Pages

Ingat senang ke nak berjaya???

Salam,

sepanjang penlibatan teman dalam dunia ayam kampung asli ini, pelbagai ragam dan rupa orang teman dah jumpa. Dari semuda2 usia belasan tahun sehingga yang dah begelar datuk pun ada. Semuanya rata2 menyuarakan minat terhadap ayam kampung asli ini. Namun setakat ini walaupun dah banyak yang datang untuk belajar menternak, belum ada lagi yang nampak sinarnya atau yang betul2 dah menjana pendapatan ribuan ringgit dari menternak ayam. Ini kerana masih banyak lagi halangan serta rintangan yang perlu dihadapi sebelum meraih pendapatan lumayan. 

Untuk pengetahuan anda semua, pengalaman teman melayan pengunjung boleh dikatakan ada masam dan ada manisnya. Yang manisnya adalah melihat betapa seronok mata yang berkunjung melihat ayam yang berkeliaran direban teman. mereka adalah dari golongan yang telah menternak sebelum ini dan tahu bagaimana sukarnya untuk menternak ayam leboih dari 100 ekor dalam satu2 masa. Bagi mereka kejayaan menternak ayam sehingga 500 ekor sekali gus(tak termasuk anak) adalah satu yang sungguh luar biasa kerana keperluaannya adalah berbeza dari ayam pedaging atau ayan kampung kacuk. Ayam ini agak sukar dididik duduk direban semata dan bagi mengelakkan ayam ini merayau jauh dari reban. 

Ada juga yang bila datang kereban teman mencebik mulut kerana bagi beliau mungkin jumlah ayam yang berada dalam reban teman hanya seciput jika dibandingkan dengan ternakan ayam kacuk mereka direban. Yelah reban mereka leboh gah dengan jumlah yaam hampir 2 ribu ekor dan dapat dijual dengan masa yang lebih singkat. Terpulanglah, bagi mereka jika merasa sedemikian. dalam hati atau dari bual bicara mereka mengatakan seakan2 teman ini hanya pandai berkata2 atau jaguh blog dimana reban yang digambarkan dalam blog sangat besar dan jumlah ayam yang ada mencecah ribuan ekor. Isk2 tah masa bilalah teman mengatakan induk teman nie ada ribuan ekor. Hanya ada beberapa ekor sahaja yang teman ternak untuk menemani teman sepanjang teman menternak. Mungkin beliau salah tafsir atau terdengar kata orang yang suka menokok tambah. Reban teman hanya lah berkeluasan setenagah ekar dan jumlah ayam tak pernah melebihi 500 ekor dalam satu2 masa. Jumlah anak ayam pun tak sempat untuk teman kumpul bila semuanya habis dirembat mereka yang ketandusan anak ayam. 

Dan ada juga teman pening bila pelawat menayanyakan ayam yang pelik2 untuk dibeli seperti leg horn, ayam serama, ayam sabung, ayam silky, merak??, ayam selasih dan ayam serba hitam. Untuk makluman, teman hanya menternak ayam kampung asli sahaja buat masa sekarang kerana ingin fokus kepada ternakan ini yang mendapat sambutan dari pengemarnya. Kalau banyak sangat ayam dari jenis lain, ada kemungkinan teman akan hilang fokus dan semua kerja tak menjadi. Lepas itu ramai pula yang datang tanpa temu janji untuk membeli ibu ayam untuk dibaa balik. Tercari2 juga teman dimana ada teman mengiklankan tentang ayam kampung asli ini untuk dijual. Takde rasenya.. 

Berbalik kepada tajuk diatas, teman sebenarnya nak bagitahu yang sebenarnya bukan mudah untuk kita mencapai kejayaan dalam penternakan. Hanya mereka yang betul2 cekal dan mengerah semua tenaga yang ada sahaja mungkin mampu untuk meraihnya. Kalau nak diikutkan sekarang ini, apa2 pun bidang yang ingin diceburi oleh kaum kita dari segi agro, semuanya memerlukan pengurusan serta tenaga yang sama kuatnya seperti anda menguruskan satu syarikat. Jika anda ingat menternak hanyalah tugsan mudah, sebenarnya anda jauh tersilap. 

Menternak memerlukan daya pemikiran yang tajam serta kreativiti untuk memajukan diri serta ternakan. Kalau kita diberkan wang 100k sekalipun, belum tentu anda akan berjaya dalam ternakan yang anda ceburi. Sebagai contoh, kita lihat sahajalah geran yang diberikan kerajaan sebelum ini untuk projek ternakan keli dan sebagainya. Nampak sangat segala projek yang dijalankan tidak dapat berdiri untuk bersaing dalam dunia perniagaan sebenar, KAlau nak disalahkan sipemberi geran tersebut, boleh dikatakan anda salah kerana pemohonlah yang bersungguh2 membuat perancangan dan sebagainya untuk menternak sehingga geran diluluskan. 

Kalau anda pernah terdengar sebelum ini mengenai seorang penternak yang ingin menceburi penternakan ayam kampung asli. Beliau mendapat suntikan modal dari orang yang bertalian darah dengannya sebanyak RM 100K. Duit tersebut diterima hampir setahun yang lalu. Lalu perancangan dilakukan termasuk menghadiri kelas teman ketika beliau sudah mula menternak. Dari sini, teman dapati, perangcangan yang dilakuakan cukup baik cuma cara pelaksanaan yanhg dilakukan seakan2 tak berpijak di bumi yang nyata. 

Beliau bercadang untuk mengkomersialkan ternakan ini dengan caranya sendiri. Caranya adalah membina reban yang cukup besar dan cara pembinaaan rebanya kalau sekali pandang seolah2 untuk menternak ayam kampung kacuk atau ayam daging open sistem. duit diperolehi dihabiskan dengan membina satu reban induk dan 2 reban pembesaran yang berkeluasan 40kaki lebar dan 200 kali panjang setiap reban. Jumlah tanah yang dibersihkan untuk tujuan ini adalah seluas 6 ekar. Huh, cukup besar untuk ternakan ayam kampung asli. Buat masa kini walaupun hampir mencecah usia setahun, tetapi ternakan beliau masih belum dijalankan kerana lebih fokus dalam pembinaa reban yang belum saip2. ayam yang ada direban belaiu kini menghampiri 300 ekor dengan menternaknya secara lepas bebas tanpa kawalan. Ini termasuk kawasan untuk ayam ini bertelur dan sebagainya. Bayangkanlah kalau beliau menyusun semuanya semula dan mengikut pesan teman sebelum mula melakuakn penternakan. 

Menternak ayam kampung asli ini mempunyai beberapa kengkangan seperti bekalan ayam serta bekalan anak ayam yang kurang kosisten. Kini kita masih lagi tidak mampu untuk mendapatkan sejumlah anak ayam dalam jumlah yang banyak sekaligus dan bekalan induk juga terlalu terhad. kalau batul tuan punya ladang sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan semua itu, timbul pula satu lagi masalah iaitu bagaimana nak menagani perangaai ayam kampung asli ini yang kita semua tahu kuat bergaduh atau berpuak2. adakah mungkin kita mampu untuk menternak sejumlah anak ayam (jika ada) yang banyak dalam satu bangsal panjang? adakah kita mampu untuk membina reban yang banyak untuk memisahkan induk mengikut keluarganya kalau anda menternak melebihi 5000 ekor? Bagaimana anda nak pastikan yang jumlah telur yang dikutip dapat dimaksimakan dengan masalah ayam suka memakan telur mereka sendiri?. Kemudian bagaimana anda nak memastikan pengurusan amonia sekiranya anda mengurung ayam tersebut sepanjang masa dalam tempoh 6 bulan? jika anda menternak separa lepas, bagaimana anda mahu pastikan ayam tersebut mengikut peraturan dengan memasuki rebannya sendiri ketika waktu malam.

Kalaupun anda mampu untuk menyelesaikan segala masalah berikut, terdapat pula masalah lain seperti cara anda untuk menjual atau cara anda untuk mengeluarkan ayam tersebut dari reban anda. Dengan menangkap manual atau dengan melakukan sistem yang lebih baik. Dan yang paling teman risaukan adalah dari mana beliau mahu mencari tambahan ang lagi sekiranya duit yang dah diberikan sekarang telah dihabiskan sepenuhnya dalam menbina reban. "alasan yang diberikan adalah mahu untuk membina reban tersebut sekali gus agar nanti tak payah nak buat reban tambahan lagi".

Bagi teman cara pemikiran itu salah kerana beliau masih baru dalam penternakan dan masih kurang paham bagaimana nak menternak ayam ini. Beliau belum paham masalah yang bakal beliau terima setelah jumlah ayam mencecah ribuan ekor nanti. Ada baiknya beliau mengfokus kepada sejumlah 1000 ekoa ayam dahulu dengan membina reban kapasiti 1000 ekor. Dalam masa itu juga anda mula meneruskan pembinaan reban dalam skala sederhana untuk menampung penambahan ayam yang dikeluarkan. Yang terbaik adalah melakukan penambahan reban dari hasil jualan dari reban anda atau dari hasil keuntungan dari reban. Barulah perkembangan perniagaan anda berkembang dengan istilah yang lebih tepat atau asli. teman cuma takut nanti, reban beliau dah mula reput sementara nak menunggu jumlah ayam mencecah jumlah kapasiti penuh reban tersebut.. 

sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram