31 August 2009

preparation dari incubator..

setelah telur anda menetaskan anak ayam.. anak ayam dibiarkan sehingga kering bulunya.. tempoh masa penngeringan berbeza bagi setiap incubator bergantung kepada tahap kelembapan dalam sesuatu incubator. Ada yang hanya mengambil masa 12 jam dan ada yang mengambil masa 48 jam. Antara ciri2 anak ayam yang sudah bersedia untuk dikeluarkan dari incubator adalah anak ayam ini sudah berdiri tegak diatas kakinya..bulu telah keraing dan kembang sepenuhnya, mata terbuka dan bersinar, sentiasa alert dengan persekitaran terutama semasa kita membuka pintu incubator dan sudah mula mematuk2 dipermukaan tray incubator. anak ayam ini bolehlah terus dimasukkan kedalam brooder. Broder untuk permulaan kehidupan anak ayam eloklah diletakkan dikawasan atau pondok yg tidak terdedah pada suhu persekitaran dan panas terik matahari. Kawasan yang terlindung dari gangguan nyamuk dan hama adalah satu bonus

--- dlm progress---

14 August 2009

Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?


Ternakan ayam kampung,

Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam kampung ini? adakah ianya berbaloi, adakah saya perlu melakukannya sepenuh masa, berapa cepat keuntungan boleh dicapai dan banyak lagi persoalan, kalau yang dah baca blog saya dari awal mungkin dah dapat sedikit sebanyak cerita tentang penternakan ayam kampung ini. kalau yang belum mungkin agak penat jugalah saya nak bercerita kerana terlalu banyak yang tersurat dan tersirat mengenai ternakan ini. Namun perkara pokok yang ingin saya tekankan bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya dalam penternakan ini. Semuanya perlukan daya usaha disamping berkat dari tuhan.

jika ingin memulakan penternakan, terdapat beberapa kaedah yang sesuai dilakukan khasnya untuk penternakan ayam kampung biasa atau sering digelarkan sebagai ayam kampung ori(asli). Persoalan sejauh manakan yang dikatakan ayam kampung ori ini takde sapa yang boleh menjawab dengan tepat. dari mana datang asalnya dan apakah blood line yang paling tepat. Ada yang mengatakan ayam kampung pertama dibela adalah pada sekitaran tahun 3050 han dimana kerajaan melalui badan yang bertanggungjawab dengan penternakan mengacukkan ayam hutan asli yang duk merayap dihutan dengan baka luar negara. hasilnya adalah ayam kampung yang mempunyai sifat seperti ayam hutan (boleh terbang dan sebagainya) tapi mempunyai isi yang lebih dan mudah dibela. Seterusnya hasil kajian dan pengkacukan antara jenis ini dengan ayam baka lain yang tidak dirancang menhasilkan baka baru yang duk ada di belakang umah org kampung sekarang. Kesimpulanya jenis blood line tidak penting tapi ciri2 dan cara penjagaan yang perlu dititikberatkan dalam penentuan ayam kampung ori..

semua ayam yang seakan ayam hutan(warna, rupa, cara membesar, rasa dan sebagainya) boleh dianggap ayam kampung. Ayam kacuk juga adalah asal darahnya dari ayam kampung biasa yang dikacukkan dengan ayam kampung luar negara untuk mendapatkan daging yang lebih baik. ciri yang paling jelas untuk menentukan berbezaan antara biasa(ori) dgn kacuk adalah seperti:
1. lihat pada kakinya. tentukan saiz- sepatutnya saiz mirip seperti ayam hutan, kecil dan pipih
2. lihat pada warnanya-biasanya ayam hutan banyak warna untuk tujuan dominan semasa menarik perhatian pasanganya- makin kurang jumlah warna semakin jauh ayam tu dari ori.
3. lihat pada perubahan fizikal- ayam kacuk dilakukan perbagai perubahan untuk menghindari masalah pembelaan dalam kawasan yang sempit seperti pemotongan bulu terbang disayap, pemotongan paruh atas dan sebagainya.
4. perhatikan tempoh matang atau tempoh sampai tahap jualan, untuk yg ori sekurangya 6 bula dan yang kacuk paling awal 1 1/2 bula keatas.
5. perhatikan tahap kecergasan seperti kemahiran asas berlaga, terbang, bertelur dan mengeram,berkokok dan sebagainya.

oleh itu tidak kisahlah kalau ayam yang dibela ada perbagai jenis dari yang berwarna merah hingga yang takde bulu dileher.
setelah pemilihan dilakukan ada boleh mula membela denagn memilih kaedah seperti dibawah:
1- membeli induk jantan dan bertina yang sudah matang atau yang menghampiri tahap matang-hasil untuk cara ini adalah jualan telur,anak atau daging sekiranya kita membela anak yang ditetskan sehingga tahap boleh dijual. antara keperluan adalah incubator dan reban asuhan yang baik
2-membeli anak ayam seawal usia satu hingga 14 hari-cara dengan menjual daging apabila anak ayam mencecah usia boleh jual-hanya memerluakn reban yang sesuai untuk penternakan
3-membeli sebilangan anak ayam dari saiz satu hari hingga 3 bulan dan membeli sebilangan induk matang. dengan cara ini jualan telur dan anak ayam dapat dimulakan pada awal penternakkan lagi. keperluan yang patut ada adalah gabungan bagi kedua2 jenis cara diatas. Cara ini adalah yang terbaik dari pendapat saya, namun reka bentuk reban dan daa usaha yang tinggi diperlukan kerana pemeliharaan memerluakan pemerhatian diperingkat usia yang berbeza.

saya cuba untuk mengadaptasikan cara penternakan ayan kacuk untuk penternakan ayam kampung biasa, kerana dari pemerhatian saya mereka yang membela ayam kampung akcuk ini cukup bersedia dan tersusun pengurusan reban mereka. kita yang membela ayam kampung biasa ini masih terikat dengan syarat atau cara tradisioanal yang dianggapkan senang. ramai yang beraggapan bela ayam kampun ini senang dan mudah, tapi percayalah bagi saya yang telah menternak hampir setahun ini menghabiskan masa hampir 8 jam sehari direban bagi memastikan sistem yang betul dapat dibina bagi memudahkan pengurusan. Masalah yang paling ketara adalah dari segi makanan, keluasan reban, jumlah anak ayam yang terhad dipasaran, masa yang laam sebelum boleh dituai, ragam ayam, pengurusan telur, pengeraman dan penjagaan anak ayam yang masih kecil. bagi yang membela kacuk mereka sudah menerima anak ayam yang banyak dan seragam dari segi usia, reban pula direka bagi memudahkan kerja mereka dan pengeluaran secara besar2an dapat dilakukan. Namun saya berharap pada hujung tahun ini saya mampu mengeluarkan buku panduan lengkap bagi rujukkan penternak baru yang ingin menternak ayam kampung ori khas nya..

13 August 2009

Perkembangan ternakan lain selain ayam





Cubaan kami untuk mempelbagaikan ternakan nampaknya menyeronokan, itik seratai yang dibeli sebanyak 15 ekor pada mulanya tinggal 8 ekor kerana masih kurang ilmu pada masa itu, untuk kumpulan kedua sebanyak 17 ekor lagi sekarang tinggal 14 ekor dan Alhamdulilah bagi kumpulan ketiga sebanyak 15 ekor hidup semuanya, banyak yang telah kami belajar pasal ternakan itik ini. dan bacth pertama telah mula bertelur sebanyak 12 biji bagi 4 induk betina. serati ini sangat aktif dan boleh terbang sehingga ketinggian 6 kaki melangkauwi kepala manusia.. kekadang terkejut juga tgk si serati terbang lepas kepala kerana berebut makanan yang sedang kita bawa.
kemudian kami ada membela 10 ekor puyuh daging dengan 5 putih dan 5 biasa. genab 46 hari sang betian mula bertelur, seronok mengutip 4-5 biji telur sehari n kumpulkan sebelum digoreng nanti.. nak masuk incubator takut tak jadi kerana telur awal burung, timbul hak persoalan macam mana nak canling telur nia, perlu ke dilakukan seperti telur yang lain. Harap usaha kami diberkati Allah dan berkembang sebaiknya..

04 August 2009

turkeys, hujan dan kematian


Masihkah anda ingat 30 ekor ayam belanda yang telah kami beli 2 1/2 bulan lalu.. sekarang semuanya telah besar, gambar atas adalah gambar sekarang yang berat purata setiap ekor adalah lebih kurang 800 gram. apa yg kami perhatikan ayam belanda nie sangat kuat makan berbanding ayam biasa.. mungkin kerana saiznya yang besar dan nafsu yang agak kuat. pada peringkat awal sebulan ayam nie diletakkan didalam brooder dan baru sahaja 3 minggu dilepaskan dalam reban asuhan berlantai tanah. pada mulanya semuanya ok sahaja.. tapi pada satu pagi aku dapati pintu reban mereka terbuka dan semua anak turkeys nie keluar dan bergaul dengan ayam lain. setelah dimasukkan semula pada waktu malam tersebut, anak ayam mula mati sekor demi sekor. Yang menyedihkan anak ayam ini mati dalam masa yang singkat sehingga tak sempat nak dirawat. Masalah yang dikenalpasti adalah kutuhama kepala hitam yang berjangkit pada ayam ini. kemudia kejadian bertambah buruk apabila musin hujan mula turn dan anak ayam nie tak pandai berteduh bila hujan, menyebabkan dorang duduk saja dalam hujan seharian, kesannya demam panas dan lemah antibodi, ubat anti stress dan vitamin diberi terus menerus tapi masalah ini tetap berlaku. dari 30 ekor dicampurkan dengan 20 ekor yang ditetaskan sendiri(hampir sama usia) yang berjumlah 50 ekor sekarang hanya tinggal 28 ekor sahaja.. sedih dan hiba tgk ayam kesayangan bergelimpangan diatas tanah.. kami perlu untuk membuat bumbung bagi mengelakkan hujan tapi kos agak tinggi serta kudrat agak kurang memandangkan sekarang bulan Ramadan. Insyaallah kami akan cuba membina bumbung sementara bagi anak2 ini.

Setelah itu 4 ekor ibu turkeys berat purata 3 kilo mati dalam masa 4 minggu sudah, yg tinggal hanya jantan alpa serta 2 ibu matang sahaja.. kalau nak dikatakan fedup tu dah memang boleh diterima tapi perkara seperti ini perlu dihadapi dengan lebih baik.. kekadang kita tgk reban mereka yang berjaya sangat simple dan tak lawa sangat pun tapi kita terlupa mereka membuat reban melalui pengalaman bertahun, kenapa tinggi sebigini, kenapa ada yang berbumbung ada yang tak, kenapa diasingkan sebigini dan so on so on, kita yang tak tahu ni buat lah reban sedap mata memandang. Tapi tanpa kita sedari rekaan kita salah dan tidak mesra ternakan.

setelah byk bertanya dan merujuk artikal2 di internet dapat disimpulkan bahawa ternakan turkeys ini ada ragam dan syaratnya..antaranya seperti dibawah:

-Turkey(terutama anaknya) dinegara kita tak tahan dengan cuaca extreem seperti musim hujan- so pastikan kawasan berbumbung mencukupi dan kawasan sentiasa kering tanpa lopak air
-Turkeys tak tahan berlapar-perlu sumber makanan teratur dan mencukupi, even lewat beri makan sedikit atau skip bagi makan maka ada lah nanti yang mati.
-Turkeys sangat memerlukan air yang bersih
-Turkeys sangat sensetif dan cepat terkejut
-turkeys sangat alah kepada hama pada ayam(ayam dewasa agak imun dengan hama ini tapi tidak bagi turkeys)
-Turkeys tidak boleh dicampurkan dengan ternakan lain terutama sekali ayam kampung. atau jumlah nisbah ayam melebihi turkey kalau kita campurkan.
-jantan alfa turkeys nie byk yang benggong!! keliru dan suka panjat ibu ayam kampung. sedang sijantan berusah datanglah dia potong line dan memanjat si betina kampung, bayangkan lah berat alfa seberat 7 kilo memijak ibu betina yang tak sampai 2 kilo pun.. pastu dia pijak pulas hentak belakang badan sampai lebih 5 minit.. bila kita sedari berlaku yang tinggal hanya bangkai ibu atau yang hanya tinggal nyawa2 ikan dengan kulit belakang terkopek.
-Turkeys perlu makan dan minum dari bekas makanan yang agak tinggi dari tanah bersesuaian dengan ketinggian badan dan leher yang panjang.
-Turkey sangat suka makan sayuran terutama sayur sawi.
-pergaduhan untuk mendapat gelaran alfa sangat ganaz sehingga mempu melubangkan kepala lawannya.
dibawah adalah link kepada vedio di youtube menunjukan bagaimana turkeys mengawan dan agak mengerikan bagi aku...

http://www.youtube.com/watch?v=Ods3v-97Iiw

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails