22 October 2009

new pos rate

salam,
geram teman masa pi anta pos laju untuk tempahan incubator, dulu 2-3 bulan dulu ikut berat je kalau nak hantar pos laju.. so kenalah dalam RM20 sahaja. Baru tadi teman pos kan kena pulak RM 65.. huh mana nak cover kos penghantaran.rupanya skang dia dah pakai sukat panjang dan lebar. kalau saiz incubator teman dia charge untuk berat 12 kilo padahal berat baru 3 kilo je.. SO teman cadangkan kalau nak anta biarlah pakai pos biasa je. kos pun murah walau pun sampai dalam 3-4 hari. Kalau sabah serawak dalam masa seminggu. Takpelah kita tunggu sekejap sementara dari kita kena charge melampau2.

harga pos baru (pos biasa)

semenanjung: 60 biji - RM 6, 150 biji -RM 10
sabah serawak : 60 biji -RM 15, 150 biji -RM 25

Berita Baik

salam semua,

perhatian Kepada semua yang telah mendaftar untuk kelas pada 25 hb dan yang akan mendaftar pada kelas 8 hb untuk kelas Penternakan Ayam Kampung Asli cara CItypull.

Atas permintaan ramai dan beberapa Pihak yang ingin menghantar warga kurang berkemampuan, pihak kami memutuskan untuk mengurangkan yuran pembelajaran kepada hanya RM 180! sahaja untuk selama-lamanya. Ini bagi membolehkan kami berbakti kepada semua golongan samaada yang berada atau tidak. Pihak kami menerima beberapa panggilan yang memohon untuk mengurangkan kadar yuran kelas kerana tidak mampu berikutan keadaan ekonomi sekarang. Ada juga pemanggil yang belum mempunyai pekerjaaan atau baru berhenti bekerja dan merasakan yuran RM 250 yang dikenakan sebelum ini membebankan. Mereka kebanyakkan ingin memohon bantuan tetapi dengan syarat mahu menternak dahulu secara kecil2an sebelum memohon apa2 bantuan atau pinjaman dari pihak Bank.

Oleh kerana rasa perihatin, kami menurunkan yuran kelasa kami untuk membolehkan bebanan yang ditanggung anda dapat dikurangkan. Namun untuk menampung kos kelas, beberapa pemberian produk tidak dapat diberikan seperti yang dijanjikan sebelum ini. Kepada peserta yang telah membuat bayaran untuk kelas 25 hb, bayaran refund atau bayaran baki balik akan diberi kepada anda pada waktu pendaftaran kelas ini kelak. Dibawah adalah butiran kelas tersebut.


  1. Program: Kelas Menternak Ayam Kampung Asli Cara Citypullagro
  2. Tarikh : 8/11/2009
  3. Lokasi : Bilik Mesyuarat Ladang Citypullagro
  4. Masa : dari 8.30 sehingga 5 petang
  5. Anjuran : Citypullagro Enterprise
  6. Hari : Ahad
  7. Jumlah peserta : Maksimum 20 orang
  8. Sasaran peserta: penternak baru atau tradisional,pesara, pekerja sepenuh masa yang mahu menternak secara partime,penganggur,penduduk kampung yang mahu pendapatan sampingan
  9. Anda akan bawa pulang: Sijil,Set modul,Larutan EMAS(EM)
  10. Yuran : RM 180 Sahaja
  11. Deposit : RM 180 (bank in ke Maybank acc. 112317228467(Emee Murni Ariffin) selewat2nya sehari sebelum kelas bermula dan bayaran penuh semasa anda mendaftar masuk.
  12. alatan tulis disediakan
Tentatif:

8.30-9.00 -Pendaftaran & Minum Pagi
9.00-9.30 - lawatan singkat keLadang Citypull
9.30-12.30 -kelas (pengenalan,pelaksanan)
12.30-2.00 -rehat(mkn tgh hari disediakan)
2.00-3.45 -sambungan kelas
3.45-4.30 -lawatan reban Citypull(2),contoh reban citypull dan amali
4.30-5.00 -minum petang, penyerahan sijil, penyampaian cenderahati dan bersurai.

-pihak citypull berhak untuk meminda tarikh dengan persetujuan semua peserta.
-deposit tidak akan dipulangkan kembali sekiranya peserta menarik diri tetapi peserta boleh menundakanya ke tarikh kelas yang lain.
-mudul yang diberikan adalah tertakluk kepada hak cipta Citypull dan tak boleh diterbitkan semula
-peserta dinasihatkan hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan tercicir silibus kelas.
-peserta juga digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian untuk memasuki ladang

Sebarang maklumat atau pertanyaan anda bolehlah menghubungi terus 012-3332273(saiful)

Untuk mendaftar menyertai kelas, anda perlu menghantar Email kepada kembara9595@gmail.com (setelah mendeposit yuran) maklumat berikut:

1. nama penuh serta alamat tempat tinggal
2. No telepon
3. bilangan peserta
4. butiran deposit wang yang telah anda lakukan..


tarikh kelas yang akan datang: 8/11/09, 15/11/09
*anda juga boleh memohon untuk mengadakan kelas pada hari biasa yang ditentukan anda dengan syarat jumlah minimum peserta adalah 4 orang. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda dan call kami.

Isi kandungan pembelajaran dalam kelas:

1. pengenalan tentang ayam, ragam, sifat dan cara hidup
2. Masalah dan kekurangan cara penternak kampung sekarang
3. rekabentuk reban cara citypull
4. cara penternakan citypull
5. belajar cara membuat memasak makanan anda sendiri/cara menjimat kos
6. masalah biasa bagi ayam dan cara nak mengatasi
7. peringkat pembesaran dan FCR pemakanan
8. pengiraan kos dan keuntungan (ROI)
9. perancangan untuk menternak skala besar
10. cara menggunakan incubator yang betul
11. kaedah pembancuhan EM kepada Larutan EMAS
12. aspek pengurusan Ladang anda.
13. pemberian contoh kertas kerja untuk pinjaman Bank(dilampiran didalam modul)

Kesemua topik yang diajar didalam kelas adalah dari pengalaman dan pembelajaran kami sendiri dan ianya adalah asli. Panduan yang diberikan oleh sesetengah pihak mungkin tidak sama dengan reality penternakan ayam kampung itu sendiri terutama ayam kampung ori. Oleh itu kaedah praktikal semasa anda direban adalah sangat penting bagi mengelakkan anda ditimpa masalah kelak.
* jualan produk dari citypull juga disediakan pada hari kelas dilakukan seperti:

set alatan untuk menternak seperti alatan membuat incubator seperti termometer,termostrat, box incubator, ubat-ubatan, kotak semaian, kotak untuk brooder, peralatan pertukangan elektrik dan perkakasan menternak ayam.

21 October 2009

Incubator(force air) for sale!


salam,
setelah sekian lama Citypull membuat incubator untuk jualan, akhirnya kami telah mencipta incubator rekaan kami sendiri yang membolehkan ianya dihantar melalui Pos Laju. Incubator ini berciri ringan tetapi tahan bagi membolehkan kos penghantaran diminimakan.. Berikut adalah 3 jenis incubator kami yang terbaru bagi mengantikan incubator lama yang berkonsep Still Air.




Nama: CI 60 (for hobby user)
Kapasiti: 60 biji telur ayam kampung
Konsep: force air
Berat: 2 kilo ++
Bahan: Plastik PVC tahan panas
Kuasa: 240 v
upgrade ke semiaouto: Tiada
Penghantaran melalui Pos: Boleh
Termometer: Diberi
Candling box: Diberi
set panduan : disediakan(cd)
Harga: RM 150.00
Penghantaran dalam masa 2 hari dari tarikh Deposit dilakukan.
bayaran penuh perlu dibuat sebelum penghantaran kepada anda
bayaran tambahan untuk penghantaran melalui pos:
Semenanjung: RM 20
Sarawak: RM 30
Sabah : RM 35


(Gambar.. saiz separuh dari gambar atas)

Nama: CI 150 (untuk jumlah ibu bawah 30 ekor)
Kapasiti: 150 biji telur ayam kampung
Konsep: force air
Berat: 5 kilo ++
Bahan: kayu bercat minyak
Kuasa: 240 v
upgrade ke semiaouto: Boleh (tambahan RM 20)
Penghantaran melalui Pos: Boleh
Termometer: Diberi
Candling box: Diberi
set panduan : disediakan(cd)
Harga: RM 260.00
Penghantaran dalam masa 2 hari dari tarikh Deposit
bayaran penuh perlu dibuat sebelum penghantaran kepada anda
bayaran tambahan untuk penghantaran melalui pos:
Semenanjung: RM 30
Sarawak: RM 45
Sabah : RM 55



Nama: CI 300 (untuk jumlah ibu bawah 80 ekor)
Kapasiti: 150 biji telur ayam kampung
Konsep: force air
Berat: 7 kilo ++
Bahan: kayu bercat minyak
Kuasa: 240 v
upgrade ke semiaouto: Boleh (tambahan RM35)
Penghantaran melalui Pos: Tiada
Termometer: Diberi
Candling box: Diberi
set panduan : disediakan(cd)
Harga: RM 260.00
Penghantaran dalam masa 2 hari dari tarikh Deposit
bayaran penuh perlu dibuat sebelum pejualan dilakukan
Anda perlu hadir sendiri untuk mengambil incubator yang ditempah.

Perlu diingat bahawa segala ciptaan dan rekaaan incubator milik Citypullagro adalah milik sepenuhnya pihak kami dan direka kursus untuk pengguna kami. Sebarang peniruan untuk tujuan komersial adalah dilarang sama sekali. Sebarang pertanyaaan anda boleh menghubungi saiful di 012-3332273
bayaran boleh dibuat melalui bank
4837243612 (public bank) atau
112317228467 (maybank)
anda juga boleh melakukan perpindahan transaksi elektonik antara bank yang lebih mudah dan cepat tanpa mengeluarkan wang dari ATM.

20 October 2009

Masalah pagar reban Mahal boleh diatasi..







salam,

membina pagar bereban adalah salah satu kos terbesar dalam penternakan ayam ini. Ramai penternak menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan jaring yang murah dan tahan lama. kalau nak diikutkan dengan cara menternak yang terbaik adalah dengan melepaskan ayam kita dipadang ragut bagi membolehkan ayam ternakan kita menikmati rumput segar yang akan membekalkan 30% keperluan kelori seekor ayam. Semua orang tahu yang aktiviti melepaskan ayam meragut akan meningkatkan kualiti daging kerana kaya dengan Omega 3 serta menjimatkan makanan yang perlu diberi kepada ternakan kita ini.

Namun untuk memagarkan kesemua reban kita beserta dengan kaasan padang meragut adalah sangat mahal dan hampir tidak termampu oleh ayam kita. kalau tidak dipagar pula akan berlaku serangan dari pemangsa yang sangat mengemari ayam kita nie.. so macam mana kita nak memagari ternakan kita yang dengan turut serta kawasan ragut yang luas. Ayam kampung ini adalah perayap yang sentiasa bergerak aktif untuk mendapatkan rumput dan serangga dipersekitaranya.. kalau tidak dikawal mungkin akan hilang begitu sahaja kerana sesat atau berkampung ditempat lain.

Teman pernah terjumpa satu ladang yang mempraktikkan penggunaan pokok semula jadi yang digunakan sebagai pengganti pagar. Pemilihan tumbuhan adalah dari jenis tinggi melampai dan menutupi kawasan ternakan kita. antara pokok yang dipilih adalah jagung, napier,tebu, pisang, betik dan nenas. Kesemua pokok ini mempunyai fungsi tertentu.

Sekiranya anda ada tanah melebihi 1 ekar dan anda ingin menternak ayam dikawsan ini.. anda hanya perlu membina reban kekal ditengah2 kawasan penternakan anda. Anda bina reban yang mencukupi untuk menjadikan reban ini tempat tidur lengkap dengan pagar berkunci bagi mengelakkan pencuri dan haiwan pemangsa. kemudian disempadan reban anda anda tanam semua pokok ini secara berselang seli dengan lebar 2-3 meter keseluruhanya.. cara anda tanam adalah seperti berikut:

-disekeliling kawasan sempadan anda.. anda tanam pokok napier selebar 2 kaki. Tanaman napier ini ditanam rapat2 dan berselang seli dengan pokok barisan hadapan agar apabila tumbuh nanti pokok ini menjadi dinding tinggi bagi menghalang pandangan dari luar dan sebaliknya. Biasanya jika ayam tidak nampak luar, ayam ini tidak akan ada keinginan untuk terbang keluar berikutan ada kengkangan seperti tembok dihadapanya.
-Kemudian anda tanam 1 kaki atau 2 baris nenas yang bersambung2 antara daun2nya agar sukar untuk kita lalu nanti kerana ada duri yang tajam. pokok ini dibiarkan tumbuh berterusan tanpa perlu dicantas atau dibuang.
-Kemudian kita tanam pula pokok jagung dalam 3-4 baris sepanjang pagar atau lilitan kawasan penternakan kita. Anda perlu menanam sebaris demai sebaris mengikut kelawatan jadual selama 2 minggu. Ini bermaksud untuk baris pertama ditanam pada minggu pertama manakala yang seterusnya pada minggu ketiga.. ini membolehkan kita mengambil hasil 2 minggu sekali mengikut jadual dan tiada ruang rompong atau lubang hasil kita mengambil jagung nanti.
-baris seterusnya adalah pilihan antara pokok pisang atau pokok betik. atau anda boleh melakukanya selang seli antara pokok. pokok ini akan tumbuh tinggi dan memberi bayangan satu tembok yang besar dan tinggi.
-baris terakir sekali yang paling dalam berhampiran dengan reban adalah pokok napier yang ditanam setebal 3-4 kaki. ini untuk kegunaan kita kelak. Pokok napier yang cepat tumbuh dan membiak akan menghalang ayam ternakan kita masuk kedalam lingkaran tanaman yang lain dan memakan benih yang kita tanam. Cara ini memberi 'pagar' semula jadi yang terbaik serta mengurangkan kemasukkan binatang buas serta pencuri. Kalau mereka masuk pun biasanya mereka akan menghadapi sedikit kesukaran terlebih dahulu dan kebarangkalian kelibat mereka dilihat lebih tinggi.

so baris pagar kita nanti akan dilapisi dengan napier, kemudian nenas,kemudian jagung, kemudian tebu atau betik atau pisang, dan terakhir napier kembali. barisan yang mengepit semu atumbuhan ini adalah napier. pastikan jarak tak terlalu padat sehingga menutup cahaya matahari bagi pokok yang lebih rendah atau membantutkan pembesaran akibat persaingan.

untuk pokok jagung kita boleh menuai babaykorn untuk permulaan dan dimasak menjadi bahan makanan kepada ayam. setelah musim menuai tiba mengikut tarikh lapisan yang berbeza kita boleh mengggunkan setongkol jagung ini untuk diberi makan kepada ayam atau kita keringkan sekiranya ada lebihan untuk menjadi jagung kering. kalau kita memasak sendiri adunan makanan, tongkol mentah ini bolehlah dicincang dan dimasak bersama.

Untuk pisang buahnya boleh dijual ataupun dimasukkan kedalam menu makanan ayam ini. oleh itu pisang seperti abu disarankan untuk ditanam berikutan saiz dan jumlah sisirnya yang besar dan banyak. Bagi pokok betik juga sama caranya. Dengan memberi makan buah betik asak serta biji nya sekali dapat meningkatkan proses penghadaman dan mengelakan maslah yang berkaitan dengan saluran pencernaan perut.
setelah napir dibahagaian dalam sampai tempoh , anda boleh memotong dan menghancurkanya menjadi makanan berprotien tinggi kepada ayam. So pagar pun dapat makanan free pun dapat..

Tahi ayam yang terkumpul direban digunakan kembali sebagai baja kepada tumbuhan pagar kita tadi. Dengan cara lestari ini tiada pembaziran kos berlaku malah lebih menjimatkan kita. mungkin kita boleh mengorek 1 atau 2 kolam tanah yang berkeluasan 20x40 kaki. Kita boleh melepasakan pelbagai jenis ikan didalmnya. Untuk makanan ikan ini pula kita memancing lalat dengan meletakkan sekor bangkai ayam didalam bekas tong yang dilubangkan dibahagian bawah dan keliling dindingnya. lalat akan masuk dan bertelur dibangkai.. larva ini akan membesar dan keluar dari tin untuk mencari tempat yang lebih baik seperti tanah. Larva akan jatuh dan dimakan oleh ikan. Apabila ikan besar kita boleh memasak ikan ini atau mengeringkanya untuk dijadikan sumber protien kepada makanan yang diberikan kepada ayam ternakan kita.

Ayam pun bebas untuk merayau2 mencari makan dipagi hari kerana kawasan dipenuhi dengan rumput hijau dan serangga. Ayam ini akan mempunyai kandunga omega 3 yang tinggi serta daya tahan penyakit yang lebih tinggi. selamat mencuba..

19 October 2009

Petani Melayu, handalkah kita?


(gambar hiasan)

salam,

saje teman nak bercerita sedikit tentang petani atau penternak diMalaysia. Kalau teman bercerita tentunya berkitar tentang peladang melayu dan petani melayu. kalu nak diikutkan ramai sebenarnya dikalangan bangsa kita yang mengemari bidang ini tak kira pekerja swasta atau kerajaan. Mungkin kerana kenangan silam ibu bapa kita yang menjadi petani mengimbau kenangan untuk kita turut sama melakukan sedemikian tetapi melakukannya dengan cara yang lebih moden.

Seruan kerajaan suatu ketika dahulu yang melaungkan pertanian adalah satu perniagaan amat disambut baik. Maka banyaklah yang berkorban segalanya untuk mendapat pendapatan pertanian atau mengisi masa lapang untuk menjadi petani. Disebabkan kengkangan masa dan tempat maka ramai yang memilih jalan pintas dengan mencari bidang bidang yang dikatakan 'mudah' dan hasilnya lumayan.. walaupun boleh dikatakan dalam bidang ini tiada istilah senang yang boleh digunakan kerana semuanya memerlukan masa dan tenaga berikutan kita bermain dengan benda hidup yg kita besarkan.

maka dengan timbulnya beberapa jenis penternakan yang digembar gemburkan dapat menjana pendapatan dan mungkin menjadikan anda jutawan. sebenarnya semua penternakan ini berpotensi tetapi sekiranya dilakukan secara berterusan dan penuh keazaman. antara perniagaan yang sering disalah tafsir potensinya adalah seperti cacing, lintah, keli, cili dan sebagainya. Kalau benar semua yang diwar2kan pasti sekarang dah ramai jutawan2 baru yang berada diMalaysia ini. Namun berita sedih saling berganti menceritakan kegagalan2 yang dihadapi. Masalah yang sering dihadapi adalah lambakan produk hasilan akibat kurangnya kemampuan untuk memasarkan atau sudah terlalu ramai yang melakukan benda yang sama. Hasilnya pelaburan tidak dapat dikembalikan dan yang tinggal hanya harapan. Duduk lah anda termenung dan bercerita tentang salah org lain dikedai kopi. Yang betul2 tekun sahaja dan banyak bersabar masih meneruskan ternakan yang ada..

So sebenarnya untuk kita menjadi petani atau penternak, kita tidak seharusnya mengikut trend2 yang ada. kalau ada tanah terbiar atau peluang untuk anda bertani, pilihlah bahan yang anda rase ada potensi dan pulangan tidak melampau sangat.. Tak semestinya kalau nak bela ikan anda mesti bela ikan keli, n tak semestinya kalau nak tanam pokok anda mesti tanam pokok geharu atau cili yang dikatakan sangat lumayan hasilnya.. Cuba anda lihat jualan dipasar, pilih n cari barangan yang sering out of stock dipasaran seperti bunga kantan, daun limau purut, limau nipis dan sebagainya.. untuk perikanan, cuba carik ikan atau hidupan lain yang sukar untuk orang perolehi seperti ikan baung ke, ikan seluang ke, ikan termoleh ke?.. sekiranya anda terjumpa sesuatu yang anda minat dan anda rasa anda boleh lakukan maka anda bolehlah melakukan kajian dan percubaan terlebih dahulu untuk menternak ayau menanamnya.. antara yang anda boleh mulakan seperti dibawah:



(gambar hiasan)

sebagai contoh anda tanam pokok hiasan dikeliling rumah anda.. bila dah besar anda bawak ke pasar tani dan jual.. jual sekali dengan pasu. nampak macam tak mungkin kan sebab dah ramai org bangsa lain yang bukak nesery. Kita sebenarnya bukannya nak bersaingan atau jadi penjual ini sepenuh masa sekali gus, cukuplah pada masa ini anda belajar caranak berniaga, berurusan dengan pelangan, cara nak buka kedai dan sebagainya.. mungkin dari sini akan timbul minat anda dan anda akan menjadi penjual pokok bunga yang mempunyai ladang sendiri. Mungkin harga yang ada dipasaran nanti lebih murah berikutan kita tak mengamalkan riba.

sekiranya anda memilih perkara diatas anda mungkin akan mendapat pulangan sederhana tetapi anda menang dari segi pemasaran. Anda tahu semua ini mendapat permintaan yang tinggi dipasaran. Anda boleh memulakan dengan jenis ini dan perniagaan atau pertanian anda akan terus menbuahkan hasil berterusan. Walaupun perlahan tetapi anda akan menikmati hasilnya berterusan kerana jenis yang anda pilih ini sentiasa mendapat sambutan.

Oleh itu untuk anda menjadi petani, pemilihan jenis ternakan atau tanaman penting untuk anda berjaya kelak. jgn diikutkan trend yang ada padahal banyak lagi jenis lain yang sepatutnya anda pilih. Kalau anda sedar pokok kopi pun boleh anda tanam untuk perancangan masa akan datang.. mungkin anda boleh mengeluarkan produk anda sendiri. Dalam anda bertani, diselang2 batas anda mungkin anda boleh menanam pokok ternakan kekal seperti tongkat ali yang akan memberikan anda pulangan besar kelak..oleh itu jadilah diri anda sendiri dan jangan ada perasan was2 dalam diri anda. Lakukan persiapan yang patut dan bijak memikirkan peluang yang terhidang. Kalau anda bijak, tempurung kelapa pun boleh mendatangkan hasil. Contohnya anda melakukan proses untuk menajdikan tempurung kepada sebagai perhiasan atau anda lakukan proses peng'arang'an pada tempurung supaya dijadikan produk arang kelas kedua..fikir2kan lah

anak ayam keluaran minggu ini



salam,
minggu nie banyak anak ayam mula menetas.. dalam incubator ada lagi dalam 80 biji. g dah menetas dekat 50 ekor. Semua nie dah ada orang yang tempah.. dah bayar dah pun.. kalau nak mungkin next bacth anda boleh tempah..

Peniaga melayu, dimana kedudukan kita?

Salam,
post teman kali ini adalah berdasarkan pengalaman teman semata2, takde yang bersifat perkauman atau cuba menindas sesiapa.

kalau kita perhatikan, 20 tahun dahulu cukup sukar kita menjumpai peniaga melayu yang membuka apa sahaja kedai jualan dipersekitaran. Kalau ada pun mungkin hanya menjual nasi lemak dipagi hari ditepi jalan. Pada ketika itu teman berpikir juga mengapa kita nie yang penduduk paling ramai tetapi tak boleh menembusi atau tak boleh berniaga.. dan teman sejak itulah kerap bertanyakan soalan2 berbentuk begini apabila ada kesempatan bersembang dengan sesiapa pun.. antara alasan yang diberikan adalah seperti berikut:
1. takde modal nak mula perniagaaan.. "korang tau je lah nak buat biz ni bukan sedikit modalnya" ayat yang selalu teman dengar..
2. saya malu lah nak jual2 barang nie.. macam terhegeh2 pulak nak mintak duit dari orang..
3. saya tak tau nak berniaga apa lah.. takkan nak berniaga tepi jalan kot..
4. saya takde masa. saya banyak komitment.. kalau berniaga saya takut tak sempat nak kejar ..
5. saya bukan taknak berniaga tapi saya takut rugi..
6. kalau saya takde untung macam mana saya nak tanggung keluarga nanti..
7. saya tak dapat bantuan sebab tu saya tak leh nak berniaga..
8. susah sekarang nak berniaga, persaingan sangat hebat.. depa dah kongker semua dah..
9. saya dah buat 2-3 kali tapi bungkus jugak..
10. saya nie malas sikit susah nak berniaga.

dan kita pulak biasa dimomokkan dengan hak pengguna, sehinggakan kita digalakkan menawar harga sehingga separuh harga. maka timbul pelbagai tomahan atau rungutan yang mengatakan kedai sini mahal kedai sana murah dan sebagainya.. kita sebagai golongan pengguna terbesar sekali(walaupun kuasa membeli kita tidak besar) kita tidak sedar yang bidang perniagaan kita sangat luas.. sedangkan yang kita bekerja makan gaji pun boleh dikirakan berniaga dengan majikan kita. contohnya kalau kita rajin bekerja dan menunjukkan prestasi yang baik, mungkin pada hujung tahun akan ada kenaikan gaji dan bonus. itu sudah dikira satu perniagaan yang baik..

perniagaan ini tidak boleh dianggap remeh kerana disekeliling kita urus niaga dilakukan. dari pada kita kecil sampai lah kita hendak ditanam nanti melibatkan urusan perniagaan. semuanya perlu didapati dgn membeli dikedai. so bidang ini sangat besar peluangnya.. cuma saya sendiri tak paham mengapa org melayu seumpama takut untuk berniaga. sampaikan barangan jualan khas umat islam seperti songkok sejadah juga dijual oleh org bukan islam.

susah sangat ke nak berniaga nie?

kalau saya tanya bila anda diberhentikan kerja secara tiba2 dan anda diberi options untuk berniaga apakah perniagaan yang anda hendak ceburi? jawapan yang teman terima amat mengejutkan kerana ramai yang memilih bidang jualan makanan seperti jualan nasik lemak dan kuih. takde yang terpikir untuk menjual benda lain seperti menjual alatan tulis ke? aiskrim naik moto tu ke, jual karpet ke, jual kacang goreng ke, buat servis potong rumput ke, dan macam2 lagi. ini menunjukkan pemikiran org melayu masih dijajah sejak ratusan tahun dahulu menengelamkan darah suka berdagang pada zaman kegemilangan org melayu dahulu. kita org melayu bukanya tidak pandai berniaga. kalau kita perhatian sekarang ini sudah mula berbangkit semangat org melayu untuk berniaga. tak kiralah sekadar berniaga dipasar malam pun. yelah kalau dulu semua dimonopoli oleh satu kaum sahaja kenapa tidak kita pula.. rezeki yang didapati halal dan kita akan seronok.

Ada yang berpendapat bahawa berniaga kecil2an nie tak glamer dan tak de untung.. teman sangat tak setuju kerana kalau diikutkan pendapatan mereka yang bergaji 2000 sebulan adalah 60 ringgit sehari. tolak dengan perbelanjaan petrol sehari untuk ketempat kerja dengan purata RM 10 sehari. so gaji bersih adalah RM50 sehari. kalau kita berniaga dipasar malam misalnya harga jualan kita mencecah rm 100 semalam, dan seharusnya harga kos dan sewa serta minyak adalah 50% dari itu.. so pendapatan bersih kita adalah RM 50 juga sehari. sama tarafnya dengan mereka yang berpendapatan RM 2000 sebulan tu. bagi mereka yang pernah menjadi peniaga terjun pada bulan Ramadan pasti mengakui bahawa perniagaan ini menyeronokkan dan menguntungkan sehingga sanggup ambil cuti sebulan untuk berniaga pada bulan ini.

So apa yang perlu kita lakukan? pertama kita mesti jawab segala masalah yang disebut diatas..

1. takde modal nak mula perniagaaan.. "korang tau je lah nak buat biz ni bukan sedikit modalnya"
-siapa kata berniaga perlu modal yang besar.. kalau kita nak start terus dengan modal yang besar tu tandanya kita merancang dengan hati yang tamak untuk kaya cepat padahal kita tak paham apa pun pasal berniaga nie.. cthnya meminjam duit tekun dengan mengcopy rancangan perniagaan milik orang lain. kalau kita sendiri gagal merancang perniagaan dan hanya mengikut2 itu tandanya kita memang merancang untuk gagal. harapan kita semuanya akan berjalan secara outomatik dan pada masa tuaian maka teballah poket kiri dan kanan.
seelok2nya kita mulakan dengan kecil dan berlajar bertatih. belajar cara nak menguruskan wang, pusingan modal, cara nak memperuntukan gaji dari keuntungan dan mahirkan denagn selokbelok perniagaan. Paling kurang peruntukan setahun untuk anda memahirkan diri.

2. saya malu lah nak jual2 barang nie.. macam terhegeh2 pulak nak mintak duit dari orang..
-anda kena ingat yang ada perlu mengeluarkan duit setiap kali anda ingin membeli barang.. sepetutnya anda cemburu kepada penjual itu kerana merampas duit dari poket anda. mengapa bukan anda yang berada dipihaknya? biasanya perasaan malu ini hanya bersifat sementara dek kerana sikap malu atau rasa rendah diri yang ditanamkan pada diri kita sejak dijajah. sebab itu kita selesa makan gaji keran ada jaminan wang pada hujung bulan dan anda tidak perlu malu untuk meminta2. Sedangkan pembelilah yang selalu meminta2 merayu2 untuk menurunkan harga untuk membeli barangan. setelah anda berasa nikmat dan membiasakan diri dengan berniaga anda akan merasa seronok.
3. saya tak tau nak berniaga apa lah.. takkan nak berniaga tepi jalan kot..
-kalau anda ingin berniaga, tak salah untuk anda memulakanya ditepi jalan. anda mungkin bongkak dan memandang rendah peniaga jalanan sedangkan adan tidak tahu yang pendapatan mereka mungkin 3kali ganda atau lebih dari anda.. anda hanya mengata diri anda sendiri sebenarnya. dengan pengalaman berniaga ditepi jalanlah anda akan dapat pengatahuan dan pengalaman berharga sebelum ada boleh berjaya kelak.
4. saya takde masa. saya banyak komitment.. kalau berniaga saya takut tak sempat nak kejar ..
-kalau bercadang untuk berniaga scara sambilan anda perlu bijak membahagaikan masa dan memberi target untuk sales anda. kalau tiada masa tidak perlu anda memaksa diri. kerajianan dan pegurusan masa yang baik biasanya memberi ruang2 yg cukup untuk anda berniaga. Saya sangat berbangga dengan usaha kaum hawa yang berniaga baranagn kecantikan berbentuk katalog. ini adalah satu latihan untuk mereka sekiranya ingin berniaga kelak. sebagai contoh sahabat teman yang mengisi masa lapangnya dengan melayari internet dan mencari iklan2 mereka yang inginkan barangan tertentu seperti set bukubuku terpakai. dengan hanya menaiki motor sahabat teman ini membeli buku ini dan menghantar kepada mereka yang meminta. dengan usaha yang tak sampai 2 jam beliau membawa balik RM 60 tambahan dipoket beliau.. itu lah yang dikatakan berniaga.. tak semestinya hanya menjual nasi lemak dipagi hari.
5. saya bukan taknak berniaga tapi saya takut rugi..
untung dan rugi ini adalah kententuan tuhan. Kita perlu mendapatkannya dengan usaha dan kerajianan yang maksimum. sebelum berniaga kita perlu buat analisa potensi perniagaan kita dan cara bagaimana yang menyebabkan kita rugi. kalau kita dah bersedia.. perancangan rapi dilakukan untuk memastikan kita dapat memaksimakan kerugian yang bakal dihadapi.
6. kalau saya takde untung macam mana saya nak tanggung keluarga nanti..
sbb itulah analisa itu penting. macam mana anda berniaga tetapi tiada untung? adakah sebab barangan anda tidak mendapat sambutan.. kalau ya bagaimana anda ingin meningkatkan sambutanya dan banyak lagi. anda tidak boleh buat sekali dan tunggu pelanggan datang. anda perlu memastikan pelanggan dapat melihat barangan jualan ada walaupun tidak melakukan sebarang pembelian. kalau hanya diharapkan untuk pada permulaan dan anda hanya berpeluk tubuh alamatnya anda akan bungkus dibulan pertama anda berniaga. sikap boros juga adalah penyakit org melayu yang sering mengagalkan mereka berniaga.
7. saya tak dapat bantuan sebab tu saya tak leh nak berniaga..
-cara terbaik adalah dengan memulakan dengan berniaga secara kecil2 dan pastikan potensi perniagaan terlebih dahulu, setelah anda yakin saya pasti kertas kerja anda untuk membuat pinjaman akan menajdi mudah. Pihak bank takkan sesuka hati hendak memberi anda wang sekiranya anda terlalu baru dan tiada pengalaman dalam perniagaan. Sebelum anda berhenti bekerja anda mulakan dulu sedikit demi sedikit dan belajar.
8. susah sekarang nak berniaga, persaingan sangat hebat.. depa dah kongker semua dah..
-anda perlu membuka minda anda dari berniagan benda yang selalu diniagaankan. jgn kalau org nak berniagan air tebu anda pun duk parking sebelah dengan menjual air tebu. kalau market kawasan itu hanya dapat menjual 100 gelas setiap hari dan anda pula berniaga sebelah peniaga air tebu pastinya market itu terpaksa dibahagi dua.. ini akan mengurangkan pendapatan peniaga seorang lagi, anda bolehlah menjual barangan lain seperti air soya ke produk dari air soya ke atau anda cipta air anda sendiri untuk memeriahkan kepelbagaian jualan anda.
9. saya dah buat 2-3 kali tapi bungkus jugak..
-jika anda berniaga dan pernah gagal... anda listkan segala masalah yg pernah timbul dan apa yang menyebabkan anda gagal. jgn menunding kepada orang lain terlebih dahulu tetapi senaraikan kelemahan diri. Jika anda dapat anda boleh memperbaiki diri dan cuba lagi dengan syarat semua kelemahan anda tadi dah anda atasi. kalau anda masih terjun juga takpa berbuat apa2 maka masalah yg sama akan berlaku.
10. saya nie malas sikit susah nak berniaga
-kalau ini jawapan anda, tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh anda.. selagi anda tak berubah selagi itulah anda akan berada ditakuk yg lama.

Setelah selesai semua jawapan itu anda bolehlah membeli peralatan untuk berniaga sedikit demi sedikit setiap bulan. setahun pun takpe untuk anda mengumpul barangn yang anda ingin niagakan. kalau kita tak buat sedemikian bagaimana pula kita mahu mencari modal untuk berniaga kelak.

setelah semuanya cukup, anda perlu memilih tapak yang sesuai dan berdaya saing, cari pengedar barangan atau pemborong barangan mentah. perbelanjaan perlu dibuat untuk mingguan dan kalau boleh untuk bulanan.

kemudian anda mulakanlah perniagaan anda. Sebarkan perniagaan anda kepada kewan dan sahabat untuk memeriahkan lagi perniagaan anda. Mereka mungkin menjadi pelangan pertama kita nanti. dari sini anda melakukan promosi dan sebagainya..

untuk setiap transaksi jualan anda perlu mengambilkira setiap sen yang anda niagakan. Ini bukan kerana anda kedekut tetapi ianya bermakna anda mengambil berat tentang aspek pengurusan kewangan.

pemberian diskaun perlu dielakkan sekiranya anda tidak paham sebenarnya cara berniaga. Jgn dikiutkan hati yang pemurah sehingga anda menjual barangan anda lebih rendah dari harga kos. anda kena ingat bahawa pelanggan anda (terutamanya melayu) sudah biasa dengan tawar menawar berikutan sering ditipu atau dinaikkan harga supaya mereka dapat menawar. Kalau anda jujur dan hanya memaparkan harga yang hanya sedikit keuntungan dari harga kos anda jangan membenarkan sebarang diskaun diberikan. Kita perhatikan pengguna melayu kekadang terlupa yang peniaga melayu ini biasanya tidak mengenakan harga yang melampau tinggi berikutan kita tidak dibenarkan mengambil riba. kita juga tidak dibenarkan menipu atau mengabil untuk secara tidak betul atau berlebihan. Dengan semua ini kekadang pembeli melayu itu sendiri terlupa dan menawarkan harga yang kekadang tidak masuk akal. Kalua anda teruskan jugak dengan jualan harga yang terlalu rendah maka perniagaan anda akan ditutup sedikit masa lagi.

kalau anda bersedia untuk menghadapi karenah penawar harga ini, sediakan set jualan harga maksima dan jualan harga minima untuk menjadi guideline pada anda sebelum menjual.. cthnya harga kos sehelai kain adalah RM 10. harga pasaran adalah RM 30(harganya memang cam gini untuk penjual dapat untung setelah tolak semua kos perniagaan) apa yang anda boleh lakukan adalah dgn meletakkan harga dalam lingkungan RM 33-35. dan bila ada ditawar anda berikan diskaun sehingga RM 30. bila dan dipersetujui anda berikan lagi diskaun lagi 2 ringgit sebelum bayaran dibuat. ini akan mendatangkan rase seronok penbeli kedai anda kerana diberi diskaun yang berganda.. anda hanya rugi 2 ringgit dari harga pesaing terdekat tetap anda akan mendapat pelanggan yang setia kelak.

klau anda tidak sanggup melakukan sedemikian, anda hanya perlu meletakkan tanda harga RM 28 disitu dan maklumkan harga tersebut adalah tetap. dalam berniaga, urusan yang dilakukan adalah dalam bentuk persetujuan antara 2 pihak, tiada pernipuan berlaku diatas kerana kedua dua pihak bersetuju dan dizahirkan dengan akad"saya jual" dari pemjual dan "saya beli " dari pembeli untuk mensetujui penjualan tersebut.

jualan anak ayam..




salam,
nie gambar penjualan anak ayam keluaran citypull..sedih gak tgk anak ayam dibawa pergi.. tapi takpelah.. teman ada next projek yang lebih menarik..
masa jual nie teman buat satu kotak khas bagi memudahkan proses penjualan dan penghantaran dilakukan.. next time nak jual senang sikit tambahan kalau kita nak bwk pi pasar.. org pun leh tgk.. dalam bakul besar anak umur 4 bulan lebih.. sikit lagi dah jadi ibu dah tu.. yang dalam jaring tu usia antara sebulan hingga 3 bulan..

gambar dalam bekas besen tu anak yg baru keluar.. tu pun nak jula tu kalau ada yanng berkenan.. nanti teman letakkan harga..

Next kelas

salam semua

kelas untuk ahad nie akan dibatalkan untuk memberi peluang kepada peserta yang sepatutnya menghadiri kelas ahad lepas. Kelas minggu lepas diganti kepada minggu nie berikutan ada masalah yang tak dapa dielakkan. Pihak kami mohon maaf sekiranya terdapat masalah dari pihak tuan.

next kelas akan diadakan pada 8 hb NOV dan pendaftaran bleh dilakukan sekarang..

16 October 2009

Kenapa Ayam mandi tanah?




salam,

salah satu cara kita nak tau sejauh mana jangkitan hama direban adalah melihat kelakuan ayam kita mandi tanah.. Kalau jumlah ayam yang bergelumpangan dengan tanah atau istilah 'mandi tanah' tinggi ini bermakna serangan hama makin menjadi2. Hama sangat cepat membiak dan boleh berpindah antara ayam dengan ayam kitika mereka bersosial atau ketika tidur, Ayam kampung mempunyai kelebihan untuk mencara jalan menghilangkan atau mengurangkan jangkitan ini.

Waktu kebiasannya ayam akan mencari kawwasan tanah yang berpasir atau gembur untuk digali dan meluhurkan pasir ini keatas badan. tindakan ini adalah untuk membersihkan diri dari kotoran dan merawat parasit yang berada dibadan atau bulu. Namun bila ayam ini mula memilih abu bekas kita membakar sampai ini bermakna serangan hama sudah semakin kuat. Mungkin hama ini sudah mula berkumpul direban anda dan membiak dengan banyaknya.. hama ini walaupun tidak akan membunuh ayam tetapi akan menyebabkan tekanan dan membunuh anak ayam yang masih lemah. Seringkali mereka yang menggunakan ibu untuk mengeramkan telur akan mendapati telur yg baru menebuk lubang untuk bernafas dihurunging hama segingga membunuh anak ayam yang belum sempat keluar.

Oleh itu sekiranya petanda ini kelihatan, anda bolehlah memulakan kerja2 pembasmian hama dengan menukar semua bekas telur sengan lapik baru.. bakar surat khabar dan layurkan kearah bekas, jaring, tempat bertenggek dan kawasan mereka berehat. Dengan usaha yang berterusan Insyallah masalah hama ini akan menghilang..

Gambar atas yang paling kiri adalah jenis tanah biasa yang digali oleh ayam untuk mandi tanah dan biasanya hanya beberapa ekor sahaja yg mandi,
Gambar tengah pula adalah tanah ditapak pembakaran sampah sarap yang mula dikorek untuk mandi.. dan sebelahnya adalah ayam yg duk usha pot nak mandi..

Anda juga perlu berjaga2 supaya ayam ini tidak mandi tanah yang berada dibawah tempat bertenggek untuk tidur terutama waktu hujan. Ini kerana tanah yang berada dibawah ini dipenuhi dengan tahinya dan jika dibiarkan akan membawa penyakit. Masalah ini biasanya berlaku apabila musim hujan tiba dan ayam tiada tempat kering untuk mendi kecuali dibawah ini yang berbumbung..

15 October 2009

topik hari ini..

salam,

sory satu hari nie saya sibuk sikit.. melayan pengunjung reban, jemputan ke reban dan tengah membuat bekas ayam untuk memudahkan saya menjual ternakan dipasar nanti. So baru ada kesempatan nak bukak blog. dah 3-4 hari ni saya tak boleh cover tido ptg... perangai teman nie suka berjaga malam sampai 3-4 pagi dan bangun seawal 6 pagi untuk mulakan kerja direban.. pastu dalam pukul 11 pagi hingga 2-3ptg teman tido kejap.. itu yang kalau tuan2 tepon saya dalam waktu lunch hour suara saya serak2 sikit pasal terjaga masa tgh tido hehehe,

Banyak persoalan dalam chat box ari nie.. nak jawab dalam kotak kecik tu rasenya tak berbaloi pasal topik dia besar.. saya jawab dalam post ini yek.. next time kalau ada persoalan tentang penternakan atau incubator saudara bolehlah tingglkanya dalam chat box.. kalau saya mampu saya terangkan kalau tak mampu saya mintak maaf, saya pun masih baru belajar kan..

soalan: masalah nak atasi lalat?

Untuk kita menjawab persoalan ini kita perlu melihat kitaran hidup bagi seekor lalat. Lalat ni dia akan bertelur , telur akan bertukar kepada larva, pupa sehingga membentuk kepompong dan seterusnya keluar menjadi lalat matang. lalat ini akan melengkapkan kitaran hidupnya untuk menjadi lalat dewasa dalam masa 8-10 hari sahaja. Ini bermakna dari hari mula2 lalat ini bertelur ia akan menjadi matang dalam 10 hari.. jangka hayat lalat dewasa adalah antara 15-25 hari dan lalat ini berkebolehan untuk terbang sejauh 20 km. Namun kebiasaanya hanya berlegar2 dalam lingkungan 2 km sahaja. dan yang paling mengerunkan ialah, seekor lalat betina akan mengeluarkan telur sebanyak 500 biji untuk sekali bertelur dan dalam masa 10 hari sahaja lagi dari seekor lalat akan menjadi 500 ekor.. bayangkanlah kalau ada 1000 ekor lalat kat rumah kita!!

so soalan macam mana nak atasi lalat ini? ini bukan soalan mudah untuk dijawab, pihak kerajaan dan kementerian kesihatan juga mengambil berat masalah ini. so untuk reban , kita boleh menghilangkan lalat ini dengan memutuskan kitaran lalat ini kerana jangka hayat lalat ini hidup sangat singkat tak sampai sebulan.. kita boleh melakukan perkara sebegini:

1. elakkan tahi ayam dari berkumpul dibawah reban. lalat akan makan tahi ini dan bertelur didalmnnya. kita perlu membersihkannya selalu atau sekerap mungkin dengan mengumpula dan diletakkan didalam bekas yang tidak boleh ditembusi lalat.. tapi jgn sampai tertutup padat takut nanti meletup dek penghasilan gas amonia..atau anda boleh menanam najis ini tau menjadikanya kompos
2. tanam mana2 bangkai didalam reban anda secepat mungkin..kalau ada telur di bangkai maka lagi mudah anda boleh menghapuskanya.. ingat seekor lalat sahaja yg hinggap akan menghasilkan 500 kali ganda lalat dalam reban anda.
3. mencari port lalat dengan memerhatikan dimana lalat ini tidor pada waktu malam. Lalat akan tidur di lokasi yg terdapat banyaknya makanannya (bangkai atau apa sahaja) atau tempat lalat ini mengeluarkan telurnya.. kekadang kita kan lihat telur bergantungan atau melekat pada dinding, wayar lampu atau sebagainya. kalau dah jumpa kita boleh hapuskan dengan cara fizikal-bersih dan hapus
4. guna cara lestari seperti menternak ikan keli atau talapia dikeliling reban anda. Anda perlu mengantung sebuah bekas atau tong atau seperti tin cat yang dibuat lubang driller didindingnya.. lubang harus cukup besar supaya lalat dan larva dapat keluar atau masuk. didalam bekas ini diletakkan bangkai sekor ayam yang mati.. lalat akan masuk dan bertelur. telur bertukar kepada larva dan larva ini akan keluar apabila sudah besar dan jatuh kedalam kolam berikutan tong digantung diatas kolam.. semua larva yang jatuh akan dimakan oleh anak talapia atau keli dan kita tak payah nak bagi makan lagi.. ikan2 ini dibiarkan membesar dan akan dijadikan makanan kepada ayam nanti dengan menjemur atau memasaknya untuk sumber protein.. lalat hilang makanan tambahan pun dapat..

soalan:apa beza antara force air dengan still air?

dalam sesuatu incubator tugasnya adalah untuk semulate keadaan telur didalam perut ibu ayam dan persekitaranya.. kita nak mengantikan ini semua dengan mengset satu bekas yg meyerupai keadan tersebut. syarat khas untuk incubator adalah:

1.suhu-sesuai dengan bawah perut ibu
2.kelembapan-sesuai dengan persekitaran luar reban.. dalam box nie kelembapan kurang
3.pergerakan pengatifan telur-ibu akan golekkan telur setiap hari.
4. keselamatan dari gegaran-bekas telur biasanya diadakan lapik untuk elak telur pecah
so timbullah pelbagai cara untuk membina incubator.. dari jenis yang sangat ringkas sehingga yang komplex untuk kegunaan eraman yang berskala besar. Tetapi bottom line dia semuanya perlu mesti memenuhi segala keperluan asas syarat diatas.

Still air-
udara statik atau uadara tak bergerak- sistem ini adalah dimana sumberhaba diletakkan secara terus kepada telur dan biasanya dari cahaya lampu mentol yang panas. Lampu ini membekalkan sumber haba keatas permukaan telur dan aktiviti pembalikan telru dilakukan secara manual. Bekas berisi air diletakkan dibawah permukaan telur untuk membolehkan air tersejat dan meruap bagi membekalkan kelambapan yang diperlukan. telur diletakkan diatas tary berjaring untuk membenarkan kelambapan dari bawah menyelubungi telur.

force air-
udara hembusan dengan segaja.. cara ini adalah kita menggunakan hembusan angin panas seperti kita hendak mengeringkan rambut dengan hair driyer. udara panas dipaksa melalui alat pemanas seperti heater coil atau mentol berkuasa tinggi. angin ini akan menyelubungi atau berkitar didalam incubator untuk meyeragamkan suhu yang meliputi telur. ini bermaksud kesemua permukaan telur akan mendapat suhu yang sekata dan sama. selain itu foerse air akan meniup permukaan air supaya air akan meruap dengan kadar yang perlahan dan meyebabkan air yang dihembuskan menjadi lembab. kelembapan ini akan menyelubungi telur. kita dapat mengawal suhu dan kedar kelambapan dengan mengawal alat penghembus.. terdapat 2 cara yg biasa dilakukan oleh pengeluar incubatr iaitu dengan menempatkan alat penghembus dibahagian incubator untuk semulate pergerakan angin dan satu lagi adalah meletakkan alat penghembus dibelakang heater dan dan diletakkan bekas air didepannya.. kelebihan sistem force air lebih baik dengan kadar penetasan lebih tinggi berikutan sistem yang lebih baik, namun sistem ini agak mahal sekiranya menggunakan alatan yang berkuasa tinggi.

soalan: kipas apa yg kena guna?

dalam sistem force air kita perlu guna kipas yang mempunyai memperolehi kuasa dari direct DC kerana sambungan kuasa adalah dari termostart yang menerima kuasa dari sumber plug dari rumah. Pilih dari jenis 240 DC dan bukannya 160 atau 12 watt. ini kerana kalau salah pilih kipas akan rosak dalam sekelip mata kerana salah sumber kuasa. kipas dalam komputer tak boleh digunakan melainkan anda ada adapter yang menurunkan sumber kuasa.. kadangkala kita berpendapat kita dapat menjimatkan wang dengan mencuba membuat sendiri incubator kita. So macam2 lah usaha yg kita lakukan dan hampir kesemuanya akan menghadapi kegagalan sebab kita tak boleh belajar hanya melalui melihat gambar.

Cara terbaik adalah dengan membeli satu incubator yang berfungsi dan belajar.. percayalah dalam usaha saya untuk membuat incubator adalah dengan membeli satu dan mula meniru bulat2 pada permulaanya.. apabila saya betul2 paham dan yakin barulah saya boleh mencipta incubator lain mengikut selera atau yg lebih memudahkan saya bekerja. Ini kerana setiap design yg dilakukan adalh dari keputusan percubaan demi percubaan untuk mendapatkan setting yang terbaik. jika kita tiada panduan atau incubator untuk kita tiru tambahan kita pula tiada basic dalam elektrikal.. jawabnya kosnya lebih tinggi.. sudanhnya terbengkalai begitu sahaja.. (byk dah kengkawan saya akhirnya datang rumah mintak tlg saya betulkan..yg dah teruk sangat saya suh dia buat baru)

soalan: nak bezakan kacuk ngan ori?

yg paling ketara antara 2 jenis ini adalah cara pembesarannya.. ayam kampung ori dikenalai sebagai slow grower atau membesar dengan perlahan dan kacuk adalah fast grower. Tetapi realitinya ayam ayam ini akan mencapai tahap matangnya dalam tempoh masa 5-6 bulan. kalau kacuk walaupun dah mencapi berat 2 kilo dalam masa 2 bulan tetapi ayam ini masih terlalu muda. untuk ayam kampung pula dalam usia 2 bulan ayam ini baru mencapai berat 250 gram.

slow grower.. tumbuhbesaran yang perlahan dan menyebabkan badan kecil ringan dan lincah. ayam ori boleh terbang tinggi jika ia memilih untuk berbuat sedemikian dan biasanya berkaki kecil sesuai dengan saiz tubuhnya.. ayam ini tidak akan cepat membesar alaupun sebanyak mana dedak kita berikan.
fast grower- kacuk ini diciptakan melalui pembiakan silang supaya anak ayam yang dikeluarkan kelak akan mencapai berat ideal jualan dlam masa 2 bulan sahaja untuk mendapatkan masa penternakan yang lebih pendek. risiko kalau kita bela ayam ini adalah masa jualan yang sangat genting.. lewat beberapa minggu ayam kita akan mencapai berat melebihi 2 kilo dan mengurangkan kebolehjualan ayam tersebut.

ciri ayam bagi 2 jenis ini:

ori:
1. kaki kecik dan bewarna kelabu, kiuning, hitam dan kelabu
2. berat matang dalam 1.2-1.7 kilo mengikut jantina
3. bolah terbang tinggi (kacuk pun kekadang boleh tapi hanya paras 5 kaki kerana badannya yg berat)
4. betina ada sifat semula jadi untuk mengeram dan mencari makanan sendiri
5. metabolisma badan yang perlahan
6. bentuk badan yang slim padat dan meyerupai susurluhurnya iaitu ayam hutan..

kacuk:
1. kaki besar untuk sokong berat badannya biasanya warna kuning
2. berat matang antara 4-6 kilo
3. sedikit sahaja boleh terbang berikutan dara ayam hutannya lebih tinggi
4. betina tak pandai mengeram
5. metabolisma yg tinggi
6. bentuk badan yang gempal berisi kerana membekalkan daging..

so saya akan upload gambar sikit masa lagi.. malam nie line out betul.. samapi level berukband dah bukannya broadband

14 October 2009

Incubator keluaran terbaru Citypullagro..


(incubator 300 biji force air)
salam semua,

Selepas mendengar feed back dari pembeli teman .. banyak yang mengadu incubator yang teman jual tidak mencukupi terutama bila tengah musim bertelur, campur telur itik dah tak muat nak taruk telur ayam. so teman telah mencipta satu incubator yang hampir sama harganya dengan incubator yang lama tetapi menambah kapasiti telur kepada 150 biji.. kalau dulu incubator teman boleh muat dalam 100-120 biji telur.
Ada juga yang bertanyakan incubator force air yang dikatakan mempunyai peratus penetasan yang tinggi. Teman tak setuju sebenarnya kalau kita menyerahkan sepenuhnya kepada incubator untuk menentukan peratusan menetas.. banyak faktor untuk menetaskan telur ini.. cukup syarat wajib dalam incubator maka menetas lah telur tu.. kalau telur yg tidak baik atau tiada benih, buat lah macam mana pun takkan jadi punya telur tu.. so teman mengupdate semua incubator teman dengan sistem force air.. force air memastikan keseragaman suhu didalam incubator dan memastikan semua permukaan telur dilitupi dengan suhu yang seragam.. antara ciri yang ada..:

1. Ada backup power supply untuk incubator kalau blackout .. power ini boleh tahan sehingga 4 jam kalau anda selimutkan incubator anda.. sekiranya tempoh masa terputus bekalan elektrik anda boleh menukar sumber tenaga anda.. tetapi anda dinasihatkan untuk menggunakan bekalan simpanan/backup untuk anda mencari sumber elektrik yang lain..
2. berciri ringan dan memudahkan penghantaran melalui pos malaysia. kami telah memperbaiki cara pembuatan kotak eraman supaya menjadi ringan, teguh dan mudah diselengara..
3. pintu dibuka dari atas bagi memudahkan anda mengurus telur.takperlu anda membongkok selalu untuk memusingkan telur..
4. Termostart diletakkan didalam supaya tidak mudah dicapai oleh kanak2..
5. menggunakan sistem force air yang lebih baik walaupun harga agak sama seperti dahulu..
6. boleh diupgrade kepada semi auto
7. rekaan yang lebih rendah supaya lebih kemas dan padat

kami juga mencipta incubator untuk penternak hobby dengan harga yang sangat murag..
penghantaran pos dalam 1 hari untuk kawasan terpilih dan 2 untuk seliannya..
kini penternak di sabah dan serawak mempunyai kemudahan untuk membeli incubator ini..

pendaftaran kelas 18/10/2009 ditutup

salam,
untuk makluman pengunjung blog, kelas pada tarikh 18/10/09 telah ditutup pendaftarannya mulai hari ini. Kepada mereka yang telah mendaftar anda akan di maklumkan sebarang perubahan atau maklumat terkini melalui SMS, Kelas akan bermula pada jam 8.30 pagi. Perserta dinasihatkan untuk tiba awal ke kelas bagi mengelakkan jadual pembelajaran terganggu atau anda tertinggal kelas.
Untuk kelas yang akan datang akan diadakan pada 25/10/09 (ahad) minggu hadapan. Anda yang berminat dinasihatkan mendaftar awal selewat-lewatnya pada hari khamis 22/10/09. Sila SMS atau call 0123332273 untuk memeriksa kekosongan kelas tersebut..

* sedikit pengumuman dari Pihak Citypull,
sekiranya anda ingin melakukan amal jariah untuk menaja golongan kurang bernasib baik dan ibu tunggal menghadiri kelas kami, kami ingin jyga turut serta bersama. Bayaran untuk ibu tunggal dan golongan kurang bernasib baik ini dikurangkan kepada RM 150 sahaja dengan niat ikhlas pihak citypull untuk sama2 menyumbang. Penyertaan berkumpulan juga digalakkan untuk golongan ini untuk mendapatkan lagi potongan yuran yang lebih baik. Pihak kami berpendapat untuk membantu golongan ini kita perlu memberi mereka "kail" berbanding kita memberi mereka bantuan ikan kerana kalau diberi ikan ianya akan habis tetapi sekiranya kita memberi kail dan ilmu, mereka boleh terus memancing untuk rezeki akan datang..

*pihak kali juga menggalakkan penyertaan berkumpulan dari penduduk kampung dengan tidak melebihi 20 orang. Pihak syarikat atau individu yang ingin menghantar kumpulan penduduk kampung berpendapatan rendah dibawah anjuran mana2 pihak akan dikenakan bayaran RM 200 sahaja dan masih mendapat segala pakej yang diberikan.

dengan bantuan yang tak beberap ini, pihak kami berharap dapat membantu golongan ini mencari rezeki tambahan dengan menternak ayam kampung ini. Dengan jualan ayam kampung nanti bolehlah golongan ini menjana sedikit pendapatan atau sumber makanan untuk keluarga..Amin,

Pembukaan jualan Citypullagro

Berita baik!
untuk kali pertamanya Citypull membuka jualan Ternakan dibela sendiri direban..
Anda bolehlah datang sendiri ke reban dengan bekas sendiri untuk memilih ternakan yang hendak anda beli.. senarai jenis dan harga seperti dibawah:siapa cepat dia dapat,

1- bekalan telur ayam kampung terus dari ladang
harga: RM 0.60
tempahan: lumsom dengan pajakan induvidu untuk mengambil keseluruhan telur direban pada masa2 yang ditetapkan..
stok sedia ada: 30 biji

2-anak ayam berusia DOC-2 minggu bulan
harga : 2.50
tempahan: datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 30 ekor + incoming dari incubator 100 biji

3-anak ayam berusia 1 bulan ++
harga : 3.00
tempahan: datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 70 ekor

4- anak ayam berusia 2 bulan ++
harga : 4.00
tempahan : datang keraban dan pilih sendiri
stock sedia ada: 120

5-anak ayam berusia 3 bulan ++
harga : 5.00
tempahan: datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 50 ekor

6-anak ayam berusia 4++ bulan
harga : 6.00
tempahan: datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 100 ekor

7-anak itik serati kampung berusia 2 bulan
harga : 7.00
tempahan: datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 30 ekor

8-anak itik 3++ bulan
harga : 9.00
tempahan : datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 15 ekor

9-itik dewasa 5 bulan (leh jadi induk atau daging)
harga lamsum: 15.oo sekor (dipasar 10 sekilo)
tempahan : datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 8 ekor

10-ayam jantan umur 8-9 bulan (leh simpan 2-3 bulan untuk jadi pejantan atau untuk pedaging)
harga: 12.oo sekor (dipasar 15 sekilo)
tempahan : datang kereban dan pilih sendiri
stok sedia ada: 30 ekor

untuk pembelian ayam jantan anda perlu memaklumkan saya sehari lebih awal untuk menangkapnya pada waktu malam..

13 October 2009

Apa bendanya Omega3&6 yg org sebut2 nie?


(gambar hiasan)

salam,

huh korang selalu duk dengar kan omega 3 dan juga omega 6 yg selalu duk ada dalam iklan atau yg selalu jual ikan keli pallet nie warwarkan.. tapi anda semua tahu ke benda apa sebenarnya 2-2 nie.. makanan ke? vitamin ke? ubat ke? hehehe teman pun mula2 kompius jugak.. bila dah jumpa banyak maklumat dalam internet, teman boleh rumuskan seperti dibawah.. benda nie pun selalu Mr Wong dari DQ farm selalu cerita kat teman..

pernah dengar asid lemak? alah.. salah satu asid dalam badan kita yang diperlukan untuk membesar dan berfungsi dengan baik.. cara dia bekerja, rupa dia ke ,apa ke ,tu kena tanya orang pakar lah.. yang teman cerita adalah gambaran sahaja supaya teman dan anda semua boleh paham. Dalam asid lemak nie terdapat 2 unsur utama iaitu omega 3 dan omega 6. Gabungan kedua dua nie akan menjadikan asid lemak ini kepada Kolestrol yang baik(kolestrol bukan semuanya tak baik). kolestrol baik ini sangat penting kerana ia akan membersihkan saluran darah(alteri) terutama dijantung akibat pemendapan kolestrol tidak baik.. so biasalah,kalau ada pencuri adalah polisnya.. dengan kita memakan banyak omega ini masalah jantung mungkin dapat diatasi.. tetapi syarat utama untuk terbentuknya kelestrol baik ini adalah dari gabungan seimbang dari omega 3 dan omega 6 dgn nisbah yang hampir sama.. jika salah satunya tak seimbang maka kolestrol ini gagal terbentuk.

So persoalanya? mana nak dapat omega 3 nie? ada jual kat pasaraya? hehehe cara terbaik adalah dari makanan yang kita ambil, kandungan omega 3nya mestilah tinggi.. makanan apa yg tinggi omega 3? kalau ternakan.. ternakan yang kita makan itu mestilah diternak secara bebas dan memakan rumput tanpa had.. contohnya ayam yang dibela secara free range dan grass feeding.. seafood terutama ikan juga tinggi kandungan omega 3 nya tetapi hanya ikan yg ditangkap bebas..yg diternak sangat rendah kandungannya.. kenapa? sat lagi teman cerita..

seorang manusia biasanya memakan 30 kali ganda omega 6 berbanding omega 3, so kandungan nya tidak seimbang dan pembentukan kolestrol baik kurang.. disebabkan kesedaran itu sekarang ramai yang mengambil berat tentang pemakanan omega 3 sebab omega 6 senang kita dapati.. so kalu dengar org cerita tentang keseimbangan '6-to-3 ratio' tu adalah ukuran yg diperlukan untuk mendapatkanya..

so dari mana datangnya omega tiga nie? biasanya omega 6 datangya dari benih atau bijian tumbuhan(seed)seperti jagung,gandum dan sebagainya.. ayam yang diberi makan rumusan dari jagung atau gandum semata2 akan menghasilkan omega 6 yang sangat tinggi dan bila kita makan akan menyebabkan beberapa penyakit. ayam diberi makan selama 2 bulan (pedaging) dengan jagung dan sedikit makanan lain menjadikanya daging ayam ini penuh dengan omega 6.. kita pulak bedal ayam2 nie seharian.. yg masuk dalam badan kita hanya omega 6 sahajalah.. omega 3 sebenarnya pula datang dari bahagian hijau dari tumbuhan.. tetapi hanya sedikit bahagian hijau dari tumbuhan yang ada omega 3.. sbb itulah ayam perlu diberi peluang untuk makan sebanyak mungkin rumput hijau dalam usaha untuk menambahkan omega 3 dalam badannya.. bagi ikan pulak, kalau dibiarkan lepas atau kita tangkap yg liar.. kandungan omega 3nya sangat tinggi kerana ikan akan makan planton(benda kecik yg banyak dilautan yg warna hijau tu) iaitu sejenis tumbuhan yg banyak dilautan.. dilautan takde bijian seperti jagung seperti didarat so semua planton yang dimakan menjadikan badannya penuh dengan asid lemak omega tiga.. sebabtu kalau lemak ikan liar mengandungi kandungan omega 3 yang tinggi..

kalau ikan yang diternak.. makanan utama ikan ini(yg dibela padat) adalah rumusan dari jagung dalam palet mereka. so kandungan omega 3 mereka sangat rendah atau tiada langsung.. takan nak bagi ikan makan minyak ikan kot supaya nak bagi banyak omega 3.. kalau nak bagi pun tak termampu nak supply dengan kandungan secukupnya berikutan harganya.. takut nanti hanya digaulnya dengan secawan-2 minyak dengan seguni dedak, lepas tu diwar2kan ikannya keluaranya tinggi omega 3 pasal makan dedak beromega 3.. mungkin cara terbaik yg kita boleh buat adalah dengan membuat rumusan makanan sendiri yg mengandungi banyak tumbuhan hijau..

kalau dalam lebel produk diorang kata barangan mereka tinggi omega 6 tu tanda tak bagus sebab menu kitamakan seharian pun banyak dah omega6. kita perlu makan ayam yang diternak secara lepas bebas(tapi bukan main lepas je) yg diberi makan rumput hijau tanpa had(macam ayam DQ&Al Masyur) atau kita banyakkan makan ikan yg ditangkap liar.. dengan banyaknya terbentuk asid lemak yg seimbang dan kolestrol baik maka badan kita akan semakin sihat..
(huh!! aku rasa macam dah jadi perunding nutrisi pulak.. hehehehe brapa byk omega daaaa)

12 October 2009

Aku, Cacing, Keli dan Ayam..


(gambar hiasan)
salam,
nie hah citer aku dengan angan2 aku dulu hehehe.. biasanya kalau kita terdengar apa2 tentang pertanian yang baru dan menguntungkan memang kita akan sangat gembira dan berminat terutama yang betul2 berdarah muda tetapi hati lebih kearah pertanian. Yelah dunia perkerjaan sekarang sangat mencabar dan semuanya dikerah habis2an sebab perniagaan mestilah berorentasikan keuntungan. So bila ada peluang untuk menjana pendapatan lumayan dengan petanian maka ramailah yang terjun termasuk aku nie.. apa yang diidamkan, kita dapat bekerja sendiri dan waktu menuai nanti pulangan yang kita dapat agak lumayan dan dapat menampung pendapatan seisi keluarga..cerita kat bawah adalah pengalaman aku sendiri yang dialamai 3-4 tahun lepas...

Cacing,
masa aku mula2 dengar pasal cacing nie aku dah terkejut besar sebab semasa aku duk dengar pasal cacing aku dah sibuk belajar cara nak buat baja kompos kat internet. Macam2 cara aku jumpa dan teman pun dah reka pelbagai cara baru untuk buat baja nie. dah buat dekat 100 kilo untuk dihantar balik ke kampung untuk tanaman dikebun boss teman. saje nak test produk kompos nie macam mana. Masa tu Em pun baru2 lagi org tahu.. aku tak berapa paham pasal Em tapi dapatlah juga guna yg dah bancuh punya.. apa yg aku dapa ttahu baja kompos nie memang the best dan dah test dekat tanaman kangkung kat tepi rumah.. daun kering aku rembat yg dalam plastik yg ada kat tepi jalan selepas pekerja pembersih perumahan abis menyapu jalan.. banyak giler penuh keta aku pi kutip.. yelah dah siapkan dalam plastik tinggal nak ambik je.. org yg kutip tu pun suka aku rase sebab takyah nak amik byk2. cuma aku takut dia recycle balik je plastik sampah tu untuk guna balik.. mungkin dia marah pasal plastik dia hilang.. tgh duk buat tu . tub tub kuar pasal cacing nie.. dah memang kita duk buat kompos memang lah seronok ada benda baru.. perangai aku ada benda baru aku suka test2 dulu. bila dah pandai dan berjaya barulah aku buat besar sikit2 sampai berjaya.. aku pun beli lah 2 kilo..
rupanya cerita tak seindah realiti, nasib baik aku beli 2 kilo je n set up semua dekat 1000 ringgit.. sekurangnya aku dapat jugak pakai baja kompos yg dihasilkan sendiri. nak jual induk ke baja ke memang susah, penggandaan cacing yg diwar2kan pun tak lah sehebat yg disangkakan.. kalau pi kursus dorang kata kita leh jadi jutawan dalam masa 1 tahun tetapi macam tak berasas, kalau kita jadi anchor mula2 dulu mungkin boleh lah, jual dengan harga tinggi induk cacing kepada penternak baru macam aku..

Keli,
dah tu teman dalam tengah bekerja nie dengarlah cerita pasal keli.. huh dah memang teman minat ikan dari kecik.. duk memancing kehulu hilir sampai teman dilarang memancing di sebuath kolam di Subang disebabkan kalau sekali teman turun boleh bawak balik 1 guni ikan keli.(cam riak lak) Bukan apa teman masa tu dah jumpa cara terbaik untuk pancing ikan nie.. tokey(melayu) tu suh teman mancing kat situ free tapi jgn bawak balik ikan .. dapat ikan lepaskan.. sehari dia bagai memancing 3 jam free. huh tiap2 malam duk bertapa kat sana.. kengkawan lain marah je pasal teman buang balik ikan dalam air hehehe.Teman mancing nie nak lepas gian je.. pas mancing selalu ada problem nak bagi sapa ikan yang dipancing.. keluarga teman n teman sendiri dah jemu dah nak makan..

berbalik pada ikan tadi .. teman pun buatlah kolam simen tepi rumah pakcik teman dgn keluasan 4x16 kaki untuk test dulu.. dah berjaya 2 round dan jualhasil ternakan kepada jiran tetangga n mat bangla yg duk lalu.. licin.. dah yakin dengan apa yg teman buat teman pun berkiralah projek yg lebih besar.. bila dah setuju ngan perbelanjaan dan sebagainya.. teman pun mulakan projek.. semuanya berjalan lancar walaupun ada beberapa masalah teknikal.. dah tu.. siap je kolam 12 bijik yg dapat menampung 60,000 ekor ikan.. masalah paling besar berlaku.. tak dapat nak masuk ikan pun .. terbiar je kolam pasal ada beberapa lagi perkara yg kena tambah sekiranya teman nak masuk ikan.. dapatlah merasa bela 2 kolam masa tu pakai duit yg masih berbaki.. sampai sekarang setelah bertong2 air peluh keluar tapi kolam masih lagi kosong begitu sahaja..

Ayam,

dah teman bosan dengan kegagalan yg teman hadapi nie, teman perah otak dan mencari idea pertanian apa yg teman minat untuk buat dan risiko kecil dan ada pendapatan sedikit. dengan sedikit modal yg berbaki dan bantuan keluarga.. teman buat keputusan untuk bela ayam, buat kecik2 je.. dapat sikit2 cukup la.. dari sikit2 teman buat dan bela...

mula2 bela teman beli induk dekat 200 ekor dan anak 100 ekor. anak ini pun dah usia 3-4 bulan dan senang nak bela.. pelbagai cabaran pasal teman buat reban dengan cara yg salah.. kalau ada 30-40 ibu senang je nak bela tapi kalau dah sampai 200 ekor huru hara. dengan tiada incubator masa tu, banyak sangat anak mati dan telur busuk sebab berebut tempat bertelur.. ibu ayam juga banyak mati akibat masalah penyelengaraan dan ilmu yang cetek.. dari bulan 1 hingga bulan 5 semua anak ayam teman mati atau mati bila dah capai usia 3 bulan.. yg ada pun mungkin 30-40 ekor yg mana ibu dia bawak sendiri. Yelah kita dengar n belajar dari byk guru yg beri petua yang tak seragam dan tak beberapa betul.. pening betul mastu.. dengan banjir nya dengan pemangsanya dengan pencurinya, dengan mati sbb makan ulat lalatnya banyak lah..
incubator sebenarnya teman dah ada sejak bulan 3 lagi tapi tak tau pakai n tokey yg jual tak ajar.. jadinya semua telur tak menetas.. sampai teman bakarlah incubator tu..

masuk bulan 5 teman dah tau pasal incubator dan cara nak bela ayam nie.. baru tau pasal brooder, reban asuhan dan reban induk. baru tau cara nak max pengeluaran baka dan segala jenis penyakit ayam.. dan yg paling penting rekaan reban n reban asuhan kita kerana banyak sebenarnya anak ayam ni mati akibat kemalangan teknikal berbanding jangkitan penyakit biologi. Sedikit perubahan sebenarnya kekadang menurunkan jumlah kematian anak ayam. kematian dalam rumah (brooder) sehingga umur 2 bulan boleh dikatakan 1 % sahaja tetapi bila dah masuk reban asuhan sampai tinggal separuh dalam tu.. huh sedih.. lama lama dapat jugak cara terbaik.. ini fakta teman:

bulan 1-3:
induk :200 ekor
anak :30 hidup dari 300 telur yg ada
telur: 300 biji

bulan 4-6:
induk 350 ekor(ada beli tambahan )
induk mati : 100 ekor (yg tinggal 250)
anak: 50 hidup dari 300 ekor(dah pandai sikit)
telur: 300 biji.

bulan 6-9

induk 350(tambahan dan anak yg dah besar)
induk mati : 30 ekor (ulat bangkai,gaduh dan dipanjat turkeys)
anak : 400 ekor dari 500 yg menetas
telur:500 biji.

bulan 10: bilagan induk dan anak sekarang 700 ekor: sistem terbaik yg dapat direka..
pengurusan anak yg lebih baik dan rekaan reban yang menyelamatkan nyawa anak ayam dan induk..kalau anda mengikuti kelas teman anda boleh langkau semua masalah ini kerana sistem yg teman reka adalah dari pengalaman dari atas

setelah puluhan ribu habis dan hidup dengan penuh kepayahan sebab takde gaji tetap sejak 12 bulan lalu.. teman mula rasa yakin dengan ciptaan reban sekarang. Teman yakin apa yang teman lalui sekarang pernah dilalui penternak lain yang berdepan dengan kematian dan penyakit ayam. lastnya org bela ayam ni untuk seronok sahaja.

pengalaman teman dalam 10 bulan nie teman dapat simpulkan:

1. rekaan terbaik adalah rekaan yg paling ringkas tetapi penuhi segala syarat syarat diperlukan
2. anak ayam perlu diasuh sehingga usia 3 bulan. pas tu baru boleh dilepaskan-asuh tu bermaksud kita perlu menyediakan tempat yang selamat, terkawal dan selesa serta makanan yg mudah didapati oleh ayam
3. sedikit sahaja masa diperlukan untuk mengurus ayam ini sekiranya sistem diset dengan betul
4. kos reban yg bail takyah mahal2 or canggih kalau dah tau apa sebenarnya diperlukan
so teman nak konsi pengalaman dan cara teman dalam kelas teman nanti.. kalau berminat nak tau lagi lanjut leh lah joint kelas teman..

11 October 2009

Sedikit Ragam ayam teman


salam,

huh, banyaknya post teman malam nie.. sambil2 duk buat box incubator si Aiman nie teman tulis blog skip skip.. saje nak balas dendam sbb 2 hari tak menaip. Tadi sikit lagi nak bergadung ngan aiman..kan aiman? tulah lain kali bila cakap tu biar terang.. kang teman salah anggap.. nasib baik tak berpanjangan.. takpe aiman.. aku buat incubator ko laa lawa.. special punya 100 biji untuk telur itik yang besar2.. pakai force air lagi.. cuma aku takut tak muat keta ko je.. seronok aritu aku dapat naik vios ko..

nie nak citer sikit pasal ayam teman nie.. kalau yg dah biasa bela ayam nie biasalah jumpa benda2 nie.. teman dah tak heran dah.. duk dalam reban berjam2 sehari.. kekadang bila musim panas kemarau berabut muka dek deb.. kena lah musim hujan penuh selut.. bini teman duk selalu perli teman kaki macam kaki ayam..kaki kotor2 masuk umah terus.. dia juga nak kena mengelap hehehe..

gambar atas liri adalah contoh2 ayam jantan yang bagus.. bapak ayam nie muda lagi tapi dah tunjuk kepimpinan yang baik.. kalau nak tgk baka baik yg jenis cam nie.. kira kalau dalam manusia adalah katogeri baik dan pandai ayat laa.. apa taknya dia akan temankan ibu ayam kemana2.. sampai nak bertelur pun di tunjukkan dan teman.. kekadang nak tergelak jugak bila si betina dah berketak nak menghebohkan yg dia dah berjaya bertelur dengan sibapak ayam pun ikut bersama..

gambar kedua adalah perkara biasa bagi seekor ibu yang tuannya pakai incubator.. dah bertelur tapi meroyan nak mengeramnya takdapat dielakkan.. walupun takde telur dia tetap nak mengeram.. dalam bekas kosong ke tempet orang ke janji dapat mengeram.. kekadang kalau kita biarkan sampai berbulan2 dia duk situ.. sebab dia tunggu anak yang tak kunjung tiba. nak buat cam mana.. kesian memang kesian tetapi kita nie penternak kan.. nak tingkatkan produktiviti.. gambar last sekali tu bekas dia yg kosong tetapi masih dia nak mengeram..

banyak cara kita nak elak kejadian nie berlarutan.. kekadang kita kesian si ibu tak nak makan masa mengeram.. kena je 3-4 minggu menti kurus kering badan.. antara cara yg boleh kita buat adalah seperti dibawah:

1. asingkan si ibu ayam didalam suatu reban kecil dan kalau boleh reban tu tinggi supaya dia jauh dari bekas telur. lantai yg berangin akan menyegarkan perut ayam dan selepas 3-4 hari anda boleh lepaskan.
2. pindahkan ayam kedalam sangkar rabbit tu dan gantung sangkar tinggi diatas bumbung reban.. biar perut dia terdedah.. buat 2 hari cukup biasanya ayam akan segar semula dan hidup seperti ibu lain yg tak bertelur..
3. mandikan ayam dengan air sejuk tapi bukan berais.. air dalam tempayan atau tanki pun boleh.. jgb sampai lenjun ayam nie.. sekadar celup sekejap atau basahkan dgn air pun boleh.. saya dah buat benda nie 2-3 kali tapi kalau kena ngan ibu 'hati kering' tak jalan jugak..
4. masukkan ibu dalam reban 'flock' atau reban kecik yg boleh memuatkan 8-10 ekor ayam bersama seekor ayam jantan.. masukkan beberapa ibu lain kalau tak naya si betina tu kena panjat ngan jantan berkali2.

kalau tak mau juga ke 4 cara nie biarkan lah dia mengeram beberapa bijik telur baru dan menetaskan anak ayam.. masa dah menetasa amik anak dia sebelum anak tu turun tanah.. biasanya kalau dia sedar anak dia hilang atau takde dia akan start cycle baru dalam kitaran pertelurannya.. sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails