Pages

Anak anak incubator sejak 4 bulan dahulu





diatas adalah anak2 incubator yang ditetaskan sepenuhnya dari incubator sejak bulan 5. Dari bulan 5 sehingga sekarang Pihak Citypull telah menyerahkan sepenuhnya tugas mengeram kepada incubator. sedikit perubahan dilakuakn di 'wad bersalin' dimana lapik, ketinggian dan susaunan. Perubahan dilakukan untuk memudahkan kita mengurus kerana tugasan mengutip telur dilakuakn setiap 2 hari bagi megekarkan kebersihan serta mutu telur. sebelum ini bekas telur disetkan untuk ibu ayam selesa bertelur.

anak- ayam ini semuanya sudah habis pantang dalam brooder dan sedang bertatih untuk belajar menjadi ayam matang.. seronok melihat anak2 ayam kita bertambah setiap bulan dan berjaya menguruskanya. Baru2 bie sahaja teman berjaya menemui formula terbaik menguruskan anak ayam ini.. boleh dikatakan kejayaan hidup anak ayam ini untuk hidup sehingga usia 3 bulan masih rendah iaitu hanya apda 70%. jumlah yang diterima untuk tujuan pembakaan atau penjualan diladang adalah antara 7-5% sahaja.. sebarang peratusan yang melebihi jumlah ini boleh dikatakan gagal dan perubahan dan penambah baikan perlu dilakukan.

gambar diatas dari kiri adalah anak ayam berusia 11/2 bulan, 2 bulan dan 21/2 bulan dan dibawah adalah berusia 3 bulan dan sebelahnya adalah anak berusia 4 bulan yang mula ditempatkan ke reban asuhan tanah.. gambar terakhir adalah anak itik serati yang ditetaskan dengan incubator buatan teman dan teman beli balik dari penternak ini sebagai pembentukan jaringan penternak.. lihat sendiri bagaimana pengurusan yang baik dan betul adalah kunci utama untuk daya hidup dan kesihatan anak ayam kampung ini.. daya hidup atau keboleh jayaan hidup anak ayam bukanya ditentukan oleh incubator tapi lebih pada amalan ladang itu sendiri..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram