20 October 2011

Harga dedak melambung?

Salam semua,

Teman nak berkongsi sedikit mengenai harga dedak dipasaran negara kita yang selalunya membuatkan penternak menjadi gelisah dan kadangkala macam dah nak putus asa. kalau dulu2 dalam lingkungan 4-5 tahun dahulu harga dedak dalam lingkungan RM30-40 seguni tapi skang teman percaya dah mencecah lebih dari RM 100 kan? Mungkin harga ini agak berbeza dari tempat anda berada sekarang. Apa2 pun harganya memang sekarang macam tak berbaloi tambahan kita yang menternak  secara kecil2an dan hanya membeli secara runcit dengan jumlah ynag kecil. Harganya pasti akan sangat tinggi.

Teman duk tercara2 juga apa puncanya..adakah ini adalah satu konspirasi orang tengah atau pengeluar untuk mendapat keuntungan segera atau ianya melibatkan pemain besar ynag mengimport atau menghasilkan makanan ini. Akhirnya dapat teman simpulkan dengan sebab2 seperti yang teman listkan dibawah.

1. Negara pengeluar seperti India dan China kini mengurangkan eksport produk ini bagi menampung keperluan dalam negara mereka sendiri berikutan permintaan yang sedang meningkat dan peningkatan taraf ekonomi negara mereka. Apabila jumlah eksport atau jumlah pengeluaran kurang dari jumlah permintaan, harga jagung ini akan meningkat.

2. dengan kenaikan harga minyak, negara2 maju dan negara yang terlibat telah memproses jagung kepada etanol( bahan bakar) yang seterusnya meningkatkan permintaan kepada jagung ini berlipat ganda dan mengurangkan stock simpanan jagung dunia. Akhirnya suasana kekuragan bahan ini menekan pasaran dan harga akan melambung tinggi.

Seperti yang semua orang tahu, dedak ayam mengandungi hampir 50% jagung dalam pembuatannya. Manakala dalam pembuatan palet makanan ikan pula pengeluar akan menggunakan jagung jenis tepung atau kisaran halus dalam risipi mereka. Kebergantungan kita terhadap jagung untuk menternak adalah sangat kritikal. Oleh itu kos makanan yang sangat tinggi terpaksa ditelan bulat2 oleh penternak dan kadar keuntungan pada pengujungnya adalah sangat nipis atau lebih teruk lagi langsung tak pulang modal.

Namun terpikirkah kita yang sebenarnya kita sangat bertuah kerana rata2 tanah dinegara kita sangat subur dan sangat sesuai untuk kita menanam sendiri jagung ini. Biasanya orang kita kalau nak menanam jagung lebih mengira untuk menjualnya sebagai bahan hiliran makanan kepada manusia tetapi bukan untuk ternakan. Mungkin anggapan jagung ini terlalu berharga dan lebih menguntungkan kalau kita menjual sebagai makanan manusia.

Kita juga mungkin berpendapat yang jagung yang akan kita tanam ( mungkin jagung manis) tak sesuai untuk diberi makan kepada ternakan. Kita juga beranggapan yang jagung kering yang kita beli untuk ternakan adalah dari jenis khas atau istimawa untuk ternakan sahaja. Yang paling silap sekali kita beranggapan yang kita akan mendapat lebih untung sekiranya kita membeli seguni (rm50) dari pada kita menanam sendiri.

Cara terbaik adalah kita perlu menternak dengan menanam sendiri jagung ini kerana 50% kebergantungan makanan ternakan. Cara penanaman jagung adalah sangat mudah dan hanya memerlukan kos yang minima. Cuma cara pengurusan kita yang diperluaskan bagi memastikan jumlah jagung yang dihasilkan cukup dan mampu untuk menampung keperluan ternakan kita.

Kita mungkin tertanya soalan seperti dibawah:

1. Kat mana nak tanam?
-kita leh tanam kat keliling reban atau kawasan lapang terbiar. paling teruk pun kita leh tanam kat tepi jalan yang kurang trafik.

2. Kat mana nak carik benih?
-beli je kat pengeluar benih. tapi beli secara pukal.. baru murah.. aritu beli kat mardi sekilo benih baru rm 10 tak silap.. sekilo banyak tu...

3. macam mana nak tanam?
paling senang.. buat batas kecik, gemburkan ngan tahi ayam, tunggu kejap, masuk benih pastu siram..

4. Abih berapa lama nak tuai?
alah.. dalam 3 bulan leh tuai dah.

5. nak biar semua semua putik tumbuh ke nak biar satu je?
kalau elok biar satu je yg tinggal.. yg bahagian bawah sekali.. yg lain petik masa ngah kecik n leh jual sebagai baby corn.. ( putik jagung)

6. cam mana nak buat jadi bijik?
masa lagi seminggu nak tuai tu potong pokok di bahagian atas buah jagung.. daun yg dipotong tu leh buat makanan samada diperam atau dibagi terus. Pastu bukak kulit jagung tu tinggalkan tongkol jagung je. Pokok ngan jagung yg dah togel tu dibiarkan kering sendiri kat pokok. dah kering terus petik n leh simpan dulu.
pastu.. bila nak pakai just kopek ja biji tu dari tongkol.. leh guna teknik gesel sesama tongkol atau buat alat pelerai dia.
kalau nak jadi halus leh anta pi kedai untuk kisar atau kalau ada modal beli pengisar manual tu ( dalam rm 200je).
Pastu nak buat dedak ayam, leh proses dedak sendiri atau bagi terus kepada ternakan.

7. Camana nak pastikan stock selalu ada?
Tanam secara berperingkat atau tanam byk sekali dan simpan selepas kering. Jagung kering tu leh tahan sampai 2-3 bulan kalau cara simpannya betul..( lebih lama dari tu pun leh)

8. Ada cara mudah lagi dari tu tak selain dari tanam sendiri?
- ada.. takyah menternak. lagi mudahkan? hehehe

So itu jelah celoteh teman pada kali ini.. nak buat camana, untuk hidup bernafas dengan harga yang melambung skang ini, terpaksalah kita menjadi petani jagung jugak walaupun kita hanyalah penternak.. Jangan lupa nak disulamkan dengan rumput napier agar ternakan kita dapat khasiat yg mencukupi untuk tumbuhsaran yang baik.


Adios..

05 October 2011

Jauh lagi perjalanan kita..

Salam,

Saje je teman nak bercerita sedikit.. tentang masalah kita penternak ayam kampung asli ini. Ceritanya tak sudah2 dah masih lagi merangkak2 untuk memastikan ternakan ini berdaya saing. Teman rasa ramai pembaca blog teman ini dah berjumpa secara berdepan dengan teman dan ramai juga yang menghubungi teman untuk urusan yangberkaitan dengan ternakan ayam kampung asli ini.

Kalau tuan semua perasan, walau penternak ayam kampung asli ini makin ramai dan yang telah membuka reban pun boleh tahan ramainya, masalah yang sama tetap kita hadapi iaitu untuk mendapatkan bekalan anak ayam kampung asli ini. Sekiranya bekalan anak ayam ini banyak, masalah lain seperti lokasi penternakan, dana, makanan yang mahal dan sebagainya dapat diatasi kemudian. Tetapi jika perkara utama iaitu baka itu sendiri tak dapat diadakan maka segalanya akan terbantut.. betul kan?

Teman raselah mengikut pengalaman teman, tiap2 bulan ada sahaja sahabat ternak kita yang menhubugi teman menanyakan bekalan anak ayam. Tetapi biasanya hampalah jawapan yang keluar dari mulut teman. Tiada stock!! itulah masalahnya.. Kalau dulu teman pernah mengusahakan produksi pengeluaran anak ayam kampung dan tean rase teman dah berjaya menemuni caranya, namun produksi teman keluarkan hanya mempu untuk memenuhi keperluan beberapa orang penternak sahaja dan kadang kala sampai untuk skali produksi hanya mampu untuk seorang pembeli sahaja iaitu dalam lingkungan 300-500 ekor anak ayam.

Teman yakin yang menghubungi teman untuk membeli anak ayam tersebut mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan reban yang mencukupi paling tidak untuk menempatkan sekurang-kurangnya 500 ekor ayam dalam satu2 masa. Masalah yang sama juga akan kedengaran iaitu.. dimana nak mendapatkan benih?

Untuk pengetahuan tuan2 semua, produksi pengeluaran anak ayam bukanlah satu proses perniagaan yang menguntungkan sekiranya kita tak mampu untuk mengeluarakan sehingga 10k anak ayam setiap bulan. Tambahan pula ternakan yang diuruskan adalah ternakan ayam kampung yang hanya bertelur dalam lingkungan 15 biji dalam tempoh pengeluaran telur. Ikut cara tradisi hanya 60 biji telur ayam akan dihasilkan setahun dan kemampuan pengeluran tersebut dapat ditingkatkan kepada 160 biji sekiranya kita menggunakan teknik rampasan telur.

Oleh itu bagi teman, teman cadangkan jika kita mahu menternak ayam ini dan menjana pendapatan dengannya, satu2 cara jalan keluar adalah menyediakan 2 reban. Satu reban untuk produksi anak ayam dan satu lagi adalah produksi untuk jualan ayam matang. Tumpuan penuh perlu diberikan pada peringkat produksi pengeluaran benih terlebih dahulu dan kemudian anda boleh meneruskan pada peringkat pembesaran. Pertukaran baka penjantan perlu dilakukan secara berkala untuk menghalang pembiakan dalaman sesama ternakan.

Jumlah yang teman syorkan? jumlah induk yg teman cadangkan adalah 500 ekor untuk permulaan. Jika boleh dapatkan induk ini dari daerah yang berlainan untuk memastikan kelestarian ternakan dapat dikekalkan lebih lama. Nanti kita akan dapati percampuran atau pengkacukan baka akan memeriahkan lagi variasi ternakan kita. Biasanya ikut pengalaman teman, % anak yang bakal dihasilkan biasanya 60% jantan dan 40% betina, Simpan 20% dari anak ayam betina ini untuk produksi akan datang dan selebihnya dijual sama ada untuk induk atau jualan daging. Bagi jualan daging, biasanya ayam kampung jantan yang lebih menguntungkan kerana berat yang lebih. Memang biasa kalau kita lihat ayam jantan yang akan dijual dipasar. Bagi pengantian ayam jantan pembaka, eloklah jangan kita gunakan kembali anak ayam yang ada.

Dari jumlah induk sebanyak 500 ekor ini ( dikekalkan sepanjang masa bagi mengelakkan kos meningkat) teman jangkakan dalam 30k anak ayam dapat dihasilkan dalam jangka tempoh setahun dengan purata 2500 ekor anak ayam sebulan. Jika 80% berjaya dipasarkan dengan harga purata rm 15 untuk berat purata 1.3 kilo, jualan kasar yang kita mampu perolehi mungkin boleh mencecah 40k. Dan bagi teman ianya bukan satu angan2 atau satu yang mustahil sebab teman pernah menjual hampir 1000 ekor ayam dalam satu2 masa dan jualannya bukanlah satu yang sukar seperti menjualan ayam kampung kacuk.

So mungkin suatu hari nanti, jumlah penternak dikalangan kita yang berminati ternakan ayam kampung asli yang berjaya menglangkau jualan leboh 1000 akan bertambah. Pasaran sangat terbuka luas, permintaan amat tinggi, cuma keazaman, serangan penyakit, kemampuan dana dan baka sahaja yang perlu kita tepis sekarang.. Adios..

Salam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails