukan nak kutuk tapi sedikit sakit hari masih berbaki dalam diri teman.. bagi ada prelunching dahulu incubator teman ini.

Tajuk teman kali ini adalah mengenai perkara yang sering teman bincangkan sebelum ini. Tak sangka pula ada yang menyangkal pada mulanya pendapat teman mengenai keperluan anak ayam ini diturunkan selewat mungkin ketanah. Dari cubaan dan kajian teman sebelum ini, teman memang telah dapaty merumuskan yang anak ayam yang dikeluarkan dari incubator atau anak ayam yang dirampas dari ibunya tak kiralah semasa umur baru 2-3 hari atau selepas sebulan, perlu diasingkan dan diletakkan diatas reban asuhan tingkat selewat mungkin sebelum kita menurunkan ketanah. Ini kerana anak ayam ini belum bersedia menempuh cabaran dan penyakit yang ada dipermukaan tanah.

Anak yatim ini biasanya tiada didikan dari ibunya mengenai perihal kelangsungan hidup. Tiada yang akan mengajar mengenai bahagian mana yang elok dan bahagian mana yang bermasalah. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita menjadi keluarga angkat dengan memastikan anak ayam ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Pemerhatian teman, kebiasannya jika kita mengurung anak ayam ini sehingga usia melebihi 3 bulan, anak ayam mempunyai peratusan hidup yang lebih baik. Dalam reban ini, anak ayam dilindungi dari kesejukan tanah dan kesejukan cuaca malam. Anak ayam juga dihalang dari memakan najisnya secara sengaja atau tidak sengaja. Kalau cara tak sengaja adalah ketika najis terkumpul dan kebetulan dedak yang kita berikan terjatuh atas najis tersebut. anak ayam terpatuk sekali dedak dengan najis yang terkumpul. Kadang kala si anak ayam ada kecenderungan memakan najisnya sendiri kerana tak tahu sama ada ianya makanan ke atau bukan. Pemakanan najis ini sebenarnya sangat merbahaya kepada ayam terutama penyakit yang berkaitan dengan saluran pencernaan.

Sebab lain adalah kita mahu memastikan segala bahaya yang mampu membunuh anak ayam dapat dielakkan. Kita semua tahu yanga anak ayam ini sering menjadi mangsa patukan yang lebih otai dengan tanpa sebab. Kita juga tahu anak ayam ini sering menjadi tumpuan utama pemangsa terutama kucing dengan biawak. Sejauh mana sangat si anak ayam ini mampu mempertahankan diri. Dan banyak lagi sebab yang kuat mengapa kita perlu mengurung anak ayam sehingga usia sekurang2nya berusia 3 bulan.

Kalau anda ingin menyangkal info ini, teman rasa elok juga kerana dengan mencubanya sendiri dan mendapat reslut, barulah anda akan memahami sepenuhnya apa yang dikatakan. Kalau anda sekarang anda banyak anak ayam atai bakal meyambut anak ayam dalam masa terdekat ini, pastikan anda sudah menyediakan diri anda dengan reban asuhan untuk anak ayam ini yang bersesuaian dengan bilangan anak. pastikan anda tidak menempatkan anak ayam melebihi 50 ekor dalam satu reban tak kira berapa besar reban asuahan yang anda bina. Ini kerana kita menternak ayam kampung asli yang sangat kuat sifat keadikberadikan atau sangat kuat berkumpulan.

Jika kita masukkan dengan jumlah yang lebih, biasanya gejala buli, mematuk sesama sendiri dan sebagainya akan berlaku. Kalau anda dapati masih banyak juga benda2 seperti ini berlaku walaupun anda dan mengurungkan mengikut yang sepatutnya, anda boleh mengurangkanya lagi jumlah anak ayam tersebut..
Sekian..

28 August 2010

Minuman MILO minuman mewah?

salam,

Apakhabar semua pengunjung blog teman yang tak sebarapa ini. Raya dah nak menjelang tiba, sekejap sahaja teman rasa puasa tahun ini, mungkin banyak benda yang nak kena buat sehingga tak sedar masa berlalu begitu pantas. Kali ini hanyalah keluahan dari diri teman sendiri dan takde kaitan dengan ternakan. Cumi intipatinya sahaja yang ingin teman sampaikan disini.

Melihat tajuk diatas mungkin kita tak terpikir yang minuman MILO adalah minuman mewah dinegara kita. Kita boleh dengan senang2 meng"oder" minuman ini dikedai makan atau warung2. Ada juga yang kurang meminati minuman ini kerana beranggapan minuman ini hanya minuman budak2 yang sedang membesar. Jarang ada orang lama yg berminat nak minum minuman ini. Air ini mungkin bagi kita hanyalah minuman biasa yang tiada keistimewaannya dalam kehidupan harian.

Teringat dahulu semasa teman kerap sekali dikelilingi dengan warga Indonesia sama ada kawasan rumah atau ketika teman berniaga dahulu. Minuman yang paling mendapat perhatian terutama pasangan hangat bercinta adalah air milo ais dan fresh oren. Itu sahaja yang kerap teman hidangkan. Sampai tertanya mengapa orang yg dah dewasa tetap suka minum air ini sedangkan ianya kurang digemari golongan dewasa dinegara kita. Rupanya barulah teman tahu dek kerana kesusahan warga indonesia ditempat asil, pembelian minuman ini sudah dianggap mewah.

Seringkali teman lihat sahabat indon kita menghantar atau mengepos minuman ini balik kekampung. terpinga2 juga pada mulanya tetapi bila diberi penjelasan barulah teman paham, terasa insaf pula pada diri kita yang sering tidak bersyukur dengan nikmat yang kita rasai dinegara kita sendiri. Belum sampai sehingga gaji rakyat kita tak melebihi seratus sebulan dengan harga barangan yang lebih mahal dari sekarang. Apa agaknya cara kehidupan kita ketika itu. Patutlah ayam laga disana yang berharga beberapa ratus sahaja pun dijaga dan dibela macam menatang anak sendiri. Tuan belum mandi, anak belum makan tatapi ayam yang dihadapnya dahulu.

Bila bersembang dengan orang tua, kehidupan yang teman lihat sekarang dikawasan kebanyakkan dinegara jiran saling tak tumpah seperti kehidupan dinegara kita 40 tahun dahulu. Kalau dahulu jika ada sahaja pesta atau hari sukan peringkat besar2an, biasanya milo akan diberi percuma kepada kanak2. Orang tua kata ketika itu, pelbagai teknik digunakan untuk mengambail seberapa banyak yang boleh cawan air percuma tersebut untuk dibawa balik kepada keluarga. Terharu juga saya mendengar itu semua. Bila minum juga biasa dimunum sedikit2 untuk mengelakkan air cepat habis. Sungguh berharga dan istemewa air tersebut.

Kalau nak dirumuskan, bukan kerana air tersebut terlalu mahal atau dikategorikan minuman kelas atasan tetapi lebih kepada faktor ekonomi dan kekuatan kuasa beli penduduk disesebuah tempat. Kalau 40 tahun dahulu, berapa banyak sangat penduduk kita yang mendapat gaji lebih dari RM 500 sebulan, Banyak yang buat kerja kampung dan mencari hasil hutan untuk menjana pendapatan. Pokoknya ada berasa sahaja dah mencukupi, dah ada beras Insyallah semua ahli dalam keluarga tersebut akan cukup makan. Bab lauk tak pernah dirisaukan, banyak sumber sekitar yang boleh digunakan. Yang penting ada beras. Begitu suasana yang dapat kita lihat dinegara jiran kita sekarang.

Oleh itu bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Bersyukurlah dengan nikmat yang dah lama kita lupakan. Keperluan yang kita dapati sekarang mungkin hanya satu mimpi bagi saudara kita dinegara jiran. janganlah sombong dengan kebendaaan yang kita ada ataupun kuasa membeli yang kita mempu. Ingatlah semasa berbelanja untuk musim perayaan ini, jgnlah terlalu boros seperti telah dikuasi nafsu sedangkan ada mereka yang sedang menadah tangan meminta saki baki dari yang sudi memberi. Hargailah kemerdekaan yang kita nikmati dan bersyukurlah dengan kemakmuran yang sedang kita kecapi hasil perjuangan pemimpin kita terdahulu.

sekian, hanya nukilan sebelum berbuka puasa..

27 August 2010

Keseronokan menternak induk ayam kampung asli..

Salam,

Kali ini teman hanya nak berceloteh tetang keseronokan menternak induk ayam untuk mendapatkan hasil dari keluaran yang dikeluarkan saban hari. Bagi "orang kampung" yang telah lama menternak ayam kampung asli ini, ternakan mereka sangat disayangi dan kebanyakkanya sudah diberi nama timangan masing2 yang tersendiri. Biasanya sijantanlah yg kerap mendapat perhatian kerana kokokan serta Gayanya yang tersendiri.

Bagi penternak kecilan, keperluan menetrnak induk adalah satu kemestian untuk mendapatkan kelangsungan benih ayam yang baru saban bulan. Sejauh mana pengeluran benih baru ini seakan2 menjadi petunjuk pendapatan akan datang setelah penjagaan membesarkannya dilakukan. Olrh itu sejumlah induk terpilih akan diternak selama beberapa tahun untuk mendapatkan benih berterusan. Reban biasanya dibina berdekatan dengan rumah kediaman agar mudah tuan punya ternakan menguruskanya dan memastikan ternakan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik.

Sebenaranya menternak induk ini bolehlah teman katakan sudah menyerupai membela haiwan kesayangan atau pet dirumah. Kita menjaganya dan menyayanginya sebaik mungkin dengan memberi setiap keperluan yang diperlukan. perhatian diberikan sepenuhnya bagi mengelakkan serangan penyakit dan sebaginya. pengalaman teman selami ini bila bergaul dengan penternak samaada baru atau yang tealh lama, semestinya didalam reban tersebut akan ada ternakan yang paling disayangi atau yang paling rapat dengan tuan punya reban. Dan yang paling teman pasti, bagi mereka yang benar2 menyayangi ternakan mereka akan menjadi gelisah dan risau bila terpask berpisah sementara dengan ternakan mereka.

Tak silap jika teman katakan yang penternak tegar mampu "duduk" diraban berjam2 lamanya dan kadangkala masa yang dihabiskan hanya dengan melihat telatah ayam ini sahaja tanpa berbuat apa2. Kadangkala kalau kita perhatikan bagi mereka yang mempunyai 2 pekerjaan utama yang lain dan menganggap ayam adalah pekerjaaan sampingan, melebihkan masa lebih kepada pekerjaan sampingan ini. Ada sahaja masa terluang mesti direban yang dilepaknya. Just harapan teman janganlah periuk utama kita kita abaikan kerana kebanyakan smuber kewangan kita datangnya dari sumber utama ini.

Jika ternakan kita mula mengeluarkan telur, kitalah jugalah orang yang pertama yang akan gembira. Harapan kita adalah kesemua telur tersebut akan menetas dan anak2 ayam baru yang comel lagi gebu akan keluar. Dan bila penetasan berjaya kegembiraanya akan menjadi lebih lagi sekiranya berjaya membesarkannya menjadi gandaan jumlah ternakan yang ada diladang. Jika gagal menetas atau anak yang ada mati akibat pelbagai punca, kita mula suka menyalahkan diri sendiri kerana kurang ambil berat atau menjadi punca mengapa anak ayam itu mati. Sesuatu yang menyeronokkan melihat siibunya membawa anak ayam mencari makan dengan pelbagai bunyi yang dikeluarkan. Boleh leka dibuatnya.

Begitu juga kerinduan terhadap kokokan ayam terutamanya pada waktu pagi bagi menandakan hari sudah siang. Bagi sesetengah orang, kokokan ini mungkin satu gangguan tetapi bagi tuan punya atau pencinta ayam akan mendenagrnya sebagai satu irama yang mengasyikkan. hehehe bukannya teman terlalu tergilakan ayam cuma ianya mula menarik perhatian teman sejak teman kecil lagi.

Satu lagi ternakan yang paling menarik perhatian teman adalah menternak iti. Pengalaman yang diperolehi menternak hampir 50 ekor itik bermula dari usia itik tersebut beberapa hari sehingga mengawan dan bertelur sangat menyeronokkan. Penternak itik pasti bersetuju dengan pendapat teman terutama melihat ituk tersebut mengoyangkan ekornya semasa teruja atau ingin menyampaikan sesuatu. Waktu memberi makan juga seumpana terapi bagi sesetengah penternak bila melihat ternakan kita bersungguh2 memenuhi kantung makanannya. Risau pula kalau kalau ternakan kita tak cukup makan apabila berbuat bisang walaupun setelah dijamu. Kalau dah kenyang kita akan dapat melihat reaksi relex mood dimana semau ayam berada dalam keadaan tenang dan bersahaja. Aktiviti dikurangkan denagn perut penuh dengan makanan.

Bagi penternak yang "ber-asas-kan " menternak dari kecil denagn membeli anak dan menjualnya apabila cukup matang mungkin tidak pernah merasa keseronokkan ini. ada yang berpendapat menternak induk kurang efisian kerana perlu memberi makan kepada induk bertahun lamanya sedangkan jumlah anak yang dikeluarkan kurang terjamin atau kurang mampu untuk menampung kos penternakan. adalah lebih baik sekiranya kita terus mendapatkan bekalan anak ayam dari penjual daripada menghasikannya sendiri. terpulanglah cara mana yang lebih sesuai dengan anda.
Sekian..

26 August 2010

Incubator terbaru keluaran Citypullagro

Salam,

Dalam sehari dua lagi teman akan mengeluarkan sebuah incubator terbaru keluaran kami yang sangat berlainan dari incubator yang pernah kami keluarkan sebelum ini. Kalau sebelum ini teman hanya berani mengeluarkan incubator simple yang paling mudah untuk anda gunakan namun cirinya yang terlalu simple menyebabkan ada beberapa kelemahan dan kesukaran yang terpaksa anda tempuhi.

Dibawah adalah ciri ringkas mengenai incubator teman. Makluman dan perincian detail akan diberikan dalam sehari dua lagi untuk pengetahuan anda.

1. Incubator terbaru ini menggunakan kotak plastik tahan lasak yang jernih bagi membenarkan anda melihat terus kedalam segala proses pengeraman yang dilakukan. Ianya memudahkan kerja tanpa perlu ada lampu tambahan untuk melihat penetasan anak ayam.

2. Incubator adalah dari jenis fully auto atau sepenuhnya automatik tanpa perlu anda memusing telur setiap hari. Telur akan dipusing dengan tray khas setiap sejam sekali dan pembinaanya tidak langsung melibatkan sebarang penggunaan motor. Teman hanya menggunakan tarikan graviti dan sedikit teknologi imbangan untuk mengerakkan tray.

Telur bergerak secara mendatar dan bukannya secara jongkang-jongket yang biasa kita lihat diincubator lain di luar sana. Penggunaan traynya juga mudah bagi anda mengurusnya serta membersihkanya diantara bacth telur yang dimasukkan.

Tray juga dilengkapi dengan tray khas penetas anak ayam yan tidak bergerak dibahagian bawah bagi membenarkan anda memindahkan telur yang akan menetas.

3. Sistem pengudaraan dan pemanasan yang digunakan adalah dari sistem udara berpusing diseluruh incubator yang menggunakan kipas. Udara bagi setiap bahagian incuabtor ini telah ditetapkan dengan satu suhu adalah sama bagi setiap bahagian. Incubator direka khas dengan tempat mengambil bacaan suhu dari luar untuk setiap bahagian incubator bagi memudahkan anda memeriksa suhu incubator. anda hanya peru mengambil suhu dari luar tanpa membuka penutup incubator dan keseluruhan suhu incibator dapat diambil dengan mudah.

4. Incubator ini masih menggunakan thermostart rainbow(yg teman guna sejak dari dulu) tetapi telah ditentu ukur terlebih dahulu agar perbezaaan suhu menjadi hanya 1 darjah sahaja iaitu perbezaaan suhu maks dan min hanya 1 darjah. (kalau dulu sehingga 4 darjah perbezaaan) . Perbezaan suhu ini sangat bagus untuk telur bagi memaksimumkan kadar penetasan dengan menolak keberangkalian kerosakan telur akibat perubahan suhu yang terlalu tinggi.

5. Tray dan incubator direka tidak bersambung atau tidak bersama bagi memudahkan anda membersihkan incubator. Anda hanya perlu mengeluarkan tray secara terus dari incubator secara keseluruhan dan terus membersihakan incubator dengan menggunakan air atau kain basah yang bersabun. Ini penting bagi memudahkan kerja2 penyelengaraan dan pembersihan incubator.

Anda hanya perlu mengeluarkan keseluruhan tray dengan framenya sekali untuk melakukan teknik candling tanpa perlu menganggu suhu dalam bekas incubator, Ini baik untuk incubator anda.

6. Penutup incubator yang terpisah secara terus dari incubator membenarkan anda membuka dengan lebih mudah. Ianya sangat berbeza dengan incubator teman sebelum ini dimana penutupnya terikat denagn badan incubator akibat penyambungan wayar ke mentol.

7. Penggunaan thermometer yang lebih baik dikhursuskan untuk membaca suhu dalam bekas atau satu kotak yang kosong dan tidak terpengaruh dengan kandungannya. Harga untuk termometer ini juga boleh tahan dengan jaminan setiap satunya telah ditentu ukur terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mengukur suhu. Ini penting bagi memastikan suhu yang dibaca benar2 tepat tanpa ralat yang tidak diperlukan.

8. Pembeli juga akan dibekalkan dengan nota khas untuk incubator serta buku keluaran citypull sendiri mengenai cara2 penternakan ayam kampung asli. Setiap pembelian incubator akan dibekalkan alatan candling yang direka khas oleh teman bagi memudahkan anda meneropong telur anda.

9. Ciri lain dalam incubator ini adalah ianya sangat ringan dan mudah diubah atau dibawa kemana2. Berat keseluruhan incubator ini tidak melebihi 5 kilo tanpa air didalam bekas. Atau lebih tepat berat kering incubator ini hanya dalam 5 kilogram sahaja. Ianya sangat ringan jika dibandingkan dengan incubator kayu dan sebagainya.

10. Dan yang terakhir adalah dari segi harga, Bagi kapasiti 200 biji hanya RM 500 dan untuk kapasiti 2 kali ganda iaitu 400 biji hanya RM700 sahaja. Harga mampu milik memandangkan ianya sudah setaraf denagn incubator berjenama serta pembinaanya juga mempunyai ciri unik serta boleh dipercayai. Jaminan selama 6 bulan juga diberikan untuk incubator ini.

Detail dan gambar akan disiarkan sehari dua lagi untuk melihat dulu sambutan tentang harga dan produk terbaru ini. Pembuatan hanya mengambil mas 2-3 hari bagi sebuah bergantung kepada tempahan cuma penghantaran melalui pos mungkin tak dapat dilakukan. Mungkin cara penghantaran melalui bas ekspress akan dilakukan dengan lebih mudah. Mungkin ianya akan menjadi incubator fully auto termurah dipasaran sekarang dengan ciri yang diperbaharui. Sekian..

25 August 2010

Kelapa masam kelapa buruk untuk ternakan anda.

Salam,

Teman nak beritahu yang sebenarnya anda boleh mendapatkan bekalan makanan tambahan kepada ternakan ayam anda dengan memberikan ayam makan kelapa masam. Kelapa masam ini adalah kela[a yang direjct oleh penjual kelapa atau santan apabila membelah kelapa. Biasanya kelapa ini hanya akan dibuang begitu sahaja kerana beranggapan sudah tidak boleh digunakan lagi.

Pada mulanya teman ragu2 dengan penggunaan kelapa ini memandangkan status busuk yang kita beri kepada  kelapa masam ini. Namun sejauh manakan kelapa ini busuk saya pun tak leh nak cerita. Yang penting semasa kita berikan kepada ayam teman nampak ayam sangat berselera dan mematuknya tanpa henti. Sungguh berselera bagai itulah makanan kegemaranya walaupun kita telah hidangkan dengan nasik dan dedak yg dicampurkan dengan jagung.

Ada juga sumber ynag mengatakan kita tak bagus untuk memberi terlalu banyak kelapa kepada ternakan. Mungkin faktanya kandungan kolestrol yang ada pada kelapa kot, Teman tak dapat jawapannya buat masa ini tetapi apa yang teman nampak pengunakan hampas kelapa sangat terkenal dikalangan penternak kita untuk menjadi makanan tambahan atau makanan pembanyak disamping dedak yang dibeli. Berikutan harga hampas kelapa pun sekarang dah melambung dan menjadi rebutan ( ada tempat yg sampai bergaduh berebut hampas) maka tak hairanlah kelapa adalah satu sumber tambahan untuk ternakan kita.

Dari dulu lagi pada zaman tok nenek kita sering menjamu ayam mereka denagn hampas kelapa, kelapa masam dan tempurung kelapa yang masih ada berbaki isinya selepas diparut. Ayam semacam sangat mengemari snak yang kita berikan. dan kebetulan juga ditempat teman ada 3 kedai runcit yang menjual kelapa. alau diperhatikan setiap hari tak kurang dari 10 biji kelapa yang akan dibuang kerana sudah busuk. Dan tak kurang juga isi dalam (tah apa dipanggil.. kalau kelapa dah tua ada benda ni) yang dibuang. Teman mula memberi ternakan teman kelapa ini setiap hari sejak sebulan dahulu. Biasanya teman beri diantara waktu makan iaitu pada tengah hari. Yang pastinya sekejap sahaja tempurung ini akan menjadi licin. Kalau ada yang terbalik, pandai pula si ayam ini mengais kembali kelapa ini agar permukaan isinya keatas.

bagi teman kelapa masam ini adalah satu lagi cara kita nak menjimatkan makanan ternakan. Cukup mudah sebanarnya, hanya perlu kutip tempurung ini dan berikan sahaj terus kepada ayam. Tak payah kita nak parut atau nak pastikan isinya dah terkeluar. Mesti licin punya. Tempurung yang ada kita boleh kumpul atau gunakan untuk dijadikan bahan bakar jika kita sendiri memasak makan ayam kita. Satu penjimatan yg lebih baik kerana tempurung mempunyai kadar nyalaan api yang kuat walaupun tak tahan lama.

Ibu ayam sering gagal membesarkan anak ayam..

Salam,
 Tulisan teman kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang sering dihadapi penternak sambilan atau penternak belakang rumah. Biasanya kita mengharapkan ibu ayam akan melakukan proses pengeraman dan mendidik anak2nya sehingga tempoh pembesaran 3 bulan. Dan adalah menjadi kebiasaan kalau kita perhatikan ikatan antara anak ayam dan ibunya kadang kala berlanjutan sehingga umur anak ayam itu mencecah 4-5 bulan. Ini kerarana proses perpisahaan tersebut belum benar2 berlaku.

Namun seperti mereka diluar sana yang pernah menternak ayam, jumlah peratusan anak ayam yang berjaya mencecah usia matang apabila dididik ibunya adalah sangat sedikit dan menghampakan. Ini kerana sedar atau tidak, pembesaran sekawan anak ayam ayam ini seolah2 sudah teriktn dgn peraturan semula jadi iaitu "pemilihan semula jadi"  untuk mencari siapa yang terbaik. Hujah yang ingin teman berikan adalah, kalau kita perhatikann sejumlah anak ayam yang dibawa turun ketanah oleh ibunya, hanya anak ayam yang betul2 cergas atau yang paling cepat membesar sahaja yang berjaya mengikuti ibunya dalam pembesaran.

Dari 10 ekor anak yam berusia 1 minggu, pemerhatian teman mendapati, anak ayam ini akan sentiasa berlumpa2 untuk menjadi terbaik dan sentiasa perlu berebut2 peluang. barang siapa yang lambat atau ketinggalan akan terus lapar atau sentiasa terkebelakang. Kalau dilihat dari segi perebutan makanan, anak ayam yang lebih besar atau lebih cergas akan sentiasa mendapat makanan yang lebih baik  yang lebih banyak. Manakala yang lemah akan mendapat yang sisa2 sahaja dan kadangkala terpaksa mencari makanan sendiri ketika si ibu sibuk melayan anak ayam yang berada lebih hampir dengannya.

Satu lagi perilaku yang dapat kita lihat adalah tindakan si ibu yang dilihat sering sekali bergerak dari satu tempat ke satu tempat mencari makanan. Memang tak pernah duduk diam sehinggalah hari nak gelap. kadang kala kita menjadi hairan juga mengapa dedak atau jagung yang ditaburkan langsung tak menarik perhatian si ibu ini. Mugkin juga siibu ini tahu yang jagung yang kita berikan tidak mempunyai protien yang mencukupi untuk pembesaran anak ayamnya. Anak ayam memerluakan protien yang lebih tinggi untuk memastiakan proses pembesaran yang lebih baik. Tugasan mencari makanan ini sering kali memaksa si ibu berjalan sepanjang masa dan sudah pasti ianya nampak membebankan si anak ayam terutama yang lebih lemah.

Terlalu banyak cara yang boleh menyebabkan anak ayam ini mati walaupun berada betul2 didepan si ibunya. Sebagai contoh kita anak ayam ini dengan mudah sekali mati apabila si ibu ayam cuba melangkah longkang atau dengan bahasa mudah terbang melepasi longkang seluas sekaki atau sedikit lebih besar. Jika ada anak ayam yang gagal melepasinya teman yakin yang ketika itu ada mangsa baru yang akan mati lemas. Kemudian semasa mahu minum. Kalau ada takungan di lopak atau satu bekas air, dek kerana airnya yang terlalu cetek atau terlalu dalam, biasanya anak ayam yang kurang berupaya akan mati lemas apabila tak dapat keluar dari bekas tersebut.

Tak usah kita bercerita tentang pemangsa atau serangan dari ayam yang lebih besar. Kita semua tahu yang itu adalah penyebab sahih yang akan menyebabkan lebih banyak anak ayam mati. Kita lihat sahaja kepada proses si ibu ayam ini mengajar anaknya tidor ditempat yang lebih tinggi. Kadangkala terkejut juga teman apabila kita melihat si ibu ayam mula gatal mahu mengajak anaknya tidor diatas para seawal usia anak ayam itu 1 bulan. Kalau kita perhatikan pasa usia ini anak ayam biasanya mampu membuat lompatan atau terbang rendah tidak melebihi 1 meter. Masalah yang berlaku adalah apabila sianak gagal mengikuti jejak ibunya untuk naik. Kalau dari 10 ekor itu ada 2 ekor yang gagal, maka teman yakin anak ayam tersebut akan mati kesejukan pada malamnya.

Pada teman masalah anak ayam yang mati ini lebih kepada pemilihan semula jadi bagi memastikan hanya yang benar2 terbaik dan layak sahaja akan terus hidup. Perkara ini kita sering lihat dengan lebih jelas jika kita merujuk kepada ayam hutan. Ayam hutan biasanya lebih liar dan mempunyai kit daya tahan hidup yang lebih tinggi dari ayam yang lain. Jumlah anak ayam yang mengikut ibuya jarang sekali melebihi 4 ekor dalam satu2 masa. Ini mungkin bagi mengelakkan menjadi tarikan pemangsa dan membahayakan siibu itu sendiri. Masalah anak ayam ini mati juga mungkin kerana biologi ayam itu sendiri yang tidak menyusukan anaknya. Tempoh pembesaran hanya diberikan percuma semasa anak ayam ini berada dalam telur iaitu ketika semunya masih terhidang buatnya. Setelah menetas sahaja dan mula turun dari tanah, hanya bekalan sementara 3 hari (yellow egg ration) dalam perutnya sahaja yang boleh dibuat bekal. Seterusnya perlulah anak ayam itu mula hidup berdikari. Kalau anak ayam ini menyusu sehingga menjadi usia 3 bulan, masalah anak ayam mati mungkin akan berkurangan seperti haiwan mamalia lain seperti kucing dan anjing.

Oleh itu, bagi memaksimumkan pengeluaran anak ayam yang mahu diternak sehingga dewasa, teman yakin campur tangan dari manusia adalah jalan terbaik. Cara macam mana kita mahu campur tangan adalah mengikut sejauh mana kita memahami tentang anak ayam ini. Sekiranya setelah adanya campur tangan ini, teman rasa jika anda dapati hanya 90 % dari anak ayam tersebut berjaya membesar, anda sudah dikira berjaya atau sudah memahami keperluan seekor anak ayam. Jangan kuatir jikalau kematian anak ayam kerap tinggi walaupun anda telah banyak berusaha dan menantangnya bagaikan minyak yang penuh. Pemilihan semulajadi tetap berlaku dengan ketetapanNya walaupun kita telah berusaha bersungguh2. Apa yang penting adalah jangan berhenti memikirkan cara yang lebih baik untuk memastikan anak ayam yang dibesarkan mempunyai peratusan hidup yang lebih tinggi sehingga akhirnya menjadi hidangan yang sangat2 diperluakn oleh manusia dimuka bumi ini sebagai sumber protien utama dunia..

Jika anda masih ingin juga melihat anak ayam ini dijaga oleh siibu, nasihat teman, tinggalkanlah sahaja sejumlah anak yam yang tidak melebihi 3 ekor untuk ibunya. Lagi sikit lagi baik. Ini kerana teaman rase, jika jika anak ayam yang dibawa siibu tak melebihi 3 ekor, biasanya peratusan berjaya besar adalah sangat tinggi. Kadang kala sehingga 100%.  sekian.

24 August 2010

Gambar2 update.




























nie gambar penjualan incubator terbaru untuk seorang pengusaha ternakan ayam kampung asli. melihat kepada tempahan beliau kita dapat melihat betapa prosuksi saudara kita ini telah meningkat. Tempahan beliau adalah khas kerana beluam meminta teman membuat tray semiauto dengan kapasiti bekas sebanyak 200 biji. Teman doakan beliau akan berjaya selepas ini.  


























































gambar ini pula adalah lawatan dari Kolej Pertanian Serdang yang lokasinya berhampiran dengan UPM tempat teman skolah dahulu. Lawatan daripada orang kuat kolej ini adalah untuk mendapatkan semua modul untuk penternakan. Modul ini akan digunakan semua untuk mengujudkan kursus penternakan ayam samada ayam daging, ayam kampung pedaging dan ayam kampung asli. Buat masa sekarang mereka masih lagi diperingkat percubaan dan mencari setting terbaik untuk melakukan. Terkejut teman bila rombingan datang dengan bas (otai). Banyak juga ornag kampung keluar tengok. selepas group nie balik je ramai org kampung yg tahu teman menternak mula mengurungi rumah untuk bertanya hal. Mungkin suatu hari nanti teman juga boleh memasuki kelas jika ada. Bukan apa, cuma nak menambah ilmu dah mendapatkan sijil.




















































































Gambar diatas adalah sedikit sebanyak gambar kelas penternakan yang teman adakan. Bayaran kelas sebanyak RM 100 digunakan untuk belanja makan dalam kelas yang mana yang pernah menghadiri kelas teman akan tahu yang dornag dijamu makan sepanjang masa. Duit itu juga digunakan untuk menyewa kerusi meja semasa kelas diadakan. Kelas teman diadakan didalam rumah teman sendiri yang dibelakangnya reban tema. Oleh itu pembelajaran adalah secara terus direban dengan memaksimumkan pembelajaran yang dijalankan. Gambar dibawahnya adalah akiviti peserta kelas teman yang sedang mecuba sendiri teknik candling semasa modul incubator sedang diajar. Insyallah dengan ilmu yang disampaikan peserta kelas mampu untuk memulakan ternakan dengan bekalan ilmu yang diperlukan termasuk pemakanan serta memasak dedak mereka.


































































Gambar ini pula adalah gambar terbaru yang berlaku direban teman iaitu pada malam 22 hb yang lepas. seperti biasa akhir2 ini teman lebih suka untuk menutup lampu reban dibahagian tengah bagi memudahkan ayam tidur dan kurang stress. Dan reban teman akan sunyi dan ayam dapat tidur dengan lebih baik kerana reban yang gelap. sebelum ini sedikit sahaja pergerakan akan membuat ayam berbuat bising kerana mata mereka masih lagi dapat menangkap imej kerana lampu yang terang.

Pada malam tersebut ayam membuat bising lagi padahal teman tak membuka lampu. Suluh punya suluh ternampak satu gulungan batik yang sedang buat projek. Panik punya pasal dan disebabkan teman nie penakut ular, teman hubungi 999 dan pasukan penyelamat datang dengan gagahnya. maka tertangkaplah batik sepanjang 11 kaki. Bayangkanlah ular ini meyusup lalu bawah papan lapis 8 kaki dan masih ada baki 2 kaki dibahagian ekor manakala ada sekakilagi di hadapan. Huh mengerikan sungguh, Ular ini kelihatan slim dan kurus walaupun badannya panjang. Ini mungkin sebab ular ini dah lama sangat berpuasa. Dengan tertangkapnya seekor ular ini maka kuranglah sekor pemangsa dalam reban teman. pasukan ini cepaty betul baut kerja sampai teman tak sempat nak amik gambar. Yang nampak hanya bahagian ekornya sahaja semasa dimasukkan dalam guni. Sekian..







21 August 2010

Rehat sekejap sehingga Isnin ini..

Salam,

Teman nak bagitau yang teman akan berada dalam mood bekerja keras sehingga hari isnin ini untuk  urusan yang sepetutnya teman lakukan. Hujung minggu ini teman terpaksa menyiapkan laporan banci yang perlu dihantar setelah tamat sahaja pembancian dilakukan dinegara kita. Tarikh akhir pembancian rasmi adalah pada 22 hb ini dimana pembanci tidak akan datang lagi kerumah anda untuk membanci.

Sekiranya anda ada terjumpa pembanci selepas hari isnin ini, pastikan anda periksa butiran peribadi dan juga pas kebenaran banci yang dibawa. Takut nanti ada penyamar pula nak buat projek kat rumah anda. Abis semua barang bernilai anda akan dibanci dan dirembat.

Teman akan mula menulis semula selepas hujung minggu ini. Harap maklum.

17 August 2010

Pembersihan telur

Salam,

Untuk memberi komen kepada saudara kita dari anggerik farm, teman lebih suka berpegang kepada kepahaman teman sebelum ini mengenai aktiviti pembersihan telur sebelum dimasukkan kedalam incubator. Seperti yang semua orang tahu, telur mempunyai satu lapisan mambran diluarnya yang menyerupai lilin. Lilin ini dihasilkan secara semulajadi oleh ibu ayam untuk melindungi telur tersebut. sekirnaya ada berlaku geseran atau satu torehan, telur tersebut akan terdedah kepada jangkitan penyalit kerana lapisan lilin tersebut telah terdedah.

satu lagi maklumat penting, telur ayam sebenarnya bernasf atau dengan kata lain telur tersebut mempunyai liang2 udara yang membenarkan udara menembusi kulit telur. Kita akan dapati saiz atau ruangan poket udara dibahagain tumpul telur ayam akan membesar atau lebih luas dalam peringkat pembesaran embrio telur tersebut, Ini adalah buktinya yang sebenarnya telur ayam boleh ber"nafas".

Apa yang menjadi masalahnya sekarang adalah, ruang udara ini cukup luas untuk membenarkan molekul2 air melepasi kulit telur sehingga memasuki telur tersebut. apabila ada pencemaran dari air tersebut, biasanya tindak balas akan berlaku dan telur akan menjadi busuk atau dalam bahasa kita dah menjadi tembelang. Mungkin ada yang berpendapat mereka berjaya menetaskan telur yang telah dibasuh sebelum ini dengan jayanya. soalan yang ingin teman nyatakan adalah berapa peratus telur yang dibasuh tersebut menetas dari keseluruhan telur yg dibasuh?. Teman pernah melakukan beberapa ujikaji mengenai aktiviti pembasuhan telur sebelum ini. Dan result dari percubaan tersebut biasanya negetif dan menghampakan.

Kalau kita perhatikan vedio dari sumber internet terutama dari Youtube, kita akan dapati proses pembersihan iaitu pembasuhan telur ada dilakukan. Telur segar yang baru datang dari ladang akan dibersihan dengan satu sistem khas yang ada beberapa syaratnya. Pertama telur dibasuh dengan air bersuhu tepat 37.5 sepanjang masa. Telur disembur dengan air bersuhu ini selama beberapa saat dengan pancuran halus. Satu tindakan membersihankan telur secara fizikal dijalankan semasa telur disembur air. Kemudian telur tersebut dikeringkan dengan teknik hembusan angin yang juga bersuhu 37.5 darjah. Syarat yang paling ketat adalah kesemua proses ini dijalankan dibawah kurang dari 30 saat sahaja.

Telur ini perlu dibersihan kerana selalunya telur baru datang dari ladang berada dalam keadaan kotor. Kalau dipikirkan, mengapa semua proses tersebut dijalankan dalam suhu terkawal dan prosesnya sangat cepat. Mungkin kerana kita tak mahu telur tersebut terdedah lama sangat terhadap air dan mengelakkan air sempat masuk kedalam telur. So kalau kita mahu membasuhnya juga, mungkin kita perlu melakukan perkara yang sama dengan memastikan semua syarat yg diperlukan dipatuhi.

Telur yang telah terdedah atau telah dimasuki air biasanya mempunyai peratusan penetasa yag sangat rendah. Didalam pusat penetasan, biasanya incubator yang digunakan akan disanitasi dahulu sebelum telur dimasukan. Dan seterusnya selepas telur dimasukkan kedalam incubator, satu proses sanitasi menggunakan bahan kimia beruap akan dilakukan. Ini bagi memastikan telur yang dimasukkan benar2 bersih dari jangkitan bekteria. Sistem yang digunakan adalah denagn tidak sesekali membuka incubator tersebut sehingga ke saaat telur itu menetas. Ini bagi meminimakan kebarangkalian telur tersebut tergangu atau terdedah semasa pengeram. Oleh itu proses candling tidak akan dilakukan. Cuma candling akan dibuat semasa memasukkan telur tersebut ke setter iaitu masa menunggu telur tersebut menetas. Yang mana gagal, akan dibuang terlebih dahulu.

Namun untuk kita, pengguna incubator kecil buatan tangan ini, candling perlu dilakukan bagi memaksimakan ruang yang digunakan disamping mengurangkan kehampaan bila kita mendapati jumlah telur yang tak menetas tinggi nanti. Kalau yang menggunakan teknologi komputer di pusat penetasan pun hanya mempu untuk mendapat peratusan 70% menetas, inikan pula kita yang menggunakan incubatror budget murah lagi kurang teknologi.. Untuk komen dari saudara Angerik, proses tersebut mungkin boleh digunakan sekiranya kita hendak menjual atau menyimpan telur yang dikeluarkan. Untuk proses pengeraman teman rase dah tak sesuai.. apa2 pun mungkin anda boleh mencubanya dahulu dan mempercayai apa yang teman fikirkan.. sekian.

16 August 2010

Perangkap Lalat kos Murah..

Salam,

Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula penyakit yang akan melanda reban kita. Biasanya kalau reban kita sering sangat diserang dengan lalat setiap masa, itu adalah petanda yang reban kita kurang bersih dan diselenggara dengan baik. Namun kalau anda perasan, kadangkala ada bulan2 yang reban anda akan diserang dengan lalat. Bab kata orang lama, biasa lalat akan keluar dengan banyaknya apabila sampai bulan3,6 dan 9. ketiga bulan ini dikatakan musim lalat akan mengawan berkumpulan dan akan berhijrah disekiling sarangnya.

Biasanya kalau reban kita diserang dengan lalat, kita mungkin menggunakan perangkat lalat yang sedia ada dipasaran. Kadangkala kalau jumlahnya dah terlalu banyak, kos untuk membunuh atau memerangkap lalat ini turut membebankan. Baru2 nie teman ada cuba untuk menguji ciptaan teman yang terbaru. Nak kata ciptaan tak lah sangat sebab tah apa2 cuma satu rekaan yang lebih mesra alam. Teman rase mungkin anda semua boleh mencubanya dengan skala yang lebih besar atau membuatnya dengan lebih kemas lagi













 Dengan menggunakan satu botol air terpakai kita memotongnya kepada 2 bahagian.













 ni lah rupanya potongan 2 bekas tadi. Jgn buang manabahagian kerana kita nak guna semuanya.














 Bahagian yang ada muncung atau yg atas kita potong bawahnya. Potongan sebegini akan menjadi pintu masuk kepada lalat tadi untuk bekas umpan diatas. Ini adalah bahagian bawah bekas perangkap kita.













 Kemudian  gunakan paku yang dipanaskan atau menggunakan set pateri untuk anda melubangkan bahagian atas bekas tadi yang mengecil. perlu diingat yang saiz lubang perlu lah lebih kecil dari saiz lalat kerana kita hanya nak membenarkan bau umpan kita keluar dari botol dan bukannya nak untuk benarkan lalat keluar masuk.

 kemudian kita masukkan potongan bawah botol atau bahagian yang kita tak buat apa2 tadi. telengkupkan sahaja diatas sehingga menjadi satu ruang untuk memerangkap lalat. Pastikan muncung botol tu tak mencecah bekas atas kerana moncong tu akan menjadi ruang masuk bagi lalat mencapai umpan yang kita letakkan. kiranya hanya satu lubang sahaja yang membenarkan lalat tu masuk iaitu melalui muncung tersebut dari bawah.













 inilah rupanya bekas yang telah kita buat. Dicealh bahagian dalam bekas atas tadi kita letakkan umpan seperti letur busuk ataupun kulit udang yang tealh kita kopek. Umpan mestilah yang mampu untuk menarik lalat untuk hinggap dan mengurungnya. Teman letakkan pelekat dipenyambung botol antara 2 bahagian ini kerana tak nak benda ini tercabut semasa jatuh bila dilanggar ayam atau kucing. Kalau anda mungkin lekat kan sedikit sahaja denagn pita agar mudah kita nak mencucinya nanti bila lalat mati dah penuh dalam tu.














 Letakkan alat ini ditengah reban atau dikawasan yang biasanya lalat suka menghurung. Kalau boleh buat sebanyak mungkin dan letakkan merata direban anda untuk memerangkap reban. anda juga boleh mengantung perangkap ini ditempat yang tinggi sekiranya anda mahu dan masih mampu berfungsi.
















 Inilah hasilnya dalam masa 10 minit sahaja sekiranya anda sedang diserang dengan lalat. Walaupun dengan menggunakan bahan terbuang dan kos yang paling sedikit, anda berjaya membuat perangkap lalat yang mudah dan berkesan.

Lalat akan mencari umpan kita kerana bau yang dikeluarakan cukup menarik perhatiannya. Dalam pencarian tersebut, lalat ini akan memasuki perangkap dari bawah sehingga kecurungnya. Lubang yang dibuat akan memancing lalat tersebut terus ke penhujung muncung botol dan menghurung umpan yang berada disisi dalam bekas tersebut.

Entah bagaimana setelah termasuk dalam perangkap ini lalat tidak akan berjaya keluar semula dari bekas ini kerana tertipu dengan bekas ini. Pada dasarnya ketelusan atau kejernihan botol ini membuatkan lalat ini akan terus mencuba keluar dari perangkap tanpa masuk semula kecurung kecil itu. Dalam usaha lalat ini untuk keluar, lalat ini akan mati dalam perangkap ini setelah berada semalaman terperangkap. Rahsia kejayaan perangkap ini adalah bekas ini yang lutsinar. Kalau anda buat dengan bekas yang gelap atau berwarna lain, biasanya lalat ini akan berjaya mencari jalan keluar kembali melalui lubang yang dimasuki.

Selamat mencuba..


















15 August 2010

Bantuan kepada penternak kita!!

Salam,

Semua orang tahu yang ada beberapa penetrnak kita yang telah mengalami masalah serangan penyakit dan yang paling merbahaya adalah serangan sampar. Bagi kita tiada apa yang lebih menakutkan dari kehilangan ternakan yang dibelai selami ini dengan penuh kasih sayang. Bagi yang betul2 menentu ukurkan ternakan mengikut harga pasaran, setiap ekor ayam yang berkokok atau yang lalu didepan mata dilihat sebagai duit yang merayap. Kalau ada 10 ekor yang lalu yang dinampak adalah RM 200 yang ada didepan mata. Begitulah pelbagai cara kita menilai ternakan. Ada juga yang melihat ternakannya adalah ternakan tek ternilai harganya sehinggakan ada yang menawarkan pembelian harga yang gila2, pemiliknya masih enggan menjual.

Namun, kalau diperhatikan selami ini apabila ada penternak yang menghadapi masalah penyakit direban terutama yang menyerangnya adalah sampar, kita hanya melihatnya dengan mata yang sayu dan mengirimkan doa agar pemilik akan pulih seperti biasa. Sebenarnya reban citypull pun tak lepas dari menghadapi masalah yang sama. Dengan jumlah ternakan mati melebihi 200 ekor sebelum ini, kami juga pernah lalui saat sedih dan perit apabila melihat ternakan diserang penyakit kejam ini. Yang paling memeritkan adalah kepenatan mengali lubang untuk menanam ternakan.

Apa yang cuba teman sampaikan disini adalah, cita2 kita sebelum ini untuk berpersatuan. Memang pada hematnya, jika kita ada persatuan, kita nampak lebih gah dan lebih berorganisasi. Banyak aktiviti boleh dijalankan dan perjumpaan demi perjumpaan lebih mudah dilakukan. Namun bagi teman, untuk bersosial dengan berpersatuan memerlukan lebih dari perjumpaan semata2. Dengan adanya persatuan, politik, admin, pemilihan kuasa dan perebutan yang tak sepatutnya akan dengan sendirinya berlaku. Tambahan pula bila persatuan berada dalam naungan kaki yabg besar sehinggakan persatuan tersebut menjadi besar dan terus besar. Dan yang paling biasa akan kita lihat adalah, kepayahan ajk atau mereka yang berada dalam persatuan ini untuk memenuhi permintaan atau tuntutan dari mereka yang menyertai persatuan, Ini kerana telah menjadi kebiasanya kita jika berpersatuan atau memasuki sesuatu organiasasi, kita hanya berminat untuk mendapat manfaat atau bantuan percuma. Jika tiada kepentingan, mulalah persatuan tersebut dikritik hebat dan mengatakan org yng bertungjus lumus didalamnya tak tau nak buat kerja. Yang paling hebat kritikan itu menjadi lebih berat sehingga mencapai taha menghina dan mengutuk.

Oleh itu, sebelum kita terus memikirkan tetang persatuan atau ada kelab, adalah lebih baik agar kita buat masa sekarang mengadakan satu trend atau satu budaya untuk membantu mereka yang menghadami maslaah serangan penyakit sehingga memusanahkan ternakan mereka. Mulai sekarang, apabila terdengar sahaja ada ada dikalangan penternak kita yang menghadapi masalah ini, kita akan membantu dengan menyumbang sedikit ternakan untuk membantu penternak pulih semula selepas serangan. Ini bermakna kita akan menyumbang ternakan merupai mungkin sepasang induk jantan dan betina atau seekor jantan dengan beberapa ekor ibu ayam untuk sahabat kita mula menternak semula apabila telah membersih reban. Jika ada 10 penternak lain yang membantu, teman rase dalam sedikit masa sahaja kita dalam membantu rakan ternakan kita yang dilanda masalah. Berapalah sangat nialai kalau kita membant dengan 2-3 ekor ternakan kita tetapi teman rasa bagi mereka yang menerimanya mungkin akan berpikir disebaliknya.

So kalau anda semua bersetuju, kita boleh mulakan dengan membantu saudara ajin kita untuk permulaan. Cuma pastikan reban beliau telah benar2 pulih dari masalah penyakit dan ternakan tadi dapat hidup semula. Selepas ini apabila kita terdengar ada pentenak lain menghadapi masalah yg sama, satu usaha sepertinya akan kita lakukan. Harapan teman, inilah cara terbaik kita untuk bermasyarakat atau mengwujudkan satu jaringnan berpesatuan sebenarnya.. sekian..

12 August 2010

PENUTUPAN reban sementara

Salam,

Untuk makluman saudara semua, wabak sampar dah mula melanda kawasan berhampiran reban teman. Yang terbaru adalah serangan terhadap reban saudara kita di dengkil dan yang semua orang tahu apa yang berlaku di reban opah. Bagi langkah berjaga2 berikutan abak ini sudah begitu hampir dengan reban teman, teman ingin menutup sebarang lawatan kereban teman buat masa ini terutama dalam bulan Ramadan.

Seperti yang semua tahu, serangan virus boleh merebak melalui udara dan yag paling kerap berlaku adalah jangkitan melalui pembawa kedua iaitu melalui manusia. Pelawat boleh membawa atau mengangkut pergi virus ini melalui pakaian ataupun kasut yang digunakan semasa berada direban. Elakan melakukan sebarang traksaksi ketika ini sekiranya anda terdengar serangan wabak ini dikawasan yang anda ingin pergi.

Walaupun anda yakin yang reban anda telah dilindungi dengan vaksin, teman kuatir vaksin yang anda gunakan tidak bertetapan dengan serangan yang berlaku. Contohnya kalau anda menggunakan vaksin new castle, mungkin serangan ini berkaitan dengna virus gumboro. Maka vaksin yang digunakan takkan membantu ternakan anda  melawan dengan seranagan ini. Begitu juga dengan tahap keberkesanan vaksin tersebut, Kadangkala kita terbeli vaksin yang telah rosak atau pernah terdedah kepada suhu yang salah sebelum ini. Sebagai contoh kita terdedah vaksin ini disuhu bilik melebihi tempoh yang dibenarkan.

Oleh itu, langkah pencegahan adalah yang lebih baik sisaat ini bagi mengelakkan reban kita turut juga diserang dengan mala pertaka.. sekian..

10 August 2010

Antara cabaran penternak ayam kampung Asli

Salam,

Ramai juga yang bertanya kepada teman mengapa sampai sekarang kita nie penternak melayu masih belum betul2 berjaya atau maju dalam penternakan ini?. Selalunya jawa[an teman lebih kepada masalah atau cabaran yang belum selesai yang dihadapi penternak sekarang dan Insyallah kalau nanti semua masalah itu dapat diselesaikan, mungkin ianya akan menjadi bidang yang sangat menjanjikan pendapatan lumayan. Kalau dibenarkan, teman suka untuk membuat perumpamaan penternakan ayam kampung asli ini berbanding ternakan ayam kacuk dimana bolehlah kita katakan menternak ayam kacuk seumpama menternak ikan keli dan menternak ayam asli seumpama menternak ikan haruan bodoh atau ketutu. Ikan keli cukup mudah penjagaanya dan boleh dibela dalam jumlah yang banyak dalam satu kolam manakala ikan ketutu lebih rumit penjagaanya serta jumlah penternakan belum ada lagi dibuat secara komersial dalam satu kolam besar berikutan sifatnya tersendiri. Soal harga sememangnya sangat berbeza berikutan permintaan serta kesukaran menternak yang berbeza.

Antara cabaran yang perlu dihadapi penternak sekarang sekiranya menternak ayam kampung asli adalah kaedah penjagaan serta urusan reban yang berasingan.Boleh lah kita senaraikan cabaranya seperti dibawah:

1. Ketiadaan benih ayam ini dipasaran yang boleh dibeli dengan kosisten dengan jumlah yang banyak. - perkara ini telah lama menghantui penternak yang ada sekarang dimana usaha untuk memajukan diri dalam penternakan tak mampu dilakukan. Untuk berjaya atau memperkembangkan perternakkan kita, biasanya kita perlu untuk memperolehi belakan anak ayam ini berterusan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dari sini pengeluaran dapat dikawal mengikut permintaan setempat disamping menjamin peratusan pengeluaran ayam tidak akan turun.
Buat masa sekarang, penternak kita hanya bergantung kepada belakan anak ayam sendiri sama ada dieramkan secara tradisional atau mengunakan mesin dan kadang kala mendapat bekalan dari orang perseorangan yang menjual mengikut musim. Jika masalah ini terus berlanjutan, teman rasa industri yang kita ceburi ini tidak akan sampai ke skala komersial. Melainkan kalau kita sanggup untuk membina satu pusat penetasan sendiri dengan mengumpul sejumlah induk menghampiri 2k minama. Bekalan anak ayam ini akan digunakan sendiri tanpa dijual dan diternak sehingga matang. Namun jumlah ayam yg dikeluarkan juga teman kuatir tidak kosisten dan kekurangan mungkin berlaku ketika musim ayam rehat bertelur.

2.Cabaran seterusnya adalah untuk mencari setting reban yang terbaik untuk ayam ini memandangkan perangai ayam ini yang sangat berbeza denagn ayam kacuk. Dengan kacuk, kita mempunyai kelebihan untuk menternaknya dalam jumlah yang besar mengikut usia yang sama dan masalah pengurusan adalah kurang berbanding dengan ayam kampung asli. Ayam ini bila dikumpulkan dalam kumpulan yang besar akan cenderung untuk berpuak2 atau membentuk kumpulan2 tertentu yang pada akhirnya akan berentap sesama mereka sehingga mati. Jumlah ayam yang mati akibat gejala ini kadang kala boleh mencecah sehingga 25% dari jumlah ayam yang diternak.

Oleh itu antara percubaan sebelum ini yang pernah teman buat adalah dengan mengasingkan jumlah ayam ini mengikut kumpulan kecik dengan jumlah bagi sesuatu kumpulan tidak melebihi 50 ekor. Bagi teman ianya lebih kepada gambaran asas atau kelakuan asalnya yang hanya bergaul dengan adik berada sebapa atau seibu mereka. (ibu n bapa ayam lah yek.. bukan manusia). Cubaan teman ini untuk menternaknya dalam jumlah yang besar iaitu melebihi 200 ekor sering gagal dan mengundang malapertaka. Begitu juga dengan masalah induk yang cuba kita ternak. kalau idea untuk menternak ayam ini dengan nisbah 10:1 dalam satu reban yag besar adalah sangat memerbahaya dengan beberapa kesan gejala yang timbul selepas itu.

3. Cabaran seterusnya adalah jangka penternakan yang lama bagi seekor ayam iaitu sehingga 5-6 bulan. dengan tempoh masa yang lama serta kos makanan yang semestinya akan berkadar sama dengan tempoh, pengurusan yang cekap diperlukan bagi mengelakkan kerugian akan datang. Dengan FCR ayam ini mencecah 1:4, penggunaan dedak (yang lebih mudah) tidak mendatangkan keuntungan kepada penternak. Walau sebesarmana pun ternakan anda nanti, pengantungan kepada dedak komersial 100% perlu dielakkan.

4. Cabaran seterusnya adalah kos permulaan yang agak tinggi kerana untuk memulakan penternakan ini ada kebiasaannya perlu membina 2 jenis reban iaitu induk dan didik berikutan jumlah pengeluaran anak ayam dipasaran yang rendah. Kos lain yang besar adalah pembelian baka atau induk yang semua orang tahu sangat tinggi berbanding kalau kita menternak ayam kacuk dimana kita hanya perlu membeli anaknya sahaja. Kos2 inilah yang sering mengagalkan penternak yang baru untuk memulakan penternakan melebihi 500 ekor. Kebanyakkan penternak akan memulakan penternakn secara kecil2an terlebih dahulu untuk membesarkan ternakan mereka. Masa yang diperluakan untuk mengembangkan penternakan ini mungkin melebihi setahun.


Dengan cabaran2 ini, teman rase kita sebagai penternak harus lebih agresif untuk menyahutnya dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian sebelum boleh menarik nafas lega menternak secara komersial. Teman sering melihat mereka yang bermodal besar tetapi masih terkial2 menjalankan penternak ini. Bagi mereka yang dah memulakan, teman harap jangan cepat putus asa kerana untuk penternak jenis ungas yang menjadi sumber protien yang paling popular diMalaysia. jumlah dan kuantiti ternakanlah yang menjadi kejayaan anda. Juka anda berjaya meningkatkan pengeluaran ternakan anda saban bulan, teman yakin impian anda menjadi penternak berjaya menjadi kenyataan. Amin..

Diploma ternakan ayam kampung?

Salam,

Teman nak bercerita sedikit malam nie pasal mungkinkah suatu hari nanti akan ada satu bidang atau khurus yang ditawarkan dipusat pengajian mengenai Diploma penternakan ayam kampung? satu yang tak pernah pun teman terpikir sebelum ini. Tetapi tak salah kalau kita berharap nanti suatu ketika anak muda kita atau kita sekarang yang dah dewasa ini untuk berpeluang mengambil sijil diploma ini dengan jayanya dan menjadi penternak yang hebat serta moden.

Baru2 ini teman dilawati dengan kunjungan mengejut atau kunjungan yang begitu cepat dirancang oleh pensyarah atau orang2 kuat dari Kolej Pertanian Serdang yang berhampiran dengan MARDI dan UPM. kebetulan UPM adalah sekolah teman lama dahulu yang pasti akan mengimbau banyak sejarah dan kisah silam heheh. Tepat seperti masa yang dirancangkan, teman melihat sebuat bas singgah didepan rumah teman dengan semua hulubalang2 yang ada untuk melawat. Dalam lawatan dalam lingkungan 2 jam tersebut, wakil dari kolej tersebut begitu teruja untuk mengwujudkan satu kos khas untuk menternak ayam kampung ini. dan juga mereka mungkin memasukkan semua jeni sternakan unggas termasuk dengan ayam daging dan ayam kampung pedaging atau kacuk. Huh...

Kalaulah benda2 ini betul2 terjadi, teman rasa teman sangat gembira kerana ketika itu penternakan ayam kampung asli yang diperlekehkan atau dipinggirkan kerana orang beranggapan yang ternakan ini hanya layak diternak oleh orang kampung sahaja telah diajar di institusi pengajaran yang ada. dan mungkin kepada mereka yang berminat, satau hub atau ruang untuk belajar denagn baik telah terbuka tanpa perlu ragu2 lagi dengan mutu pembelajarannya. Namun buat sekarang wakil tersebut sedang sibuk membina reban terlebih dahulu untuk memasuki fasa percubaan sebelum mendapat kata putus untuk mengwujudkan kos ini. HUH.. mintaklah ini semua menjadi kenyataan.

Apa yang akan berlaku sekiranya kos ini diwujudkan? bagi teman, denagn adanya pengikirafan yang diberikan, mata orang ramai akan lebih terbuka dan ternakan ayam akan semakin diminati sebagai satu lagi cabang perniagaan berasaskan pertanian yang boleh menjana pendapatan pengusahanya. Mungkin, selepas ini, pandangan orang ramai terhadap penternak akan berubah dan teknologi dan cara batu dalam menternak akan lebih maju. Kalau boleh kita kekalkan rase serta keaslian ternakan ini dengan tidak sesekali mengubah atau mengganggu keaslian seperti kematangan dan rase manisnya. Yang teman tak sabar nak lihat nanti adalah rekaan2 reban baru yang lebih mesra ayam kampung yang berbeza dengan ayam kampung kacuk dan kaedah penternakan serta pengurusan yang lebih baik. Dan teman juga berharap akan ada pihak yang sudi untuk mengeluarkan benih anak ayam kampung asli dengan jumlah yang banyak untuk dibeli penternak dan tidak lagi bergantung kepada bekalan sendiri atau penternak kecilan yang ada sekarang.

Esok akan teman masukkan gambar2 lawatan yang dilakukan dan menulis banyak lagi dalam blog teman. Disebabkan pembancian pun dah sampai kepenghujungnya, masa yang dapat teman luahkan akan lebih lagi. Sekian..

teman dah kembali berblogger

Salam,

Ribuan ampun dan maaf kepada semua pelawat blog teman atau reban maya yang tak seberapa ini. Lama sungguh sebenarnya teman tak beronline. Ini disebabkan ada masalah dengan berukband yang teman guna sebelum ini. Kali ini teman terkejut dengan bill yang dikeluarkan oleh pihak terbabit yang agak menakutkan. Kalu dulu bill internet bersama penggunaan phone tak sampai pun RM150 sebulan, tetiba semua menjadi lebih dari RM200. Rupa2nya tempoh diskaun untuk pakej yang teman ambil dahulu dah tamat dan dah terlebih 2 bulan. terkejut bila bill sampai dan jumlah yang perlu dibayar menghampiri RM500 untuk 2 bulan. Huh terkejut betul teman.

Dan bila dicari pakej baru yang ada baru teman sedar sekarang ada pelbagai jenis pakej yang ditawarkan dan sangat murah berbanding dari jumlag harga setahun setengah dahulu. Sungguh kuat persaingan antara pengeluar broadband sekarang. Malah yang teman guna sekarang nie adalah dari jenis prepaid dimana boleh ditoup sahaja tanpa perlu pergi membayarnya ditemapat yang ditetapkan. Sungguh selesa dan lebih menjimatkan. Sekarang kos untuk penggunaan internet teman rasa tak sampai pun RM50 sebulan.. Alhamdulilah.

Oleh itu dalam sebulan ini ditambah dengan kesibukan menjalani kehidupan sebagai pembanci, teman langsung tak tgk akan blog teman nie. Taksangka pula ramai betul yang mencari. Teman mohon maaf kalau anda semua terdengar pasal incubator yang tak dapat dihantar seperti yang dijanjikan kepada 2 pelangan yang bukan dari semenanjung iaitu dari sabah seorang dan dari sarawak seorang. Anda juga ada terdengar rungutan dari saudara arif yang mengatakan incubator nya rosak. Sebenarnya, masalah yang dihadapi ini adalah disebabkan oleh ketiadaan stock thermometer dipasaran iaitu di jalan pasar. Selang 3 hari sekali teman akan datang kesana untuk membeli barangan tersebut namun gagal kerana tah kenapa semuanya tiada. Dah hampir sebulan perkara ini berlaku dan teman dijalan buntu. Untuk penghataran dari sabah aritu, ada masalah pos dimana barang penghantaran hilang diperjalanan dan tuntutan yang teman dapat hanyalah RM 30 sahja. So bila teman nak hantar baru kepada pelangan kita nie, thermometer pula takde. Itulah sebeb mengapa pengeluaran incubator dihentikan sementara. Bukan tak nak buat incubator tetapi tak boleh nak buat. Untuk thermostart takde masalah.

Untuk masalah en arif, saya rasa bukan masalah thermostart rosak atau masalah teknikal tetapi lebih kepada masalah untuk setting tu. bagi teman setting yang teman beri aritu adalah untuk jenis dasar dimana penggunaan tray tak diperlukan. tetapi saudara kita mungkin ada melakukan pengubah suaian yang dipikirkan betul. Janji teman nanti sekiranya sudah ada stock thermometer teman akan gantikan dengan yang baru dengan setting yang betul. Aritu pun teman sangat berat nak bagi incubator tersebut berikutan tiadanya tray dan thermometer. Tetapi saudara kita tetap berkeras untuk mengambilnya juga, mungkin dari sini berlakukannya salah setting bagi incubator tersebut.

Namun teman rase masalah thermometer ini akan selesai dalam sedikit masa lagi sbb teman dah jumpa sumber lain untuk membelinya dan jualan akan dibuka semua. Dengan internet baru dan dan masa yang lebih banyak selepas ini teman akan aktif semua. Harap anda semua jgnlah merasa marah atau curiga lagi. Hehehe teman tak marahkan dengan kegeraman yang berlaku sbb ibarat air laut ada pasang dan surutnya. Dah hampir 2 tahun teman duduk sahaja direban mengkaji pasal ayam. So bila ada peluang untuk teman bersosial dengan menjadi pembaci, teman pun terlalu asyik sedikit hehehe. Nanti kita bersambung di entry lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails