Pages

Tinggi juga kos untuk anda mula menternak..

Salam,

Teman nak bercerita mengenai sekiranya anda ingin mula menternak, sebenarnya anggapan bahawa menternak ayam ini adalah ternakan berkos rendah mungkin tidak tepat. Bagi teman untuk memulakan ternakan ayam kampung anda sendiri memerlukan kos yang agak mahal pada mulanya dan kadangkala penternak baru tak menyedarinya. Bila dah siap semua reban baru perasan yang anda semua dah ter"over" budget membina reban anda. 

Sememangnya apabila anda mahu menternak ayam ini, anda mempunya pelbagai pilihan untuk memulakannya. Ada yang gemar emmbeli ayam deasa dan menternak sehingga mengeluarkan telur sendiri sebelum mengeramkannya. Ada juga yang lebih gembira untuk mencari anak ayam atau anak ayam yang baru bercerai susu (istilah teman walaupun ayam tak menyusu) dan kemudiannnya dijaga sehingga meningkat matang. Walau apa pun cara anda, kesemuanya memerlukan modal yang agak tinggi pada permulaan. tetapi dengan minat dan usaha, Insyallah ayam anda akan berkembang dengan baik dan makin bertambah dari hari ke hari. 

Dan biasanya apa yang perlu anda lakukan untuk memulakan penternakan anda adalah untuk menyiapkan kawasan penternakan anda atau lingkungan reban. Jika anda mempunyai tanah yang agak luas, anda perlu menyewa jentera dan kalau hanya dibelakang rumah cukuplah anda hanya menggunakan kederat tulang empat kerat. Apabila keadaan tanah cukup baik dan bersih dari bahan yang tidak sepatutnya, dari sini anda perlu melakukan perancangan pembinaan reban. Banyak fasa yag boleh anda lakukan. Kesemuanya terpulang kepada anda bagaimana anda mahu ianya terhasil kelak. 

Tips yang boleh anda gunakan adalah dari segi kemampuan anda sendiri. Sekiranya anda hanya mampu untuk mengeluarkan sebilangan kecil budget untuk pembinaan, cukuplah anda mengusahakanya dengan mengunakan barangan bidget murah seperti bahan kitar semula atau bahan percuma yang boleh ditemui dikawasan hutan yang ada. Sekiranya anda tahu mana2 rumpun buluh yang tak bertuan, bolehlah menggunakannya sebagai bahan binaan utama anda. Dan kemudiaan anda perlu merancang bagaimana anda mahu membina reban. Kalau boleh bahagikan kawasan reban anda kepada 2 bahagian utama iaitu reban untuk penternakan induk dan satu lagi ada reban untuk asuhan anak ayam. Adalah sangat kritikal untuk anda mempunyai kedua2 reban ini sekiranya anda tak mahu suasana kelang kabut dikemudian hari. 

Reban untuk induk perlu dipastikan mempunyai ciri2 kawalan serta mengurangkan persaingan antara jantan dengan jantan yang lain. Reban tersebut kalau boleh perlu di asingkan mengikut kumpulan ayam mengikut jumlah jantan supaya persaingan tak akan timbul. Untuk reban asuhan anak ayam pula anda perlu membina reban yang mempunyai pelbagai jenis supaya dapat menyesuaikan keadaan reban dengan anak ayam mengikut peringkat umur. Jika anda memilih untuk membenarkan siibu mengeram secara tradisional dan menjaga anaknya sehingga umur 3 bulan, anda perlu pastikan juga reban pengasingan atau reban asuhan untuk anak lebih usia 3 bulan. Ini kerana anak ayam tersebut akan menghadapi masa "sukar"nya apabila mula berpisah denan ibu. Kalau anda lepas bebas sahaja ada kemungkinan peratusan anak ayam yg hidup selepas 5 bulan akan menurun. 
Kos untuk membina 2 jenis reban inilah akan menjadi sumbangan utama pada mulanya dalam budget anda. Anda akan dapati bahan binaan yang dijual dipasaran kini agak membebankan. Mungkin kos untuk membina sebuat reban yang sebesar tempat kereta sahaja pun menelan belanja sehingga 2-3 ratus ringgit. Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk melakukannya. Namun perlu anda ingat yang pembinaan tersebut hanyalah bersifat sekali dalam penternakan iaitu kos hangus yang perlu dikeluarkan apabila anda mula menternak. Jadi adalah amat penting untuk anda membinanya denagn betul untuk kali pertama bagi mengelakkan perbelanjaan tambahan apabila pengubahsuaian perlu dilakukan semua kelak. 

Seterusnya anda perlu mencari atau membeli ayam untuk diternak samada induk atau anak. Bagi pendapat teman, membeli anak ayam adalah lebih menjimatkan dari membeli ibu ayam, namun dengan keadaan bekalan ayam yang terlalu terhad sekarang, anda mungkin perlu juga mencari bakanya supaya bekalan anak ayam anda tidak putus. Jumlah pengeluaran modal anda mungkin akan nampak terlalu tinggi pada mulanya. Tetapi kalau anda memulakanya secara sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda, akhirnya anda kurang terasa beban yang telah dipikul. Ia juga bermaksud anda bertindak atau membina mengikut keadaan semasa atau keadaaan kelapangan anda. Dengan cubaan bertukang sendiri atau meminta nasihat dari yang pakar, anda mungkin boleh berjimat labih. 

Apa2 pun, perancangan serta pengetahuan jugalah paling penting sekiranya anda mahu mula menternak. Dengan adanya semua ini, kerja anda akan lebih bersih dan cekap.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram