Pages

Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?


Ternakan ayam kampung,

Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam kampung ini? adakah ianya berbaloi, adakah saya perlu melakukannya sepenuh masa, berapa cepat keuntungan boleh dicapai dan banyak lagi persoalan, kalau yang dah baca blog saya dari awal mungkin dah dapat sedikit sebanyak cerita tentang penternakan ayam kampung ini. kalau yang belum mungkin agak penat jugalah saya nak bercerita kerana terlalu banyak yang tersurat dan tersirat mengenai ternakan ini. Namun perkara pokok yang ingin saya tekankan bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya dalam penternakan ini. Semuanya perlukan daya usaha disamping berkat dari tuhan.

jika ingin memulakan penternakan, terdapat beberapa kaedah yang sesuai dilakukan khasnya untuk penternakan ayam kampung biasa atau sering digelarkan sebagai ayam kampung ori(asli). Persoalan sejauh manakan yang dikatakan ayam kampung ori ini takde sapa yang boleh menjawab dengan tepat. dari mana datang asalnya dan apakah blood line yang paling tepat. Ada yang mengatakan ayam kampung pertama dibela adalah pada sekitaran tahun 3050 han dimana kerajaan melalui badan yang bertanggungjawab dengan penternakan mengacukkan ayam hutan asli yang duk merayap dihutan dengan baka luar negara. hasilnya adalah ayam kampung yang mempunyai sifat seperti ayam hutan (boleh terbang dan sebagainya) tapi mempunyai isi yang lebih dan mudah dibela. Seterusnya hasil kajian dan pengkacukan antara jenis ini dengan ayam baka lain yang tidak dirancang menhasilkan baka baru yang duk ada di belakang umah org kampung sekarang. Kesimpulanya jenis blood line tidak penting tapi ciri2 dan cara penjagaan yang perlu dititikberatkan dalam penentuan ayam kampung ori..

semua ayam yang seakan ayam hutan(warna, rupa, cara membesar, rasa dan sebagainya) boleh dianggap ayam kampung. Ayam kacuk juga adalah asal darahnya dari ayam kampung biasa yang dikacukkan dengan ayam kampung luar negara untuk mendapatkan daging yang lebih baik. ciri yang paling jelas untuk menentukan berbezaan antara biasa(ori) dgn kacuk adalah seperti:
1. lihat pada kakinya. tentukan saiz- sepatutnya saiz mirip seperti ayam hutan, kecil dan pipih
2. lihat pada warnanya-biasanya ayam hutan banyak warna untuk tujuan dominan semasa menarik perhatian pasanganya- makin kurang jumlah warna semakin jauh ayam tu dari ori.
3. lihat pada perubahan fizikal- ayam kacuk dilakukan perbagai perubahan untuk menghindari masalah pembelaan dalam kawasan yang sempit seperti pemotongan bulu terbang disayap, pemotongan paruh atas dan sebagainya.
4. perhatikan tempoh matang atau tempoh sampai tahap jualan, untuk yg ori sekurangya 6 bula dan yang kacuk paling awal 1 1/2 bula keatas.
5. perhatikan tahap kecergasan seperti kemahiran asas berlaga, terbang, bertelur dan mengeram,berkokok dan sebagainya.

oleh itu tidak kisahlah kalau ayam yang dibela ada perbagai jenis dari yang berwarna merah hingga yang takde bulu dileher.
setelah pemilihan dilakukan ada boleh mula membela denagn memilih kaedah seperti dibawah:
1- membeli induk jantan dan bertina yang sudah matang atau yang menghampiri tahap matang-hasil untuk cara ini adalah jualan telur,anak atau daging sekiranya kita membela anak yang ditetskan sehingga tahap boleh dijual. antara keperluan adalah incubator dan reban asuhan yang baik
2-membeli anak ayam seawal usia satu hingga 14 hari-cara dengan menjual daging apabila anak ayam mencecah usia boleh jual-hanya memerluakn reban yang sesuai untuk penternakan
3-membeli sebilangan anak ayam dari saiz satu hari hingga 3 bulan dan membeli sebilangan induk matang. dengan cara ini jualan telur dan anak ayam dapat dimulakan pada awal penternakkan lagi. keperluan yang patut ada adalah gabungan bagi kedua2 jenis cara diatas. Cara ini adalah yang terbaik dari pendapat saya, namun reka bentuk reban dan daa usaha yang tinggi diperlukan kerana pemeliharaan memerluakan pemerhatian diperingkat usia yang berbeza.

saya cuba untuk mengadaptasikan cara penternakan ayan kacuk untuk penternakan ayam kampung biasa, kerana dari pemerhatian saya mereka yang membela ayam kampung akcuk ini cukup bersedia dan tersusun pengurusan reban mereka. kita yang membela ayam kampung biasa ini masih terikat dengan syarat atau cara tradisioanal yang dianggapkan senang. ramai yang beraggapan bela ayam kampun ini senang dan mudah, tapi percayalah bagi saya yang telah menternak hampir setahun ini menghabiskan masa hampir 8 jam sehari direban bagi memastikan sistem yang betul dapat dibina bagi memudahkan pengurusan. Masalah yang paling ketara adalah dari segi makanan, keluasan reban, jumlah anak ayam yang terhad dipasaran, masa yang laam sebelum boleh dituai, ragam ayam, pengurusan telur, pengeraman dan penjagaan anak ayam yang masih kecil. bagi yang membela kacuk mereka sudah menerima anak ayam yang banyak dan seragam dari segi usia, reban pula direka bagi memudahkan kerja mereka dan pengeluaran secara besar2an dapat dilakukan. Namun saya berharap pada hujung tahun ini saya mampu mengeluarkan buku panduan lengkap bagi rujukkan penternak baru yang ingin menternak ayam kampung ori khas nya..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram