30 December 2010

Anda ingin berniaga? tips untuk anda..

Salam,

Dah banyak kali teman didatangi sahabat kita yang menyuarakan minat untuk berniaga. Rata2 percaya berniaga mampu meningkatkan kualiti kehidupan dengan manjana kewangan yang baik untuk diri sendiri dan kelaurga, yelah sapa yang taknak dilimpahi dengan kesenangan duniawi nie.

Tetapi teamn perhatikan ianya banyak terkubur dengan angan2 semata2 dan tak pasti cara untuk berniaga. Bukan tak tau cara menjual tetapi tak tahu tips dan cara untuk berniaga kerana tak pernah terdedah sebelum ini. Bagi teamn, teman sendiri masih belajar dan tak pandai bab nak berniaga nie tetapi adalah sedikit sebanyak pengalaman sendiri dan ornag lain yang boleh teman kongsikan. Teamn teringat satu kisah dimana ketika itu diadakan seminar dan juga pameran serta gerai jualan di Kuala Selangor. Apa yang teman perhatikan, ianya menunjukkan sebenarnya kedudukan kita orang melayu dalam bidang perniagaan ini. Mentaliti subsidi dan menagih bantuan belum lagi lekang dalam benak fikiran kita..

Ini kerana ketika majlis bersama bank dan juga pihak yang menawarkan bantuan dipenuhi hadirin dan didengar dengan begitu khusyuk. Semuanya mengira bagaimana mahu mendapatkan dana dan kewangan bagi memulakan pernigaan. Berkoyan2 soalan dilemparkan. Tetapi masuk sahaja bab pengurusan, tips dan bagaimana nak melakukan pernigaan teman lihat hanya tinggal 20% sahaja yang ada. Yang lain tah kemana.. sedih jugak kerana teamn datang atau masuk awal ketika itu takut tak dapat tempat duduk kerana teman jangkakan yang dewan akan penuh.. lengang selengangnya... ianya membuktikan kita malas nak menimba ilmu atau taknak dengar bahagian yang susah iaitu masa kita berniaga itu sendiri. Sepatutnya ketika bahagaian ceramah ini ynag lebih ramai pengunjungnya..

Tips yang teman nak ceritakan adalah seperti dibawah:

1. Anda kena tahu dalam pernigaan ini biasanya dibahagiakan kepada beberpaa bahagaian. Terpulanglah anda nak memilih bahagian mana yang hendak anda jadi:

Pengilang/pengeluar >>>>>>Pemborong >>>>>>>> Pengedar >>>>>>> peruncit>>>>>>>pengguna

Semuanya akan sama.. lebih kurang macam nie.. kalau ada tambah pun satu dua peringkat sahaja..
Sebagai contoh kalau anda penjual nasi lemak, biasanya anda dah berada di tahap pengeluar dah terus kepada pengguna. Kalau anda mula buat biz kerepak, anda jual terus kepada pengguna itu pun dikirakan biz. tetapi bila saiz keluaran yang kecil maka anda hanya berada dalam tahap tak perlu stage yang lain. Bila anda dah mula maju atau dah mula meningkatkan keluaran, anda perlu menghantar ke lokasi peruncit yang ada. Mungkin dengan menghantar sendiri barangan ke kedai berhampiran. Kemudian satu langkah lagi dimana anda mula mengeluarkan dengan jumlah yang tak dpat ditampung peruncit sekitar anda, anda pelu melantik ajen penjual atau pengedar. Pengedar ini bertanggung jawab melebarkan jualan anda ke lokasi yang jauh atau lebih meluas. Tugasan menghantar akan diambil alih oleh pengedar. Dan apabila jumlah keluaran anda dah lebih maju, anda perlu melantik pemborong yang akan mengambil produk anda secara borong dan melakukan kerja penjualan kepada anda. Dari sini produk anda akan lebih menyeluruh dan anda boleh menjangkau pembeli dengan labih baik. begitulah caranya pernigaan akan berkembang.

So kalau anda perhatikan, kesemua peringkat tersebut adalah pernigaan. Anda boleh menjadi peruncit kalau anda ingin berniaga, ada juga kalau ada modal yang besar boleh menjadi pemborong dan menjualnya kepada pengedar dan peruncit. Sebab tu kalau anda tahu harga sesebuah barang yang dijual dipasaran anda macam rase "tertipu". Yang sebenarnya begitulah caranya penjualan dilakukan. Harga pengeluaran jauh lebih murah dari harga jualan yang paling hampir dengan penbeli iaitu harga runcit. Mungkin boleh teman katakan kalau harga yang kita beli tu di kedai runcit iailah RM 10, tak mustahil harga di kilang hanyalah dalam RM 1.50 sahaja. Yang selebihnya adalah bayaran keuntungan dari tingkatan yang ada dalam urusan. Sbb tulah orang kata untung kalau beli di kilang, cuma kalau dikilang biasanya dijual dalam bentuk besar, takkan nak beli kicap murah sampai kita kena beli satu lorikan?

2. Apabila anda dah memilih ditahap manakah anda ingin berada, anda perlu memikirkan bagaimana ianya boleh beroperasi. Begitu mudah. untuk menjalankan operasi ini anda perlu menjadi pemerhati yang baik dan ada kebolehan untuk meniru. Meniru yang baik dan bukanya menjadi peniru yang menjahanamkan orang lain. Meniru dalam peperiksaan juga salah. Maksudnya kita lihat cara mereka yang berniaga. Perhatikan keadaan diri, jadul, pergerakan, pengawalan kewangan dan sebagainya. dan kita mula mencatit dan mengikutinya dengan perlahan, tetapi ingat jangan ikut membuta tuli, kita kena analisa dan melihat adalah ianya tabiat baik atau buruk. Sebagai contoh, kita ingin menjadi agen jualan atau pengedar bagi jualan ayam. Mungkin kita boleh lihat peniaga yang ada dengan melihat cara mereka beroperasi.. macam mana urusan pembelian stock dilakukan, lokasi penghantaran, kos yang terlibat, kenderaan yang digunakan dan sebagainya.

Urusan meniru atau belajar ini adalah amat penting sebelum kita melompat masuk mejadi peniaga. Kalau kita gagal menerap budaya meniaga ini, peratsuan untuk kecundang awal adalah tinggi. Kita bukan bercakap dari segi persangian tetapi untuk memasukkan diri dalam arus pernigaan ini. Nak masuk memang susah, tetapi bila dah masuk nanti lagi susah.

3. Setelah anda dah tahu bagiman selok beloknya perniagaan yang anda ingin ceburi, anda perlu pula set kan pemikiran anda sebagai peniaga. Sebenarnya tak banyak beza dengan anda makan gaji selama ini. Displin anda yang anda ada semasa bekerja boleh digunakan semasa anda berniaga. Cuma anda perlu meningkatkan dengan memberi kesedaran yang anda perlu menjadi majikan dan pekerja kepada diri anda sendiri. Sebarang keputusan yang anda ambil akan memberi kesan terus kepada anda. Cara pemikiran anda perlu diubah dari hanya menunggu gaji pada hujung bulan kepada menjana kewangan setiap hari untuk dikiran pada hujung bulan. Ini bermakna, ianya merujuk kepada kiraan penutup pada hujung bulan dan bukannya terhenti pada hujung bulan.

Anda kena mula memikirkan untuk menjana pendapatan harian atau keluaran mengikut bacth keluaran anda. Pada setiap penutupan akauan pada hujung bulan, anda perlu menetapkan gaji anda sendiri seperti mana anda bekerja dahulu. Tak kiralah berapa pendapatan perniagaan anda pada bulan itu, anda hanya boleh medapat gaji yang tealh anda tetapkan pada permulaan pernigaaan anda. Kalau anda perlu menggunakan duit, bolehlah anda menganggap yang anda meminjam dari syarikat anda dan bukannya menggunakannya seperti duit anda walaupun anda adalah bos.

4. Pengurusan kunci kira2 juga penting kerana anda tiada alat khas untuk menentukan yg anda rugi atau untung. Setelah gaji anda dah ambil, pengumpulan keuntungan syarikat atau duit anda perlu dibiarkan berkembang dan mungkin akan digunakan nanti untuk penambahan modal atau menambahbaikkan perniagaan anda sekarang. Dari sini kita akan dapat tahu yang sejauh mana kejayaan yang telah kita kecapi sekarang.

5. Anda perlu berusaha sehingga anda mempunyai kewangan yang kukuh untuk pernigaan anda. seboleh2nya untuk permulaan hendaklah anda membayar dengan tunai sebarang urusan anda untuk mendapatkan kecairan dana anda. Dengan bayaran sebegini anda dapat menegtahui kekuatan sebenar dan dapat membendung pembelian atau penambahan yang tidak diperlukan.

6. Anda perlu memastikan yang anda mempunyi simpanan cukup untuk 3-4 bulan akan datang sekiranya jualan anda merosot. Perlu diingatkan dalam perniagaan, apa yang memercu atau mendorong anda adalah strategi2 untuk memajukan pernigaan. Anda tak boleh duduk diam dan mengharapkan perniagaan anda berjalan dengan sendiri. Perlu memikirkan sepanjang masa cara untuk meningkatkan jualan dan memastikan pulangan modal dapat dicapai. Analisa risiko yang baik juga mampu menyelamatkan anda dari tersalah perhitungan.

7. Ingat, berniaga adalah satu aktiviti yang akan berulang saban hari tanpa ada henti. Terhenti operasi anda maka terhentilah pengaliran wang anda. Itulah caranya anda berniaga. Bukan mengajar anda untuk tamak tetapi anda kena ingat yang kalau anda tak berbuat sedemikian, anda bukannya ada gaji yang akan dibayar pada hujung bulan seperti mana yang anda ada sebelum ini.

8. Jauhi sikap atai cara anda berbelanja semasa anda bekerja dahulu. Cara dahulu adalah menggunakan budget yg ada untuk memenuhi keperluan hidup. Tetapi bila ada bonus atau duit lebih, anda mula berbelanja bagai ornag gila. Itu salah. Kita kena beringat selalu kalau apa2 yang berlaku kelak, kita takde tempat nak bergantung.

9. Kita perlu ingat yang peniaga ini mempunyai risiko sepanjang berniaga. Kita perlu memstikan setiap urusan jualbeli adalah sejujurnya dan pelanggan merasa puas hati dengan apa yang kita jual. Jangan sesekali menganaya orang lain kerana biasanya kalau kita berbuat sedemikian, perniagaan kita takkan kemana.

10. Sentiasa merasa tabah dan jangan perdulikan orang sekeliling yang suka mencemuh atau menjatuhkan semangat kita. Adalah lebih baik kita menguncikan mulut dan biarkan mereka melihat sendiri kejayaan yang dicapai. Ingat kalau untung 100 bukan semunya milik kita. Mungkin dari keuntungan itu kita hanya mampu untuk mengambil 10 sahaja. Yang lain adalah hak perniagaan kita sendiri.

Sekian sahaja tips teamn kali ni, banyak lagi yang nak ditulis tetapi tangan dah lenguh.. menulis ni tak sama macam bercakap. Kalau anda ingin memulakan perniagaan, analisalah senjata utama bagi anda untuk berjaya. Tanpa analisa yang baik maka anda akan kecundang kelak.. Selamat berniaga..

27 December 2010

Oitttt.. huhuhu giler arr..

Salam,

Hehehe.. tergelak teman pada mulanya masa teman nak menulis kali ini.. huhuhu.. bukan apa.. terkejut beruk teman dengan apa yang berlaku skang.. sungguh tak kusangka..eeee... betul ke.. bagus jugak..

Bukan apa.. kalau tuan2 semua pernah bukak mudahdotcom baru2 nie dah tuan cari incubator atau mesin pengeraman, anda akan terjumpa berpuluh2 penjual atau pembuat incubator.. yang teman terkejutnya.. lebih 3/4 daripadanya adalah dari bahan buatan plastik.. suatu yang dahulu susah betul nak jumpa.. kalau dulu semuanya kayu dan berat nak mati.. skang dah macam mainan pulak, macam tak percaya kalau sekali tgk yg benda tu plastik..

So apa yang terkeluar dalam benak kepala teman.. dari mana datangnya fenomena ini? dari pembuat sebelum ini atau memang dah menjadi trend skang? Siapa mereka ini yang menjual incubator ini dan dimana mereka belajar membuatnya?Sejauh mana mereka mereka atau buat RND dengan incubator mereka? last sekali yang mendapat jawapannya adalah  cukup mudah.. orang kita dah mula sedar penggunaanya dan memahami incubator dengan lebih baik..teman bersyukur sangat.. skang nie masyarakat kita dah celik Incubator. Bayangkanlah kalau perkara ini terus tersebar dan hampir semua penduduk kampung atau penternak ada incubator!! bayangkanlah jumlah anak ayam yang dapat dikeluarkan nanti.. bayangkanlah nanti incubator ini menjadi perkara wajib yang ada direban jika anda menternak sama seperti alatan lain. Contohnya cangkul bagi seorang pekebun sayur dan sebagainya..

Yahoooo.... 'gumbira' dan rase bersyukur sekarang. Kadang kala kalau tgk incubator yang diiklankan kita dapat jangkakan itu adalah incubator yang pertama dibina atau yang berjaya dihasilkan oleh pembuatnya. Bukan apa kita tgk pembinaannya yang sedikit cincai dan macam betul2 hand made. Nasihat teman, bagi yang menjaual incubator ini, pastikan 'rupa' paras incubator anda ada nampak sikit nilai komersial. Elakkan menggunakan bahan murah atau pasang siap seperti pita pelekat, tampalan, buat lubang yang manual, wayar yang terlalu serabut dan terjuntai dan yang paling penting nampak kemas. Bab harga pulak kita kena pastikan ianya berdaya saing.. tapi yang penting kena jujur.. Ada yang kata incubator dia leh 100% menetas..itu dah ambil alih kerja tuhan tu.. harap pikirkan balik lah ayat yang digunakan, harga pun macam tak logik.. dekat RM400 untuk kapasiti 30 biji manual. Hehehe.. Lepas tu yang penting kena cerita yang betul.. jgn temberang atau menjaja yang bukan2.. itu etika peniaga.. ingat jumlah peratusan peniaga yang akan masuk neraka??

So incubator mudah alih dan mudah digunakan dah banyak kat pasaran..Petanda baik untuk kita penternak diMalaysia. Teman pun takleh lah nak kata yang teman menunjukkan jalan untuk incubator plastik nie tetapi mungkin teman boleh mengaku yang patern teman dekat di "hati" dikalangan pengguna incubator sekarang.. Oklah. sedikit sebanyak ada juga perubahan yang berlaku selama teman membebel dalam blog ini. hehehe..

So ucapan selamat menternak kepada semua penternak sekalian.. Tahun baru dah nak menjelma.. amik azam baru dah lupakan musibah yang anda alami 2-3 bulan lepas akibat serangan sampar. Mungkin tuhan nak buat saringan kot untuk mengasingkan yang mana penternak asli dan yang mana penternak bidan terjun atau yang buat dengan nafsu semata. Teruskan usaha anda tak kira apa yang anda ternak janji ianya unggas. Ingat, matlamat kita nanti Malay Kai ini akan mula mudah didapati dipasar dan mampulah generasi kita yang akan datang menikmati kelazatan ayam ini..

Sekian..

26 December 2010

I'am back..

Salam,

Lama betul dah teman tak menulis dalam nie.. macam dah berkurun dah lamanya.. satu yang tak pernah teman lakukan sejak teman mula2 berbloger. So teman cuba lah kembali buat benda yang dah biasa teman buat selama ni.

Banyak sungguh sebenarnya yang berlaku dalam masa sebulan ini. Banyak sungguh sehingga teman tak sabar  nak berkongsi dengan anda. tetapi takpelah kita bercerita apa yang tersempat sahaja. Sebenarnya dalam masa sebulan ini teman banyak sekali melakukan kunjungan ke reban sahabat jauh yang pernah teman lawat sebelum ini. Mereka yang dah lama berkenalan dengan teman semasa mula2 menternak dahulu. Rata2nya dah menunjukkan peningkatan dan ada yang dah sangat maju sehingga dah berjaya mengeluarkan ayam kampung untuk jualan daging minima 50 ekor sebulan. Dan secara tak langsung teman terjumpa dengan sahabat lama yang rupanya dah mula menternak disebelahreban  sahabat yang teman kunjungi. Beliau masih bekerja dengan gaji yang lumayan tetapi mencari ketenangan dengan menternak.

Buat masa sekarang, teman lebih lega kerana perancangan yang teman buat menjadi kenyataan. Kalau sebelum ini teman tak berani untuk meninggalkan ternakan untuk bekerja, namun semuanya nampak mudah sekarang. Tidak membebankan langsung. Alhamdulilah, satu lagi cara penternakan telah teman rasai. Anak ayam pun dah semakin bertambah selepas teman memberhentikan penjualan anak ayam selepas serangan penyakit sebelum ini pada bulan puasa. Dan sekarang penjualan Incubator pun bertambah baik dengan sokongan ajen jualan. Boleh lah dengan jualan tak melebihi 2 dozen setiap bulan. Cukup untuk menampung kehidupan dengan tambahan gaji sebagai network cons. kat REDTONE.

So kemana arah tujuan teman sekarang? Kemana yang ingin teman tuju setelah 2 tahun berada dalam bidang ini? itu yang bermain dalam fikiran teman selama teman mendiamkan diri ini. Orang cakap rezeki ada simana2. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. So apa usaha teman selepas ini? adakah cukup hanya dengan  apa yang teman buat sekarang. Adakah ianya mampu untuk menjadi sumber kekuatan teman untuk masa depan?

Sebenarnya, kalau nak diikutkan teman yakin apa yang teman fikirkan 2 tahun dahulu ada kebenarannya. Bukan satu angan2 Mat Jenin tetapi lebih kepada cita2 dan cara mencapai matlamat yang teman inginkan. Sehingga kini walaupun dah hampir 2 tahun perihal ternakan ini mula diminati, jumlah jualan ayam ini di pasaran belum dapat dipenuhi. Teman melawat pasar beasr Banting, pasar Old Town, pasar New Town, teman dah pergi ke pasar Sungai Way dan PJ, belum lagi kelihatan ayam ini dijual. Kalau teman ke pasar sub bandar, ada lah sesekali terjumpa dengan ayam kampung asli ini itupun dengan jumlah yang kecil. Nampaknya belum ada player besar atau yang mampu untuk mengeluarkan jumlah ayam ini dengan jumlah yang besar walaupun dah hampir 2 tahun teman berkecimpung dalam ternakan ini.   

Teman bertanya kepada seorang penternak otai dari segi usia di kampung teman. beliau nie sejak sepuluh tahun dahulu secara konsistent menjual hampir 100 ekor ayam kampung ini setiap bulan kepada peraih dan pembeli yang datang terus kerumahnya. Dalam masa teman bersembang tu dia menyebut yang ramai orang dah minat nak menternak ayam kampung ini.   Tetapi ramai yang gagal sbb tak atau macam mana nak menternaknya. Otai ni kata selama beliau menternak ini, tak de cara kursus menternak ayam ini. maksudnya beliau hanya menggunakan beberapa cara tradisi dan petua untuk menternak ayam. Di reban beliau, teman dapat lihat beberapa seting yang hampir sama dengan apa yang teman dah buat. Cuma beliau sentiasa mengamalkan pembiakan melalui eraman ibu.

Beliau mempunyai sejumlah ibu yang separuhya dibiarkan bebas dikawasan getah dan kebun buah2an. Kemudian ada reban yang diperbuat dari kayu terpakai dan juga dair kayu hutan. Bumbungnya ada yang dari zink dan ada yang diperbuat dari atap rembia. Ada juga bumbung yang diperbuat dari kain banner lama yang dikutip apabila habis promosi atau tarikh gantungnya. Sangat simple tetapi yang penting adalah displin yang digunakan. Antara yang teman dapat perhatikan, beliau sangat peka terhadap ibu yang baik dan ibu yang kurang baik dari ayam yang ada. Ibu yang baik biasanya akan dikurung dalam satu reban yang terdapat banyak bekas eraman. bekas2 ini terkurung dan bertutup sepenuhnya dari  ayam lain. Ibu ayam yang baik ini akan digunakan untuk mengeram telur selama 2 bulan iaitu dengan meletakkan telur ayam lain dibawah perutnya dan mengeluarkan anak ayam yang dah menetas. dalam reban khas ini sisediakan air dan dedak yang berprotein tinggi untuk mengembalikan tenaga kepada siibu ayam yg akan terue menerus mengeram. Kemudian si ibu ini akan dirawat dan dilepaskan kembali kepada kawanan ternakan yang lain.

Kemudia setting yang lain pula adalah mengamalkan penjagaan anak ayam yang dirampas dari ibunya. Anak ayam ini akan dijaga sehingga mencapai usia 4 bulan dalam sangkar atau reban yang dikurung sesama mereka sebelum dilepaskan bersama ayam yang lain. cecah sahaja berat lebih dari 1200g ayam tersebut akan ditangkap dan dijual kepada peraih yang datang. Selalunya seminggu sekali jualan akan dilakukan dan jumlah keseluruhannya adalah dalam 100++ setiap bulan. So teman tengok ada satu reban yag mana kebanyakan anak ayam yang berusia dibawah 4 bulan akan berada dalam reban ini. Susah nak tengok anak ayam direban beliau yang berkeliaran.

Dari segi pemakanan pula beliau hanya memperuntukkan dalam satu guni jagung dan satu guni dedak halus untuk ayamnya dalam satu bulan. Yang lain hanyalah dengan bahan yang ada disekitar reban dan juga apa sahaja yang boleh didapati secara percuma. Dikawasan beliau tu ada banyak dusaun dan kebun sayur serta rumput napier. Kadangkala kangkung liar dan keladi bunting pun diberi kepada ayamnya. Pada waktu siang susah nak tengok jumlah sebenarnya ayam beliau tetapi pada waktu malam baru tau yang ayam yang pulang kereban agak meriah.

Teman sempat bertanya, mengapa tak besarkan jumlah ternakan dan menjadikannya satu sumber pendapatan yang lumayan? kalau dah boleh jual 100 ekor mungkin beliau boleh menjual 500 ekor pulak. Mudah sahaja jawapan beliau.. ' Nak menternak ini memerlukan minat dan usaha yang mendalam, kita kena buat kerja setiap hari dan pastikan ternakan kita dalam keadaan baik. Kita pun kena sayang ternakan kita. Tugas tu bukan mudah tambahan sistem yang diguna pakai sekarang" Mungkin nanti bila dah ada cara yang mudah dan lebih tersusun untuk menternak maka bolehlah masa tu kita menternak dalam jumlah yang banyak..

Satu jawapan yang teman sangat teruja. Ini menunjukan bahawa apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mencari cara terbaik untuk menternak ayam ini dan pastikan masalah yangsering kita hadapi sebelum ini dapat diatasi. Dari situ kita akan mampu untuk mengeluarkan sejumlah ternakan yang dirancang dan manjamin pendapatan yang lumayan kelak.

So matlamat teman untuk tahun ini, dalam masa teman bekerja nie, teman akan pastikan ternakankan teman ini terus berkambang dan menjual dengan kosisten. Fasa belajar untuk membesarkan anak ayam dah selesai, fasa mengeluarkan telur dalam jumlah yang baik dah selesai, sekarang masuk dalam fasa menternak secara sambilan sambil bekerja. Dengan gaji yang ada dan sistem menternak yang baik, kita dapat melakukan 2 kerja dalam masa yang sama untuk mendapat pendapatan yang lebih. Setelah semuanya berjalan dengan lancar barulah masa tu teman berhenti semula dan terus mengembangkan ternakan teman. lagi pun teman lihat rata2 yang menternak sekarang nie menternak secara sambilan sambil masih lagi bekerja.

Sekian, esok lusa teman nak uploadkan gambar reban teman yang terbaru dan gambar anak2 ayam yang ada direban tema. Untuk pengetahuan anda, angsa teman dah pun dijual kepada kawan teman yang berbangsa Jerman. Tak sangka pulak kalau diJerman, dorang tak makan belanda untuk krismas tetapi makan angsa..                 

04 December 2010

Skim hari2 duit Masyuk... Mari2

Salam,

Hehehe jgn terus tak baca dah entry teman kali ini, teman bukannya nak jual barang atau dah nak promote skim bukan2 dalam nie. Cuma bagi gempak je.. kalau nak membebel pasal ini semua memang bertahun tak abis..

Ok soalan cepu emas.. cam mana nak BERNIAGA?

Soalan ini kalau ditujuakn kepada anda mungkin anda ada pendapat peribadi anda untuk menerangkannya atau atau hanya mengelengkan kepada sbb anda sendiri pun tak pasti. Tetapi jauh dilubuk hati anda, anda ingin berniaga, mendapat keuntungan dan anda boleh hidup senang sedikit dari kehidupan anda sekarang.

Kalau dulu dengan pendapatan 1k sebulan pun dah boleh dikatakan kehidupan semuanya mencukupi, ketika itu rata pegawai kerajaan atau yang ada pangkat mencecah gaji sedemikian. Gaji pekerja kilang pada tahun awal 90an hanya RM450 sahaja. Mana teman tahu? teman masa tu duduk dikawasan perindutrian Sg Way iaitu kawasan yang paling banyak kilang. Masa tu berduyun2 minah2 kilang dari kampung datang kekota untuk bekerja. Ada yang berjalan kaki dan ada yang naik kenderaan syarikat untuk ke tempat kerja.

Masa tu semunya nampak besar, duit kita nampak besar, pi pasar bawak RM 50 pun tak abis, kalau abis belanja penuh bonet kereta dengan bekalan yang dibeli. Tetapi sekarang? RM 50 dah jadi sama nilai dengan RM 10 dahulu.. cukup sedikit.Pendapatan seisi rumah sebanyak RM 3500 sering sesak nafas pada hujung bulan. So ramai orang kita yang ada sedikit kesedaran untuk berniaga. Mula mencari peluang tetapi sering tak jumpa. Duit boleh dicari sbb kita ada banyak sumber, cuma sedikit atau banyak sahaja. Disebabkan kita nie ingin berniaga dengan niat semata2, kita banyak yang gagal. Kenapa gagal? saya listkan kat bawah nie:

1. Keluarga kita bukan peniaga, So kita sukar sikit nak mendidik nak menjadi peniaga. Peniaga nie kehidupan dia sangat berbeza dengan orang yang makan gaji. Kalau tak percaya tgk tokey kedai runcit tu, kita lum kuar rumah dia dah bukak pintu kedai, kita dah siap nak tidor dia baru nak tutup kedai, kita leh pi jejalan hujung minggu tapi dia setahun sekali, kita leh ke mana2 sahaja kalau ada kelapangan, dia tetap setia menunggu dikedai walaupun bukan dia yg casher, kita beli barang ngan hutang dia beli ngan CASH> huhuhu
So nak memulakan biasanya kita akan menghadapi masalah dan kurang yakin dengan orang disekeliling. Kalau kita duduk berniaga dipasar malam atau di kaki lima biasanya orang sekeliling akan memandang serong. Mungkin ayat yg akan keluar secara spontan dari mulut dorang adalah " agaknya mamat nie kena buang kerja kot ataupun dia nie ada masalah sbb tu terpaksa menjual n menjaja kat tepi jalan". Tetapi jauh dilubuk hati mereka akan berkata.. "huhuhu dah berniaga mamat ni.. mesti banyak duit dia nie sbb berniaga". So semua ini berlaku spontan sbb mind setting yg dah begitu sebati ngan diri kita sejak kita dilahir kan ( bagi mereka yg lahir dalam keluarga berniaga-sila abaikan kes ini)

2. Kita tak tau sebenarnya apa yang kita nak jual. Bila kekurangan maklumat kita tak tau mana kita nak tuju kalau kita nak mencari maklumat. Yang kita ingat mana nak cari tapak mana nak carik modal dan macam mana nak bagi untung lebih. Kita kurang pasti apakah kelebihan atau kelemahan dalam barangan yang kita ingin jual.

Sebagai contoh, kita ingin sangat nak menjual pakaian atau kain sama ada yg dah siap atau tidak. Tetapi kita kurang pasti kat mana nak dapat bekalan, kain apa yang diminati sekarang, jenis apa yang paling laku dan sebagainya. Kemudian kita tak tau macam mana nak taruk harga, kita beli dalam RM 30 untuk 5 pasang tapi masa nak jual sehelai2 kita dah tak tau nak taruk harga. Cara nak  taruk harga sebenarnya sangat subjektif dan kita perlu bijak untuk melakukannya. Kena tgk sapa pembeli kita, jenis mana yang paling laris, kos yg terlibat serta sejauh mana anda boleh menghabiskan jualan yang anda beli.

Ilmu2 ini yang tak boleh anda nak beli atau belajar teorinya. Anda perlu merasainya sendiri dan mengetahui apa yang patut dibuat. Sebab tu teman suka anda memulakan sendiri sedikit demi sedikit dan pada akhirnya anda mula meningkat naik dengan jumlah hasil jualan yang meningkat.

3. Kita takde pemikiran atau pengurusan seperti seorang peniaga. Kalau kita perhatikan, kebanyakan perniaga yang sedang naik atau yang sedang baru nak mencipta nama, kehidupan mereka sangat sederhana. Kadangkala kita tgk dorang jarang sekali shopping atau bermewah2 dengan kereta besar, duk la guna kereta buruk mereka bertahun2 sehingga rase benar2 mampu untuk membeli kereta baru berbuat sedemikian.

Ini kerana bagi seorang peniaga, modal pusingan dan duit simpanan adalah yang paling penting, Mereka sangat mengetahui yang mereka takde gaji di penghujung bulan dan tiada jaminan untuk mendapat gaji pada bulan hadapan. Mereka juga tahu yang mereka tiada pencen kelak apabila dah bersara. maka pengumpulan wang adalah sangat penting untuk memajukan diri mereka sendiri. Kalau anda pernah berkawan dengan seorang peniaga, anda dapati mereka ini sangat menghargai duit, Bukan mengagungkan atau gila kepada duit tetapi sangat menghargai kerana tahu kesusahan untuk mendapatkannya. Semuanya memerlukan hasil titik peluh sendiri, Oleh itu memang itulah caranya mereka menabung atau memastikan tiada kebocoran dalam wang kantung mereka.

Anda akan dapati mereka sangat mengrahsiakan jumlah pendapatan mereka kerana berpendapat yang itu adalah hak mereka. Orang kita nie kalau sudah berniaga suka mencanang dan menunjuk.( itu mengata diri teaman sendiri pun ye lah tu ) kita kalau ada sedikit kelebihan mulalah terus membeli kereta besar atau yg lain yg besar2 belaka walaupun terpaksa berhutang. kadangkala sangat menyedihkan jika perniagaan yang dibina terkubur akibat sikap buas dan boros kita semasa berbelanja. Teman tak salahkan kerana berpuloh tahun selama ini kita kerja makan gaji. Iaitu menunggu hujung bulan sebelum mencucuk duit di ATM teller. Dan kemudian kita belanja ikut keperluan sehingga tiada lagi yang tinggal ( macam teman jugak la tu). So bila mula berniaga, kita terkejut dengan jumlah jualan yang mingkin berganda dari gaji kita yang biasa, maka dengan secara automatiknya kita akan berbelanja lebih..

4. Sifat malu dan suka beralah. Ini yang salah kalau kita berasa dalam situasi berniaga. Selaku peniaga kita tak boleh ada perasaan malu atau segan untuk berniaga. Kita kena cuba dan terus cuba. Teman bangga bagi mereka yang berani pada mulanya untuk membuka meja untuk berniaga. Tak kiralah jual belacan sekali pun, kita kena bangga dengan jualan dan bukannya malu. Lepas tu kalau ada pesaing yang menjual benda yang sama ditempat anda, janganlah anda pula rase nak beralah kerana tak sanggup untuk menutup periuk orang lain, itu sebenarnya yang dinamakan persaingan.

5. Ramai antara kita orang melayu ini tidak dilatih untuk berpikir. Bagi teman, ini adalah sikap yang dididik dari sistem pembelajaran kita dari dahulu lagi, kita dilatih untuk menghadapi peperiksaan dan hanya manghafal. Apabila habis semua peperiksaan dan juga peperiksaan di U misalannya, kita akan terus tutup buku dan menghadkan pemikiran kita, Dari sini pemikiran kita mula akan tumpul. Kita hanya selesa dengan persekitarna kita seharian dan sukar untuk berubah. Kalau kita ditugaskan dengan kerja yang diluar bidang kita semasa makan gaji, biasanya ramai yang akan bersungut didalam hati kerana kesusahan yang dihadapai dan akan terus menghadapi sindrom sakit kepala atau kepala dah jem.

Kita akan merasakan keperluan untuk berpikir adalah sesuatu yang membebankan dan kita malas nak berpikir. Sebagai contoh, berapa banyakkah dikalangan kita yang sanggup membaca buku ilmuan yang baru saban hari? ini kerana kalau kita buat kita akan merasa cepat letih dan membebankan fikiran. Itu lah yang biasanya akan menggagalkan kita sebagai peniaga.

Menjadi peniaga, saban hari kita kena berpikir langkah seterusnya bagaimana kita nak memajukan lagi perniagaan. Kita kalau boleh nak kerja yang tak yah nak pikir dan sentiasa mandapat wang.. nak berpikir nak belanja apa, kita sukalah pulak.. Seorang peniaga boleh diibaratkan sebagai mereka yang membawa kereta dimana tangan seharusnya diletakkan sentiasa diatas stering. So apakan jadi kalau kita berhenti berpikir atau kita berhenti memegang stering? maka akan terbabaslah kereta atau perniagaan kita.

Sebenarnya banyak lagi faktor kegagalan yang nak teamn sebutkan tetapi takut anda bosan pulak membaca.. kita dah biasa dimomokkan dengan benda yang senang, mudah dan kurang kerja. So teman akan sambung nanti yek..

sekian.

21 November 2010

Anak ayam mematuk anak lain,

Salam,

Sekiranya anda pernah menternak anak ayam atau anda pernah mengalami pengalaman membesarkan anak ayam dari usia beberapa hari, teman rase anda mungkin pernah mengalami anak ayam yang diternak mematuk rakan sendiri dan ada yang sampai mati anak ayam tersebut. Kadang kala dah macam2 anda lakukan untuk mengelakkannya. Bagi golongan ibu atau nenek yang ada mungkin dah makin kuat mulut mengomel atau membebel kepada anak ayam tersebut kerana membelasah rakannya sendiri.

Mengikut perkiraan atau pemerhatian teman, biasanya gejala ini berlaku apabila kita mengurungkan anak ayam tadi dalam suatu kawasan dan umur anak ayam mula memasuki usia 3 bualn keatas. Teman sendiripun sering kali berdepan dengan masalah ini terutama anak ayam yang teman eramkan dalam incubator dan hanya berada dalam brooder dan reban asuhan sejak dari mula menetas. Ada beberapa langkah pencegahan yang biasanya teman lakukan untuk mengelakkan ini semua berlaku. Mungkin anda juga mempunyai cara anda sendiri untuk menyelesaikannya, kalau nak berkongsi bolehlah anda reply di ruangan chat disebelah.

Biasanya teman mengamalkan kaedah pengurusan anak ayam dengan memastikan anak ayam tersebut berada dalam kumpulan kecil sejak dari kecil lagi. Dengan kata lain teman pastikan jumlahnya hanya dibawah 30 ekor dalam satu2 masa. Kalau ada banyak teman akan pecahkan kepada kumpulan lain. Kemudian kalau anak ayam ini teman akan kumpulkan mengikut perbezaan usia tak melebihi 1 minggu ikut keluaran. Kalau dalam minggu tu ada 3 ekor je yg menetas, maka itulah kawan serebannya sehingga dia besar nanti.

Selepas itu, kalau anak ayam tadi teman pastikan makanannya cukup sepanjang masa walupun nampak tembolok dia dah penuh. Bagi makan kow2 sampai dia takde selera atau malas nak aktif sangat. Pastu minuman selalu teamn pastikan bersih dan ada. Sesekali teman beri minuman anti stress. Antara cara lain teman pastikan ada sahaja kebersihan reban tersebut dan keluasan reban berpatutan. Cara teman nak ukur senangje, apa yg teman buat hanyalah melihat ketika anak ayam itu tidur. Biasanya dorang akan tidur dekat2 dan anda dapat mengukur keluasan kawasan tidur anak ayam ini. Dari jumlah ini, anda kena pastikan keluasan tempat tidur adalah 1/5 dari keseluruhan reban anda. barulah kita boleh lihat keselesaan anak ayam ini membesar dengan baik. Kalau anda lihat semakin lama anak ayam semakin besar dan makin tak muat, anda hanya perlu membesarkan lagi reban mengikut peratusan tadi.

Kejadian mematuk bulu atau ayam lain sehingga mati mungkin menunjukkan tanda kurang nutrisi, makanan tak seimbang atau tak mencukupi, cuaca panas dan sempit, serta keadaan reban yang kotor. Kalau anda perhatikan tak semestinya ayam tersebur besar maka dia akan terselamat malah yg saiz besar pun selalu menjadi mangsa. Pastikan semua perkara diatas anda hindari. Satu lagi jgn sesekali mencampurkan anak ayam walaupun dari usia yang sama. Anak ayam cenderung untuk menjadi satu puak bila kita tempatkan dalam satu reban dan bila ada sahaja ayam baru yang datang maka pertembungan pasti berlaku untuk berebut tempat.

Sekian,

16 November 2010

Potongan2 kisah

salam,

Saja kali ini teman nak berbual kosong di waktu malam hari raya yang indah ini.. cewah.. dapat pulak cuti hari nie.. syukur dan berseronok sakan. Disaat lepak kat umah mertua, teman teringat kembali peristiwa yang berlaku kepada teman atau yg teman baca dalam akhbar. Semuanya mengenai sikap dan cara kita berpikir terutama golongan kita bangsa Melayu.

Sebenarnya kalau kita masih menyalahkan penjajah yang membuatkan bangsa kita terus berpikiran sempit atau terkongkong, kita sebenarnya  berlaku adil. Ini kerana sudah lebih dari 50 tahun kita merdeka. Kalau nak dikira dari keturunan dan masuk 3 keturuanan dah dari atuk kepada anak dan cucu. Salah kalau kiraan kita sekiranya kita dijajah lebih dari 500 tahun maka fikiran kita juga akan dijajah selama 500 tahun lagi. Ini cakap2 mereka yang tidak mahu berpikir atau malas berusaha. Cerita pertama yang teman terbaca adalah dari petikan harian metro 2-3 hari lepas mengenai tulisan anak penoreh getah yang secara berani dan terang terangan mengkritik peladang getah dikawasannya.

Ini mungkin berkaitan dengan harga getah yang meningkat tinggi dari kebiasaan yang lepas. Anak di penoreh ini berkata yang penoreh biasa sekarang mampu mendapat pendapatan sehingga RM 3000 sebulan berbanding RM 800-1000 sebulan dengan keluasan ladang yang sama. Agak bertuah penoreh sekarang, ini mungkin ada kaitan dengan harga minyak yang tak stabil sekarang. Kalau dulu tayar atau barang seumpamanya menggunakan 100% bahan getah tetapi apabila timbulnya tayar sentetik yang menggunakan bahan asas petroleum maka harga getah tidak lagi lumayan. Maka banyak pokok getah digantikan dengan tanaman sawit yang lebih menguntungkan.

Kata anak penoreh tersebut, ramai orang kampung merungut dan memuncungkan mulut kepada RISDA kerana membekalkan benih anak pokok yang tidak berkualiti kepada penoreh yang menanam semula. Ini kerana kata orang kampung pokok yg diberikan kurus batangnya dan tidak mengeluarkan susu yang banyak. Tetapi hairan pula penoreh yang mana kebun ayahnya yang sama menerima benih dari skim tersebut mempunyai batang yang besar dan susu yang lebih banyak dari pokok sebelum ditebang. Adakah nasib ayahnya yang mendapat benih yang lebih baik walaupun benih tersebut diturunkan dari lori yang sama dengan penoreh lain?

Penulis berkata, puncanya adalah sikap orang kampung yang masih mengamalkan cara penorehan yang sama seperti sebelumnya dengan tidak menjaga tanaman getah ini dengan baik. Selain itu adalah disebab kekurang ilmu atau pengetahuan bagaimana nak manjaga pokok ini dan cara menoreh yang betul. Oleh kerana harga getah yang tinggi, tahap kerakusan orang kampung lain untuk mendapatkan susu menyebabkan pokok getah banyak yang luka dan enggan mengeluarkan susu dengan jumlah sebenar. Dan kemudian orang kampung sering tidak menjaga ladang dan membersihkannya serta memberi baja mengikut jadual yang sepatutnya. Banyak yang mencebik kepada keluarga penulis kerana ada kelebihan kononnya mendapat benih istimewa. Padahal penulis sangup mencabar orang lain untuk datang ladang mereka dan bandingkan dengan ladang2 bersebelahan. Banyak bezanya dari segi kebersihan dan kesuburan pokok yang dijaga.

Bagi teman, perkara diatas sangat mudah untuk dirungkai, ianya berkenaan dengan sikap orang kita sendiri yang tak nak berubah dan selesa di takuk yang sama. Bila diberi teknik baru atau cara baru, langsung orang kita tak nak mencubanya. Padahal dah terbukti cara baru tersebut lebih baik dari cara lama. Itu juga berlaku dalam bidang lain.

Satu lagi kisah pula mengenai sababat kita yang telah membeli sebuah incubator teman 2 tahun yang lalu. Kisah mengenai sahabat kita nie kadang kala buat teman tergelak dan adakalanya membuatkan teman geram. Datang kerumah teman dan ketuk rumah teman macam nak runtuh. Tengok balik baru teman ingat raut wajahnya 2 tahun lepas. Datang bawak incubator kayu teman yang mula2 dulu dengan muka mencuka. Masuk umah dengan tak bagi salam( teman rasa dia ni Islam) membebal yang incubator dia rosak. Kalau ikutkan hati mau sahaja teman sound dia balik.. " bang oi.. mana ada orang datang hantar balik barang rosak lepas 2 tahun yg mana barang tersebut tak sampai pun RM 200".. kalau pas 2 tahun dah rosak tu biasalah. Hantarje lah repair, tapi janganlah buat perangai macam barang teman tu macam tak leh pakai, tak elok atau sebagainya. Kalau barang tak pakai langsung bolehlah tahan 2-3 tahun tapi kita duk pakai hari2 pastu barang elektronik pulak tu memang akan rosak punya. kalau tak, takdelah bengkel atau tempat repair Hp kita pun tahan setahun 2 je ikut kita paka sekarang pastu rosak. nasib baik leh repair kalau tak buang sahaja. Bukan teman nak kata barang reman tak elok tetapi kena lihat macam mana kita menjaganya. Macam mana kita kekalkan kebersihan dan juga mengsetkan kembali suhu. Kalau rosak thermostat beli je yg baru , kalau mentol terbakar kita ganti dnegan yang baru.

Tetapi memandangkan dah pelanggan teman, teman tgkkan lah jugak walau hati dah sakit dengan sikapnya. . Rupanya sejak dari beli aritu langsung saudara kita nie tak pernah usik setting dia, tak pernah cek dan tak pernah nak periksa suhu. Main masuk je.. Nasib baik selama ini dia pakai banyak yang menjadi. Sampai berjuallah anak ayam yang keluar dari mesin yang teman buat tu. Periksa punya periksa rupanya setting dah lari 10 darjah. Ini bermakna ada lah kot yang terpusing thermostat tu sampai suhu jadi tinggi, takda apa yang rosak pun sebenarnya. Terus teman ajarkan cara nak setting walaupun seingat teman, teman dah ajar semasa mula jual aritu. Mungkin saudara kita tak nak amik kisah atau tak perduli.. beli2 terus pakai.. kali ini teman tak nak buat langsung, suruh dia buat dan teman ajarkan sahaja. Pada mulanya taknak, buat muka nak marah dan mula merengus, tetapi teman keraskan hari dan teman pulak meninggikan suara. Bukan nak bergaduh tetapi nak mengajar. NAK menyedarkan . Bila dia sedar teman dah mula berubah muka dan ugut tak nak buat barulah dia mengalah.

Hah, boleh pun setting, walaupun amik masa sikit tetapi teman puas. Terus teman nasihatkan yang ilmu ni memang agak sukar sikit nak belajar tetapi sangat berguna dimasa hadapan. Jgn berhenti belajar walaupun ilmu itu nampak macam remeh. Bukan susah pun. Jgn duk karatkan otak dengan malas nak belajar dan menimba ilmu. Sekarang kata teman, anda dah pandai nak setting dan ada mungkin sudah ada kemampuan nak buat incubator anda sendiri  kalau memerlukan incubator tambahan kelak.

Satu lagi cerita mengenai kisah baru2 ini mengenai MLM yang melibatkan seorang artis dulu. Cerita pasal MLM ni bukan nak kata apa, tetapi pengasas sebuah syarikat yang pakej yang ada "bulk" dalam tajuk skim dia tu adalah rakan sekolah sebilik dengan teman. teman dah baca perbincangan dan perbalahan mereka dalam ruangan chat yang ada. Memang panas dan teman pulangkan kepada anda untuk menilai. Cuma apa yang teman nak kata sekarang, punca ramai orang kita nie kantoi dalam MLM nie bukan sebab terlalu tamak atau malas berkerja. teman perhatikan ramai yang bertungkus lumus dan ingin menjadi kaya. Yang paling besar boleh teman boleh rumuskan adalah minat kita orang melayu untuk berniaga mula kian bertambah, minat ada tetapi yang takde adalah ILMU perniagaan.

Sering sangat teman mendengar minat seseorang mengenai ingin memulakan perniagaan tetapi tercari2 perniagaan yang ingin dijalankan. Mengapa masih diawangan? mengapa sangat buntu sehingga yang nampak hanyalah skim2 cepat kaya yang ada atau pelaburan yang samar2 sahaja caranya. Ini semuanya kerana ILMU. Keinginan dan modal sahaja tak cukup. Cuba kira berapa jumlahnya orang kita yang terlibat dengan cacing, lintah , ikan keli dan sebagainya? jumlah kan kesemuanya.. mereka semua adalah PENIAGA!!. cuma jalannya sahaja tidak betul, mereka ada niat untuk berniaga dan mereka dah mencuba. Janji mereka dah mencuba untuk menjadi seorang peniaga. Bagaimanakah kita yang belum buat apa2 sekarang tetapi ingin berniaga?

Cari ilmu dalam2. Bagi mereka yang dah termasuk dalam golongan tadi, teruskan niat anda untuk berniaga. tetapi tajamkan fikiran dan carialah ilmu. Intai peluang  dan buat kajian baik2 mengenai potensinya. Dan kemudian cari strategi untuk melaksanakannya. Itu sahaja. Bila dah ada semuanya, baru anda sedar peluang berniaga ada dimana2 sahaja. Apa sahaja yang ada dirumah anda, yang anda pakai dan apa yang anda dapat lihat didepan mata adalah barang perniagaan. Jgn sempitkan dengan perkara2 kecil atau yang menjadi sebutan hangat ramai orang.

Insyallah dengan trend mereka yang dah terkena dengan skim atau produk argo yang lepas mungkin merekalah menjadi orang terdahulu yang akan menjalankan perniagaan. Ini kerana mereka dah ada asas dalam diri macam mana untuk berniaga dan dah merasa sepak terajang dalam perniagaan. Jgn putus asa tetapi bersyukur dengan pengalaman anda.

Itulah sahaja nukian teman mengenai tulisan teman kali ini. Mungkin sbb kurang menulis sbb tu sekali tulis panjang berjela. Teman sangat berharap agar suatu hari nanti, 60% peniaga atau kuasa ekonomi dipegang oleh orang kita demi menjaga kembali kehormatan orang kita ditanah air. Cuba kurangkan atau jangan guna terus perkataan yang melebalkan orang kita seperti dengan: " melayu malas, melayu pendengki, melayu suka lepak, melayu tak boleh tgk  melayu lain senang, melayu mudah kena tipu dan sebagainya. Tiupkan semangat ingin berjaya dan bersaing demi ingin membaiki diri kita sendiri sebagai orang melayu.

Akhir kata, sempena hari korban ini, marilah sama2 kita turut berkorban dengan mengorbankan jiwa pemalas, jiwa kosong, jiwa dengki dan masa senang lenang kita demi untuk masa depan yang lebih cerah. Itulah pengertian korban yang bermakna selain dari ibadat korban yang dilakukan. Jauhkan perasaan curiga kepada mereka yang mengajak kepada kebaikan atau yang menyebarkan ilmu dengan ikhlas. Percayalah mereka( org melayu) yang dah berjaya adalah mereka yang dah buat apa yang teman katakan tadi..

Sekian..

13 November 2010

Sambungan

Salam,

sambungan mengenai gejala telur tak berbenih.

Seperti yang teman nyatakan sebelum ini, gejala ini kerap kali berlaku sekiranya kita mula menternak dengan jumlah yang banyak. Kadang kala ada juga kalau kita menternak dalam jumlah sedikit kita berjumpa dengan kes sebegini. Kalau kita terjumpa begini kita perlu melihat kepada penjantan yg ada samada terlalu muda atau terlalu tua, namun biasanya jarang terjadi.

Disebut dalam post sebelum ini, teman bercerita mengenai setting reban yang betul. Ramai yang beranggapan yang teman nie macam pandai sangat, Sebenarnya bagi pengetahuan semua, teman ni masih baru lagi dalam bidang ini, usia menternak pun tak sampai 3 tahun. Ramai sebenarnya penternak diluar sana yang dah lama menternak ayam ini dan mempunyai skill tersendiri yang terbukti berjaya menternak. Yang teman ceritakan selama ini mungkin hanya pendapat teman yang teman perolehi secara sengaja atau tidak semasa menternak. Mungkin sebilangan penternak yang dah otai ini belum bersedia untuk berkongsi bersama kita atau tiada masa untuk bercerita seperti yang sering teman lakukan dalam blog ini.

Maksud teman menternak dalam jumlah besar tetapi kekalkan dalam jumlah yang kecil adalah dengan mereak reban agar ayam sentiasa berada dalam jumlah kecil. oleh itu untuk menternak untuk memperolehi baka atau memelihara induk, anda perlu memastikan ianya berada dalam jumlah kecil yang semaksima yang boleh adalah dalam kumpulan dibawah 50 ekor bagi kawasan sebesar court bola tampar atau yang lebih besar. kalau anda bercita untuk menempakan ayam ini melebihi jumlah ini samada secara lepas atau berkurung, teman yakin anda tetap akan menghadapi masalah telur tak berbenih. Kalau kurangpun masalah perebutan antara jantan, kekecewaan sibetina untuk mendapatkan sijantan alfa dan menyebabkan terus bertelur tanpa mengawan.

So anda perlu pikirkan bagaimana nak pastikan ayam ini sentiasa berada dalam kumpulan kecil dan keadaan huru hara tidak berlaku. Semua yang tahu paham mengenai kesukaran yang akan dihadapi kalau kita menternak dalam bangsal besar dan melepaskan induk dalam jumlah yang besar. Pastikan kalau boleh, anda siapakan satu setting reban untuk sejumlah ayam yang tidak melebihi 50 ekor termasuk jantan. Dan kemudian anda perhatikan kalau ada masalah yang timbul smeasa menternak dalam jumlah ini. Kalau ada anda perlu pastukan masalah itu selesai seperti keperluan tempat tidur, jumlah bekas telur yang betul dan sebagainya. Apa bila anda berjaya, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya mengandakan jumlah reban ini atau paling tepat dengan membina sebuah lagi reban yang serupa dengan apa yang anda ada sekarang. Cukup mudah. Gandakan sahaja. Buat yang sama. So masalah yang lain takkan berlaku.

Sebab itu dari mula dulu teman dah menasihatkan agar anda memulakan dengan jumlah sedikit iaitu dalam jumlah 50 ekor. Bukan sebabnya saya dengki atau saya tak nak melihat anda berjaya. kerana nak pastikan anda berjayalah saya nasihatkan seperti berikut, bayangkan kalau anda dah master dalam menternak ayam 50 ekor, dengan gandakan jumlah reban sama seperti itu anda boleh menternak sehingga ribuan ekor. Cuma pastinya jumlah dan kawasan yang terlibat akan lebih besar dan luas. Kalau anda hanya menghentam keromo atau mengikut naluri hari, pada dalam masa sebenar ada menternak  teamn pasti akan ada banyak masalah yg dihadapi sehinggakan anda akan mengalami masalah..

sekian..

12 November 2010

Gejala telur tak berbenih dan kulit nipis

Salam,

Teman nak memberi padangan mengenai soalan seorang sahabat kita yang yang mengatakan masalah menternak ayam kampung selama ini. Pengaduan beliau mengenai kegagalan beliau dalam menggunakan mesin pengeram. Masalah yang dialami bukannya masalah alat pengeram tetapi kepada masalah telur tak berbenih. Selalu apabila dicandling pada masa2 tertentu semunya nampak kosong tanpa ada sebarang embrio didalam telur.

Sebenarnya tentang masalah telur tak berbenih nie dah banyak kali teman bincangkan dalam blog teman ini. Mungkin saudara kita nie terlepas padang dalam blog teman ini. Masalah telur tak berbenih ini adalah masalah yang sering berlaku kalau kita dah mula menternak dalam jumlah yang banyak atau tidak terkawal. ideanya cukup mudah, tiada kemasukkan benih dalam telur yang menyebabakan telur tidak bersenyawa dan tidak akan ada embrio anak ayam terbentuk.

So kita jawab balik dengan persoalan, mengapa benih tak termasuk dalam telur? adalah proses mengawan tidak berlaku? apa yang menyebabkan sijantan dan sibetina tak mengawan? dan sebagainya. Dari sini barulah kita dapat mendapatkan punca mengapa ainya berlaku. bagi sesetengah penternak, masalah ini tidak atau jarang sekali berlaku. Kalau dimasukkan telur dalam incubator maka akan menetaslah telur tersebut. Ada pula yang bersungguh2 mengusahakannya agar telur mereka berbenih. telur ayam ye maksud saya..

Mengapa ada 2 kumpulan pula? ianya tidak mustahil berlaku. Teman dulu pun pernah sampai hampir 30 peratus sahaja telur berbenih. Sungguh menghampakan padahal ayam jantan otai mencukupi. Semuanya adalah dari segi pengurusan reban kita. Kalau kita nak bercakap mengenai pengurusan reban, apakah pengurusan terbaik yang boleh dilakukan. apa kaitannya pengurusan reban dengan telur berbenih?

Sebenarnya jumlah jantan dan betina ynag telah disetkan dengan baik pun tak menjamin yang telur kita akan berbenih. Kalau kita perhatikan, kalau kita menternak ayam ini dalam jumlah kurang dari 50 ekor, kita dapati telur yang tidak berbenih sangat lah kurang. Kes yang ada pun mungkin hanya telur yang tembelang atau telur yang tak menetas tetapi bila kita pecahkan akan terjumpa embrio yang terbantut atau yg dah membesar sepenuhnya. Pada ketika itu jumlah ayam jantan yang kita bela mungkin hanya beberapa ekor sahaja. Bila kita mula nak mengembangkan ternakan kita dengan mengandakan jumlah yang ada keadaan mula berubah. Apa yang biasanya kita buat adalah menambah bilangan ternakan dengan nisbah jantan dan betina sama seperti ternakan yang kita ada pada mulanya. So kalau kita tambah sekali ganda, jumlah jantan yang ada juga ditambah sekali ganda.

Yang peningnya kita dapati jumlah telur yang tidak berbenih mula bertambah. Kalau nak diikutkan secara matematiknya kita sepatutnya tidak akan mengalami masalah ini kerana kita dah ada cukup jantan untuk mengawan. Sebenarnya teman pernah mengalami masalah ini semasa teman mula menternak dahulu. Pada masa itu teman ada lebih kurang 300 ekor induk dan semuanya diternak dalam sangkar besar atau kawasan berbumbung dan jaring sepenuhnya seluas setengah ekar. Dengan nisbah 8 betina satu jantan teman dapati jumlah telur yang tidak berbebih semakin berjadi2. Telur yang dikutip memanglah banyak saban minggu tetapi sayang apabila sia2 sahaja. dari perhatian yang mendalam, barulah teman paham yang sebenarnya kita dah tersalah langkah dan menempatkan semua ayam ini dalam satu kawasan. Tak kiralah sebesar mana pun kawasan yang kita beri kepada ayam ini, ayam ini tetap menperolehi peluang untuk berjumpa dengan ayam yang lain. Ini bermakna setiap ekor jantan yang ada akan mengawan dengan setiap ekor betina yang ada.

Seringkali kita perhatikan, dalam kehidupan haiwan, sibetina hanya akan tertarik kepada ayam jantan alfa atau ayam jantan yang paling gagah dalam reban atau dalam sesebuah kawasan. Ini bermakna, sijantan yang perkasa atau yang paling hebat sahaja yang akan mendapat peluang untuk mengawan. Yang berlaku dalam reban kita adalah si betina tadi akan mula memilih untuk bersama dengan jantan yang kuat dan enggan mengawan dengan jantan yang kurang. Maka apabila sijantan tadi dah mempunyai kumpulannya sendiri( yang betina otai juga) maka yang lain enggan untuk mengawan dan bertelur tanpa bersenyawa. Jangan terkejut kepada mereka yang baru kalau teman katakan sibetina ini akan mengeluarkan telurnya juga walaupun sijantan tiada. Ini keraai, sibetina tetap akan mengeluarkan telur tanpa persenyawaan. Persenyawaan atau pembenihan terjadi apabila benih sijantan memasuki saluran pengeluaran telur sebelum lapisan putih kalsium atau lapisan kulit telur terbentuk. Pada masa ini benih jantan akan memasuki kuning telur dan dikeluarkan dari badan ayam. Proses pembesaran embrio dilakukan dalam rahim luar atau dalam lebih tepat dalam telur itu sendiri. Ini normal bagi haiwan yang bertelur.

Bila ada sejumlah ayam jantan didalam satu reban, perebutan akan berlaku untuk hak mengawan terutama pada waktu petang sebelum naik tidur. Lihatlah sendiri kalau anda tak percaya, pada ketika inilah peluang terakhir untuk hari itu sijantan mengejar sibetina untuk mengawan paksa.  Kenapa teman gunakan perkataan mengawan paksa adalah pada kebiasaannya sibetina akan bersedia dengan kehadiran sijantan pilihanya semasa mengawan dan melakukannya dengan rela. Bila pada waktu nak tidur, semua ayam akan berkumpul dan pada waktu ini sijantan yang tidak terpilih akan melakukan cubaan paksa untuk mengawan. Maka perebutan akan berlaku dan proses pengawanan sempurna gagal sama sekali. Baru sahaja dalam proses memanjat dah ada sijantan lain yang menerajang dari belakang dan terbantut.

Bayangkanlah pada ketika itu jumlah sijantan yang telah matang sepenuhnya adalah 10 ekor. Dan pada waktu itu sibetina yang sedang dalam keadaan bersedia  untuk bertelur hanyalah 2 ekor. Bagaimana riuh yang berlaku 10 berebut 2? itulah yang menggangu proses mengawan. Biasanya proses bertelur bagi satu kumpulan ayam adalah tidak sama. Mungkin hanya dalam 10% yang akan bertelur serentak. Ini kerana cuaca negara kita adalah panas sepanjang tahun dan ayam boleh bertelur pada bila2 masa sahaja. Bersyukur dan  kita sangat bertuah dengan iklim dinegara kita.

Bagaimana kita nak mengatasi semua masalah ini? jawapanya kita kena pastikan jumlah ternakan kita tetap kekal seperti kita menternak dalam jumlah kecil dahulu. ( waktu yg telur semua berbenih) tetapi diternak dengan jumlah yang banyak.. Bagaimana nak melakukannya? teman akan sambung dalam tulisan akan datang..

Sekian..

04 November 2010

Jawapan untuk pertanyaan En Azman,

Salam,

Teman nak menjawab persoalan yang dikemukaan oleh saudara Azman yang menghantar pertanyaan melalui chat box teman. Bukan tak nak menjawab dalam tu juga tetapi ruangannya terlalu kecil dan seakan tak mampu menerangan dengan sepenuhnya. Dibawah adalah pandangan untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh saudara kita.

Soalan:  "sepol kalau nak bela berpuluh ribu pun orang boleh bela tapi ada ka orang nak beli. kalau setakat 40-50 eko sebulan tak yah bela byk2 menghabiskan duit ja"

Sebenarnya En Azman, setakat kini belum ada lagi penternak kita yang mampu untuk mengeluarkan jumlah ternakan melebihi 1000 ekor sebulan. Kalau ada yang mencecah ratusan ekor pun hanya mereka yang menjalankan perniagaan mengumpul ternakan orang lain dan menjualnya kepada yang berminat. Ini kerana setakat ini tiada pengeluar anak ayam komersial yang mengeluarkan anak ayam ini dengan jumlah yang banyak untuk membolehkan kita menternak.

Ayam yang saya maksudkan selama ini dalam tulisan saya adalah Ayam Kampung Asli iaitu ayam yang telah dibela atau diternak oleh tok nenek kita selama ini dibelakang rumah. Ayam ini diternak untk tujuan daging dan telur untuk keperluan keluarga. Ayam yang dibiarkan lepas berkeliaran dan kadang kala dikurung untuk mengelakkan serangan pemangsa. Saya tak bermaksud ayam kampung kacuk yang diternak secara komersial oleh sahabat penternak yang lain dimana ayam tersebut adalah kacukan dari baka Rhode Island ( ayam orang putih ) dengan ayam kampung asli untuk mendapatkan baka hibrid yang mempunyai berat badan matang mencecah 4-5 kilo bagi jantannya. Tujuan dikacukan sedemikian adalah untuk mendapatkan tempoh masa menternak yang lebih cepat iaitu dengan kaedah pemilihan berat. Cukup sahaja berat 1.5 kg tak kira berapa usia ayam tersebut maka ayam tersebut akan dijual. Ayam kampung asli ni, nak taknak kita perlu menjualnya matang pada usia 5-6 bulan dimana ayam tersebut telah mencapai berat hampir maksimanya iaitu antara 1-2 KG.

Yang saya selalu tekankan dalam blog adalah bagaimana nak mencapai matlamat menjual ayam ini dalam jumlah yang banyak saban bulan. Kita banyak kengkangan bagaimana nak mendapatkan bekalan benih anak ayam. So saya rase setakat ini atau dalam jangka masa setahun lagi, untuk membela sehingga mengeluarkan beribu ekor ayam kampung ASLI adalah sangat mustahil melainkan satu usaha hebat telah dilakukan. Ini bermakna sekiranya anda berjaya, anda berjaya mencecahkan kebuntuan penternak yang ada sekarang dan tak mustahil anda menjadi peneraju penternakan ayam kampung asli ini. Tak salah kalau saya mencabar anda sekarang untuk menternak sehingga berjaya mengeluarkan ternakan ayam kampung asli sebanyak itu.

Soalan: "yang awak bela sekarang sebulan boleh keluar berapa eko"

Buat masa sekarang jumlah ternakan saya termasuk jumlah anak ayam yang ada hanyalah tinggal dalam 300 ekor lebih, Ini kerana ayam saya banyak terkorban semasa serangan sampar baru ini. Yang tinggal adalah yang otai2 atau yang terselamat semasa saya sempat balik dari kampung musim cuti ari tu.

Untuk pengetahuan en, suatu ketika dahulu ( tahun  lepas ) jumlah ternakan saya pernah mencecah 1000 ekor termasuk anak ayam yang dikeluarkan. Pada ketika mula2 saya menternak saya mengamalkan kaedah menternak sambil belajar cara nak menternak. Oleh itu untuk fasa permulaan apa yang saya lakukan adalah mengkaji bagaimana dengan sejumlah 300 ekor induk ayam yang saya beli dari penduduk setempat ( seekor dalam harga purata RM 20)  saya mampu untuk mengembangkannya.

 Dari sini pelbagai teknik penternakan berjaya saya temui dan memungkin kaedah menternak secara komersial berjaya dilakukan. Seterusnya dalam tahun ini ( apabila teknik penjagaan telah saya fahami tahun sebelumnya) saya mula menukar konsep penternakan iaitu kepada cara nak mengeluarkan anak ayam untuk tujuan penjualan benih anak ayam ini secara komersial. Untuk pengetahuan tuan, menternak anak ayam sehingga dewasa dan menternak ayam induk sehingga mengeluarkan anak ayam adalah 2 konsep penternakan yang berbeza. Kedua2nya mempunyai teknik yang berbeza dan setting reban berlainan. Oleh itu buat masa ini, iaitu dari bermulanya awal tahun dahulu saya hanya menjual anak ayam yg diperolehi dari  sejumlah ayam induk yang saya ada.

Untuk menjawab soalan berapa jumlah ayam yang saya keluarkan adalah tidak adil kalau tuan ingin mengukurnya sekarang. Untuk maklumat tuan saya masih lagi diperingkat kajian iaitu sajauh mana keperluan yang diperlukan untuk mengeluarkan anak ayam ini. Oleh itu bolehlah dikatakan yang sekarang jumlah ternakan atau anak ayam yang dikeluarkan terlalu sedikit. Hanya kadang kala pada bulan baik ( tiada masalah yang mendatang) saya mampu untuk mengeluarkan hampir 700 ekor anak ayam sebulan. Itu pun disebabkan banyak telur yang dieramkan tak menjadi disebabkan jumlah telur yang tidak berbenih. Telur yang tak berbenih disebabkan cara setting reban kita yang salah iaitu ada kemungkinan disebabkan jumlah jantan yang terlalu banyak, tak seimbang jantina dan juga proses pengawanan yang tidak sempurna semasa ayam berada didalam reban.

Tahun lepas pula, rekod jualan ayam saya kepada pembeli samada jualan dipasar atau jualan walk in ( ramai org cina /orang melayu /orang india  datang nak beli ayam tetapi selalu stock takde) adalah purata 130 ekor ayam matang sebulan. Kesemua ayam yang dijual ketika itu adalah dari tetasan sendiri dan diternak sehingga matang.  Biasanya berita penjualan tersebar melalui mulut kemulut. Yang pasti saya ada 2 pelanggan setia ( tokey bengkel kat depan dan tokey hardware) yang akan membeli tak kurang dari 5 ekor setiap keluarga saban bulan.

Soalan: "tgk dari cara penulisan anda mcm anda tiada masalah untuk men jual ternakan anda
kalau benda ni menguntungkan dah lama cina bela, lagipun yang dok beli ayam ni ambik harga mahal pun kaun cina gak"

Sememangnya untuk maklumat tuan yang saya setakat ini takde masalah untuk menjual ternakan. Bahkan boleh saya katakan sekarang ini kalau saya ada 500 ekor ayam kampung asli saya boleh menjualkannya dalam masa beberapa hari. Kalau tuan nak tahu rahsianya saya boleh ceritakan. Untuk pengetahuan tuan, blog juga merupakan satu medan pengiklanan yang sangat baik. Kalau jumlah pengujung yang datang melawat blog anda bertambah, maka peluang jualan ayam anda juga akan bertambah. Disamping itu anda perlu ada ramai kenalan dan ada sedikit semngat untuk berniaga. Kalau anda jenis yg malu nak mencangkung dipasar untuk menjual, maka anda akan merasa fasa penjualan adalah fasa yang sangat memeritkan dan menyusahkan. Bagi teamn, masa menjual adalah masa yang sangat menyeronokkan kerana ketika ini kita akan mendapat hasil dari usaha yang kita lakukan. Yang menjadi kita susah hati adalah apabila ada ramai pelanggan kita pulang dengan tangan kosong dan berasa hampa apabila jualan kita tak mencukupi atau dalam kata lain dah habis. Itu syarat utama dalam perniagaan.

Pernah saya membawa beberapa rakan kelas penternakan saya untuk datang semula pada hari berikutnya untuk bersama menjual ternakan di pasar Banting. Dalam masa satu jam sahaja ( turun pasar pukul 7.30 pagi) habis semua 60 ekor ayam kampung asli ini yang saya bawa dijual. Terus balik dan saya belanja rakan2 saya makan sarapan. RM 20(purata) dikali dengan 60 ekor.. bagi saya dah cukup lumayan kalau anda hanya perlu duduk sejam dipasar.

Kenapa harga ayam ini mahal? ini kerana nak menternak ayam ini mengambil masa yang lama. Lagi satu ayam ini diternak secara bebas dan tidak terkawal. Oleh itu jumlah ayam yang ada dipasaran amat terhad. Bila jumlah yang ada sedikit, maka harganya akan menjadi mahal. Kenapa ayam ini orang cina sanggup membeli walaupun harganya mahal? Ini kerana keaslian dan juga rase sedap dan baunya yang harum kalau kita buat soup. Orang cina gemar untuk memakannya dan menjadi pilihan bagi mereka yang sedang sakit atau yang baru lepas melahirkan anak. Kalau nak dikira, sebenarnya orang kita juga pandai makan ayam kampung asli ini. Cuma mereka tak membelinya dipasar sebaliknya terus kepada penternak dikampung. Orang bangsa asing pun pandai makan ayam ini walupun harganya yg dijual sama mahalnya.

Nama ayam asli ini orang cina gelarkan sebagaikan Malaikai. Ianya bermaksud ayam melayu. Nama yang melekat kerana orang melayulah yang kerap menternak ayam ini disebabkan faktor orang melayu dahulu yang duduk dikawasan kampung. Kalau tuan berasal dari Perak atau biasa duduk dikawasan kampung melayu yang ada orang cina sekali, anda akan dapati orang cina juga menternak ayam mereka. sama sahaja dengan orang melayu. Cuma jumlah penduduk cina yang berumah dikampung sangat kurang berbanding orang melayu.

Dari segi komersial pula orang cina taknak bela ayam ini kerana bekalan anak ayam ini tidak kosisten. Jumlahnya juga terhad. Untuk pengetahuan tuan, untuk sebarang ternakan ayam, kuantiti adalah segalanya. Kalau tak mampu untuk menternak dalam jumlah banyak orang takkan bela ayam. Sbb itu mereka beralih kepada ayam kampung kacuk yang jumlah anak ayam yg boleh dibeli sangat banyak. Satu lagi orang cina taknak bela ayam ini kerana tempoh ternakan yang panjang. Disebabkan jangka masa yang panjang raban hanya boleh digunakan untuk jangka masa 2 kali setahun sahaja. Itu cukup menyesakkan mereka yang mementingkan pulangan pelaburan.

Ada juga orang kita yang menternak ayam kampung kacuk ini. Tetapi kuasa modal yang terhad dan kekurangan kita dari segi pemasaran menyebabkan ramai yang dah gulung tikar. Buka sorang dua, teman rase dah berpuluh dah. Yang pakai kereta mewah pun tewas. So bukankah ini peluang kita menambah pendapatan keluarga dengan menternak secara kecil2an ayam ini. Permintaan sangat banyak dan harga juga lumayan. Cukuplah kalau anda mampu untuk mengeluarkan 500 ekor ayam ini dan menghantar kepada 2-3 pasar besar disekitar anda. Disamping itu anda aktif menjualnya sendiri dengan cara yang anda suka. Dengan jualan 500 ekor tu teman yakin ianya sudah melebihi dari gaji purata kebiasaan semua orang melayu dinegara kita.

Soalan: "ayam kampong bukan boleh biar lama sqangat nanti daging jadi liat."

Ya, ayam kampung kalau kita biar lama sangat memang akan menjadi liat. Itulah sebabnya kita kena pastikan apakah tujuan kita menternak ini. Untuk menjadikanya induk atau untuk menjadikan jualan daging. Kalau induk kita kena pastikan umur ayam yang diternak tak melebihi 2 tahun. Lepas 2 tahun kita kena tukar induk. Induk ini pula akan kita kerahkan untuk mengeluarkan telur semaksimum yang mungkin dalam tempoh masa tersebut. Teman rase mereka yang menjadi pengikut setia blog teman tahu bagaimana caranya.

Kalau nak bela untuk daging kita kena bela sampai cukup usia matangnya atau paling awal pada usia 5 bulan. Kekuatan jualan ayam ini adalah dari segi kematangannya. Kalau ayam matang barulah dagingnya akan menjadi wangi dan sedap. Tak percaya cuba sembelih ayam umur 4 bulan dan makan. Anda akan tahu sendiri.  Jgnlah bela sampai umur 8 bulan keatas maka dah jatuh hukum kena jadi induk dan tak boleh dijual.

Soalan: "ayam kampong ni kalau nak bela bagi habiskan nasi balance boleh la."

Ya, kalau anda ingin sekadar untuk menternak untuk menghabiskan sisa makanan rumah anda anda boleh teruskan. Ini kerana itulah niat anda pada mulanya, maka anda akan meneruskanya juga. Seperti semua penternak kampung atau orang2 lama yang teman jumpa semasa teman membeli ayam dahulu, semua bersetuju yang menjual ayam kampung asli ini lumayan.Bila dah sesak hujung bulan, datang pula apek bawak motor dan penimbangnya. Rata2 ketika itu harga ayam sekadar RM 9 sekilo. Dapat jual dalam 15 ekor dengan berat purata 1.5 kilo sekor, jumlah jualan cukup untuk belanja dapur untuk minggu tu. Bila ditanya kenapa tak bela banyak supaya leh jual lebih banyak, semuanya mengeluh dengan pelbagai masalah dan kengkangan yang ada.

So kalau kita ada kemampuan untuk berfikir dan ada kemahuan untuk terus maju, kita mungkin dapat menyelesaikan masalah yang orang kampung sekarang alami. Dari sini tak mustahil kita mampu untuk menjana pendapatan yang tak kita dapat dahulu. Teman tak kata bela ayam boleh jadi kaya raya, tetapi teman kata ianya tak mustahil dan mampu dilakukan. teman boleh menyenaraikan mereka2 yang dah lama dalam bidang ini dan anda boleh lihat apa yang diperolehi dengan hasil jualan ayam.

Soalan: "berapa harga ayam kampong ori sekarang"

Untuk soalan ini, teman biarkan anda sendiri yang mencarinya. Memang seronok bertanya tanpa perlu berusaha untuk mendapatkan ilmu. Cuba sendiri pada hujung minggu dan datang kepasar melihat sendiri apek yang menjual ayam ini dari bakul motornya. Tanya dan kalau boleh beli. Takpun tanya sahaja kepada mereka yang menternak ayam dikawasan anda, berapa mereka jual atau berapa yang mereka tolak kepada peraih. Dari harga tersebut anda hanya perlu tambah antara RM 6-10 ringgit lagi untuk mendapat harga sebenar dipasaran. Ada juga kawasan yang harganya masih murah seperti di pantai timur dimana penternak melayu yang menternak secara kecil2an dan kemampuan beli yang masih kecil.

Akhir sekali teman mintak maaf kalau tulisan teman kali ini terlalu panjang atau terlalu sinis, Ianya cuma nak menerangkan yang kita ni kena berusaha untuk memajukan diri. Janganlah duk harapkan cara2 mudah seperti duit peram, duduk saja dapat duit, duit mudah datang bergolek dan sebagainya. Orang cina berjaya bukan kerana mereka pandai berniaga tetapi usaha yang mereka lakukan untuk berjaya. Kalau kita takda pelajaran yang tinggi tak bermakna kita tak boleh belajar cara nak mendapatkan pendapatan yang tinggi. Kemalasan nak berpikir itulah punca kita masih lagi mundur. Buang sikap prajudis dan sikap suka melihat kegagalan orang lain. Kalau anda tahu caranya, dengan tanah sekangkang kera pun anda boleh lakukan sesuatu untuk mendatangkan wang. Dan yang paling penting, lakukan sesuatu dengan iklas dan keranaNya..

sekian.

(p/s: rujuk post teman sebelum ini kalau anda masih tak paham apa yang teman tulis kali ini)

Komersialkah ternakan ayam kampung asli?

Salam ,

Alhamdulilah, kian hari kian banyak teman dihujani panggilan dan sms mengenai hajat untuk menternak ayam kampung asli ini dikalangan orang kita. Ada juga yang teman tak sempat layan sbb dihubungi ketika teman sedang bekerja. Bila pulang teman terus terlupa nak update pertanyaan tadi. Cuma teman nak tegur jugalah kalau anda nak menghantar sms kepada teman, jgnlah terus sahaja kepada soalan yang ingin ditanyakan. Sekurangnya perkenalkan diri anda dahulu sebelum bertanya. Bukan apa bunyinya macam tak berapa sesuai bila dimulakan dengan terus bertanya.Teman akan tertanya2 siapakah anda yang menghubungi teman? teman kenal kah? dimana lokasi tuan semua.. itu sahaja, takdelah kekok teman nak membalas sms. kalau ada pangkat seperti Datuk ke Tansri ke, Tuan Haji ke Tuan DTO ke senanglah teman nak memanggil dengan gelaran.

Mengenai soalan teman tadi "komersialkah ternakan ayam kampung asli ini?" teman tak berapa berani nak menjawab. Ini kerana sepanjang perjuangan teman memperkenalkan penternakan ini teman dapati belum ada lagi yang mampu untuk mengkomersialkan ternakan ini sehingga mencecah 5000 ekor dalam satu2 masa. Bagi teman jika anda mampu mengeluarkan 1000 ekor ayam dalam satu masa pun teman dah boleh gelarkan anda usahawan ternakan ayam yang berjaya. Jumlah ternakan dan cara menternak yang berbeza membuatkan semua orang tahu ianya bukan mudah. Bagi mereka yang merasakan mampu untuk mengkomersialkan ayam kampung ini, banyak yang perlu anda fikirankan dahulu sebelum anda melakukannya.

Maksud teman bukannya ianya tak boleh dilakukan tetapi lebih kepada keputusan anda dan perancangan anda untuk menternak. Jika sekarang anda mempunyai 50 ribu sekali pun untuk anda laburkan dalam penternakan ini , anda belum ada lagi jaminan yang anda akan berjaya kelak atau mendapat pendapatan jaminan setiap bulan. Antara yang anda perlu anda lakukan dan pikirkan untuk mengkomersilkan ternakan ini adalah:

1. Bagaimana anda boleh mendapatkan bekalan anak ayam sepanjang bulan? Anda semua tahu yang untuk mengeluarkan sejumlah ayam yang ditetapkan anda perlu untuk memasukkan sejumlah anak ayam dengan peratusan 5% lebih tinggi. Dengan ketiadaan bekalan anak ayam sekarang, bagaimanakan anda ingin memastikan ianya boleh dilakukan? kalau ada pun adakah anda yakin dengan kualiti dan keasliannya?

2. anda kena pikirkan macam mana caranya anda nak menternak ayam ini dalam jangka masa lama iaitu 5-6 bulan? kalau nak diikutkan satu reban yang dibina hanya boleh digunakan 2 kali setahun kerana jumlah masa pembesaran yang panjang.

3. Anda kena fikirkan mengenai FCR iaitu nisbah makanan yng diperlukan. Berapa yang perlu anda peruntukkan untuk membeli dedak atau bahan untuk membuat dedak mengikut jumlah ternakan anda. Adakah anda ada kemampuan dan cukup modal menampung perbelanjaan makanan ayam untuk 6 bulan pertama.

4. Adakah anda tahu tetang penyakit serta ubat2an. Adakah cukup denagn pengalaman anda sebelum ini menternak secara kecil2an dibelakang rumah? adakah cukup dengan hanya menghadiri satu sesi kelas kelolaan mana2 kelas atau khursus?

5. Dimana kekuatan anda untuk bangun kembali sekiranya ada perkara yang terjadi kepada ternakan anda yang pertama atau yang sedang anda usahakan?Contohnya anda dilanda sampar juga walaupun anda tealh melakukan langkah pencegahan yang sepatutnya.

6. Kemudian mengenai pemasaran pula, bagi teman kalau dah ada ayam didalam tangan untuk dijual, itu bukan lagi masalah asalkan tiada lambakan ayam ketika itu atau semasa harga ayam jatuh mendadak.

Oleh itu anda perlu memikirkan banyak perkara sebelum anda melabur. Amat penting untuk anda berangan dahulu dan kemudiannya anda membuat perancangan agar angan2 anda itu menjadi kenyataan. Kata2 semangat dan panduan yang teman beri dalam blog ini bukannya pengukur sejauh mana anda boleh melakukan ternakan ini tetapi lebih kepada pembakar semangat. Hanya anda sahaja yang tahu kemampuan anda. Adanya modal dan tanah untuk diusahakan bukan penjamin anda akan sukses tetapi hanya kelebihan dari segi fizikal yang membawa kemudahan kepada anda.

Jika sekarang anda sudah berazam, maka adalah penting untuk memulakan langkah pertama anda. Buat perancangan mengikut kemampuan atau "angin" anda sendiri, jangan tergopoh gapah atau sentiasa nak cepat. Jangan sesekali anda melakukan perbelanjana modal melebihi kemampuan anda. jauhi sifat tamak dalam mengejar keuntungan. study dahulu ragam dan tindak balas ayam anda mengikut lokasi anda menternak. Itu semua penting untuk anda berjaya.

Kadang kala kita akan terdengar mereka yang berjaya dan nama mereka mula menjadi sebutan orang. Ramai ketika itu memasang niat untuk mencontohi kejayaan tersebut. Apa yang menjadi perhatian masyarakat adalah jumlah keuntungan serta kemampuan untuk mengeluarkan produksi saban bulan. Apa yang lupa kita lihat adalah tanga2 yang perlu dilalui mereka yang berjaya ini sebelum berada dikemuncak sekarang. Dan kita terlupa nak mengira berapa kali mereka ini tergelincir jatuh ke anak tangga dibawahnya dan adakalanya sampai ke tangga pemulaan kembali.

Oleh itu bagi teman, untuk mengkomersialkan ayam ini tidak mustahil. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jika ada yang berkata ianya sangat mustahil melainkan kita menternak ayam kacuk, anda boleh jadikan kata2 itu sebagai pembakar semangat. Kita semua tahu yang ayam ini sangat sukar untuk dikomersialkan buat masa ini. Cuba banyakkan kalau kita berjaya memecahkan kebuntuan tersebut? Tidakkah peluang untuk berjaya terhidang didepan mata anda? cuba lah anda fikir2kan sejenak..

Sekian..

01 November 2010

Kehidupan aman sejahtera..

Salam,

Rasenya dah lama betul teman tak menulis dalam blog, dah lama sangat sampai terlupa pasal blog. Hehehe bukan terlupa sepenuhnya cuma kurang menulis, tetapi perkembangan penternak lain teman tetap ikut. Begitulah kehidupan sekarang nie setelah teman mula melakukan 2 kerja yang teman idam2kan selama ini.

Kini genap sebulan teman bekerja dan dah dapat pun gaji pertama. Apa yang teman nak rumuskan disini adalah mutu kehidupan dan kelakuan aktiviti harian selama melakukan apa yang teman dah buat selama ini.  Selama ini teman melakukan kerja menternak sepenuh masa dimana semuanya mengharapkan jualan ternakan atau jualan incubator untuk perbelanjaan harian. Memang cukup kalau nak diikutkan walaupun ada juga terkurnag sbb tuntutan kehidupan sekarang. Kadangkala ada rezeki lebih, teman akan laburkan semula untuk membina reban dan sebagainya.

Untuk pengetahuan tuan semua, sekarang teman bekerja mengikut shif dimana ada yang kerja seperti orang kerja opis, ada yang bekerja macam pengawal keselamatan dan ada yang masanya kerja macam shiff pekerja kilang. Dah itu sahaja kerja yang sesuai dengan pengalaman teman dalam bidang customer servis. Sekarang tugas teman adalah membantu syarikat2 yang mengunakan internet disyarikat teman sekiranya mereka mengalami masalah seperti setting dan sebagainya.

Dengan kehidupan bekerja secara shif, masa terluang teman bersama ternakan semakin banyak dan kerap. Bukan selalu teman terpaksa meninggalkan ternakan dan hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Kini teman dah ada kekuatan dalam segi pengurusan sebab teamn dah tahu apa yang perlu dilakukan kalau teman bekerja dan banyak masa yang perlu diperuntukkan. Dari segi kewangan pun teman dah kembali gagah dengan tambahan duit jualan yang berkenaan dengan ayam. Alhamdulilah dengan rezeki yang diberi.

Apa yang teman perhatikan, jangkaan awal yang teman akan merase tertekan dan penat apabila menjalankan 2 pekerjaan adalah tidak benar sama sekali. Apa yang pasti, segalanya nampak mudah dan hati menjadi lebih aman. Tujuan diri menjadi lebih jelas dan matlamat penternakan menjadi lebih jelas. Sebelum ini kehidupan teman lebih santai dengan memerahkan otak untuk menternak ayam ini. Dengan usaha yang tak berbelah bahagi teman kongsi kebanyakkan ilmu disini(blog) agar dapat menjadi panduan penternak diluar sana yang sentiasa mencari ilmu yang berguna untuk menternak. kini apabila dah bekerja, masa terluang digunakan sepenuhnya dan menjadi lebih bermakna. Pengorbanan berhenti kerja selama 2 tahun akhirnya berbaloi apabila sekarang teman mempunyai ilmu yang cukup untuk menternak ayam, cukup untuk menguruskan reban dengan baik.

Kalau anda pengikut setiap blog teman dari tahun lepas, anda mungkin bersetuju yang teman banyak membuat perubahan samada cara menternak, reban dan cara teman menguruskan reban. Dan anda juga bersetuju dengan masalah yang salih berganti dan sama2 sama kita mengatasinya. Kalau dulu kita lihat banyak masalah yang akan timbul bila kita ingin menternak lebih dari 100 ekor dalam satu tanah, kini ianya nampa macam tidak mustahil lagi. Malah untuk menternak 1000 ekor ayam kampung asli dalam keluasan tanah satu ekar bukan lagi mustahil. Kalau dulu kita tersepit dengan masalah pengurusan reban, kini ada pelbagai cara penternakan samada moden atau tradisional yang boleh kita lakukan. Kalau dulu makanan adalah faktor utama yang mengagalkan penternakan kita, kini ada pelbagai altenatif yang boleh diberikan samada memasak sendiri atau memberi ternakan makanan tambahan yang lain. Kalau dulu kita ada masalah dengan bekalan anak ayam, kini kita boleh menghasilkan anak sendiri denagn teknologi incubator.

Hasrat teman untuk melihat penggunaan incubator secara meluas semakin menjadi kenyataan. Penjualan ditahap membanggakan serta dapat kita jumpa alat ini diserata kampung bagi mereka yang menternak ayam. Incuabtor bukan lagi asing untuk penternak kita ditanah air. Cuma teman belum lagi melihat ayam kmapung asli ini terjual secara meluas dipasar2. Mungkin jualan yang dilakuakn selama ini hanya secara langsung direban atau sekadar dikalangan kenalan.

Cuma teman agak terkejut dengan serangan baru ini yang nampak gayanya memberi impak yang besar pada dunia penternakan kita yang masih mentah. Serangan ini cukup hebat sehingga penternak ayam daging yang dah cangih dan maju pun turut terlibat sama. Pengeluar ayam daging meningkatkan tahap keselamatan serta langkah pencegahan yang terbaik untuk ternakan mereka. Bagi kita penternak kecil inilah yang banyak sekali menjadi mangsa kepada serangan yang melanda. Teman juga turut kagum dengan beberapa penternak kita( ayam asli) yang terselamat dari serangan baru ini. Itu satu petanda pertambahan ilmu dalam penternakan ini kian bertambah baik dan kesedaran mengenai serangan sampar meningkat. Harapan teman, selepas ini, serangan sampar yang seterusnya dapat ditangkis kebanyakkan penternak kita tak kira sekecil mana bilangan ternakan anda. Dengan itu ianya tidak lagi menjadi penghalang kepada anda yang baru atau yang sedang menternak ayam ini.

Syukur juga teman bila teman belum lagi melihat mana2 kawan2 kita yang sebelum ini giat aktif menjalankan skim2 cepat kaya atau skim yang diragui menjalankan projek terhadp ternakan ayam kampung ini. Kalau mereka dah masuk, teman bimbang ternakan ayam kampung ini akan menjadi satu lagi bidang ternakan "gila" yang pada penghujungnya akan meng'kayap'kan orang melayu. Mungkin kesedaran tentang ilmu penternakan yang tinggi dikalangan kita menbuatkan skim2 ini nampak mustahil untuk dihidupkan. Tak perlu puluhan ribu untuk menternak ayam seperti yang dilakuan mereka yang terjebak dengan skim cacing dan sebagainya. Dengan RM 1000 pun kita dah boleh menternak secara kecil2an.

Kini apa yang teman idamkan untuk mempunyai reban mudah urus hampir menjadi kenyataan. Reban dimana ayam mendapat segala keperluannya dan seterusnya mendatangkan hasil kepada penternak. Reban ini biasanya adalah dari jenis reban atas dengan berlantaikan jaring yang memudahkan najis ayam ini jatuh terus ke tanah tanpa menjejaskan ternakan. Ayam terkurung dengan baik dan terurus. Pemberian makanan, pembersihan, pengutipan telur, pembesaran anak ayam, pemberian ubat2 serta vaksin, kekebalan terhadap penyakit dan sebagainya menjadi lebih mudah dan berjaya. Inilah rupa reban yang dicari2 selama ini. Dengan kerja tetap yang teamn ada sekarang, gaji bulanan serta pendapatan tambahan dari jualan ternakan dan produk hiliran akan menjana pendapatan keluarga.

Apa yang boleh anda tiru sekarang, bagi mereka yang betul2 mahu menjadi pengusaha ternakan ayam ini secara komersial, anda boleh mengandakan jumlah ternakan dan memastikan jumlah pengeluaran reban anda mampu untuk menampung modal. Bagi mereka yang berminat tetapi masih lagi bekerja, pesan teman supaya mencari rakan kongsi kalau anda tiada tanah atau kekurangan masa untuk menjaga ternakan. Anda hanya perlu membina reban mengikut jumlah ternakan yang anda ingin ternak.Mungkin anda boleh meniru reban yang teman pernah buat sebelum ini atau dari reban dari penternak lain. Bila dah makin mahir, anda tambah bilangan ternakan anda dengan mengunakan modal secara sedikit2. Bila dah dapat hasil dari jualan, anda ada banyak pilihan samada menjadikannya modal semula atau anda ingin menikmati keuntungan jualan tersebut. Mungkin dari hanya hobi semata2, kini anda mampu mendapat duit tambahan saban bulan. Tetapi kalau anda ada tanah sendiri dan ada kemampuan lebih baik anda lakukannya sendiri.

Cuba bayangkan kalau anda duduk dikawasan rumah yang ada sedikit tanah atau anda memang ada tanah yang tidak digunakan. Dan kemudian anda mulakan dengan mengumpul kayu lama atau kayu yang boleh didapati secara percuma. Mulakan dengan membina reban sedikit demi sedikit. Dah ada reban anda mula merembat mana2 ayam disekeliling. Bela secara terkurung dengan teknik yang betul. Kawasan rumah anda akan menjadi bersih dan takde bau. Kemudiannya ada mula menambah bilangan reban dan ternakan. Tanpa anda sedari dalam masa yang sama anda terpaksa membina lebih banyak reban kerana bilangan anak ayam yang ditetaskan sendiri menajadi dan bertambah. Sedar2 jumlah ternakan matang yang ada dah mencecah 200 ekor. Dan ketika itulah anda mula terpaksa menjual ayam samada anaknya atau induk kerana kurang kawasan lagi untuk menternak.

Dan ketika itu baru anda sedar nikmat penuaian ternakan anda yang kadangkala lebih banyak dari gaji bulanan anda. Aktiviti harian anda mula menjadi lebih baik dan anda dapati semua masa terluang anda dipenuhi dengan masa yang berfaedah. Dan dari sini juga anda dapati diri anda semakin sihat kerana kerap bersenam dengan ternakan anda. Dan apabila anda berada dalam fasa ini barulah anda sebenarnya dah boleh cuba mengorak langkah untuk membina ladang anda sendiri. Dengan perancangan yang teliti, apa yang perlu anda lakukan adalah mengurus kewangan anda sendiri samada bantuan luar atau dari anda sendiri. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mengekalkan rentak anda yang ada tetapi cuma mengandakan jumlah ternakan anda. Dari sini barulah anda mampun menjadi pengelaur ternakan ayam kampung asli ini dengan kosisten.

Maaf kalau kali ini tulisan teman terlalu panjang dan berjela. Cuma satu rangkuman apa yang teman lakukan selama ini dan juga untuk buah fikiran untuk anda. Teman pernah dihubungi wakil seseorang untuk meminta teman menghantar bekalan ayam kampung asli ketika usia ayam berada teapt pada 6 bulan. syarantnya adalah yang yg dikeluarkan adalah dair reban teman sendiri dan diberi makanan asli. Bekalan yang diperlkan adalah 100 ekor seminggu dengan harga yang tak boleh teman tolak. Tetapi dengan kapasiti jumlah ternakan teman yang sedikit menyebabkan teman menolaknya. Dalam perbualan tersebut barulah teman tahu yang ayam teman hendak dijadikan bahan utama untuk sup dan perencah kepada masakan lain disebuah hotel. Bila ditanya mengapa tak menggunakan ayam kacuk, beliau kata rase hanyir dan lemak ayan tersebut kini kurang menjadi pilihan kepada chef tersebut disamping dengan bau dan rase anak ayam kampung. Tah tak taulah siapa dari sahabat kita di Malaysia ini yang dapat membuat perjanjian dengan wakil tersebut. akhir kata, teman berharap mereka penternak diluar sana jgnlah putus asa terhadap apa yang melanda anda.. sekian ..jumpa lagi..

20 October 2010

Reban lantai atas kebal sampar?

Salam,

Kali ini teman saje nak bagi pendapat pasal dah ada beberapa rakan penternak kita bertanya samada melalu email atau call, semua macam nak kepastian mengenai reban lantai atas ini. Sekali lagi teman nak nasihatkan, jgn terus sahaja terima bulat2 apa yang dinyatakan atau dirumuskan oleh orang lain sebelum kita menyelidiknya dahulu sedalam2 mungkin. Sebab tu masa teman mula menternak dahulu teman suka mencuba apa yang dikata orang untuk mendapat kepastian.

Sebenarnya apa yang teman katakan sebelum ini adalah mengenai kejayaan reban lantai tingkat atas yang menyeelamatkan nyawa ayam teamn dari segala serangan sampar sebelum ini. Bukannya kebal terhadap  serangan sampar. Kalau nak kena juga tu memang takdapat dielakkan. Bolehlah teman katakan penyebaran yang paling merbahaya adalah melalui manusia itu sendiri. Apa bila ada sahaja agen yang membawanya seperti lawatan atau persinggahan, dari sini virus itu akan terbawa sekali. Buktinya semasa serangan sampar aritu, reban teman langsung tak kena serangan semasa mula2 serangan berlaku. Hanya selepas nak penghujung sahaja, reban teman dilawati oleh sahabat sekampung yang nak beli ayam. Tak diberitahunya teman yang dia baru lepas tanam baki ayam yang mati. Habis terus dalam masa 24 jam berderet2 ayam mati. Satu lagi pengajaran yang berguna.

Oleh itu apabila kita menggunakan konsep lepas bebas yang mana dimalam harinya semua ayam akan tidur ditempat yang sama, kemungkinan wabak ini merebak semakin tinggi kerana duduk bertenggek bersebelahan dan bersentuhan. Cukuplah kalau ada seekor yang bawak wabak ini. keesokkan sahaja hampir suku yang akan berjangkit. Selepas itu pada malam seterusnya maka habislah semuanya ayam kita terjangkit, Kemudian ketika ayam tersebut tengah makan berkumpulan atau ayam minum dibekas yang sama. Bila kita mula menggunakan lantai atas dengan reban kecil yang memuatkan sekumpulan kecil ayam, persentuhan antara ayam dari satu reban dengan satu reban yang lain tidak akan berlaku. Inilah mengurangkan peratusan ayam ini mudah dijangkiti.

Seperti mana yang kita semua tahu, jika kita menggunkan konsep sepenuhnya kurung berlantai atas, ayam tiada peluang untuk terdedah kepada jangkitan yang berasal dari tanah yang tercemar. Ayam juga tidak ada peluang untuk bergaul dengan ayam lain terutama yang berjangkit. Oleh itu, walau ayam yang mudah mati atau lebih sensetif sekalipun kadangkala boleh terselamat dari serangan.

Mengikut pengalaman teman melawat reban sahabat ternak kita di Indon, mereka mampu untuk mengeluarkan ayam kampung yang 70%nya asli sebanyak 5000 ekor sebulan. Cara mereka menternak saling tak tumpah macam yang teman syorkan sebelum ini. Oleh itu teman sangat bersetuju sekiranya selepas ini jika ada mereka yang ingin mengkomersialkan ternakan ini membina unit2 reban kecil yang berlantaikan tinggi supaya ternakan mudah dikawal dan sukar mendapat penyakit. Ruangan kawasan reban juga boleh dimaksimumkan serta kerja penyelengaraan leboh mudah.

So reban lantai atas bukannya kebal tetapi lebih kepada kaedah pengengkangan agar ayam ini tidak dibenarkan bergaul bebas dan dengan mudah menyebarkan penyakit. Ayam juga sering berada dalam keadaan bersih tanpa terdedah kepada becak serta tanah kotor. Tetapi perlu diingat yang kita perlu memberi segala keperluan yang diperlukan oleh seekor ayam selain dari makan dan dan minum. Tanah terawat yang bersih(mungkin dengan sedikit campuran abu bakar) serta bekalan dauanan hijau perlu disediakan setiap hari mengikut keperluan ternakan. Dengan keadaan ayam akan menjadi baik kerana segala keperluanya dapat dipenuhi..

Mengenai pertanyaan mengapa selepas serangan sampar yang dah mula reda secara tiba2 muncul balik, bagi teamn puncanya adalah masih sama. Ayam akan diserang apabila masih ada lagi agen pembawa virus dari reban ke reban. Apabila semakin tersebar, maka semakin banyak ayam yang mati. Bagi reban yang dah selesai mengganas, ayam2 yang tak terjangkit mungkin kurang bergaul bebas dengan ayam yang teals mati sebelum ini, tetapi apabila ada lagi yang bawak virus ini bila datang kereban, maka serangan itu akan berlaku lagi. Maka benarlah serangan tersebut lebih kepada serangan kesan bawaan dari mereka yang datang atau dari kita sendiri yang pergi ketempat yang diserang. sekian..

17 October 2010

Update reban yang terbaru.. ditinggikan..





Salam..

Seperti yang dijanjikan teman upload gambar terbaru reban yang baru dipindahkan ketepi rumah agar mudah teman nak selenggarakan. Dengan kedudukan rapat dengan rumha, teman bileh mengurusnya pada waktu malam atau selepas waktu kerja. Stuktur tanahnya yang lebih tinggi dan berpasir, teamn yakin sedikit sahaja kerja menjaga yang perlu dilakukan.

Teman hanya perlu menambah kaki dah menambah satu lapisan lantai dari jaring plastik sahaja dari reban yang sudah sedia ada. Dari segi pengalaman teman, semua ayam yang berada direban sebegini iaitu tidak menjejak tanah seharian akan terlepas dari sebarang serangan penyakit termasuk sampar. Ini terbukti apabila ayam serama, anak ayam serta ayam sutera teman langsung tidak terjejas ketika serangan melanda reban teman sebelum ini. Oleh itu teman pasti, inilah reban yang terbaik untuk kita menternak ayam dalam skala yang besar dan memudahkan kita mengurus reban seharian.

dalam gambar diatas adalah gambar ynag diambil minggu lalu yang masih dalam fasa pembinaan. Teman akan upload lagi gambar yang telah siap dibina dengan jaring. Yang bagusnya kita boleh gunakan reban ini untuk ayam dewasa dan juga anak ayam yang sedang membesar.



Inilah contoh reban yang paling champion setakat ini. sangat berjaya menjaga ayam kita dari serangan penyakit dan juga pemangsa. Dah banyak kali anjing dan biawak cuba menyerang tetapi tak berjaya. Telur pun banyak dapat dikutip ketika menggunakan reban ini. So kalau anda ada sedikit wang lebih, cukuplah dengan membina reban sebegini. ruang cukup luas untuk menempatkan antara 4-8 ekor induk dewasa untuk tujuan mendapatkan telur yang berkualiti. Reban tak perlu tinggi seperti reban komersial. Kalau anda mahu, anda boleh memindahkan reban ini sebulan sekali ketepi sebelah yang baru dan masih belum dipenuhi najis.

Inilah rupa reban yang kononnya teman bina dahulu untuk anak ayam. Akhirnya sekarang dah jadi pot untuk ayam esotik teman ini selama hampir setahun dah. Lantai yang digunakan adalah dari jenis jaring palstik yang sampai sekarang takde menunjukan tanda nak mereput. Ianya juga mesra ternakan kita dan kurang kesan luka pada kaki ayam kerana lebih lembut dan licin. Reban akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering walaupun kita memberi makanan yang sedikit basah.





Gambar reban yang panjang tu adalah gambar reban arnab yang teamn dah ubah aritu. betul2 sebelah rumah teman agar mudah nak bagi makan apabila balik kerja. Teman hanya berikan arnab ini makan sehari sekali sahaja iaitu pada waktu malam ketika arnab ini sedang dalam keadaan aktif. Mula2 dulu risau jugak takut arnab tak cukup makan, tapi teman tgk makin gemuk je arnab teman nie. So semuanya dah besar semacam sahaja. teman ingat nak mengawankan arnab ini untuk mendapatkan anak arnab dan cuba biakkan. Semuanya masih dara dan teruna tu.

gambar bawah adalah gambar ayam serama teman yang dah berusia dalam hampir setahun. ayam ini juga berjaya mengharungi sampar kerana jarang sekali turun tanah. selalu duk dalam sangkar sahaja sbb takut kena belasah atau kena makan dnegan kucing,. Maklumlah kecik jekan. Dah banyak kali dah bertelur tetapi memanjang je takde benih. Kena turun tanah selalu kot baru nak bertelur benih.

Gambar bawah adalah ruangan laman teman yang belum teman lakukan apa2. rumput je ada. SO tengah pikir apa yang nak dibuat dalam kawasan lapang ini. Ingat nak potkan angsa teman dan beberapa ekor ayam belanda. kalau boleh nak beli sepasang angsa putih untuk dimuatkan dalam kawasan ini, buat pagar tembus mata dan dibiarkan bebas dikawasan rumah ini. Mesti seronok tgk dorang main kat depan rumah. Bagi teman tak salah sbb keliling rumah teman hanyalah pokok sawit dah jauh dari kawasan kejirannan lain. Itu sudah menjadi kelebihan rumah teman.

Itu sahajalah post teman kali ini, dah banyak rasenya.. kalau ada update teman akan post lagi yek.. salam.. sekian..

Pemberian makanan dari sisa restaurant.


Salam,

Seperti yang anda semua tahu, teman sebelum ini bergantung kepada makanan sisa kedai makan sebagai makanan utama kepada ternakan yang telah matang. Hanya seminggu 2 kali sahaja teman akan memberikan makanan tambahan yang dibeli dari kedai. Ini kerana hendak menjimatkan perbelanjaan makanan kerana induk yang diternak telahpun mencapai dewasa dan akan diternak sehingga jangka masa 2 tahun lagi. Tetapi pemberian makanan seperti ini perlu melalui proses pembersihan untuk mengelakkan malah kepada ternakan.

Selepas sahaja mengambil makanan yang telah dikumpulkan seharian, teman biasanya akan membasuhnya terlebih dahulu sebelum disediakan kepada ternakan. Dalam makanan ini biasanya terdapat segala jenis lauk pauk yang berminyak dan kotoran lain seperti kotok rokok, tisu dan sebagainya. Apa yang teman lakukan adalah menbilas dahulu dengan air paip dan menapis airnya sehingga tiada lagi air yang bertakung. Semasa proses membasuh nie teman akan membuang segala benda yang tak sesuai untuk ternakan. Anda akan lihat betapa banyaknya minyak yang dapat diasingkan dari makanan ini.

Selepas membila, teman akan meletakkan dalam bekas bersih sebelum diberi makan kepada ternakan. Mungkin ada yang berpendapat makanan ini kurang berkhasiat, tetapi dari makanan yang teman ambil ini bukannya makanan lebihan yang busuk atau basi. Ianya adalah sisa makanan yang dimakan dan dibuang dalam bekas ini. Oelh itu ikan2 dan makanan lain masih dalam keadaan baik. Cuma minyak sahaja yang akan boleh dianggap merbahaya kerana ianya akan menyebabkan ayam menghadapi pelbagai penyakit penghadaman dan masalah dalaman yang lain. Lihat sahaja air bilasan yang teman tunjukkan dalam tong itu, betulah banyaknya lemak dan minyak yang ada.

Anda akan dapati kerja anda akan bertambah kerana terpaksa membasuh makanan ini dahulu, tetapi bagi teman ianya amat berbaloi berbanding jumlah berat dedak yang terpaksa kita beli untuk diberi kepada ayam ternakan kita. kalau anda masih tak bersetuju dengan cara teman itu terpulang. Kepada mereka yang budget kurang, untuk permulaan anda bolehlah gunakan cara ini untuk menjimatkan kos. Selain dari makanan ini, anda juga boleh mengutip sayuran terbuang dari pasar malam ketika semua penjual dah balik. Pilih sayur yang masih baik dan bukannya dah berair atau dah terlalu busuk. Anda hanya perlu membilas sekejap dan membuat saringan supaya ternakan anda dapat bahagian yang masih baik.

Itu sahaja post teman mengenai makanan ini.. sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails