30 September 2009

laksanakan sepenuhnya free range (terkawal)


salam semua,

Teman nak bagi tahu sepanjang teman menternak ini, tak kurang 30 pelawat perseorangan atau berkumpulan yang datang, yang datang terdiri dari pelbagai lapisan usia,dari golongan pakai kereta ber'series' atau pakai motor sahaja macam teman hehehe, dari pelbagai bangsa serta latar belakang.. tak kurang juga lawatan dari penternak sedia ada yang datang melawat untuk berkenalan dan bertukar fikiran. Sungguh teman tak menyangka ternakan ayam nie ramai betul peminatnya tak mengira sesiapa.. seronok betul.. terbaru seorang rakan berbangsa India yang sangat peramah datang hari ini dan dari lawatan beliau teman rase temanlah yg banyak belajar benda yang baru hehehe..

Pada awal bulan mula2 teman menternak, teman agak rimas dan malu dengan kehadiran pelawat yang teman tak berapa kenal kerana teman ketika itu bersikap prejudis dan sangsi dengan niat pelawat. Mungkin juga pada ketika itu teman tidak yakin untuk menjawab segala pertanyaan dari mereka memandangkan semasa tu teman baru benar dalam penternakan ini. Namun semakin lami semakin teman gembira menerima tetamu tambahan lagi teman dapat pastikan kesemua kematian ayam teman sebelum ini, tiada kaitan dengan kehadiran pelawat. sebelum nie hati teman risau juga takut penyakit berjangkit datang dari kasut pelawatkan. Tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan berterusan supaya penularan ini tak berlaku.. yg penting kita kena selalu peka dengan sebarang berita peyebaran penyakit sekeliling kawasan ternakan..

Kesimpulanya lebih ramai lagi pelawat yang datang lebih banyak ilmu, pandangan dan buah fikiran yang teman dapat.. kekadang sampai lubang perniagaan sampingan pun dihulurkan sekali.. tu yg seronok tu..

Teman nak cerita mengenai konsep penternakan yang teman baru 2 bulan praktikkan sepenuhnya. Sebelum ini teman mengurung semua ayam teman sepenuhnya bermula dari bulan 4 sehingga bulan 7. teman kurung sepenuhnya kerana pada bulan sebelumnya, banyak ternakan teman mati, ternakan tidak balik dan ternakan hilang dicuri direban.. so sejak dari itu teman membawa masuk tumbuhan hijau seperti rumput atau sebagainya yang teman rase perlu kedalam reban.. kekadang sampai naik miang satu badan membuat kerja nie.. entah macam mana apabila teman cuba lepaskan keluar ayam2 teman, semuanya terus makan rumput dan tumbuhan meliar dilaman teman.. semuanya dalam keadaan lapar atau seperti baru menjumpai menu segar yang lama diidamkan.. dalam sejam sahaja teman periksa tembolok dorang hampir penuh dengan hanya mencatuk rumput atau apa yg ada dipersekitaran.. pada hemat teman bagus juga ayam ini dilepaskan selalu untuk jadi pekerja tukang mesin rumput laman teman kan?.. teman pada mulanya menganggapkan ternakan bebas tidak sesuai dilakukan dikawasan laman rumah teman memandangkan kawasannya yang sangat terhad.. namun lihat lah sekarang.. dibawah adalah cara teman menjalankan kaedah free range terkawal nie..

-teman lepaskan ayam teman seawal jam 7 pagi
-pukul 11 teman panggil masuk dengan mengumpannya dengan dedak.. teman beri makan dedak sebanyak 5 kilo sahaja..(1/2 dari kebiasaan)
-ayam dikurung dan berehat dibwh teduhan dalam reban.. semua duk lepak kekenyangan..
-pukul 3 teman lepaskan balik keluar.. berkeliaran lah ayam2 nie..
-jam 5-6 petang teman panggil masuk dgn umpan nasik lebihan restauran.. ayam bedal 3 tong nasik(kebiasaanyalah) sampai relex bersantai..dan teman menutup reban
-pukul 7 malam ayam mula naik ke para untuk tidor..

huh cukup senang cara ni.. ayam tahu makanan yg sedap ada dalam reban time teman beri pada waktunya .. ayam juga tau yg dia ada reban n still akan masuk reban untuk tidor...ayam menjadi lebih aktif dan bulu ayam nampak lebih bersinar dari kebiasaanya.. fuh lega.. dedak dikurangkan 1/2 lagi jumlahnya.. ayam pun dapat carik ubat herbanya sendiri sekiranya sakit dan teman pun senang hati dibuatnya.. cuma risau jika semasa teman lepaskan ayam ini tidak dipantau sepenuhnya.. ada berlaku serangan ambush dari semak tanah seberang oleh biawak.. mengerikan kalau terserempak sebab keganasan biawak nie sgt terserlah..

notes: gambar atas paling kiri adalah rumput panjang yg teman malasssss!! sangat nak potong hehehehe dan gambar tengah adalah lokasi yang sama tapi dah togel dikerjakan ayam.. sebelahnya pun gambar dilokasi yang sama..

28 September 2009

Luas sebenarnya bidang perniagaan Unggas ini..

Teman teringat masa mula2 teman memulakan penternakan ini teman terima pelbagai kritikan dari rakan taulan dan sedara mara.. bila bersembang atau minum teh sesama byk yg mempersoalan benda yg teman buat, masa tu penternakan keli dalam kanvas tengah meletop.. dari mula teman dah tak stuju dgn penternakan ini sbb kos terlalu tinggi dan tak relevan dengan hasil.. bertahun agaknya baru sampai ROI dia, abis bilanya kita nak dapat untung.. letihla nak amik gaji minima je setiap bulan sbb nak cover kos..

kalau duit puluhan ribu yg nak dilaburkan tu kan elok kalau dibuat dengan cara yg lebih baik seperti menyewa tanah betul2, dirikan kolam kekal seperti kongkrit atau buat kolam korekan tanah berdindingkan simen.? kalau nak dikatakan sistem pasang siap kanvas lebih mudah di pindahkan kalau perlu adakah tuan2 merancang untuk memindahkan kolam tuan selepas setahun menternak? kenapa jadi macam tu? bukankan kalau tuan dah bersedia untuk mengeluarkan puluhan ribu ringgit bermakna tuan dah sedia untuk menternak sepenuh masa atau sekurang2nya menjadikanya pendapatan kedua.. so carik lah tanah atau sewa dengan perjanjian sekurang2nya 2 tahun supaya ketika perpindahan dilakukan ROI dah dicapai.. kiraan saya dengan set 10 tangki kanvas anda boleh membina 15 kolam simen dengan saiz 2 kali ganda dari saiz canvas seta ada lebihan wang untuk membeli benih dan makanan ikan untuk satu pusingan.. saya bercakap dari segi pengalaman.. kalau berlaku musibah banjir atau kegagalan projek tuan masih mampu menggunakan kolam yg ada untuk menternak ikan spesis lain yg tak boleh diternak dalam kolam kanvas kerana perubahan suhu yg tinggi antara malam dan siang..sbb tu takde dgr lagi org leh ternak ketutu dalam canvas kan? huhhh.. dah panjang teman lari topik..

teman nak kongsi sedikit buah fikiran teman tentang penternakan ayam kampung nie selain dari ternakan unggas lain.. pada mulanya teman merasakan untuk bela ayam ni teman hanya boleh menjual ayam sahaja sebagai sumber pendapatan.. bela induk, biakkan ayam sampai jad imatang dan jual.. lagi banyak bela lg banyak benih yg kita akan dapat dan byk la pendapatan kita nanti. Sebab teman pilih ayam kampung biasa ni kerana pasaran sentiasa ada, persaingan sangat sedikit serta penjagaanya sekadar teknik koboi..makin lama melayari internet makin ramai kawan baru teman kenal makin banyak ilmu tentang ternakan ini teman dapat..

sebenarnya banyak cabang perniagan yg boleh dilakukan dan kita boleh mempeloporinya walaupun kita berbangsa melayu.. anda mungkin boleh berniaga perkara tentang ayam walaupun anda takde reban sekali pun.. ikut kemahiran n minat masing2. cuma teman risaukan ternakan ayam kampung nie akan jadi tren skim cepat kaya yg terjadi pada cacing,lintah dan keli. Bukan semuanya macam nie tapi byk syarikat atau individu yg tak jujur sehinggakan yang berduit habis hangus semuanya atau yg takde menangung hutang bertahun2.. antara bidang perniagaan yang boleh diterokai:

1: Penjualan incubator: anda boleh mempelajari dan mencipta incubator keluaran anda sendiri. bidang ini hanya untuk mereka yg ada latar belakang tentang elektrik dan pertukangan sahaja sbb kalau kita tak beberapa pandai takut nanti kejadian penjualan incubator kualiti cikai yg cepat rosak bersepah dipasaran yg sudahnya menjatuhkan imej pengeluar incubator ditanah air kita.. kalau anda yakin ciptaan anda berfungsi dengan baik silakanlah memeriahkan industri incubator dimalaysia..

2: Penjualan Daging ayam: anda boleh membuka ladang sama ada kecil atau besar ikut kemampuan anda, dapatkan benih berperingkat dan jual hasil daging setelah sampai tempoh penjualan atau berat yg diinginkan..perniagaan ini boleh dilakukan secara sampingan atau secara sepenuh masa, dgn amalan ladang yg baik masalah bau busuk atau penyakit dapat diatasi.

3: penjualan anak benih: anda boleh mengusahakan perniagaan ini secara serius untuk bekalan pasaran tempatan. Anda perlu ingat bahawa bekalan anak ayam kampung biasa sangat terhad dan jarang diperolehi sedangkan permintaan sentiasa tinggi. Untuk menjadi pembekal anak ayam ini anda perlu menjaga blood line atau baka supaya benoh yang dihasilkan tinggi. anda boleh memulakanya dengan membeli induk dengan nisbah jantina yang sesuai.. jumlah induk ini terpulang kepada kemampuan anda. telur dikutip dan dieramkan dengan incubator. Hasil penetas dijual pada hari pertama atau diternak sehingga usia sebulan dan dijual mengikut jantina dengan harga yang lebih tinggi.

4:Penjualan Makanan ternakan: anda boleh berurusan secara terus dengan kilang dan membeli dedak dengan harga pemborong. anda boleh menjadi pengedar dedak dengan harga berpatutan atau berdaya saing. Jikalau anda ada kemahiran anda juga boleh mencipta makanan anda sendiri dan dihantar ke pusat penyelidikan untuk mendapatkan sijil atau pengiktirafan. Atau anda boleh memproses makanan tambahan lain seperti kelapa, biji sawit, hampas soya dan sebagainya untuk makanan ayam

5: penjual peralatan penternakan: seperti yg kita tahu perkakasan yang dijual dikedai atau di pembekal ternakan sangat terhad.. kebanyakan terlalu asas dan kalau ada yang lebih baik harganya lebih mahal. Anda boleh menghubungi pembekal alatan dari luar negara yang sangat canggih peralatanya dan pasarkan dimalaysia.. banyak cara boleh anda menembusi pasaran,salah satunya menggunakan Internet..

6: Penjualan khidmat nasihat atau perancangan penternakan: anda boleh menjadi penasihat kepada perancangan pembinaan reban serta cara menternak ayam kampung dengan lebih tersusun dan baik. Jika anda mempunyai pengalaman dalam penternakan ini anda mungkin boleh membukukan panduan anda dan menjualnya sebagai ebook.

7: penjualan reban mudah alih: Anda boleh mereka reban mudah alih yang mudah dipasang dan mungkin untuk skala hobby. kita kena keluar dari kepompong pandangan reban ayam perlu seperti 'reban ayam' yang hanya dibina ala kadar dan sangat tidak kemas.

8: anda juga boleh menjadi trader atau pemborong: yang membantu penternak yang tidak mampu memasarkan produk mereka sendiri. dengan jaringan yang baik dan pasaran yang berkembang masalah lambakan ternakan tidak akan terjadi..

9: penternak unggas unik: anda boleh melabur wang dengan menternak unggas unik dan berharga untuk sumber pendapatan dengan penjualan baka. Pelaburan ini tinggi pulanganya tetapi risikonya juga sangat tinggi kerana harga setiap unggas yang mati pun tinggi hehehe.. persedian yang rapi serta penjagaan yang max diperlukan.. untuk unggas larangan anda boleh memohon lesen untuk penternakan atau anda boleh mengimport spesis unik atau esotik untuk dijual kepada peminat unggas jenis ini sebagai haiwan peliharaan hobby.

10. Khidmat ladang sewaan: anda mempunyai tanah dan membuat banyak reban pelbagai saiz untuk mereka yang berminat untuk meyewakan tapak dari anda. Anda sediakan tapak serta benih untuk peyewa tapak anda, untuk penjagaan penyewa boleh mengupah anda dengan kadar yang berpatutan, penyewa boleh melawat bila2 msa atau menjaga sendiri ternakan beliau derta menjual kepada pemilik tapak bila perlu. penyedia tapak perlu bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan serta kebersihan reban sentiasa baik serta menyediakan pasaran untuk penyewa..

anda boleh memilih semua bidang ini atau memikirkan bidang cabang lain untuk penternakan unggas. Harapan saya bidang penternakan ini terus berkembang dan maju kelak.. amin..

Citypull sedang mencipta incubator baru..

salam semua,
dari pengalaman teman menjual incubator nie ada banyak pengalaman teman dapat dari telatah pelanggan teman.. namun jualan teman taklah boleh dibanggakan sangat tapi jumlah jualannya tak pernah pun teman angankan sebigitu banyak.. sehingga kini teman dah jual hampir 25 biji incubator dan kebanyakkanya dari jenis 120 biji.. hanya ada 3-4 biji sahaja yg order saiz 60 biji.. teman sebenarnya menjual incubator pada mulanya hanya suka2 dan ada niat nak bantu penternak ayam lain memandangkan teman sukar nak mendapatkan incubator ini dulu.. teman ingat hanya kawan2 terdekat sahaja yg akan order incubator ini.. tapi bila masuk bulan puasa aritu jumlah jualan meningkat dengan mendadaknya sampai ada 4-5 tempahan yg terpaksa teman tolak kerana terlalu hampir dengan tarikh kita menyambut hari raya.. sehingga 2 hari sebelum syaal baru teman dapat hantarkan order terakhir.. pada yg nak order lagi, anda masih boleh melakukannya pada bulan syawal ini sbb teman duk sepenuh masa ada direban..

Dalam teman sibuk bulan lepas ada juga otai2 yang membantu dari segi khidmat nasihat dan semangat pada teman, jutaan terima kasih dari teman kepada mereka ini yang tak lokek ilmu serta percaya bantu2 membantu tidak menutup rezeki mereka sebagai pembuat incubator juga.. teman sangat menghargai usaha tersebut.. bagi teman kelebihan rekabentuk incubator yg berada dalam pasaran kita sekarang sangat membanggakan dan semuanya sangat unik, dari budget rendah untuk penternak hobi sehingga fully outo yang sama taraf dengan produk org putih.. tapi dari pengalaman teman yg baru setahun jagung jual incubator(sbenarnya bukan niat teman nak jadi penjual incubator ni) teman dapati banyak pengguna yg rasekan incubator saiz 120 biji tak cukup bagi mereka.. kalau ada lebih 20 ekor ibu kat reban dan masuk musim bertelur tak muat incubator dibuatnya.. tu yg ada modifit sendiri dgn menambah satu tray lagi tapi penghujungya lapisan bawah tak jadi sbb konsep incubator teman adalah satu layer(lapis) sahaja.. kalu ada 2 lapis, lapisan bawah tak dapt suhu terus dari cahaya mentol yg teman pakai.. pastu call teman n marah2 hehehe teman siasat balik baru dapat tau benda yg dia buat.. so teman cadangkan dia beli lagi satu atau dia order saiz yg lebih besar, tak pun order yg pakai force air punya.. bila dia kata tak mampu nak beli lagi satu, teman cadangkan dia pi shopping kat jln pasar dan datang rumah teman n teman ajarkan cam mana nak buat.. tapi dijawabnya takde masa.. so teman jawab yg takde apa lagi yg teman boleh tlg.. harap dia bersabar dan rancang jumlah telur yg dimasukkan kedalam incubator.. mungkin dia boleh menjual lebihan telur yg ada dan kumpul duit tu untuk beli satu yg baru.. atau pun dengan jualan semua anak ayam yg menetas selepas 3 minggu teman pasti ada cukup wang untuk membeli satu lagi atau paling tidak membeli alatan dan datang kerumah teman untuk membuat incubator..

ada juga kes yg bila kali pertama menggunkan incubator bertanya pada teman. kat mana nak masukkan ibu ayam masa nak eramkan telur dalam incubator.. hehehe teman tahan gelak dan teman terangkan kegunaan incubator yg sebenarnya.. mungkin penggunaan incubator terlalu asing bagi beliau.. ada juga yg terlalu teruja dengan adanya incubator sehingga membuka incubator yg dia beli dari teman.. mungkin dgn tujuan untuk pembelajaran.. teman tak kisah kalau nak copy pun itu hak masing2 dan teman galakkan.. tapi bila dia tepon teman dan katakn incubator teman rosak teman mula risau.. rupanya sbb dia dah bukak n tak tau nak pasang balik hehehe.. teman repair balik dengan kos tambahan sebatang rokok hehehe eh 2 batang sebenarnya.. ada juga yg berjaya menetaskan telur bacth pertama jadi terlalu seronok sehingga dia borong semua telur milik org kampung.. pastu ada byk yg tak menetas.. rupanya dia tak candling dulu sebelum masuk ke dalm incubator, ada juga yg kelang kabut sbb kali pertama kena handle anak ayam incubator yg jumlah dekat seratus.. ada juga yg mati anak2 ayam dia pasal baru pertama kali hadapi kejayaan menetas sekali banyak..selama ini duk harap kat ibu ayam menetaskan dan ibunya menjaga anak2 aym ini.. semua ini pengalaman baru bagi teman dan teman sangat menghargainya..

dari kesemua pengalaman teman ini teman dapat simpulkan kebanyakkan pembeli mahu saiz incubator dipertingkatkan kepada 200 biji sekurang2nya dengan penambahan harga yang sedikit sahaja. Ramai juga yang mengadu tiada cukup masa untuk menterbalikkan telur ayam atau merasakan tugasan ini membebankan.. bila dicadangkan membeli yg aoto dijawabnya masih tak mampu dari segi kewangan, sangat berhajad tapi belum mampu.. mahu beli yang murah dulu untuk belajar sebelum guna yang lebih mahal.. teman anggukan aje.. Ramai juga yang bertanyakan incubator yang berharga murah dan sangat budget kerana merasakan memiliki satu incubator yg berharga 200 lebih adalah membebankan dan tidak berbaloi.. semua itu temen catatkan untuk tujuan R&D pada masa hadapan..minggu ini teman sedang bertungkus lumus untuk mencipta atau memperbaharui rekaan teman untuk produk seperti berikut:

1. membuat incubator saiz 100 biji yang berharga RM 100 sahaja..
2. membuat incubator saiz 100 biji+ semiauto berharga RM 120 sahaja..
3. membuat incubator saiz 200 biji force air+semiauto+low profile dengan harga RM 300 sahaja
4. membuat semula incubator yg ada kepada jenis semiauto dengan tambahan RM 30 ringgit
5. mencipta tray baru yang boleh diubah jaraknya untuk memuatkan semua jenis telur..

diharap minggu hadapan teman dapat mengeluarkan kesemua paten incubator ini untuk tatapan bakal pembeli.. tak salah sekiranya untuk mempelbagaikan jenis incubator dipasaran.. persaingan sihat ini perlu dihidupkan lagi untuk meningkatkan budaya penggunaan incubator dikalangan penternak.. manatahu suatu hari nanti incubator bukan lagi perkara asing dikalangan penternak skala kecil mahupun besar..

27 September 2009

Itik serati pulak belajar turun tanah..



Alhamdulilah.. sejak 2 menjak nie anak2 ternakan teman menjadi.. berkat doa org tua dan usaha untuk mendalami ilmu tanpa jemu, teman dapat juga formula nak jaga anak ayam yg kita ternak nie..tapi masih lagi banyak kurangnya.. byk yg mati sebelum ni bukan disebabkan penyakit tapi sebab masalah pengendalian kita..kalau dulu nampak cam susah je nak besarkan anak ayam or itik nie.. tapi sekarang dah boleh bersyukur ngan ilmu yg didapati.. namun kematian anak ayam yg lemah atau kemalangan teknikal tak dapat dielakkan.. malah mega scale industri pun tak mampu nak elak benda macam nie.. nak kurangkan boleh lah..

kalau kita perhatikan.. org lama2 nie banyak betul pantang larang kalau nak menternak.. cthnya.. jgn simpan anak ayam dalam rumah.. elakkan bekas telur rendah sangat dan macam22 sebenarnya semua pantang larang tu bukannya dongeng atau telatah org lama yg banyak sangat pantang larangnya.. tapi tu semua adalah dari pengalaman.. setiap masalah yg dihadapi akan cuba dicari penyelesaianya.. dari penyelesaian dapat cara untuk mengatasi.. dari situ timbulnya pantang atau larangan untuk elak masalah ini berlaku lagi.. cuma, bentuk penyampaian membuatkan kita kekadang was2 sbb cam tak logik je.. kalau diubah cara penyampaianya dengan segala bukti serta kajian lengkap ngan contoh, teman pasti 'pantang larang' tu dah jadi set panduan penternakan ayam betul tak..cyhnya penggunaan tembakau untuk menghalau hama.. sapa pernah terpikir tembakau leh digunkan dalam penternakan ini..

kalau korang ingat anak iti nie yg teman beli 2 bulan dulu.. dari besar tapak tangan sekarang dah besar sampai takleh genggam tangan.. sebelum raya aritu teman lepaskan dalam reban kecik untuk dorang belajar.. seronok semuanya.. bebas berkeliaran.. bulu pun dah mula nak bertukar.. sikit lagi putihlah semua calour dia hehehe.. tapi yg teman pasti bila dapat tanah nie abis dia round satu reban.. time matahari tegak semua berjemur sebab dorang takpernah dapat cahaya terus sebelum nie.. asik duk dalam reban jee.. bila panas deme mandi dalam bekas isi air n berjemur sambil bersihkan bulu.. kekadang bila dorang buat semua tu, teman pun lepak skali tgk gelagat dorang.. agaknya memang teman suka sangat dengan itik yg comel.. leper je mulut dorang dan bergoyang2 ekor bila nampak kita..memang bela itik ni senang.. tak byk kerenah.. penyakit pun kurang.. kerap bagi makan( kerap bagi makan dgn kuantiti yg sedikit tapi berulang2 dalam masa satu hari), jaga minuman dia sihat membesar lah itik ini.. kena lah ada tempat dorang nak mandi.. putih bersih je bulu dorang.. jalan pun terkedek2 je.. kalau kena penyakit pun kena penyakit kurap air dan penyakit patah pingang atau kaki.. antara sebab dia adalah persekitaran yg terlalu lembab tanpa cahaya matahari serta kotor ataupun kawasan reban terdapat bangkai mati dimana ada byk lalat.. itik nie minat ngan lalat tapi kalau dia makan banyak lalat nie sat lagi lumpuh lah kakinya.. dari pengalam teman jugak kalau itik nie kena penyakit lambat matinya.. kekadang berminggu dia bertarung nyawa sementara kita bagi ubat,. yg berjaya ok lah yg tak berjaya kita terus tanam.. seingat teman semua ke11 ekor itik yg teman mula2 bela dulu pernah kena penyakit patah kaki.. raatan teman adalah ubat merah tu jelah disamping pengasingan dalam bekas kecik yg membolehkan deme capai air or makanan dengan mudah.. tu je lah dulu citer bab itik ni..

mungkin sistem fidlot?



Nie lah reban asuhan yg terbaru untuk anak ayam baru turun reban atas.. umur dalam 3 bulan lebih.. nak ajar dorang besar atas tanah.. pengalam pertama dorang biasanya mengembirakan.. masing2 cuba mandi tanah.. patuk2 untuk rase bendalain selain makanan dan sebagainya.. tak kurang juga yg melompat keringan n terbang kesana2 kemari pasal rase bebas sebab sebelum ini duk terkurung je dalam tempat yang sempit..

Tapi yg pasti .. sepanjang pemerhatian teman.. bila ayam nie turun je ke tanah.. perkembangan badan dan saiz sangat mengalakkan.. sekejap je teman tgk dorang membesar.. teman tak pasti antara 2 hujah nie..
satu: ayam kampung pada umur 3 bulan pertama pertumbuhanya sangat perlahan.. tapi cecahje usia 3 bulan terus membesar dengan cepat sekali.. samapi umur 5 bulan ada yg dah sampai berat yg boleh dijual..
dua: anak ayam yg terdedah pada persekitaran berlantai tanah lebih awal akan lebih cepat membesar dari yang duk terkurung atau yg duk kat reban tinggi..
antara 2 hujah nie teman tak pastu mana satu yg sahih pasl bagi kedua2nya nampak macam betul.. umur cecah je 3 bulan teman cam tak perasan pertumbuhanya, tahu2 je dah besar berganda je.. dan kebanyakan fasa pertumbuhan cepat nie terjadi bila teman mula lepaskan ke tanah... tapi yg pasti n dah teman buat kajian 2-3 kali anak ayam bawaan ibu lebih cepat membesar berbanding ayam incubator.. itu teman pasti. kecergasan pun sangat berbeza..

reban asuhan rekaan teman nie adalah reban dalam reban.. satu bahagian reban teman pagarkan untuk mereka membesar n main sekitaran kwasan ini sahaja.. takde pergaulan langsung dengan ayam matang yang lain.. dalam reban ini pula ada satu reban kecik dengan keluasan 3 keping zink untuk anak ayam ini tido bermalam dan mengelakkan cuaca hujan.. so ayam nie taklah kena sakit kalau musim hujan tiba.. waktu malam pun kita dah ada double protection dari pemangsa dari luar.. kena lepas 2 halangan sebelum sampai ke anak ayam.. korang pun taukan anak ayam nie snek yg dinantikan oleh semuang pemangsa...kalau boleh kita ada banyak reban nie kat dalam reban besar kita.. anak ayam nie duk kat sini sahaja sampai bulan ke 5.. bulan 5 pemilihan di lakukan.. yg baik kita simpan n lepas kat reban induk dan yg biasa kita jualkan.. so kita dah gunakan konsep fidlot.. tapi teman belum2 betul2 paham pasal fidlot.. ada kemungkinan konsep ini teman salah paham.. talpe teman akan carik lagi maklumatnya dan akan betulkan kalau salah yek..

26 September 2009

Dapat jugak cuci kolam itik..




Last teman cuci kolam renang itik serati nie 3 bulan lepas.. pastu manjang je rase nak cuci tapi bila dah masuk reban rase malas lak.. masuk ramadan lagi lah.. tak terangakt langsung kening nk cuci hehehe.. mas tu minggu lepas raya.. memang sakan lah kita beraya.. skang bila dah rase puas beraya. mula mengorak langkah balik untuk fokus kat reban.. sambung balik perancangan sebelum ramadan.. kalau time ramadan push jugak nak buat alamatnya bergelen air teman minum time puasa hehehe..

siap dah baldi ngan berus teman pun menimba lah air.. masa buat kolam nie teman tak terpikir nak buat flush pipe kat bahagian baah kolam nie.. bila sampai masa je nak cuci kita just bukak paip dia kan.. senang takyah nak timbe2.. tapi masa teman nak buat dulu teman terpikir kalau nak buat paip tu mau teman kena gali dalam tanah sama level ngan dasar kolam.. satu kerja pulak.. teman nie bukanya biasa kerja cam mat indun yg gagh perkasa bekerja kontrak.. kalau pakai pump lak lagi masalah pasal banyak sampah akan terkumpul dalam tu pasal daun pokok selalu jatuh.. dekat 15 minit menimba kolam pun kering dan cuci.. pastu isi air paip.. takyah nak matikan air nie pasal kita bukan nak bela ikan yg takleh ada klorin.. masa teman nak pasang air teman teringat umah sebelah yg dah 2 bulan takde penghuni.. bil minima free kalau kita guna baah 20 meter padu air.. teman punya kolam baru 2 meter persegi.. apalagi teman pakai lah.. sayang je air subsidi tak digunakan..

Ada yg bertanya pada teman mengenai keperluan kolam air untuk beli itik.. sistem dulu2 memang perlu ada kolam untuk itik ini mandi dan minum.. disampaing tu perlu juga air untuk suport badan itik untuk dia relex.. tapi sekarang banyak org dah takde kolam pun.. yg penting bekalan air minum sentiasa ada dan berpanjangan.. itik akan mengadaptasi persekitaran dan dapat hidup tanpa air.. teman buat juga kolam nie pasal teamn suka tgk itik nie berenang2 dalm kolam n mandi.. terhibur rase hati..

teman nak kongsi.. nak buat kolam ni cukup senang rasenya.. kalau kolam saiz nie boleh lah buna konsep korek ini.. mula2 teman korek tanah ikut kedalaman yg teman nak.. adalah paras peha.. pastu teman hentak2kan dengan penhentak yg teman buat dari batu kongkrit.. dah padat tanah tu teman bancuh bancuhan kongkrit yg terdiri dari pasir, simen dan batu kelikir.. pastu teman tempekan aja kat dinding dulu.. ketebalan dinding dalam 1 1/2 inci je.. ratakan ikut shape dinding kita.. pastikan ketebalan tu rata.. dah siap dinding baru teman buat dasardia.. bancuh tebal sikit dari dinding.. dah rata teman tambah satu lapisan lilitan batu bata untuk buat tebing kolam.. 1 hari juga lah nak menyiapkanya.. maklumlah manual semuanya.. masa tu nak buat masa tu jugak baru nak angkut pasir dan sebagainya kebelakang.. kolam dibiarkan kering 2 hari sebelum diisi air.. itu sahaja.. nak buat satu kat depan umah pun senang.. leh buat taman sikit kat keliling.. takyah pakai water proffing pun..

Lapik bekas tempat bertelur yg diperbaharui..




Teman sebelum ini dah byk mencuba bahan meterial untuk dijadikan lapik kepada tempat telur ayam nie.. macam2 dipikirkan untuk keselesaan ayam nie bertelur.. kekadang ada ayam yg memilih jenis lapik yg kita desiakan dan ada yg kekadang atas papan pun dia bertelur.. so macam2lah bahan yg digunakan setelah ditanya pada otai tradisianal.. ada yg guna daun pisang kering, ada yg guna lalang, ada yg guna daun kering biasa.. ada yang guna kain baju lama, ada yg guna surat khabar lama dan biasa teman dengar guna kain guni untuk lapik.. kekadang ada timbul masalah lapik yg tak sesuai dan menjadi sarang kepada hama.. kekadang ada juga kes yg terlupa nak tukar lapik sampai dah naik berkulat jadinya.. kekadang ada juga tersalah taruk sehinggakan telur pecah bila ibu ayam menggolekkan telurnya..

Kesemua bahan meterial yg ada teman dah guna.. kalau pakai lalang atau daun memang lah jumat tapi satu kerja lak nak memotong dan mengeringkan lalang nie.. kalau ada org potong rumput lah lah teman pi kutip.. pastu yg banyak skali teman guna adalah guni bekas dedak yg kita beli.. potong dua lipat dan tarik.. terus jadi melengkung kat tengah dan ibu ayam rase selesa sbb semua telur ekor terkepung..

Tetapi sejak teman pakai incubator nie teman rase tak payah susah sangat kita nak jaga lapik telur nie pasal ibu dia tak dan pun nak mengeram.. telur dikutip setiap 2 hari dan ibu kan naik bertelur salih berganti.. kira cam port nak bertelur je lah.. bila dah kotor ngan tahi or lumpur kat bekas tu just tukar je lapik dia.. kalau tak dulu setiap cycle ayam mengeram kita kena tukar dan ganti baru.. so bahan apa yg senang nak ditukar, mudah didapati dan takde banyak kerja dilakukan.. telur dapat ditambung dengan baik serta ibu tak giler nak mengeram??? teman dah dapat bahan yg teman rase terbaik.. kertas carikan mesin pemusnah dokumen.. kebetulan bini teman bekerja dalam pejabat admin.. banyak main ngan kertas dan setiap hari ada je kertas yg kena ricycle..masuk mesin.. teman cuba try ..hasilnya hama takde pasal kertas tu bersih n sangat kering.. lebih tahan lama.. ringan.. pakai sikit je dah boleh cover semua bekas.. bila sampai masa teman amik je dan bakar.. so easy..

pas nie korang kalau ada terjumpa je kertas carik nie simpanlah buat lapik kang.. banyak gunanya nanti.. gambar kiri kertas yg teman ada.. gambar tengah tu time teman taruk n sebelah dia lapik yg dah siap untuk ibu ayam..

Ternakan Ayam kampung Fidlot?

Salam semua..
Ada teman terbaca sebelum ini tentang penternakan lembu secara fidlot.. eh fitlot ke fidlot? sama lah tu janji bunyi sama.. teman tak paham sangat pasal teman tak penah bela lembu n tak amik pusing pun pasal benda ini.. apa yg teman pikirkan mungkin ternakan fidlot nie adalah cara penternakan yg lebih baik dan tersusun.. mungkin lembu ditempatkan dalam kandang dan makanan diberi ikut masa untuk pengurusan yang lebih baik.. tapi bila teman tengok blog kengkaan teman paham sikit2 la..

Sistem fidlot mungkin dengan mengasingkan lembu2 ini dari induknya.. anak lembu yg tengah membesar diasingkan ikut jantina dan terus membesar dalam kandang sama jenis.. kira macam asrama lelaki atau asrama perempuan sahaja lah kot. Lepas tu untuk penghasilan baka baru hanya jantan yang betul 'otai' dipilih untuk meyumbang sperma kepada si betina.. dalam proses ini mungkin juga pemanian berhadas dilakukan untuk jaminan kualiti dan jumlah sperma yang berterusan.. mana2 lembu yng kurang berkualiti dijual sebagai daging..
lepas tu teman ada terbaca dari blog yang mengatakan sistem yang diadaptasikan didalam reban ayamnya adalah dari sistem fidlot.. terus teman terpikir cara dan perlaksanaanya..

Kalau diikutkan kita sebagai penternak ini pun kekadang dah lama melaksanakan sistem fidlot..teman memang bercadang sebelum ini untuk mengasingkan anak ayam ikut jantina untuk memastikan pembesaran lebih baik dan takde gejala buli membuli berlaku.. kemudian sistem satu reban kecil yg dipagar didalamnya ada sekor ayam jantan dan ada 8-10 ekor ibu ayam untuk tujuan pembenihan.. setelah ayam tersebut bertelur.. satu set ibu ayam lagi dimasukkan dalam reban tersebut, telur dikutip dan simasukkan kedalam incubator.. ibu ayam yg dikeluarkan akan di rehatkan dalam satu kawasan reban khas untuk pemulihan.. anak ayam yg membesar tadi akan dijual apabila sampai masanya dan hanya yg baka baik disimpan untuk jadi pelapis ayam alpa direban.. so macam sama kan konsepnya.. untuk org kampung yang bela ayam secara lepas bebas biasanya akan mengaal jumlah ayam jantan terutama yng muda bagi mengelakkan baka yg akan keluar nanti lemah dan tak kuat.. so kita akan biasa lihat satu bapa ayam otai akan bawah antara 7-12 ekor ibu betina dan kekadang ada 3-4 puak ayam dalam satu kawasan reban.. so macam sama kan..

Bagi penternak ayam luar negara. ada beberapa pendapat tentang pelaksanaan sistem nie.. kalau cara satu jantan dan 10 betina tu dikatakan ada kelemahan kerana adakalanya sijantan kurang produktif dan tak dapat membenihkan telur yang dikeluarkan.. kebanyakkan mereka membela satu kumpulan ayam terdiri dari 2-3 jantan matang dan 15-20 ekor ibu untuk tujuan penghasilan benih.. katanya cara nie dapat memastikan backup jantan mencukupi dan masalah telur tak berbenih tak terjadi..so kita kena pikir2an lah cara terbaik untuk pelaksanaanya..

22 September 2009

sedikit contoh Telur yg tidak baik



Salam semua.. teman nak tido sebenarnya tadi.. penat beraya hari nie.. dah tulis 2-3 post teman dah mula ingat katil.. tgh duk siap2 terdengar tiupan aingin yang kuat.. standart hari nak hujan.. teman teringat yg teman dah 4 hari tak kutip telur.. kang kalau teman biarkan telur kat reban kang kena hujan lebat mesti tembelang punya telur.. rugi je telur kita.. teman pun siap lah bawak lampu masuk reban.. reban teman terang sebenarnya pasal ada 3 bijik lampu 100 keliling reban.. stakat nak lepak saje tak yah nak bawak lampu pun. teman pakai lah lampu sportman yg ikat kat dahi tu.. senang nak buat kerja.. takyah nak pegang2.. tengah teman leka je kutip telur teman selalu jenguk dulu dalam bekas telur tu tgk ada ibu atau tak..kalau ada ibu teman amik pelan2 sepaya tak terkejut ibu lain..

tgh teman cek satu bekas satu bekas teman tersuluh belakang bekas telur tu, sekali satu lingkara batik ada kat belakang tu.. jarak ular sawa tu tak sampai sejengkal ngan muka teman pasal teman hulur kepala nak tgk dalam bekas.. apa lagi meloncat teman kebelakang sbb tekejut.. mujur dalm teman nak terjatuh tu teman sempat terpikir kat tangan teman ada tray telur.. fuhh selamat telur.. dgn panik teman kuar reban n nak call member mintak nasihat.. teman nie takut sikit ngan ular.. kalau ada kawwan teman berani.. kalau sorang teman takut. balik semula kereban teman tgk ular tu dah takde.. mula lah teman lagi takut.. duk suluh keliling takut ada bawak kaki.. cemas punya pasal teman ponggah semua kayu, tong, platik jaring yg ada kat situ sbb nak carik sibatik tu.. tak jumpa.. takpelah esok teman tabur belerang..

gambar atas tu hasil kutipan teman malam nie..dari 2 tray teman dapat tu(telur tengah kurang sekarang) teman ada jumpa seberapa telur yg akan direject untuk masuk ke incubator.. alang2 dah kutip teman amik la gambo tunjuk kat korang..
gambar kiri adalah telur yg tak sempurna. sebelah dia adalah perbandingan telur yg baik dan akan dimasukkan dalam incubator.. perhatikan bentuk telur ini ganjil dan berlekut.. ada kemungkinan ini adalah telur ibu muda yang kali pertama nak bertelur atau telur pertama ibu matang yg baru nak mula bertelur balik.. kita telur nie pembuka jalan untuk telur yg lain laa.. biasanya telur yg pertama keluar ada kesan darah kering kerana proses membuka ruang kadang kala menyebabkan ayam sedikit berdarah.. kalau jumpa teur seperti ini, anda perlu ketepikan dan goreng sahaja..

Gambar tengah adalah telur yang berada dalam bekas yang kotor.. kalau kotor nie tak semestinya sbb bekas tapi mungkin juga tindakat tikus, ayam lain atau ibu dia sendiri yang terpecah atau memecah sebijik2 telur yg lain.. lendiran telur pecah tadi akan melekat pada telur lain dan menghasilkan liputan kotoran bila telur mengering.. terdapat juga kotoran dari hasil kaki ibu ayam yg membea lumpur ke bekas telur terutama pada aktu hujan..

sebelahnya pula adalah gambar telur yang berada dalam keadaan baik dan akan di candling sebelum dimasukkan ke dalam incubator.. amalan perladangan baik seperti mengutip telur setiap 2 hari perlu dilakukan bagi memastikan telur yang dikumpul berada dalam keadaan baik.. sekiranya anda mengumpul telr setiap 2 hari.. kumpullah telur anda sehingga 7 hari dan masukkan kedalam incubator. kerana telur yg melebihi 7 hari ada potensi untuk tembelang. bagi mereka yang mengutip seminggu sekali anda perlu menukar cara ini kerana keberangkalian serangan musuh, telur rosak atau telur hilang lebih tinggi. sekian..

21 September 2009

Vaksin New Casle


Teman dah nak start guna vaksin untuk ternakan teman untuk persediaan ayam teman dari serangan penyakit.. vaksin bukanya dadah atau hormon yang boleh mengemukkan ayam atau sebagainya.. vaksin ini untuk meningkatkan daya tahan penyakit ayam kita dari penyakit seperti sampar atau sebagainya.. Teman mendapat bekalan dari seorang penternak ayam kampung kacuk di dengkil iaitu NurdelimaFarm.. tuan boleh melawat ke blog beliau di link sebalah dibawah post rakan ternakan.. Member ini juga ada menjual pelbagai ubat2an ayam nie termasuk elektromisis seperti Neo misis, ubat cacing dan antistress.. kalau tuan nak mendapatkan bekalan ini juga tuan boleh menghubungi saudara ini kerana kemudahan penghantaran melalui pos juga disediakan.. tapi teman terus je pi beli pasal dekat dah ngan reban teman..

Skang nie ada banyak jenis vaksin yang ada dipasaran.. jenis yg teman beli ni boleh digunkan untuk 1000 ekor ayam untuk sekali guna.. untuk tujuan penyimpananan, vaksin perlu disimpan didalm suhu 4 darjah calsium lebih kurang suhu dalam peti ais kita.. semasa kita nak guna kita perlu menyediakan air sejuk dan dibancuh dengan vaksin.. air ini diberi minum kepada ayam ternakan kita.. selepas dibancuh.. vaksin hanya bertahan selama 2 jam sahaja.. oleh itu kita perlu memastikan ayam kita dalam keadaan dahaga sebelum air bervaksian diberikan.. kerana tempoh aktif vaksin hanya dalam 2 jam..bancuh dengan bekas air satu galen tu pastu beri pada ayam nie...

Vaksin yang dah ada dalam ayam ni akan bertahan selama 3 bulan, selepas tu kita perlu memberi semula vaksin ini untuk kali kedua. so kalau kita beri pada anak ayam yg baru menetas kita perlu berikan sekali lagi bila berusia 3 bulan.. dan seterusnya.. dengan pelaburan 15 ringgit untuk ternakan kita pulangan yg kita dapat lebih baik kerana hasilnya ayam kita lebih sihat dan mempunyai tahap imunasi yg tinggi.. tapi pemberian vaksin ni hanya kepada ayam yg sihat sahaja kerana pemberian kepada yam yg sudah berpenyakit tidak memberi sebarang kelebihan atau penyembuhan..

Sambutan Hari Raya 2009




Tahun ini sambutan hari raya dimulakan di Sungai Way(rumah big boss) dikawasan balai. Kemudian berangkat ke Kelana Jaya yg jarak tak sampai 10 Km dari umah teman.. Itu untungnya kalau dapat org umah sebelah taman je.. pagi raya tak payah nak gaduh nak balik kampung mana pasal jarak tak sampai 10 minit pun antara umah, hehehe. cuma ikut undian atau giliran mana umah mana nak raya dulu pada hari raya.. biasanya hari kedua teman baru beramai2 semua adaik beradik balik kampung samada ke Perak atau ke Batu Pahat.. tapi tahun nie raya teman stak boleh kemana sebb teman dah terikat ngan reban.. kalau kita dah ada pekerja senang sikit tapi skang nie kita bos kita kuli hehehe.. kalau pasang pekerja kita tak akan belajar apa2 sbb yg skolah adalah pekerja kita.. sampai masa pekerja kita berhenti kita mula rasa patah kaki nanti..

walaupun beraya sakan tapi teman terpaksa hilang2 sekejap balik ke reban untuk bagi ayam makan.. hati pun sering risau nak tinggalkan ternakan lama2 pasal reban teman tersorok sikit.. lagi tersorok lagi senang org nak buat projek kan? Tapi Alhamdulilah takde yg hilang..

Teman mengucapkan Selamat hari Raya kepada Semua kenalan Teman dan Pembaca setia Blog teman.. diharap Segala Kesilapan teman kome leh maapkan yek.. kira 0-0 lah yek...

lawatan ke Ladang Kota Warisan








Sehari sebelum Syahwal teman melaat sebuah ladang ternakan di Kota Warisan milik seorang penduduk Asli(pakai vios tu hehehe) yg selesa dengan nama samaran 'Aiman' hehehe.. tujuan sebenarnya adalah untuk menghantar 15 ekor ayam belanda yang teman bela dari kecil.. setelah duk pikir2 rasenya teman nak fokus pada ternakan ayam sahaja dan tambahan itik sedikit untuk perniagaan teman. Sbb tujuan sebenar teman adalah untuk menjalankan perniagaan ayam ni sahaja.. tapi bila dah tgk macam2 jenis ternakan yang rakan2 bela teman mula rambang mata.. bukan apa teman terpikir mengenai harga dan profit yang kita bakal perolehi sekiranya kita menternak ungas bernilai tinggi seperti mutiara, turkey dan burung merak.. tapi teman tak sedar yang ternakan nie agak manja n senang mati. kekuranganya adalah jenis nie tak leh campur dengan ayam kampung biasa dalam reban sekiranya ayam kampung jumlahnya melebihi 100 ekor kerana ayam kampung ini lebih tahan penyakit dan akan mempengaruhi ternakan jenis lain.. untuk membela unggas berharga tinggi ini adalah lebih baik untuk kita menternak disatu kawasan khas yang kalis cuaca dan perubahan suhu untuk menjamin kehidupan unggas ini.. so teman rase tak mampu lagi nak ternak spesis ini.. dengan terjualnya semua ternakan selain ayam n itik teman dapat fokus kepada ternaknan ayam ni..

Teman jual 15 ekor ayam belanda usia 4 bulan dengan harga RM 200 kepada kawan teman ini..
semasa teman sampai ke reban beliau teman terperanjat dengan jumlah ternakan direban, mutiara, belanda, jambul,silky dan itik berkeliaran bebas dan nanpak sihat2 belaka.. dan jumlah yang ada pun boleh menyesakkan nafas, rupanya rakan teman ini dah dikatogori otai rupanya, beliau sentiasa rendah diri dan low profil.. tu yg teman tak sangka reban dia semeriah tu..

Sedang teman leka negok ayam teman di'temankan' oleh sekor ayam otai kat reban.. tgh amik gambar dia sbb taji power teman ditaji bertalu talu kat tulang kering teman. peah kena 4 das lubang kena taji.. berdarah kaki. power ayam nie.. hehehehe..

Gambar: baris atas, gambar ayam belanda teman yg teman dah jual.. gambar tengah adalah sekitar kawasan reban dan bawah adalah ayam yg taji teman hehehe..

17 September 2009

usia 3 minggu

video
atas ni gambar anak ayam yang menetas 1-4 ramadan lepas.. Rezeki ramadan.. last bacth yang jumlah telur banyak kat reban.. lepas bacth nie ayam terus kurang bertelur.. harap dengan tambahan 60 ekor ayam yang baru dibeli minggu nie, bilangan kutipan telur akan meningkat.. Insyallah..
dari 115 biji telur yang dieramkan hanya 87 yang menetas.. bagai teman itu sudah dikira baik.. dari jumlah tu hanya 3 ekor mati sbb cacat kaki dan berbadan lemah.. yang lain semua sihat.. tapi dalam fasa ini ada akan ada 10 ekor lagi yang akan mati akibat bersaing makanan dan berhimpit tempat tido walaupun kita pasang lampu dan suhu sesuai.. lumrah anak ayam suka tido berhimpit untuk 'rase'selamat. anak2 ayam nie sentiasa lapar n riuh.. nie selepas 3-4 minggu lagi bekas ini akan nampak lebih sesak.. so kenalah pindahkan ke reban kecil atas tanah didalm reban.. so begitulah seterusnya.. namun teman masih belum puas hati lagi dengan sistem direban teman.. sepatutnya reban teman disetup macam reban di Big valley farm di kuala selangor.. dalam brooder ditempatkan anak ayam mengikut jumlah yg sesuai serta brooder ini telah siap dengan lampu dan kelambu.. setiap brooder ada suiz individu untuk kawalan pemasangan lampu.. tak payah kita nak tanggalkan mentol bila brooder kosong atau buat sambung berplug bagi setiap brooder.. berserabut nampaknya nanti.. selepas sampai usia tertentu anak ayam ini hanya duduk di reban ini sehingga sesuai untuk turn ketanah.. dari reban tanah(asuhan) kemudian dipindahkan ke reban induk atau tahap jualan.. hanya 3 perpindahan dilakukan sepanjang hayat ayam ini.. tujuan untuk mengelakkan ayam stress dengan suasana baru serta tekanan menyesuaikan diri.. betul tak teman kata sebelum ini tentang org yg dah lama menternak ini mempunyai kebijaksanaan untuk merancang sistem reban bagi memudahkan kerja..

anak ayam terbaru




nie gambar anak ayam baru menetas dalam minggu ini. bilangan hanya 34 ekor.. sikit je sbb telur kurang sangat.. Tapi Alhamdulilah sekurangnya masih ada telur yang dapat dikutip.. ada lagi dalam 20 bijik belum menetas.. last ari nie lah.. malam kang kalau takde apa2 berlaku teman bunang je telur tu semua.. tapi Insyallah tengok banyk yg dah mula menebuk.. tu anak itik serati 5 ekor tu ehsan dari seorang sahabat yang beli incubator dari teman.. kebetulan incubator yg teman buat tu tertanggal soket dia. so sementara nak teman repair tu dia tumpang telur kat incubator teman.. hah menetas la pulak taime tu.. first time tgk itik menetas.. angsa,ayam,dan belanda dah tgk. itik belum lagi.. Ayam mutiara putih yang diberi oleh guppy dulu tak berjaya dieramkan..

Dalam byk2 anak ayam nie, anak itik serati yg paling teman suka tgk n main.. sayang sangat rasenya.. dari kecik sampai besar baik je perangainya.. dah lah warna kuning, comel baik, tak buat bising pastu bulu dia lembut je kalau kita pegang.. memang tak banyk kerenah anak itik nie.. cukup makan cukup air minum besar lah dia.. kadar kematian pun rendah.. sedar2 dah besar dah nanti.. tapi anak angsa lah yang paling cepat membesar.. seminggu dekat 2 kali ganda besarnya..rase cam nak beli je anak serati dalam 200 ekor untuk buat baka nanti.. space reban dah ada n dah siap berpagar.. so mungkin dapat dilaksanakan lepas raya nie kot..

makanan tambahan



nie gambar dedak yang teman bagi sebagai makanan tambahan bagi ayam teman.. yg dalam plastik tu kepala ikan bilis yang teman beli dengan harga RM 1 sekilo, susah nak dapat kat area nie kepala ikan bilis sebagai protien tambahan untuk pembinaan tisu ayam.. dedak teman pakai adalah dari buatan itali yang berkuliti import.. tak main lah buatan china yang murah tu.. teman suka yang berkualiti je..hehehe silap tulis pulak..tu untuk termostart(cam biasa je dengar ayat nie hehe)

Yg dalam gambar sebelah tu pulak dedak 501 dan 511 keluaran syarikat kat tanjung sepat atas sikit dari morib,teman beli dengan harga RM 85-90 seguni 50kilo tapi bukan dari kilang laa.. teman campur sikit dengan jagung kuning kasar n halus ikut sapa yang nak makan..
makanan utama ayam teman adalah balance nasik dari kedai makan berhampiran.. selalunya teman amik 2 kali iaitu pada waktu tengah hari untuk lebihan makanan dari malam tadi hingga pagi tadi dan sekali lagi teman ambil pada waktu petang dalm pukul 5.. so snak dedak nie teman bagi wawktu tengah hari atau masa selepas makan nasik pagi.. tapi sebulan puasa nie makanan lebihan sangat berkurangan walaupun teman tambah ambil satu restaurent lagi .. banyak org tapau nasik n tak makan kat kedai.. so penggunaan dedak bertambah..

kalau sekarang dengan bilangan anak yang banyak teman pakai 2 guni dedak halus, satu guni dedak kasar dan satu guni bagi setiap jagung kasar n halus..pada bulan ramadan teman perlu tambah satu atau dua guni lagi.. makanan asas lain yg selalu teman bagi adalah daun pisang, batang pisang dan rumput gajah yang selalu tumbuh kat tepi longkang.. cam tu lah teman nak jimat kan dedak nie..

Ujian lagi-kerja giler




Terlebih dahulu teman mintak maaf jika apa yang teman nak tulih nie akan menyebabkan org marah n tersinggung kerana nampaknya macam menyiksa ayam.. tapi teman terpaksa lakukan untuk belajar pasal penternakan ayam nie dan penyakitnya.. hati teman tak tenteram sekiranya tak dapat punca penyakit kat reban kita.. selagi punca penyakitnya tak dapat kita temui selagi itu pada masa hadapan masalah ini akan berlaku..

So teman mencari lah calon ayam yang akan teman uji untuk dijadikan tikus putih makmal.. tujuan bukan nak menyiksa binatang tapi untuk belajar.. (teman ulang skali lagi).. dalam byk2 ayam remaja ini teman pilih sekor yang berusia 4 bulan.. jantan yang sihat dan paling lincah, teman pilih ayam (gambar diatas) nie sbb dalam banyak2 geng dia nie, dia nie paling garang dan agresif serta suka mematuk bulu dan kulit ayam lain.. kekadang teman tgk sampai tinggal tulang dikerjakanya.. dia patuk2 dan patuk macam lapar padahal dah banyak teman bagi makan.. ada yang kata kurang kalcium dalam badan dia.. tapi teman rasa makanan yang teman bagi makan cukup semuanya.. memang tabiat ayam nie pasal dia yg paling besar dan kebykkan yang dipatuknya dari geng yg lain(teman tercampur ari tu) so suka membuli..

benda yang teman buat adalah dgn mengurung sekejap ayam nie semalaman dan bagi air minum dari elektromisis.. pastu pagi semalam teman amik satu bangkai anak ayam kecil yang ada ulat lalat dalamnya.. teman taruk kat bekas dia sorang.. tak tunggu lama.. habis tinggal bulu dan tulang je dia kerja kan.. air minum berubat sentiasa diberi..

keputusan pagi ini.. :
teman dapati ayam nie hadapi simtom yang sama ngan ayam yang mati berak kapur aritu.. tungking berlendir dan basah bulu2 sekitaran tungking.. keluar cairan putih dan kekuningan pada tungking. tungking membengkak dan ternganga tak tertutup kembali macam ada kelemahan otot kemutan yg biasanya tertutup.. ayam ini mula monyok pada pukul 6 pagi ini dan sampai sekarang duk terbaring tak leh bukak mata.. sikit lagi teman akan sembelih dan tanam bangkai ayam nie..

Kesimpulannya..
memang betullah penyakit berak kapur yang selalu jadi nie disebabkan ulat lalat pada bangkai ayam.. so kalau ada kematian pada ayam kena cepat2 hapuskan setelah dikeluarkan dari reban.. kadangkala ayam yg mati pada waktu malam dan tidak kita sedari akan mula berulat selepas 2 hari sekiranya cuaca panas dan lembab..sebelum ayam menjadi busuk kehadiran ulat ini dah dapat dilihat dan aktif memakan tisu bangkai ayam nie.. Alhamdulilah teman dah dapat kepastian tentang penyakit ini.. takde ubat yg dapat repair penyakit ini pasal bakteria dari ulat ni dah masuk dalam perut ayam walaupun sentiasa minum air berubat..

video- gambar ternakan terbaru

Salam..
memang lama betul nak upload video dalm blog nie.. tapi takpe lah teman tunggu juga lee.. nie gambar masa teman bagi makan pagi tadi.. cuaca mendung nak hujan tu yg gambar grlap sikit.. rebanpun bersepah ngan sampah pasal tak boleh nak sapu masa reban tgh basah nie.. kang dah kumpul sampah tak leh nak bakar pasal semuanya basah.. dah dalam reban ada ayam.. penat kita kumpul sampah abis diselongkarnya nanti, berterabur balik.. the best way sapu n bakar terus..

video

Alhamdulilah, mula minggu ini ayam dah mula bertelur kembali.. kalau sebelum ini ayam sepi selama 3 minggu sejak musim hujan mengejut aritu.. mungkin ada rahmatnya ayam nie tak bertelur time itu.. yelah musim hujan dengan cuaca sejuk serta keadaan ayam yang tak stabil serta selalu basah kuyup.. Harapan musim yang datang nie kembali meriah dengan telur2 yang bakal dieramkan.. teman lepas raya nie nak buat incubator untuk 300 biji semi auto untuk kegunaan sendiri.. rasenya senang sikit kerja kalau time nak golek2 telur.. bila time telur nak menetas teman pindahkan ke incubator yang kosong tu.. kalau 300 bijik dah penuh tu dah kira rekod la pasal tak pernah telur lebih 300 biji seminggu.. paling kuat pun dalam 120 bijik je.. ayam teman belum banyak lagi kot.. rentak berketak masa di lepas bertelur tu dah menjadi irama menggembirakan buat teman selain kokokan si jalak.. bukan apa tu tandanya ada telur dah dihasilkan hehehe.. bayangkan kalau ladang yang pengeluaran telur 300++ biji SEHARI!! agaknya cam mana riuhnya kan reban tu..

Herba untuk Ayam

Sejak 2 menjak nie ada serangan berlaku kepada kebanyakan reban ayam seluruh Malaysia.. ada yang teruk seranganya dan ada yang hanya sedikit bilangan ayam yang terjejas.. namun setakat ini belum terdengar lagilah ada penternak yang kehilangan semua ternakanya akibat serangan penyakit.. mungkin penggunaan ubat yang kosisten telah dilaksanakan. Alhamdulilah dan syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana membenarkan kita menternak lagi..

Kejadian ternakan kena penyakit selepas atau semasa musim hujan yang melanda dalam tempoh tak sampai 2 minggu tempoh hari macam mengejutkan penternak yang mungkin sedang leka menternak.. Mungkin ada yang perlu dibetulkan dalam hidup kita kerana Lumrah manusia sentiasa lalai dan termakan pujukan syaitan yang direjam.. apa2 pun kit aperlu melihat segala masalah ini sebagai ujian dari tuhan kerana segala bala atau kesulitan yang diterima adalah ujian dari tuhan untuk melihat sejauh mana kita beriman kepadanya..

Dalam masalah yang menimpa teman banyak terdengar tumbuhan herba yang digunakan oleh penternak OTAI selama ini untuk mengubati atau meningkatkan antibodi dalam badan ayam. Kalau dipikirkan ayam kampung yang dibela bebas sukar mendapat penyakit dan biasanya mempunyai umur yang panjang..kekadang kita leh jumpa 'cicit' kepada baka pertama yang kita bela kerana telah membiak dengan baik.. so teman betul2 mencari segala maklumat yang ada dan bercita2 untuk menanam semua herba ini.. dengan adanya herba ini teman berharap semua ternakan teman sihat belaka tanpa melupakan untuk berdoa sekali.. dalam perncarian teman yang baru bermula nie teman ada jumpa 2 jenis tumbuhan yang ada gambarnya.. tapi satu daun pun belum teman pegang lagi or tanam.. nanti teman cuba dapatkan dan buat satu ruangan taman herba didepan umah teman, kalau berjaya teman cuba biakkan dan tanam didalam bekas kecil untuk bekalan cenderahati kepada pelawat reban teman..pokok yang teman dah tgk gambar..


1. Tumbuhan Sambung Nyawa.

nama pun dah macam best hehehe.. aku ada terbaca yg asal nama nie dari org asli yang tersesat dalam hutan dengan kelaparan serta tidak bermaya.. bak kata org dah nyawa2 ikan lah hehehe.. pastu dia makan daun nie terus ada tenaga dan kekuatan.. tu yg diberi nama sambung nyawa.. betul2 tak betul teman tak tau.. ada byk nama lain bagi tumbuhan.. atas adakah gambar pokok nie.. ehsan dari web: http://www.bio-asli.com/herb/daun.asp korang rujuk la kat penerangan dalam web nie.. banyak betul tumbuhan herba ada dalam nie.. cuma nak carik mana yg sesuai ngan ayam kita..


2. Tumbuhan Hempedu Ular

Ni gambar dari blog Abg Razali: http://razalipro.blogspot.com/
korang tgklah blog abg nie yek untuk gambar dan keterangan yang lebih lanjut.. ada sikit penerangan kat blog abg nie..nak sembang lebih teman pun tak pernah pegang atau cuba tumbuhan nie.. biar yang ada pengalaman membuka bicara... nie tengah nak adjust la nie nak mintak 2-3 pokok hehehe.. leh kan abg?

Bertuahnya kita sekarang sebagai penternak..

Salam lembaran dari saya dan isteri, raya nak dekat.. persiapan pun tengah rancak dijalankan, bagi saya biarlah isteri kita dahulukan, biar berseri2 raya nanti.. yg kita nie cukup lah ada sehelai dua baju baru untuk pagi raya.. yg penting pakaian bekerja dapat ditambah kerana yg ada dah kusam dah.. mana nak carik..? bundle lah jawwabnya.. dengan baju harga 5-10 ringgit nak bergelumbang dengan tahi ayam pun tak kisah..

makin lama menlayari internet makin banyak kenalan n info dapat diperolehi.. rupanya byk kawan2 yang satu minat dalam penternakan unggas ini..
sejak zaman Paklah yang melaungkan azimat "pertanian adalah perniagaan" makin banyak kaum kita yang menceburi bidang pertanian dan penternakan.. pada mula kempen ini dilaungkan banyak suara2 sinis kedengaran yang mengaggap perkara ini hanya membuat org melayu kebelakang kerana semua org sibuk kearah IT dan sebagainya.. namun lama kelamaan org dah muka mata dan begitu ramai yang meneroka bidang pertanian.. apa2 sahaja yang melibatkan pertanian akan dikejarkan ilmunya dan perchongakkan untung rugi dah dibuat sebelum projek dimulakan.. tak kurang juga yang ada sedikit perasaan tamak or nak cepat kaya yg membawa kepada menjadi mangsa penipuan mereka yang tak berhati perut.. tak kurang juga segelintir yang mengaut untung atas angin atas kegairahan kaum kit anak buat duit..

bab kewangan pula... berkotak2 duit dilaburkan samaada dari pinjaman, poket sendiri atau dari saudara mara... kat sini baru kita nampak sebenarnya org melayu sekarang ada kuasa membeli yg besar dan kekadang mampu mengadakan wang puluhan ribu sekelip mata.. perkara yang harus kita banggakan sebagai orang melayu.. tak seperti 30 tahun dulu yang kebanyakannya serba kedaifan. namun setelah PM baru mengantikan yng lama.. suara2 lantang tentang pertanian makin perlahan dan hampir lenyap.. adalah MAHA yang akan datang nie akan mendapat sambutan seperti sebelum ini, adakah segala kontrak farming, skim itu dan skim ini akan terus berkembang.. adakah segala kolam2, ladang2, projek2 dan pokok2 akan terus wujud sehingga 5 tahun akan datang.. atau akan lenyap bersama kelantangan yang tak kedengaran lagi.. atau pun kempen PM sebelum ini begitu besar kesanya dan perubahan ini berterusan sehingga hasil produk kita setanding produk dari indonesia dan thailand..?

bab penternakan ayam kampung pula kita sangat bersyukur kerana bilangan penternak makin besar.. saiz reban pun makin mega. bilangan ayam pun makin banyak sehingga mungkin satu hari nanti ayam kampung asli begitu mudah untuk didapati dipasar.. tapi kalau dipikirkan semula.. ayam kampung kacuk atau improved kampung chicken dicipta untuk menambahkan pendapatan penternak kerana faktor berat dan masa ternakan.. namun permintaan kepada yam kampung asli atau biasa ni selalu sahaja ada dan kekadang tak mencukupi..

Masuk kepada alat bantuan penetasan (incubator) kita sangat beruntung kerana waktu ini semakin mudah untuk kita mendapatkan sebijik mengikut kemampuan.. pelbagai bentuk, konsep dan rupa boleh didapati.. faktor jarak bukan lagi masalah kerana sistem pengangkutan yang baik dan penghantaran yang boleh dipercayai ada didalam negara kita.. betapa bertuahnya telur hasil ladang kita dapat dieram dengan baik dan bekalan anak ayam yamg sihat dapat dikeluarkan untuk generasi penternakan yang baru.. dengan adanya incubator satulagi bidang dalam penternakan iaitu pembekalan benih ayam baru dapat diujudkan.. so saya mengambil insiatif untuk membuat satu senarai pembuat dan penjual incubator dimalaysia ini.. anda boleh merujuk secara lebih mendalam dengan mengklik kepada pautan yang saya sertakan..

Senarai Penbuat dan Penjual Incubator Mengikut Negeri..





Gambar atas: Incubator Auto
Pembuat: http://medanusahawan.blogspot.com/
Lokasi: Puchong Prima, Puchong Selangor



Gambar atas:Incubator Auto/semi
Pembuat: http://nizamspace.tripod.com/index.html
Lokasi: Bangi, Selangor



Gambar atas:Incubator Manual
Pembuat: http://razalipro.blogspot.com/2009/06/alat-penetas-telurincubator.html
Lokasi: Merlimau , Melaka



Gambar atas:Incubator Manual
Pembuat: http://zali-agro-farm.blogspot.com/
Lokasi: Masjid Tanah , Melaka



Gambar atas: Incubator Manual
Pembuat: http://www.akubudaktol.blogspot.com/
Lokasi: Kubur Panjang, Kedah



Gambar atas:Incubator manual/semi Auto
Pembuat: www.citypullagro.blogspot.com
Lokasi: Sepang Selangor..

Untuk rujukan tentang harga, spesifikasi,pembelian dan sebagainya sila klik pada link dan utarakan pertanyaan kepada pembuat incubator ini sendiri.. semoga post ini dapat membantu semua penternak untuk mendapatkan maklumat dan pembelian incubator yang berada dipasaran sekarang..
-pihak citypull hanya mengambil sebahagian kecil maklumat untuk dipaparkan dan membantu mempromosikan incubator dari rakan2 yang lain.. Diharap tiada pihak yang berasa tidak puas hati atau sebagainya.. untuk makluman penjual incubator ini kebanyakan mempunyai pelbagai variasi dan jenis untuk anda pilih.. kami hanya memaparkan incubator utama sahaja disini.. so silalah anda melayari eb dan blog yang tertera.. Mungkin ada lagi pembuat incubator diluar sana yang tak dapat saya temui.. kalau ada maklumat saya akan update disini.. sila email atau drop masej kat msj box belah tepi .. Sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails