Pages

MS Norhana, from zero to hero"in"




salam semua,

Hari ini teman diajak bersama linda untuk bertemu dengan Mr Wong dari DQ Farm serta Ms Norhana. dalam perjumpaan tu teman diceritakan asal-usul mulanya bagaimana mereka menceburkan diri dalam penternakan ayam kampung ini. Mr Wong memang sudah terkenal dengan brand Organic Chikennya, manakala miss kita nie dengan ayam kampung orignal yang terbaiknya.. mula teman masuk ke bilik perbincangan, kaki dan lutut teman mengeletar dan lemah.. bukan calang2 orang dorang nie.. boleh teman dijadikan simpulkan mereka ini sangat berhati wajar.. dan bukan mudah sebenarnya mereka mencapai apa yg ada sekarang nie.. dibawah sedikit cerita yg teman sempat 'safe'kan dalam memory berkarat teman nie..

Miss hana nie memulakan ternakan lebih 4 tahun yang lalu.. rasenya lagi lama dari tu kot sbb tahun 2001 dah mula buat projek ini tapi bermula dengan penternakan ayam kampung ori. dalam minat dan usaha beliau untuk mengenegahkan produk beliau ni, segala macam masalah terpaksa dilalui.. pada penghujung nya beliau terpaksa menjual aset sendiri demi menampung kos perniagaan yang langsung tak mencapai tahap pulangan modal urusan ketika itu.. boleh dikatakan sampai tergadai semua harta pusaka yang masih tinggal.. namun usaha gigih terus dilakukan tanpa jemu serta tidak pernah pandang ke belakang semuala.. nak diselitkan cerita, miss hana ini pernah menjadi penjual kepak ayam panggang di siar kaki atau di pasar malam.. namun cita2 dan tujuan diteruskan juga.. sehinggakan kini memperolehi brand atau jenama yang mula dikenali ramai.. hampir 4 tahun badan menanggung keperitan dalam dunia perniagaan yang mencabar ini..

Hasilnya kini, jualan ayam beliau sahaja mencecah 20 ribu ekor sebulan dan pendapatan tahunan syarikat mencecah 1.5 juta. Kini beliau boleh berdiri sama tinggi dengan pengeluar ayam jenis ini yang lain dan tidak merasa rendah diri lagi.. panggilan dan urusan perniagaan bertalu2 masuk sehingga beliau tak terlayan.. ada kemungkinan pertumbuhan double digit pad

-usaha gigih beliau setiap hari dan bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti
-menolak sebarang hiburan atau keselesan masa lapang demi mencari rezeki..
-sentiasa merendah diri walaupun berada diatas..
-tiada langsung perasaan malas atau jemu dalam kehidupan harian..
-membaiki diri setiap hati demi kejayaan
-sentiasa tersenyum untuk kebaikan bersama

dengan amalan sikap sebegini akhirnya beliau dianugerahkan sebagai "USAHAWAN PENTERNAK BERJAYA BUKAN RUMINAN 2009"peringkat negeri tahun ini.. semoga beliau semakin sukses dalam bidang ini dan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia kini.. mungkin kita boleh menyukat diri kita sekarang dimanakan kedudukan kita berbanding beliau.. sudah teman dapat duduk semeja dgn meraka pun teman dah cukup berbangga..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram