Pages

Pengurusan Amonia

Salam,

Saja je kali ini teman nak cerita balik pasal amonia. Kalau pengunjung setia blog teman mungkin dah tahu pasal amonia nie. kalau yang otai2 tu mungkin satu perkongsian dari ilmu yang anda ada sekarang. Seperti yang semua orang tahu, amonia terhasil dari najis ayam yang terkumpul di reban. Amonia ini mampu memberi mudarat terhadap ternakan kita dari segi penyakit dan juga kematian. Dalam reban tradisional, biasanya penternak kurang ambil peduli tetang amonia ini berikutan jumlah ternakan yang kecil dan sistem lepas bebas yang digunakan. Tetapi apabila kita mula mengurung atau jumlah ternakan kita semakin bertambah dalam kawasan yang terhad, siri penyakit yang menyerang reban akan dapat dilihat. 

Untuk reban yang separa komersial mahupun komersial, aspek pengurusan amonia adalah perkara pokok yang sering mendapat perhatian dalam penternakan. Pengurusan amonia yang baik akan memberi kelebihan kepada penternak dalam memaksimakan pengeluaran ladang untuk jualan. Kita akan dapati sebahagian peruntukan akan digunakan semata2 untuk mengurus amonia. Jika anda mula menternak ayam dalam jumlah lebih dari 100 ekor, anda akan mula menghadapi masalah dalam pengurusan amonia. Yang paling kritikal adalah  kawasan dimana kebanyakan ternakan kita tidor. Pada waktu malam, ayam kerap mengeluarkan najis ketika dalam keadaan rehat dan kita akan dapati kawasan ayam tidur ini penuh dengan najis. Jika kita tak pedulikan najis ini, lama2 kelamaan masalah penyakit yang berkaitan dengan amonia akan timbul. Selalunya tanda2nya adalah seperti sakit mata, pernafasan serta masalah perhadaman. 

Sebuah ladang organik di Pahang(DQ Farm) mengunakan konsep meninggalkan amonia ini dengan mengubah reban yang dibina mengikut jadual yang telah dirancang dengan teliti. Ini bermakna kita mengurangkan risiko ayam yang diternak terdedah kepada amonia yang terkumpul. Reban direka dengan beberapa ciri yang memudahan reabn tersebut untuk dipindahkan. Ayam akan tetap berada dibawah reban ini apabila tiba waktu tido.

Namun bagi anda, mungkin kos untuk membina reban sebegini tidak termampu untuk disediakan dan jumlah ternakan yangada pn tak lah banyak mana. So ada beberapa pilihan yang boleh anda lakukan seperti menggunakan medium pasir serta bahan lain untuk membantu mengurangkan kesan amonia. Dibawah kawasan tempat tidor ayam, anda boleh menambah lapisan pasir yang ditambah secara beransuran atau terus menimbusnya dengan dengan lapisan yang tebal. Ada juga yang mencadangkan kita menggunakan sekam padi atau habuk papan untuk menyerap najis ayam supaya lebih kering. Namun bagi teman semua mediaum yang kita guna ini hanyalah akan menambah tekanan kerja kita apabila perlu kita membersihkanya untuk ditukar kepada baru. 

Satu lagi cara mengikut pendapat teman adalah membina reban supaya lebih tinggi dari lantai tanah dengan harapan gas amonia tersebut tidak terus menerus mengenai ternakan kita. Dengan pengudaraan yang lebih baik serta ketinggi tersebut memudahkan najis ternakan kita kering dan kurang memberi kesan terhadap ternakan. Anda juga boleh menggunakan medium seperti EM untuk membantu proses penguraian amonia kepada bahan yang kurang merbahaya. Em juga boleh diberi minum kepada ternakan untuk menambah baik sisa kumbahan yang dikeluarkan oleh ternakan kita serta boleh mengurangkan bau. 

Reban yang baik seharusnya perlu dibersihkan selalu dan sentiasa kalau boleh berada dalam keadaan kering. Lopak air atau longkang yang bertakung mampu memberi kesan kepada ternakan. Jangan biarkan ternakan anda minum atau berada dalam lopak ini kerana cacing dan penyakit lain akan mula merebak. kandungan tanah lama yang penuh dengan najis ayam juga akan mula terurai dan membuatkan lopak tersebut penuh dengan penyakit. Anda perlu menimbus secepat mungkin juka terjadi lopak ini terutama dari lubang2 mandian ayam yang ada. Sistem peparitan yang baik juga mampu mengelakkan kejadian air bertakung direban anda. 

Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram