Pages

Kekurangan masa dengan tugasan baru

Salam,
Untuk pengetahuan anda semua teman telah terpilih untuk menjadi sukarelawan banci penduduk dan perumahan 2010 yang akan tamat pada 22 ogos 2010. Tugasan ini memerlukan teman bekerja setiap hari dari pagi sehingga malam dan kadangkala samapi ke hujung minggu. Pada perkiraannya, masa yang diberikan sudah mencukupi tetapi akibat dari kurang diberkerjasama dari penduduk dilokasi teman, maka tugasan yang mudah ini terpaksa dilakukan 3-4 kali. Ini bermakna teman terpaksa memanjat rumah tersebut pada waktu siang, hujung minggu dan jalan terakhir adalah pada aktu malam kerana tugasan yang teman dapat memerlukan maklumat dikutip walau dengan apa cara sekalipun.

Seronok sebenarnya dapat melibatkan diri dengan aktiviti yang hanya dijalankan 10 tahun sekali dimana 10 tahun yang lalu teman masih mentah ketika baru sahaja melangkah masuk ke U. Kini peluang yang terhidang tidak akan teman lepaskan berikutan teman tak tahu dimana teman 10 tahun akan datang. Bukan duit saguhati yang dikejar tetapi pengalaman serta peluang untuk mendalami dengan lebih mendalam tentang orang kita dan semua penduduk di Malaysia.

Kalau dahulu, (mengikut pengalaman pegawai pembanci otai), mendapatkan maklumat yang diperlukan lebih mudah kerana semua orang ketika itu seperti berpakat untuk menjayakan banci. Namun kini, semacam ada perasaaan curiga atau kurang percaya kepada pembanci yang datang seolah2 apa yang dilakukan ini adalah satu perbuatan yang membuang masa dan tak perlu dilayan. Pengalaman teman bila teman bertemu dengan seorang pemilik rumah yang dibanci yang sememangnya mempunyai pegangan atau fahaman politik yang terlalu extreem atau terlalu taksub. Tanpa diduga teman dituduh sebagai spy kerajaan atau pengintip untuk mengkaji dirinya untuk menjatuhkan pihak pembangkang. HUH!! sampai begitu sekali extreem saudara melayu kita ini. Langsung tak terpikir mengenai mengapa pihak kerajaan sekarang mengeluarkan wan 200juta untuk melakukan banci.

Sebenarnya tujuan banci adalah untuk mengira jumlah penduduk diMalaysia termasuk mereka yang tiada rumah, duduk dirumah setinggan, mereka yang menjadi pendatang sama ada halal atau haram, mereka yang miskin serta kekuatan kemajuan sesebuah kawasan. Ini kerana tidak ada satu kawasan pun yang akan terlepas dari pembancian dan maklumat ini akan digunakan oleh kerajaan untuk melakukan plan tindakan atau projek akan datang. Dari sini juga kita akan dapat tahu keadaaan sosial penduduk dari segi pendapatan dan sebagainya yang akan digunakan untuk pembangunan akan datang. Teman percaya, jika pihak pembangkang sekalipun kelak berjaya menerajui kerajaan, pembancian akan dilakukan juga bagi digunakan untuk tujuan yang sama.Cuma teman harap, berilah sedikit kerjasama yang mana tugasan menjawab atau temuramah yang dilakukan tak sampaipun 10 minit kerana kami dilatih untuk menjadi cekap semasa menjalankan bancian.

Jika anda banyak rahsia atau tidak mahu mendedahkan butiran diri anda kerana tak percaya dengan pembanci, anda boleh melakukannya secara online dimana caranya cukup mudah. Cuma sistemnya agak baru dan anda masih lagi terpaksa mengambil kod2 yang diperlukan seperti kod kawsan, kod daerah dan sebagainya dari pembanci sebelum boleh mengisi penuh borang online anda. Jika tak berkesempatan untuk mendapatkkanya dan anda dapati kad kuning segi empat yg digantung dipintu anda ada, anda bolehlah menggunakan kad tersebut sebagai rujukan. Salin sahaja kod yg terdapat pada kad tersebut untuk melengkapkan borang online anda.

Cuma teman nak bagitau kepada mereka yang ingin melaat reban teman sebelum 22 ogos ini, teman nak mintak maaf kerana teman biasanya tiada dirumah.. sabtu ahad pun terpaksa keluar untuk mencari atau melakukan lawatan semula ke rumah yang enggan bekerjasama atau tiada dirumah semasa lawatan sebelumnya. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram