Pages

Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..

Salam,

kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga selalu teman hadapi dulu. Semalam teman perhatikan kembala gejala ini mula menular kereban asuhan teman yang menempatkan anak ayam berusia 2-3 bulan. Jumlah keseluruhan anak ayam ini adalah 70 ekor yang dibahagikan kepada 2 bekas bersaiz 4x3 kaki setiap satu.

klau dulu kematian akibat aktiviti mamatuk sesama ayam ini agak tinggi dan menyumbang kepada 5% kadar kematian anak ayam direban teman. Baru2 ini sahaja teman dapat tahu cara hendak mengatasinya dan mengurangkan peratusan kematian didalam reban. Dibawah adalah punca berlakunya gejala ini:

1. Anak ayam ini ditempatkan dikawasan yang tidak sesuai dengan kepadatannya.
2. kawasan reban kotor atau tidak diselengarakan dengan betul..
3. berlaku luka trauma yang disusuli dengan pematukan dari anak ayam lain.
4. Lampu ayam yang terlalu terang dan mungkin suhu yang terlalu panas.

Namun kesemua ini hanyalah sebab fizikal yang boleh kita ubah untuk keselesaan ayam . Faktor paling utama yang menyebabkan gejala ini adalah:

1. kekurangan sumber protien dalam makanan yang diberikan seharian samaada kerana kita lambat menberi makanan atau memberi sumber makanan yang tidak mencukupi. Antara sebab biasa terjadi masalah ini adalah sikap kita yang gemar memberi jagung berlebihan sebagai ganti kepada dedak yang mahal. Jagung boleh diumpamakan seperti snack yang diberi dimasa senggang antara 2 waktu makan dan bukanya menu utama.

2. Kedua adalah kekurangan bekalan sejanis asid amino dalam kandungan makanan yang diberikan

3. kurangnya kandungan garam dalam nutrisi.

cara nak atasi masalah ini adalah dengan mengurangkan pemberian makanana ringan seperti jagung dan memberi makan dedak bernutrisi tinggi(komersial) dengan kadar yang sepatutnya. Kemudia anda boleh memberi makanan tambahan lain berunsur protien seperti ikan rebus atau serbuk ikan kering, telur hancur(apa ye nama dia .. ala yg kita goreng hancur tu) atau telur rebus yang dilenyekkan, lebihan ayam yang kita makan dirumah atau serbuk protien yang dibekalkan dipasaran.

anda juga boleh memberi minuman vitamin yang lebih pekat dan tambah sedikit cuka dalam minuman biasa mereka. Tambahan kulit telur yang dihancurkan juga membantu untuk membekalkan asid amino dalam nutrisi mereka.

Setelah amalan ini teman lakukan.. perubahan ketara dapat dilihat setelah 3 hari makanan tambahan diberikan..Anak ayam nampak lebih tenang dan tidak melakukan aktiviti 'huru hara' dalam reban. Kepada mereka yang ada pengalaman ini tentu paham tentang istilah Huru hara ini hehehe.. selamat mencuba..
-gambar akan teman upload sebenter lagi.. berukband lembab betul hari ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram