Pages

Diam bukannya merajuk..

Salam,

Lama betul tak menulis dalam blog nie, ramai juga yang call sbb nak tahu perkembangan. Kalau nak diikutkan masa yang diberikan banyak yang terluang tetapi teman nie kengkadang sedikit alpa atau kekadang kekurangan idea untuk menulis. Kebolehan untuk menulis ini bukannya semua orang ada. Dan bukannya datang secara semula jadi. Ianya lebih kepada kemahiran yang perlu diasah dari hari kehari dan latihan yang dilakukan. Teman akui, sesuatu penulisan yang menarik mampu mempengaruhi seseorang untuk kebaikan dan juga keburukan. 

dalam 2-3 minggu nie teman ada banyak tugasan baru, antaranya adalah menguruskan diri untuk kelas yang baru berakhir. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dan gembira juga dapat menurunkan ilmu kepada mereka yang memerlukan. Walaupun suasana pembelajaran dalam kelas sangat daif, tetapi bagi teman apa yang penting adalah ilmu yang nak disampaikan. Yang penting bila balik nanti, anda mampu untuk mempratikkan apa yang dipelajari serta akan paham yang tak semuanya dapat dibelajar dengan hanya membaca blog atau buku rujukan. Pengalaman dari mereka yang telah menternak juga penting untuk rujukan anda. 

Di samping itu juga teman telah terpilih untuk menjadi sukarelaan dalam panci penduduk dan perumahan yang akan bermula esok sehingga bulan 8. minggu lepas masa dihabiskan didalam kelas untuk mempelajari ilmu pembancian yang rata2nya dihadiri oleh golongan muda belia dan suri rumah yang tidak bekerja. Terasa diri sungguh canggung didalm kelas bila rata2 had umur didalam kelas tersebut jauh lebih muda. Ilmu yang dipelajari akan disemat sepenuhnya dalam hati agar proses pembancian nanti akan berjalan dengan lancar. 

Apa yang menarik dalam kelas tersebut atau pengalaman mula2 membanci olok2, kita dapat terus melihat perangai sebenar penduduk rakyak dinegara kita ini. Belum banyak yang boleh dibincangkan sebab masih aal dan ikatan kerahsian yang telah diangkat semasa menerima tugas sebagai pembanci. Teman yakin yang cabaran dan keseronokan yang baakal ditempuhi tidak akan mudah padam dalam memori teman, hehehe..
Dan sekarang, dirumah dah bersepah dengan longgokan kertas2 bancian serta alat lain yang diperlukan oleh seorang pembanci. Kerja berjalan ditengah panas serta pengalaman tidak diberi kerja sama oleh penduduk Malaysia pasti ditempuhi.Namun usaha perlu dilakukan demi mendapat pengalaman yang sangat berharga yang tak boleh dibeli dengan Wang ringgit.

Keadaan ayam pun sangat memuaskan dengan ayam terus membiak dan kematian sudah jarang2 berlaku. Reban masih ditakuk lama kerana ketiadaaan masa lapang seperti dahulu untuk bertukang. badan pun dah mula menaikkan diri kerana kerahan tenaga yang semakin berkurang. 

Bila ada masa untuk menjenguk sahabat kita dalam blog2 lain, teman tersenyum sendiri dan merasa sangat kagum. Huh, banyak sungguh blog2 baru tetang penternakan ayam kampung asli ini. Kalau boleh disimpulkan, banyak yang dah mula nampak belangnya atau lebih tepat dah mula mengorak langkah untuk menternak secara serius. Satu setiuasi yang sangat teman banggakan. Bertambah seronok bila mereka yang sebelum ini terkial2 untuk menternak dapat memanfaatkan ilmu yang dikongsikan dalam blog ini untuk penternakan mereka. Syukur Alhamdulilah puji kepada Ilahi yang membenarkan satu lagi bidang untuk diterokai oleh bangsa kita. Tak salah untuk mencuba asalkan halal dan yang paling penting elakkan apa2 skim yang menyerupai skim cepat kaya atau labu peram. 

Teman yakin, sedikit masa lagi, reban teman yang dahulunya menjadi tempat persinggahan mereka yang baru nak belajar akan menjadi kenangan bila masing2 dah mempunyai reban yang lebih hebat dari segi kapasiti serta teknologinya. Teman juga yakin, anda semua akan berjaya dan mampu untuk menjana pendapatan dari penternakkan anda kelak. Tingkatkan usaha dan  jangan sesekali menoleh kebelakang. Cuma teman nak ingatkan jika ada mereka disekeliling anda yang dalam kesusahan dan inginkan sedikit bantuan dari anda dari segi nasihat atau teknik penternakan, jgnlah sangat berkira, tunjukkanlah sedikit sebanyak agak bangsa kita tidak terus hanyut dengan mimpi sendiri...

Adios.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram