Pages

Orang kita jaguh memerli...

Salam,

kalau nak dikatakan penglibatan teman dalam ayam ini memanglah baru setahun jagung. Memang baru sangat dan kalau nak dibandingkan dengan otai diluar lagi ramai yang handal dalam mengurus ternakan ini. Yang mendapat puluhan ringgit semusim pun dah ramai sekarang. Yang teman ada hanyalah sedikit pengalaman yang tah kemana sangat hendak teman bawa.

Apa yang cuba teman simpulkan adalah mungkin sikap sesetengah dari kita termasuk teman sendiri yang sangat jaguh dalam bab2 memerli orang lain atau mempersendakan orang. Kadang kala kalau nak dipikirkan, apa dosa atau salah orang di persenda sehingga dilakukan sedemikian. Kalau ada kejayaan atau tindakan baru yang dilakuakan, pasti ada cemuhan atau ayat2 perli yang diutarakan samaada secara terang2 atau secara bahasa pendua. Kadang kala hendak dipikirkan semuala, ayat2 ini mampu untuk melemahkan semangat mereka yang kurang tahan atau tak biasa berdepan dengan nilai masyarakat kita sebenarnya. Sungguh menyedihkan bila kejayaan seseorang atau semangat yang berkobar terkorban begitu sahaja disebabkan mulut mereka yang sebegini.

Seperti mana yang anda tahu, dunia penternakan kita nie kecil sangat kalau kita kumpulkan semua ternakan penternak melayu yang ada sekarang. Sangat kecil sehinggakan kalau semua penternak melayu mengadakan mogok tak nak jual ternakannya, takde sapa yang perasan perubahan di pasaran. Begitulah perumpamaan yang boleh teman berikan.. sungguh kecil.. Namun kalau dunia yang sekecil ini pun dah banyak mulut2 yang berkata2 buruk dan boleh melemahkan orang lain, teman rasa cita2 kita tu tak akan sampai kemana... sampai takuk itu je lah sampai bila2,, just jaguh kampung sehingga bila2.

Senangnya, cara terbaik untuk berjaya adalah mulakan dari kecil dan belajar segala selok belok penternakan ini dan jangan peduli segala tomahan atau cakap2 yang mengapikan telinga  anda. Mulakan  perlahan2 sehingga anda mula mendapat hasil dari ternakan anda walaupun untuk kali pertamanya anda rase macam sikit sahaja  untung.. sekurang2nya anda dah berjaya menternak walaupun untungnya sedikit.. bukan senang nak jadi penternak yang dapat perolehi pendapatan pertama memandangkan kitani bukannya dilahirkan dalam keluarga menternak kan?

Kalau anda terkena juga tempias perlian mereka yang bijak berkata2 ini pesan teman, abaikannya, pikirkan yang biasanya mereka yang suka perli memerli ini adalah dari golongan yang berpikiran cetek dan suka gelakkan mereka yang gagal. Dan yang paling penting adalah mereka ini sebenarnya berbuat sedemikian atau suka memerli orang hanyalah untuk menutup kelemahan diri sendiri dan mempunyai keyakinan diri yang rendah. Dengan mengata atau memerli  orang lain akan membuatkan diri mereka hebat atau tertutup mengenai diri mereka sendiri.. itu pendapat teman dan teman rasa tak salah kalau anda turut berfikiran sedemikian. 

Yang penting sekarang kita perlu jalan ke depan, kalau anda tak berjaya sekarang tau bulan ini atau tahun ini, tak semestinya anda tak berjaya keesokkannya, tak semestinya anda tak berjaya bulan depan dan tak semestinya anda tak berjaya tahun hadapan. Ingat satu pesan teman, tak ada satu kejayaan yang terjadi tanpa usaha. Dan semua penternak maju sekarang(bukan penternak jaguh kampung yang suka memerli orang) tidak meraih pendapatan atau kejayaan hanya dalam satu malam. semuanya berdikit2. Dan seperti teman, langsung teman tak boleh berbangga dengan apa yang teman ada sekarang, seciput sangat dan buat gelak dek orang je.. Tetapi teman tetap bersemangat agar suatu hari nanti teman akan berjaya juga. Mungkin nanti teman ada 5k ibu ayam dan mampu untuk mengeluarkan 2-3 ribu ayam daging untuk dijual.. Insyallah..

Dan, kalau ada sekarang ini dikalangan kita penternak dah mengorak langkah atau dah hampir mencapai jumlah itu, teman amat bersyukur dan ingin mengucapkan tahniah kerana beliau sangat cekal dan berjaya memecah ruyunya sendiri untuk mendapatkan sagu. Bab kata sapa yang lagi terer atau sapa yg lagi pandai tak patut timbul kerana itu hak kita dan kita sahaja yang tahu manisnya. Kalau ada mereka yang mencebik kata itu dan ini, biarkan mereka terjun dengan labunya. biarkan.. sudahnya mereka juga yang rugi...

Pengumuman.. kelas kecil atau kelas tambahan akan diadakan pada 1/8 ni iatu hari ahad awal bulan ini. Kepada mereka yang terlepas tetapi ada kelapangan boleh sms butiran anda seperti kelas sebelum ini. Kalau anda rasa tak perlu atau kelas teman tak dapat membantu anda, anda bebas untuk membuat keputusan, tetapi kalau anda perlukan satu medan khas atau medan permulaan untuk anda mulakan penternakan, teman rasa kelas teman mungkin boleh membantu.
Harapan teman juga selepas ini ada mereka yang pakar dalam bab penternakan ini yang mampu untuk melakukan usaha sama dengan pihak kerajaan untuk mengadakan kelas penternakan ayam kampung asli. Jika ada kelak, teman rasa mungkin sudah sampai masanya teman memberhentikan kelas teman kerana sudah ada kelas lain yg betul2 mantap dan dapat membantu anda. Buat masa ini mungkin anda tiada pilihan selain kelas teman yang tak seberapa. Sekian..

Kepada mereka yang kuat memerli atau mengata.. teman mohon ampun dan maaf kalau ayat yang teman gunakan kasar dan kurang sopan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram