Pages

Komersialkah ternakan ayam kampung asli?

Salam ,

Alhamdulilah, kian hari kian banyak teman dihujani panggilan dan sms mengenai hajat untuk menternak ayam kampung asli ini dikalangan orang kita. Ada juga yang teman tak sempat layan sbb dihubungi ketika teman sedang bekerja. Bila pulang teman terus terlupa nak update pertanyaan tadi. Cuma teman nak tegur jugalah kalau anda nak menghantar sms kepada teman, jgnlah terus sahaja kepada soalan yang ingin ditanyakan. Sekurangnya perkenalkan diri anda dahulu sebelum bertanya. Bukan apa bunyinya macam tak berapa sesuai bila dimulakan dengan terus bertanya.Teman akan tertanya2 siapakah anda yang menghubungi teman? teman kenal kah? dimana lokasi tuan semua.. itu sahaja, takdelah kekok teman nak membalas sms. kalau ada pangkat seperti Datuk ke Tansri ke, Tuan Haji ke Tuan DTO ke senanglah teman nak memanggil dengan gelaran.

Mengenai soalan teman tadi "komersialkah ternakan ayam kampung asli ini?" teman tak berapa berani nak menjawab. Ini kerana sepanjang perjuangan teman memperkenalkan penternakan ini teman dapati belum ada lagi yang mampu untuk mengkomersialkan ternakan ini sehingga mencecah 5000 ekor dalam satu2 masa. Bagi teman jika anda mampu mengeluarkan 1000 ekor ayam dalam satu masa pun teman dah boleh gelarkan anda usahawan ternakan ayam yang berjaya. Jumlah ternakan dan cara menternak yang berbeza membuatkan semua orang tahu ianya bukan mudah. Bagi mereka yang merasakan mampu untuk mengkomersialkan ayam kampung ini, banyak yang perlu anda fikirankan dahulu sebelum anda melakukannya.

Maksud teman bukannya ianya tak boleh dilakukan tetapi lebih kepada keputusan anda dan perancangan anda untuk menternak. Jika sekarang anda mempunyai 50 ribu sekali pun untuk anda laburkan dalam penternakan ini , anda belum ada lagi jaminan yang anda akan berjaya kelak atau mendapat pendapatan jaminan setiap bulan. Antara yang anda perlu anda lakukan dan pikirkan untuk mengkomersilkan ternakan ini adalah:

1. Bagaimana anda boleh mendapatkan bekalan anak ayam sepanjang bulan? Anda semua tahu yang untuk mengeluarkan sejumlah ayam yang ditetapkan anda perlu untuk memasukkan sejumlah anak ayam dengan peratusan 5% lebih tinggi. Dengan ketiadaan bekalan anak ayam sekarang, bagaimanakan anda ingin memastikan ianya boleh dilakukan? kalau ada pun adakah anda yakin dengan kualiti dan keasliannya?

2. anda kena pikirkan macam mana caranya anda nak menternak ayam ini dalam jangka masa lama iaitu 5-6 bulan? kalau nak diikutkan satu reban yang dibina hanya boleh digunakan 2 kali setahun kerana jumlah masa pembesaran yang panjang.

3. Anda kena fikirkan mengenai FCR iaitu nisbah makanan yng diperlukan. Berapa yang perlu anda peruntukkan untuk membeli dedak atau bahan untuk membuat dedak mengikut jumlah ternakan anda. Adakah anda ada kemampuan dan cukup modal menampung perbelanjaan makanan ayam untuk 6 bulan pertama.

4. Adakah anda tahu tetang penyakit serta ubat2an. Adakah cukup denagn pengalaman anda sebelum ini menternak secara kecil2an dibelakang rumah? adakah cukup dengan hanya menghadiri satu sesi kelas kelolaan mana2 kelas atau khursus?

5. Dimana kekuatan anda untuk bangun kembali sekiranya ada perkara yang terjadi kepada ternakan anda yang pertama atau yang sedang anda usahakan?Contohnya anda dilanda sampar juga walaupun anda tealh melakukan langkah pencegahan yang sepatutnya.

6. Kemudian mengenai pemasaran pula, bagi teman kalau dah ada ayam didalam tangan untuk dijual, itu bukan lagi masalah asalkan tiada lambakan ayam ketika itu atau semasa harga ayam jatuh mendadak.

Oleh itu anda perlu memikirkan banyak perkara sebelum anda melabur. Amat penting untuk anda berangan dahulu dan kemudiannya anda membuat perancangan agar angan2 anda itu menjadi kenyataan. Kata2 semangat dan panduan yang teman beri dalam blog ini bukannya pengukur sejauh mana anda boleh melakukan ternakan ini tetapi lebih kepada pembakar semangat. Hanya anda sahaja yang tahu kemampuan anda. Adanya modal dan tanah untuk diusahakan bukan penjamin anda akan sukses tetapi hanya kelebihan dari segi fizikal yang membawa kemudahan kepada anda.

Jika sekarang anda sudah berazam, maka adalah penting untuk memulakan langkah pertama anda. Buat perancangan mengikut kemampuan atau "angin" anda sendiri, jangan tergopoh gapah atau sentiasa nak cepat. Jangan sesekali anda melakukan perbelanjana modal melebihi kemampuan anda. jauhi sifat tamak dalam mengejar keuntungan. study dahulu ragam dan tindak balas ayam anda mengikut lokasi anda menternak. Itu semua penting untuk anda berjaya.

Kadang kala kita akan terdengar mereka yang berjaya dan nama mereka mula menjadi sebutan orang. Ramai ketika itu memasang niat untuk mencontohi kejayaan tersebut. Apa yang menjadi perhatian masyarakat adalah jumlah keuntungan serta kemampuan untuk mengeluarkan produksi saban bulan. Apa yang lupa kita lihat adalah tanga2 yang perlu dilalui mereka yang berjaya ini sebelum berada dikemuncak sekarang. Dan kita terlupa nak mengira berapa kali mereka ini tergelincir jatuh ke anak tangga dibawahnya dan adakalanya sampai ke tangga pemulaan kembali.

Oleh itu bagi teman, untuk mengkomersialkan ayam ini tidak mustahil. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Jika ada yang berkata ianya sangat mustahil melainkan kita menternak ayam kacuk, anda boleh jadikan kata2 itu sebagai pembakar semangat. Kita semua tahu yang ayam ini sangat sukar untuk dikomersialkan buat masa ini. Cuba banyakkan kalau kita berjaya memecahkan kebuntuan tersebut? Tidakkah peluang untuk berjaya terhidang didepan mata anda? cuba lah anda fikir2kan sejenak..

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

puterabukits said...

Salam tuan tanah......

saya memang mengikuti blog ni...memang menarik dan banyak sekali info, saya pun sekarang baru berjinak2 nak bela ayam kampung, tapi baru lima ekor, saya memang target nak bela ayam untuk dikormersialkan..tapi bukan sekarang, sebab saya masih terlalu baru dalam sektor penternakan ayam ni...so seba tu lah saya mulakan kecil-kecilan dulu...bermula dengan tangga pertama....

Saya tertarik juga tengok reban ayam macam kat blog ni...saya nak mintak izin nak tiru design ni wat kat reban ayam saya...tapi bukan sekarang, sebab ayam baru 5 ekor jer.....ha..ha...

Terima kasih sebab banyak berkongsi ilmu tentang ayam ni....x rugi beb, semai didunia..tuai di sana nanti...syukran.

Instagram