Pages

si'Comel' kucing pembantu mengawal tikus




Teman ada bela beberapa kucing sebelum ini.. tapi dalam banyak2 yg teman bela si comel"nama glamer mase kecik2 dulu tapi skang dah tak comel dah" nie lah yg paling rajin memburu tikus. seminggu tak kurang 3 ekor tikus yang diburunya.. yang menariknya comel nie tak makan tikus ini tetapi lebih berminat untuk bermain dengannya.. setelah puas bermain dia akan bawa masuk tikus ini kerumah untuk tunjuk kepada tuannya.. sekadar bermain sekejap n tinggalkan sebagai tropy kemenangan.

Teman rase ada bahaya juga kucing ni kalau kita bela banyak.. bukan semuanya kucing yang kita bela ada 'minat' untuk menangkap tikus.. sbb ada kucing yg teman bela lebih berminat kepada anak ayam walaupun membesar dengan anak2 ayam ini sepanjang berada dalam rumah teman. Kucing begini amat bahaya kalau kita simpan kerana kepantasan serta kepandaian dorang memburu boleh menghabiskan stock anak ayam dalam brooder kita..

tikus bandar atau tikus rumah seperti ini juga dikatogorikan sebagai haiwan perosak kepada ternakan kita. Antara kerosakkan yg dibawa adalah tikus ini sangat suka makan telur ayam yang ditinggalkan didalam bekas bertelur.. sering teman tgk telur pecah dan meninggalkan cairan lendir telur, yg paling geram tikus ini makan kulit2 telur sekali.. tetapi teman jarang lihat tikus ini mengigit atau membunuh anak ayam.. tatapi lebih banyak berkeliaran memakan sisa makanan ayam serta berkeliaran di atas bumbung tempat ayam tido. tikus ini sering mengganggu ayam yang sedang tidur yang menyebabkan ayam tertekan.. sering teman tgk ayam terjun dari para dan berkeliaran dengan kokokan amaran kerana tidak dapat naik semula selepas terjatuh dek penagan si tikus ini yg berlari2 direban.. gangguan seperti ini sedikit sebanyak mengganggu ayam

tetapi yg paling kita risaukan adalah cencorot yang bermuncung panjang tu, tikus cencorot ini gemar mengorek perut atau tembolok ayam terutama anak ayam yang tak dapat lari ketika berada dalam reban asuhan yang kecil. byk kes anak ayam mati dengan berlubang diperutnya. teman sedang memikirkan cara nak atasi masalah tikus ini.. kalau kita nak guna racun takut ayam kita pun kena sekali, kalau nak guna perangkap besi takut ayam pulak yg masuk alaupun kita pasang pada waktu malam, kalau kita gunakan gam tikus tu, kita risau ayam juga turut terlekat pada gam walau diletakkan diluar reban.. teman sedang mereka bentuk satu perangkap tikus yang menggunakna gam tetapi kalis ayam lain dan boleh diletakkan didalam reban.. kalau berjaya, teman akan postkan gambar dalam blog untuk rujukan bersama..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram