Pages

Anak ayam mematuk anak lain,

Salam,

Sekiranya anda pernah menternak anak ayam atau anda pernah mengalami pengalaman membesarkan anak ayam dari usia beberapa hari, teman rase anda mungkin pernah mengalami anak ayam yang diternak mematuk rakan sendiri dan ada yang sampai mati anak ayam tersebut. Kadang kala dah macam2 anda lakukan untuk mengelakkannya. Bagi golongan ibu atau nenek yang ada mungkin dah makin kuat mulut mengomel atau membebel kepada anak ayam tersebut kerana membelasah rakannya sendiri.

Mengikut perkiraan atau pemerhatian teman, biasanya gejala ini berlaku apabila kita mengurungkan anak ayam tadi dalam suatu kawasan dan umur anak ayam mula memasuki usia 3 bualn keatas. Teman sendiripun sering kali berdepan dengan masalah ini terutama anak ayam yang teman eramkan dalam incubator dan hanya berada dalam brooder dan reban asuhan sejak dari mula menetas. Ada beberapa langkah pencegahan yang biasanya teman lakukan untuk mengelakkan ini semua berlaku. Mungkin anda juga mempunyai cara anda sendiri untuk menyelesaikannya, kalau nak berkongsi bolehlah anda reply di ruangan chat disebelah.

Biasanya teman mengamalkan kaedah pengurusan anak ayam dengan memastikan anak ayam tersebut berada dalam kumpulan kecil sejak dari kecil lagi. Dengan kata lain teman pastikan jumlahnya hanya dibawah 30 ekor dalam satu2 masa. Kalau ada banyak teman akan pecahkan kepada kumpulan lain. Kemudian kalau anak ayam ini teman akan kumpulkan mengikut perbezaan usia tak melebihi 1 minggu ikut keluaran. Kalau dalam minggu tu ada 3 ekor je yg menetas, maka itulah kawan serebannya sehingga dia besar nanti.

Selepas itu, kalau anak ayam tadi teman pastikan makanannya cukup sepanjang masa walupun nampak tembolok dia dah penuh. Bagi makan kow2 sampai dia takde selera atau malas nak aktif sangat. Pastu minuman selalu teamn pastikan bersih dan ada. Sesekali teman beri minuman anti stress. Antara cara lain teman pastikan ada sahaja kebersihan reban tersebut dan keluasan reban berpatutan. Cara teman nak ukur senangje, apa yg teman buat hanyalah melihat ketika anak ayam itu tidur. Biasanya dorang akan tidur dekat2 dan anda dapat mengukur keluasan kawasan tidur anak ayam ini. Dari jumlah ini, anda kena pastikan keluasan tempat tidur adalah 1/5 dari keseluruhan reban anda. barulah kita boleh lihat keselesaan anak ayam ini membesar dengan baik. Kalau anda lihat semakin lama anak ayam semakin besar dan makin tak muat, anda hanya perlu membesarkan lagi reban mengikut peratusan tadi.

Kejadian mematuk bulu atau ayam lain sehingga mati mungkin menunjukkan tanda kurang nutrisi, makanan tak seimbang atau tak mencukupi, cuaca panas dan sempit, serta keadaan reban yang kotor. Kalau anda perhatikan tak semestinya ayam tersebur besar maka dia akan terselamat malah yg saiz besar pun selalu menjadi mangsa. Pastikan semua perkara diatas anda hindari. Satu lagi jgn sesekali mencampurkan anak ayam walaupun dari usia yang sama. Anak ayam cenderung untuk menjadi satu puak bila kita tempatkan dalam satu reban dan bila ada sahaja ayam baru yang datang maka pertembungan pasti berlaku untuk berebut tempat.

Sekian,

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram