Pages

ayam kampung..dapat RM1500-RM 2000 selepas 5 bulan??


Salam,
teman dah kira2 dan dah kaji betul2 dah yang kalau kita start bela ayam kampung ori sebanyak 100 ekor, dalam masa 5-6 bulan kita dapat jualan menghampiri RM 2000. Tapi kalau semua tak mati lah atau peratusan kematian sangat kurang.. Teman sangat yakin walaupun kita takde tanah atau kecik je kawasan rumah kita.. kita still boleh bela ayam nie.. yg penting cara kita.. dibawah adalah detailnya..

Konsep sekali masuk sekali keluar
1. keluasan kawasan penternakan hanyalah dalam 15x15 atau 15x20 kaki(lebih kurang besar sikit dari petak parking)
2.Didalam reban dibina dengan reban asuhan, reban asuhan tanah serta tempat bertenggek..
3. bahan pembinaan terpulang kepada budget memasing..kos untuk sekali je.. leh tahan 2-3 tahun rasenya.. (boleh mintak saya tolong kalau tak reti nak buat, anda beli 10-12 keping zink+16 batang kayu baru or second saiz 2x3 inci 6 btg kayu 1x2 inci serta jaring besi atau nilon-kaw selangor/kl sahaja..+bayaran kos pengangkutan saya dan khidmad nasihat..)
4. sediakan peralatan makanan dan minuman..
5. beli anak ayam dengan harga 2.70 sekor (100)
6. makanan starter dalam 1 guni untuk 2 bulan pertama- tu pun x abis.. start bagi makanan lain seperti balance semua nasik kita or makanan lain yg sesuai.. jumlah dedak digunakan seguni sebulan sahaja..
7. bila berat ayam mencecah 1.2-1.5 kilo atau usia mencecah 6 bulan (mana yang sampai dahulu) kita boleh jual dah.. ayam betina akan dijual sebagai ayam dara n jantan sebagai teruna-mahal harganya tau!
8. Gunakan EM untuk air minuman serta semburan reban supaya reban tak berbau..
9. rehatkan reban 3 hari dan rawat sebelum masuk benih baru.
10 or semasa anak ayam mula masuk reban tanah semasa bulan ke 2/3 anda sudah boleh memasukkan anak ayam umur seminggu yang baru direban asuhan
11. kiraan kos

kos tetap sekali sahaja:
kos zink 12 x RM 14 : RM 168
kos kayu : RM 100-RM 150 terpulang kepada jenis atau terpakai
kos Peralatan : RM 30
kos tambahan : RM 50
jumlah : rm 200-rm 300(leh kurang kalau pandai)

kos sekali bela:
kos benih : RM 270
kos makanan : 2 bulan pertama RM 95
3 bulan seterusnya 3xRM 85 : RM 225
( leh kurangkan lagi bila dah usia 2 bulan keatas)
kos Ubat2: RM 20
jumlah : RM 600-RM 700
jualan RM 1500-2000
profit : antara 900 hingga 1200 terpulang kepada kebijaksaan kita

anda boleh beli anak ayam baru setiap 2/3 bulan dan mendapat hasil selang 2-3 bulan sekali..
anda juga boleh menambah bilangan reban sekiranya keluasan tapak mencukupi..mungkin dengan 3-4 reban ini yg bersebelahan dan memasukkan dengan benih berperingkat supaya boleh menjual ayam setiap bulan.. kalau dapat duit tambahan 1000-1500 sebulan ok apa disamping gaji kita sendiri..tugasan kita seharian adalah beri ayam makan seawal sebelum kita pi kerja dan sediakan semuanya termasuk air.. pastu balik kerja kita bagi makan lagi.. kalau takut tak sempat beri makan dan minum secukup pada waktu pagi.. mungkin pada waktu malam kita boleh curi masa sedikit untuk tinjau reban atau bersihkan reban., setiapkali cuti mingguan atau bulanan kita lepak reban untuk aktiviti penternakan,baikpulih, selengara atau jual ayam.. cukup masa nak jual call member jaringan penternak atau peraih datang reban..

sistem ini teman rasakan yang terbaik sekiranya kita nak memaksimumkan pengeluaran ayam kampung kita.. namun untuk penternakan yg menghasilkan baka.telur dan anak , kita perlu kawasan yang lebih luas untuk aktiviti sosial ternakan kita..serta rekaan lain yg bersesuaian..

untuk keterangan lanjut atau nak bertanya cara nak laksanakan sistem ini anda bolehlah call saya yek.. (o123332273-sepul)

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram