18 July 2010

Memang ada yang tak bersetuju!!

Salam,

kalau anda perasan sebelum ini posting teman banyak memberitahu betapa pentingnya anda memulakan sesuatu terutama dalam peternakan dari kecil2an dahulu. Dan dari perbincangan sebelum ini teman dapati ada juga yang tidak bersetuju dengan teman dengan pendapat mereka sendiri. Namun disini teman nak terangkan kenapa teman sering bernasihat sebegitu.

Teman percaya, 60% yang mula terjun dalam bidang agro ini tak kiralah pertanian, penternakan atau sepertinya adalah dari mereka yang tidak mempunyai latar belakang dari segi pertanian. Golongan ini sebenarnya tak pernah merasa kehidupan sebenar sebagai petani atau penternak. Kerja makan gaji dengan tugasan yang telah ditetapkan serta menanti gaji setiap bulan tidak mampu menyediakan anda sekiranya anda ingin terjun didalam bidang ini. Dengan gaji atau pendatan sebelum ini, kebanyakkan golongan ini mampu untuk membuat pinjaman atau mempunyai duit simpanan untuk memulakan penternakan atau pertanian.

Apa yang biasanya berlaku adalah tindakan tergopoh gapah anda dalam memulakan aktiviti agro anda serta pengetahuan yang cetek untuk menguruskannya. Perkara ini sering berlaku kini dan kita boleh melihat banyak contoh terutama dalam bidang yang melibatkan bidang yang hangat diperkatakan. Dengan beberapa lawatan serta pembacaan dari sumber yang ada, golongan ini tak teragak2 melabur dan mengunakan dana yanga ada untuk memulakan apa yang dirancang. Tetapi pernahkan anda tertanya, apakah yang akan terjadi sekirnaya projek yang dijalankan gagal atau gagal memberi pulangan yang dirancang?


Antara contoh yang boleh teman beri adalah sistem fetergasi untuk tanaman cili merah. Seperti biasa perkara yang paling menarik minat penanam baru adalah kaedah yang kononnya lebih baik dan mudah untuk diuruskan. Disamping perkara besar yang menaik perhatian anda adalah harga cili ini ynag mahal dipasaran. Antara contoh lain dulu adalah penternakan iakn ketutu yang tak semua orang mampu untuk lakukannya. Ikan ini juga mendapat perhatian kerana harganya yang mahal. Kalau harga yang membuat anda teruja, maka mungkin pemikiran anada akan dikaburi dan terus melaburkan wang anda sepenuhnya.

Seelok2nya anda mulakan dengan skala yang kecil tanpa anda menukar jadual kehidupan anda seharian. Sebagai contoh, kalau anda sekarang sedang bekerja dengan pendapatan biasa yang cukup untuk menyara diri dan keluarga, anda hanya perlu sedikit sebanyak mengenepikan wang belanja anda untuk projek yang anda minat atau ingin ceburi. Mungkin dengan hanya melakukan disekeliling rumah atau menumpang mana2 tanah yang ada. Dari sini anda belajar selok belok dan mendapat maklumat asas berapa jengkaan pendapatan yang mungkin anda dapat kelak. Kalau anda tak berjaya dalam skala kecil ini, cuba pula untuk perbaikinya sehingga semua masalah yang ada dapat diatasi. Seterusnya, cuba anda ambil nota tentang hasil yg anda perolehi sepanjang anda menternak atau bertani secar kecil2an.

Jgn anda sesekali berperasaan atau berperangsaka yang jika anda lambat anda akan ketinggalan dan tak dapat menandingi mereka yang dah bermula terlebih dahulu. Tak semesti mereka yang dah lama mula akan terus berjaya atau mendapat pendapatan berganda dari anda yang lambat memulaknya. Mungkin perkara yang sebaliknya akan berlaku dimana anda telah masak atau telah betul2 tahu cara nak melakukan bidang tersebut sehinggakan pusingan pertama ternakan skala komersial anda mampu menandingi mereka yang dah lama melakukannya. Apa2 pun keywordnya adalah mulakan pelahan2 untuk pengalaman serta meningkatkan kecekapan anda.

Sebenarnya, kalau temanlah mahu menceburi diri dalam penanaman cili merah atau sebagainya. Perkara yg paling pertama teman lakukan adalah pergi keladang tanaman cili secara tradisional iaitu yang telah lama membekalkan cili dipasaran selama ini. Lihat bagaimana mereka melakukan penanaman ini secara tradisional yg memerlukan usaha keras tetapi modal yang lebih rendah. Dari sini kita boleh belajar selok beloh dalam penanaman dan masalah biasa yg akan dihadapi. Dan kemudiannya kita memulakan dengan menanam dalam 10-20 pokok dikawasan rumah. Kalau dan tiada tanah atau tak sesuai, cari kawan yang ada dan buat. Setelah mendapat hasil, anda mula mencari ilmu dalam cara moden dan mula menanam dengan jumlah yang sama. Bandingkan hasil dan buat kajian sendiri. Mungkin pada ketika ini anda akan paham mengapa hampir 90% bekalan cili yang ada dipasaran ditanam dengan cara tradisional dan bekalannya sentiasa ada dipasaran, dan anda akan paham emngapa pengusaha yang ada tak memilih kaedah moden yang mahal ini untuk tanaman cili. Anda akan paham megapa harga dipasaran sangat tinggi. Kalau anda beranggapan yang ianya mahal kerana permintaan tinggi anda silap. Ianya lebih kepada masalah dan kos yang tinggi dalam menjaga pokok ini.

Semua ini perlu anda buat bagi mengelakkan anda hanya mendapat kerugian dalam bidang yang anda ceburi. Wang hampir habis digunakan. Hasilnya jauh dari pulang modal atau langsung tek pernah mencecah titik ROI. Seperti juga dalam bidang ternakan ayam kampung tak kiralah ternakan kacuk atau asli. Sedih bila melihat kaum kita yang ada duit atau ada sedikit modal akhirnya tidak mendapat pulangan dari apa yg dikerjakan. Kalau anda kurang paham atau tak tahu dalam penternakan, jgn sesekali anda beranggapan anda akan mempelajarinya dengan cuba menternak dan ilmu tersebut akan datang sendiri semasa melakukan tugas direban. Anda kena paham yang sedikit kesilapan yang anda pikir tak penting mampu menurunkan kadar produktiviti pengeluaran ternakan anda.

Oleh itu pesanan teman, jgnlah hanya suka mengikut dan melakukan projek anda membabi buta tanpa apa2 pengalaman dan pengetahuan. Kalau anda teruskan juga, teman yakin. seperuh kegagalan sudahpun berada dipihak anda. Tak menjadi masalah sekiranya anda menghabiskan 6 bulan pertama dengan hanya menternak 100 ekor ayam walaupun anda sudah ada cukup modal untuk menternaknya dalam kapasiti yang lebih besar. Ini kerana sekiranya anda dah mahir dgn ternakan yang ada, anda sudahpun mengurangkan separuh dari risiko ternakan anda. Apa yang anda perlu lakukan seterusnya hanyalah menggandakan ternakan anda mengikut setting yang telah anda biasa buat dalam masa 6 bulan yang lepas.. sekian..

16 July 2010

Pengurusan Amonia

Salam,

Saja je kali ini teman nak cerita balik pasal amonia. Kalau pengunjung setia blog teman mungkin dah tahu pasal amonia nie. kalau yang otai2 tu mungkin satu perkongsian dari ilmu yang anda ada sekarang. Seperti yang semua orang tahu, amonia terhasil dari najis ayam yang terkumpul di reban. Amonia ini mampu memberi mudarat terhadap ternakan kita dari segi penyakit dan juga kematian. Dalam reban tradisional, biasanya penternak kurang ambil peduli tetang amonia ini berikutan jumlah ternakan yang kecil dan sistem lepas bebas yang digunakan. Tetapi apabila kita mula mengurung atau jumlah ternakan kita semakin bertambah dalam kawasan yang terhad, siri penyakit yang menyerang reban akan dapat dilihat. 

Untuk reban yang separa komersial mahupun komersial, aspek pengurusan amonia adalah perkara pokok yang sering mendapat perhatian dalam penternakan. Pengurusan amonia yang baik akan memberi kelebihan kepada penternak dalam memaksimakan pengeluaran ladang untuk jualan. Kita akan dapati sebahagian peruntukan akan digunakan semata2 untuk mengurus amonia. Jika anda mula menternak ayam dalam jumlah lebih dari 100 ekor, anda akan mula menghadapi masalah dalam pengurusan amonia. Yang paling kritikal adalah  kawasan dimana kebanyakan ternakan kita tidor. Pada waktu malam, ayam kerap mengeluarkan najis ketika dalam keadaan rehat dan kita akan dapati kawasan ayam tidur ini penuh dengan najis. Jika kita tak pedulikan najis ini, lama2 kelamaan masalah penyakit yang berkaitan dengan amonia akan timbul. Selalunya tanda2nya adalah seperti sakit mata, pernafasan serta masalah perhadaman. 

Sebuah ladang organik di Pahang(DQ Farm) mengunakan konsep meninggalkan amonia ini dengan mengubah reban yang dibina mengikut jadual yang telah dirancang dengan teliti. Ini bermakna kita mengurangkan risiko ayam yang diternak terdedah kepada amonia yang terkumpul. Reban direka dengan beberapa ciri yang memudahan reabn tersebut untuk dipindahkan. Ayam akan tetap berada dibawah reban ini apabila tiba waktu tido.

Namun bagi anda, mungkin kos untuk membina reban sebegini tidak termampu untuk disediakan dan jumlah ternakan yangada pn tak lah banyak mana. So ada beberapa pilihan yang boleh anda lakukan seperti menggunakan medium pasir serta bahan lain untuk membantu mengurangkan kesan amonia. Dibawah kawasan tempat tidor ayam, anda boleh menambah lapisan pasir yang ditambah secara beransuran atau terus menimbusnya dengan dengan lapisan yang tebal. Ada juga yang mencadangkan kita menggunakan sekam padi atau habuk papan untuk menyerap najis ayam supaya lebih kering. Namun bagi teman semua mediaum yang kita guna ini hanyalah akan menambah tekanan kerja kita apabila perlu kita membersihkanya untuk ditukar kepada baru. 

Satu lagi cara mengikut pendapat teman adalah membina reban supaya lebih tinggi dari lantai tanah dengan harapan gas amonia tersebut tidak terus menerus mengenai ternakan kita. Dengan pengudaraan yang lebih baik serta ketinggi tersebut memudahkan najis ternakan kita kering dan kurang memberi kesan terhadap ternakan. Anda juga boleh menggunakan medium seperti EM untuk membantu proses penguraian amonia kepada bahan yang kurang merbahaya. Em juga boleh diberi minum kepada ternakan untuk menambah baik sisa kumbahan yang dikeluarkan oleh ternakan kita serta boleh mengurangkan bau. 

Reban yang baik seharusnya perlu dibersihkan selalu dan sentiasa kalau boleh berada dalam keadaan kering. Lopak air atau longkang yang bertakung mampu memberi kesan kepada ternakan. Jangan biarkan ternakan anda minum atau berada dalam lopak ini kerana cacing dan penyakit lain akan mula merebak. kandungan tanah lama yang penuh dengan najis ayam juga akan mula terurai dan membuatkan lopak tersebut penuh dengan penyakit. Anda perlu menimbus secepat mungkin juka terjadi lopak ini terutama dari lubang2 mandian ayam yang ada. Sistem peparitan yang baik juga mampu mengelakkan kejadian air bertakung direban anda. 

Sekian..

Tinggi juga kos untuk anda mula menternak..

Salam,

Teman nak bercerita mengenai sekiranya anda ingin mula menternak, sebenarnya anggapan bahawa menternak ayam ini adalah ternakan berkos rendah mungkin tidak tepat. Bagi teman untuk memulakan ternakan ayam kampung anda sendiri memerlukan kos yang agak mahal pada mulanya dan kadangkala penternak baru tak menyedarinya. Bila dah siap semua reban baru perasan yang anda semua dah ter"over" budget membina reban anda. 

Sememangnya apabila anda mahu menternak ayam ini, anda mempunya pelbagai pilihan untuk memulakannya. Ada yang gemar emmbeli ayam deasa dan menternak sehingga mengeluarkan telur sendiri sebelum mengeramkannya. Ada juga yang lebih gembira untuk mencari anak ayam atau anak ayam yang baru bercerai susu (istilah teman walaupun ayam tak menyusu) dan kemudiannnya dijaga sehingga meningkat matang. Walau apa pun cara anda, kesemuanya memerlukan modal yang agak tinggi pada permulaan. tetapi dengan minat dan usaha, Insyallah ayam anda akan berkembang dengan baik dan makin bertambah dari hari ke hari. 

Dan biasanya apa yang perlu anda lakukan untuk memulakan penternakan anda adalah untuk menyiapkan kawasan penternakan anda atau lingkungan reban. Jika anda mempunyai tanah yang agak luas, anda perlu menyewa jentera dan kalau hanya dibelakang rumah cukuplah anda hanya menggunakan kederat tulang empat kerat. Apabila keadaan tanah cukup baik dan bersih dari bahan yang tidak sepatutnya, dari sini anda perlu melakukan perancangan pembinaan reban. Banyak fasa yag boleh anda lakukan. Kesemuanya terpulang kepada anda bagaimana anda mahu ianya terhasil kelak. 

Tips yang boleh anda gunakan adalah dari segi kemampuan anda sendiri. Sekiranya anda hanya mampu untuk mengeluarkan sebilangan kecil budget untuk pembinaan, cukuplah anda mengusahakanya dengan mengunakan barangan bidget murah seperti bahan kitar semula atau bahan percuma yang boleh ditemui dikawasan hutan yang ada. Sekiranya anda tahu mana2 rumpun buluh yang tak bertuan, bolehlah menggunakannya sebagai bahan binaan utama anda. Dan kemudiaan anda perlu merancang bagaimana anda mahu membina reban. Kalau boleh bahagikan kawasan reban anda kepada 2 bahagian utama iaitu reban untuk penternakan induk dan satu lagi ada reban untuk asuhan anak ayam. Adalah sangat kritikal untuk anda mempunyai kedua2 reban ini sekiranya anda tak mahu suasana kelang kabut dikemudian hari. 

Reban untuk induk perlu dipastikan mempunyai ciri2 kawalan serta mengurangkan persaingan antara jantan dengan jantan yang lain. Reban tersebut kalau boleh perlu di asingkan mengikut kumpulan ayam mengikut jumlah jantan supaya persaingan tak akan timbul. Untuk reban asuhan anak ayam pula anda perlu membina reban yang mempunyai pelbagai jenis supaya dapat menyesuaikan keadaan reban dengan anak ayam mengikut peringkat umur. Jika anda memilih untuk membenarkan siibu mengeram secara tradisional dan menjaga anaknya sehingga umur 3 bulan, anda perlu pastikan juga reban pengasingan atau reban asuhan untuk anak lebih usia 3 bulan. Ini kerana anak ayam tersebut akan menghadapi masa "sukar"nya apabila mula berpisah denan ibu. Kalau anda lepas bebas sahaja ada kemungkinan peratusan anak ayam yg hidup selepas 5 bulan akan menurun. 
Kos untuk membina 2 jenis reban inilah akan menjadi sumbangan utama pada mulanya dalam budget anda. Anda akan dapati bahan binaan yang dijual dipasaran kini agak membebankan. Mungkin kos untuk membina sebuat reban yang sebesar tempat kereta sahaja pun menelan belanja sehingga 2-3 ratus ringgit. Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk melakukannya. Namun perlu anda ingat yang pembinaan tersebut hanyalah bersifat sekali dalam penternakan iaitu kos hangus yang perlu dikeluarkan apabila anda mula menternak. Jadi adalah amat penting untuk anda membinanya denagn betul untuk kali pertama bagi mengelakkan perbelanjaan tambahan apabila pengubahsuaian perlu dilakukan semua kelak. 

Seterusnya anda perlu mencari atau membeli ayam untuk diternak samada induk atau anak. Bagi pendapat teman, membeli anak ayam adalah lebih menjimatkan dari membeli ibu ayam, namun dengan keadaan bekalan ayam yang terlalu terhad sekarang, anda mungkin perlu juga mencari bakanya supaya bekalan anak ayam anda tidak putus. Jumlah pengeluaran modal anda mungkin akan nampak terlalu tinggi pada mulanya. Tetapi kalau anda memulakanya secara sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda, akhirnya anda kurang terasa beban yang telah dipikul. Ia juga bermaksud anda bertindak atau membina mengikut keadaan semasa atau keadaaan kelapangan anda. Dengan cubaan bertukang sendiri atau meminta nasihat dari yang pakar, anda mungkin boleh berjimat labih. 

Apa2 pun, perancangan serta pengetahuan jugalah paling penting sekiranya anda mahu mula menternak. Dengan adanya semua ini, kerja anda akan lebih bersih dan cekap.. sekian..

15 July 2010

Orang kita jaguh memerli...

Salam,

kalau nak dikatakan penglibatan teman dalam ayam ini memanglah baru setahun jagung. Memang baru sangat dan kalau nak dibandingkan dengan otai diluar lagi ramai yang handal dalam mengurus ternakan ini. Yang mendapat puluhan ringgit semusim pun dah ramai sekarang. Yang teman ada hanyalah sedikit pengalaman yang tah kemana sangat hendak teman bawa.

Apa yang cuba teman simpulkan adalah mungkin sikap sesetengah dari kita termasuk teman sendiri yang sangat jaguh dalam bab2 memerli orang lain atau mempersendakan orang. Kadang kala kalau nak dipikirkan, apa dosa atau salah orang di persenda sehingga dilakukan sedemikian. Kalau ada kejayaan atau tindakan baru yang dilakuakan, pasti ada cemuhan atau ayat2 perli yang diutarakan samaada secara terang2 atau secara bahasa pendua. Kadang kala hendak dipikirkan semuala, ayat2 ini mampu untuk melemahkan semangat mereka yang kurang tahan atau tak biasa berdepan dengan nilai masyarakat kita sebenarnya. Sungguh menyedihkan bila kejayaan seseorang atau semangat yang berkobar terkorban begitu sahaja disebabkan mulut mereka yang sebegini.

Seperti mana yang anda tahu, dunia penternakan kita nie kecil sangat kalau kita kumpulkan semua ternakan penternak melayu yang ada sekarang. Sangat kecil sehinggakan kalau semua penternak melayu mengadakan mogok tak nak jual ternakannya, takde sapa yang perasan perubahan di pasaran. Begitulah perumpamaan yang boleh teman berikan.. sungguh kecil.. Namun kalau dunia yang sekecil ini pun dah banyak mulut2 yang berkata2 buruk dan boleh melemahkan orang lain, teman rasa cita2 kita tu tak akan sampai kemana... sampai takuk itu je lah sampai bila2,, just jaguh kampung sehingga bila2.

Senangnya, cara terbaik untuk berjaya adalah mulakan dari kecil dan belajar segala selok belok penternakan ini dan jangan peduli segala tomahan atau cakap2 yang mengapikan telinga  anda. Mulakan  perlahan2 sehingga anda mula mendapat hasil dari ternakan anda walaupun untuk kali pertamanya anda rase macam sikit sahaja  untung.. sekurang2nya anda dah berjaya menternak walaupun untungnya sedikit.. bukan senang nak jadi penternak yang dapat perolehi pendapatan pertama memandangkan kitani bukannya dilahirkan dalam keluarga menternak kan?

Kalau anda terkena juga tempias perlian mereka yang bijak berkata2 ini pesan teman, abaikannya, pikirkan yang biasanya mereka yang suka perli memerli ini adalah dari golongan yang berpikiran cetek dan suka gelakkan mereka yang gagal. Dan yang paling penting adalah mereka ini sebenarnya berbuat sedemikian atau suka memerli orang hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Dengan mengata atau memerli  orang lain akan membuatkan diri mereka hebat atau tertutup mengenai diri mereka sendiri.. itu pendapat teman dan teman rasa tak salah kalau anda turut berfikiran sedemikian. 

Yang penting sekarang kita perlu jalan ke depan, kalau anda tak berjaya sekarang tau bulan ini atau tahun ini, tak semestinya anda tak berjaya keesokkannya, tak semestinya anda tak berjaya bulan depan dan tak semestinya anda tak berjaya tahun hadapan. Ingat satu pesan teman, tak ada satu kejayaan yang terjadi tanpa usaha. Dan semua penternak maju sekarang(bukan penternak jaguh kampung yang suka memerli orang) tidak meraih pendapatan atau kejayaan hanya dalam satu malam. semuanya berdikit2. Dan seperti teman, langsung teman tak boleh berbangga dengan apa yang teman ada sekarang, seciput sangat dan buat gelak dek orang je.. Tetapi teman tetap bersemangat agar suatu hari nanti teman akan berjaya juga. Mungkin nanti teman ada 5k ibu ayam dan mampu untuk mengeluarkan 2-3 ribu ayam daging untuk dijual.. Insyallah..

Dan, kalau ada sekarang ini dikalangan kita penternak dah mengorak langkah atau dah hampir mencapai jumlah itu, teman amat bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah kerana beliau sangat cekal dan berjaya memecah ruyunya sendiri untuk mendapatkan sagu. Bab kata sapa yang lagi terer atau sapa yg lagi pandai tak patut timbul kerana itu hak kita dan kita sahaja yang tahu manisnya. Kalau ada mereka yang mencebik kata itu dan ini, biarkan mereka terjun dengan labunya. biarkan.. sudahnya mereka juga yang rugi...

Pengumuman.. kelas kecil atau kelas tambahan akan diadakan pada 1/8 ni iatu hari ahad awal bulan ini. Kepada mereka yang terlepas tetapi ada kelapangan boleh sms butiran anda seperti kelas sebelum ini. Kalau anda rasa tak perlu atau kelas teman tak dapat membantu anda, anda bebas untuk membuat keputusan, tetapi kalau anda perlukan satu medan khas atau medan permulaan untuk anda mulakan penternakan, teman rasa kelas teman mungkin boleh membantu.
Harapan teman juga selepas ini ada mereka yang pakar dalam bab penternakan ini yang mampu untuk melakukan usaha sama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan kelas penternakan ayam kampung asli. Jika ada kelak, teman rasa mungkin sudah sampai masanya teman memberhentikan kelas teman kerana sudah ada kelas lain yg betul2 mantap dan dapat membantu anda. Buat masa ini mungkin anda tiada pilihan selain kelas teman yang tak seberapa. Sekian..

Kepada mereka yang kuat memerli atau mengata.. teman mohon ampun dan maaf kalau ayat yang teman gunakan kasar dan kurang sopan..

13 July 2010

Ingat senang ke nak berjaya???

Salam,

sepanjang penlibatan teman dalam dunia ayam kampung asli ini, pelbagai ragam dan rupa orang teman dah jumpa. Dari semuda2 usia belasan tahun sehingga yang dah begelar datuk pun ada. Semuanya rata2 menyuarakan minat terhadap ayam kampung asli ini. Namun setakat ini walaupun dah banyak yang datang untuk belajar menternak, belum ada lagi yang nampak sinarnya atau yang betul2 dah menjana pendapatan ribuan ringgit dari menternak ayam. Ini kerana masih banyak lagi halangan serta rintangan yang perlu dihadapi sebelum meraih pendapatan lumayan. 

Untuk pengetahuan anda semua, pengalaman teman melayan pengunjung boleh dikatakan ada masam dan ada manisnya. Yang manisnya adalah melihat betapa seronok mata yang berkunjung melihat ayam yang berkeliaran direban teman. mereka adalah dari golongan yang telah menternak sebelum ini dan tahu bagaimana sukarnya untuk menternak ayam leboih dari 100 ekor dalam satu2 masa. Bagi mereka kejayaan menternak ayam sehingga 500 ekor sekali gus(tak termasuk anak) adalah satu yang sungguh luar biasa kerana keperluaannya adalah berbeza dari ayam pedaging atau ayan kampung kacuk. Ayam ini agak sukar dididik duduk direban semata dan bagi mengelakkan ayam ini merayau jauh dari reban. 

Ada juga yang bila datang kereban teman mencebik mulut kerana bagi beliau mungkin jumlah ayam yang berada dalam reban teman hanya seciput jika dibandingkan dengan ternakan ayam kacuk mereka direban. Yelah reban mereka leboh gah dengan jumlah yaam hampir 2 ribu ekor dan dapat dijual dengan masa yang lebih singkat. Terpulanglah, bagi mereka jika merasa sedemikian. dalam hati atau dari bual bicara mereka mengatakan seakan2 teman ini hanya pandai berkata2 atau jaguh blog dimana reban yang digambarkan dalam blog sangat besar dan jumlah ayam yang ada mencecah ribuan ekor. Isk2 tah masa bilalah teman mengatakan induk teman nie ada ribuan ekor. Hanya ada beberapa ekor sahaja yang teman ternak untuk menemani teman sepanjang teman menternak. Mungkin beliau salah tafsir atau terdengar kata orang yang suka menokok tambah. Reban teman hanya lah berkeluasan setenagah ekar dan jumlah ayam tak pernah melebihi 500 ekor dalam satu2 masa. Jumlah anak ayam pun tak sempat untuk teman kumpul bila semuanya habis dirembat mereka yang ketandusan anak ayam. 

Dan ada juga teman pening bila pelawat menayanyakan ayam yang pelik2 untuk dibeli seperti leg horn, ayam serama, ayam sabung, ayam silky, merak??, ayam selasih dan ayam serba hitam. Untuk makluman, teman hanya menternak ayam kampung asli sahaja buat masa sekarang kerana ingin fokus kepada ternakan ini yang mendapat sambutan dari pengemarnya. Kalau banyak sangat ayam dari jenis lain, ada kemungkinan teman akan hilang fokus dan semua kerja tak menjadi. Lepas itu ramai pula yang datang tanpa temu janji untuk membeli ibu ayam untuk dibaa balik. Tercari2 juga teman dimana ada teman mengiklankan tentang ayam kampung asli ini untuk dijual. Takde rasenya.. 

Berbalik kepada tajuk diatas, teman sebenarnya nak bagitahu yang sebenarnya bukan mudah untuk kita mencapai kejayaan dalam penternakan. Hanya mereka yang betul2 cekal dan mengerah semua tenaga yang ada sahaja mungkin mampu untuk meraihnya. Kalau nak diikutkan sekarang ini, apa2 pun bidang yang ingin diceburi oleh kaum kita dari segi agro, semuanya memerlukan pengurusan serta tenaga yang sama kuatnya seperti anda menguruskan satu syarikat. Jika anda ingat menternak hanyalah tugsan mudah, sebenarnya anda jauh tersilap. 

Menternak memerlukan daya pemikiran yang tajam serta kreativiti untuk memajukan diri serta ternakan. Kalau kita diberkan wang 100k sekalipun, belum tentu anda akan berjaya dalam ternakan yang anda ceburi. Sebagai contoh, kita lihat sahajalah geran yang diberikan kerajaan sebelum ini untuk projek ternakan keli dan sebagainya. Nampak sangat segala projek yang dijalankan tidak dapat berdiri untuk bersaing dalam dunia perniagaan sebenar, KAlau nak disalahkan sipemberi geran tersebut, boleh dikatakan anda salah kerana pemohonlah yang bersungguh2 membuat perancangan dan sebagainya untuk menternak sehingga geran diluluskan. 

Kalau anda pernah terdengar sebelum ini mengenai seorang penternak yang ingin menceburi penternakan ayam kampung asli. Beliau mendapat suntikan modal dari orang yang bertalian darah dengannya sebanyak RM 100K. Duit tersebut diterima hampir setahun yang lalu. Lalu perancangan dilakukan termasuk menghadiri kelas teman ketika beliau sudah mula menternak. Dari sini, teman dapati, perangcangan yang dilakuakan cukup baik cuma cara pelaksanaan yanhg dilakukan seakan2 tak berpijak di bumi yang nyata. 

Beliau bercadang untuk mengkomersialkan ternakan ini dengan caranya sendiri. Caranya adalah membina reban yang cukup besar dan cara pembinaaan rebanya kalau sekali pandang seolah2 untuk menternak ayam kampung kacuk atau ayam daging open sistem. duit diperolehi dihabiskan dengan membina satu reban induk dan 2 reban pembesaran yang berkeluasan 40kaki lebar dan 200 kali panjang setiap reban. Jumlah tanah yang dibersihkan untuk tujuan ini adalah seluas 6 ekar. Huh, cukup besar untuk ternakan ayam kampung asli. Buat masa kini walaupun hampir mencecah usia setahun, tetapi ternakan beliau masih belum dijalankan kerana lebih fokus dalam pembinaa reban yang belum saip2. ayam yang ada direban belaiu kini menghampiri 300 ekor dengan menternaknya secara lepas bebas tanpa kawalan. Ini termasuk kawasan untuk ayam ini bertelur dan sebagainya. Bayangkanlah kalau beliau menyusun semuanya semula dan mengikut pesan teman sebelum mula melakuakn penternakan. 

Menternak ayam kampung asli ini mempunyai beberapa kengkangan seperti bekalan ayam serta bekalan anak ayam yang kurang kosisten. Kini kita masih lagi tidak mampu untuk mendapatkan sejumlah anak ayam dalam jumlah yang banyak sekaligus dan bekalan induk juga terlalu terhad. kalau batul tuan punya ladang sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan semua itu, timbul pula satu lagi masalah iaitu bagaimana nak menagani perangaai ayam kampung asli ini yang kita semua tahu kuat bergaduh atau berpuak2. adakah mungkin kita mampu untuk menternak sejumlah anak ayam (jika ada) yang banyak dalam satu bangsal panjang? adakah kita mampu untuk membina reban yang banyak untuk memisahkan induk mengikut keluarganya kalau anda menternak melebihi 5000 ekor? Bagaimana anda nak pastikan yang jumlah telur yang dikutip dapat dimaksimakan dengan masalah ayam suka memakan telur mereka sendiri?. Kemudian bagaimana anda nak memastikan pengurusan amonia sekiranya anda mengurung ayam tersebut sepanjang masa dalam tempoh 6 bulan? jika anda menternak separa lepas, bagaimana anda mahu pastikan ayam tersebut mengikut peraturan dengan memasuki rebannya sendiri ketika waktu malam.

Kalaupun anda mampu untuk menyelesaikan segala masalah berikut, terdapat pula masalah lain seperti cara anda untuk menjual atau cara anda untuk mengeluarkan ayam tersebut dari reban anda. Dengan menangkap manual atau dengan melakukan sistem yang lebih baik. Dan yang paling teman risaukan adalah dari mana beliau mahu mencari tambahan ang lagi sekiranya duit yang dah diberikan sekarang telah dihabiskan sepenuhnya dalam menbina reban. "alasan yang diberikan adalah mahu untuk membina reban tersebut sekali gus agar nanti tak payah nak buat reban tambahan lagi".

Bagi teman cara pemikiran itu salah kerana beliau masih baru dalam penternakan dan masih kurang paham bagaimana nak menternak ayam ini. Beliau belum paham masalah yang bakal beliau terima setelah jumlah ayam mencecah ribuan ekor nanti. Ada baiknya beliau mengfokus kepada sejumlah 1000 ekoa ayam dahulu dengan membina reban kapasiti 1000 ekor. Dalam masa itu juga anda mula meneruskan pembinaan reban dalam skala sederhana untuk menampung penambahan ayam yang dikeluarkan. Yang terbaik adalah melakukan penambahan reban dari hasil jualan dari reban anda atau dari hasil keuntungan dari reban. Barulah perkembangan perniagaan anda berkembang dengan istilah yang lebih tepat atau asli. teman cuma takut nanti, reban beliau dah mula reput sementara nak menunggu jumlah ayam mencecah jumlah kapasiti penuh reban tersebut.. 

sekian..

Kekurangan masa dengan tugasan baru

Salam,
Untuk pengetahuan anda semua teman telah terpilih untuk menjadi sukarelawan banci penduduk dan perumahan 2010 yang akan tamat pada 22 ogos 2010. Tugasan ini memerlukan teman bekerja setiap hari dari pagi sehingga malam dan kadangkala samapi ke hujung minggu. Pada perkiraannya, masa yang diberikan sudah mencukupi tetapi akibat dari kurang diberkerjasama dari penduduk dilokasi teman, maka tugasan yang mudah ini terpaksa dilakukan 3-4 kali. Ini bermakna teman terpaksa memanjat rumah tersebut pada waktu siang, hujung minggu dan jalan terakhir adalah pada aktu malam kerana tugasan yang teman dapat memerlukan maklumat dikutip walau dengan apa cara sekalipun.

Seronok sebenarnya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang hanya dijalankan 10 tahun sekali dimana 10 tahun yang lalu teman masih mentah ketika baru sahaja melangkah masuk ke U. Kini peluang yang terhidang tidak akan teman lepaskan berikutan teman tak tahu dimana teman 10 tahun akan datang. Bukan duit saguhati yang dikejar tetapi pengalaman serta peluang untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang orang kita dan semua penduduk di Malaysia.

Kalau dahulu, (mengikut pengalaman pegawai pembanci otai), mendapatkan maklumat yang diperlukan lebih mudah kerana semua orang ketika itu seperti berpakat untuk menjayakan banci. Namun kini, semacam ada perasaaan curiga atau kurang percaya kepada pembanci yang datang seolah2 apa yang dilakukan ini adalah satu perbuatan yang membuang masa dan tak perlu dilayan. Pengalaman teman bila teman bertemu dengan seorang pemilik rumah yang dibanci yang sememangnya mempunyai pegangan atau fahaman politik yang terlalu extreem atau terlalu taksub. Tanpa diduga teman dituduh sebagai spy kerajaan atau pengintip untuk mengkaji dirinya untuk menjatuhkan pihak pembangkang. HUH!! sampai begitu sekali extreem saudara melayu kita ini. Langsung tak terpikir mengenai mengapa pihak kerajaan sekarang mengeluarkan wan 200juta untuk melakukan banci.

Sebenarnya tujuan banci adalah untuk mengira jumlah penduduk diMalaysia termasuk mereka yang tiada rumah, duduk dirumah setinggan, mereka yang menjadi pendatang sama ada halal atau haram, mereka yang miskin serta kekuatan kemajuan sesebuah kawasan. Ini kerana tidak ada satu kawasan pun yang akan terlepas dari pembancian dan maklumat ini akan digunakan oleh kerajaan untuk melakukan plan tindakan atau projek akan datang. Dari sini juga kita akan dapat tahu keadaaan sosial penduduk dari segi pendapatan dan sebagainya yang akan digunakan untuk pembangunan akan datang. Teman percaya, jika pihak pembangkang sekalipun kelak berjaya menerajui kerajaan, pembancian akan dilakukan juga bagi digunakan untuk tujuan yang sama.Cuma teman harap, berilah sedikit kerjasama yang mana tugasan menjawab atau temuramah yang dilakukan tak sampaipun 10 minit kerana kami dilatih untuk menjadi cekap semasa menjalankan bancian.

Jika anda banyak rahsia atau tidak mahu mendedahkan butiran diri anda kerana tak percaya dengan pembanci, anda boleh melakukannya secara online dimana caranya cukup mudah. Cuma sistemnya agak baru dan anda masih lagi terpaksa mengambil kod2 yang diperlukan seperti kod kawsan, kod daerah dan sebagainya dari pembanci sebelum boleh mengisi penuh borang online anda. Jika tak berkesempatan untuk mendapatkkanya dan anda dapati kad kuning segi empat yg digantung dipintu anda ada, anda bolehlah menggunakan kad tersebut sebagai rujukan. Salin sahaja kod yg terdapat pada kad tersebut untuk melengkapkan borang online anda.

Cuma teman nak bagitau kepada mereka yang ingin melaat reban teman sebelum 22 ogos ini, teman nak mintak maaf kerana teman biasanya tiada dirumah.. sabtu ahad pun terpaksa keluar untuk mencari atau melakukan lawatan semula ke rumah yang enggan bekerjasama atau tiada dirumah semasa lawatan sebelumnya. sekian..

10 July 2010

Mungkin satu lagi bidang untuk penternak melayu kecil2an

Salam,

Sebenarnya banyak teman nak tulis tetapi takde masa atau macam takde mood nak menulis. Idea or cerita banyak namun apakan daya. Mungkin diluar sana ada yang mula berungut2 bila tiap kali buka blog, tajuk yang sama sahaja kelihatan tanpa ada sebarang perubahan. Nak kata dah bungkus biz, ayam ada lagi dalam reban betul tak? hehehe

Alkisahnya teman nak bercerita mengenai ternakan ayam kampung ini. Rata2 kita lihat harga ayam kampung asli ini dah mula melambung tinggi. Kalau dulu kalau ita nak carik ayam ini kat reban orang, kita senang2 leh dapat harga kurang dari RM 10. Skang nie ayam kat sekitar pahang n ghanu pun dah mencecah RM15 sekilo. Bagi teman ada buruknya dan ada baiknya berita ini. Yang baiknya harga ini akan memandu penternak kecil untuk lebih giat menternak ayam kampung asli yang semua orang tahu bukan senang nak membelanya. Yang buruknya adalah treand ini mungkin disebabkan perkara yang sama terhadap cacing dan lintah. Banda yang kononnya boleh menjadikan seseorang itu menjadi jutaan dalam masa yang singkat. Tah lah harap2 takde yg jadi macam tu.

Baru2 ini satu syarikat dari luar negara datang untuk membeli incubator sample yang akan dijadikan contoh kepada pelajar MRSM satu malaysia untuk diupdate menjadi fully outo dengan menggunakan poer cip. Dari kawalan suhu sehingga kawalan motor outo dilakukan dengan set kawalan yang boleh disetkan. bagi teman ia sangat membanggakan kerana akhirnya nanti pelajar tersebut akan terdedah dengan teknologi pengeraman yang kalau dulu sangat asing bagi masyarakat kita.

Kalau tuan2 semua pergi kepasar, saya nak minta tuan2 semua membuat sediit kajian tetang permintaan ayam kampung asli ini disekitaran tuan. Apa yang saya perlukan adalah anda untuk melihat sejauh manakan keperluan ayam kampung asli ini oleh pengguna sekitar anda. Berapa ekor yang perlu dijual dipasa untuk keperluan setempat. Kemudian anda lihat pula harga ayam ini sekiranya dijual. Tetapi teman harap anda tidak tertipu atau tidak tersilap pilih ayam yg sijual. Biasanya ayam yang diletakkan dipasar dalam sangkar adalah ayam kacuk. Yang teman perlu tahu adalah ayam kampung asli.

Kajian yang teman buat atau dari hasil pertanyaan apek yang ada dipasar, teman dapati dalam seminggu, tokey tersebut perlu mencari sekurangnya 500 ekor ayam untuk dijual. Biasanya 60% jualannya adalah secara langsung kepada pembeli setia yang mahu ayam tersebut dihantar kerumah. Yang selebihnya akan dijual dipasar bermula dari hari jumaat sehingga ahad. Namun biasanya jumlah ayam yang berjaya dikumpul langsung tak mencecah 300 seminggu kerana jumlah ternakan yang terhad yang diternak penduduk setempat. Kawasan yang teman tinjau adalah dikawasan pinggir bandar yang mana ternakan ini masih dibela dibelakang rumah.

Bagi teman, sekiranya anda mampu untuk mengeluarkan 500 ekor ayam setiap bulan dengan jumlah jualan tambah tolak RM 10k, anda hanya mampu untuk membekalkan kepada satu pasar sahaja. Oleh itu, sekiranya anda mahu untuk membekalkan kepada pasar salam lingkungan 20km dari tempat anda, teman rasa jumlah yang perlu anda keluarkan pasa setiap bulan sudah tentu melebihi 1k ayam. Cuma masalah yang utamanya adalah bagaimana anda mampu untuk mengeluarkan ayam sebanyak itu. Berapa luas reban yang perlu dibina dan dimana anda boleh mendapatkan sejumlah anak ayam untuk diternak sehingga dewasa?Apakah kaedah yang terbaik untuk anda menternak dan makanan apa yang sesuai untuk diberikan berikutan FCR bagi ayam kampung agak tinggi iaitu 1: 4

Kalau nak diikutkan, sehingga kini termasuklah teman sendiri, penternak melayu yang pernah teman kenal, belum ada yang mampu untuk mengeluarkan ayam dengan jumlah yang sebegitu. Kalau ada pun yang mampu, biasanya pengeluarannya adalah secara bermusim iaitu mungki sekali sekala dalam satu tahun. Bagi teman dengan alasan2 sebeginilah yang boleh dikatakan sebagai satu lagi bidang yang boleh diterokai penternak bangsa kita yang hanya bermodal kecil.

Walau bagaimanapun dengan pendedahan serta jaringan yang dibuat, teman harap ternakan ayam jenis ini akan terus berkembang sehingga nanti ada anak bangsa kita yang mampu tersenyum lebar menjana pendapat dengan membela ayam yang ramai orang anggap tidak sesuai untuk dikomersialkan..

sekian..

06 July 2010

Diam bukannya merajuk..

Salam,

Lama betul tak menulis dalam blog nie, ramai juga yang call sbb nak tahu perkembangan. Kalau nak diikutkan masa yang diberikan banyak yang terluang tetapi teman nie kengkadang sedikit alpa atau kekadang kekurangan idea untuk menulis. Kebolehan untuk menulis ini bukannya semua orang ada. Dan bukannya datang secara semula jadi. Ianya lebih kepada kemahiran yang perlu diasah dari hari kehari dan latihan yang dilakukan. Teman akui, sesuatu penulisan yang menarik mampu mempengaruhi seseorang untuk kebaikan dan juga keburukan. 

dalam 2-3 minggu nie teman ada banyak tugasan baru, antaranya adalah menguruskan diri untuk kelas yang baru berakhir. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan gembira juga dapat menurunkan ilmu kepada mereka yang memerlukan. Walaupun suasana pembelajaran dalam kelas sangat daif, tetapi bagi teman apa yang penting adalah ilmu yang nak disampaikan. Yang penting bila balik nanti, anda mampu untuk mempratikkan apa yang dipelajari serta akan paham yang tak semuanya dapat dibelajar dengan hanya membaca blog atau buku rujukan. Pengalaman dari mereka yang telah menternak juga penting untuk rujukan anda. 

Di samping itu juga teman telah terpilih untuk menjadi sukarelaan dalam panci penduduk dan perumahan yang akan bermula esok sehingga bulan 8. minggu lepas masa dihabiskan didalam kelas untuk mempelajari ilmu pembancian yang rata2nya dihadiri oleh golongan muda belia dan suri rumah yang tidak bekerja. Terasa diri sungguh canggung didalm kelas bila rata2 had umur didalam kelas tersebut jauh lebih muda. Ilmu yang dipelajari akan disemat sepenuhnya dalam hati agar proses pembancian nanti akan berjalan dengan lancar. 

Apa yang menarik dalam kelas tersebut atau pengalaman mula2 membanci olok2, kita dapat terus melihat perangai sebenar penduduk rakyak dinegara kita ini. Belum banyak yang boleh dibincangkan sebab masih aal dan ikatan kerahsian yang telah diangkat semasa menerima tugas sebagai pembanci. Teman yakin yang cabaran dan keseronokan yang baakal ditempuhi tidak akan mudah padam dalam memori teman, hehehe..
Dan sekarang, dirumah dah bersepah dengan longgokan kertas2 bancian serta alat lain yang diperlukan oleh seorang pembanci. Kerja berjalan ditengah panas serta pengalaman tidak diberi kerja sama oleh penduduk Malaysia pasti ditempuhi.Namun usaha perlu dilakukan demi mendapat pengalaman yang sangat berharga yang tak boleh dibeli dengan Wang ringgit.

Keadaan ayam pun sangat memuaskan dengan ayam terus membiak dan kematian sudah jarang2 berlaku. Reban masih ditakuk lama kerana ketiadaaan masa lapang seperti dahulu untuk bertukang. badan pun dah mula menaikkan diri kerana kerahan tenaga yang semakin berkurang. 

Bila ada masa untuk menjenguk sahabat kita dalam blog2 lain, teman tersenyum sendiri dan merasa sangat kagum. Huh, banyak sungguh blog2 baru tetang penternakan ayam kampung asli ini. Kalau boleh disimpulkan, banyak yang dah mula nampak belangnya atau lebih tepat dah mula mengorak langkah untuk menternak secara serius. Satu setiuasi yang sangat teman banggakan. Bertambah seronok bila mereka yang sebelum ini terkial2 untuk menternak dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsikan dalam blog ini untuk penternakan mereka. Syukur Alhamdulilah puji kepada Ilahi yang membenarkan satu lagi bidang untuk diterokai oleh bangsa kita. Tak salah untuk mencuba asalkan halal dan yang paling penting elakkan apa2 skim yang menyerupai skim cepat kaya atau labu peram. 

Teman yakin, sedikit masa lagi, reban teman yang dahulunya menjadi tempat persinggahan mereka yang baru nak belajar akan menjadi kenangan bila masing2 dah mempunyai reban yang lebih hebat dari segi kapasiti serta teknologinya. Teman juga yakin, anda semua akan berjaya dan mampu untuk menjana pendapatan dari penternakkan anda kelak. Tingkatkan usaha dan  jangan sesekali menoleh kebelakang. Cuma teman nak ingatkan jika ada mereka disekeliling anda yang dalam kesusahan dan inginkan sedikit bantuan dari anda dari segi nasihat atau teknik penternakan, jgnlah sangat berkira, tunjukkanlah sedikit sebanyak agak bangsa kita tidak terus hanyut dengan mimpi sendiri...

Adios.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails